Saturday 15 September 2012

Dia Imamku (Bab 13)


Aku tenangkan diriku. Air mata yang mengalir, aku kesat. Tidak mahu cepat curiga kepada Naufal. Tak mungkin Naufal curang padaku. Dia masih seperti dulu... kan?
Aku selak kembali buku nota tersebut dan aku terhenti di muka surat tengah-tengah. Ada sebuah puisi yang tercoret di dalamnya.

Cuma kau seorang
Yang mampu membuatkan aku gila
Cuma kau seorang
Yang mampu menarik perhatianku
Cuma kau seorang
Yang aku rindui sejak dari dulu
Cuma kau seorang
Yang mampu buatku hilang kawalan
Cuma kau seorang
Yang mampu buatku gila bayang
Walaupun
Kekadang kau kasar
Kekadang kau sinis
Tapi cuma kau
Yang mampu...                              
Dan di bawah coretan itu, ada sekeping gambar. Gambar seorang kanak-kanak perempuan.yang cukup aku kenal. Budak perempuan yang pernah melukakan dahi Naufal. Yang pernah mencium Naufal. Budak perempuan yang kini sudah menjadi isteri Naufal. Betulkah ini? Betulkah puisi ini untuk aku?
Tapi kalau puisi ini untuk aku, kenapa mesti ada gambar perempuan lain di dalam buku nota ini? Siap ada caption bagai! Apa Naufal cuba lakukan sebenarnya?
Siapa sebenarnya dendeng tu? Daging dendeng aku tahulah! Haih, di mana letaknya diriku dalam hati Naufal sebenarnya? Ah, aku buntu!

“Assalamualaikum!”
Segera aku buka mata saat pintu bilik Naufal dibuka dari luar. Naufal sudah pulang!
“Sayang, tidur ye?”
Aku diam tak menjawab. Aku cuba untuk berpura-pura seperti tiada apa-apa berlaku namun itu tak mungkin terjadi.
“Kenapa ni? Mengantuk lagi?”
Aku ukir senyum namun kutahu, ia tiada perisa seperti selalunya. “Jet lag!”
“Thought so! Dah mandi?”
Aku menggeleng.
“Now, bangun! Tolong abang masak!”
Aku senyum kemudian aku hulurkan tangan kananku padanya dan dia mencapainya.
“Nak abang tarik?”
Aku geleng, “Abang duduk sebelah Insyirah kejap.”
“Kenapa ni?”
“Duduklah dulu!”
Naufal akhirnya duduk di sebelah aku, “Kenapa?”
“Siapa Dendeng?”
Wajah itu berubah seketika, “Nobody!”
“Syamimi J. tu ke Dendeng?”
Muka Naufal terus berubah, “Insyirah selongkar barang abang ke?”
Aku diam.
“Abang tak suka Insyirah ceroboh privasi abang!” Suara Naufal dah naik satu oktaf.
Aku rasa pedih. Pedih sangat dalam hati, “Kenapa abang nak marah sangat? Sebab rahsia abang dah pecah? Macam tu?”
“Insyirah! Rahsia apa? Kenapa cakap benda mengarut ni?” Nada suara Naufal makin tinggi.
“Rahsia yang abang suka Syamimi J. tu!” Sengaja, aku memprovok Naufal.
Dada Naufal berombak, seolah-olah sedang menahan amarah yang amat sangat.
“Kenapa abang diam? Betulkan apa Insyirah cakap! Abang suka Syamimi tu!”
“Eh, kalau Insyirah nak cakap benda mengarut macam ni, lebih baik Insyirah balik Malaysia! Jangan kusutkan fikiran abanglah!” Dan Naufal terus berlalu.
Dum! Pintu bilik dihempas dan aku terus longlai. Lututku rasa lembik. Aku terus jatuh terduduk. Air mata menitis lagi.

