Sunday 22 April 2018

[Mini Novel] FLY (Bab 23)


Johanna melangkah perlahan-lahan, mendekati pintu masuk Pediatric Intensive Care Unit (PICU). Dia menolak pintu itu perlahan sebelum melangkah longlai. Saat dia berjalan menuju ke katil menempatkan Jehan, matanya bersabung dengan mata Encik Suffian.
Jihanna yang berdiri di sebelah Encik Suffian turut memandang ke arah Johanna dan tak menunggu lama, dia menerpa ke dalam pelukan Johanna, “Kak long...”
Air mata yang dia tahan sedari tadi, mengalir jua. Johanna yang kuat dah jadi lemah, “Ma... mana... Jehan?”
Jihanna meleraikan pelukannya lalu dia mengesat air mata Johanna sebelum dia menuding jari ke sebuah katil yang ditutup dengan tirai putih, “Kat katil sana...”
Johanna mengetap bibir lalu dia melangkah perlahan menuju ke arah katil yang ditunjukkan oleh Jihanna. Sebaik saja dia menyelak tirai yang menutupi ruang katil yang menempatkan Jehan, lututnya terasa lembik lalu tanpa dapat ditahan, tubuhnya jatuh.
Air matanya mengalir lebih laju dari tadi. Tiada lagi senyuman yang terukir untuknya. Tiada lagi suara Jehan menjerit memanggil namanya. Tiada lagi keletah Jehan yang ceria. Yang cuma ada, sekujur tubuh kaku yang sudah terpejam rapat matanya. Ya Allah, kuatkanlah aku!
“Pia...”
Dia terasa ada tangan yang memegang bahunya. Dia kenal suara itu dan tanpa sebarang kata, dia menepis tangan yang ada di bahunya, “Jangan sentuh Pia! Don’t you ever think to touch me!”
Wajah Puan Suhana berubah, “Pia...”
“Tergamak mummy dengan daddy tak bagitahu Pia pasal Jehan. Sampai hati mummy dengan daddy...”
“Pia, mummy...”
“Puan bencikan saya sangat ke?” Kata ganti Pia sudah berganti dengan saya dan panggilan mummy sudah bertukar dengan puan, menggambarkan betapa terlukanya hati seorang Johanna Sofea!
Puan Suhana tersentak. Wajah anak sulungnya yang basah dengan air mata meruntun hatinya. Ya Allah, apakah yang telah aku dan suamiku lakukan? Tangan kanannya diangkat, mahu membelai pipi Johanna namun tangannya ditepis laju!
“Siapa sebenarnya saya dalam hidup puan? Saya tak layak ke ambil tahu pasal adik saya sendiri? Berdosa sangat ke saya ni pada mata puan, suami isteri?”
Puan Suhana tak dapat menahan sebak. Pertanyaan Johanna Sofea menyedarkan dia betapa teruknya dia cuba menyisihkan anak sulungnya dari anak-anaknya yang lain. Bukankah Johanna Sofea itu lahir dari rahimnya juga? Sama seperti anak-anaknya yang lain? “Pia...”
Tanpa Johanna mempedulikan Puan Suhana, dia bangun. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati tubuh kaku Jehan Putra. Air mata yang mengalir di pipinya dikesat sebelum tangan Jehan dipegang, “Adik, kak long datang ni...”
Senyap.
Air matanya mengalir lagi, “Adik, kak long minta maaf sangat-sangat. Kak long tak sempat nak tunaikan janji kak long pada adik. Kak long tak sempat nak balik, jumpa adik. Kak long minta maaf sangat, adik...” Entah bila, badannya melurut ke tepi katil. Kakinya sudah tak mampu menampung badannya yang sudah terasa lembik. Air matanya semakin galak keluar. Sedu sedannya jelas kedengaran, “Adik... boleh tak adik buka mata, kali ni je? Tengok kak long? Boleh tak adik?”
Puan Suhana tak mampu menahan sebaknya terus terduduk di kerusi yang tersedia di kawasan itu. Air matanya mengalir terus, tanpa mampu dia tahan lagi.
Di balik tirai yang menutupi katil yang menempatkan Jehan, Encik Suffian hanya menunduk tak mampu mengangkat muka. Ya Allah, kejamnya dia pada Johanna Sofea...
Jihanna juga tak dapat menahan tangisannya. Di satu sudut lain, Nida, Nuha dan Elly sudah saling berpelukan dan menangis. Hadi pula tersandar di dinding hospital. Rasa bersalah semakin mencengkam jiwa. Maafkan aku, Johanna.
Cikgu Lah dan Cikgu Mashitah sama-sama menunduk. Sedikit sebanyak mereka rasa bersalah kerana tidak mempercayai kata-kata Johanna.
Rena pula hanya berdiri kaku. Sejak Cikgu Mashitah menerima panggilan dari ahli keluarga Johanna dan dia melihat di depan matanya betapa sedihnya Johanna tadi, dia bagaikan hilang deria. Dia bagaikan patung. Dia tak tahu apa yang dia rasakan kini. Rasa benci dia pada Johanna bagaikan tiada.
Nuha mengesat air matanya lalu dia mendekati Rena. Wajahnya kala itu terbias riak marah yang tidak pernah orang lihat sebelum ini, “Puas hati hang kan? Puas hati hang nak tengok Jo menderita? Seronokkan?”
Rena terkaku lantas dia menggeleng laju, “Aku...”
“Hang dengan dendam bodoh hang, boleh pergi matilah, Rena!”
Nida laju mendekati Nuha dan menggosok belakang badan Nuha penuh kelembutan, “Nuha, sabar...”
Baru Nuha nak bersuara, tirai yang menutupi katil Jehan dibuka luas. Johanna melangkah keluar penuh longlai sebelum dia berhenti betul-betul di depan Rena, “Puas hati kau sekarang, Rena?”
Dan sejurus selepas itu, terus dia rebah. Langsung tidak sedarkan diri.

