Wednesday 29 August 2012

Dia Imamku (Bab 6)

Aku renung jari aku yang sudah bersarung cincin. Memang muat-muat dengan jari manis aku. Sapu tangan milikku yang baru dipulangkan oleh Naufal beberapa hari lepas aku cium. Ada bau Naufal. Ah, parah dah aku ni!
“Sudah-sudahlah tu. Dari tadi dok cium sapu tangan tu. Macam orang angau.”
Aku jeling along, “Kacaulah along ni.”
Along tersengih saja lalu dia hulurkan aku sepasang baju kurung berwarna putih susu.
“Apa ni?”
“Ni baju nikah mama dulu. Along dah perbetulkan sikit. Angah cubalah.”
“Kenapa bagi angah?”
Along renung aku dengan riak tak percaya, “Don’t tell me you don’t know.”
“Apa? Angah tak fahamlah.”
“Mama!” Terkejut aku bila along menjerit. Apa yang sedang berlaku ni?
“Kenapa ni?” Mama datang dengan wajah terkejut.
“Mama tak bagitahu angah lagi?”
“Bagitahu apa?”
“Majlis akad angah lusa. Angah tahu?”
Terlepas sapu tangan yang dipegang aku. Lusa?!


Aku memerhati saja tingkah mama dan along yang sedang menyiapkan barang hantaran yang tak banyak mana tu. Entah bila dibeli, tak tahulah. Yang aku tahu, ada minyak wangi jenama Issey Miyaki. Ada sepasang baju melayu, diulangi, SEPASANG BAJU MELAYU berwarna coklat lembut berserta dengan sampin sekali. Ada koleksi buku-buku Harun Yahya, dan adalah benda kudap-kudapan sikit. Haru juga bila difikirkan. Bertunang lima hari, terus menikah. Aku terkenang Jue dan Ash. Jue selalu pesan, kalau nak kahwin, dialah orang first patut tahu tapi, aku diamkan saja. Menjemput pun tidak. Dengan tak ada kadnya, mesti dia ingat aku buat lawak hari raya nanti. Yang Ash pulak, macam mana nak cakap, ye? Dia selalu bergurau, cakap kalau tak ada sesiapa nak kahwin dengan aku, dia sudi nak jadi suami aku dan aku tak pernah ambil serius walaupun aku tahu dia serius. Aku bukan buta. Aku tahu dia ada feeling sikit dekat aku tapi... nak buat macam mana, hati aku dah jadi milik si kelat-kelat masam.
“Termenung apa tu? Tolong mama siapkan hantaran ni pun tak apa.”
Aku ukir sengih disergah mama. Itu je yang mampu aku buat kalau kantoi tengah termenung, “Ma...”
“Hmm...”
“Mama...”
“Apa?”
Terdiam aku bila suara mama naik satu oktaf. Hilang keberanian nak bercakap.
“Hah, diam pulak!”
Along pandang aku sambil angkat kening gaya kerek habis. Eleh, bajet PA mamalah tu.
“Should I invite Jue and Ash for the akad nikah?” Perlahan aku bersuara.
Mama pandang aku dan ukir senyum, “Why not? There are your friends, angah.”
“Tapi...” Aku garu kepala. “Can they accept it? Sebab tak ada aral melintang, tiba-tiba angah nak kahwin. Mau terkujat budak dua orang tu.”
“Angah, explained to them in detail. Sure Jue faham,” along angguk-angguk kepala.
“Jue je?” Aku pandang along.
“Jue akan faham but Ash, I don’t think so.”
Aku terdiam sekejap. Kalau ikutkan, Ash lebih memahami berbanding Jue tapi... kalau bab nikah kahwin ni, rasanya Jue lebih memahami. Ash? Entahlah. Ah, jemput je dua-dua. Tak nak datang, sudah!

