Tuesday 17 July 2012

Aku Dia Dan Vespa (Bab 25)- Part 1

Ulfah duduk termenung di depan laptop. Laman Facebook di buka. Terngiang-ngiang di telinganya tentang permintaan ‘Engaged To’ oleh Thaqif semalam. ‘Nak approve ke tak nak. Kalau approve, semua tau. Kalau tak approve, pak cik tu marah tak?  Bertunang ni tak elok sangat kalau dihebohkan.’
Satu keluhan dilepaskan dari bibir itu. Kalau dia approve, kawan-kawannya pasti mula bising sana sini. Tak semua tahu dia sudah bertunang. Dulu, ketika dia approve Thaqif pun, dia dihujani dengan pelbagai soalan oleh kawan-kawannya. Haruslah begitu, rata-rata kawannya adalah perempuan. Boleh dibilang dengan jari sahaja berapa orang kawan lelakinya. Dia bukan berkawan sangat dengan lelaki. Satu keluhan dilepaskan sekali lagi.
C3 dicapai. Jari jemarinya laju menaip mesej. Kemudian, dia baca kembali mesej tersebut. Dia mengeluh lagi. Dia padam semula mesej itu. Dia letak kepala atas meja Jepun yang tersedia di ruang tamu. ‘Arghh!! Stress!’
“Ulfah Syuhada, kenapa ni?”
“Umi. Fafa, stress!” Ujarnya dalam keadaan kepala masih diletakkan di atas meja.
Ulfah terasa rambutnya dibelai lembut.
“Stress kenapa?”
“Adam...” Ulfah angkat kepala. “Dia request ‘Engaged To’ dekat Fafa di Facebook.”“Jadi?”
“Fafa tak nak accept tapi Fafa takut Adam terasa hati.”
“Fafa cakaplah elok-elok dekat Adam.”
“Takut.”
“Adam tak makan orang, Fafa.”
“Kalau dia marah?”
“Tak adanya dia nak marah. Fafa yang risau sangat.”
Ulfah mengeluh kembali dan dia letak kembali kepala ke atas meja Jepun.

Thaqif melonggarkan tali leher yang menjerut lehernya. Lengan kemeja dilipat ke siku. Drawing yang ada di atas meja dicapai dan diteliti. Kepala dipanggung seketika. Telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej masuk.
Dia capai telefon bimbit yang ada di atas meja. Mesej dari Ulfah.
‘Awak.’
Thaqif kerut dahi. Apa style mesej sekerat ni?
‘Kenapa Ulfah?’
Dia kembali mengadap drawing tetapi telefon bimbit itu berlagu lagi.
Satu keluhan dilepaskan.
Peti inbox dibuka.
‘Awak busy ke?’
‘Kenapa?’
Butang send di tekan.
‘Need to talk to you.’
Thaqif gosok belakang leher.
‘Tonight, boleh? Saya agak busy sekarang.’
‘Okey.’
Thaqif mengeluh. Apa agaknya yang nak dikhabarkan oleh Ulfah. Dia kembali mengadap drawing walaupun hatinya resah tiba-tiba.

Ulfah menunggu Thaqif dengan penuh sabar. Angka di jam dinding sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Dia tengok Suhail yang asyik menonton televisyen.
“Angah.”
Suhail pura-pura tidak mendengar sebaliknya dia terus menonton Super Spontan di televisyen.
“Angah!” Suaranya dikuatkan sedikit.
“Apa, Fafa?”
“Nak tanya pendapat angah.”
“Pendapat apa?”
“Angah dengan kak Yani tak ada buat relationship status dekat Facebook kan?”
Suhail angguk.
“Kenapa angah tak buat?”
Suhail usap dagu, memikir. “Sebab kak Yani Fafa tu tak nak orang tahu.”
“Kenapa kak Yani tak nak orang tahu?”
“Fafa kenapa sebenarnya?”
“Answer my question first.”
Suhail mengeluh. “Bagi Ilyani, dia tak nak orang tahu dia bertunang atas beberapa sebab. Sebab pertama dia kata kami cuma bertunang, bukan berkahwin lagi. Belum tentu pun kami akan kahwin pada masa akan datang. Jadi kenapa perlu heboh-heboh atas ikatan yang tiada kepastian ni.”
“Sebab kedua?”
“Sebab yang kedua, mak ayah kak Yani tak nak hebohkan. Jadi, dia ikut cakap family. Mak ayah dia kata kalau asyik heboh-heboh tapi pengakhirannya tak jadi, memalukan saja. Jadi biarlah benda ni jadi rahsia.”
Ulfah angguk. “Angah tak kisah?”
“Mulanya angah kisah sebab angah nak semua orang tahu kak Yani tu angah punya,” Suhail ketawa kecil. “Lepas tu, angah tanya umi dan abah. Umi dan abah sependapat dengan mak ayah kak Yani. Bagi mereka, bertunang ni tak perlu diheboh-heboh. Apatah lagi di Facebook. Kita tak tahu hati budi orang lain. Mana tahu dia tengok kita tengah bahagia dengan tunang kita, tiba-tiba dia buat cerita lain. Buat fitnah. Hati manusia ni lain-lain.”
Ulfah angguk kepala.
“Kenapa Ulfah tanya?”
“Adam.”
“Kenapa dengan kawan baik angah tu?” Suhail ukir sengih jahat.
Ulfah mencebik. “Dia sent relationship request. Fafa tak nak approve selagi ikatan kami masih lagi tak sah.”
“Jadi, cakaplah dekat Adam.”
“Fafa tengah tunggu dia call Fafa ni. Dia janji nak call.”
Suhail angguk. “Fafa cakap baik-baiklah dengan dia.”
“Memang nak cakap baik-baik pun.”
“Good girl, dia akan faham.”
“Ye ke?”
“Trust me,” Suhail mengangguk. “Sekarang, Fafa sila naik atas. Jangan kacau angah nak tengok Super Spontan.”
Ulfah buat muka.
“Bye, Fafa!” Suhail lambai tangan, tanda suruh Ulfah berlalu dari ruang tamu.
Buk!! Sebiji bantal dibaling tepat ke muka Suhail. Puas hatinya!
“Ulfah Syuhada!” Suhail dah berdiri. Sakit kot kena bantal tu,, dahlah kena tepat-tepat kat muka.
Ulfah pula dah berlari ke bilik. Penat, tapi bibir tetap ukir senyum. Seronok dapat kenakan Suhail.

