Tuesday, 5 May 2015

[NOVEL] FLY (BAB 22)

Johanna bekukan wajah saat pelajar-pelajar lain di sekelilingnya memerhatikan dia sambil berbisik-bisik. Nafasnya dihela. Payah sungguh manusia yang jenis suka menghukum tanpa siasat ni.
“Jo, senyum...” Nuha tarik kedua-dua hujung bibir Johanna dengan tangannya.
Johanna ukir senyum segaris sebelum kembali mematikan senyuman itu, “Korang nak tak mee ni?”
Elly dan Nida saling berpandangan, “La, kenapa? Makanlah.”
“Aku tak ada seleralah,” ujar Johanna. Mee yang ada di dalam pinggan dikuis-kuis dengan garfu di tangan. Wajah Jehan terbayang di mindanya. Entah kenapa, bagai ada rindu yang menggamit di hatinya sedangkan baru semalam mereka berjumpa.
“Kenapa?” Tanya Nida sambil memandang Johanna. Dia sedar yang Johanna tidak seperti kebiasaannya. Selalunya dia sering bergurau dan mengusik Nuha tapi sejak dia pulang ke asrama semalam, dia menjadi sedikit pendiam.
“Entah,” balas Johanna, pendek.
“Orang banyak dosa, memang macam tu. Kan, Peah?” Rena yang duduk membelakangi Johanna bersuara, sinis. Geramnya pada Johanna masih bersisa.
“Itulah. Aku ingatkan aku dah tak payah nampak dah muka dia, alih-alih ada lagi kat sekolah ni. Cikgu kesian kot. Anak kurang kasih sayang mak bapak, kan?”
“Tapi syukurlah, seminggu kena gantung dah boleh berubah. Dah pakai tudung,” ujar Moni, ikhlas.
Rena julingkan mata pada Moni, “Ala, pakai tudung tapi hati busuk buat apa. Mencemarkan nama orang-orang lain yang pakai tudung.”
Johanna senyum senget lalu dia pandang Nuha, “Now look who’s talking.”
Nuha dan Nida ketawa. Elly senyum, “Dia tengah cakap pasal diri sendiri tu. Alhamdulillah, dia sedar diri.”
Meledak ketawa semua orang termasuk Johanna. Nuha bangun dari duduknya dan diikuti yang lain, “Jomlah masuk kelas. Duduk kat sini, aku rasa nak gelak aje.”
Elly dan Nida menarik sengih dan mengikut langkah Nuha yang dah ke depan. Johanna pula memandang Rena sebelum dia menunduk sedikit lalu di telinga Rena dia berbisik, “Inilah nama dia, menepuk air di dalam dulang, terpercik ke muka sendiri.”
Rena kalih memandang Johanna, “Kau!”
“Rena, orang yang mulia hatinya takkan mengaku hatinya mulia dan orang yang busuk hatinya, sering mencanang pada dunia betapa busuknya hati orang lain,” dengan senyum masih meniti di bibir, Johanna berlalu. Payback time, dude!

Johanna pegang kepala yang terasa berdenyut. Detak jantung yang terasa lebih laju dari kebiasaannya buat dia rasa tak senang hati. Suara hingar-bingar pelajar dalam kelas 5 Aurum bagai tiada kesan pada dirinya.
“Jo, hang okey ka?”
Johanna kalih memandang Nuha lalu dia mengangguk, “Okey.”
“Hang macam resah semacam ja. Betul ka hang okey?”
Johanna mengangguk, “Nuha, aku okey!”
D.O yang mendengar perbualan Johanna dan Nuha, kalih ke belakang, “Jo, kau tak tegur aku lagi hari ni!”
“Kenapa? Kau rindu aku ke?” Ujar Johanna, berseloroh.
“Gila tak rindu! Kau kan cikgu aku.”
“Ceh!” Nuha buat muka.
D.O. senyum, “Nuha, janganlah jealous.”
“Sapa yang cemburu pun!” Nuha pukul bahu D.O. dengan bekas pensilnya.
“Korang boleh diam tak? Study, boleh?” Hadi kalih memandang D.O., suaranya tenang saja namun masih terasa aura berapi Hadi.
Nuha diam dan terus berpura-pura membuat latihan Sejarah manakala D.O. dah kalih ke depan. Johanna menggeleng, “Tak boleh tengok orang senang langsung.”
Hadi yang mendengar cuma tunduk memandang buku latihan. Dia tak mahu membalas. Johanna Sofea yang ada di belakang dia sekarang bukan Johanna Sofea yang sama dia jumpa seminggu lepas. Bukan hanya tudung yang menutup rambutnya yang membuatkan dia berbeza. Ada sesuatu pada Johanna yang lain pada pandangan matanya.

