Tuesday 4 September 2012

Dia Imamku (Bab 9)


Aku berada di taman bunga. Penuh warna-warni, seperti pelangi. Inikah perasaan bahagia yang selalu aku nantikan dalam hidupku. Aku berlari-lari di taman bunga tersebut, menikmati keindahan alam namun semuanya terhenti saat aku terasa ada sesuatu di wajahku. Aku tepis namun ia kembali. Ia sentuh pula bibirku, aku tepis lagi. Ia kembali menyentuh bibirku lalu aku gigit ia.
“Aduh!” Suara jeritan itu buat aku tersedar dari lena. Aku buka mata. Wajah Naufal kelihatan merah, seperti menahan sakit.
“Awak kenapa?”
Naufal jeling aku sedas. Amboi, orang tanya pun salah ke?
“Awaklah ni. Gigit jari orang. Sakit tau tak?” Naufal bersuara separuh merungut.
“Padan muka! Siapa suruh kacau orang tidur,” ujar aku, geram. Jadi Naufallah yang asyik mengganggu tidurku.
“Yelah. Orang salah.”
Aik, bunyi macam orang merajuk je. Hehe... pandai merajuk rupanya si kelat-kelat masam ni.

“Alala... merajuk ye!”
Naufal diam. Dia masih meniup jari telunjuknya yang aku gigit tadi.
Alahai bakal doktor ini, merajuk bagaikan kanak-kanak kecil, “Sini orang tengok tangan awak.”
Dia tidak ambil pusing apa yang aku katakan. Masih meniup jari yang sakit itu.
Aku tarik tangan kanannya lalu aku dekatkan pada aku. Naufal cuba menarik tangannya itu namun aku genggam erat. Degil! Mengada! Manja! Itulah sisi baru Naufal yang aku kenal kala dinihari ini.
Aku pandang dia, dia pandang tempat lain. Masih merajuk agaknya.
Aku dekatkan jari telunjuk itu ke bibir aku lalu kukucup perlahan, “Pain, pain, go away! Come again another day.”
Aku pandang Naufal yang nyata sedang merenung aku, “Dah jampi!” Aku ukir sengih. Tak adalah jampi pun, saja nyanyi lagu tu. Tukar lirik sikit, buat ala-ala jampi.
“Apa?” Aku tanya Naufal bila dia masih merenung aku.
Dia menggeleng. Sedikit tersentak sebenarnya.
“Peliklah awak ni,” ujar aku, membuang debar dalam dada. Aku kerling jam di dinding. Dah masuk waktu subuh.
“Awak solat kat rumah ke kat surau?” Sengaja aku bertanya.
“Rumah. Jemaah dengan awak.”
Aku angguk, “Kalau gitu biar orang masuk bilik air dulu ye.”
Dia pula mengangguk.
Segera aku turun dari katil. Aku capai tuala dan terus masuk ke bilik air. Perbuatan aku macam kalut, kan? Macam mana tak kalut bila tengok Naufal semacam je tadi. Karang kalau aku duduk atas katil tu lama-lama, mau terlepas subuh kami!

Usai salam yang terakhir, Naufal menadah tangan dan aku mengikutnya, mengaminkan semua doanya. Doa suamiku itu pasti yang baik-baik belaka. Sebaik dirinya.
“Amin...” Naufal raup muka dan aku turut meraup muka. Walaupun suaranya sedikit perlahan tadi tapi aku tetap dengar doanya yang meminta keberkatan dalam hubungan kami dan memohon restu dariNya.
Dia berpusing kepadaku lalu dia hulurkan tangan. Aku sambut tangan itu lalu kutunduk, mencium tangan itu.
“Tak nak cakap apa-apa?”
Aku angkat kening bila Naufal bertanya, “Nak cakap apa ni?”
“Cakap apa-apalah.”
“Apa?”
“Nak minta maaf sebab gigit jari orang ke?” Naufal pula yang mengangkat kening padaku.
Aku gigit bibir. Ceh, cakaplah nak aku minta maaf! Suami siapa ni?
“Saya, Nur Insyirah binti Adnan mahu meminta maaf kepada suami saya, Muhammad Naufal bin Ismail kerana tidak sengaja tergigit jari telunjuknya!” Aku mengangkat tangan kanan seolah-olah sedang membaca ikrar.
“Nakal!” Getus Naufal sambil mencuit hidungku.