Ulfah gosok mata yang terasa pedih. Semalam dia tunggu panggilan dari Thaqif namun dia tertidur akhirnya akibat tidak dapat menahan kantuk. C3 dicapai. Tiada missed call mahupun sebarang mesej dari Thaqif. Mesej kejut bangun subuh juga tiada seperti selalu. Ulfah mengeluh. C3 dicampak ke tepi. Dengan malas dia turun dari katil. Katil yang sedikit serabut dikemaskan sikit.. Tuala yang tersidai, di tarik. Rambutnya yang lepas bebas disanggul tinggi. Dia kerling C3 yang masih tidak berbunyi. Dia mengeluh sekali lagi lalu terus angkat kaki ke bilik air.

Thaqif capai baju kemeja yang sudah siap digosok di atas papan penggosok lalu dia sarunngkan ke badannya. Hari ni dia terlewat bangun gara-gara dia tidur lambat semalam. Samsung Galaxy dicapai. Gambar Ulfah yang diambil secara curi-curi menjadi wallpaper telefon pintar itu.
Thaqif ukir senyum. ‘Rindulah dekat budak ni. Dah lama tak bersembang panjang dengan dia.’
Tiba-tiba senyumannya mati. “Ya ALLAH, aku terlupa nak telefon dia semalam.”
Jemarinya laju menaip mesej. Butang send ditekan lalu dia segera capai beg kerja yang ada di meja kerja. Tali leher yang masih belum berikat disangkut saja di kolar. Dia sudah terlambat. Pagi ini dia ada mesyuarat. Kunci kereta dicapai lalu dia terus kelur dari biliknya.

Aidil kemaskan rambutnya yang disapu gel. Bangle disarungkan ke tangan kiri. Jam dipakai di tangan kanan. Dia tengok jam di dinding. Sudah pukul 8.30 pagi. Cermin mata bingkai hitam diambil lalu dia capai kain khas untuk mengelap cermin mata itu yang dirasa sudah kelabu. Sesudah itu, dia capai helmet yang ada di sebelah katil dan dia segera turun ke bawah. Sudah dua hari dia bercuti dan dia kini sudah bersedia nak bekerja semula.
“Aidil. Nak ke mana hensem-hensem ni?”
“Nak pergi kerjalah mama,” Aidil melabuhkan punggung dikerusi meja makan.
“Tak cuti pulak hari ni.”
“Cuti dua hari je,” Aidil ukir sengih.
“Hah, yelah. Makan dulu mee goreng yang mama masak tu.”
Aidil angguk saja.  Mee goreng dicedok lalu diletakkan di atas pinggan. Usai membaca doa makan, dia mula menyuap mee goreng.
“Dah nak pukul 9.00 ni, Aidil. Dah lambat.”
“Lambat sikit, tak apa ma.”
“Mana boleh macam tu. Kita ni, kalau bekerja disiplin kena ada walaupun bekerja dekat kedai makan sekalipun.”
“Ye, mama. Aidil dah siap,” Aidil angkat pinggan lalu dibawa terus ke dapur.
“Ma, Aidil pergi dulu,” Dia menyalami mama yang geleng saja dengan perangainya yang suka lari bila dibebel. Pipi kanan mama dicium sebelum dia segera berlalu.