Aku tertidur kembali selepas pergaduhan teruk antara aku dan Naufal. Aku baru sampai dari Malaysia, dan dia halau aku balik ke Malaysia semula. Berdosakah aku untuk mengetahui rahsia suamiku sendiri? Bukankah suami isteri tak patut ada sebarang rahsia antara mereka?
Tiba-tiba aku terasa rambutku dibelai perlahan. Aku buka mata, aku nampak Naufal. Di depanku. Merenungku. Matanya sudah tiada amarah, yang kelihatan hanya cinta untukku. Benarkah begitu? Ataupun aku yang perasan sendiri.
“Insyirah!” Lembut suaranya memanggilku namun segera aku tepis tangannya yang membelai rambutku. Hati ini sudah terluka, tahu?
“Jangan dekat!” Aku beri amaran padanya saat dia mahu mendekati aku.
“Insyirah...”
“Salah ke kalau Insyirah nak tahu? Salah ke kalau Insyirah bertanya? Insyirah cuma nak tahu je! Insyirah tak suka suami Insyirah rahsiakan apa-apa pun pada Insyirah! Kalau tak suka Insyirah dah, cakap terus-terang! Tak payah nak halau balik Malaysia. Insyirah boleh balik sendiri!” Aku kembali menangis. Tak sampai 24 jam aku di sini, aku sudah meleleh-leleh air mata.
“Abang tahu! Shush... jangan menangis. I’m sorry!” Aku tak tahu bila Naufal memelukku. Walaupun aku tidak mahu dekat dengannya, aku tidak dapat nafikan bahawa dia saja yang mampu tenangkan aku.
“Abang tak patut marah isteri abang ni, kan? I’m a bad husband, kan?”
“Tau tak apa!” Gumamku dalam pelukannya.
“Abang minta maaf, abang tak pernah berniat nak halau Insyirah. Cuma abang serius tak suka Insyirah selongkar privasi abang.”
“Insyirah tak berniat nak selongkar pun! Insyirah selak-selak buku abang macam tu je,” aku membentak dalam pelukannya.
“Ye, abang tahu! I’m sorry. Insyirah nak tahu siapa Syamimi sebenarnya?”
Aku mendongak memandang Naufal yang sedang merenungku.
“Insyirah, jangan tengok abang macam tu! Abang rasa macam nak tergoda dah ni.”
“Ei, gatal!” Aku cubit si kelat-kelat masam tu! Nak bergurau tak kena tempat.
“Alala... garangnya dia!” Naufal ketawa.
“Cepatlah cerita,” aku memuncung mulut.
Naufal mengangguk lalu dia membalikkan tubuhku membelakangi dia lalu dia sandarkan tubuhku pada tubuhnya.
“Syamimi J. tu ataupun nama betulnya Syamimi Johari. She is one of my coursemate. Dia lebih dikenali sebagai Dendeng.”
“Dendeng tu bukan daging ke?”
“Dendeng mengikut kamus geng abang maksudnya adalah orang yang suka mengendeng dengan orang yang berlainan jantina.”
“Jadi...”
“Dia minat abang tapi abang tak berminatlah dengan dia. Abang minat dengan budak ni je,” pipiku dicubit Naufal.
“Lagi?”
“Dia sangat tergilakan abang walaupun dia tahu abang dah kahwin.”
“Kenapa abang layan dia?”
“Bila pulak abang melayan dia?”
“Tadi, abang tak kisah pun dia nak ikut abang pergi kelas. Tu dalam buku nota tu, siap gambar baju sedondon bagai! Insyirah cemburu, tau?”
Naufal ketawa, “Abang bukan apa, abang risau! Sini kan bukan tempat kita, Mimi tu one of us. Budak Malaysia dekat UCD tak adalah ramai sangat. Semua kena menjaga satu sama lain and that is why abang setuju je time dia nak mengendeng dengan abang dan Haris tadi.”
“Gambar tu?” Aku mencari wajah Naufal di belakangku.
“Gambar tu, gambar raya tahun lepas. Dia yang nak tangkap gambar sangat. Abang ikut jelah. Guna DSLR Haris. Gambar tu, Haris yang gam dalam buku nota abang tu. Caption tu pun Haris yang tulis.”
“Ye ke?”
“Ye, sayang! Buku nota tu...” Naufal berhenti seketika sebelum menyambung, “Ada banyak luahan hati abang untuk seseorang yang abang sayang sejak kecik lagi.”
“Budak yang buat kepala abang berparut tu, eh?”
Wajah Naufal beriak terkejut, “In... Insyirah baca?”
Aku mengangguk. Dah kantoi! Yeay! Betullah, aku yang ada di dalam hatinya. Bukan si Mimi Dendeng!
“Abang dah suka Insyirah dari kecik, eh?” Aku tanya, dalam nada mengusik.
“Sangat suka! Sekarang pun... abang sangat suka!” Dan dia terus memelukku, erat.

