Thursday, 13 September 2012

Dia Imamku (Bab 11)

Aku termenung merenung tingkap. Hari ni, sudah genap dua bulan aku terpisah jauh dari suamiku. Dan sudah sebulan lebih aku kembali menjadi seorang pelajar. Rindu aku kepada Naufal sangat kuat. Entah kenapa, aku sangat rindukan dia. Segalanya tentang dia buat aku rindu.
“Insyirah?” Bahuku ditepuk dari belakang.
“Eh, Nia! Kenapa?”
“Tak ada apa tapi kau tu kenapa? Dari tadi termenung. Ada masalah?”
“Tak ada masalah apa. Cuma...”
“Rindukan Naufal?”
Aku sengih bila tebakkan Nia tepat pada sasarannya.
Nia, atau Dania. Teman sebilikku. Kebanyakkan rakanku sudah tahu aku sudah pun menjadi milik orang.
“Dah siap lab report?”
“Dah tapi discussion yang aku buat macam sikit je. Nak tengok kau punya discussion kau sikit boleh?”
“Boleh.” Nia angguk kepala. “Kau nak Skype dengan Naufal malam ni?”
Aku senyum, tawar. Aku kerling laptop yang sudah terpasang di meja Jepun. Nama Naufal masih belum online. Entahlah, sudah beberapa kali janjinya untuk Skype bersamaku dimungkiri. Malam ini, mungkin perkara yang sama akan berlaku. Aku tak tahu kenapa hatiku terasa bagaikan hanya aku yang merindui dirinya sedangkan dia, mungkin sudah melupakan aku.
“Chill, Insyirah. Dia budak perubatan bukan macam kita.”
Aku senyum saja. Betul Nia! Dia budak perubatan tapi takkan tak boleh spend masa sikit untuk aku? Aku rindukan dia, Nia! Tersangat rindu.
“Insyirah, aku rasa...”
“Apa?” Aku pandang Nia.
“Naufal online tu.”
Aku kalih pandangan dari wajah Nia kepada skrin laptop. Nyata, Naufal sudah menegurku di Skype.

m_naufal: sayang!!!
insyi_love: apa sayang? Merajuk dengan abang! *sad face*
m_naufal: la, apa salah abang?
insyi_love: abang mungkir janji! Hari tu kata nak Skype hari-hari tapi dah banyak kali abang    mungkir janji!
m_naufal: abang busy, insyirah!
insyi_love: habis, insyirah tak busy? Yelah kan, abang medical student. Tak macam Insyirah, food science student only.
m_naufal: okey, I’m sorry. Abang busy sayang.
insyi_love: *crying*

Aku renung laptop. Tiada balasan dari dia. Satu keluhan kecil terbit di bibir aku. Baru aku nak tekan Sign Out, ada video call dari Naufal. Serentak, bibirku terukir senyum.
“Hai sayang!” Wajah itu terlakar di depan skrin. Nampak penat tapi bibirnya terukir senyum.
Aku diam. Terasa nak menangis pulak tengok dia di skrip laptop.
“Sayang? Takkan nak diam je? Abang ada depan skrin ni!” Dia bersuara dari sana.
Tiba-tiba, air mataku meleleh turun. Empangan sudah pecah.
“Ni kenapa menangis ni? Marah abang ke? Sorry...” Dia bersuara. Wajahnya beriak kerisauan atas tangisan aku yang tiba-tiba.
“Insyirah rindu abang.”
Bibir itu kulihat terukir senyum, “Abang pun rindu tapi abang busy. Maaf.”
Aku angguk, “Abang, Insyirah nak pegang pipi abang.”
Naufal ketawa. “Abang nak belai rambut Insyirah.”
“Nak peluk abang,” aku bersuara.
“Nak cium Insyirah.”
“Gatal!” Balas aku dan tawa kami kemudiannya bersatu.
“I miss you.”
“I miss you too... a lot,” ucap Naufal, romantis.