“Lapar gila, wei! Padahal aku makan banyak dah tengahari tadi,” ujar Elly, separuh mengeluh. Nida pula cuma ketawa. Elly... Elly... walaupun dia paling banyak makan tapi dia jugaklah yang paling kurus pun.
Nuha yang mendengar turut ketawa namun tawanya mati melihat Johanna yang diam seperti memikirkan sesuatu, “Jo, hang dah sampai mana ni?”
Johanna sedikit tersentak lalu dia memandang ke arah Nuha, “Ada je kat sini.”
“Kau macam ada masalah je, Jo. Ada apa-apa kau nak share dengan kami?”
Johanna geleng kepala, “Aku sendiri tak tau kenapa. Kejap lagi, korang pergilah DM dulu. Aku nak telefon rumah kejap.”
“Hang nak aku ikut dak?” Nuha memandang Johanna.
Johanna mengangguk, “Boleh jugak.”
“Tak apalah macam tu. Kami tunggu kat DM,” ujar Nida.
Johanna dan Nuha mengangguk, faham. Baru mereka nak berpisah arah, Nuha memanggil Nida, “Nida!”
“Ya?”
“Simpan roti boom sehelai kat aku!”
“Banyaklah kau punya sehelai, Nuha!”
“Biaqlah!” Nuha ketawa dan terus berjalan beriringan dengan Johanna.

Duit syiling lima puluh sen dimasukkan ke tempat syiling sebelum jarinya laju mendail nombor telefon rumah yang sudah dihafal.
Lama dia menunggu sebelum panggilannya berjawab, “Hello, assalamulaikum!” Suara orang yang menelefon itu kedengaran sedikit resah.
“Waalaikumussalam.  Jihan?!”
“Kak long?” Jihanna di talian bertanya, meminta kepastian. Dari nada cemas, suaranya kedengaran seperti sedang menahan sebak.
“Jihan! Kenapa ni?”
“Kak long, adik... kak long,” tangisan Jihanna pecah di talian sana.
“Kenapa dengan adik?” Jantung Johanna mulai berdetak dengan lebih laju, “Jihan?”
“Adik masuk ICU. Demam dia makin kritikal. Doktor kata bukan demam biasa.”
“Kenapa tak ada sesiapa pun inform kak long?!” Suaranya berubah menjadi lebih keras! Geram, risau dan marah bercampur menjadikan Johanna lebih beremosi.
“Daddy...” Jihanna ketap bibir. Dadanya terasa sesak.
Johanna pejam mata. Setitis air matanya mengalir ke pipi. Sampai hati daddy... “Adik sakit apa, Jihan?”
“Demam... kepialu. Doktor kata mungkin terjadi sebab makan makanan yang tak bersih. Usus adik rosak, kak long. Adik lemah sangat. Dia tak kenal Jihan, dia asyik cakap benda merepek dan dia asyik cari kak long.”
Johanna garu kepala, “Jihan cakap dekat adik, suruh dia tunggu kak long balik. Kak long cuba balik petang ni.”
Jihanna menangis di talian. Sedunya jelas kedengaran, “Kak long balik cepat ya...”
“Kak long akan balik. Kak long akan balik,” ucap Johanna, tegas.
Usai berpamitan dengan Jihanna di talian, Johanna tarik nafas panjang.
Nuha yang menemani Johanna hanya mampu menepuk belakang Johanna, “Anything happen?”
“Jehan...” Johanna tarik nafas, “Jehan masuk ICU, Nuha. Aku tak tahu nak buat macam mana. Aku nak balik tapi aku berani kerat jari Cikgu Mashitah takkan bagi. Tambah-tambah dah petang macam gini.”
“Cakap baik-baik boleh kot.”
“Mana ada orang percaya aku lagi. Cikgu Mashitah mesti soal siasat macam-macam. Dia mesti tanya aku nak balik dengan siapa. Orang tua aku bukan nak ambik aku, dia orang lebih rela senyap tak buka mulut cakap apa-apa. Dia orang lagi suka kalau aku tak balik...” Johanna pegang kepala yang terasa pening, “Dan kalau aku suruh Cap datang, Cikgu Mashitah mesti takkan bagi aku balik buta-buta macam tu je.”
“Habis tu?”
Johanna yang sedang memegang kepala tiba-tiba memandang Nuha, “Nuha...”
“Hmm...?”
“Fly. Aku nak fly malam ni.”
Wajah Nuha berubah, “Jo, takkan hang nak tambah problem lagi? Kalau kena tangkap macam mana?”
“Takkan ada orang nak tangkap aku kalau orang tak tahu.”
Nuha menggeleng, “Okeylah. Katakanlah hang lepaih nak fly, macam mana hang nak pi hospital? Bukan dekat, Jo.”
“Cap. Tunggu kejap, Nuha. Aku nak call Cap!”
Nuha mengeluh perlahan sebelum mengangguk. Johanna, kalaulah A yang dikata, A lah yang dibuat.

