Sunday, 8 July 2012

Aku Dia Dan Vespa (Bab 23)

Ulfah senyum sendiri. Dia duduk di birai katil. Sungguh hati rasa lapang bila tahu bakal suaminya seorang yang mampu memimpinnya kelak. Hilang terus rajuk di jiwa. Hati yang terasa tadi sudah terubat dengan alunan suara lelaki itu. Dia tidak pernah mengharapkan seorang lelaki yang alim. Yang kopiah sentiasa di kepala 24 jam. Cukuplah baginya seorang lelaki yang mampu menjadi imam di setiap solat lima waktunya. Yang boleh menegur andai ada salah dan silapnya. Sungguh, dia sangat bersyukur.
“Fafa.” Umi buka pintu. Dia pandang umi.
“Ye, umi.”
“Tadi Adam telefon umi. Dia ajak Fafa keluar esok.”
Ulfah angkat kening. “Kenapa dia tak ajak Fafa terus?”
“Dia kata dia takut Fafa dah tidur. Dia hantar mesej, Fafa tak reply.”
Ulfah angguk. Nokia C3 dicapai. Nyata ada satu unread message.
“Nak keluar ke mana, umi?”
“Cari cincin.”
Ulfah angguk. Baru teringat, memang cincin kahwin tidak dibeli lagi.
“Nanti umi ikut, tak?”
“InsyaAllah. Sama ada umi atau mama Adam yang ikut.”
Ulfah angguk lagi. Lega hati kalau umi ikut. Dia tak selesa nak keluar berdua dengan lelaki itu meskipun mereka sudah bertunang.
“Balaslah mesej Adam tu. Mungkin dia dah ternanti-nanti dari tadi.”

“Okey, umi.”
“Jangan tidur lewat sangat. Esok bangun lewat, umi tak tahu.”
Ulfah ketawa. “Ye, umi.”
“Jangan nak ye sangat.”
“Baik, umiku sayang. Good night. Assalamualaikum.”
Umi angguk kepala lalu dia terus tutup pintu bilik manakala Ulfah melompat atas katil. Jemarinya laju membuka inbox C3.
‘Hei, bakal isteri saya. Saya sudah sampai rumah. Sorry pasal hal tengah hari tadi. My bad. By the way, puding cocktail ni sangat sedap. Nanti awak buat dekat saya ye. p/s: esok jom keluar, nak cari cincin kahwin.’
Ulfah ketawa.
‘Me sorry too. My bad jugak sebab tak contact awak. Saya segan nak mesej atau telefon awak dulu. Umi saya yang buat, saya goyang kaki je. Nanti kalau saya dah master, saya buat untuk awak ;). Umi ada cakap tadi, InsyaAllah. Angkut mama sekali tau.’
Bubi dan QiQi ditarik dekat dengan diri. Dia menanti balasan dari orang sana.
‘Okey, deal!’
Ulfah ketawa.
‘Deal! Okeylah awak, saya nak tidur. Jumpa esok, InsyaAllah.’
Dia pejam mata. Harap mimpi indah masuk dalam tidurnya malam ini.

