Sunday 27 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 17)


Ulfah mengekor saja langkah umi dan mama yang sudah masuk ke sebuah butik pengantin. Butik ini merupakan butik yang ketiga yang telah mereka masuki. Ulfah berjalan laju, meninggalkan Thaqif di belakang. Memang mereka sering berbalah di talian telefon tetapi bila berjumpa dengan tuan empunya badan. Hati tak keruan, jiwa meroyan.
“Ulfah, laju jalan. Nak kejar siapa?” Tegur mama.
Ulfah kesat dahi yang terasa basah. “Eh, tak ada kejar siapa-siapa pun.”
“Adam mana?”
Ulfah berpaling ke belakang. Dari luar butik pengantin, dapat dilihat Adam Thaqif berjalan perlahan sambil menangkap gambar keadaan di sekeliling. “Tu, baru nak masuk kedai.”
“Yang itu ke pengantin lelakinya?” Suara tuan punya butik memecah saat Thaqif melangkah masuk.
“Yang ini pengantin perempuannya.” Mama menolak sedikit Ulfah yang berdiri kaku.
Tuan punya butik pandang Ulfah atas bawah. “Not bad.” Mulutnya terjuih sikit.
‘Ada apahal mak cik ni? Tak puas hati ke apa aku lagi comel dari dia.’ Ulfah berpeluk tubuh.
“Kenapa?” Terdengar satu suara berbisik di telinganya.
Ulfah buat muka. “Mak cik ni tak puas hati saya jadi pengantin perempuan.”

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 16)

Ulfah pegang Bubi, teddy bear miliknya yang sudah hidup bersamanya selama 22 tahun. Kemudian dia renung QiQi, teddy bear yang telah diberi oleh Thaqif. “Bubi, kalau aku nak peluk QiQi malam ni, boleh?”
Mata Bubi yang berwarna hitam direnung. “Bubi, aku sayang kau tapi aku sayang QiQi jugak.”
“Fafa! Gila ke apa cakap dengan teddy bear tu?” Suhail muncul di muka pintu dengan sengihan lebar.
Ulfah sorok QiQi. Kalau Suhail nampak, pasti teruk dia dibahan. “Suka hatilah! Angah baru balik ke?”
Tadi selepas Suhail hantar dia pulang, Suhail terus pergi ke majlis tahlil di rumah kawannya.
Suhail angguk kepala. “Dengar kata ada orang tu dapat teddy bear baru.”
Ulfah jungkit kening. “Eleh, cemburulah tu.”
“Eh, ada apahal angah nak cemburu?”
“Sebab angah tak dapat teddy bear!” Ulfah menjawab.
“Bagilah Bubi kat angah.”
Ulfah tarik Bubi ke belakang. “Not in a million years, bro. Bubi and QiQi is mine!”
“Alalala, comelnya nama teddy bear dia. QiQi.” Suhail dah ketawa terbahak-bahak di pintu.
Darah menyerbu ke muka. “Keluarlah, angah! Kacau orang je kerjanya. Patut boleh kawan dengan si Adam Thaqif tu.”
Suhail senyum. “Malulah tu. By the way, sleep with QiQi lah. Bubi tu dah busuk, bau macam Fafa dah!”

Thursday 24 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 15)