Johanna berteleku di sisi pusara Jehan. Dia tak mampu menahan air matanya dari mengalir. Batang kayu yang ditanam di atas pusara itu disentuh, bagai menyentuh Jehan, “Adik... kak long rindu adik.”
Jihanna yang berada di belakang Johanna menggosok perlahan bahu Johanna, bagai memberi kekuatan. Bahu Johanna terhincut-hincut, menahan tangis yang semakin lebat.
“Adik, kenapa mesti adik pergi tinggalkan kak long? Kenapa adik tak tunggu kak long, adik?”
“Kak long, jangan macam ni kak long. Adik mesti tak suka kalau kak long terus bersedih macam ni.”
Johanna pantas memandang Jihanna yang masih setia memujuknya selepas selesai upacara pengkebumian jenazah milik Jehan Putra, “Jihan... janji dengan kak long...”
“Janji apa kak long?”
“Jangan tinggalkan kak long...” ujar Johanna dengan nafas yang tertahan sebelum memeluk Jihanna, “Kak long dah tak ada sesiapa dalam dunia ni kecuali Jihan dengan Mak Pah.”
Jihanna tak mampu menahan sebak mendengar ucapan Johanna lantas pelukan Johanna dibalas sebelum mereka sama-sama menangis di sisi pusara Jehan Putra...

