Thursday, 21 June 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 20)

“Aidil Taufiq, makan dulu. Mama dah masak ni.”
Aidil pura-pura tidak mendengar sebaliknya dia terus naik ke biliknya.
Mama pandang Thaqif.
“Mood dia tak berapa baik, ma.”
“Kenapa?”
Thaqif angkat bahu. “Entahlah.”
Mama angguk. Aidil jarang nak bad mood. Dia marah macam mana sekalipun, dia akan ukir senyum. Kalau Thaqif marah, satu dunia dia nak sembur.
“Ma, Adam balik malam ni. Esok kena pergi Ipoh. Kursus.”
“Dah beritahu Ulfah?”
“Ya Allah, Adam terlupa. Nanti Adam beritahu dia.”
Mama geleng kepala. “Memang betul pergi kursus kan?”
“Maksud?”
“Manalah tau, Adam konvoi vespa.”
Thaqif ukir sengih. “Kalau Adam konvoi, mesti Adam beritahu mama.”
“Yelah tu.”
“Papa mana, ma?”
“Surau. Hari ni ada ceramah dekat surau. Saja papa kamu pergi.”
Thaqif angguk kepala. “Adam nak mandi dulu. Nanti Adam turun, makan.”

Mama angguk. “Kalau boleh, nanti panggilkan Aidil sekali.”
“InsyaAllah, kalau dia tak mengamuk.”
“Nak mengamuk apa? Abang dia panggil makan, takkan nak mengamuk.”
“Aidil is unpredictable, ma.”
“Amboi, padahal dia tu yang unpredictable! Aidil tu satu-satunya anak mama yang paling kurang mengamuk tau. Kena marah pun sengih je. Kalau Adam...” Mama geleng kepala. “Suruh kahwin pun bentak-bentak. Nasib baik yang dipilih tu memang pilihan hati Adam, kalau tak, mesti tak ikhlas kan?”
Thaqif buat muka. “Ikhlaslah, ma. “
“Yelah, pergilah naik mandi. Dah bau kerbau dah.”
‘Bau kerbau?’ Thaqif bau bajunya. “Sampai hati mama.”
“Naik cepat.”
Thaqif cium pipi mama sebelum berlari ke tangga. Di anak tangga yang pertama, dia berpusing pada mama. “Sekarang mama pun dah bau macam Adam. Bau kerbau.” Thaqif tersengih.
Mama geleng kepala. Bibir mama ukir senyum. Dia nampak sinar kebahagiaan dalam wajah Thaqif namun hatinya gusar bila memikirkan Aidil yang berubah laku. ‘Apa yang jadi sebenarnya?’

Usai solat Maghrib, Aidil capai Surah Yasin di atas meja. Hati resah gelisahnya harus dihilangkan secepat mungkin dan penawarnya, dengan membaca ayat suci al-Quran. Dia memulakan bacaannya dengan lafaz basmallah dan Surah Al-fatihah.
Thaqif yang baru selesai solat, masuk ke bilik Aidil. Dia duduk di birai katil, menunggu Aidil menghabiskan bacaan Yasin. DSLR Aidil yang tersadai di atas katil ditarik. Wajah gadis di kedai kad kahwin tadi terpampang di skrin. Comel orangnya.
“Adam?”
Thaqif ukir senyum segaris. “Sorry. Aku tak bermaksud nak ceroboh privasi kau.”
Aidil geleng kepala. “It’s okay. Aku pun selalu apa ceroboh privasi kau.” Aidil lipat sejadah lalu dia melabuhkan punggung di sebelah Thaqif.
“What’s wrong with your cheek?” Thaqif angkat kening. Baru sedar ada kesan merah di pipi Aidil.
Aidil ukir sengih. “A ‘present’ from that girl.” Aidil tuding jari pada gadis yang menamparnya.
“Apa kau buat kat dia sampai dia tampar kau? Kenapa tadi aku tak sedar pun ada kesan penampar ni?”
“Entah. Aku pun tak faham kenapa dia tampar aku. Mungkin ada ayat aku buat dia marah gamaknya.” Aidil jungkit bahu. “Sebab tu aku mengelak tadi bila mama panggil. Nanti mama risau.”
Thaqif geleng kepala. “Siapa dia ni sebenarnya?”
“Budak kedai bunga. Mula-mula, dia nampak okey tapi lepas beberapa kali terserempak baru aku sedar dia ni sebenarnya singa.”
“Singa?”
“Ulfah tu kategori beruang  tau. Garang-garang yang boleh jinak. Yang ni, garang-garang makan penampar macam aku.”
Thaqif letak DSLR ke sisi. Bahu Aidil dipeluk. “Ayat kau kena romantik, Aidil. Baru jalan.”
Aidil ketawa sambil menggeleng. “She hates sweet talker and obviously, that’s me.”
“Ayat piawai romeo tak jalan ke?”
“Tak sempat nak jalan. Dah mati.”
“Apa namanya?”
“Sara Lilyana.”
“Comel nama dia tapi nama Ulfah lagi comellah.”
Aidil tepuk dahi. “Angau.”
“Kau tau, kedai bunga dia tu ada jawatan kosong as a delivery boy. Kau tak nak try?”
Aidil angkat muka. “Kau serius?”
“Aku dengar dia sembang dengan tuan punya kedai kad kahwin tu.”
“Kau rasa aku patut try?”
Thaqif angguk. “Bukan patut. Kau harus cuba. Nanti, boleh aku dapat bunga free dari kau.”
“Ha, yang tu aku tak suka dengar.” Aidil geleng kepala. “Lagi satu, kenapa kau tak pernah nak beli bunga sendiri dekat Ulfah? Kalau dia tahu aku yang belikan, mau terasa hati dia.”
Thaqif senyum menggeleng. “Aku yakin dia tak akan terasa hati. Memang kau belikan tapi aku kira guna duit aku jugak kan?”
Aidil menghela nafas. “It’s a momento from you to her. It has to be special.”
“Aku dah bagi gelang.”
“True but...”
“Ulfah tak akan terasa hati. InsyaAllah.” Thaqif diam seketika sebelum menyambung. “Tapi kau make sure kau tutup mulut.”
Aidil ketawa. “Takut jugak kau kan?”
“Bukan takutlah, ambil langkah berjaga-jaga.” Thaqif buat muka namun hatinya tidak tenang. Apa yang harus dia buat andai kata-kata Aidil benar-benar terjadi?