“Insyirah, kenapa muka kau pucat ni?” Tanya Anis kepada aku saat aku keluar dari bilik.
“Pucat? Tak adalah,” aku sengih. Pucat ke muka aku? Aku rasa biasa je.
“Muka kau nampak pucatlah, wei!” Nia mengangguk.
Aku angkat kening. Aku berdiri di depan cermin besar yang tersedia di ruang tamu. Aku lihat wajahku sendiri, “Tak pucat pun.”
“Bibir dah biru lagi kata tak pucat.”
“Dahlah! Jom pergi kelas, dah lambat ni!”
“Kenapa kau nampak gembira sangat ni?”
Aku angkat kening, “Biasa je.”
“Biasalah. Orang tu dapat Skype dengan husband tercinta semalam,” Nia ketawa.
“Jealous!” Aku jelir lidah.
“Jangan merajuk dah ye?”
“Tak adanya.”
Dan ketawa kami pecah.
“Jomlah!” Anis dah mula keluar ke garaj rumah sewa kami.
Aku pula baru terkocoh-kocoh menyarung stoking ke kaki.
“Insyirah, cepat!”
“Sekejap!” Terkocoh-kocoh aku mengunci pintu rumah. Entah kenapa, kepalaku terasa berat. Sungguh, rasa macam berpusing-pusing.
“Insyirah!”
“Yes, coming!” Baru aku nak melangkah ke kereta milik Anis, aku rasa badanku melayang dan duniaku gelap.
 
Aku nampak Naufal sedang tersenyum padaku. Wajahnya sangat kacak dengan senyuman itu.
“Terima kasih, sayang!”
Dan bayangnya makin menjauh. Menjauh. Menjauh.
“Abang?”
“Kau dah sedar!”
Aku pandang Anis yang ada di depanku. Bukan Naufal tapi Anis.
“Nia, Insyirah dah sedar.”
“Aku kat mana?”
“PKU.”
Terus aku bangun bila Anis sebut PKU. Pusat Kesihatan Universiti nama penuhnya. Kenapa aku ada kat sini?
“Kau better duduk diam-diam,” Nia beri amaran.
“Aku tak nak duduk kat sini!” Aku mula nak memberontak. Aku memang tak suka bau hospital. Tak tahu kenapa.
Tiba-tiba, seorang lelaki yang memakai kemeja masuk ke dalam bilikku. Ada tag nama di bajunya. Izham! Doktor Izham.
“Dah sedar?”
Nia dan Anis mengangguk untuk aku.
“Awak kurang zat ni, Insyirah. And this is not good for your baby.”
“Baby?” Aku terkejut. Wajah sahabat-sahabatku aku tenung, “Serius ke ni?” Sahabat-sahabatku kulihat turut terlopong sepertiku.
“Awak  mengandung, kandungan awak dah nak masuk dua bulan lebih. Awak dah kahwin?”
“Dah tapi suami saya tak ada kat sini,” aku menjawab perlahan. Perutku yang masih kempis aku sentuh. Perut ini sudah berisi. Sudah ada satu nyawa di dalamnya. Anak milikku. Milikku dan suamiku.
“Sekarang ni, awak sedang membawa satu nyawa jadi awak kena lebih berhati-hati. Bayi awak perlukan zat yang mencukupi. Awak tak boleh terlalu aktif. Makan makanan berkhasiat. Avoid makanan yang tajam dan berangin. Amalkan minum susu. Ia bagus untuk ibu dan bayi. Nanti saya bekalkan awak dengan vitamin-vitamin yang awak perlu makan untuk kandungan awak.”
Aku angguk saja. Tak mampu bersuara. Aku mengandung! Ini satu berita yang mengejutkan dan menggembirakan aku. Aku, dalam usia muda seperti ini bakal menjadi seorang ibu.
“Awak dengar apa saya cakap?”
Aku pandang doktor itu. Suaranya lembut tetapi tegas. Lagaknya seperti Naufal. Ah, rindunya aku pada dia.
“Nur Insyirah...”
“Saya dengar doktor,” aku ukir sengih.
Doktor itu menggeleng.
“Doktor...”
“Ye?”
“Sekarang boleh scan tak baby saya?”
Anis dan Nia ketap bibir, menahan tawa dari meletus. Doktor itu tersenyum, “Kat PKU ni tak ada mesin pengimbas. Kalau awak nak scan, awak kena pergi hospital atau klinik.”
Aku sengih, “Baik doktor!”
Anak umi! Aku usap perutku sekali lagi. Abang, perut Insyirah dah berisi!