Johanna membetulkan hoodie di atas kepalanya. Zip sweater ditarik hingga menutup dada. Tudung yang sedikit senget dibetulkan. Perlahan-lahan dia pusing memandang rakan sebiliknya yang sedang memandang dia, “I’m going.”
“Are you sure about this, Jo? Bahaya wei. Kalau kau kena tangkap, ada kemungkinan kau kena buang sekolah. Dengan kes kecurian tu pun tak selesai lagi,” Elly bersuara. Nadanya resah.
Johanna mengeluh, “Apa pilihan yang aku ada? Aku cuba jumpa Cikgu Mashitah tapi Cikgu Mashitah tak benarkan aku keluar kalau bukan keluarga yang jemput. Dia anggap aku menipu. Aku tak boleh tunggu dan pastinya aku tak nak Jehan terus menunggu aku.”
Nida mengangguk lalu tubuh Johanna dipeluk, “Sabar, Jo. Apa-apa jadi, sabar dan sentiasa redha ya? Aku doakan adik kau selamat hendaknya. InsyaAllah.”
“Terima kasih, Nida!” Ucap Johanna, sebak.
“Jo, take care. Pastikan hang tak kena tangkap! Janji dengan aku,” Nuha ketawa sambil mengesat matanya yang terasa panas.
Johanna memeluk Nuha, lama. “Doakan aku, Nuha! Doakan Jehan jugak.”
Nuha mengangguk. Berat sungguh hatinya mahu melepaskan Johanna fly malam ni. Namun demi mengenangkan Jehan, dia diamkan saja.
Elly orang terakhir yang mendekati Johanna, “Jo...”
“Elly,” Johanna depangkan tangannya.
Elly tanpa kata terus memeluk Johanna, lama. “Jo, kuat Jo! Ingat. Allah sentiasa ada dengan kau.”
Johanna mengangguk dalam pelukan Elly. Air matanya menitis jua. Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku sahabat seperti mereka...