“What! Nur Insyirah!! Kau on Skype sekarang!” Telefon aku jauhkan dari telinga. Macam nak pecah gegendang telinga aku dengar suara Jue ni!
“Juliana! Listen!” Separuh menjerit aku bersuara.
“What?”
“Jangan menjerit, please! Sakit telinga, tahu tak?”
“Sorry. It’s just that, I’m so excited and furious at the same time!”
“Tak payah furious sangat. Anyway, aku tak boleh on Skype. Line internet tak best kat kampung aku ni.”
“Insyirah, macam mana aku tak furious? Kau cakap kau nak kahwin! Kahwin, Insyirah! With the capital letters!” Jue sudah kembali menjerit.
Astaghfirullahala’zim! Aku beristighfar menenangkan rasa yang serabut dengan jeritan Jue, “Jue, kau jerit lagi. Aku letak telefon!”
Terdiam Jue sekejap. Kemudian aku dengar dia hela nafas panjang, “Now, shoot!”
Dan aku terus bercerita dari mula sampai habis.
“Mak... maksud kau? Di... dia tu orang yang kau nampak dalam mimpi tu ke?” Tergagap-gagap Jue bertanya pada aku.
“Entah tapi... macam ye.”
“Tahniah, sayang! Mimpi kau jadi kenyataan jugak, akhirnya.”
“Belum tentu lagi but can you do me a favor?”
“Of course. What kind of favor?”
“Doakan dialah imam aku. Yang bakal pimpin aku ke jalan Allah.”
“Amin. Aku sentiasa doakan kau dengan dia. InsyaAllah.”
“Jue, kau datang ye majlis akad aku? I need you, my friend.”
“InsyaAllah. Nanti aku tanya mak ayah aku dulu. By the way, Ash... kau ajak?”
“Belum.”
“Kau tak nak ajak dia ke?”
“Mestilah nak. Dia kan kawan baik aku jugak, macam kau.”
“Then?”
“Dia boleh terima ke?”
Dan Jue terdiam. Menimbulkan lagi rasa gundah gulana hati aku.