Sara Lilyana angkat muka bila dengar pintu kedai ditolak dari luar. Dia terpempan.
“Lily.”
“How can I help you, sir?” Bibir menguntum senyum plastik.
“Lily dah tak kenal Afiq?”
“Maaf, saya kenal encik ke?” Sara Lilyana berpura-pura tidak mengenali lelaki itu padahal dia amat mengenali lelaki itu dan tidak mungkin dia tidak mengenali lelaki yang membuatkan hatinya tawar dengan kaum Adam.
“Lily masih cantik. Macam dulu.”
Sara Lilyana angkat kening. “Encik, kat sini kami jual bunga. Kami tak jual perempuan.”
Lelaki yang bernama Afiq itu seperti terkejut. Dia mengeluh sebelum mencapai tangan Sara Lilyana “Lily, apa yang Afiq buat dulu satu kesilapan. I miss you, Lily.”
“Let me go!” Sara Lilyana cuba tarik tangannya yang ada di genggaman lelaki itu. Dia takut, peristiwa lalu kembali mengasak minda. Dia risau, mummy tak ada di kedai. Aidil pula masih tidak sampai lagi.
“Forgive me, sayang. I miss you and I love you. I really do.”
“Lepaskan!”
Pintu kedai dibuka dari luar. Aidil angkat kening dengan pergelutan antara Sara Lilyana dan lelaki yang tak dikenali itu.
“Aidil, tolong saya,” Suara Sara Lilyana seperti mahu menangis buat Aidil angkat kening lebih tinggi. ‘Dia minta tolong aku?’
“Kau jangan campur.” Si lelaki itu member amaran. Aidil akui, lelaki itu nampak kuat dengan badannya yang sasa itu tapi apalah sangat. Dia tak takut pun.
“Bro, lepaskan tangan Lily. Tak baik pegang orang bukan muhrim.”
“Kau siapa? Aku nak cakap dengan girl friend aku.”
Aidil ukir senyum nipis segaris. Tangannya diletakkan di atas tangan lelaki yang menggenggam tangan Sara Lilyana. “Saya? Saya tunang dia.”
Dan genggaman tangan itu terlepas.

Ulfah membetulkan blaus maroon yang tersarung ditubuhnya. Minyak wangi jenama SilkyGirl disembur sikit pada bajunya. Pashmina yang terletak elok di kepala diperkemaskan dengan jarum peniti. Beg tangan dicapai lalu dia segera turun ke tingkat bawah.
“Umi, Fafa nak pergi dah ni.”
Umi keluar dari dapur.  “Nak ke mana ni?”
“Jumpa Adam. Dia ajak lunch sekali tapi bukan berdua je. Sekali dengan Zira.”
Umi angguk. “Fafa drive?”
“A’ah.”
“Zira tak kerja hari ni?”
“Tak, Zira baru balik dari Kedah. So, dia cuti hari ni. Lagipun nak bincang dengan Adam pasal kenduri.”
“Okey, hati-hati.”
“InsyaAllah, umi.”

“Qif, presentation kau tadi dahsyatlah.”
“Ye je kau,” Thaqif ukir senyum pada Fakhrul.
“Rul, nanti kau ikut aku tak lunch ni?”
“Mestilah. Memang aku selalu ikut kau, kan?”
Thaqif angguk. “Ulfah dengan kawan dia join tau.”
“Like seriously?”
“Kenapa?”
“Aku takut sikit dengan tunang kau tu.”
Thaqif ketawa. “Kau nak takut apa dengan Ulfah tu. Dia manusia biasa. Bukan vampire mahupun zombie.”
“Yelah. Aku keluar dulu, nak pergi lunch nanti jangan lupa panggil aku.”
“Okey.” Dan dia terus menunduk mengadap kertas kerja.
“Thaqif!” Pintu pejabat dibuka.
Dia angkat muka. “Nana!”

To be continued...

p/s: tulis je part2 padahal part 2 nanti bab 26 sebenarnya...hehehe

11 comments:

  1. alahaii spe plak nana nih?. -.-""
    hmmm,,tp asenye aq da makin esaited nk tau cter psl aidil n lily !haha..mohon upload bab strusnye dgn kadar segera~ :PP

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana...kau tak kenal nana???sila buka bab 14 atau 15 semula...:P...sabau ye :)

      Delete
  2. nana ni yg kat mall hr tu ke? adehh.. ade je pengacauuu
    ~mizz acu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...the very the one...memang dia tu ;)

      Delete
  3. ouh.. nana yang tuuu. thanks for the entry cik writer :)

    kDija

    ReplyDelete
  4. sengaja nak bikin saspen... sape pulak nana nih? kang merajuk pulak si ulfah tuh.. dah lah semalam tak call..haha.. masalah simple macam ni mmg berlaku dlm dunia realiti.. good job darling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhik...biasalah..nak bagi saspen sikit...:D thank you

      Delete
  5. hehe, sengiiiihhh jeu,. dann sape Afiq n Nana, pengacau daun ek, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerp...pengacau daun palinng setia....ish ish

      Delete