“Kau tak boleh macam ni. Kesian Fakhrul.” Thaqif renung perempuan di depannya.
“Kau nak aku buat macam mana? Aku tak suka dia, Qif. Dari dulu lagi, kau tak payahlah baik hati sangat nak matchmake aku dengan dia.” Perempuan itu buang pndang ke luar Secret Recipe.
“Dah tu, kau nak terus mengendeng dengan Dato’ yang ada dua isteri tu dan jadi yang ketiga?”
Perempuan itu terpempan. “Kami tak ada apa-apa. He is just a client, okay?”
“Client harus berpegangan tangan ke?!” Thaqif tinggikan suara.
Pap!
Tiba-tiba ada satu paper bag jenama Samsung di letakkan di meja mereka.
Kerusi sebelah Thaqif ditarik dan dia terasa ada orang duduk di sebelah. Dia paling muka. “Ulfah!”
Ulfah angkat tangan kanan. “Hai.” Bibir itu ukir senyum.
“Nana, kenalkan. Ni tunang aku, Ulfah. Ulfah, ni kawan saya sejak universiti, Nana.”
Ulfah hulur tangan. “Ulfah.”
Huluran di sambut namun wajah itu kelat. “Nana.”
Ulfah tidak ambil peduli dengan pandangan wajah Nana. “Saya datang nak bagi ni. Tadi ingatkan nak bagi dekat rumah tapi dah alang-alang saya nampak awak dekat sini, saya bagi dekat sini jelah.”Thaqif rasa serba salah. Beg Samsung di pandang. “Sorry.”
“It’s okay. Saya nak balik dulu.” Ulfah berdiri.

Sunday 20 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 14)

Ulfah yang masih dalam keadaan terkejut tidak mampu untuk melangkah masuk ke dalam Hospital Tawakal itu. Entah kenapa, dia takut. Dia takut hadapi kenyataan andai dia kehilangan tunang pada hari yang sama dia ditunangkan.
“Fafa, jom masuk.”
Ulfah geleng. “Tak nak.” Dia tarik tangan yang dipegang Suhail.
“Along, nasihat Fafa ni.” Suhail merengus. Geram pada si adik yang berdegil.Dah setengah jam mereka sampai tapi mereka masih lagi tidak menjejak masuk ke dalam hospital. Lobi hospital pun tidak sempat mereka jejak.
Umairah yang berdiri di sebelah Asfan, diam. Dia sendiri geram dengan Ulfah. Mahu dikhabarkan keadaan Thaqif sebenarnya, Ulfah tak mahu dengar. Dia kata dia nak tengok sendiri tapi bila dah sampai ke hospital, degil tak nak masuk pulak.
“Fafa, kenapa ni?” Syafiq angkat dagu Ulfah lalu dia tenung mata adiknya yang berkaca.
“Uzair Syafiq, can’t you see?” Entah kenapa dia rasa nak marah. Air mata mengalir.
Syafiq senyum. Ulfah Syuhada bukan marah tapi dia risau. “He’s fine, Fafa. Kenapa menangis ni?”
“Fafa risau, along. What if I can’t meet him again? What if I can’t see his smile again?”

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 13)

Thaqif sangkut tuala di ampaian. Rambut yang separa basah-kering itu dikibas-kibas. Baju melayu warna hitam disarung ke badan. Kopiah di atas meja dicapai. Dia berjalan menuju ke pintu bilik lalu dia ke bilik Aidil yang bertentangan dengan biliknya.
“Aidil.” Pintu bilik itu diketuk.
“Sat! Sat! Aku baru lepas mandi ni.” Terdengar suara Aidil menjerit dari dalam biliknya.
Thaqif menunggu seketika kemudian dia kembali mengetuk pintu. “Cepat sikit. Nanti masuk bilik solat, kita jemaah sekali.”
“Okey!” Suara Aidil kedengaran sayup.
Thaqif geleng kepala sebelum dia atur langkah ke bilik solat. Papa dan mama sudah ada di dalam bilik solat, sedang mengaji bersama. Thaqif tak jadi nak masuk. Dia terharu melihat kemesraan papa dan mamanya.
“Kau kenapa?” Bahu Thaqif ditepuk. Dia pandang Aidil yang lengkap berbaju melayu hijau serindit dengan rambut yang masih basah.
“Kau tak lap rambut ke, bhai?”
Aidil ukir sengih. “Apa barang lap rambut. Macam perempuan.”