“Fafa, kad dah tempah?”
“Sudah, umi.”
“Fafa, katering macam mana?”
“Done, abah.”
Umi tengok abah. Abah tengok umi. “Fafa dah sedia nak kahwin dengan Adam?”
“InsyaAllah, sudah.”
Umi senyum. “Dah kenal hati budi Adam?”
Ulfah lipat surat khabar. “Belum sepenuhnya tapi insyaAllah, akan lebih mengenali.”
“Baguslah kalau macam tu.” Abah bersuara.
Ulfah ukir senyum. “Kenapa umi dan abah terima pinangan mama?”
“Sebab umi rasa Adam itu jodoh terbaik untuk Fafa. Tambah-tambah lagi bila angah beritahu umi ada seorang budak lelaki minat Fafa. Umi risau. Umi rasa, baik jodohkan Fafa secepat mungkin. Umi tanya pendapat abah, along, angah dan kak chik. Mereka setuju.”
Ulfah peluk pinggang umi. “Alhamdulillah, Fafa pun setuju.”
“Abah harap Fafa terima Adam seadanya dia.”
“Abah, Fafa lambat lagi nak kahwin. Lagi dua bulanlah.”
“Tapi tak salahkan abah pesan awal-awal.”
Ulfah ukir senyum. “Ye, abah.”
“Fafa, jom ikut umi masuk dapur.”
Ulfah angguk. “Nak belajar memasak ke?”
“Yelah. Nanti dah kahwin nak bagi Adam tu makan apa?”
“Nasi lemak Cik Timah.” Ulfah ukir sengih nakal.
“Amboi, jawapan.” Telinga kanan Ulfah ditarik umi.
“Gurau umi.” Ulfah pegang telinga kanannya.
“Macam-macamlah Fafa ni.” Abah tertawa dengan telatah anak bongsunya itu.

