Thursday 3 October 2019

[Mini Novel] K.A.D.L.R. (BAB 19)

Ika memusingkan pen ditangannya sebelum dia menulis di dalam buku notanya. Perlakuannya itu diulang beberapa kali.
"Sorry, lambat!" Tiba-tiba saja kerusi di depannya ditarik.
Ika panggung kepala sekilas sebelum kembali menunduk memandang buku notanya, "Tak apa. Aku pun baru sampai.”
"Jihan mana?" Tanya Kasyaf sebelum dia mengeluarkan sebuah buku nota dan sebatang pen.
"Jihan ada hal dekat koperasi, lambat sikit dia datang. Kau jumpa pegawai HEPA dah?" Tanya Ika sambil memandang Kasyaf.
Kasyaf angguk sebelum dia mengeluh, "Dah tapi dia kata mungkin kita punya program ni kena cut cost sikit."
"Hari tu punya program Sehati Sejiwa pun dia orang dah cut cost, takkanlah program kali ni kena potong bajet lagi?"

Wednesday 25 September 2019

PRA-TEMPAHAN DIBUKA UNTUK KOMPILASI GULP! CAFE

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ni, dengan rasminya saya buka PRA-TEMPAHAN untuk Kompilasi GULP! Cafe.

Buku ini berstatus PRINT ON DEMAND (POD) dan 300 tempahan awal akan dapat tandatangan penuh cinta (cewah) dan hadiah istimewa dari saya.

🌼 100% jualan online (tiada di kedai buku)

🌼 Kisah romantik komedi

🌼 Pra-tempahan sehingga 25 OKTOBER 2019 (untuk batch pertama)

🌼 Boleh KOMBO dengan buku JADI MILIKKU?, cuma tambah RM10 sahaja!

🌼 Boleh KOMBO dengan LOVE, SUGA juga ya 


🌼 Kompilasi ni tebal ya, 800+ pages.


 Di dalam buku kompilasi ini akan ada;

4 CERITA UTAMA (Iced Americano, Jodoh Dari Langit, Cik Peah Klinik Sebelah dan Si Sneakers Merah)

1 CERPEN EKSKLUSIF (yang saya tak pernah siarkan di mana-mana)

5 CERITA PENDEK ISTIMEWA; juga tak pernah disiarkan di mana-mana laman sosial



SINOPSIS GULP! CAFE:

ICED AMERICANO
Perkenalan Iman dengan Jet bermula dengan Iced Americano. Dalam diam, Iman jatuh hati tapi Jet masih setia pada cinta lamanya.
“You tak nak jadi barista?”- Iman
“I dah tak ada sebab untuk jadi barista lagi.”- Jet

Iced Americano itu pahit. Sepahit kisah cinta Iman tapi Iman tetap sukakannya...

JODOH DARI LANGIT
Waktu ibu Jet tanya pada Apek bila nak kahwin. Jawapan dia,
“Saya tunggu jodoh turun dari langit.”- Apek
Tapi bila tiba-tiba dia dilamar si Lisa gadis sunti 17 tahun, dia serabut!
Nak diterima atau patut dia tolak saja?

CIK PEAH KLINIK SEBELAH
Perkenalan mereka tidak dirancang.
Adib itu nakal kuat mengusik. Peah itu kuat melayan.

“By the way, Faridatul Afifah adalah sebuah nama yang sangat sedap. Kenapa kau bagitahu aku nama kau Peah?"- Adib
“Sebab aku takut kau mandremkan aku, so aku rahsiakan nama betul aku."-Peah

SI SNEAKERS MERAH
Senyuman si wanita buat jantungnya bergetar. Jatuh cinta pandang pertama itu wujud dalam kamus hidup Mike, si pencinta kucing..
"Beli untuk kucing ke?"- Mike
"Tak, saya nak buat makan sarapan pagi. Makan dengan susu."- Sarah

Comel! Jawapan dari Sarah buat Mike terkedu.
Namun ada kisah buat Sarah menjauh...



Saturday 15 June 2019

KOMBO GULA (Love, Suga dan Chan, Mr Egois) [PREORDER]


Bismillahirahmanirahim...

PREORDER KOMBO GULA telah dibuka bermula hari ini selama dua minggu sahaja (28 JUN 2019).

·         Dalam 100 tempahan terawal akan mendapat photobookmark.
·         Kedua-dua buku berstatus LIMITED EDITION iaitu sekali cetakan sahaja.
·         Kedua-dua buku bergenre ROMANTIK KOMEDI free stress.
·         Kedua-dua buku merupakan MINI novel.
·         Harga kombo selepas tempoh preorder akan berubah (+RM 4)


SINOPSIS CHAN, MR. EGOIS (RINSYA CHASIANI)

William Chen Wei Ting, nama dia di dalam IC. Anak angkat Mak Ngah Tia. Keluarga kami menggelarnya dengan nama Rayfan untuk ‘meMelayukan’ lelaki itu. Orangnya perasan bagus, dan serba-serbi sempurna. Oleh kerana dia terlampau ‘majestic’, dia jadi lupa daratan. Ke aku aje yang rasa dia lupa daratan?

