Monday 10 August 2015

[MINI NOVEL] Untuk Seminggu Saja (BAB 12)

Iman terjaga dari lenanya bila telefon pintar miliknya tiba-tiba bergetar dari bawah bantal. Tangannya laju mencapai telefon tersebut. Tertera nama Jun di skrin. Satu keluhan dia lepaskan lantas dia mengambil panggilan tersebut dan dia bangkit dari baringnya sebelum berlalu ke balkoni.
“Iman! At last, you angkat jugak!” Suara Jun kedengaran ceria di talian sana.
“Jun...”
“Iman, I miss you so much.”
“Jun...” Suara Iman kedengaran sangat serius. Iman terfikirkan kata-kata ayahnya. Kali ini saja dia mungkir janji dengan Lily. Kali ni saja...
“Iman...? Kenapa you serius sangat ni?”
“I need to talk to you about something,” ujar Iman tanpa menjawab soalan daripada Jun, “You free esok?”
“You nak jumpa I? What happen to your stupid promises with your wife?”
“Jun, listen! I need to see you. I want to discuss about you, me and us.”
“Fine! Kita jumpa esok tapi dekat mana?”
Iman picit pelipis, cuba mengurangkan tekanan, “Republic Cafe.”
“What time?”
Iman kerut dahi, “Around lunch hour, maybe.”
“Okay, then!”
Iman baru nak matikan talian bila suara Jun kedengaran dari talian sana, “Iman...”

Sunday 28 June 2015

[MINI NOVEL] Untuk Seminggu Saja (BAB 11)

Jari jemari Lily bermain sesama sendiri, menyorokkan resah di hatinya. Tak tahu bagaimana penerimaan ibu Iman bila nanti.
Iman yang menyedari keresahan Lily, pantas mencapai tangan kanan Lily lalu digenggam erat.
Lily berpaling kepada Iman. Iman tersenyum, “Everything’s gonna be fine, Lily...”
Lily senyum tanpa rasa lantas dia mengangguk, “I hope so.”
Iman tersenyum sebelum mereka berdua sama-sama senyap, tak bersuara.

“Assalamualaikum!”
Lily menggenggam erat tangan Iman. Jiwanya semakin tidak tenteram saat kereta Iman sudah pun berhenti di perkarangan rumah ibunya.
“Waalaikumussalam!” Pintu gelongsor yang tadi tertutup, dibuka dari dalam. Encik Ismail tersenyum lantas dia berpaling ke belakang, “Puan Melissa oii, mari tengok siapa yang balik ni!”
Iman tak menunggu lama lantas menghampiri Encik Ismail lantas dipeluk tubuh tua itu, “Sihat, yah?”
“Sihat orang tua aje,” balas Encik Ismail sebelum memandang Lily, “Lily sihat?”

Friday 5 June 2015

[MINI NOVEL] Untuk Seminggu Saja (BAB 10)

Iman mengerling Lily yang sudah tersedu-sedan menangis menonton filem A Walk To Remember, lakonan Shane West dan Mandy Moore. Tisu di atas meja dicapai lalu dihulurkan kepada Lily, “Awak ni, tengok hindustan menangis. Tengok cerita ni beratus kali pun menangis.”
Lily mencapai tisu dari tangan Iman lantas dia mengesat air matanya, “Cerita ni sedihlah.”
“Saya tahu, tapi takkan setiap kali tengok setiap kali itulah awak nak menangis?”
“Dah air mata  saya nak meleleh. Nak buat macam mana? Saya suka hero cerita ni sebab walaupun heroin dia dah mati, dia tetap setia dengan heroin tu. Walaupun perempuan tu dah tak ada, cinta dia tetap hidup, tetap membara.”
Iman telan liur terasa kesa. Kata-kata Lily itu bagai menyindir dia walaupun Lily mungkin tak memaksudkan apa-apa dengan kata-katanya itu namun dia tetap terasa, “I’m sorry, Lily...”
“Hmm...?” Lily memandang Iman, “Awak ada cakap apa-apa ke?”
Iman menggeleng, “Nothing. Awak salah dengar kot.”
“What is your favourite part in the movie, Iman?”
Iman senyum, “The moment where the guy propose to the girl.”
“Saya pun suka part tu! It was beautiful! The way he propose, the way she looked at him... nampak macam betul-betul dia orang love each other.”
“So, lepas ni nak tengok cerita apa pulak?” Iman jungkit kening.