Thaqif keluar dari kereta. Hari ni dia sengaja minta cuti. Kakinya laju melangkah masuk ke dalam rumah mama.
“Assalamualaikum.”
Mama muncul dari dapur dengan sedulang teh yang masih berasap. “Waalaikumsalam. Amboi, awal benar sampainya!”
“Mana ada. Biasa je, ma,” Dia jenguk meja makan. Aroma nasi lemak menerobos masuk ke hidung. Sambal ikan bilis dan sambal kerang seolah-olah meminta dia segera menjamah mereka. Telur rebus yang sudah dipotong turut memanggil-manggil namanya. Tak termasuk kacang goreng dan timun yang sudah dihiris nipis. Kecur air liur melihat masakan mama.
“Adam Thaqif, jangan tunjuk sangat muka kebulur kamu tu. Tunggu papa turun dulu,”
Thaqif garu kepala. Hilang terus mode kebulur lepas kena tegur dengan mama.
“Aidil mana, ma?”
“Ada dekat atas. Tidur lagi gamaknya.”
“Aidil dah bangunlah, mama,” Aidil bersuara dari tangga. Bangle yang dipegang di tangan kanan dipakaikan di tangan kiri.
“Sejak kerja ni, bangun awal nampaknya,” Thaqif ukir senyum nakal.
“Aku pekerja berdedikasi kot. Tak macam kau. Semedang je cuti.”
“Ala, bukan aku cuti saja-saja. Nak pergi beli cincin kot.”
Aidil buat muka. “Untunglah dah nak kahwin.”
“Jealous.”
“Never.”
“Sudah, bertekak je kamu ni. Serabut mama,” Mama geleng kepala.
Aidil dan Thaqif ketawa serentak. “Mama, tak ada kami dalam hidup mama, hidup mama sunyi sepi tau.”
Mama buat muka. Anak teruna yang berdua ni, ada saja idea untuk menjawab.
“Eh, apa pulak sunyi sepi? Papa kan ada,” Entah bila papa yang lengkap berkot turun.
Thaqif sengih. “Feewitt, cayalah papa.”
“You rock, papa!” Aidil pula bersuara.
“Haih, anak beranak ni. Nak makan nasi lemak ke nak makan sudip dengan kuali dekat dapur tu?”
Terus Aidil dan Thaqif terdiam. Mama dah marah!
“Mama ni, garang sangat,” Papa bersuara.
“Papa tu, ayat piawai romeo tak ingat,” Ujar mama sambil betulkan tali leher papa.
Aidil dan Thaqif senyum saja. Romantik sungguh mama dengan papa.

Ulfah tengok diri yang sudah lengkap berpakaian. Baju kurung berwarna ungu kain chiffon tersarung elok di tubuhnya. Dia kemudiannya membetulkan sikit lipatan tudung supaya nampak lebih kemas.
Beg tangan yang ada di atas meja solek diambil. Tangannya laju mencapai purse, telefon bimbit dan MP3 lalu disumbat ke dalam beg sederhana besar itu. Dia terus mengepit beg tangan itu ke ketiak lalu dia keluar dari bilik setelah suis lampu dan kipas ditutup.
“Uish, cantik-cantik ni nak pergi mana?”
Ulfah urut dada saat disergah Suhail yang baru keluar dari bilik.
“Angah ni tak kerja ke?”
“Angah ada meeting esok dekat Johor. So angah ambil cuti ini hari.” Suhail sengih. “Nak pergi mana ni?”
“Cari cincin.”
“Uuu...nak ikut!”
“Sibuk!” Dia jelir lidah pada Suhail.
Suhail ketawa.
Ulfah nak berlalu tinggalkan Suhail namun tiba-tiba lengannya dipegang erat.
“Kenapa angah?”
“I’m glad that you agreed with umi’s choice.”
“I’m glad too.”
“You will be happy with him, Fafa. Trust me.”
Ulfah angguk. “I know. Thank you angah,” Ulfah peluk Suhail erat.
“Kenapa pulak dah?”
“Sebab angah masih setia menjaga Fafa dari dulu sampai sekarang.”
“Hey, I’m your angah. Mestilah angah jaga Fafa sebab tu angah tak boleh nak kahwin lagi selagi Fafa tak kahwin,” Suhail tolak Ulfah perlahan lalu dia renung mata adiknya itu. “Fafa dan kak chik adalah tanggungjawab terbesar angah dan along, tahu? Lepas kak chik kahwin, along dan angah lega. Bukan sebab kami dah lepas dari tanggungjawab tapi kami lega sebab kami tau Asfan mampu menjaga kak chik macam kami jaga kak chik. Same goes to you, Fafa. Adam mampu jaga Fafa macam along dan angah jaga Fafa.”
Ulfah sayu dengan bicara Suhail. Dia faham situasi Syafiq dan Suhail. Mereka berdua sentiasa meletakkan dia dan Umairah yang di atas sekali, kemudian baru mereka fikir tentang diri mereka. “Angah, I love you.”
“I love you too, kiddo.” Suhail senyum. “Jangan nak menangislah. Cengeng!”
“Fafa tak nangislah!” Dia ukir senyum tapi air mata turun perlahan-lahan.
“Dah nak kahwin pun manja mengada-ngada lagi.” Suhail ketawa lalu dia kesat air mata si adik yang cuma menjelirkan lidah.

