Monday 25 June 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 21)

Ulfah bergolek ke kiri dan kanan. QiQi yang ada dihujung katil, ditarik dengan kaki. Masuk hari ni, dah hari ketiga Thaqif tidak menghubunginya. Nak telefon sendiri, segan. QiQi diletakkan di atas perut. “QiQi yang kucinta, mana Encik Adam kita ye? Sombong dia sekarang, kan? Baru pergi kursus dah menyombong dengan kita, kan?”
Kepala QiQi ditolak sendiri dengan tangan. “Betul. Betul. Betul.” Suaranya dikecilkan.
Ulfah kemudiannya mengeluh. Cincin di jari, direnung. “Lagi dua bulan, aku akan jadi milik dia. Dia boleh ke terima kekurangan aku?”
Menjadi Diriku berlagu. Ulfah terus bangkit dari baring. Rambut panjangnya diikat kemas. Dia berdehem beberapa kali. C3 dicapai dan terus dia tekan butang hijau tanpa lihat siapa pemanggilnya. “Hello. Assalamualaikum.”
“Budak Kambing!”
Mati senyuman Ulfah. “Zira Toek.”
“Kenapa suara kau macam lemah tak bermaya ni?”
“Tak ada apa-apa. Aku biasa je.”
“Budak Kambing, nak share apa-apa?”
“Tak ada apa-apa.” Ulfah menggeleng namun dia tahu Azira tidak nampak gelengannya. “Macam mana kerja?”
“Best. Bos okey, kawan-kawan kerja pun okey. Setakat ni, Alhamdulillah.”
“Baguslah macam tu.”
“Kau tak nak kerja, Ulfah?”

“Entah. Majlis aku dah dekat. Aku pun tengah serabut fikir majlis ni.”
Terdengar Azira ketawa kecil. “Chill, kakak. Kad kahwin dah tempah, kan?”
“Dah.”
“Baju kahwin dah tempah, kan?”
“Dah.”
“Kater pun dah dipilihkan?”
“Dah.”
“So, kau nak serabut apa lagi?”
“Aku serabut. Aku tak tahu, boleh ke aku jadi isteri yang baik untuk Adam. Aku tak pandai masak macam kau, Zira.”
“Benda tu kan boleh belajar. Sekarang, belajarlah dengan umi kau.”
Ulfah mengeluh. “Memang aku tengah belajar pun.”
“Baguslah tu.”
“But still, aku takut.”
“Aku yakin Adam boleh terima kekurangan kau. InsyaAllah.”
“InsyaAllah. Amin...” Ucap Ulfah panjang.
“Ulfah, nak tanya ni.”
“Tanyalah.”
“Abang Ady, kau tak jemput ke?”
Ulfah garu kepala yang tak gatal. “Nak kena jemput ke?”
“It’s all up to you.”
“Nantilah aku fikirkan.” Ulfah membalas dan perbualan mereka terus berlarutan sehingga pukul dua pagi.

Thaqif renung telefon bimbit. Rindu pada Ulfah menggunung. Saja tidak dihubungi gadis itu. Sebenarnya dia ingin menguji Ulfah. Dia mahu Ulfah menghubunginya dulu namun, dia hampa. Sejak dari hari pertama dia berkursus, gadis itu tidak pernah menghubunginya. Adakah cuma dia yang merindui Ulfah?
“Hang tenung telefon tu sampai esok pagi pun, belum tentu dia bunyi. Hang call lah tunang hang tu. Ego sungguhlah.”
Thaqif ukir senyum pada rakan sebiliknya. Mikael, lelaki kelahiran utara yang cakapnya pekat dengan telor utara. Kadang-kadang Thaqif sendiri tak faham apa yang diperkatakan oleh Mikael.
“Bukan ego, cuma nak tengok dia rindu aku ke tak.”
“Hang try telefon dia. Confirm kalau hang call, dia melonjak kesukaan.”
“Mana kau tau?”
“Bini aku dulu tu macam ni jugak. Payah nak mengaku rindu aku.” Mikael kenyit mata dan terus masuk ke bilik air.
Thaqif ketawa. Samsung dicapai. Nama Ulfah dicari. Terus dia mendail nombor tunangnya itu.
Senyuman di bibir mati bila panggilannya masuk ke dalam peti mel suara Ulfah. Dia kerling jam di dinding. Pukul 2.10 pagi. ‘Dengan siapa dia bergayut ni?’
Dia campak telefon ke bawah bantal. Dia tiada mood. Mati terus angan-angan untuk bersembang dengan Ulfah. ‘Tidurlah, Adam Thaqif. Esok je kau telefon dia.’ Dan dia terus pejam mata.