Friday 18 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 12)

“Macam mana kau boleh kena macam ni?” Suhail yang memandu mengerling ke sebelah. Bibir Thaqif pecah akibat ditumbuk. Mana taknya, suami Huda tu badan mengalahkan Malek Noor.
“Aku pun tak faham. Bekas girlfriend aku tulah. Terjumpa secara tak sengaja. Dia ajak aku borak-borak. Mana aku tau yang laki dia mengekor dia. Aku tak nak jumpa pun dia tadi tapi member aku yang paksa. Aku relakan jelah.”
Suhail ketawa. “Tulah kau. Lain kali hati-hati. Bukan kau sorang yang terasa pedih. Cik adik yang kat belakang tu pun terasa pedih sekali.”
Thaqif ukir sengih. “Garang.”
Ulfah peluk tubuh. “Biarlah orang nak garang ke tidak. Ada apahal?”
“Ulfah Syuhada.”
“Angah jangan nak membela budak ni. Belum tentu lagi Fafa nak terima pinangan dia.”
Sengih Thaqif mati. Dia buat isyarat mata pada Suhail. ‘Dia jealous ke?’
‘Sangat!’ Suhail kedip mata.
‘Marah benar nampaknya.’
‘Dia memang macam tu kalau marah.’
Thaqif mengeluh. “Tak apalah, Suhail. Orang dah tak sudi dengan aku.”
“Relakslah. Lepas ex-girlfriend kau tu bercerai, pinanglah dia lepas tempoh edah. Budak belakang tu mesti tak kisah punya. Kan, Fafa?”

Wednesday 16 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 11)

“Ma, cincin mana yang sesuai ni? Adam tengok semua cantik, ma.”
“Mama rasa yang simple pun dah cukup. Untuk bertunang je kan? Biar simple, asal nampak cantik.”
Thaqif angguk-angguk kepala. “Miss, I nak tengok yang ni.”
Gadis berbangsa Cina yang sedari tadi menunggu Thaqif membuat pilihan menganggukkan kepalanya. “Yang ni memang cantik. Design baru.” Gadis itu mengeluarkan cincin yang diminta oleh Thaqif.
Cincin itu bertukar tangan. “Cantik tak, ma?”
Mama angguk kepala. “Cantik. Simple tapi nampak anggun.”
“So, yang nilah kan?” Adam senyum tengok cincin berbatu satu itu.
“Ikut Adamlah. Mama tukang sarung je nanti.”
Thaqif angguk-angguk. “Miss, I want this one.” Cincin itu diberi semula pada gadis Cina yang sudah bersinar matanya saat Thaqif menyatakan hasrat untuk membeli cincin itu.
“Encik tunggu sekejap, ye?” Gadis itu berlalu.

Sunday 13 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 10)


“Ulfah?” Suara dari speaker telefon bimbit yang berada di kaki kedengaran.
Ulfah masih tergamam terkaku.
“Ulfah Syuhada?”
Ulfah terus capai telefon itu. “Saya...”
“Awak terkejut ke?” Suara itu kedengaran lagi
Ulfah angguk. “Sikit.”
Ulfah terdengar Thaqif hela nafas. “Saya... serius. Saya nak kahwin dengan awak.”
“Saya...” Ulfah telan liur. “Bagi saya, pilihan umi adalah pilihan terbaik untuk saya.”
Thaqif diam seketika. “Sayalah pilihan umi awak.”
“So?” Nada kerek keluar sekali lagi.
Ulfah dengar Thaqif ketawa. “Awak comel bila garang. Awak comel bila menjeling. Awak comel bila ketawa. Awak comel bila awak kerek tapi yang pasti, awak cantik bila senyum.”
Ulfah mati kata. Dia diam membisu.
“Bila saya boleh datang lagi?”
“Nak datang buat apa?”
“Datang nak meminang awaklah.”