Aku berpimpinan tangan bersama Naufal. Dia membawaku berjalan di sekitar Dublin. Kami menaiki bas dan sampai di Dublin kira-kira 20 minit kemudiannya. Tangannya tidak lepas dari menggenggam tanganku. Naufal membawaku berjalan-jalan di sekitar Kota Dublin. Kota Dublin adalah kota ketiga terkenal di Eropah. Naufal membawaku ke Henry Street, kawasan yang menjual barang-barang berjenama dan tentunya mahal. Aku cuma mencuci mata saja kerana aku tidak berminat dengan barang-barang tersebut. Aku lebih berminat dengan Naufal saja. Hehehe...
Naufal kemudiannya membawa aku berjalan-jalan di Ha’penny Bridge yang merentasi River Liffey. Terasa sangat romantik saat kami berbual-bual dan ketawa seolah-olah Kota Dublin ini, kami yang punya!
Seterusnya, kami pergi ke St. Stephen’s Green, sebuah taman bunga yang bersebelahan dengan Stephen’s Green Shopping Centre. Sempat aku dan Naufal bergambar di Fusiliers' Arch, sebuah monumen yang bertentangan dengan pintu masuk St. Stephen’s Green. Saat aku melangkah masuk ke taman tersebut, aku terpegun. Sungguh, taman itu sangat cantik di mataku. Naufal pula cuma ketawa dengan telatahku.
“Sayang suka bunga, eh?”
Aku mengangguk laju. Siapa yang tak suka bunga? Perempuan hati keras saja yang tak suka bunga.
“Tunggu sini!”
“Eh, abang nak pergi mana?”
“Sekejap!” Dan Naufal meninggalkan di taman yang penuh dengan orang yang berlainan warna kulitnya dengan aku.
Aku labuhkan punggung di sebuah air pancut yang terletak di dalam kawasan taman ini. Nasib baik cuaca di Dublin ini tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, kalau tidak memang taklah aku nak berjalan-jalan di sekitarnya.
“Excuse me?”
Aku angkat muka dan terus aku berdiri. Terkejut sebenarnya bila ditegur oleh seseorang di kota yang tidak kukenali sesiapa kecuali suamiku.
“Awak ni rakyat Malaysia?” Gadis yang tadi menegurku, mengukir senyum yang sukar kutafsirkan. Wajahnya seperti pernahku lihat tapi... di mana?
Aku mengangguk saja, menjawab soalannya.
“Mimi, siapa ni?” Tanya seorang rakannya yang entah dari mana munculnya.
Mimi? Syamimi Johari? Mimi Dendeng? Akhirnya aku ingat di mana aku pernah lihat wajahnya.
“A lost tourist, I guess!” Mimi ketawa memandangku, atas bawah.
“Somehow, macam pernah tengok muka you. You ni student kat sini ke?” Tanya rakan si Mimi kepadaku.
Aku menggeleng, perlahan.
“Eh, you bisu ke?”
Terkejut aku bila si Mimi Dendeng ni bertanya seperti itu kepadaku.
“Saya boleh bercakap, thank you dan saya bukan pelajar kat sini,” jawabku, sedikit marah.
“So, betullah you ni tourist sesat?” Rakan si Mimi tadi ukir senyum sinis. Eh, hina sangat ke aku tak belajar kat Ireland ni?
“Nope, saya datang sini melawat suami saya,” aku menjawab dengan senyuman manis.
“Suami?” Rakan si Mimi kelihatan sedikit terkejut, “You ni... isteri Naufal, rite? Now, I can remember you! Haris ada tunjuk gambar you dan Naufal!”
Sedikit senyuman aku ukir di bibir, “Yes, saya isteri Naufal.”
“Hai, I Dina! Coursemate Naufal.”
Huluran tangan dari si Dina tadi aku sambut, “Insyirah, isteri Naufal!” Sengaja aku tekankan ayat ‘isteri Naufal’ tu supaya si Mimi Dendeng sedar yang Naufal itu milikku,
“Oh... isteri ekspress Naufal tu?” Kenyataan Mimi buat aku terpempan. Apakah?
“Isteri yang Naufal nikahi tanpa cinta tu? Youlah orangnya?”
“Mimi, you mengarut apa ni?” Dina kelihatan sedikit cuak dengan Mimi yang lantang bersuara.
“Mana awak tahu dia nikahi saya tanpa cinta? Dia cintakan saya, I can feel it,” balas aku, tenang.
“Heh, you jangan nak yakin sangat! I sukakan Naufal dan I yakin Naufal pun sukakan I. No, bukan takat suka tetapi dia cintakan I!”
Aku diam. Apa maksud dia?
“Kalau you nak tahu, Naufal boy friend I! And ini buktinya!” Mimi Dendeng menunjukkan dompetnya yang berisi gambarnya dan Naufal di Ha’penny Bridge. Terkedu aku. Gambar itu seperti sudah ditangkap beberapa tahun lalu kerana Naufal kelihatan kurus di dalam gambar itu. Ya Allah, dugaan apa pula kali ini?!
“Naufal tak pernah cintakan you! Dia kahwin dengan you sebab family je. Wake up, Insyirah!” Ujar Mimi Dendeng dengan senyuman sinis sebelum berlalu meninggalkan aku yang terpaku di situ.
Aku berlari meninggalkan St. Stephen’s Green. Aku rasa tertipu! Aku tahu aku tak sepatutnya mempercayai kata-kata Mimi tetapi aku tidak mampu menafikan apa yang aku lihat di dalam dompet Mimi. Naufal dan Mimi, bergambar sekali. Mesra! Aku tiba-tiba meragui apa yang dikatakan oleh Naufal semalam.
Aku berlari tanpa arah namun aku masih berlari di dalam kawasan Grafton Street. Jiwaku kacau. Aku rasa serabut dan tiba-tiba aku terlanggar seseorang.
“Insyirah?”
Aku angkat muka dan tanpa segan-silu aku memeluk orang di depanku. Aunty Maya!