Tuesday 5 May 2015

[NOVEL] FLY (BAB 22)

Johanna bekukan wajah saat pelajar-pelajar lain di sekelilingnya memerhatikan dia sambil berbisik-bisik. Nafasnya dihela. Payah sungguh manusia yang jenis suka menghukum tanpa siasat ni.
“Jo, senyum...” Nuha tarik kedua-dua hujung bibir Johanna dengan tangannya.
Johanna ukir senyum segaris sebelum kembali mematikan senyuman itu, “Korang nak tak mee ni?”
Elly dan Nida saling berpandangan, “La, kenapa? Makanlah.”
“Aku tak ada seleralah,” ujar Johanna. Mee yang ada di dalam pinggan dikuis-kuis dengan garfu di tangan. Wajah Jehan terbayang di mindanya. Entah kenapa, bagai ada rindu yang menggamit di hatinya sedangkan baru semalam mereka berjumpa.
“Kenapa?” Tanya Nida sambil memandang Johanna. Dia sedar yang Johanna tidak seperti kebiasaannya. Selalunya dia sering bergurau dan mengusik Nuha tapi sejak dia pulang ke asrama semalam, dia menjadi sedikit pendiam.
“Entah,” balas Johanna, pendek.
“Orang banyak dosa, memang macam tu. Kan, Peah?” Rena yang duduk membelakangi Johanna bersuara, sinis. Geramnya pada Johanna masih bersisa.
“Itulah. Aku ingatkan aku dah tak payah nampak dah muka dia, alih-alih ada lagi kat sekolah ni. Cikgu kesian kot. Anak kurang kasih sayang mak bapak, kan?”
“Tapi syukurlah, seminggu kena gantung dah boleh berubah. Dah pakai tudung,” ujar Moni, ikhlas.
Rena julingkan mata pada Moni, “Ala, pakai tudung tapi hati busuk buat apa. Mencemarkan nama orang-orang lain yang pakai tudung.”

Tuesday 14 April 2015

[NOVEL] FLY (BAB 21)

Johanna membuka matanya saat terasa tangan Jehan meronta-ronta bagai meminta pertolongan. Tangannya laju menggoncangkan bahu Jehan, “Adik, bangun adik!”
“Tak nak! Tak nak!” Masih dalam keadaan tidak sedarkan diri, Jehan meronta-ronta.
“Jehan Putra!” Pipi gebu milik Jehan ditepuk beberapa kali.
Jehan buka matanya tiba-tiba sebelum dia menerpa ke arah Johanna, “Kak long!”
“Adik, kenapa ni?”
“Adik tak suka nightmares!”
“Adik mimpi apa ni?” Johanna memeluk erat Jehan.
“Adik mimpi ada orang tarik adik ikut dia. Adik nampak kak long menangis, tak kasi adik pergi. Tapi dalam mimpi tu, adik tak melawan pun. Lepas adik tak nampak kak long, baru adik menangis.”
Johanna hela nafas panjang, “It was just a nightmare adik. Tadi tidur basuh kaki tak? Baca doa tidur tak?”
“Baca tapi adik lupa nak basuh kaki.”
“Hah, sebab tulah adik mimpi pelik-pelik. Dah, pergi basuh kaki.”
Jehan menurut kata Johanna namun ketika di depan pintu bilik air, dia berpaling pada Johanna. “Kak long...”
“Hmm..? Kenapa?”
“Adik sayang kak long.”
Johanna terpempan seketika sebelum mengangguk, “Kak long pun sayang adik. Dah, pergi basuh kaki.”
Jehan tersenyum sebelum masuk ke bilik air. Johanna pula bersandar di kepala katil. Kata-kata Jehan, mimpi Jehan... semuanya bagai berputar kembali di mindanya namun dia tak pasti kenapa.

