Sunday 20 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 13)

Thaqif sangkut tuala di ampaian. Rambut yang separa basah-kering itu dikibas-kibas. Baju melayu warna hitam disarung ke badan. Kopiah di atas meja dicapai. Dia berjalan menuju ke pintu bilik lalu dia ke bilik Aidil yang bertentangan dengan biliknya.
“Aidil.” Pintu bilik itu diketuk.
“Sat! Sat! Aku baru lepas mandi ni.” Terdengar suara Aidil menjerit dari dalam biliknya.
Thaqif menunggu seketika kemudian dia kembali mengetuk pintu. “Cepat sikit. Nanti masuk bilik solat, kita jemaah sekali.”
“Okey!” Suara Aidil kedengaran sayup.
Thaqif geleng kepala sebelum dia atur langkah ke bilik solat. Papa dan mama sudah ada di dalam bilik solat, sedang mengaji bersama. Thaqif tak jadi nak masuk. Dia terharu melihat kemesraan papa dan mamanya.
“Kau kenapa?” Bahu Thaqif ditepuk. Dia pandang Aidil yang lengkap berbaju melayu hijau serindit dengan rambut yang masih basah.
“Kau tak lap rambut ke, bhai?”
Aidil ukir sengih. “Apa barang lap rambut. Macam perempuan.”
“Eloklah tu, dah serebeh serabut serabai aku tengok kau.”
Aidil buat muka. Rambut yang masih basah dikibas-kibas laju, sengaja.
“Hoi!”
“Apa?”
“Adam Thaqif! Aidil Taufiq! Sebelum solat pun nak bergaduh jugak?” Suara mama menghentikan suara mereka.
“Anak teruna berdua ni!” Mama yang sudah lengkap bertelekung keluar lalu terus ditarik telinga kanan Thaqif dan telinga kiri Aidil.
“Aduh, ma! Sakit!” Aidil pegang tangan kanan mama.
“Mama, ampun ma. Adam tak buat lagi.” Thaqif terasa pedih telinganya.
“Sekarang masuk. Aidil jadi imam hari ni. Jangan nak mengelak.” Telinga Aidil dan Thaqif dilepaskan serentak.
Aidil gosok telinga yang terasa pedih. “Aidil, on je mama. Nak jadi suami orang kenalah pandai jadi imam.” Wajah ‘amoi’ kedai bunga bermain di minda.
Serentak, tiga pasang mata merenung Aidil yang nyata tersilap bicara.
‘Erk!! Habislah aku kena soal siasat.’ Aidil garu kepala yang tak gatal.


“Kau drive elok-elok, Aidil.”
Aidil angkat kening. “Bhai, ini drifter terkenal Shah Alam. Siapa tak kenal Aidil Taufiq?”
Thaqif angkat kening kembali.. “Dah, berambuslah kau!”
“Adam Thaqif.”
“Ma, balik nanti, do tell that Adam Thaqif already has a fiancĂ©.” Thaqif cium tangan mama. Mak long, mak ngah, pak long dan saudara-mara yang lain tertawa melihat telatah Thaqif.
“Hey, you sure nak pergi Johor this afternoon?” Adina muncul dengan Baby Ilham di pangkuan.
“Am dead sure, sis. Nak pergi berjimba-jimbo.”
“Hati-hati. Jangan nak rempit dengan vespa hitam tu.”
Thaqif angguk. “I’ll never rempit with my vespa. I’m not Aidil yang senang accident bila menunggang motor.”
“Heard that!” Aidil menjerit dari dalam kereta.
“Pak long, pantun kasi bunga-bunga, okey?”
Pak long sengih. “Nak kasi keluaq buah pun boleh, aih.”
Thaqif angkat ibu jari. Pak long kalau sekali sembang, tudiaaa, keluaq bahasa utagha dia. “Pak long memang paling staillah.”
“Dah. Jomlah kita pi. Sat lagi sampai lewat. Kempunan orang tu nak bertunang.” Mak ngah pula bersuara.
Thaqif ketawa saja. Mama usap pipi dia. Baru mama nak buka pintu kereta, dia tarik tangan mama. “Serius, ma. I LOVE you. Pilihan mama is the best.”
Mama ketawa lalu mama peluk Thaqif. “Mama dah cakap, kan? Mama tahu apa yang terbaik untuk Adam.”
“Thanks ma. Jangan lupa gelang tu, tau?”
Mama angguk. “Adam pun hati-hati. Dah sampai Johor, do tell me.”
“InsyaAllah, mama.” Thaqif angguk lalu dia melepaskan mama pergi. Dia pegang dada. Ternyata, debaran di dada semakin memuncak. ‘Dear Ulfah Syuhada, you won’t break my heart rite?’