Johanna mengelap dahi yang sudah dibasahi dengan peluh. Langkahnya diatur penuh berhati-hati namun tetap laju. Detak jantungnya semakin laju berlari. Di antara risau, resah dan takut kantoi... semuanya bersatu. Sesekali dia menoleh ke belakang. Takut-takut ada yang mengikutnya dari belakang.
Saat tiba di pagar belakang. Dia sudah mahu bersedia untuk merangkak keluar dari pagar besi, namun langkahnya terhenti saat namanya diseru dari belakang.
"Johanna Sofea!"
Air liurnya ditelan. Wajahnya sudah berubah riak. Jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Dia kenal suara yang menyeru namanya itu. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang. Matanya tiba-tiba silau akibat disuluh dengan lampu suluh.
"Tak pernah lagi dalam sejarah sekolah ni, pelajar perempuan berani fly," suara Cikgu Lah kedengaran. 
Lampu yang disuluh pada mukanya, malap tiba-tiba. Saat dia membuka matanya yang masih terasa perit akibat disuluh, wajahnya berubah. Hadi Azraff, Rena Aleeya, rakan sebiliknya, warden aspuri berdiri bersama-sama Cikgu Lah.
"Saya ada sebab saya sendiri, cikgu!" Ujar Johanna sambil memandang Nida, Elly dan Nuha yang memandangnya dengan wajah serba salah.
"Apa alasan kamu?" Cikgu Mashitah bertanya, lembut.
Johanna ketap bibir, "Ad... adik saya masuk ICU."
"Alasan awak tak kukuh!" Cikgu Lah bersuara, garang! "Awak boleh pergi ICU esok, atau pun keluar dengan minta kebenaran. Bukan keluar senyap-senyap macam ni! Kes awak mencuri pun tak selesai lagi, awak dah buat masalah baru! Apa nak jadi dengan awak, Johanna?!"
“Cikgu tak adil! Saya cuba minta kebenaran Cikgu Mashitah tadi tapi saya tak dapat kebenaran dari Cikgu Mashitah. Jadi apa yang saya boleh buat selain dari fly?”
Cikgu Mashitah menunduk, memang betul kata Johanna. Dia memang tak memberikan kebenaran kepada Johanna untuk keluar petang tadi.
“Tapi itu bukan alasan awak untuk keluar dari sekolah tanpa kebenaran, Johanna Sofea! Alasan awak tak munasabah! Bukannya awak tak boleh tunggu esok. Lagipun, kalau betul adik awak masuk ICU, mustahil ibu bapa awak tak telefon pihak sekolah untuk maklumkan pada awak! Awak sengaja gunakan nama adik awak untuk tipu saya, tipu pihak sekolah! Awak betul-betul dah melampau!” Suara Cikgu Lah semakin keras.
"Saya melampau?" Johanna pandang tepat pada mata Cikgu Lah dengan jari telunjuk tangan kanannya dituding pada dirinya sendiri. Matanya berkaca. Alasan tak munasabah, huh? "Kalau adik saya ditakdirkan nazak malam ni tanpa sempat saya jumpa dia, cikgu agak-agak cikgu boleh tak suruh adik saya tunggu, jangan mati lagi supaya saya dapat jumpa dia esok? Dengan minta kebenaran cikgu?!"
Cikgu Lah terdiam. Nuha dah teresak-esak. Elly dan Nida turut sama menangis. Wajah Johanna walaupun nampak tenang namun matanya jelas tampak marah dan sedih dengan mereka yang menghalangnya kala itu.
"Kau nak menipu lagi, kan? Tak payah berlakon, Jo! Aku dengar yang kau telefon budak lelaki mana entah nak jumpa malam ni. Kau nak keluar dengan dia, kan? Nasib baik kami dapat tangkap kau! Thanks to Hadi punya plan. Cukup-cukuplah busukkan nama sekolah ni dengan attitude kau!" Ujar Rena, angkuh.
 Johanna pandang Hadi. Hadi dah terkaku. Dia mengaku dia yang buat plan untuk menangkap Johanna fly malam ni. Dia tak dapat mengelak, apatah lagi Rena memberitahunya tentang plan Johanna pada malam itu di depan Cikgu Lah. Tidak mahu tidak, dia terpaksa membuat rancangan untuk menangkap Johanna.
"Sekolah ni dah pun busuk. Baik nama dan orang di dalamnya tambah-tambah hati manusia penuh hasad dengki macam kau!" Tengking Johanna! "Kalau apa-apa jadi dengan Jehan, aku takkan maafkan kau dan Hadi! Takkan!"
Rena terkelu. Sebelum ni Johanna hanya akan membalas kata-katanya dengan sinis. Ini kali pertama dia dijerkah dan dia akui, dia dah kecut perut.
Suasana senyap seketika sebelum tiba-tiba telefon Cikgu Mashitah berbunyi. Cikgu Mashitah segera mengambil panggilan tersebut. Wajahnya berubah seketika. Bibirnya diketap sebelum dia mengangguk. Sebaik sahaja dia mematikan panggilan tersebut, dia mendekati Johanna, "Johanna, saya minta maaf sangat-sangat pada awak. Saya betul-betul minta maaf pada awak."
Wajah Johanna berubah. Matanya tepat memandang Cikgu Mashitah, "Kenapa cikgu nak minta maaf pada saya?"
"Adik awak..." Cikgu Mashitah tak dapat meneruskan kata-katanya. Dia sebak! “Saya minta maaf, Johanna. Saya harap awak banyakkan bersabar...”
Wajah Cikgu Lah berubah. Hadi dan Rena terkedu. Johanna dah terjelepuk jatuh. Nida, Elly dan Nuha pantas mendekati Johanna, "Jo... sabar Jo!"
Johanna diam tak bersuara. Air matanya jatuh setitis demi setitis. Dia teringat semula kata-kata Jehan sebelum dia pulang ke asrama Ahad lepas selepas seminggu digantung persekolahan, "Kak long, walaupun semua orang tak percaya kak long. Kak long kena tahu, adik percaya kak long, kak ngah pun. Kak long nanti adik mesti rindu kak long. Sangat-sangat. Kak long jangan lupa balik, ya? Teman adik."
“Jehan Putra, kenapa tak tunggu kak long?!” Raung Johanna,  kuat. Air matanya terus mengalir. Wajah Jehan, keletah Jehan semuanya bagai pita rakaman yang diulang tayang di mindanya. “Jehan, kenapa tak tunggu kak long? Kenapa?”
Hadi memejamkan matanya. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un...