Aku mengendang meja belajar yang menempatkan komputer ribaku. Paparan laman muka buku langsung tidak menarik perhatian aku. Aku capai tetikus lalu aku cari icon Skype. Username dan password aku isi lalu butang Sign In aku tekan. Selesai proses tersebut, aku mencari nama Naufal. Nama Naufal masih belum online. Aku gendang lagi meja lagi. Lepas dapat berita gembira petang tadi, aku segera memaklumkannya kepada ibu dan mama. Menjerit kedua-dua orang bakal nenek itu manakala aku, cuma mampu ketawa. Along pun turut aku khabarkan berita tersebut. Kepada Naufal? Ah, aku tidak mahu khabarkan lagi padanya. Biarlah dulu. Aku turut meminta agar mama dan ibu merahsiakan segalanya dari Naufal. Biar dia tahu dari mulutku sendiri. Lagipun, aku ada satu lagi kejutan yang aku simpan dari pengetahuan sesiapa.
“Insyirah, tak tidur lagi?” Anis menjengulkan kepala di pintu bilikku.
Aku geleng, perlahan, “Tengah tunggu Naufal.”
“Tak baik tidur lewat, Insyirah. Kesian baby dalam perut tu.”
Aku senyum pada Anis, “Esok korang nak pergi Mydin kan?”
“Yup, kenapa?”
“Hantarkan aku ke klinik boleh? Aku nak check baby.”
“Aik, tadi tak cukup ke?”
Aku geleng, ada sebab lain sebenarnya. “Ala, PKU tak ada peralatan yang sesuai. Nak pergi klinik ibu mengandung. Ada tak kat bandar?”
“I’m not sure. Ada kot.”
“Aku ikut, eh?”
“Yelah tapi sekarang, baik kau tidur.”
“Orite, maam!” Aku angkat tabik hormat. Sempat aku jeling laptop yang terpasang. Naufal sudah online! “Sebelum tu, Cik Anis...”
“What?”
“Bagi aku melepas rindu dekat husband aku, boleh?”
“Menyampah!” Anis ketawa sebelum berlalu.

insyi_love: abang!!
m_naufal: sayang!!
insyi_love: abang sihat?
m_naufal: tak sihat. Abang demam hari ni.
Bibir aku terus terukir senyum.
m_naufal: abang muntah-muntah *sad face*
insyi_love: teruk ke?
m_naufal: tak adalah teruk sangat. Insyirah sihat?
insyi_love: sihat sangat tapi tadi pitam kejap.
m_naufal: PITAM KEJAP?!
insyi_love: hehe... sebab tak sarapan pagi tadi *big grin*
m_naufal: sayang! Jaga diri tu baik-baik. Jom video call!
insyi_love: ok!
“Abang!” Aku menjerit bila wajahnya di skrin laptop.
“Sayang!!” Dia sudah tergelak-gelak.
“Sayang, macam mana boleh pitam hah?”
Aku tersengih di skrin, “Kan dah cakap, Insyirah tak sarapan!”
“Sila jaga diri baik-baik, sayang! Abang dahlah jauh!”
“Abang tu pun jaga diri baik-baik. Baru hari ni ke abang demam, muntah-muntah?”
“Dah dekat seminggu lebih muntah-muntah, demam baru start semalam,” Naufal menjawab.
“Kesian abang! Kalau Insyirah ada kat sana kan bagus?”
“Then, datanglah Ireland!” Wajah Naufal kelihatan serius.
Hati aku berbunga-bunga dengan jawapannya, “Serius?”
“Tak adalah. Abang faham Insyirah busy. Cuti mid-sem balik rumah mama ke ibu?”
“Dua-dua tak pergi. Insyirah nak pergi Ireland.”
“Main-main ye?” Naufal mencerun.
Aku menggeleng, Insyirah serius, abang! “Ala, gurau je!”
“Insyirah, dah lewat ni sayang. Bila nak tidur?”
“Nak tidurlah ni tapi nak dengar abang baca Surah Yusuf dekat Insyirah dulu.”
Dahi Naufal kulihat berkerut, “Kenapa?”
“Saja. Please...”
“Okay, anything for you!” Wajah itu terukir senyum dan aku turut sama tersenyum bersamanya.