Aidil susun bunga di dalam bekas. Bunga segar dari pembekal baru saja sampai namun dalam membuat kerja matanya sempat mengerling gadis yang sedang membuat kira-kira. Sara Lilyana sebenarnya belajar di universiti sama dengannya cuma berbeza jurusan dan fakulti. Sara Lilyana seorang pelajar jurusan Perakaunan dan dia dari jurusan Fotografi.
Sara Lilyana yang sedang mengira keuntungan semalam angkat kening bila terasa diri diperhatikan. Dia angkat muka.
Aidil terus tengok bunga.
Sara Lilyana buat muka.
Aidil ukir senyum nakal.
“Aidil. Dah siap susun?” Puan Haleeda senyum pada anak muda yang baru bekerja dengannya beberapa hari lepas.
Aidil angguk. “Alhamdulillah. Sudah.”
“Bagus. Nanti tolong buat delivery untuk kedai ni. Kedai ni baru buka jadi kena hantar sebelum majlis pelancaran dia.” Sekeping kertas dihulur kepada Aidil.
Aidil angguk kepala. “Baik.”
“Sara, bunga yang mummy pesan tu dah gubah?”
“Sudah. Ada kat belakang.”
“Nanti Sara teman Aidil, ye? Hari ni banyak delivery kena buat.”
Mata Sara Lilyana terbuntang. “Siapa nak jaga kedai?”
“Mummy kan ada? Hari ni mummy tak keluar mana-mana.”
“Mummylah ikut budak tu kalau macam tu.”
“Nama dia Aidil, Sara.” Puan Haleeda geleng kepala. “Aidil, kamu okey kan kalau Sara ikut?”
“Okey!” Laju dia menjawab. Mukanya terukir senyum bahagia.
“Sara, ikut Aidil dan mummy tak nak dengar bantahan.” Puan Haleeda terus berlalu ke belakang.
Sara Lilyana buat muka. ‘Bala!’
Aidil pula tersenyum. Bahagia.

Ulfah tengok mesej dalam inbox. Mesej dari Celcom. Ada miscalled dari Thaqif. Dia garu kepala yang tak gatal. Mesti dia telefon masa aku caj bateri lepas cakap dengan Azira.
Umi pandang Ulfah yang serba tak kena. Ulfah masuk dapur tapi tak menolong sebaliknya merenung telefon C3 itu.
“Ulfah Syuhada, tergaru-garu tengok telefon tu kenapa?”
Ulfah ukir sengih disergah umi. “Mana ada umi.”
“Tak payah nak menafikan.” Umi ketawa.
Ulfah gigit bibir. Malu pulak kena sergah dengan umi. “Nak keluarlah. Merajuk dengan umi sebab gelakkan Fafa.”
“Ala, nak mengelaklah tu.”
Ulfah buat muka lalu dia cepat-cepat angkat kaki. Nak lari dari diusik umi. Dia panjat tangga dan terus masuk ke dalam bilik. Dia labuh punggung di kaki katil. QiQi dan Bubi ditarik lalu diletakkan di pangkuannya. Nombor Thaqif didail. Tidak sampai beberapa saat, panggilannya bersambut.
“Hello. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Suara itu kedengaran, datar.
“Awak sihat?”
“Dah beberapa hari saya pergi kursus baru hari ni awak tanya, Ulfah?”
Ulfah ketap bibir. ‘Kenapa suara dia macam tak suka aku telefon je?’
“Awak marah ke?”
“Awak nak apa, Ulfah?”
Tup! Talian dimatikan. Suara Thaqif yang seolah-olah memarahinya membuat dia tersentap. C3 melagukan Menjadi Diriku. Nama Adam Thaqif di skrin. Butang merah ditekan. Telefon terus dimatikan. QiQi yang dipangkuan ditarik ke muka. Air mata yang dirasakan terlalu murah, menitis akhirnya. Siapa tak sedih dimarahi tanpa sebab?

Thaqif mengeluh. Rasa bersalah mencengkam jiwa. Merajukkah gadis itu dengannya? Marahkah gadis itu dengannya? Dia akui, tidak sepatutnya dia tinggikan suara dengan gadis itu.
“Hang dah siap kemas barang?” Mikael keluar masuk dengan wajah berseri.
Thaqif angguk saja. Matanya masih renung telefon di tangan.
“Awat hang ni? Macam tak seronok ja boleh balik rumah?” Mikael duduk sebelah Thaqif.
“Aku termarah tunang aku.”
“La, awat pulak?”
Thaqif angkat bahu. “Tak tau.”
“La ni, hang siap. Balik Shah Alam, pujuk tunang hang tu.”
“Aku takut dia nak putuskan pertunangan kami.”
“Hang ni, dok pikiaq benda negatif pasai apa? InsyaAllah tak ada apa-apa.”
Thaqif angguk saja.
“Dah siap. Sat lagi aku nak perkenai hang dengan isteri aku.”
Thaqif senyum nipis segaris. Senyum tanpa perisa. Senyum tanpa gula. Senyum orang sakit. Senyum orang serabut. Senyum tawar.
“Hang tak payah dok buat muka toya sangat. Pi balik Shah Alam, pujuk dia elok-elok. Bagi Ferrero Rocher satu kotak, okeylah nanti.”
Thaqif senyum. “Sayang hang.”
“Tak payah nak sembang utara sangat.”
Thaqif ketawa. ‘Ulfah, tunggu saya datang.’

