Monday 7 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 3)

Ulfah menghentakkan kakinya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kamarnya. Sebalnya hati. Geramnya jiwa. Rasa nak hentak-hentak je si lelaki jurugambar tu! “Psiko! Gila! Arggh!! Aku benci kau!!!” Akibat terlalu letih menghentak kaki, dia terduduk di birai katil. Dia masih geram pada lelaki itu. Dia kembali teringat semula peristiwa di rumah kak Hidayah.
“Hai, awak!”
Purrh!! Bersembur habis air sirap yang baru masuk mulut. Dia kalih ke tepi sambil kesat bibir. Lelaki yang pakai baju jenama Polo tu tersengih pandang dia. Lelaki itu angkat lensanya lalu ditangkap gambar Ulfah yang menjeling tajam.
“Apa awak ni?” Marah Ulfah.
Thaqif ukir sengih. “Saya nak tangkap gambar suasana majlis pertunangan ni. Bukan saya tangkap gambar awak seorang.”
Ulfah angkat kening. “Dari tadi awak mengekor saya! Awak ingat saya tak tahu ke dalam DLSR awak tu dah penuh gambar saya?”
Lelaki itu senyum sinis. “Awak ingat awak artis ke saya nak tangkap gambar awak? Tolonglah! Perasan jugak awak ni kan?”

“Orang gila! Sengal!” Ulfah berlalu dari situ.
“Awak!”
Ulfah berpaling.
Shutter ditekan. Satu lagi gambar ditangkap.
“By the way, memang DLSR saya ni penuh dengan gambar awak.” Thaqif berlalu dengan sengih nakal manakala Ulfah terasa macam nak menangis. Dia pandang kiri kanan, cuba mencari bayang Suhail namun dia kecewa saat nampak Suhail enak menjamu selera. ‘Angah! Pandanglah Fafa! Tolong Fafa. Budak gila tu kacau Fafa.’ Malangnya telepati yang diharapkan berjaya memberi keputusan negatif. Dia pandang balik pada lelaki yang duduk di buaian. Pandangan lelaki itu masih padanya. Bibir lelaki itu masih terukir senyum manis. Lelaki itu mengenyitkan matanya kepada Ulfah.
‘Arghh!! Benci lelaki ni!!’ Dia pandang ke dalam rumah. Kelihatan uminya sedang bersembang dengan seorang wanita yang mungkin seusia dengan uminya. Laju kakinya melangkah mendekati umi lalu dia peluk umi dari belakang.
“Fafa, kenapa ni?”
Ulfah renung mata umi. “Bila nak balik, umi? Fafa nak balik.” Matanya sudah berkaca.
“Kenapa ni sayang?”
Ulfah geleng kepala. Air mata yang mengacau di tubir mata, dia kesat. “Nak balik.”
Umi renung Ulfah dengan pandangan pelik.
“Siapa ni Syidah? Comel je saya tengok.”
Umi mengalih pandangan pada temannya tadi. “Oh, ni anak bongsu saya. Ulfah Syuhada. Baru habis belajar.” Umi pandang Ulfah semula. “Salam mak cik sayang.”
Ulfah tunduk menyalami kawan uminya. ‘Cantik mak cik ni.’ Desis hatinya.
“Sopan. Manis. Dah berpunya?”
Ulfah tersentak dengan soalan mak cik tu. ‘Alahai, nak buat sesi suai kenal kat sini ke? Nak balik!!’
“Belum.” Perlahan lidahnya menuturkan.
“Mak cik ada seorang anak lelaki. Jurutera. Tadi ada berkeliaran di sini. Dah hilang dah anak mak cik tu. Kalau tak, kamu boleh berkawan.”
Umi ketawa dengan bicara mak cik tu. “Tak payah berkawan. Hantar rombongan je kalau dah berkenan.”
“Umi...” Muka dah rasa merah menyala. Dalam masa itu, sempat dia mencari-cari bayang lelaki gila tadi. ‘Eh, kenapa aku cari dia ni? Oh, untuk menghalang dia dari tangkap gambar aku.’
“Yelah. Dah malulah tu. Saya nak berangkat dululah. Lewat karang tak elok pulak. Lain kali kita jumpa lagi, Amnah. InsyaAllah.”
“InsyaAllah. Ulfah, nanti kalau mak cik hantar rombongan, jangan tolak ye.” Sekali lagi, umi bergabung tawa dengan mak cik yang umi panggil Amnah tu manakala dia cuma mampu menunduk. Bila dia angkat muka, dia nampak lelaki tadi. Mengenyitkan mata sekali lagi padanya.
“Fafa!”
Pap! Hilang semua lamunan Ulfah. Di depannya cuma ada Umairah yang merenungnya pelik.
“Kenapa kak chik tengok Fafa macam tu?”
Umairah tuding jari ke arah tangan Ulfah yang sedang mencekik anak patung kepunyaan Ulfah.
‘Oopss, sorry Bubi!’ Terlepas terus anak patung tu yang bernama Bubi tu dari tangannya.