Sunday 29 March 2015

[Mini Novel] FLY (BAB 20)

Nuha dan Elly memandang saja Johanna mengemas beg pakaiannya. Sejak dari peristiwa dalam bilik pengetua itu tadi, Johanna masih tidak bersuara. Sebaik saja waktu persekolahan habis, mereka terus bergegas pulang ke bilik untuk berjumpa Johanna.
“Jo...” Elly mendekat Johanna yang sudah siap menggalas beg di bahunya.
Johanna ukir senyum, “Jangan rindukan aku.”
Nuha menunduk. Johanna masih mengukir senyum walaupun hatinya sudah rabak dek peristiwa tadi. Tanpa sedar, bahunya sudah terhincut-hincut. Nuha menangis!
Johanna yang terdengar esakkan Nuha terus memeluk bahu Nuha, “Janganlah teriak macam ni. Aku kena gantung sekolah aje, bukannya aku kena buang sekolah terus. Relakslah.”
Tak semena-mena, bahu Johanna ditumbuk Nuha! “Mulut tu jaga sikit! Hang tau dak kata-kata tu satu doa!”
“Tau,” balas Johanna sambil tersenyum. “Kau janganlah sedih sangat, Nuha. Anggap aje aku pergi bercuti.”
Elly tersenyum tiba-tiba, “Kau ni, Nuha! Aku ingatkan kau minah kental, rupa-rupanya minah leleh!”

Saturday 21 March 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 9)

Iman melambung-lambungkan kunci di tangannya. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas sebelum dia sekali melambung-lambungkan kunci di tangannya, “Lil...”
“Saya dah siap!” Lily tiba-tiba muncul di muka pintu sambil senyuman manis.
“Mujur awak cepat. Saya baru nak tinggal tadi,” usik Iman pada Lily.
Lily senyum lalu dia mendekati Iman, “Kita nak pergi mana sebenarnya, Iman?”
“Adalah. Dah, jom!” Iman membuka pintu kereta untuk Lily.
“Terima kasih,” Lily ukir senyum manis sebelum masuk ke tempat duduk penumpang. Iman juga selepas itu masuk ke dalam kereta.
Seketika kemudian, kereta Nissan Almera milik Iman meluncur laju di jalan raya. Iman bersiul rendah sambil memandu kereta.
“Awak ni nampak happy semacam. Siap bersiul bagai. Kita nak pergi mana sebenarnya?”
“Piknik!”
Lily membuntangkan matanya, “Hah?”
“Kenapa?”
“Piknik?”

[Mini Novel] FLY (BAB 19)

Johanna melangkah masuk ke dalam kelasnya selepas hampir dua jam berada di dalam bilik kuarantin. Dia mengetuk pintu kelas sebaik saja menyedari kehadiran Puan Faridah di dalam kelas ketika itu. Puan Faridah yang sedang mengajar, berhenti sebelum mengangguk, tanda menyuruh Johanna masuk.
Seulas senyuman dihadiahkan kepada Puan Faridah sebelum dia berjalan ke tempat duduknya di sisi Nuha.
Sebaik saja Johanna duduk di tempatnya, Nuha tiba-tiba memegang tangannya yang ada di bawah meja, “Stay strong, Jo! Aku percaya hang.”
Johanna senyum sebelum dia menggumam rendah, “Thank you.”
“Johanna, lepas kelas ni saya nak jumpa awak sekejap ya?” Suara Puan Faridah buat Johanna tersentak sekejap sebelum dia mengangguk.
“Pasaipa dia nak jumpa hang?”
Johanna jungkit bahu, “Entah. Nak basuh aku lagi kot.”
Tiba-tiba D.O. yang di depan Johanna berpaling ke belakang, “Jo, I’m with you!”
Johanna tersenyum lalu mengangguk, “Thank you, D.O.!”