Sara Lilyana buang pandang ke luar. Si pemandu di sebelahnya langsung tidak dipedulikan. Dia menyampah dengan kehadiran lelaki itu. Sungguh.
Aidil mengerling Sara Lilyana di sebelah. Benci sungguh nampaknya namun dia buat tak tahu. Bibirnya bersiul-siul melagukan lagu Buat Aku Tersenyum nyanyian Sheila On 7.
“Lily.”
Sara Lilyana diam.
“Lily.”
“Just drive, mister.”
Aidil ukir senyum. “Sorry.”
“For what?” Sara Lilyana berpaling.
“Sebab hari tu saya buat awak menangis.”
Sara Lilyana paling muka ke luar kembali. Dia tak sangka lelaki itu meminta maaf.
“Whatever.”
Aidil tetap tersenyum. Dia tahu gadis itu masih keras hati tapi dia tidak kisah, dia tidak mahu mengalah dalam memenangi hati gadis itu. Dia tidak akan putus asa, itu tekadnya.
“Alamat kedai tu dekat mana?”
“Dekat area Giant.”
“Sempat tak kalau nak pergi MPH?”
Sara Lilyana angkat kening. “Nak buat apa?”
“Nak cari buku pasal photography.”
Sara Lilyana angkat bahu, “Ikut awaklah tapi nanti kalau mummy tanya, awak jawab sendiri.”
“Ala, mummy awak tak akan marah. Dia kan bakal jadi mummy saya jugak.” Ujar Aidil, bersahaja.
“Gatal!” Sara Lilyana buat muka.

Ulfah buka mata. Tidak sedar bila dia tertidur. Mata yang terasa perit, digosok perlahan. Bunyi ketukan di pintu membangunkannya dari lena. QiQi diletakkan ke atas katil. Dia berjalan perlahan menuju ke pintu.
“Merahnya mata.” Tegur Suhail bila Ulfah sudah buka pintu.
“Angah nak apa ni?”
“Pergi basuh muka, mandi semua. Ada orang datang.”
Ulfah buat muka. “Ala, Fafa tak payah turunlah.”
“Ulfah Syuhada!” Suhail mencerun
“Turunlah dulu. Nanti Ulfah turun.”
“Jangan lupa pakai tudung.”
Ulfah garu kepala. Jam di dinding menunjukkan pukul 6.00 petang. ‘Entah siapalah yang datang lewat petang macam ni.’ Desis hatinya.
Tepat pukul 6.30 petang, Ulfah sudah siap mandi dan solat asar. Tudung bawal berwarna hitam di ampaian dicapai lalu diletakkan di atas kepala. Pin tudung diambil lalu disemat kemas. Dia memperkemaskan lilitan tudungnya. C3 yang dimatikan tadi dicapai lalu dia hidupkan semula. Ada miscalled dan tiga mesej namun dia tidak baca. Malas nak ambil tahu siapa yang menelefon. Dia kemudiannya terus turun ke tingkat bawah. Anehnya, sesampai sahaja di bawah. Tiada sesiapa di ruang tamu.
“Fafa?”
Ulfah ukir sengih pada umi yang menatang dulang. “Mana orangnya umi?”
“Ada di luar tu.”
Ulfah angguk kepala. “Meh Fafa bawakan ke luar.”
“Hah, baguslah. Umi nak buat cucur sikit.”
Ulfah angguk saja.
Dia menatang dulang dengan penuh hati-hati. Aroma teh menusuk ke hidung. Dari pintu rumah, sudah kedengaran gelak tawa orang di luar. Tiba-tiba jantung berdetak kencang.
Suara orang yang ketawa pernah dia dengari. Suara yang sentiasa dia rindui dalam diam.
“Fafa, apa tercegat je kat situ? Sini bawak air tu. Adam dah lama tunggu.”
Ulfah terkaku bila abah sebut nama lelaki itu.
Thaqif berpaling. Dia tahu gadis itu pasti terkejut dengan kehadirannya dan nyata, gadis itu kaku saat terlihat dia.

To be continued....

p/s:keyboard laptop ni sengal sudah...lama lagilah nak siapkan manuskrip... -.-"

10 comments:

  1. BEST!!!
    Alamak!!!Ulfah dah merajuk...
    Adam Thaqif ni pun nape lah tinggikan suara dekat Ulfah....
    -Nur Ati Za-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...dia igt org tu tak rindu dialah :P

      Delete
  2. sudah.. adam awat kamu marahmarah nii. kna pujuk ulfah!

    kDija

    ReplyDelete
  3. ish ish ish.. kalu aku jadi ulfah.. aku sepak je thaqif tuh..hahaha.. alah, benda2 remeh mcm ni mmg selalu jd dlm hubungan couple... so be chill lah adam n ulfah... =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish ish ish.....dah ada pengalaman ye cik sara? :P

      Delete
  4. napa lah ulfah ni sensitep sgt...ish..ish..

    ReplyDelete
  5. nak lagi lagi lagi panjang. hehe. best best. cepat la najwaaaaa. kan dah abis final. hihi.

    _akuZan_

    ReplyDelete