“La, orang minta maaf pun kata orang nakal.”
“Macam tak ikhlas je,” getusnya lagi.
“Ish, mana awak tahu orang tak ikhlas? Tak baik tuduh isteri awak yang comel lagi baik ni,” aku buat muka sedih.
“Yelah... yelah... tak payah buat muka seposen tu,” Naufal mengalah denganku. Naufal mengalah? Wah! Bestnya.
“Insyirah,” Naufal dah duduk di birai katil.
“Ye?”
“Sini kejap.”
“Sekejap. Nak kemas sejadah ni. Awak ni tak reti lipat sejadah sendiri ke, hah?” Aku membebel kepada Naufal. Jarang ni nak dapat peluang.
“Orang dah ada isteri, orang bagilah isteri orang kemas.”
“Ewah, cantiknya alasan!” Aku mencerun padanya sebelum kembali melipat sejadah Naufal. Telekung aku yang sudah aku lipat rapi, aku sangkut pada ampaian. Sejadah-sejadah juga aku sangkut di situ.
“Hah, kenapa?” Tanya aku bila aku sudah labuhkan punggung di sebelahnya.
Tiba-tiba, tanpa sebarang isyarat Naufal meletakkan kepalanya di atas ribaku, “Eh, kenapa ni awak?”
“Shush, orang nak tidur kejap. Sekejap je.”
Aku menggeleng kepala. Betullah, si kelat-kelat masam ini dah bertukar watak pula. Tadi degil, sekarang dah jadi gedik-gedik manja. Tak apalah, gedik-gedik manja dengan aku tak apa. Kalau orang lain, kirim salam!
Aku terdengar dengkuran halus dari bibir suamiku itu. Sekejap saja dah tidur. Aku belai rambut itu perlahan. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Rambut yang terjuntai di dahi Naufal, aku selak. Mata aku tertancap pada parut di dahi Naufal. Perlahan aku sentuh. Wajah yang sempurna ini, sudah tercela kerana parut ini. Serta-merta dadaku sebu, aku sebak. Kerana kenakalan aku, wajah yang sempurna ini berparut.
Tanpa aku sedari, ada air mata yang menitis di pipi aku dan jatuh ke wajah Naufal. Aku tidak sedar dia sudah mencelikkan mata.
“Kenapa ni?” Naufal bangkit dari baringnya lalu memandang aku manakala aku menutup wajahku dengan kedua-dua tangan.
“Kenapa tiba-tiba menangis ni?”
“O...orang min...ta maaf. Se...bab orang da...hi awak berparut,” aku tersedu-sedu.
Dapat aku rasakan ada tangan yang memeluk aku, “Orang dah lama maafkan. Janganlah menangis macam ni.”
“Or...orang ra...sa bersalah.”
“Insyirah, benda ni dah lama jadi. Sejak kita kecik lagi. Jangan tutup muka tu, cuba pandang orang.”
Aku terasa ada tangan yang menarik tanganku dari terus menutup muka.
“Cuba awak tengok orang, ada nampak apa-apa yang pelik?”
Aku geleng, “Orang tak nampak. Air mata banyak sangat dekat mata ni.”
Naufal ketawa lalu dia kesat mataku yang masih berair.
“Sekarang tengok, ada nampak kekurangan kat diri orang?”
Aku menggeleng, “Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Betul, parut ni mencacatkan muka orang tapi orang tak kisah. Dulu orang marahlah jugak sebab dekat London, budak-budak sana panggil orang Harry Potter sebab dahi berparut tapi bila dah besar, orang boleh terima semua ni.”
Aku diam. Masih tersedu-sedu.
“Insyirah, kecacatan dekat wajah orang ni tak ada apa sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang kurang upaya di luar sana. Ada yang kudung tangannya, ada yang hilang kaki, ada yang buta, ada yang pekak dan macam-macam lagi. Orang tak layak untuk merungut pada Allah atas kecacatan orang ni lagipun parut orang ni boleh ditutup dengan rambut berjuntai-juntai ni.”
Aku mengangguk. Mengakui kebenaran dalam kata-kata Naufal.
“Orang rasa bersalah.”
“Ala, tak payah nak rasa bersalah. Kalau awak nak tahu, sebab parut nilah orang asyik ingat awak waktu kat London dulu tau?”
Aku pandang dia, tak percaya, “Betul ke?”
“Betullah.”
“Sakit tak parut ni kalau orang tekan?” Tanyaku sambil menekan parut di dahinya.
