Monday 22 June 2020

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 21)

Aman hela nafas. Tadi selepas kuliah terakhirnya untuk hari itu habis, dia terkejut bila dia dapat mesej daripada PG yang mahu bertemu dengannya.
Itu yang menyebabkan dia ada di sini. Dia kedai makan yang ada di luar kampus. Wajah PG yang duduk di depannya dipandang sekilas sebelum dia berdehem, “Kenapa kau nak jumpa aku?”
PG pandang Aman sebelum dia mengeluh, “Apa yang jadi antara kau dengan adik aku, Aman? Pijah...”
“Kenapa dengan dia?” Laju Aman memotong. Hatinya terbersit rasa risau!
“Kau suka adik aku?”
Aman diam sekejap. Dia menunduk sebelum dia bersuara, “Aku anggap dia tak lebih dari seorang kawan.”
PG angguk kepala, tanda faham! “Kalau kawan kenapa kau jauhkan diri dari adik aku tanpa sebab? Kenapa semalam...”
“Aku takut!” Potong Aman, laju! “Aku takut aku bagi harapan pada adik kau. Aku tak pernah anggap dia lebih dari...”