P/S: this going to be the last chapter of FLY dalam blog. harap semuanya dapat menanti cerita FLY jadi buku :) maaf buat awak-awak yang saya sayangi dan saya kasihi. Kalian menanti FLY waktu PBAKL tapi FLY takdak pun waktu PBAKL. Maaf sangat-sangat. Penulis awak ni pemalas *sendiri sedar diri, alhamdulillah* Saya harap awak semua masih boleh terus menanti. Doakan saya, Hadi dan Johanna :)

96 comments:

  1. Oh hadi.. awak akan rasa bersalah selamanya.. percayalah.. walau nanti jo pasti maafkan awak semula.. tapi rasa itu akan terus kekal.. :'( harap awak sedar dan lebih sayangkan jo..Arisa91

    ReplyDelete
  2. Biar semua orang tak percayakan Jo, cukup la kalau ada sorang yg tetap percayakan dia..Sedih rasanya bila satu2nya orang yg percaya Jo (adik dia) dah takde..

    ReplyDelete
  3. Mungkinkah cinta? Andai dimulai dgn rasa bersalah dan simpati? Erm.. *please someone answer me.. in dilemma..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Huwaaaaa apasal sedih ni.....head boy u kejam...

    ReplyDelete
  6. KENAPA BUAT CERITA SEDIH SGT NI?????huwaaaaa... sedih gila. kesian Jo

    ReplyDelete
  7. Harap cepat dapat peluk buku nie...;)

    ReplyDelete
  8. Harap dapat baca buku ni secepat mungkin! :')

    ReplyDelete
  9. Sgt setuju dengan anon...sgt x reliable apabila wujudnya cinta di tengah2 rasa bersalah dan simpati...

    ReplyDelete
  10. Waaaaa.. sedih akak baca bab ni..xsabar nak tggu versi cetak...

    ReplyDelete
  11. Waaaaa.. sedih akak baca bab ni..xsabar nak tggu versi cetak...

    ReplyDelete
  12. Sedihhhh brapa lama nak kena tunggu ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. sedihnya kesian dgn jo....

    ReplyDelete
  14. Sesungguhnya mulai mlm ni hadi bkn lg hero dhatiku. Kbai

    ReplyDelete
  15. Sesungguhnya mulai mlm ni hadi bkn lg hero dhatiku. Kbai

    ReplyDelete
  16. Sedihhh.....Hadii...kau akn menyesall....hati johanna makin keras la.pas ni....say sayonara gudbye la to you hadi...

    ReplyDelete
  17. Sedihhh.....Hadii...kau akn menyesall....hati johanna makin keras la.pas ni....say sayonara gudbye la to you hadi...

    ReplyDelete
  18. Good job hadi!! You're doing well.. Head boy yg sgt brtanggungjwb.. Be strong Jo, only u know how painful it is..but life must go on..

    ReplyDelete
  19. sedih sangat.. waaaaa... x sabar nk peluk fly..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita ...nak peluk FLY

      Delete
  20. ok..sye nanges....waaaa..sedih sgt...:( ..utk tuan writer smoga segalanye dipermudahkan utk myiapkan karya ini...aminnn...chaiyok..chaiyok...:)

    ReplyDelete
  21. dah baca berkali2.. still airmata meleleh2... apa pun ending dia.. walaupun jo maaf kan diaorg... tp tolonggg lah... kasi si rena tu pengajaran cukup2, biar terbongkar semua sifat busuk dia... & lg satu biar ayah jo menyesal seumur hidup dia sbb buat jo mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt. Mesti ayah jo akan menyesal juga. Ikatan ayah anak xmungkin putus! Sy yakin juga yg jo akan maafkan semua org. :) dan, penyelasan itu mesti bg setiap yg hidup kan? Belajar dr salah. Jgn ulang salah yg sama. Hidup mesti juga diteruskan! Rasa salah itu yg akan membawa kita utk lebih menghargai dan menyayangi lepas ini. ^^ berikan yg terbaik!