“Insyirah tak patut lari macam ni, sayang. Mesti suami Insyirah risau.”
“Ye sangat dia nak risau,” balasku.
“Mestilah dia risau, Insyirah kan isteri dia?”
Aku diam, membisu.
“Dah beritahu dia pasal baby?”
Aku menggeleng.
‘La, kenapa tak beritahu dia?”
Aku angkat bahu tanda tak tahu.
“Ish, Insyirah ni! Dia wajib tahu.”
“Tapi... Naufal tipu Insyirah!”
“Insyirah tak sepatutnya percaya cakap dia tu. Entah-entah dia tu yang tipu Insyirah.”
Aku diam.
“Nah, call Naufal! Tell him your whereabout.”
Telefon wireless yang dihulurkan Aunty Maya aku ambil lalu aku mendail nombor telefon Naufal.
Baru sekejap talian itu berbunyi, ia sudah disambungkan.
“Insyirah!”
Terkelu lidahku saat Naufal menyebut namaku di talian.
“Hello? Who is this?” Tanya Naufal kemudian.
“Abang...”
“Insyirah, where are you? Abang risau, sayang!” Suara Naufal benar-benar cemas.
“Insyirah selamat. Don’t worry,” balas aku kemudiannya.
“How can you ask me not to worry? You’re my wife, Insyirah! My responsibility! Sekarang, cepat cakap. Where. Are. You?”
Aku terkaku di talian. Suaranya keras. Pasti dia marah, risau dan semuanya tetapi kenapa lidahku kelu untuk beritahu di mana aku berada.
Telefon di tanganku dirampas oleh Aunty Maya tiba-tiba.
“Hello, ini husband Insyirah ye?”
“Oh, tak. Insyirah sesat tadi. Nasib baik aunty yang jumpa dia. Aunty tinggal di York Street Flats.”
Aku lihat Aunty Maya senyap seketika.
“Yes, Aungier Street.”
“Okay, InsyaAllah. Assalamualaikum.”
“Naufal cakap apa?”
Aunty Maya ukir senyum padaku, “Dalam sepuluh minit dia sampai.”
Aku diam tanpa kata. Aku masih tak bersedia nak berjumpa dengannya.

“Thank you, Aunty Maya sebab jagakan Insyirah untuk saya. I don’t know how to repay you,” ucap Naufal, sopan pada Aunty Maya.
“Don’t need to repay me, just take care of Insyirah. Itu sudah cukup baik untuk aunty. Dia terlalu baik untuk dipersia.”
Naufal mengerlingku sekilas, “Tak pernah sekalipun saya akan persiakan isteri saya ni. Satu-satunya nyawa saya, aunty.”
“Good to hear that. Insyirah, take care of yourself. Jaga husband kamu baik-baik. Aunty doakan kamu berdua akan terus bahagia sehingga ke akhir hayat.”
“Amin, InsyaAllah aunty!” Naufal ukir senyum manakala aku cuma mampu menahan sebak. Masihkah ada ruang untuk aku bahagia dengannya?
Kami beriringan meninggalkan York Street Flats. Sempat aku berpaling, melambai Aunty Maya yang masih setia menghantar kami dengan mata.
“Mana Insyirah pergi? Kenapa tak tunggu abang?”
Terkejut aku bila Naufal tiba-tiba bertanya.
“Insyirah... nak pergi toilet tapi abang lambat sangat. Insyirah jalan-jalan and tak sangka boleh tersesat,” lancar aku mencipta alasan.
“Lain kali, tolong tunggu abang dulu boleh?”
Aku angguk. Tak akan ada lain kali untuk kita, Naufal.
“Abang...”
“Ye?”
“Abang... betul ke tak pernah sukakan Mimi?”
Naufal tiba-tiba berhenti, “Apa lagi ni, Insyirah? Ingatkan benda ni dah selesai! Tolonglah, nak abang cakap berapa kali?”
Dia marah lagi...
“Abang tak faham Insyirah ni! Kuat sangat cemburu dengan Mimi tu kenapa? You didn’t even know her.”
Aku diam. Tanganku tadi yang dipegang sudah dia lepaskan. I know her, abang!
“Mimi tu memang suka menyendeng tak tentu arah tapi dia baik! Dia hormat abang. Dia terima je bila abang tolak cinta dia. Dia matang, unlike you!”
Terkaku aku dari berjalan saat Naufal berkata begitu. Dia bandingkan aku dengan Mimi Dendeng? This is too much, Muhammad Naufal! Too much!
“Hah, kenapa berhenti? Tak dapat terima abang cakap Insyirah tak matang?” Soalnya sinis.
Aku senyum, menggeleng. Aku jalan mendekati dia. Benarlah telahan  sahabat-sahabatku... pemergianku ke Ireland adalah satu idea yang paling buruk. Sangat buruk!
“Insyirah nak balik Malaysia, esok!” Ujarku, masih dalam senyuman.
Dan ternyata, Naufal pula terkaku.
“Why?”
“Because this is not my place!” Balasku dan terus aku berjalan meninggalkan dia. Hati ini... sememangnya terluka sekali lagi.