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 9)

“Fafa. Termenung apa ni?”
Ulfah sengih sambil menggeleng. “Tak ada apa, umi.”
“Nervous ye?”
“Sikit.”
“Macam banyak je.” Suhail bersuara.
“Angah, diam!” Ulfah bagi amaran sambil menaikkan jari telunjuknya.
“Umi.” Umi, Suhai dan Ulfah sama-sama berpaling.
“Ye, kak chik. Kenapa?”
“Pihak lelaki dah sampai, umi.” Umairah melirik pada Ulfah yang nampak resah gelisah.
“Fafa buat air ye, sayang?”
Ulfah angguk. Teko di atas para diambil, uncang teh diletakkan di dalam teko. Air panas dalam cerek dia tuang penuh hati-hati. Balang gula ditarik. Tiga setengah sudu gula di bubuh ke dalam teko lalu dia mengacau air teh itu perlahan-lahan.
Umairah dan Suhail senyum tengok telatah adik bongsu mereka. Mereka tahu, Ulfah berdebar. Selalunya kalau di dapur mulut Ulfah paling bising, tapi kali ni mulut becok itu diam sahaja tanpa suara.

Friday 11 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 8)

“Umi kau suruh kahwin?”
Ulfah angguk.
“Ala-ala kahwin paksa tu?”
Ulfah tepuk dahi. “Banyak baca novel lah kau ni. Ni bukan kahwin paksa, ni kahwin diatur keluarga dan aku tak ada sekelumit pun rasa terpaksa. Awal-awal dulu mungkin ada, tapi lepas buat solat istikharah dah tak ada rasa terpaksa.”
Azira ukir sengih. “Kenapa tadi kau bergegas sangat keluar dari Secret Recipe?”
“Sebab aku baru lepas tolak lamaran seseorang.”
“You what?”
Ulfah lempar pandangan ke sekeliling Taman Tasik Shah Alam. “I did. I rejected a marriage proposal just now.”
“Siapa pulak lamar kau ni? Ady?”
Ulfah geleng. “Lelaki gila.”
Azira tekup mulut. “The one yang kau cerita dekat YM hari tu? Yang jumpa dengan majlis tunang abang kau tu? The same guy yang kau jumpa dekat KLIA tu? He proposed to you?!”
Ulfah cuma angguk. Semua soalan Azira, jawapannya ada pada anggukkan kepala.
“What’s his name?”
“Not sure. Adam something. Can’t remember the last name.” Berkerut dahi Ulfah memikirkan nama lelaki itu. Yang diingat cuma Adam. Nama belakang, langsung dia tidak ingat.
“Nama kau, dia tau?”

Thursday 10 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 7)

Ulfah renung televisyen yang terpasang. Dalam mindanya masih teringat perbualan dia dengan keluarganya.  Dia rasa tak tenang, duduk dalam rumah pun terasa jiwa tak senang. Dulu, kat UPM serabut dengan kehadiran Ady yang selalu mengejarnya. Sekarang serabut dengan bayang calon bakal suaminya yang entah siapa. Jiwanya terasa nak memberontak tapi mesti umi dengan abah sedih.
“Fafa, kenapa ni?”
Ulfah pandang Suhail. “Tak ada apa-apa.”
Suhail angkat kening. “Dah terang-terang you had something in mind. Tak nak share dengan angah?”
Ulfah geleng.
“Kenapa ni?”
“Shhh... diam. Nak tengok Tom and Jerry ni.” Matanya masih ditala pada televisyen namun fikirannya bukan di situ.
Suhail tahan tawa. “Fafa sayang, ni bukan Tom and Jerry lah. Ni cerita Powerpuff Girls.”
Ulfah tergamam. Ternyata Bubbles sedang bermain dengan patung sotong yang berwarna ungu. “Eh, sejak bila Tom jadi Bubbles?”
Suhail tak dapat tahan tawa. Soalan polos Ulfah buat dia rasa nak berguling atas karpet.
Ulfah buat tak tahu. “Nak tengok cerita Hindustan.” Dia capai remote control namun tangannya dipegang Suhail.
“Fafa kenapa sebenarnya ni?”