Aidil bukak hoodie yang sedari tadi menutupi kepala. Telefon jenama Samsung Galaxy Y diambil dari poket seluar khaki. Dia dail nombor Izuan.
“Wan, kau dekat mana?”
“Aku ada kat Kelate lah. Bakpo?”
Aidil tepuk dahi. ‘Ah, sudah. Mamat ni kalau bersembang bahasa Kelantan dengan aku memang aku tak faham satu habuk pun.’
“Bro, speak in bahasa baku please.”
Kedengaran suara Izuan ketawa. “Sorry. Terlepas pulak bahasa ibunda aku. Hah, kau nak apa?”
Aidil geleng kepala. “Kau datang Shah Alam balik bila?”
“Tak tahu lagi. Kenapa?”
“Banyak benda nak storylah.”
“Kau kan, duduk Shah Alam saja. Gunalah IT, bro. Apa guna wi-fi kau kat rumah kalau kau tak online, sengal.”
“Aku busy, okey. Aku kerja. Cari nafkah. Nak simpan buat kahwin.”
“Sudahlah kau. Aku balik minggu depan kot. Lagipun nak siapkan FYP lagi. Sesak nafas aku ni.”
“Okey. Aku tunggu. Aku perlukan nasihat dari kau, wahai si pencinta wanita.”
“Habis, kau pencinta lelaki? Plus, kau kan mat romeo, apahal nak nasihat aku pulak.”
“Sebab kau tu dah bertunang. Menghitung hari je nak menikah.”
“Yelah. Kau tak kerja hari ni?”
Aidil pandang De’Lily Florist yang masih belum dibuka oleh tuannya. “Kerja. Ada kat depan kedai ni tapi Lily tak datang lagi.”
“Lily? Awek muka Chinese tu?”
“Yup.”
“Dil, aku kena hang up dah ni. Aku nak bawak umi aku pergi pasar.”
“Okey. Hati-hati, Wan.”
“Selamat mengayat.” Izuan ketawa terkekeh sebelum talian mati.
Aidil geleng kepala. Telefon disimpan ke dalam poket. Jam dikerling, dah dekat pukul 9.30 pagi. Dia mengeluh. ‘Kenapa lambat sangat ni?’
Dua jam kemudian,
Aidil tengok jam lagi. Dah dekat dua jam dia berdiri jadi pak pacak. Sekejap dia duduk dekat kaki lima kedai. Sekejap dia duduk atas LC miliknya. Sekejap dia pergi 7-Eleven yang ada di hujung lot. Dia mengeluh. ‘Hari ni hari cuti ke?’
Telefon bimbit dicapai. Nombor Puan Haleeda di cari dan di dail. Malangnya, talian tidak dapat disambungkan. Dia duduk kembali di tangga di depan kedai. Cap dibuka. Dia renung langit biru. ‘Serius, hari ni hari cuti ke?’

Ulfah tunduk renung jari. Umi dan mama yang ada di belakang bersembang tanpa mempedulikan mereka berdua.
“Kenapa diam?” Thaqif bersuara, perlahan.
“Awak pun diam,” Nyata, hati berdetak kencang andai Thaqif ada di sisi. Entah kenapa.
Thaqif ukir senyum. “Awak malu, mungkin?”
“Diamlah, pak cik.”
Thaqif senyum lagi. Malulah tu.
“Kamu berdua bersembang apa?” Umi bersuara.
Thaqif ketawa kecil. “Tak dapat nak bersembang, umi. Mulut orang tu ada jongkong emas.”
Ulfah ketap bibir. ‘Ada jugak kena sembelih dalam kereta ni.’
“Kuat mengusik betul, Adam ni.”
Thaqif sengih saja dengan rungutan mama. Di kerling gadis di sebelah. Wajah yang memuncung itu comel. Sungguh, jatuh cinta lagi sekali!