Aku memimpin tangan Lisa, sepupuku yang kecil. Irdina dan Ilham berjalan di depan kami. Dari jauh, dah kelihatan kedai runcit yang kami tuju. Irdina dan Ilham dah mula berjalan laju. Tak sabar nak makan ais krim Malaysialah tu. Lisa menarik tanganku agar laju berjalan namun aku masih berjalan perlahan. Saja nak mengenakan Lisa.
“Macam Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak je.”
Aku berpaling pada suara itu. Dah agak dah, tak lain tak bukan. Mesti si kelat-kelat masam ni.
“Buat apa kat sini? Stalk oranglah tu!” Tebak aku. Sebenarnya aku masih malu dengan kejadian pada 1 Syawal. Terasa berbahang muka aku.
“Tolonglah! Buat apalah orang stalk mak budak macam awak? Buang masa,” Naufal dah menonong ke depan.
Aku ketap bibir. Ei, geramnya aku dekat dia ni! Rasa nak luku kepala dia tu! Macam ni nak jadi husband aku? Reject!
Saat aku sampai di kedai runcit itu, Irdina dan Ilham dah lepak duduk di bangku panjang yang ada di depan kedai itu.
“Angah pergilah beli barang tu. Kami tunggu kat sini!” Irdina bersuara dengan ais krim di mulut. Tak senonoh!
Aku masuk ke dalam kedai runcit. Aku senyum pada Pak Itam, tuan punya kedai yang duduk di kaunter. Senyum tanda hormat.
Aku mengambil beberapa biji gula-gula Hacks di dalam balang lalu aku letak di meja kaunter. Kemudian, aku ambil pula bungkusan Nano. Selepas itu, aku tarik tangan Lisa mendekati peti ais krim. Aku mencongak bilangan ais krim yang harus aku beli dan congakkan aku terhenti saat aku nampak Naufal membantu Irah, anak Pak Itam menyusun barang di rak. Bibir yang jarang tersenyum pada aku, terukir senyuman manis. Senyuman yang mampu melembikkan kaki-kaki anak gadis memandangnya.
Tiba-tiba, aku rasa darah aku menggelegak. Panas! Kedai runcit ni tak ada air-cond ke? Aku mengipas muka yang terasa panas. Aku ketap bibir bila terdengar dia ketawa-ketawa gembira dengan Irah!
Aku tak tunggu dah, terus aku capai ais-krim Malaysia yang ada di dalam peti itu. Aku malas nak mencongak! Lantaklah! Beli je, nanti habis jugak! Lisa termangu dengan perbuatan aku. Ais krim yang aku ambil bukan sedikit tapi dekat 50 batang semuanya. Aku tak tahu apa yang dah jadi dengan aku tapi aku rasa nak makan semua ais krim tu! Biarlah rongak gigi sekalipun nanti.
Pak Itam terkejut saat aku letakkan ais krim yang aku kaut di dalam peti itu.
“Eh, banyaknya?”
Aku senyum. Malas nak menjawab. Aku makan hati dengan anak dia, menggatal dengan tunang aku. Jangan sampai aku makan Pak Itam dekat sini.
Aku terasa diriku diperhatikan. Aku kalih ke kanan. Naufal berdiri baik punya kat sebelah aku, “Apa pandang-pandang?”
Naufal angkat kening. Muka dia, mestilah kelat-kelat masam. Mana pernah dia nak tersenyum gedik-gedik dengan aku macam dia senyum kat Irah tadi. Eh, bukan senyum! Ketawa-ketawa gembira!
“Melantak ke apa ni?” Aku dengar dia menggumam.
“Eh, biar kat oranglah! Bukan guna duit awak pun!” Aku akui, aku bercakap kasar dengannya. Mana pernah aku sebegini kasar padanya. Okey... okey... pernahlah dulu! Waktu kecik-kecik tapi tu dulu!
“Eh, orang tak ada kata pun awak guna duit orang! Ada? Ada?” Naufal buat muka mengjengkelkan depan aku. Muka dia sinis! Terlalu sinis hingga aku rasa nak menangis.
Warghh!! Terus aku diam. Kalau melawan lagi karang, merambu air mata aku turun.
“Berlagak!” Lagi aku dengar dia menggumam. Ei, dia ni! Kalau tak sakitkan hati aku, tak boleh ke? Aku ingat dia dah baik lepas dia kenyit-kenyit mata kat aku. Dasar kelat-kelat masam!
Aku hulurkan not RM50 pada Pak Itam yang sedari tadi membisu. Ais krim yang penuh di dalam plastik itu aku tarik dan aku terus berlalu. Lisa pula terkedek-kedek mengikut langkahku.
“Eh, Insyirah! Baki ni...”
Aku berhenti tapi tidak berpaling, “Simpan jelah bakinya, Pak Itam. Saya sedekah.”
Suara aku sedikit serak. Ya, aku sedar itu! Biarlah! Biar dia tahu sikit, hati Nur Insyirah ni dah terluka!
Aku menonong ke depan. Tak berpaling langsung. Keluar dari kedai runcit. Kelibat Irdina dan Ilham dah tak ada. Baguslah! Tak adalah mereka nampak apa yang jadi dekat aku. Baru aku nak melangkah tiba-tiba baju aku ditarik Lisa.
Aku pandang si kecil itu dengan pandangan kabur. Wajah polos itu nampak takut-takut.
“Kenapa sayang?” Tanya aku, masih dengan suara serak. Aku bertinggung di depan si kecil itu.
“Kenapa Kak Cirah nangis? Kak Cirah sakit ke? Kak Cirah jangan nangis ye, Lisa tak suka tengok Kak Cirah nangis,” merambu lagi air mata aku dengan soalan si kecil itu. Memang Kak Cirah sakit sayang, sakit hati dengan Naufal si sengal. Tangan kecil itu mengelap air mata aku yang mengalir.
“Shush, tak mau nangis dah. Nanti Lisa nangis cekali,” pelatnya budak itu bersuara. Comel. Aku ukir senyum. Sisa air mata yang mengalir aku kesat. Sensitif benar jiwa aku hari ni.
“Jom balik, Lisa!” Tangan kecil itu aku capai. Aku kerling ke kedai runcit Pak Itam. Naufal nampak terkaku di depan itu. Entah sebab apa, lantak dia! Sengal!