“What?!” Budak rumahku dah menjerit bila aku memberitahu mereka rancanganku.
“Kau serius?”
Aku angguk, “Seriuslah. Doktor dah bagi kebenaran lagi!” Aku unjukkan sehelai kertas kepada mereka.
“Jauhlah, Insyirah! Kau nak pergi sorang ke?”
Angguk lagi.
“Kau dah gila?!”
“Hoi! Jangan menjerit macam tu. Kesian baby aku, terkejut!” Aku memarahi teman serumahku yang nyata tidak bersetuju dengan rancanganku.
“Aku serius, Insyirah! Kau nak pergi sorang-sorang, without supervision from others. Dangerous! Tempat tu bukannya macam bumi Terengganu ni!”
Aku diam. Betul, aku tahu tu, “Tapi I want to meet him. Aku rindu dia!”
“Ireland sangat jauh! Dan kau langsung tak nak bagitau Naufal yang kau nak ke sana! Kau nak tempah maut ke apa?”
“Nauzubillah! Apa kau ni, Mira? Aku nak pergi sana dengan kapal terbang, bukan berenang! Aku tahu, cuti mid-sem kita cuma seminggu, tapi seminggu tu cukup panjang bagi aku untuk berjumpa Naufal.”
Aku lihat mereka semua diam, “Aku nak khabarkan berita pasal baby ni pada dia. Aku nak beritahu dia depan-depan.”
“Tapi kenapa sampai ke Ireland?”
“Sebab dia tak ada kat Malaysia, Nia!”
“Sampai sana kau tahu jalan nak pergi universiti dia?”
Aku geleng.
“Dah tu?”
“Aku call dia bila aku dah sampai Dublin!”
“Kau memang nekad kan?”
“Sangat!” Aku menjawab, yakin!
“Up to you, Insyirah. Kau memang degil,” Anis sudah menunjukkan wajah mengalah.
Bibir aku terus terukir senyum. Yes!

“Insyirah, are you sure nak pergi sana sorang-sorang? Ibu risaulah.”
Aku senyum pada ibu, “I am very sure, ibu.”
“Passport semua dah ada?”
Aku memeriksa beg sandangku, “Dah!”
“Angah pasti ke nak Ireland sorang-sorang?”
“Ala, tadi ibu. Sekarang mama, I’m serious-lah!”
“Kak long tahu ke along tinggal dekat mana?” Adik Naufal, Naurah bertanya.
“Tak, kak long nak pergi redah je ni!” Aku tersengih pada Naurah. Satu-satunya adik Naufal.
Naurah tepuk dahi dan aku cuma mampu tergelak. Nasiblah adik oi... dapat kakak ipar yang suka buat benda-benda ekstrem macam ni!
“Angah, tu dah ada panggilan flight ke Ireland,” Ilham tepuk bahu aku.
“Ibu! Insyirah pergi dulu. Jaga diri! Doakan Insyirah.”
“Hati-hati, dah sampai sana jangan lupa call Naufal. Contact number Naufal dah ada kan?”
Aku angguk-angguk kepala sebelum bersalaman dengan mama, ayah dan ahli keluarga yang lain.
“Kak long, kirim salam dekat along tau. Cakap adik rindu dia,” Naurah berbisik kepada aku saat aku memeluknya.
Aku mengangguk. Aku tahu, Naurah sangat merindui Naufal. Sama seperti aku!

Lapan jam! Lapan jam aku akan berada di dalam kapal terbang ini. Aku naik bas dari Kuala Lumpur ke Terengganu pun hampir lapan jam.
“Miss, would you like some tea or coffee?”
Teh atau kopi? Dua-dua aku tak nak!
“Can I have some juice, please?”
“Sure, wait for a moment,” pramugari yang berwajah ala Scha Al-Yahya itu mengukir senyum kepadaku.
Aku angguk sambil turut mengukir senyum. Sekeping gambar aku capai dari poket seluarku. Gambar hitam putih itu kelihatan cantik dimataku walaupun gambarnya tidak jelas.
“Gambar apa tu nak?” Seorang wanita separuh abad yang duduk di sebelahku menegurku yang sedang ralit.
Aku tersengih, “My son!”
“Eh, boleh aunty tengok?”
Aku mengangguk.
“Tak apa ke naik flight ni?”
Aku tersengih, “Dah dapat kebenaran doktor.”
“Pergi ke Ireland ni nak buat apa? Bercuti?”
“Nak jumpa suami saya. Dia belajar dekat sana. Dekat University College Dublin.”
“Suami belajar lagi? Anak?”
Aku mengangguk, “Saya pun belajar lagi tapi kat Malaysia jelah.”
“Tak rindu ke berjauhan?”
“Mestilah rindu, aunty! Rindu sangat.”
“Baguslah macam tu.”
“Aunty nak ke Ireland kerana apa?”
“Bercuti. Jumpa suami aunty.”
“Suami aunty ada dekat sana?”
“Suami aunty dah meninggal, hampir sepuluh tahun tapi setiap tahun aunty akan ke sana, melawat kuburnya.”
“Oh, I’m sorry!”
“It’s okay, darling!” Wanita tersenyum, “By the way, nama aunty, Maya. Just call me Aunty Maya.”
“Insyirah! Nur Insyirah,” Aku ukir senyum.
“Nah, simpan gambar ni. Mesti Insyirah tak beritahu suami Insyirah lagi, kan?”
Aku angguk.
“Take care of yourself and the baby.”
“InsyaAllah, Aunty Maya!” Aku senyum, mengangguk!