Ulfah betulkan letak baju di badan. Selendang ungu yang senada dengan warna baju itu di kemaskan. Jarum peniti disematkan perlahan-lahan. Dia pandang cermin. ‘Oh dear, me look nervous.’
“Fafa, nervous?”
Dia pandang Umairah dan Azira yang entah bila ada di sisi. “Seram sejuk. Hold my hand.” Dipegang terus tangan Umairah.
Azira yang turut memegang tangan Ulfah tergamam. “Girl, you’re sick. Sejuk gaban tangan kau.”
Ulfah lepaskan tangan Umairah dan Azira lalu dia pandang cermin. “I don’t think I’m ready. Should I say no?”
Umairah terlopong. Azira ternganga.
“Jangan buat pasal, Ulfah Syuhada!” Suara Umairah bergetar.
“Can I be a runaway girl?” Ulfah tongkat dahi dengan tangan kanan. Peluh merenik di dahi dibiarkan. Kipas yang sudah terpasang pada angka lima masih tidak terasa sejuknya.
“Ulfah!” Azira berlutut di sisi Ulfah. “Kau tarik nafas. Kenapa nervous sangat ni?”
“I can’t breathe. Seriously, extra oxygen is needed.”
“Kak chik panggil along, kejap.”
Lengan Umairah dipegang. “No. Jangan panggil along. Tak nak dengar along bebel.”
“Fafa, ada delivery.” Suhail muncul dengan sejambak bunga ros merah hati di tangan. Umairah capai bunga itu lalu dia ukir senyum.
“Here’s your medicine.” Bunga itu dihulur pada Ulfah.
Dia capai. Haruman ros menusuk hidungnya. Kad yang terselit ditarik.


Dear Miss Ulfah Syuhada, I’m not good with words. True, I talked a lot. It’s a way for me to let go of my nervousness when I’m talking to you. I love to jokes around because I love to see your reddened face. Either you were mad or you were blushing. I love both. Seriously, I’m not good with words but please, say the word yes to me. Let me be your Adam?

p/s: I believed in US and of course YOU. Do you believe in US? Do not answer because I know the answer. Yes, you do believe in us :) *I ask you angah, already. Tak payah blushing, okey?

Bibir ukir senyum. Debaran yang menggila seakan-akan menghilang. Getaran di dada kian perlahan.
“I do believed in us, Mr. Adam Thaqif.” Gumamnya perlahan.
“Pardon?” Azira kerut kening.
“I’m ready, insyaAllah. Tak jadi dah nak lari.” Dia sengih. Kad itu dipegang kemas, penguat semangat.
“Fafa, rombongan dah sampai.” Suara along di muka pintu buat dia tersenyum. ‘I believe in us and of course, you.’