Aku menggenggam erat sampul putih yang ada ditanganku. Aku tak faham kenapa mesti si Dendeng ni ikut Naufal menghantar aku ke airport. Huh, menyampah aku! Yang Naufal pulak, tak reti nak menolak ke apa bila budak tu dok menyendeng dengan dia?
Semalam sampai saja di rumah Naufal, dia terus memarahi aku. Topiknya masih Mimi Dendeng. Naufal menuduhku cemburu buta dan kuat merajuk. Sampai nak balik ke Malaysia semua. Dan sekali lagi dia menuduhku tidak matang!
“Insyirah cuba jadi matang sikit! Tolonglah berhenti jadi budak-budak, jangan nak manja sangat. Boleh?”
“Apa abang ni? Insyirah tak manja, okey? Jangan menuduh ikut suka hati je!”
“Dah tu? Apa yang cuba Insyirah buat sekarang? Nak balik Malaysia bagai! Nak merajuk?”
Aku terduduk saat dia menuduhku seperti itu.
“Ada kecemasanlah! Bukan Insyirah sesuka hati nak balik! Lagipun, Insyirah doesn’t belong here, macam abang cakap.”
“Kecemasan apa?” Dia merenungku tajam.
“Nia kemalangan! I need to be there for her!” Aku tak tipu, memang Nia kemalangan tapi tidak teruk mana. Kereta saja remuk, bukan Nia. Ini saja alasan yang aku boleh berikan pada Naufal.
“Nia tak ada family ke?” Tanya dia, sedikit lembut berbanding tadi.
“Parents dia ada di China atas urusan perniagaan. She. Need. Me.”
“I need you too!” Balasnya pula.
Aku menggeleng perlahan, sambil aku ukir senyum sinis, “Abang dah ada Mimi!”
“Apa?”
“Insyirah dah tempah tiket secara online tadi. Terpulang pada abang nak hantar Insyirah atau tidak,” ujarku perlahan dan terus tinggalkan dia di ruang tamu rumahnya. Mana pergi isi lain dalam rumah itu? Entah, tidak aku peduli.
Malam itu saat aku sudah tertidur, aku dapat rasakan tangan melingkar di pinggangku, “Abang minta maaf.”
Aku berpaling wajah mengadapnya, “I’m sorry too...” Dan malam itu menjadi milik kami berdua.
Tapi hari ini, mood aku hancur pagi ini dengan kehadiran Si Dendeng! Naufal menyewa kereta untuk kami berdua tapi tak sangka Si Dendeng ni ikut sekali. Ei!! Geram aku!
Naufal mengerlingku dengan wajah serba salah, “I’m sorry...” Kulihat bibirnya menuturkan perkataan itu.
Dan aku cuma menganggukkan kepala. Sedikit senyuman aku ukir untuknya.
Perjalanan yang hampir sejam itu berakhir di saat Naufal memarkir keretanya. Kami beriringan menuju ke pintu masuk airport manakala si Mimi Dendeng mengikut dari belakang.
“Okey, dah sampai kan? You boleh tunggu flight you sendiri, kan? Kami ada kelas kejap lagi,” Mimi bersuara sebaik sahaja kami duduk di kerusi yang telah disediakan.
Naufal tiba-tiba bersuara, “Mimi, can you just leave me with my wife for a while. I want to spend my quality time with her, without you!”
Dan serentak, hatiku ukir senyum kemenangan bila Mimi Dendeng memuncung.
“I’m sorry! Abang terkejut bila dia tiba-tiba nak mengikut.”
Aku ukir senyum, “Tak apa. Dia kan Dendeng? Mesti nak menyendeng je.”
Naufal turut tersenyum, “Do you really have to go?”
Aku renung mata itu. Nyata, dia berat mahu melepaskan aku pergi. Aku mengangguk, perlahan.
 Maafkan Insyirah tapi Insyirah tak mampu untuk terus berada di sini. Melihat abang dan dia. Insyirah takut, kalau Insyirah tinggal lebih lama di sini, semakin Insyirah akan terluka. Kalau betul Mimi Dendeng itu tak ada apa-apa dengan abang, abang pasti akan kembali pada Insyirah nanti, kan?
“Naufal, we really have to go! Kelas kita akan bermula 20 minit lagi,” entah dari mana si Mimi Dendeng muncul.
Aku dengar Naufal melepaskan keluhan, “Sayang...”
“It’s okay. Pergilah. Cita-cita abang lebih penting.”
Naufal menunduk seketika sebelum tersenyum tawar.
“Abang, ini hadiah dari Insyirah untuk abang,” tangan Naufal aku tarik lalu aku letakkan sampul putih yang sentiasa aku genggam dari tadi.
“Apa ni?”
“You will know later,” ujar aku sebelum tunduk mencium tangannya. Ya Allah, sedihnya hati aku kala ini. Perpisahan kali ini seolah-olah lebih berat dari sebelum ini.
Saat aku angkat muka, dia mencium dahiku, lama. Seolah-olah tidak rela melepaskan kepergianku.
Pipi Naufal aku belai, “I love you so much, Muhammad Naufal!”
Dia mengangguk sebelum memelukku erat. Aku kecewa, kenapa tidak dia lafazkan ayat itu kepadaku di saat Mimi Dendeng ada di situ, melihat kami. Sungguh, aku terkilan.
Kebetulan, pengumuman perlepasan kapal terbang ke Malaysia diumumkan. Aku terus leraikan pelukan lalu aku tarik beg meninggalkannya. Tiada pamitan, aku berlalu. Sempat aku menoleh
ke arah mereka berdua. Aku dapat lihat riak wajah terkejut Naufal di saat dia melihat isi sampul putih itu. Segera aku berpaling ke depan aku percepatkan langkahku.
“Insyirah! Jangan pergi!” Aku dengar suaranya menjerit memanggilku namun ku pekakkan telinga.
Maafkan, Insyirah! Aku teringat kembali ayat yang aku coretkan di belakang gambar hitam putih itu, ‘Hi, daddy. It’s me, your junior!
Sungguh aku tidak mampu untuk berpaling kepadanya. Abang, Insyirah tunggu abang di Malaysia... andai benar Insyirah di dalam hati abang, pulanglah!