Thursday 12 March 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 8)

Lily mengetuk pintu bilik tamu, berkali-kali. Jam di dinding sudah menunjukkan angka lapan pagi namun bayang Iman masih tidak kelihatan. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan. Tubuh Iman yang sedang berbaring di atas katil di tatap penuh kasih. Kakinya mengatur langkah mendekati Iman, “Iman...”
Bibirnya menguntum senyum melihat Iman yang masih lena dengan kopiah di kepala. Harus lepas solat subuh, tidur balik ni. Tangannya perlahan menyentuh bahu Iman lalu digoyangkan sikit, “Iman...”
“Hmm...?”
“Bangun. Dah pukul lapan. Awak tak nak pergi kerja ke?”
Iman yang masih terlena menggeleng lalu dia menggumam rendah, “Mengantuk.”
“Tahu tapi dah pukul lapan ni. Bangun, ya?”
Iman akhirnya membuka mata, “Kejut saya lagi setengah jam, boleh?”
“Tapi kan dah lewat ni?”
“Saya cuti...” balas Iman sebelum kembali menutup mata, “Lima hari saya cuti.”
Lily kerutkan dahi, “Cuti apa?”
“Cuti nak habiskan masa dengan awak...” balas Iman perlahan sebelum kembali hanyut dengan mimpi.
Lily tercengang. Cuti untuk habiskan masa dengan aku?

Monday 9 March 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 6 & BAB 7)

Iman tersenyum sendiri saat teringat peristiwa pagi tadi. Dia dan Lily sama-sama tersentak bila tersedar dari lena. Semalam selepas Lily menangis-nangis, Lily terlena dalam pelukannya lantas dia mencempung Lily kembali ke atas katil dan kerana dia rasa penat, dia tertidur di sisi Lily.
“Iman!”
Iman tersentak. Lamunannya tentang Lily mati begitu saja. Nafas dihela. Azrul dipandang, tajam, “Bro, salam mana?”
“Aku dah bagi, bro!” Balas Azrul bersahaja, “Kau tu yang fokus benda lain. Tersengih-sengih. Apahal kau sebenarnya?”
“Tak ada apa. Nak senyum pun salah?”
“Tak salah tapi kau senyum tu. Lain macam sangat.”
“Azrul...”
“Hmm...?”
“Agak-agak kalau aku mintak cuti empat hari, lepas tak?”
“Kau nak ke mana?” Azrul dah berkerut dahi.
Iman ukir senyum nipis segaris, “Adalah...”
Azrul buat muka menyampah, “Kau jangan kau nak pergi menikah dengan Jun pulak.”
Iman pantas menggeleng, “Kau jangan merepeklah.”
Baru Azrul nak membalas, telefon pintar Iman berdering. Iman mengerling sekilas telefon bimbitnya sebelum panggilan itu dimatikan.
“Siapa?”
Tak sempat Iman nak menjawab, telefonnya berbunyi lagi. Baru dia nak batalkan panggilan tersebut, tangannya terhenti sendiri. Bibirnya mengukir senyum.
“Hello, assalamualaikum...”

[Mini Novel] FLY (BAB 18)

Johanna dan rakan-rakannya beriringan ke dewan makan. Johanna masih lagi diam, tak mahu bersuara. Nida, Elly dan Nuha cuba memahami Johanna dengan bercakap dengannya tentang perkara yang penting saja.
Rena yang nampak Johanna dari jauh mengepal penumbuknya. Rasa malu, geram, marah dan bengang dengan kisah semalam masih bersisa. Dendamnya pada manusia bernama Johanna itu makin membara.
“Rena, kenapa kau tak makan?” Moni yang baru meletakkan tray makanan di sebelah Rena bertanya.
Peah yang di depan Rena buat muka pada Moni sambil meletakkan jari telunjuknya pada bibir, “Don’t ask anything.”
“Aku benci budak tu!” Pap! Serentak, bahu Peah dan Moni terhincut, akibat terkejut dengan tindakan Rena yang tiba-tiba mencucuk sosej yang ada di dalam tray makanannya dengan garfu.
“C’mon, Rena! Dahlah tu. Kita dah nak SPM pun. Lepas ni kita takkan jumpa dia dah pun,” ujar Moni sebelum menggeleng. Dia sebenarnya tak faham kenapalah Rena ni suka sangat cari pasal dengan si Jo tu.
“Oh, just shut up Moni! Kau tak tau apa rasanya bila dimalukan depan satu dewan!” Bidas Rena, keras.
Moni buat muka sebelum menggumam rendah, “Siapa suruh kau cari pasal dulu?”
“Excuse me?” Rena memandang Moni dengan wajah cemberut.
“Whoa, people! Korang nak gaduh pasal Jo tu? Buang masa aje,” Peah menggeleng sebelum dia mengukir senyum sinis, “Instead of arguing and fighting among ourselves, apa kata kita bagi Jo tu rasa manisnya sebuah dendam?”
Moni menggelengkan kepalanya, kesal, “Dan kau ada masalah apa dengan Jo, Peah?”