      Delete
  22. Awat lambat sgt nk upload? Ok2.
    Fly dah xde.. tunggu USS jela

    ReplyDelete
  23. First time comment. Just nak inform.. nangis.. Huhu

    ReplyDelete
  24. Smbung la lg 2-3 chapter...Please

    ReplyDelete
  25. Say bye2 to Hadi.. aq dah xsuka watak Hadi ni...

    ReplyDelete
  26. Bila akn kluar versi buku? Tak sabar. Confirm saya beli

    ReplyDelete
  27. nangis T_T...sedih sangat..good job writer

    ReplyDelete
  28. akhirnya Jehan pergi tinggalkan Jo.... makin dalam luka di hati Jo...

    ReplyDelete
  29. Sedih,, kesian Jo.. Baca bnyk kali pun still nangis.. Kak sambung 2 chapter lagi.. Please

    ReplyDelete
  30. akakkkk nk lgiii please ~T_T~last chapter

    ReplyDelete
  31. Akak . Sambungan cerita yg len takde ke?

    ReplyDelete
  32. Najwa..rindu kisah lily n iman..huhu
    boleh tak awak tolong sambung?

    ReplyDelete
  33. Akak kena buat cepat cepat saya nak beli nanti nak jawab SPM tak tenang ��

    ReplyDelete
  34. sedih sgt...nak baca lagi...sambung sampai bab 25 boleh tak? nak buk dia...cepat2 la siapkan...tak sabar ni...

    ReplyDelete
  35. Bile nak smbg kisah iman dn laili?pleased..abiskan cepat kat blog ,akak..hehe

    ReplyDelete
  36. Sedihnya bab ni. Tak sabar nak tunggu versi cetak.

    ReplyDelete
  37. Aq hrap sngattt jo dpt jd org yg tbah dan bgkit dari kesedihn

    ReplyDelete
  38. Meroyan tnggu buku keluar... bile kluar nii T_T

    ReplyDelete
  39. please sambung bab 23 ASAP

    ReplyDelete
  40. Najwa knpe lmbt nk update even 1 entry? USS dah lama bersarang. Xnk smbung ke apa ni? Sorry emo. Geram ngn Hadi la ni...

    ReplyDelete
  41. (T.T)
    Aduh....tetibe mata masuk habuk....

    ReplyDelete
  42. sedih..nape kejam sgt wat jo camtu..xsuke hadi n rena..

    ReplyDelete
  43. Ulang baca lagi Fly still sebak. Harap versi cetak tahun ni juga

    ReplyDelete
  44. Nk Fly.. Huaaa... Dh prgi kedai buku tpi dorang kata novel Fly x ada..

    ReplyDelete
  45. novel ni dah kluar ke blum

    ReplyDelete
  46. novel fly kalau dah keluar bagitau ye...kesian jo x dapat jumpa adik dia utk kali terakhir

    ReplyDelete
  47. Sedih nya..... byk kali baca msh nangis..

    Cepatlah smbg plzzzzzzz

    ReplyDelete
  48. bila novel ni nak keluar ? tak sabar nak baca :(

    ReplyDelete
  49. Tak boleh berhenti menangis sbb apa yg Jo rasa sama macam apa yg saya rasà waktu f5 dulu. Rasa mcm baca kisah diri sendiri.

    ReplyDelete
  50. Bla nk kuar ni?

    ReplyDelete
  51. Bila nak keluarkan buku nie....... byk kali baca ttp naseh nangis.... sedih nya......

    ReplyDelete
  52. Bile nak kuar buku ni???? dh lame tnggu huhuhuhuh

    ReplyDelete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. Bila nk kuar novel ni??? Dah lame giler tggu ni..

    ReplyDelete
  55. Sambong lh!!!!! Adik sanggup x tido seharian sbb nk lyn novel nie.... sedihnye adik x dpt bace ending novel nie!!! Adik hrp dpt smbong scpt yg mungkin

    ReplyDelete
  56. Boleh saya tahu . Novel ni dah keluar ke ? Suka dengan watak johanna yang keras .