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Bersambung...

p/s: lagu baru dalam blog...isi hati Insyirah ;(

109 comments:

  1. Sedihnya. Makin teruja. . .

    ReplyDelete
  2. Sedeyyyyyyyyyy uwaaaaaaa. Awat naufal ni dh tau pompuan tu suka ngendeng buat apa lyn. Sian insyirah. Btabahlah Ye jom kita merajuk sama2.biar naufal lak rs penangan bkl ibu mrajuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong tu!! Asik insyirah je kena marah.. Majuk sensorang. Kali ni biar naufal lak asa cmmne..

      Delete
    2. setuju2...asyik marah je naufal....nafikn x de apa2 ngan si dendeng tu..tpp mcm sebaliknya je.....confuse dah....sian insya rah ..dah le pegnant....sedihnya..nak2 time kt airport nak balik msia..time dtg dah kene marah..till nangis2..time balik msia pun nangis .....ajar sikit naufal ni/..x bertegas ngn si dendeng siap bandingkn wife sendiri..adeh....

      Delete
    3. aiyokk...garangnya semua org...huhu...baik2...kita buat insyirah merajuk dua bulan ye

      Delete
    4. Jgn dua bulan nnti insyirah lak x thn rindu ekeke

      Delete
    5. eh...insyirah tahan punya ;)

      Delete
  3. sedihla mcm ni.. mimi dendeng mmg kejam.. kesian insyirah.. huhu


    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn sedih...nanti kita buli mimi dendeng ye :)

      Delete
  4. huhuhu..sedih..entah2 naufal mmg pernah ada pape x ngan dendeng tu...hukhuk!! xsuke! gedix tol dia tu! kesian Insyirah..x jadilah nak naufal..naufal jahat...

    ReplyDelete
  5. plezzz esok ada episod 14..nk mkn pun dh x lalu trigt insyirah dgn naufal.. :(

    ReplyDelete
  6. soobbb...soobbb
    plss anyone.. tolong jadikan si mimi ni daging msk dendeng!!! poyo jer..matang kunun..

    abes la naufal meroyannn..hihihihi..
    comey jer note tuk naufal tu..

    ReplyDelete
  7. mmg dendeng la si mimi tu,.naufal pon satu hal,.y duk baek ati sgt bg dendeng ikot kenape,.
    xsabau tgu next en3 keke,.caiyok2 cik writer^^

    ReplyDelete
  8. Dah agak naufal mesti akan membela si pengacau dr percaya pada isteri sendiri...tak rasa pun cinta naufal pada insyirah tu kuat seperti yg dikata kerana tak blh nmpk penyebab rumah tangga mereka yg nmpknya akan berantakan...dah tau kaki mengacau masih tp layan jugak! Hmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. alala...jgn marah naufal ye...kita kasi naufal jadi si manis2 gula balik ye

      Delete
  9. Cepuk si naufal ni karang

    ReplyDelete
  10. sedih la.. kcian insyirah makan hati..huuhu

    ReplyDelete
  11. Sedihnya.... π_π
    Benci betul dengan MIMI DENDENG tu!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  12. Memang Mimi tu Dendeng tapi silapnya pada Naufal juga; tak tahu untuk mengelak daripada Dinding, membiarkan sikap Dinding. Patutlah dia perasan! Hope, next episod Naufal tidak tergoda dgn. Dinding! Hatinya tetap buat Insyirah...lagipun dia orang bakal menerima baby..