Thaqif renung gambar yang ditangkap petang tadi. Wajah cemberut gadis itu menawan hatinya. Jelingan mata gadis itu buat dia tak keruan. ‘Simptom apa yang dirasa ini?’ Bisik hatinya.
“Adam.”
‘Suara mama!’ Cepat-cepat dia sembunyikan DLSR itu ke bawah bantal.  Sony Alpha DSLR-A350 yang ada di atas meja ditarik. DSLR milik Aidil itu dibelek.
“Adam!” Pintu terkuak. Thaqif kalih ke belakang. Bibirnya menguntum senyum untuk mama.
“Gambar majlis tadi ke?”
Thaqif angguk kepala. “Yup. Cantik tak, ma?” Sengaja dia tunjuk gambar pelamin pada mama.
Mama angguk namun dahi mama berkerut sedikit. “Ni bukan Aidil punya ke? Yang Adam punya mana?”
Gulp! Thaqif telan liur. ‘Kelentong Thaqif, jangan tak kelentong!’
“Kamera Adam rosak tadi, ma. So, Adam pinjam Aidil punya.”
Mama angguk. “Dah bertunang Hidayah tu.”
Thaqif kalih tengok mama. ‘Mendalam je ayat mama.’
“Adam tahu, dulu mama berkenan dengan Hidayah tu tapi yelah, Hidayah tu kan lagi tua dari kamu.”
Thaqif geleng kepala. “Tak naklah Adam dengan Dayah tu.”
“Kenapa?”
“Yelah. Dia dah bertunang.” Mata Thaqif masih pada skrin DSLR yang sudah bertukar gambar.
Mama tepuk dahi. “Adam ni.”
Thaqif ketawa terkekeh-kekeh. Berjaya jugak kenakan mama.
“Adam nak tahu?”
“Apa, ma?”
“Tadi mama ada berkenan dengan seorang budak perempuan ni.”
Kali ini, giliran Thaqif pula ketuk dahi. “Mama, sempat lagi kan?”
“Mama ni nak pulak merasa menantu perempuan. Adina, dahlah jarang balik sejak kahwin dengan Zaid.”
Thaqif ukir sengih. “Mama ni. Kan Dina ikut suami dia.”
“Yelah. Memanglah. Mama tahu tu, tapi sekarang mama nak menantu perempuan dari kamu. Mama dah merasa menantu lelaki sulung. Sekarang mama nak merasa menantu perempuan pulak.”
“Kalau ada nanti, Adam bawak balik seorang untuk mama.” Wajah si gadis berbaju kurung biru terlayar di mata.
“Yelah sangat Adam tu. Nanti yang dibawak balik, tetap vespa hitam tu.” Mama bangun dari duduk. “Bila nak balik ke Serdang?”
Thaqif diam, memikir. “Esoklah, ma. Penat. Lagipun, Serdang dengan Kajang bukan jauh mana.”
“Yelah.” Mama dah nak berlalu.
“Mama.”
Mama berpaling.
“Papa balik bila?”
“Malam nanti sampai.” Mama keluar dari bilik bujang anaknya itu.
Thaqif angguk kepala. Papa, masih aktif bekerja walaupun anak-anak sudah mampu memegang duit sendiri. Aidil, tinggal lagi setahun nak habis belajar. Adina, dah jadi konsultan kat sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Dia? Jurutera berjaya dekat Shah Alam. DSLR di bawah bantal dicapai. Wajah gadis berbaju biru menjeling menjadi tatapan matanya.
‘Hailah, hati. Kenapa kau macam ni?’ Dia mengeluh namun bibirnya masih tersenyum.