“Assalamualaikum. Hai awak.” Suara gadis itu ceria.
Thaqif ukir senyum. “Gembiranya hari ni. Ada apa-apa nak cerita?”
“Tak ada apa-apa. Saya gembira nak happy pun tak boleh ke, awak?”
“Boleh.” Thaqif senyum. “Saya nak cakap ni.”
“Apa?”
“Esok saya pergi kursus.”
“Ooo... berapa lama?”
“Empat hari.”
“Lamanya?”
“Kenapa? Takut rindu-rindu dengan sayalah tu.”
“Bukan.”
“Dah tu?”
“Nanti saya nak bergaduh dengan siapa?”
Thaqif ketawa. “Awak ni peliklah.”
Ulfah merengus. “Biarlah.”
Kemudian, dua-dua diam.
“Awak.” Ulfah mula berbicara.
“Ye?”
“Awak suka makan apa?”
Thaqif senyum. “Saya suka makan tomyam campur.”
“Lagi?”
“Mee goreng basah.”
“Lagi?”
“Kari ayam.”
Ulfah diam seketika sebelum menyambung. “Lagi?”
“Awak suka makan apa?”
“Erm...” Suara gadis itu berfikir benar-benar comel di pendengaran Thaqif.
“Ulfah.”
“Ada apa? Kacau orang nak berfikir je.” Ulfah merengus.
“Kerek je.”
“Suka hatilah.”
“Awak mesti suka makan ais krim, kan?”
“Eh, mana tau?”
“Budak kecik macam awak, mesti suka benda-benda macam tu.”
“Hoi, suka hati je panggil orang budak kecik.”
“Ulfah, awak panggil saya apa tadi?”
Ulfah diam sebelum kembali bersuara. “Sorry. Dah terbiasa.”
Thaqif ketawa. “It’s okay. Awak suka makan apa lagi?”
“Nasi lemak ayam berempah, mee kari, nasi dagang, nasi kerabu, nasi kandar...”
“Dah, cukup-cukup.”
Ulfah merengus perlahan di talian. “Kenapa suruh orang berhenti pulak ni?”
“Awak tulah, kalau saya tak suruh berhenti mesti sampai esok awak cakap pasal makanan kegemaran awak kan?”
“Dah awak tanya.”
Thaqif ketawa. “Awak ni kan. Garang. Manja. Kerek. Riak. Cakap banyak. Suka membebel. Dan yang paling penting, comel.”
“Tengah jual minyak ke abang? Tak lakulah.” Ulfah buat nada kerek. Konon kuat dengan pujian Thaqif.
“Awak panggil saya apa tadi?”
“Ab...” Ulfah terdiam. “Saya panggil awak Adam.”
“Tipu.”
“Tak.”
“Tipu.”
“Tak.”
“Ulfah, panggil saya abang sekali lagi. Please.” Separuh merayu Thaqif bersuara.
“When the right time come, saya akan panggil awak abang. Saya nak tidur dululah. Good night, Adam. Hati-hati esok. Assalamualaikum.” Tak sempat Ulfah letak telefon, Thaqif memanggil.
“Ulfah.”
“Ye?”
“Nothing. Good night. Waalaikumsalam.” Dan talian pun mati.
Ulfah terpinga-pinga. ‘What’s wrong with him?’

Aidil tarik nafas. Cermin mata yang terletak di atas hidung, dibetulkan. Baju Body Glove yang sudah cantik diseterika, dikemaskan sikit. Dia melangkah masuk ke dalam kedai De’ Lily Florist dengan lafaz bismillah.
“Selamat datang.” Suara gadis comel yang menjadi pujaan hatinya kedengaran.
“Saya datang nak interview kerja.”
Sara Lilyana angkat muka dan wajahnya terus berubah bila ternampak Aidil. “Awak! Kan saya dah cakap, jangan muncul depan saya lagi!”
“Saya datang nak cari kerja, bukan nak jumpa awak.”
“Sara, what’s wrong?” Mummy keluar dari belakang kedai.
“Saya datang nak cari kerja.” Aidil bersuara sebelum sempat Sara Lilyana bersuara.
“Oh, come to my office. Aunty nak interview kamu dulu.” Mummy senyum pada Aidil. “By the way, aunty rasa macam pernah nampak kamu sebelum ni.”
“Pelanduk dua serupa agaknya, aunty.”
“Mungkin.” Mummy senyum lagi. “Sara, smile. Jangan masam sangat muka tu.”
Sara Lilyana mengangguk namun bibirnya masih belum mengukir senyum. Hatinya sebal.
“Come. Ikut aunty.” Mummy dah melangkah. “Kamu nama apa?”
“Aidil Taufiq.” Aidil membuntuti langkah mummy namun dia sempat menjelir lidah pada Sara Lilyana.
‘Erghhh!! Tolong jangan ambik dia bekerja, mummy.’ Desis hatinya. Dalam pada itu, dia sedar ada kesan merah di pipi Aidil. ‘Bekas tamparan aku ke tu?’

To be continued...

p/s:jari jemari kaku nak menulis -.-

11 comments:

  1. Haih Aidi nak kerja dekat kedai bunga tu juga ke????
    Jangan setiap hari kena makan penampar Sara Lilyana dahlah....#^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...demi mengayat seorang perempuan garang ^^

      Delete
  2. wahhh. hamboii sara , garng btul.. aidil, bnyakkan bersbaq naa :)

    kDija

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena garanglah...aidil romeo sgt ni :P

      Delete
  3. Sdp x mkn penampar hihihi. Baik punya idea kj satu tmpt harus sng nk ngorat kan. Syok pula kisah aidil ngn sara ni.tp x bole lwn thaqif ngn ulfah kan hihi. Agak2 frust x klu ulfah tau bunga tu aidil yg tlg beli

    ReplyDelete
  4. Sdp x mkn penampar hihihi. Baik punya idea kj satu tmpt harus sng nk ngorat kan. Syok pula kisah aidil ngn sara ni.tp x bole lwn thaqif ngn ulfah kan hihi. Agak2 frust x klu ulfah tau bunga tu aidil yg tlg beli

    ReplyDelete
  5. Alahai klu hati dah suke, mkn penampar pun xlari makin dekat plak kan he...he...abislah mat romeo nak ayat cik singa, all the best aidil....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tengok sapa yang tersungkur terjatuh nanti :P

      Delete
  6. hahha.. comel je adil nih.. okay.. panjang sikit entry kali ni.. so sweet lah mereka2 semua..

    ReplyDelete