    Teruja nak tahu, kisah selanjutnya; apakah Naufal akan balik ke M'sia

    ReplyDelete
  13. cian kt insyirah..xpe2..bia insyirah merajuk lm2 eh..bia sasau ckit naufal 2..geram sgt2 kt mimi dendeng 2..sibok je...

    ReplyDelete
  14. terhenti nafasku seketika saat2 terakhir insyirah mnggalkan naufal dgn bukti cinta mereka...moga insyirah tabah mngharungi setiap apa yg akn berlaku dan pasti naufal akn muncul utk mmujuk insyirah

    ReplyDelete
  15. Owh... Sedihnya! Ni sapa yg xmatang ni??
    Ai tetibe sakit ati ngn naufal... Cpt benor marah... Jap mrh jap pujuk pastu marahh balik.. Ingat leh padam cm pemadam pnsel tu ke..
    Hmmmmmm.. Kaloo dia btl syg bini dia.. Dia balik la malaysia.

    Cm dia xballik jer.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...balik atau tak balik naufal ke malaysia...bergantung pada tangan yang sedang menaip ini ;)

      Delete
  16. i hate u dendeng menyendeng....

    Warrrhgghhh..... so sad....

    I dislike u Naufal for not being the man for Insyirah.... Warrrggghhh......

    ReplyDelete
    Replies
    1. huish...sabar2...everyone hate dendeng but please don't hate naufal :)

      Delete
  17. haisyyy..penyebok btol dendeng ni...dah la prasan...hahaha...emo plak..

    msti blk punye...insyirah tgu je kt mesia ye...nnt naufal blk...hahahaha...

    ReplyDelete
  18. huhu..apesal biadap sgt si dendeng tu..eii geram la,sian insyirah.jauh2 dtg nk bwt surprise,last2 dy yg surprise balik..huhu
    btw hope ada en3 utk ep14 cpt2..xsabo dh nie..naufal cepat pujuuukkk..

    *hehe kita pulak yg sasau lbh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sian insyirah kan? ish3...naufal...naufal

      Delete
  19. be trust to the one you loved Insyirah..satu perkara salu kena ingat..syaitan salu nak robohkan masjid yang kita bina tanpa putus asa melalui sangkaan hati kita..=)..yakin dengan Allah,percaya pada orang yang kita sayang..insyaAllah everything will be ok..tanpa yakin kepada Dia, dan percaya kpd dia..bimbang cinta itu bukan kerana-Nya..walau dalam hubungan yang halal..~talking of experiences~..^^

    ReplyDelete
  20. Eeee..geramnya!Naufal ni mmg nak kena piat telinga lah...Bodoh!

    ReplyDelete
  21. uwaaaa cedih nye...cian insyirah...naufal pun p melayan then banding2kan plak tu...eeeee geramnye nan si dendeng nie ase nk gayang2 je...

    ReplyDelete
  22. hukhukhuk...sedihnya..udahla lagu ni jd iringan msa baca...huaaaaa..x suka dendeng..

    ReplyDelete
  23. tak suka betul ngan dendeng tu!menyibuk je.

    ReplyDelete
  24. Huhuhuhuu sedenye.... sian insyirah n bb sbb balik dlm kesedihan, sungguh mencik ngan naufal yg x tegas dlm mengelakkn diri... klu dia. Tau yg dendeng uat story bangang musti dia balik msia kan... ishhh lamer lg ker dia blajaq...

    ReplyDelete
  25. xsuka menda ni...
    pls make them hapy tanpa gediks tu

    ReplyDelete
  26. adoiiii..sedihnya, bodo punya mimi..cian kt insyirah..

    ReplyDelete
  27. im waiting for the next chapter...
    ASAP *as soon as possible*

    ReplyDelete
  28. aq x sdeyh!aq cuma geram nan si dendeng tuh!! siottt~~ -.-"

    ReplyDelete
  29. ksian kt insyirah..gram tol la ngn dendeng gedik gler nie sbuk btul la mmang lyk la nma dendeng 2..naufal nie asyik mrah2 je stress study sgt ke smpai wt g2 kt insyirah

    ReplyDelete
  30. Part last tu yang sedih :'( Dendeng jahat -.- Hapuskan dendeng ! Haha

    ReplyDelete
  31. satu hari ni Layan dri bab1-13 novel ni... besttttt...

    huhuhu...bab13 ni, sedih la...menitis airmata, kesian kat Insyirah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab sudi baca DI ;)
      bab ni sedih sikit...biasalah...dalam kehidupan, mesti ada sikit kedukaan

      Delete
    2. sama2.... good job la cik writer... DI mmg best n menarik...

      Delete
  32. hiii writer sblm ni sy silent reader je..tp n3 kali ni tgerak ati nk komen..geram btol la kt naufal 2 cb la jga ati insyirah ckit..insyirah pon be strong k

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe....insyirah akan kuat...dia kan ada naufal jr :)

      Delete
  33. Kak najwaaaaa!! Huwaaaa .. Sedih kak oii... Bergenang i bce..sob sob..sian insyirah..geram kat naufal!! Grr..