Monday 2 March 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 5)

Iman terkocoh-kocoh turun dari tingkat atas. Dia sudah lambat! Sudahlah dia ada mesyuarat penting pagi ni. Itulah, pagi tadi selepas keluar dari bilik tidur utama, dia tertidur semula di biliknya. Alahai...
“Iman, jom sarapan dulu!”
Iman kalih memandang Lily, “Saya dah lambat, Lily.”
“Maaf sebab tak kejut awak sebab selalu awak bangun sendiri.”
“Tak apa,” balas Iman, pendek.
“Awak nak saya bungkuskan makanan?”
“Tak payahlah.”
Lily hela nafas lalu dia merenung Iman yang kelihatan kalut itu. Dia dekati Iman lalu lengan Iman dipegang,  “Kejap, Iman.”
“Saya dah lambat, Lily!” Iman keraskan suaranya.
“Kejap!” Lily tarik Iman pusing mengadap dirinya, “Tali leher awak ni. Kenapa tak ikat kemas-kemas?”
Iman mati kata. Lily yang berdiri rapat dengan tubuhnya, mengundang debaran yang datang tiba-tiba. Wajah Lily yang sedang khusyuk membetulkan tali lehernya direnung. Entah kenapa, debar yang dulu hilang, kembali hadir. Tanpa sedar, dia merenung wajah Lily telus.
“Dah siap,” Lily senyum sebelum mendongak mencari wajah Iman dan dia terkaku. Mata Iman tunak merenung dirinya.
Iman tersentak apabila Lily memandangnya. Nafas dihela, panjang, “Er... saya pergi dulu,” Iman bersuara perlahan sebelum berlalu keluar dari rumah, meninggalkan Lily yang masih termangu-mangu.
Lily rasa pipinya berbahang. Malu? Ya, dia rasa malu tiba-tiba...

Saturday 28 February 2015

[Mini Novel] FLY (BAB 17)

“Hadi cakap apa tadi Jo?” Elly pandang Johanna yang diam saja selepas bertemu dengan Hadi.
“Ceramah pasal aku tak patut malukan si Rena bla bla bla...” Ujar Johanna sebelum membuka ikatan rambutnya yang tadi disanggul. Klip rambut yang ada di rambutnya ditarik perlahan-lahan sebelum klip rambut itu diletakkan di meja studi Elly, “Thank you!”
“Most welcome.”
“Jo, hang nak stay up ka?” Nuha yang baru pulang dari tandas bertanya.
Johanna yang sedang menyarung seluar tiga suku mengangguk. Bajunya sudah bertukar dari baju kurung ke baju t-shirt gedabak yang bertulis ‘SAVE ENERGY’, “Kau nak stay up jugak ke?”
Nuha mengangguk, “Kerja khusus Matematik Tambahan aku tak siap lagi.”
“Banyak lagi ke?”
“Tak banyak dah. Hang? Stay up nak buat apa ja?”
“Latih tubi yang Hitler bagi kat aku hari tu.”
“Kimia?” Nuha jungkit kening.
Johanna mengangguk, “Redoks.”
“Dia nak kuatkan ikatan kovalen antara korang tu,” tiba-tiba Elly yang sudah berbaring di atas katil bersuara.