“Opah nak Min yang jadi isteri kepada Rayfan. Min yang paling layak untuk Rayfan.” - Opah

Opah dan satu keluarga besar kami bersetuju, aku, Azmin anak Pak Usu Fadhil kena kahwin dengan William gara-gara nak ‘meMelayukan’ Chan Wei Ting!

“Awak faham tak kesan tu? Awak dah buat jodoh saya block, tahu? Saya suka orang lain, bukannya awak. Sepatutnya awak tak ada dalam perancangan hidup saya, sekarang ni awak dah ganggu plan hidup saya.” - Aku

Tapi kerana satu insiden berdarah dalam hidupku, aku kena reda tak ada orang lain yang nak kan aku kecuali dia.

“Wo... pu... shi... huan... ni.” Aku cakap sebiji-sebiji. Pakej tekan suara kat ‘pu’ tu, menggambarkan aku betul-betul tak suka dia.

“Apa-apa yang jadi, bukan sebab saya kesiankan awak atau bukan sebab opah yang paksa saya untuk memperisteri awak.” – Chan

Jadi kenapa dia terima aku sebagai isterinya? “Min ingat, Min tak jadilah kahwin dengan abang, opah. Abang tak ikhlas terima Min.” – Aku

“Alah, setakat tak ada kaki je pun, bukan tak ada kepala. Okey lagi.” – Chan

Dan bagaimana untuk aku meneruskan hidup dengan lelaki, yang aku tak boleh nak baca isi hatinya?


SINOPSIS LOVE SUGA (NAJWA RAHMAN)

DIAN. Gadis comel itu sering menjadi bahan usikan Firas a.k.a Hantu Galah. Pantang bertentang mata, pasti berperang.

"Kau turun exercise ya, Mok? Nak bakar lemak ek?" - Firas

Serabut dengan si Hantu Galah, muncul pula nota misteri dari SUGA. Suga? Gula? Sugar Glider?


"You look beautiful. As always..."
Love, Suga

Dian keliru. Baru dia nak terbuai dengan Suga, PG hulurkan persahabatan.

"Nama I Hazwan tapi you boleh panggil I PG." -PG

Dian makin buntu. Siapa SUGA sebenarnya? PG, si Hantu Galah atau... siapa?



Saya tahu ramai dah baca Love, Suga versi blog tapi dalam versi cetak ada penambahan dan sedikit perubahan. Lain sikit dari versi blog. Saya jadikan cerita ini sebagai mini novel sebab lepas ni saya nak tutup blog, apa saja yang pernah ada dalam blog ini akan saya terbitkan. InsyaAlllah.

Sesiapa yang nak order, boleh whatsapp link di atas. Terima kasih <3




Wednesday 20 February 2019

[Mini Novel] K.A.D.L.R (Bab 18)

Lutfi membetulkan letak kemeja di tubuhnya. Rambut yang sedikit serabai dikemaskan dengan jari-jarinya. Tangan kanan dibawa ke mulut lalu nafasnya dihembus sikit. Okey, mulut tak busuk! Beg laptop dibetulkan sebelum dia melangkah keluar dari tandas perpustakaan.
Telefon yang ada di dalam poket seluar dikeluarkan. Nama Puspa Sayang didail dan telefon itu bawa ke telinga. Seketika kemudian, panggilannya disambut, “Hello?”
“Hello, Lutfi!”
Suara Puspa di talian sana membuahkan senyuman di bibir Lutfi. Aduh, suara pun dah boleh buat orang cair ni, “Puspa, awak jadi kan nak keluar lunch dengan saya hari ni?”
“Jadilah. Saya dah janji kan?”

Tuesday 19 February 2019

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 17)

Radzi melangkah masuk ke dalam dobi layan diri. Beg kertas yang berisi baju dalam wanita itu dikerling sikit. Ikut hati dia, nak bungkus dalam plastik je tapi sebab Danny baik hati sangat nak letak dalam beg kertas, dia ikutkan je.
Radzi berhenti di dinding yang ditampal notis oleh management dobi layan diri. Baru dia nak keluarkan telefon pintarnya dari poket, badannya dirempuh oleh seseorang sehingga beg kertas yang dipegang tadi terjatuh ke lantai.
“Eh, sor...”
“Tak ap...” ayat Radzi termati sendiri.
“KAU!” Serentak, mereka berdua menuding jari pada sesama sendiri.
“You owe me an apology, miss!” Radzi senyum sinis pada gadis berambut karat tu, “Sampai jatuh barang aku kau rempuh.”