Aku duduk termenung di jendela. Aku renung malam yang pekat, penuh dengan bintang. Sebenarnya mata aku merenung bintang tapi minda aku memikirkan kembali tentang tindakan kurang rasional aku yang menangis tak tentu hala di kedai Pak Itam tadi.
“Termenung saja anak mama ni. Fikirkan apa, sayang?” Aku senyum pada mama yang membelai rambut aku yang sudah panjang melepasi bahu.
“Lusa...” aku diam seketika sambil merenung wajah mama, “Lusa, angah dah jadi isteri orang. Angah... takut.”
“Nak takut apa?”
“Tak awal sangat ke, ma?”
Mama senyum, “Kenapa?”
“Entah. Kahwin muda. Nanti orang kata gatallah, dah termengandunglah. Macam-macamlah.”
“Mulut orang, biarlah. Angah dah besar. Dah boleh jadi mak budak pun, tak salah pun kalau angah kahwin awal.”
Aku diam. Ada benarnya kata mama. Mulut orang bukan boleh tutup.
“Sebenarnya ada benda lain yang mengganggu fikiran angah, kan?”
Aku diam. Pandai betul mama ni menebak fikiran aku. Mungkin semua ibu di dunia macam ni kot.
“Angah...” mama panggil aku, meleret je bunyinya.
“Ash...”
“Kenapa dengan dia?”
“Dia... marah angah. Dia kata angah main-mainkan dia.”
“Maksudnya?”
“Mama tahu, kan? Dia...”
“Dia suka angah?”
Aku angguk.
“Mama tahu, mama nampak tapi kenapa dia kata macam tu? Angah bagi harapan ke dekat dia?”
Aku laju menggeleng, “Mana pernah angah bagi harapan dekat dia.”
“Dah tu kenapa dia cakap macam tu?”
Aku angkat bahu, “Dia cakap pasal dia serius kata nak jadi suami apa semua tu tapi angah tak pernah bagi respon. Macam mana dia boleh cakap angah bagi harapan?”
“Dia tengah marah tu. Biarlah dulu.”
Aku diam, “But I want him to come for the akad nikah.”
“Mama faham. Dia kawan angah. Kawan baik. Your guardian angel tapi kalau dia dah tak boleh terima, kita nak buat macam mana?”
Aku angguk.
“Sebab tu angah menangis tengah hari tadi? Sampai beli ais krim 50 batang? Duit baki tak ambik.”
Aku garu kepala, “Mama nampak ke angah nangis?”
“Mama nampak je cuma mama taklah cakap kuat-kuat.”
Aku sengih malu, “Mungkin angah stress dengan penerimaan Ash kot. Lepas tu, Naufal pulak asyik buat angah sakit hati. Sebab tu kot angah burst.”
“Naufal?”
Opss! Terlebih sudah!
“No wonder bakal menantu mama tu datang rumah ni tadi.”
Terus aku pandang mama. Berdebar sekejap. Dia datang rumah opah?
“Nah! Dia bagi ni tadi,” sehelai kertas kecil yang berlipat dua mama letak ke atas ribaku.
Mukaku dah terasa panas. Dia bagi dekat mama? Mama kot! Pengetua sekolah tu. Dia tak rasa pelik ke bagi kat mama? Kenapa tak bagi dekat Yana ke? Along ke?
“Lagi satu, ais krim dalam peti ais tu berlambak lagi,” mama melirik kepadaku.
Faham dah aku. Mama suruh aku habiskan ais krimlah tu. Aku angguk saja pada mama sebelum mama berlalu keluar dari bilik.
Aku tarik tingkap yang terbuka, lalu kututup tingkap. Setelah tingkap itu diselak, aku duduk di birai katil. Perlahan, aku buka lipatan kertas kecil itu lalu bibir aku menguntum senyum. Terubat semua rasa sakit hati yang meresap ke jiwa sejak dari tengah hari tadi. Cukup dengan sepotong ayat itu, si kelat-kelat masam dah menjadi si manis-manis gula! Dompet aku yang ada di atas katil, aku capai lalu aku sematkan kertas kecil itu. Walaupun ayatnya tidak berbunga tapi cukup buat aku gembira.
I’m SORRY!
Itu yang tertulis di atas kertas itu. Aku keluar dari bilik dengan senyuman yang berbunga.