“Pia, mari makan.”
Johanna menggeleng sebaliknya dia terus mengemas barang-barangnya yang ingin dibawa pulang ke asrama. Dia sudah tidak betah nak tinggal di rumah itu. Hatinya sudah tawar.
Mak Pah memandang majikannya sekilas sebelum tangannya memegang tangan Johanna, “Pia, mummy Pia ajak makan tu.”
Johanna yang sedang melipat baju berhenti seketika. Tanpa memandang Puan Suhana dia bersuara, “Pia tak lapar.”
“Pia...” Puan Suhana bersuara separuh mengeluh. Sejak seminggu berada di rumah, Johanna lebih senang terperap di dalam bilik. Jarang sekali anak sulungnya itu berada di kawasan rumah kecuali di dalam biliknya saja, “Tok Nah dengan keluarga dia semua tunggu Pia dekat meja makan. Pia, tolong jangan...”
“Jangan apa? Buat perangai?!” Johanna mencampakkan baju yang dia pegang tadi ke dalam beg sebelum berdiri, “Biarlah semua orang tahu perangai sebenar Pia! Biar orang tahu I’m not the perfect daughter that you can be proud of!”
“Pia,” Puan Suhana cuba memegang lengan Johanna namun dia lebih cepat menepis.
“Jangan sentuh Pia! Sebelum ni mummy ada peluang tapi mummy tak pernah nak pegang tangan Pia. Tak pernah cuba pujuk Pia. Jadi kenapa sekarang? Kenapa lepas Jehan pergi baru mummy nak tunjuk kasih sayang mummy tu?!”
Mak Pah segera memeluk bahu Johanna, cuba menenangkan Johanna yang lantang bersuara, “Sabar Pia...”
“Pia dah lama sabar, Mak Pah! Sejak Pia umur 12 tahun, Pia sabar! Pia rasa Pia ni macam anak angkat! Kenapa dulu mummy besarkan Pia kalau mummy tak boleh nak sayangkan Pia?” Johanna menggenggam erat penumbuknya. Dia rasa, kalau di depan dia ini punching bag bila-bila masa saja penumbuknya akan lekat di situ!
“Mummy minta maaf, Pia...” sungguh, Puan Suhana kesal. Anak ini sudah sering lama ditinggalkan. Kenapa mesti hari ini baru dia mahu beri perhatian kepada Johanna?
“Kalaulah maaf mummy tu boleh hidupkan semula Jehan, kan bagus?” Johanna ukir senyum sinis.
“Johanna Sofea!” Pintu bilik yang dibuka dari luar mengejutkan Johanna! “Kenapa kurang ajar sangat ni, hah?!”
Johanna pandang wajah Encik Suffian lama. Wajah yang sering cuba dia tarik perhatiannya, wajah yang sering dia rindui senyumannya, “Kenapa kurang ajar? Mungkin daddy boleh tanya diri daddy balik, kenapa Pia jadi macam ni! Tanya balik diri daddy, apa yang daddy dah buat dalam mendidik Pia? Cuba tanya balik diri daddy, pernah ke daddy ajar Pia jadi manusia? Pernah? Tolong tanya diri daddy siapa yang buat Pia jadi macam ni!”
Encik Suffian yang mulanya mahu menghamburkan marahnya pada Johanna, hilang kata-kata. Puan Suhana memegang tangan suaminya, “Abang, mari kita turun. Kesian Tok Nah dah tunggu kita.” Sebelum dia turun sempat dia berpaling memandang Johanna, “Pia, mummy dengan daddy turun dulu.”
Johanna memalingkan wajahnya memandang tempat lain. Sebaik saja pintu biliknya ditutup, dia melurut jatuh, terus terduduk di atas karpet. Tangannya yang digenggam menumbuk-numbuk permukaan karpet, “Mak Pah! Sakit sangat hati Pia, Mak Pah. Kenapa sakit sangat ni?!”
Mak Pah tak menunggu lama sebelum dia meraih tubuh milik Johanna. Digosok perlahan-lahan bahagian dada Johanna, “Istighfar, Pia... istighfar.”
“Kenapa susah sangat Pia nak rasa kasih sayang daddy dengan mummy, Mak Pah? Jahat sangat ke Pia ni, mummy?!”
Mak Pah memeluk erat tubuh Johanna, “Pia tak jahat, sayang. Pia anak Mak Pah yang paling degil tapi paling lembut hatinya. Walaupun dia suka buat masalah, Mak Pah tahu... anak Mak Pah ni cuma nak perhatian.”
“Mak Pah...” Johanna mengesat air matanya sebelum tubuh gempal itu dipeluk erat, “Pia rindu Jehan. Kalau Jehan ada... Pia mesti tak rasa sunyi macam ni.”
Air mata Mak Pah menitis akhirnya, “Sabar, Pia. Allah lebih sayangkan Jehan. Jehan dah bahagia  di sana.”
“Mak Pah...”
“Ya, sayang?”
“Kalau Pia pergi jauh, Mak Pah jangan rindukan Pia... ya?”
“Pia nak pergi mana?”
Johanna kesat air mata Mak Pah sebelum tangannya tunduk mencium tangan orang tua yang sentiasa memberi kasih sayang kepadanya saat dia dahagakan kasih sayang, “Pia sayang Mak Pah.”
“Mak Pah pun sayang Pia,” tubuh Johanna dipeluk sekali lagi. Sayangnya tumpah sekali lagi buat Johanna Sofea.
Nuha mengerling Johanna yang tekun membuat latihan tutorial. Sejak dia pulang dari rumah semalam, tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya. Dia lebih senang mendiamkan diri. Senyuman yang dulu selalu menghiasi bibirnya langsung tidak pernah muncul sejak semalam.
D.O. menggawangkan tangannya di depan Nuha, “Nuha.”
“Hah? Awat?”
“Jo okey ke?” Bisik D.O. sebelum dia berpura-pura membuat soalan Matematik Tambahan.
“Macam hang tengoklah. Sejak dia balik mai sini, dia tak cakap sepatah apa. Senyuman dia pun macam mahai sangat,” keluh Nuha, perlahan. Tak mahu keluhannya sampai ke telinga Johanna.
“Dia still bersedih lagi tu.”
Nuha mengangguk, “Kesian dia, kan?”
D.O. hela nafas sebelum dia memandang Johanna, “Jo.”
Johanna panggung kepala.
“Aku tahu kau kuat.”
Johanna mengangguk sekali sebelum kembali menunduk membuat kerjanya.
D.O. pandang Nuha, Nuha pula angkat bahu, “I’ve told you!”
“She needs time,” D.O. membuat pernyataan sebelum dia kembali berpaling ke hadapan. Dia mengerling Hadi sebelum nafasnya dihela, “Macam mana kau boleh buat tenang macam tak ada apa-apa yang berlaku?”
Pap! Mata pensil mekanikalnya patah! “Apa maksud kau?”
“Jo dah lain, Hadi.”
“Jadi, apa masalahnya dengan aku?”
D.O. menggeleng kepala, “If only... if only Jo sempat jumpa adik dia malam tu.”
Hadi terdiam sebelum dia kembali menulis. D.O. kerling Hadi. Keras sangat hati kau ni, Hadi!