“Auch! Sakitlah!” Naufal menjerit kecil.
Terkejut aku bila dia menjerit seperti itu lalu aku segera menggosok parut itu.
“Sakit,” dia mengaduh lagi. Naik risau aku.
“Nak buat macam mana ni?” Tanyaku dengan wajah penuh kerisauan.
“Tadi awak buat apa bila orang sakit jari?”
Soalan Naufal itu buat aku gigit bibir. Perlahan aku dekatkan bibirku pada parut itu lalu kucup kesan parut itu.
“Dah!” Aku tarik muka aku jauh dari wajah Naufal.
“Belumlah!”
Dan aku tak sempat untuk bersuara saat bibir Naufal menyentuh bibirku.

Kami turun sarapan lewat sikit dari orang lain. Semua salah Naufallah ni!
“Hai, lewat turun hari ni?” Along angkat-angkat kening.
Aku tunjuk penumbuk pada along. Naufal pula relaks, macam tak ada apa-apa.
“Apa along ni? Mari makan, Naufal,” mama menegur along.
Naufal duduk di meja makan, di sebelah Ilham.
Aku ambil pinggan lalu aku letakkan di depan Naufal, “Awak nak makan apa?”
Di atas meja makan, ada mee goreng, nasi goreng dan mihun goreng. Banyak sangat sampai aku pun tak tahu nak letak yang mana ke dalam pinggan Naufal.
“Nasi gorenglah.”
Aku menyenduk nasi goreng lalu aku letakkan di dalam pinggan Naufal, “Cukup tak?”
Dia angguk.
“Wah, baiknya Puan Insyirah kita ni! Aku nak jugak,” Jue dah keluar aura mengusik.
Aku jungkit kening, “Cik Jue nak makan apa?”
“Nak mee goreng, please!”
“Nah senduk, ambik sendiri!”
“Kureng punya member.”
Aku ketawa bila Jue merungut.
“Insyirah.”
“Ye?” Aku pandang Naufal.
“Tak makan ke?”
“Kejap lagi orang makanlah. Awak makan dulu.”
“Orang? Awak? Like seriously? Macam budak-budak,” along ketawa.
Aku ketap bibir manakala Naufal cuma tersenyum.
“Biarlah. Asalkan dia orang ni dah kahwin, awak tu bila pulak?”
Mati ketawa along bila opah bersuara. Aku rasa macam nak menari gelek je bila along kena dengan opah.
“Awak tak lapar ke?” Tersentak aku bila Naufal tiba-tiba bersuara. Perlahan je suaranya.
“Lapar.”
“Duduklah.”
Bila Naufal suruh duduk baru aku sedar, Ilham sudah menghabiskan makanannya.
Aku duduk di sebelah Naufal.
“Kongsi makan, nak?”
Aku cepat berpaling pada suamiku itu, “Awak serius ke main-main ni?”
“Seriuslah,” Naufal sudah menyudu sesudu nasi goreng untuk diberi padaku.
“Okey, suap saya! Aaaa...” Aku sudah menganga mulut.
“Aaaa….aum...” Sudu nasi goreng yang Naufal mahu suapkan pada aku itu akhirnya masuk ke dalam mulut dia. Ei!!
“Agak dah! Kerja nak buli orang je,” aku merengus. Geram bila dipermainkan. Along dan Jue tersengih-sengih memandang aku dan Naufal.
“Mana ada orang membuli. Orang cuma...”
“Cuma apa?” Aku angkat kening.
Naufal berbisik sikit pada aku, “Orang cuma nak bermanja dengan isteri orang. Macam pagi tadi.”
Serentak aku terus mencubit peha Naufal.
“Sakitlah,” getus Naufal.
“Siapa suruh cakap macam tu?”
“Orang cakap je,” ujar dia bersahaja.
“Along, Jue rasa macam nak kahwin jugaklah!”
Aku jeling Jue yang baru bersuara.
“Uish, ada orang menjeling Jue! Jom basuh pinggan cepat, nanti kena serang pulak,” along ketawa.
“Jangan menjeling sangat, Insyirah.”
Aku pandang Naufal, “Kenapa pulak? Bukan orang jeling awak pun.”
“Sebab jelingan awak tu, dari mata turun ke hati orang.”
Dan sekali lagi, satu cubitan berbisa hinggap di peha Naufal.

