Saturday, 17 January 2015

[MINI NOVEL] FLY (BAB 14)

“Kau ingat aku ni ada superpower ke?” Johanna jegilkan mata, “Plus, kau boleh inform aku kot semalam yang kau nak buat mentor mentee hari ni!”
“Semalam?” Hadi kerutkan dahi lalu dia ukir senyum senget, “Hmm... semalam aku tak rasa nak buat mentor mentee. Pagi ni baru terdetik hati aku nak buat mentor mentee.”
Johanna merengus, “You are so unbelievable, Hadi!”
“I know,” balas Hadi ringkas, “Soalan past year mana?”
Johanna mengeluh, keras! Mamat ni tau tak aku penat! Grr!!! Beg sandang di yang disangkut pada sebelah bahu dibuka lalu plastik yang berisi soalan past year yang diberi Hadi hari ini itu dihempaskan ke atas meja! “There!”
Hadi tanpa suara m
“Tak nak!” Laju Johanna membalas.
“Aku nak check setiap satu jawapan kau, Johanna. It will be a long day.”
“Kau check ajelah kalau kau nak check. Aku nak balik, please...”
“No!” Balas Hadi tanpa memandang Johanna, “Sit down. Aku janji, kita buat ni sampai pukul 12.00 je. Lepas tu, kau nak buat apa, kau buatlah.”
Johanna merengus. Kerusi ditarik, kasar. Balik rumah, kena kongkong. Balik sini, ada Hitler! What a life!

Tuesday, 13 January 2015

[MINI NOVEL] FLY (Bab 13)

Johanna membuang pandang ke luar. Entah apalah yang merasuk kedua orang tuanya nak hantar dia balik asrama. Selalunya tak peduli pun. Jehan di sisinya leka dengan PSP. Jihanna pula tak ikut kerana ada latihan pancaragam di sekolah.
“Roommates Pia okey ke semuanya?”
Johanna angkat kening. Mummy bercakap dengan aku ke? “Pardon?”
“Mummy tanya, roommates Pia semua okey?”
“Okey je,” balas Johanna. Pelik, seminggu duduk rumah tak ada pulak nak tanya. Ni dia dah nak balik baru nak bertanya?
Encik Suffian diam saja. Cuma sesekali matanya mengerling ke cermin, mencari wajah Johanna.
“Kak long...”
Johanna kalih memandang Jehan, “Kenapa?”
“Kak long nanti baliklah rumah selalu. Nanti adik bosan. Kak ngah selalu busy dengan pancaragam dengan kelab Sejarah dia tu. Kak long balik selalu, ya nanti?”
“Kak long dah nak SPM, adik. Nanti lepas SPM, dua puluh empat jam, straight tujuh hari adik tengok mukak kak long aje ya?”
Jehan sengih lalu mengangguk. Johanna tersenyum sebelum kembali memandang pemandangan di luar.
“Pia nak ambik kursus apa nanti lepas dapat result SPM?” Tanya Puan Suhana. Dia ingin tahu apa cita-cita Johanna yang tak pernah dia ambil peduli sebelum ini.
“Kenapa mummy nak tahu?” Balas Johanna, datar.
“Johanna Sofea,” tiba-tiba suara Encik Suffian kedengaran dalam kereta itu.
Johanna buat tak tahu, tak menjawab.
“Pia nak belajar dekat luar negara? Mummy boleh uruskan,” ujar Puan Suhana, cuba meredakan ketegangan.
Johanna senyum sinis, “Kenapa? Mummy dah tak sabar nak tengok Pia keluar rumah?”

Friday, 2 January 2015

[CERPEN] 2 JAM 12 MINIT 22 SAAT

Fad mengerling jam di tangannya. First interview tapi dia lambat. Oh lif, tolonglah cepat sikit turun ke bawah! Jantungnya dah dag-dig-dug dah ni! 
Bunyi derap kaki yang menghampiri kawasan menunggu lif itu buat dia berpaling pada yang melangkah. 
Fad terpana sendiri! Mangai, kacak nak M! Walaupun lelaki yang sudah berdiri di sebelahnya tidak begitu terurus gayanya, dia tetap nampak kacak. Kenapa tak terurus? Rambut lelaki itu kelihatannya seperti tidak bersikat, tali leher di bawah kolar baju dibiarkan tak berikat, kemejanya, di bahagian pergelangan tangan dibiarkan tak berbutang. Tak terurus tapi aura kacak tetap ada.
"Yes, anything?" Si lelaki mengangkat kening bila sedar yang Fad ralit menganalisa dirinya.
Fad tersenyum malu sebelum matanya kembali dihala pada lif yang sudah pun terbuka. Bila masa yang turunnya, dia pun tak tahu! Lantaklah, asalkan dia sempat sampai ke tempat interview.
Fad dan lelaki itu kemudiannya, sama-sama masuk ke dalam lif yang kosong itu. Sebaik saja pintu lif tertutup, Fad dan lelaki itu sama-sama menghulurkan tangan nak menekan butang lif dan sama-sama juga mereka berhenti dari menekan.
"Eh!" Fad garu kepala, "Awak nak naik tingkat berapa? Saya tekankan."
Si lelaki berdehem seketika sebelum bersuara, "Tingkat lapan."
"Eh, awak pun nak pergi interview jugak ke?"