“Wei, pengantin! Bangun! Tidur je kerjanya!”
Aku terasa badanku digoncang tapi aku terasa sukar benar nak bukak mata. Aku terus pejamkan mata.
“Insyirah sayang, abang Naufal datang ni!”
Zup! Aku buka mata, terus aku bangkit dari tidur dan di depan aku nampak Jue sedang menggelakkan aku. Kurang ajar betul minah ni. Kacau betul. Aku rebahkan kembali badan. Malas nak pedulikan Jue!
Tiba-tiba, aku tersedar tentang sesuatu. Terus aku buka mata, “Juliana Nasir! Bila kau sampai?”
Jue ketawa bila tengok aku, “Kau macam mana nak kahwin, minah? Tidur terbongkang, lambat bangun! Habislah Naufal nanti.”
Aku betulkan rambut yang terasa serabai, “Eh, aku memang macam ni! Dia kenalah terima aku seadanya.”
“Ayat drama Melayu kau ni. Bangunlah! Banyak benda nak buat ni.”
“Aku mengantuk.”
“Insyirah! Aku serius ni, banyak benda kita nak buat.”
“Aku... nak tidur!”
“Insyirah, aku panggil Naufal karang! Dia ada kat bawah, tau tak?”
Aku buat muka, tahu sangat minah ni nak menipu aku.
“Insyirah, I am dead serious!”
“Lalala...” Aku pura-pura tidak mendengar.
“Insyirah! Bangunlah! Tidur apa lagi ni? Naufal ada kat bawah tu. Malu sikit!” Terkejut aku bila mama terjah masuk bilik dan kata-kata yang terbit dari mulut mama buat aku kalut. Aku terus berdiri. Aku capai tuala dan aku terus berlari keluar dari bilik. Dengan mama, jangan buat pasal. Aku pasti mama tidak menipu aku.
Di dalam bilik air, aku terdengar ketawa Jue dan mama bergabung.
“Senang betul dia kena tipu,” aku dengar Jue bersuara.
“Sebut je nama Naufal, jadilah macam tu,” sahut mama kemudiannya.
Dan aku cuma mampu ketap bibir bila sedar diriku sudah ditipu oleh mama!

Bersambung...

42 comments:

  1. Hahaha skali kena tipu ngn mama sdri, mmg insyirah angau thp gabn ngn naufal. Pntang kena sakat hujan terus kih kih. Tp sweet ja si naufal pujuk. Mujut dia x beli aiskrim malaysia tnda pujuk. Hmmm ttiba teringin ais krim mesia huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...angau teruk ni kak ton :D...jom pi kedai jom, boleh pi beli :D

      Delete
  2. suda bace~~
    npe awai bonar nk nikah?.hmmm,,kekadang annoying gk aq tgk si naufal nih kann!haha..tp romantik gk pndai pujuk..hihi..nk mntk mak aq crkkn jodoh cpt2 ah cenggini..cam sweet je..kbaiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa awal sangat?tak elok bertunang lama-lama...hahaha...sebabbbbbbbbbbbb...nanti dalam bab 7 kau tahula...tuu, mintak mak carikan...tiru aku :P

