Sunday, 13 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 10)


“Ulfah?” Suara dari speaker telefon bimbit yang berada di kaki kedengaran.
Ulfah masih tergamam terkaku.
“Ulfah Syuhada?”
Ulfah terus capai telefon itu. “Saya...”
“Awak terkejut ke?” Suara itu kedengaran lagi
Ulfah angguk. “Sikit.”
Ulfah terdengar Thaqif hela nafas. “Saya... serius. Saya nak kahwin dengan awak.”
“Saya...” Ulfah telan liur. “Bagi saya, pilihan umi adalah pilihan terbaik untuk saya.”
Thaqif diam seketika. “Sayalah pilihan umi awak.”
“So?” Nada kerek keluar sekali lagi.
Ulfah dengar Thaqif ketawa. “Awak comel bila garang. Awak comel bila menjeling. Awak comel bila ketawa. Awak comel bila awak kerek tapi yang pasti, awak cantik bila senyum.”
Ulfah mati kata. Dia diam membisu.
“Bila saya boleh datang lagi?”
“Nak datang buat apa?”
“Datang nak meminang awaklah.”
“Ehem...” Ulfah berdehem. “Yang tu, ada baiknya awak cakap dengan umi dan abah saya.”
“Okey. InsyaAllah. Saya kira awak setujulah kan?”
“Umi setuju, saya setujulah.”
Thaqif ketawa. “Bukan apa, saya takut.” Dia diam seketika sebelum menyambung. “Saya takut awak tolak pinangan saya macam awak tolak lamaran saya tempoh hari.”
Giliran Ulfah hambur ketawa. “Awak datang dulu bawak rombongan. Tengoklah nanti, saya terima ke tak. Saya letak telefon dulu, ye. Assalamualaikum.” Hati Ulfah berbunga. Entah kenapa, dia rasa gembira lalu dia segera lari ke tingkat bawah dari biliknya.
“Umi!”
“Ya Allah, kenapa menjerit ni Fafa?”
Ulfah garu kepala sambil tersengih. “Er...”
“Kenapa sayang?” Abah pula bersuara.
“Fafa...” Ulfah ukir senyum lebar. “Nak kahwin cepat, boleh?”
Umi dan abah tercengang sebelum tertawa.
“Boleh sayang. Boleh sangat.” Umi ketawa lagi sebelum memeluk Ulfah.