Ulfah menekur jemari di riba. Wajah terasa hangat. Suara orang yang sedang berpantun di luar buat dia berdebar. Jantung rasa nak gugur namun dia ukir senyum. Jambangan ros yang ada ditepi, dia ambil lalu diriba. Kad yang terselit buat dia tersenyum.
“Fafa, pinangan dah diterima.” Suara Umairah yang berbisik buat dia melebarkan senyuman. ‘Alhamdulillah.”
“Fafa, mama Adam nak masuk bilik. Nak sarung cincin.”
Ulfah angguk.
Mak cik Amnah masuk ke dalam bilik yang sudah dihias cantik. Mak cik Amnah mendekati Ulfah yang sedang tertunduk.
“Hulur jari, Fafa.” Umi bersuara.
Aidil yang turut serta tidak lepas peluang untuk mengambil gambar. Pesanan Thaqif masih bermain di minda. ‘Ambil gambar Ulfah, kalau tak DSLR kau masuk gaung!’
Ulfah menghulurkan tangan kanannya. Mak cik Amnah capai tangan gadis itu yang ternyata sejuk seperti air batu lalu dia sarungkan cincin yang berbatu satu itu di jari manis gadis itu. “Selamat datang dalam keluarga mama. InsyaAllah, Ulfah akan jadi menantu mama dalam masa tiga bulan lagi.” Ulfah terasa dahinya dikucup oleh Mak cik Amnah. Dada terasa sebu tiba-tiba lalu dia peluk Mak cik Amnah.
“Terima kasih mama kerana terima Ulfah sebagai bakal menantu mama.” Suaranya tersekat-sekat. Sungguh, dia sebak.
“Ulfah insyaAllah akan jadi menantu mama bila harinya tiba. Terima kasih kerana sudi terima Adam.” Pelukan dileraikan. Air mata Ulfah yang menitik dikesat. “Menantu mama.”
Ulfah tersenyum. Wajah Thaqif terlayar di minda.
“Hai, awak!”
Ayat pertama dari Thaqif.
“Awak, budak baju hitam. Seluar jeans biru dengan tudung bawal putih.”
Terngiang-ngiang lagi suara lelaki itu yang menjerit apabila dia ternampak Ulfah di KLIA.
“Hi awak.”
Pertemuan kali ketiga di Secret Recipe yang menyaksikan Ulfah menolak lamaran Thaqif.
“Jodoh kita memang panjang, kan?”
Ayat itu buat dia pengsan. Nyata pertemuan mereka sebelum ini bukan suatu kebetulan tetapi takdir terindah yang telah ditetapkan oleh Allah. Alhamdulillah.
Dan hari ini, Ulfah Syuhada sudah sah bergelar tunang Adam Thaqif.

Rombongan lelaki baru saja balik selepas menjamu selera. Ulfah buka selendang yang terlekat di kepala. Dalam membuka lilitan selendang itu, matanya menangkap sesuatu yang ada di pergelangan tangannya melalui pantulan cermin.
Tangannya berhenti dari membuka selendang sebaliknya dia pegang gelang yang diberi oleh mama ketika mereka berbual berdua di dalam bilik.
“Mama nak bagi sesuatu pada Ulfah.”
“Mama nak bagi apa?” Lancar saja lidahnya memanggil mama.
“Ini bukan dari mama sebenarnya tapi dari Adam. Dia minta mama sampaikan pada Ulfah. Pakai tau gelang ni. Ikhlas dari Adam. Katanya tanda cinta dan sayang dia pada Ulfah.”
Ulfah rasa wajah memerah. ‘Sweet talker punya tunang. Gaya cakap kalah Mat Romeo.’
“Adam tu, nakal. Teramat tapi kalau dia sayangkan seseorang, dia tak akan malu-malu nak beritahu yang dia sayangkan orang tu. Walaupun ada yang cakap ayat dia macam mat romeo, percayalah cakap mama, he is not a romeo. Never been that. InsyaAllah.”
Ulfah angguk. “Ulfah akan pakai gelang ni. Tanda cinta dan sayang Ulfah pada Adam.” Entah kenapa, lidahnya senang menuturkan kata sayang itu. Mungkin sememangnya di dalam hati itu sudah terukir nama Adam Thaqif?
Menjadi Diriku berlagu. Ulfah tersentak, habis semua lamunan yang bermain di minda. Nama Adam Thaqif terpapar di skrin. Dia segera tekan butang merah.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Bunyi suara lelaki itu tidak kedengaran begitu jelas.
“Awak dekat mana ni?”
“Tepi jalan. Baru dapat mesej dari mama, awak dah jadi tunang saya.”
‘I’m sensing a smile from his words.’ Ulfah cuba sembunyi senyum. “Eh, saya terima sebab mama awak tau. Bukan sebab awak.”
“Yelah, siapalah saya ni kan?”
“Tau pun. Awak buat apa kat tepi jalan?”
“Tak jumpa RnR. Berhenti dekat bawah flyover, I want to talk to you.”
“Bahayalah awak. Awak nak cakap apa je?”
Terdengar suara Thaqif berdehem. “Selamat bertunang, Ulfah Syuhada. Saya tak mampu berjanji apa-apa pada awak tapi insyaAllah, bila tiba masanya saya akan jadikan awak hak milik saya secepat mungkin. Saya akan cuba kenali diri awak sepanjang tempoh kita bertunang.”
Ulfah mati kata-kata. Sebak merajai jiwa.
Tiba-tiba Thaqif melagukan sebuah lagu.

Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan...

Air mata Ulfah menitik. “Awak ni. Suka buat saya terharu, ye?”
Kedengaran suara Thaqif ketawa. “Haruslah.”
Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman dari talian sana.
“Ya Allah!” Suara Thaqif menjerit kedengaran sebelum talian mati.
“Awak? Awak?” Nombor Thaqif didail namun tidak dapat disambungkan. Berkali-kali dia mencuba namun masih sama. Air mata mulai mengaburi mata. “Adam Thaqif, mana awak?”
“Fafa, siap cepat!” Suhail muncul. “Mama Adam call, Adam kemalangan. Baru dapat call dari kawan dia.”
Ulfah terkejut lalu terduduk, air mata laju menitik. ‘Ya Allah, jauhkanlah Adam Thaqif dari sebarang kecelakaan.’

To be continued...

p/s:jangan emo, please :) saya sendiri pun sedih untuk Ulfah ni T_T

19 comments:

  1. serius best kot cte ni.....sad plk babak ni....hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih....memang saja buat sedih, asyik ceria je...hahaha :)

      Delete
  2. Aduh sedihnya...Ď€T_T
    Baru je nak happy tak sangka Adam Thaqif boleh accident pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihhhhhhh...hehehe...xpe2...xada apa2 tu..:D

      Delete
  3. ala....x nakla sedih2 ni huhuhu

    ReplyDelete
  4. wa... huhuhuhu sdih sdah... bnjir2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...sikit je kot...lek dulu...ni tak sedih mana ni :D

      Delete
    2. sedih la... dh le bru tunang pstu tunang accdnt... kalo aku pengsan trus.. x tnggu dh..

      Delete
    3. perghh...haha....nie xsedih lgi nie

      Delete
  5. Jangan laa buat sedih..
    Nnti saye nangis takdew sape nk pujuk..
    Haha..papepon..best..

    ~elmi~

    ReplyDelete
  6. Alamk jgn la jd apa2 kat adam.cian dh br tunang.tu la sapa suruh nk g johor.kan dh xsdn.hrp2 x jd apa2 kat adam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada apa2 kot...insyaAllah, hehehe....:)

      Delete
  7. haha. buleh jugak comment. best best. tapi jangan sedih sangat sangat nahh. satg teriak sorang sorang. hihi.

    akuZan.

    ReplyDelete
  8. suka thaqif lah.. nak admire dia boleh? hehe
    suka bila depa bermain kata2.. ngeee

    ReplyDelete
  9. Dah agak adam accident...hati x sedap je...hehe...hai najwa...sya bdak upm....tringat upm bila awk sbut kat citer ni...btw really nice stort..

    ReplyDelete