Friday 20 February 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 4)

Talian yang masuk dari telefon pintarnya, dibatalkan. Dia pegang pada janjinya dengan Lily. Dia tak mahu berhubung dengan Jun. Jun sendiri sudah dia maklumkan semalam namun Jun tak mahu faham permintaannya. Lehernya yang terasa tegang, diurut perlahan. Hari ni dah bermula tempoh seminggu yang diminta Lily. Dia sedar Lily cuba nak baiki keadaan tapi dia rasa kekok.
“Pagi-pagi lagi dah tegang, Iman?”
Senyum nipis diberikan kepada Azrul yang sudah tarik kerusi dan duduk di hadapannya, “Biasa aje.”
“Kau okey tak? Nampak serabut aje.”
“Tempoh seminggu Lily tu bermula hari ni.”
Azrul menganggukkan kepala, “Takkan baru mula dah serabut? Lagipun, sejak bila Lily pandai menyerabutkan kau?”
“Bukan Lily yang serabutkan aku. Jun tu, aku dah minta dia jangan contact aku seminggu ni. Tak faham-faham. Keep on jugak call, mesej. Naik rimas aku!”
“Orang dah sayang...” perli Azrul, perlahan.
Iman jeling Azrul, “Kau perli aku ke kau perli Jun?”
“Dua-dua sekali. Seorang tak sedar diri dah ada bini, seorang lagi tak sedar yang dia tu dok meruntuhkan rumahtangga orang.”
“Azrul!”
“Chill! Lily macam mana?”
Iman jungkit bahu, “Entah. Macam tulah.”
“Aku pelik dengan kau, Iman.”
“Apa yang peliknya?”

Thursday 19 February 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 3)

Iman buka mata yang terasa kelat. Bunyi dari telefon bimbitnya buat dia terjaga. Dia kalih memandang bahagian kiri katil. Dia tercengang sekejap bila Lily tidur di sisinya. Wajah polos itu kelihatan begitu lena. Dia tidak sedar bila Lily masuk ke dalam bilik tamu ini. Bilik yang sudah menjadi bilik rasminya sejak lima bulan lalu. Sudah lima bulan dia dan Lily berpisah katil dan semuanya atas kehendak Lily sendiri yang kononnya perlu masa untuk bersendirian. Namun hari ni... Lily sudah berbaring di sisinya.
Tangan Lily yang melingkari pinggangnya ditolak ke tepi, perlahan. Tak mahu membuat Lily terjaga. Iman capai telefon pintarnya yang masih berbunyi. Nama Jun tertera di skrin membuahkan senyum di bibirnya. Jarinya menolak ikon hijau di atas telefon pintarnya lalu telefon itu dilekapkan di telinganya, “Hello!”
“Wakey, wakey sunshine!” Ceria saja suara gadis di talian sana.
“I’m awake, Jun! Awal you bangun hari ni,” Iman meraup muka.
“I miss you...”
Iman spontan mengukir senyum, “I miss you too.”
“Jom jumpa hari ni?”
“I...” Iman mengerling memandang Lily yang masih berbaring. Tidak dia tahu Lily sudah terjaga atau tidak, “I can’t, Jun.”

Tuesday 17 February 2015

[Mini Novel] Untuk Seminggu Saja (BAB 2)

Iman menjungkit keningnya pada Lily, “Apa yang awak nak cakap?”
“Kita.”
“Maksud?”
“Saya nak cakap pasal kita.”
Iman mengangguk, “Okey. Kenapa?”
“Tengahari tadi saya nampak awak dengan seorang perempuan ni...”
Wajah Iman berubah sedikit sebelum dia mengangguk, “Okey.”
“Siapa dia?”
“Jun.”
“Apa hubungan awak dengan dia?” Lily angkat muka memandang Iman.
“Kenapa awak nak tahu?”
“Sebab saya isteri awak.”
Iman ukir senyum sinis, “Oh, really? Sejak bila awak mengaku awak isteri saya?”
Wajah Lily berubah.
“Jun tu...” Iman hela nafas. Wajah keruh Lily dipandang sekilas, “She is my girlfriend, special girlfriend.”
Lily angkat muka memandang Iman, “Wh... what?”
“You heard me, Lily. Jun kekasih saya.”
Lily tercengang. Tiba-tiba hatinya terasa bagai ditikam, sakit! “Habis, saya?”