Thaqif renung telefon. Dia tersenyum sendiri. Wajah beriak ceria. Dia tinggalkan telefon di atas katil lalu terus turun menuju ke dapur.
“Mama!”
“Adam Thaqif. Terkejut, mama.”
Thaqif sengih. “Tak sengaja, ma.” Dia tarik kerusi lalu dia melabuhkan punggung di situ.
“Tak sengaja konon.” Mama tengok Thaqif yang masih lengkap berbaju melayu dan berkain pelikat. “Hah, ni bila nak siap ni? Tadi kata nak balik malam ni.”
“Tak jadi, ma.”
“Pulak dah. Esok tak kerja ke?”
Thaqif geleng. “Adam minta cuti.”
“Kenapa?”
“Esok mama teman Adam keluar kejap, boleh?”
“Nak pergi mana?”
“Nak beli cincin.”
Mama kerut dahi. “Cincin apa pulak ni?”
“Cincin tanda. Adam nak mama pinangkan Ulfah tu untuk Adam.”
Mama menggeleng tanda tak percaya. “Cepatnya, Adam.”
“Ma, lagi cepat lagi bagus.” Thaqif berdiri. “Adam takut, Adam terlepas.”
“Adam, insyaAllah jodoh Adam dengan Ulfah tu kuat.” Mama ketawa. “Adam dah tak sabar nak beristeri agaknya.”
“Taklah ma. Adam dah tak sabar nak memperisterikan Ulfah Syuhada.”
Mama geleng sambil ketawa. “Tahu ke saiz jarinya?”
“Mama tanyalah mak cik Syidah. Takkan Adam nak tanya.”
“Yelah, kejap lagi mama telefon umi si Ulfah tu. Dah, keluar. Jangan kacau mama nak siapkan makan malam.”
“Adam skip dinner tau, ma.”
“Lah, kenapanya?”
“Adam dah kenyang.” Thaqif sengih sebelum keluar dari ruang dapur.
Mama geleng kepala. “Kalau dilamun cinta, perut lapar boleh jadi kenyang.”
Thaqif gelak dengan pernyataan mamanya. Dia kemudiannya duduk di sofa panjang sebelah di sebelah Aidil dengan sengih panjang.
“Sengih. Sengih. Untunglah dah ada calon isteri.” Aidil membebel.
“Kau jealous ke?”
“Aku? Jealous?” Aidil tuding jari ke muka sendiri, kemudian dia ketawa. “Not in a million years, bro.”
“Dah tu, chill je lah. Layan jelah muka aku yang sengih sentiasa ni.” Thaqif ketawa.
Aidil buat muka. “Aku geli tengok muka kau sengih macam tu. Macam pervert tahap giga.”
Pap! Satu bantal melayang ke kepala Aidil.
“Sakitlah!”
“Siapa suruh kau kata muka aku macam pervert.” Thaqif tarik leher Aidil lalu dikepit di celah ketiaknya. Aidil pula ketuk-ketuk bahu Thaqif supaya Thaqif melepaskannnya.
“Aidil Taufiq! Adam Thaqif! Bergaduh apa tu?” Jeritan mama dari dapur buat kedua mereka berhenti bergelut namun leher Aidil langsung tidak Thaqif lepaskan.
“Tengah bermanja dengan Aidil, mama.” Thaqif menjawab laju.
“Mama, tolong Aidil!” Aidil pula menjerit.
“Adam, let go of your brother’s neck now before I break your neck!” Suara mama memetir sekali lagi dari dapur.
Thaqif tidak endahkan amaran mamanya sebaliknya dia semakin kuat mengepit kepala Aidil.
“Let go of him now, Adam Thaqif or I’ll cancel off your wedding with Ulfah Syuhada.”
Erk! Terus terlepas kepala Aidil dari kepitan Thaqif. “Mama, not fair!”
“Macam mana nak kahwin kalau perangai pun macam budak tadika? Sudah! Dua-dua masuk dapur sekarang! Tolong mama masak!” Mama menjerit lagi.
“It’s all your fault!”
Aidil buat muka. “Siapa suruh kepit kepala emas aku ni?”
Thaqif buat tak layan, sebaliknya dia terus masuk dapur meninggalkan Aidil yang baru nak bangun dari sofa.

Korus lagu S.U.K.A berlagu menandakan ada mesej masuk.  Ulfah kesat mata yang terasa perit. Dia kerling jam meja. Sudah pukul 6.00 pagi. Selalunya alarm-nya akan berbunyi tepat
pada pukul 6.30. Dia capai telefon yang berbunyi.
I message received- Adam Thaqif
Bangun!! Subuh! Subuh!
Ulfah ukir senyum. Selimut yang membaluti badan ditolak. Kakinya segera melangkah masuk ke bilik air.
Keluar saja dari bilik air, dia mula membentangkan sejadah selari dengan arah kiblat. Mukenah dicapai lalu disarungkan ke tubuh. Ulfah berdiri tegak di atas sejadah lalu dia angkat takbiratul ihram, memulakan solat fardhu Subuh pada pagi itu.  Tiga minit kemudian, usai dia beri salam S.U.K.A berlagu lagi.
I message received.-Adam Thaqif
Lepas solat jangan tidur! Tak berkembang otak nanti. Bangun, tolong umi masak. Nanti boleh masak untuk bakal suami awak ni >.<
Ulfah ketawa dengan mesej ringkas itu namun dia akui, dia bahagia. Ada rasa sayang bercambah dalam hati. 'Awak ni sweet talkerlah, Lelaki Gila.'
Ulfah segera lipat sejadah dan mukenah yang dia gunakan tadi lalu disidai di ampaian. Dia ikat rambutnya panjang melepasi leher lalu dia turun ke dapur.