Bersambung....

p/s: Naufal Jr.! Naufal Jr.!

33 comments:

  1. OMG!!!! tahniah naufal & insyirah.. *makcik lak yg eksited*
    gile la ibu mengandung aci redah je pi Ireland.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....ibu mengandung yang sudah nekad ;)

      Delete
  2. hope insyirah n baby selamat sampai dublin.. Oh my god.. Happy..

    ReplyDelete
  3. erks.. harap naufal xmarah insyirah nnti hoccay.. kalo marah gak, lempang 10kali!!
    safe journey insyirah.. :)

    ReplyDelete
  4. hahha kan dh ckp...ader naufal junior..hehhe thniah naufal n insyirah..x sbr nk jmpe naufal kt ireland..hehhe

    ReplyDelete
  5. hshsh. gud jobbbbbbsss

    ReplyDelete
  6. tahniah..doakan insyirah slmt sampai..

    ReplyDelete
  7. Amaigaddddddddd!!!!!! x sabo nk tggu Naufal jmpe Insyirah........ tpi nnti msti ad jdi smething dkt insyirah atau dkt naufal.... atau dua2.. best...
    ><
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  8. Best...#^_^
    Yeay nak ada baby!!!! XD

    ReplyDelete
  9. n the junior is coming...hehehe
    mujo la naufal yg muntah2, insyirah bole lg g ireland...

    ReplyDelete
  10. mesti naufal bengang tahap gaban nanti. mcmana la gayanya dr naufal marah pn insyirah yer?

    ReplyDelete
  11. tahniah insyirah, aduyaiiiii ni buat akak usaha gigih lg ni. mn tau leh berbesan ngan insyirah nnti hahahaha. jgn naufal blik ke malaysia udahlah. mn tau ttiba dia perasan insyirah tgh pregnant kan hihihi. nk join insyirah p ireland byk kj ahaks. best best best. cepat sbg ye cik penulis ku syg hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar2...hahaha...amboi nak berbesan...berusaha kak ton :P...hehehe

      Delete
  12. YESSS...ramalanku benar belaka.. udah ku agak minah ni pregnant.. tp sngat sweet lorh.. walaupun jauh, naufal pulak y kena morning sickness.. ok lah kan.. kalau x pitam pulak si insyirah tu nak naik belon lama2.. eh eh eh.. nnti mesti kena marah kan.. mcm dalam mimpi ituuuu.. naufal, jgn marah2 tau.. peluk insyirah ketat2.. jangan lepas-lepas... hahaha.. lebiu lah ko najwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES!! hahaha...mestilah naufal yg kena alahannya...kasi dia seksa sikit...hahaha...kena marah ke?ISH3...macam ye2 je nk kena marah...hahhaa

      Delete
  13. Besttt.... Naufal yang mabuk-mabuk... alahan.... nasib baik bukan Insyarah ... kira adil lah... Insyarah bawa baby je .....
    semoga Naufal menghargai apa yang Insyarah lakukan..... dan cuti Insyarah di sana berbaloi jangan ada apa-apa berlaku..... Naufal kan IMAM Insyarah.....
    TERBAIKKKK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha....mungkin akan ada sesuatu terjadi nanti...hihihi

      Delete
  14. brani ye ko Insyirah p Ireland sorg2...
    dh la preg plak tu..hope naufal tk mrh la nnt..
    tak mau la jd something kt Insyirah bla dh smpai ireland nnt...

    ReplyDelete
  15. Alaa.. Tamo la ade sesuuatu yg terjadi.. Huhuhu

    ReplyDelete
  16. seronok sangat bace!!!! take care insyirah..! aishh, degilnya nak pi sorang2... hurmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...budak degil ni mmg nak kena! :P

      Delete
  17. tak heran la kalau penerbit tu nak terbitkan DI, memang terbaik, hehe

    ReplyDelete