“Fafa!”
“Ye?”
“Dah siap ke?” Umairah muncul di muka pintu bilik Ulfah.
Fafa angguk kepala. “Bang chik dah sampai ke?”
“Belum tapi kita pergi jelah dulu. Tunggu dia kat sana.”
“Okey!”
“Jom!” Wajah Umairah berseri. Masakan tidak, suaminya akan pulang ke Malaysia! Rindu sudah menggebu di hati.

Pengumuman ketibaan kapal terbang dari Australia berkumandang di KLIA. Ulfah memerhatikan Umairah yang tidak senang duduk. Dia tahu Umairah gelisah menantikan ketibaan suaminya. “Kak chik, duduklah dulu. Kejap lagi, bang chik keluarlah.”
“I can’t. Selagi kak chik tak nampak muka bang chik, selagi itulah kak chik risau.”
Ulfah diam. Matanya melilau ke kiri kanan, melihat ragam manusia dan dia terpaku saat terlihat lelaki gila yang ada di rumah kak Hidayah, lengkap berbaju kemeja putih berjalur hitam dan seluar slack hitam. Lelaki itu kelihatan segak seperti itu. Tiada gaya seperti orang gila langsung.
Ulfah cepat-cepat alih pandangannya daripada lelaki itu. Entah kenapa, ada debaran yang bertamu di dada.
“Fafa?”
“Ye?”
“Tu, bang chik dah sampai. Jom.”
Ulfah angkaat punggung dari kerusi. Sempat dia kerling lelaki gila itu dan ternyata kehadirannya disedari lelaki itu. Cepat-cepat dia mengejar langkah Umairah yang sudah bersalam dengan suaminya.
“Awak!” Dia dengar lelaki tu panggil dia tapi dia tak pusing. ‘Umi, Fafa nak balik. Fafa takut!’
“Awak, budak baju hitam. Seluar jeans biru dengan tudung bawal putih.” Suara lelaki itu kedengaran kuat.
Ulfah ketap bibir bila lelaki itu memanggilnya dengan baju dan seluar yang dipakainya.
“Adam Thaqif! Kau nak pergi mana, weh?” Ada satu suara lain kedengaran di telinga Ulfah. Hiruk-pikuk KLIA yang sentiasa sibuk tidak menganggu langsung deria pendengarannya untuk mendengar suara-suara asing itu.
Ulfah berpusing ke belakang. Ternyata lelaki gila itu sudah menjauh daripadanya. Sempat lelaki itu menoleh namun kesayuan terlakar di wajah lelaki itu. ‘Adam Thaqif, nama awak sedap tapi kenapa awak gila?’
“Fafa, tengok apa tu?”
Ulfah berpaling pada Umairah dan Asfan. “Tak ada apa-apa.”
“Muka Fafa nampak sedih.” Asfan bersuara.
Ulfah ukir senyum tapi dia tahu senyum dia tawar. “Tak adalah.”
“Jom makan dulu. Kak chik belanja.”
“Okey!” Ulfah tersengih namun hatinya rasa sayu. Teringat balik muka lelaki gila tak bertempat tu. ‘Haih, kenapa awak macam sedih bila tak dapat jumpa saya?’

To be continued...

p/s: sian Thaqif, kan? Hohohohohoho.... :D

4 comments:

  1. Memang kesian betul kat Thakif...
    Ulfah pun macam dah tersangkut je hati die dekat Thakif...hehehe... #^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...nanti kita tengok mcm mna dua hati ni bertemu :-)

      Delete
  2. hai la hati...knpa la rsa mcm nie...
    dh jtuh hati dgn Ulfah n Thaqih dh nie...

    ReplyDelete
  3. fafa...lenkali xmo buat mcm tu tau, xbaekkk sian thaqif :D

    ReplyDelete