Wednesday 9 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 6)

“Kenapa Fafa kena kahwin dulu?” Ulfah berdiri.
“Fafa, duduk dulu.”
Ulfah kembali duduk.
“Ada sebab kenapa umi dengan abah nak suruh Fafa kahwin dulu.” Umi mengusap lembut bahu anak bongsunya itu. Sudah dapat diagak yang reaksi Ulfah akan sebegitu.
Ulfah pegang dahi. “Apa sebabnya?”
“Sebab angah nak ada yang boleh menjaga Fafa nanti.” Suhail menjawab. “Kalau along dan angah kahwin dulu, tumpuan kami mesti lebih kepada membina keluarga bahagia, kami dah tak boleh jaga Fafa macam dulu.”
“Membina keluarga bahagia? Skemalah angah ni.” Ulfah ukir sengih. “Fafa boleh jaga diri sendiri. InsyaAllah. Tak akan susahkan along dengan angah.”
“Fafa. Dengan angah cakap betul-betul ni.” Suhail peluk bahu Ulfah. “Kalau angah dah kahwin, along dah kahwin, kami dah tak boleh nak jadi tempat Fafa bersandar. Boleh tu boleh tapi bukan setiap masa macam sekarang ni. Tengok kak chik. Lepas kahwin dengan bang chik, dia dah ada tempat untuk bersandar. Ada tempat untuk meluah rasa tanpa rahsia. Tak perlu nak call, bazir kredit call angah atau along.”

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 5)

“Macam mana boleh accident ni, hah?” Thaqif sinsing lengan baju kemejanya.
Aidil ukir sengih. “Aku nampak awek cun dekat pondok bas, mana aku tau boleh terbabas.”
“Banyaklah kau! Buat mama risau je. Ngek punya adik.” Thaqif ketuk lengan Aidil yang berbalut. Geram pada adiknya tak sudah. Kalau bukan sebab Aidil masuk hospital, mesti dia dapat berkenalan dengan budak perempuan yang gila novel tu.
“Sakitlah, weh!” Aidil buat muka. ‘Ingatkan nak bersimpati, ni tak. Dibebelnya aku!’
“Tau pun sakit. Yang kau ‘terbang’ dari motor tu tak sakit?”
Aidil tersengih lagi. Faham sangat dengan perangai Thaqif yang suka membebel andai apa-apa terjadi pada dia. “Macam mana kau boleh tahu aku accident?”
“Mama telefon aku tadi. Cubalah hati-hati sikit, Aidil. Motor kau tu, kali ni dah masuk lima kali masuk ‘hospital’.”
Aidil mencebik. “Ala, motor aku tu tahan. Aku tak dengar bunyi kereta pun tadi, kau balik naik apa?”

Monday 7 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 4)

“MARDI tengah cari Pegawai Teknologi Makanan. Fafa tak nak cuba?”
Ulfah yang masih mamai, menguap sebelum menjawab. “MARDI dekat mana?”
“MARDI yang dekat Serdang tu lah.” Umi geleng kepala dengan anak bongsunya itu.
“Fafa malas lagilah, umi. Fafa nak relaks dulu. Boleh tak?”
Umi tersenyum. “Umi dah agak dah, Fafa mesti nak jawab macam tu.”
Bibir Ulfah terukir senyuman. ‘Umi jugak yang kenal Fafa.’
“Abah mana, mi?”
“Kat belakang.”
Ulfah pandang sekeliling rumah. Sunyi! Bosan! Syafiq dah balik Selayang. Suhail dah pergi kerja. Umairah balik rumah mak mertua dekat Sungai Besar. Tercongoklah dia dengan umi dan abah dekat rumah.
Haih! Bibirnya melepaskan keluhan, bosan.
“Hah, tu mengeluh kenapa? Tak baik tau mengeluh depan rezeki.” Umi menegur.
Ulfah sengih. “Fafa bosan. Rumah sunyi.”