    Ase nk bom je sis dendeng tuh..hahaha...

    Nak lg! Chaiyokk..^_^v

    - YID -

    ReplyDelete
    Replies
    1. bom jgn tak bom...hahaha...naufal tu kasi sepak laju2

      Delete
  34. Benci nyer ngn mimi dendeng tu....
    Tk suka...cepat lenyapkn watak tu..haha...pape pon..best..

    ReplyDelete
  35. cepat2 la si naufal nie habis stdy...selagi x bis slagi tu si mimi dendeng gedik tu duk menyendeng je...perasan bagus...mcm la si naufal syok kat dye...next plsssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...dua sem je lagi...haih...marah benar dgn mimi dendeng ye :)

      Delete
  36. assalam....
    sedih sgt nih....
    xbule ke matikan saje watak mimi si dendeng..............benci dia....pemusnah rumah tangga orang....xsuke2....
    sian insyirah....naufal pun sama....ngade je nk lyn si gatal....insyirah buli balik naufal k....
    ngeeeehhhh....
    terima kasih miss writer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...sedih ye? hehehe...tak bolehlah matikan, dia ni kena ada utk mehangatkan keadaan...hihi...welcome :)

      Delete
  37. geram nya dgn si mimi tu... haishhhh tapi da betulnya kat obersea tu kena saling menjaga.. sabar je la insyirah

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah...komuniti malaysia di luar negara sgt kecil...naufal cuma jalankan tanggungjawab sbgi seorang pelajar malaysia :)

      Delete
  38. Geram dgn naufal. waiting for the next chapter.

    ReplyDelete
  39. haih lelaki..ape laa si naufal ni..dok marah2 jee..cam x sesuai nak kawen lagi jee si naufal ni..cam die sorang je dekat situ sampai nak kne jage si daging dendeng tu..haha..writer kasik si naufal ni penyesalan yang teramat sket..ingat si insyirah ni x laku ke?....;)

    ReplyDelete
  40. Ala.. Sedih nya...
    Teruknya naufal... X suka...
    Si dendeng ni pun... Merenyam bagai...
    Menyampah... X suka..x suka..x suka....

    ReplyDelete
  41. kesian dgn insyirah.... hajat hati nak bermanja dgn encik hubby....bagitahu yg dia pregnant.... namun kecewa dan sakit hati dgn sikap naufal..... mana boleh bandingkan isteri dgn perempuan lain.... mestilah isteri terluka... lebih2 lagi dgn perempuan yg memang ada hati pada suaminya.... memang naufal yg tak matang.... dari mula insyirah sampai ke ireland sampailah nak balik ke m'sia... tak habis2 menyakiti hati insyirah... tak pandai nak jaga hati isteri.....

    ReplyDelete
  42. Naufal bakal seorang doktor kan.... fikir-fikirkan lah ..... Insyarah bukan x matang tapi ibu mengandung perlu disayangi lebihhh... indah khabar dari rupa Naufal ni.... x reti jaga hati isteri .... asyik nak jaga hati dendeng ja.... padan muka insyarah dah merajukkk.... pandai-pandailah nak pujuk.... asyik insyarah ja yang kena mengalah..... kak sue pun marah juga dengan Naufal ni....

    ReplyDelete
  43. sedarkan sikit naufal tu...suruh insyirah jaga mata tapi dia tu jaga ke tak....

    ReplyDelete
  44. tak terfirikir ke dalam perjalanan balik dari airport tu nanti dia hanya akan berdua saja dgn si dendeng??? mana boleh bukan muhrim

    ReplyDelete
    Replies
    1. er...sy akan edit part ni...betul jugak kan? ada dendeng ngan dia je...xboleh2...

      Delete
  45. miss writer .. bila nak post n3 baru.. x sbar nak tau naufal nak wat pa pasnie.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah post dah entry baru...kiki...maaf lambat reply :(

      Delete
  46. Nak lagiiii

    BESTTTTTTTTT

    ReplyDelete
  47. Kak rock!! Ehehe.. Cpt la smbung lg.. Xsbq dh ni

    ReplyDelete
  48. eeee geramnye mimi gemukkk!! grr. haha. emo. cepat sambung plz~ ^____^

    ReplyDelete
  49. sentap je tengok Naufal ni, takkan takleh nak tunggu istri pulang kejap kot, menyakitkan bagai ngan si mimi dendeng tu, eiii geram.

    ReplyDelete
  50. insyirah....bahu akak ada utk insyirah nih, come sayang ohhh sedihnyaaaaaaa "daddy naufal jahattttttttttttttttttt"

    ReplyDelete
  51. sedihnye...geram btol ngan naufal tu..y si dendeng tu ttap jugak nk menyendeng kat naufal pesal ekkk..eiii geramny!! ><

    ReplyDelete
  52. U mke me cry sis najwaulfah.....

    ReplyDelete