"Adam, bangun."
Pintu dibuka. "I'm awake, ma."
"Eh, tak tidur ke semalam." Mama menegur.
"Tidur je."
"Dah tu, macam mana boleh bangun awal pagi sendiri? Selalu mama yang kejut.
Aidil yang baru keluar dari biliknya yang bertentangan dengan bilik Thaqif bersuara, separuh mamai. "Tidur tak lenalah tu."
Mama ketawa kuat manakala Thaqif buat muka. 'Siap kau, Aidil.'

“Fafa, awal bangun hari ni. Baru 6.30 pagi. Mimpi apa semalam?” Umi pelik bila Ulfah dah terpacak di dapur seawal 6.30 pagi.
“Ada makhluk Allah kejut Fafa awal pagi lagi. Bila nak sambung tidur, dia cakap tak elok tidur lepas Subuh. Otak tak berkembang katanya.”
Umi senyum meleret. “Siapalah orangnya ya?”
Ulfah ukir sengih bersahaja. “Adalah.” Ulfah merenung ibunya yang asyik memotong bawang. “Umi nak masak apa, umi?”
“Sambal kerang. Ulfah suka, kan?”
Ulfah angguk-angguk kepala. “Ada apa-apa Ulfah boleh tolong?”
“Hah, tolong kopek kulit kerang ni.”
Ulfah pandang kerang. “Okey, umi.”
Dikopek satu-satu kerang yang ada di atas meja. Isinya diasingkan. Dia terasa gatal tapi dia tahan. Tunjuk macho depan umi, kononnya.
“Fafa, kenapa teruk sangat kerut kat dahi tu?”
“Ni, kerang ni. Ada sisa selut dekat dia. Fafa geli.”
Umi geleng kepala. “Dah tu, macam mana nak kahwin ni?”
Ulfah cebir bibir. “Sebab tu Fafa tak nak kahwin lagi.”
“Eleh, semalam siapa yang beria-ia minta nak kahwin cepat tu?”
Ulfah tak menjawab, sebaliknya dia ukir sengih.
“Eh, budak kecik! Buat apa kat sini?” Suhail yang lengkap berbaju melayu dan kain pelikat angkat kening bila ternampak Ulfah di dapur.
“Shh, orang tengah belajar masak tu angah.” Abah senyum mengusik.
“Abah!” Ulfah muncung mulut.
“Yelah. Abah keluarlah dari dapur.” Abah keluar manakala Suhail tarik kerusi, lalu dia duduk sebelah Ulfah.
“Fafa.”
“Apa?”
“Kenapa nak kahwin cepat?” Suhail ukir sengih
Ulfah cekak pinggang. “Sebab angah bagi nombor Fafa kat budak Thaqif tulah yang buat  Fafa sediakan proposal awal dengan umi dan abah tau.”
“Apa yang dia buat?”
“Nothing.” Ulfah geleng namun dia ukir sengih. “It’s just that...”
“What?”
“He stole my heart.”


To be continued...

p/s: perhatian, entry seterusnya hanya akan dipost pada hujung minggu sahaja. kenapa? saya nak fokus studylah pulak >.<

13 comments:

  1. hohoho...kne tnggu hujung mnggu la plak..xpe2..kami setia menunggu..cewaaah...^_^

    ReplyDelete
  2. Alahai sweetnya....siap kejut bangun subuh lagi....

    ReplyDelete
  3. sweet kan???hahaha...untunglah siapa dapat Adam Thaqif tu :D

    ReplyDelete
  4. perut lpau pon bleh jd kyg >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kat diri sendiri tak???hahaha

      Delete
  5. comel laa ulfah dan adam ni...mmg padan sgt...

    ReplyDelete
  6. comel kan??? hehehe...Aidil Taufiq pun comel :D

    ReplyDelete
  7. Ooo...so sweet...hehe..
    Adam Thaqif tersengih...orng yg bace ikod skli tersengih..

    ReplyDelete
  8. xpe2.. nnti belajar masak ngan thaqif tau..
    how sweet depa berdua nih..

    ReplyDelete