Johanna memasukkan tangannya ke dalam poket baju kurung. Waktu rehat. Kawasan kelas memang senyap tak berorang. Semua orang dah bergegas ke kantin. Dia pula tak ada rasa nak makan. Dia lebih selesa menghabiskan masa di wakaf yang disediakan oleh pihak sekolah.
“Jo, jom pergi makan!” Elly mengukir senyum pada Johanna.
Dia menggeleng sambil memandang ke arah lain.
“Jo, pagi tadi kau tak makan. At least alaslah perut kau sikit.” Pujuk Nida pula.
Dia menggeleng lagi. Matanya dipejamkan, dan setitis air matanya jatuh ke pipi.
“Jo...”
“Pergilah. Aku tak nak makan.”
Elly nak memujuk lagi namun Nuha menghalang, “Tak apalah. Jo nak bersendirian tu. Jom pi makan dulu.”
Elly mengangguk akhirnya. Bahu Johanna dipegang, “Kami pergi dulu, ya?”
Johanna mengangguk saja.
Walaupun berat hati, tiga sekawan itu berlalu juga meninggalkan Johanna yang nyata masih memerlukan masa untuk bersendirian.
Johanna mengeluarkan dompetnya. Gambarnya yang bersama Jihanna dan Jehan  ditarik keluar. Masih terbayang lagi di matanya wajah pucat Jehan dan tubuhnya yang terkujur kaku.
“Kalau kau bersedih pun, bukannya adik kau boleh hidup balik!”
Johanna ketap bibir. Gambar yang dipegangnya terus disimpan kembali di dalam dompetnya. Dia berdiri lalu dia berdiri di depan lelaki yang bersuara tadi, “Aku nak bersedih ke, nak mampus ke. Apa kaitan dengan kau?!”
“Kau macam ni, kau hanya akan seksa adik kau kat sana, Johanna!” Ujar Hadi, tenang.
Spontan! Tangannya mencekak kolar baju Hadi, “Kau faham ke rasa sebuah kehilangan? Kau tahu ke perasaan bila kau tak sempat jumpa orang yang kau sayang?! Tak! Kau tak tahu! Sebab kau punca utama kenapa aku tak sempat jumpa adik aku! Kau punca utama kenapa aku jadi macam ni sekarang. Kau dengan Rena, dengan jawatan bodoh kau tu boleh pergi mampus! Dan kau jangan sebut pasal peraturan depan aku! Pergi masuk kubur dengan peraturan kau tu, kalau boleh! Aku nak tengok, selama mana kau nak junjung peraturan kau tu!”
Hadi menentang mata Johanna, “Kau macam ni, kau tetap tak boleh hidupkan balik adik kau!”
Johanna ketap bibir sebelum dia melepaskan kolar Hadi, “Ya! Aku tahu adik aku takkan hidup semula tapi sebab adik aku takkan hidup semulalah, aku bencikan kau! In fact, aku lebih benci kau dari aku benci Miley! Tahniah! Kau dah duduk dalam tangga teratas dalam carta orang paling aku benci.”
Hadi terdiam.
Johanna kesat air matanya sebelum dia ingin berlalu namun langkahnya terhenti apabila matanya bertentangan dengan sepasang mata milik Rena!
Tanpa mempedulikan pandangan Rena, Johanna berlalu pergi. I will never ever forgive the both of you!