    ReplyDelete
  57. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  58. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  59. Rindu FLY em.. bila nak publish jadi novel, kak? I'm waiting huhuhu takpun post la sambungan dalam blog heheheh #jadibudakbaik xp

    ReplyDelete
  60. Akak..bila novel FLY akan kluar?tringin sngat nak baca novel dia.and ni dah kali ke-6 saya bca FLY ni tpi tak prnah bosan.seriously best sngat

    ReplyDelete
  61. Salam kepada penulis...bila novel fly akan dikeluarkan ye...?

    ReplyDelete
  62. Akak bila novel ni nak keluar..? Dah 5 kali baca..

    ReplyDelete
  63. Nak fly pleasee ..

    ReplyDelete
  64. hai kak najwa!!saya dh bca semua story akak yg ni..berulang saya bca..tak jemu..tapi satu lh yg tak best..sbb tak ada sambungnya lagiiiii..saya ada cari kt kedai buku..mana tahu ada jual novel akak ni..tp takdelh..akak msh ada stok buku ni tak??kalau ada..saya nk bli blh tak??betul ni!saya nk sangat baca sambung crta fly ni..blh ye kak�������� ��

    ReplyDelete
  65. Baca balik fly sbb rindu jo dan hadi aka headboy..huhu..kak najwa, bila fly nak keluar? Tak sabar nak peluk ketat2 sambil nangis..sian ke jo tapi tak boleh salahkan hadi jugak..kenapalah cikgu dia kejam sangat???

    ReplyDelete
  66. Nk lgiii plzz last chapter pun jd laa...tunggu publish lmbat sngt

    ReplyDelete
  67. assalamualaikum.. sya nak sngat baca part 23... please

    ReplyDelete
  68. Oh cik writter ku sayang...
    Buku ni dh publish ka ...
    Tlh la smbung lgi.... nk thu jgk...
    Huwaaaa

    ReplyDelete
  69. Cik writer please sambung cerita ni best sangat sangat��....publish buku kaa

    ReplyDelete
  70. Akak bila nak bagi ending..?novel dah keluar ke..? Nak baca smpai habis..Setiap kali baca mesti nangis..

    ReplyDelete
  71. 10times baca 10 times ngak..kuar air mata...ku terlebih feeling agaknya..huhuhu..

    ReplyDelete
  72. 10times baca 10 times ngak..kuar air mata...ku terlebih feeling agaknya..huhuhu..

    ReplyDelete
  73. Meraung menangis ni... Kesian Jo.. Hate u hadi n bpp

    ReplyDelete
  74. novel sda kluar kaa ne..
    Spa2 yg ada stock novel ne nak jual infm.. k..
    Tdk tntram tdr lps bca ne crita.. gantung...
    Tp best sngat2..kesian kat Jo..😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  75. Tlg laa cik penulis..bg respond😂😂😂

    ReplyDelete
  76. Tlg laa cik penulis..bg respond😂😂😂

    ReplyDelete
  77. Novel dah keluar belom? I reallyyy want this book!! Pls

    ReplyDelete
  78. Akak writer.... Bila nk kuar novel ni??? Sedih smpai berair hidung ni haaaaaaa....

    ReplyDelete
  79. Sambu glah pleasssseeeeee satu chapter pun jadilah.... :(..sedih cerita nie nak baca lagi...

    ReplyDelete
  80. Really miss d story...x sabar nak tau endingnya...sambung le another chapter.

    ReplyDelete
  81. Novel fly belom keluar lagi ke , please publish cepat , tak sabar nak beli

    ReplyDelete
  82. akak update laa lagi novel fly ni... huhuhuh dah lama tunggu sambungan..ni dah berapa kali dah ulang novel FLY ni...

    ReplyDelete
  83. salam... sis, bila nak keluar ni... dah berapa kali ulang baca ������

    ReplyDelete
  84. Salam..novell ni dh boleh dpt dkt pesta buku yg akn berlangsung tk lama lgi ni ke?

    ReplyDelete
  85. Sis bila nak keluarkan dalam versi cetak ? TT

    ReplyDelete
  86. bila sis nak terbitkan novel nie? 2 tahun da kami menunggu. please bg info about this novel. there are many people out there are waiting for this novel ��

    ReplyDelete
  87. Sis.... Please sambung bab 23 kat blog ni... Sis please.. Saya nak tahu full story.. Please sis najwa...

    ReplyDelete
  88. Sis.. buku dah publish ke? Kalau dah publish nak beli kat mana ye?

    ReplyDelete
  89. Sis where is the continue.. We want to know the ending please..

    ReplyDelete