      Delete
  3. Haih Insyirah ni memang cepat emo betullah...asyik nak meleleh air mata je...
    Naufal pun perangai tak reti nak jaga,asyik nak menyakitkan hati Insyirah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyirah, jeles+stress...biasalah tu...
      Naufal pulak dah perangai :P

      Delete
  4. hehehe...saba insyirah...mule2 je naufal annoying...nnt lpas kawen msti die sweet ngn insyirah...die nak save the best for the last kot...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. persoalannya,betul ke naufal ni akan berubah??hahaha...tunggu~~ :D

      Delete
  5. Huhu. Sape xsakit hti tunang gegedik ngn pompuan len. Klau pon die nk test insyirah,sakit ati gak tw. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. gegedik tau...comel vocab...hahaha....betul2, kita pun terasa sakitnya :P

      Delete
  6. kiut la cite neh wawa..baru sempat baca..serius garapan awk mmg best.. LIKE la

    ReplyDelete
  7. hehehe...best lah citer ni..sweet je Irah ni..

    ReplyDelete
  8. Baca sabil tersenyum je. Tapi perangai si Naufal tu, ya Rabbi..... mcm nak kena penampor je. Tapi mesti ada sebab Naufal buat mcm tu kan? apa-apa pun saya tunggu next n3 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. naufal balas dendam kot...huhu...pasal kes baling batu tu..hihiih...:D

      Delete
  9. erm..knp si iceberg ni suka benar ggu si syirah ni.hehhehe..tggu lps kawen tgk, iceberg ni tukar jd romantik ke atau kekal dingin.rasanya mestilah bertukar kan... :) x sbr nk tggu bab seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. romantik ke dingin..ke romantik dalam dingin?? hehehe

      Delete
  10. tak sabar nak kahwinnnn... (Tetiba rasa macam ai ni insyirah... kah kah kah..) chop.. ini mini novel ke novel yunk..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tedia..tak sabar nak kahwin tu :P...hihi...tatau la lalink...nak buat jadi novel, boleh?

      Delete
    2. boleh2... sure ramai tergoda mak jemah dengan naufal yang menyakitkan hati..

      Delete
    3. tengok keadaan semasa...kalau jadi novel, jadilah gamaknya...insyaAllah :)

      Delete
  11. ermmmm..... insyirah, dlm hati ada taman bunga..... dah angau tahap gaban ni dgn si naufal..... naufal, nape awak suka main tarik tali... sekejap prihatin... dan sekejap lagi menyakitkan hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyirah, jiwa sensitip :D, naufal...dia tu...hmm...hmmm

      Delete
  12. waa, kesian insyirah.. menci2 at naufal tp tetap sweet. Sgt best! menunggu next n3. Gud Luck!!

    ReplyDelete
  13. , couldn't stop smiling while reading this entry. sweet and comel sangatsangat.

    ReplyDelete
  14. waaaa...cepat sa,bung storey ni!!! x sabar nk baca smbungn dia!!~
    best.syirah ni mmg cpt touching lh...hehehe..sweet btol~

    ReplyDelete
  15. ee..naufal nie mmang kuat mgusik ek smpai ngis2 da org 2..

    ReplyDelete
  16. sambung cepatla. huhu

    ReplyDelete
  17. smbung part nikah terus. tak sabaqqqq neyyy. hahahahhaha

    ReplyDelete
  18. aaaaaaaaaaaaa.... Naufal cumel... walaupun pendek "I'M SORRY" tpi dlm aty ad taman da..... hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  19. apa la mama ni wat komplot plak dia...cian Cirah dah la tdo lambat smalam ahahahahha

    ReplyDelete
  20. sp eskim m'sia dtg r umah...kite byk stok...kakak buat hahahha

    ReplyDelete