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 3)

Ulfah menghentakkan kakinya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kamarnya. Sebalnya hati. Geramnya jiwa. Rasa nak hentak-hentak je si lelaki jurugambar tu! “Psiko! Gila! Arggh!! Aku benci kau!!!” Akibat terlalu letih menghentak kaki, dia terduduk di birai katil. Dia masih geram pada lelaki itu. Dia kembali teringat semula peristiwa di rumah kak Hidayah.
“Hai, awak!”
Purrh!! Bersembur habis air sirap yang baru masuk mulut. Dia kalih ke tepi sambil kesat bibir. Lelaki yang pakai baju jenama Polo tu tersengih pandang dia. Lelaki itu angkat lensanya lalu ditangkap gambar Ulfah yang menjeling tajam.
“Apa awak ni?” Marah Ulfah.
Thaqif ukir sengih. “Saya nak tangkap gambar suasana majlis pertunangan ni. Bukan saya tangkap gambar awak seorang.”
Ulfah angkat kening. “Dari tadi awak mengekor saya! Awak ingat saya tak tahu ke dalam DLSR awak tu dah penuh gambar saya?”
Lelaki itu senyum sinis. “Awak ingat awak artis ke saya nak tangkap gambar awak? Tolonglah! Perasan jugak awak ni kan?”

Saturday 5 May 2012

Aku, Dia dan Vespa (Bab 2)


“Adam, mama nak cakap sesuatu ni.”
Thaqif dah buat muka bosan. ‘Ni mesti nak cakap kahwin, nikah, pasangan hidup dan bla bla bla...’
Mama betulkan duduk sebelum terus bersuara. “Mama nak Adam...”
“Stop, ma! Stop right there.” Thaqif angkat tangan suruh mama berhenti bersuara. “Kalau mama nak cakap pasal nikah, kahwin semua, mama berhenti jelah. Adam tak nak dengar.”
Mama tepuk dahi. “Ya Allah, mama bukan nak cakap pasal tu. Mama nak ajak Adam pergi rumah kat hujung taman tu.”
Thaqif ukir sengih malu. “Oh, ye ke ma?”
“Yelah.”
“Nak buat apa pergi sana?”
“Si Hidayah tu nak bertunang. Acik Ana kamu minta kamu jadi jurugambar untuk hari tu.”
Thaqif angguk-angguk kepala. Masyuklah bulan ni. Kerjanya sebagai seorang jurutera tidak menghalangnya untuk bekerja part time sebagai freelance photographer. “Hari apa, ma?”
“Minggu depan. Hari Sabtu.”
‘Sabtu? Alahai, sayang aku tu macam mana?’ Thaqif kerut dahi. Minggu depan hari Sabtu ada konvoi vespa seluruh Malaysia dekat Kuala Kangsar. Takkan nak cancel lagipun dah janji dengan Pit. “Er... kalau Adam kata Adam ada hal, macam mana ma?”

Aku, Dia dan Vespa (Bab 1)


“Ulfah Syuhada!”
“Kau kenapa? Terjerit-jerit. Tak ada kerja ke?”
“Aku ada pesanan dari abang Ady.”
‘Ady? Tak habis lagi.’ Ulfah mengeluh. “Aku tak nak dengar.”
“Dengarlah dulu. Kau ni.” Azira mencebik.
“Aku nak balik, Zira. Angah dah tunggu.” Ulfah memberi alasan.
Azira mengeluh. “Susah sangat ke kau nak dengar pesanan dia?”
Ulfah merengus. “Dah berapa kali aku pesan dekat kau? Jangan ambil apa-apa pesanan dari dia. Kau waiter ke apa? Kau kawan aku ke kawan dia? Bila aku cakap aku tak selesa, memang aku tak selesa. Cakaplah aku kolot or whatever tapi aku bukan perempuan yang senang-senang nak bersembang kosong dengan lelaki.”

Azira terdiam. Benar, memang pernah Ulfah berpesan namun dia tak mampu nak berkata apa-apa bila dirayu oleh Ady. Ulfah, nampak lembut pada luarannya tapi dia sangat tegas dalam membuat keputusan. Dia juga bukan gadis yang senang rapat dengan mana-mana lelaki. Boleh dikira berapa kerat saja lelaki yang dia berkawan.
“Aku nak balik. Maaf kalau kau rasa aku kasar atau aku kurang ajar tapi aku juga punya hak untuk pertahankan pendirian aku. Assalamualaikum.” Azira mengeluh lagi. Ulfah marah benar nampaknya.