Bersambung...
p/s; Tadaaa! Hadiah untuk semua orang. JoHadi!! Saya baca hampir kesemua komen minta FLY Bab 23. Jadi untuk tebus kehilangan saya, saya bagi FLY (BAB 23) :)

82 comments:

  1. Terima kasihhhh penantian yg terlalu lamaπŸ˜‚

    ReplyDelete
  2. Terima kasih��
    Huaaa..rasa nak nangis sama2 dgn jo������

    ReplyDelete
  3. thanks sis...rindu giler dgn fly ni...lama lahai nunggu sambungan citer ni...

    ReplyDelete
  4. Yeayy.. fly muncul kembali.. hope terus berkarya sis..

    ReplyDelete
  5. Tq.. Today is my birthday.. And i want this story for continued is so long.. So it like my birthday gift.. Kluarkan novel please for fly..

    ReplyDelete
  6. Sis buat saya nangis dlm erlπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ nasib xde org depan n sblah sayaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ slow² lap air mata hahahadoiii
    Hadi! Kau kejam hadi, kejam! Jo, pergj lah mana kau nak pergi, jo... Asalkan hati kau tenang n kmbli kuat😘😘

    Hmmm... Kalau nk mnta Fly 24, boleh dak? Hahah *lariiii

    ReplyDelete
  7. Terima ksih.akhirnya dpat jga smbungan lma sngat dh tggu smbungan fly

    ReplyDelete
  8. Thank you Najwa. Hope dpt peluk naskah ni soon. Sambung pleaseeee.hihhihi

    ReplyDelete
  9. Tahniah kak najwa..berjaya buat hidung sy soksek soksek..hahaha..mengalir air mataku membacanya...

    -shidalyna

    ReplyDelete
  10. Omg sedihnya bab 23 ni. Ak sabar nak tunggu next update

    ReplyDelete
  11. ya Allah ..lamanya tunggu cite ni..smg semangat adik terus membara untuk menulis

    ReplyDelete
  12. Tak sia2 penantian ku selama ini ... ecehhhh.. hahhahha... update lagi sis... i'm waiting 😁

    ReplyDelete
  13. Jadikan novel pliss sis 😭😭 adore sangat ngn johanna

    ReplyDelete
  14. 😭😭😭😭
    Seduh nya..
    Thnx najwa

    ReplyDelete
  15. Lama tunggu. Baca sambil cry2... 😭

    ReplyDelete
  16. I cry.. Dah la dalam kelas.. malu je org tgk.. Huaaaa.. tapi tetap juga nak baca

    ReplyDelete
  17. Kak najwa, fly dah dibukukan ke?

    ReplyDelete
  18. Bila nk smbng ni...shari 5 6 kali sy buka xda smbng pon...πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

    ReplyDelete
  19. Bila nak sambung lag. Srs best cite ni

    ReplyDelete
  20. Salam sis..sy rindu kamuπŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™...awak x rindu sy ke?πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯...smbung la cerita u...

    ReplyDelete
  21. Fuh brp tahun tunggu ni ��

    ReplyDelete
  22. Merah mata baca bab ni,sedihnya. Thanks akak for update,finally you came back.

    ReplyDelete
  23. Tolong sambung cerita fly kak ��������������������

    ReplyDelete
  24. I've been waiting for this novel for many years ���������� pls sambung lagi tulis flyyyyyy ��������������

    ReplyDelete
  25. Nant update banyak2 lagiπŸ™†πŸ™†

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah , akak najwa dah jumpa jalan yang benar hahhahh jk

    ReplyDelete
  27. Lama sy tggu fly ������

    ReplyDelete
  28. Akkkk sambung fly lagi pleasee :(

    ReplyDelete
  29. Akkkk sambung fly lagi pleasee :(

    ReplyDelete
  30. Boleh sambungnlagi...sedihnya

    ReplyDelete
  31. Huhu..almost everyday check latest upfate fly...smbung pleaseeee

    ReplyDelete
  32. Terima kasih..lama tggu
    Terima kadih sekali lagi
    Selamat hari raya

    ReplyDelete
  33. Bila nk release novel ni???huhu..

    ReplyDelete
  34. penantian itu satu penyiksaan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ dah la stop lama gilaaaa dkat part yg tak sepatutnya.... hahahaha

    miss your karya 😘

    ReplyDelete
  35. hi najwa! tq for the update walaupun terlambat baca. najwa, what ever happen to u, i know u can face it! percayalah karya awak boleh pergi jauh. semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  36. terima kasih atas kesudian update bab 23 fly. kalau boleh nak mohon sambung lg bab seterusnya.