Umi dan mama sudah berjalan masuk ke dalam sebuah kedai emas. Ulfah pula menunggu Thaqif yang baru keluar dari kereta.
“Lambatnya awak ni,” Rungut Ulfah saat Thaqif sudah pun menghampirinya.
Thaqif ukir senyum. “Saja buat lambat-lambat. Nak bagi awak tunggu saya lama-lama.”
“Ei, sengal!” Ulfah berjalan laju ke depan.
Thaqif ketawa. Suka dia buat Ulfah marah-marah seperti itu.
Ulfah berpaling ke belakang. “Awak nak jalan ke tidak? Karang saya tinggal karang.”
“Yelah. Garang betul!” Thaqif senyum. “Nanti lepas kahwin, tak nak garang-garang dengan saya tau.”
Ulfah mencebik. “Huh, tengoklah dulu.”
“Ulfah, nanti accept relationship status yang saya request di Facebook ye?”
Ulfah pandang Thaqif. “Relationship status apa?”
“Engaged To,” Thaqif berjalan laju ke depan.
Ulfah termangu sendiri di tepi jalan. “Kena approve ke awak?” Perlahan suaranya kedengaran.

Sara Lilyana pandang mummy yang sudah lengkap berbaju kurung.
“Kenapa pandang mummy macam tu?”
“Mummy cantik.”
“Apalah Sara ni,” Mummy tersenyum malu.
“Kenapa daddy tinggalkan mummy?” Sara Lilyana peluk mummy dari belakang.
Mummy mengeluh. “Sayang, daddy tak tinggalkan mummy. Dia balik rumah isteri muda dia je.”
“Mummy, dia dah dekat lima tahun tak balik! Dia tak ingat dekat kita ke?”
“Sara, biarlah. Nanti daddy akan balik juga, percaya cakap mummy.”
Sara Lilyana ketap bibir. Dia sakit hati! Mummy masih membela lelaki romeo yang juga ayah kandungnya yang meninggalkan mereka berdua kerana seorang perempuan muda yang sebaya dengan Sara Lilyana.
“Sara, dah bagitau Aidil kan yang kedai tutup hari ni?” Mummy sematkan pin tudung di bahu.
Pap! Sara Lilyana tepuk tepuk dahi. ‘Habislah! Aku lupa cakap dekat dia!’

To be continued...

p/s:geram dengan keyboard *type ni pun guna on-screen keyboard -.-"

14 comments:

  1. oittt...haha..best!entry pon pnjg kali nih..bwu syok aq layan...ngeee..btw all d best la mnyiapkan bab yg strusnye even keyboard ko sakit!gud job kawan~ :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. oitt....hehe...puaih hati la tuh entry panjang...hehehe...terima kasih...sgt sakit hati dengan keyboard ni -.-"...tenkiu kawan :D

      Delete
  2. Alahai ciannya kat aidil haha. Jd pnunggu x bgaji kat situ

    ReplyDelete
  3. alahai, comel je thaqif ngan fafa ni, hehe.
    ooo sebab tu ke sara tak suke ngan lelaki romeo, sebab ayah dia camtu, kesian. lagi kesian di aidil, kena berpanas tunggu kedai bukak, hehe, suke ngan n3 ni.

    muda13

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi reason lain kenapa sara benci lelaki...;) fafa+thaqif kenalah comel, tak gitu ;)

      Delete
  4. Thaqif dan Ulfah tersangat-sangat cumel...hehehe
    Kesian Aidil jadi penunggu dekat depan kedai bunga tu...#^_^

    ReplyDelete
  5. ouh. sebaya sara?amboii gatai gak ayah sara eh. sian mummy dia..5thun? lmanyaa n kejam koot. ulfah. untungya andA dapt jejaka speri thaqif. n aidil, ksian anda kna mnunggu. :)

    kDija

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.....biarkan aidil menunggu

      Delete
  6. Ala... Sweet nya Fafa & Adam..
    Comel jer..
    Kesian aidil ken atunggu don kedai... Hahahha..
    Kedai tutup pulak tu... Kesian..kesian..kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua org kesian dengan aidil :D

      Delete
  7. saya baru mengikuti, memang best, layan je baca ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...cerita biasa2 saja ;)

      Delete