    ReplyDelete
  37. kat mane nk dapatkan novel ni kakk ?? sy nk beli,,pleaseeee 😭😭😭 seriouss berapa bnyk kali pon sy khatam novel fly ni,,stiap kali tuu jugakk ayaq mata sy keluar..sungguh,,tk pernah bosan utk khatam novel dan cerpen² akk dlm blog ni..semoga akn ad cerpen dan mini novel terbaruu yg akn akk update nnti, Inshaa Allah ..semoga teruss majuu jayaa kak..setia menunggu cerita² terbaru dri blog akk 😘 kami rinduu nk membacanyaa 😭😍😍

    ReplyDelete
  38. Lama nya tunggu nak baca cerita ni. Best sangat!!! 😭 Tak sabar nak tunggu cerita baru πŸ˜˜πŸ’–

    ReplyDelete
  39. Please sambung kak☺😍

    ReplyDelete
  40. Please sambung kak☺😍

    ReplyDelete
  41. nak baca next bab pula.

    ReplyDelete
  42. Tq baru cerita dgn kawn tentang novel ni sekali cari balik ya allah ade sambungan. Sedehh nya😭😭😭😭

    ReplyDelete
  43. Bila nk smbng😭😭😭😭

    ReplyDelete
  44. Masyaallah sis.. After 3 years siss. U r back. Me is like seriouslah bab23 dah adaπŸ˜‚πŸ˜‚..lama not tunggu sambungan diaa.. Hope u can continue wrting lg siss. .Keep it up 😘

    ReplyDelete
  45. Yeayyyyy..walaupun sedih, still bersyukur dpt baca

    ReplyDelete
  46. Akkk bila nak ada fly lagii? Tak sabar nak tau ending diaa 😭😭

    ReplyDelete
  47. waiting still....

    ReplyDelete
  48. Tak pernah tak menangis baca cerita ni

    ReplyDelete
  49. Rindunya bila lh nak smbung lagi ne

    ReplyDelete
  50. smbung lagi sis

    ReplyDelete
  51. Sambung lagi sis, x pernah sya bce mini novel meleleh air mata, dah boleh saingan Siti rosmizah dah ni, tapi plis smbung sis,

    ReplyDelete
  52. Kalaj dah ada novel sya snggup beli,

    ReplyDelete
  53. tolonglah smbung lagi cite best gila nk mati kot cite ni

    ReplyDelete
  54. Please sambung 😭😭😭

    ReplyDelete
  55. nak sambungan please.....nk tgok hadi ngn renarse serba salah....and nk tgok jo g jauh dr smua org....

    ReplyDelete
  56. Thank you Najwa...oh mai lama penantian update ni....hihihihihi
    Tp nak sambung lagi ye��

    ReplyDelete
  57. Sis bila nak sambung.. Best la. Cite ni

    ReplyDelete
  58. Bab seterusnya pulak yaaa....
    Hati tgh berkobar nii

    ReplyDelete
  59. fly dah tak de sambungan ke ? lama tunggu dari 2018 😭

    ReplyDelete
  60. still takde sambungan ke πŸ™‚

    ReplyDelete
  61. Berapa kali baca cerita ni, tetap akan nangis. Boleh rasa emosi Jo dalam cerita ni. Bila lagi nak sambung? Ke dah terbit buku untuk cerita Fly ni?

    ReplyDelete
  62. hi assalammualikum sis , saya dari tingkatan 5 hingga sekrng 6 tahun masih setia menunggu bab seterusnya....

    ReplyDelete
  63. Tolonggggg sambung cerita fly ni dan untuk seminggu

    ReplyDelete
  64. Sis, bila nk sambung? 😭 jarang sy baca novel sy nangis sis. Pls kalau terbit jd buku inform. Nk beli. πŸ˜‚

    ReplyDelete
  65. dah 2021 , masih takde sambungan fly ? πŸ™‚

    ReplyDelete
  66. Cerita fly bila nak released T_T

    ReplyDelete
  67. Tak sangka sampai sekarang saya menunggu dengan setianya bagaikan menunggu jodoh datang dari langit

    ReplyDelete
  68. saya akan terus tunggu, pleaseee publish dengan cepat😭😭

    ReplyDelete
  69. Hope ada next bab πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»

    ReplyDelete