Aku memerhatikan Naufal yang sedang membasuh kawah besar yang digunakan untuk memasak semalam. Walaupun hanya dengan t-shirt putih lengan pendek dan seluar trek, dia tetap nampak kacak. Hai, suami siapalah tu?
“Perhati apa tu mak cik?”
Aku jeling Jue, kemudian aku ukir senyum, “Perhati suami aku.”
“Apa kau rasa sekarang?”
“Bahagia. Dulu, aku pun bahagia tapi sekarang lebih membahagiakan dengan dia di sisi aku.”
“Good for you. Kau rasa... Naufal ke lelaki dalam mimpi kau?”
Aku senyum dengan soalan Jue, “InsyaAllah.”
“Kau yakin?”
Aku angguk, perlahan. Teramat yakin, Jue.
“Kalau macam tu, aku rasa kehadiran surat ni tak akan mengganggu kau.”
Aku pandang Jue, ada surat di tangannya yang dihulur pada aku, “Surat apa ni, Jue?”
“Surat... dari Ash.”
Aku terpempan, “Kenapa baru hari ni kau bagi?”
“Sebab aku tak nak kau buat keputusan melulu. Aku takut isi surat ni akan buat kau berubah hati.”
Aku menggeleng, perlahan, “Tak mungkin aku akan berubah hati, Jue.”
“I believed you. Nah, ambiklah.”
Aku capai surat yang berlipat kemas itu, “Ash... marah aku?”
Jue menggeleng, “Lebih kepada kecewa tapi aku tak salahkan kau. Salah dia sendiri sebenarnya, terlalu memberi harapan pada diri sendiri padahal kau relaks je.”
“Aku bagi harapan ke pada dia?”
“Tak adalah. Dia yang perasan sendiri.”
“Jue...”
“Yup?”
“Jawab soalan aku ni dengan jujur, ye?”
Jue pandang aku dengan pandangan pelik namun aku hanya mengukir senyum, “Kau suka Ash, kan?”
Jue nampak terkejut dengan soalan aku namun dia ukir senyum, “Mengarutlah.”
“Jue, aku tahu. Kau tak pernah berani nak luahkan apa yang kau rasa sebab Ash terang-terangan menunjukkan perasaan suka dia pada aku, betul tak?”
“Dia takkan pernah pandang aku, Insyirah. Bagi dia, aku ni bukan yang selayaknya untuk dia.”
“Mana kau tahu? Kau tak pernah luahkan.”
“Kau pernah luahkan yang kau sayang Naufal?”
Aku terdiam. Aku terus memandang suamiku yang masih membasuh kawah sambil bersembang dengan Ilham dan Rizal, “Aku tak berani...”
“Aku pun macam tu tapi sekurang-kurangnya kau dan Naufal sudah ada ikatan yang tak mudah untuk dileraikan manakala aku dan Ash tidak pernah ada hubungan yang spesifik melainkan kawan baik semata-mata.”
“Ash tak nampak lagi tu, siapa yang sentiasa ada untuk dia. Nanti, mesti dia sedar.”
 “Bila tu agaknya?” Jue bertanya dengan senyuman tawar terukir di bibirnya.
Aku angkat bahu.
“Insyirah.”
“Yup.”
“Kenapa kau tak terima Ash padahal Ash tu...”
“Ash tu kaya, kacak, pandai?”
Jue mengangguk.
“Sebabnya, aku tak akan pernah suka lelaki yang kawan baik aku suka. Lagipun, memang aku tak pernah suka Ash sebab kadang-kadang dia tu suka cakap besar.”
“Kau memang tak pernah suka dia langsung?”
“Aku cuma suka dia sebagai kawan. Lebih dari tu, memang tak.”
“Kau sure?”
“Hundred percent sure!” Aku ketawa.
“Apa gelak kuat sangat ni, Puan Insyirah?” Mati ketawa aku bila Naufal menegur.
“Biarlah!” Aku sengih, “Awak nak air?”
“Boleh jugak. Buat satu jag teruslah. Boleh orang lain minum jugak,” Naufal sangkut tuala yang tersidai di bahunya pada leher aku.
“Ei, busuklah awak!” Aku sangkut balik tuala itu di leher Naufal.
“Eleh.”
“Eleh meleh! Jue, jom masuk. Jangan kawan dengan orang busuk ni. Wekkk!!” Segera aku tarik tangan Jue menjauhi Naufal manakala Naufal cuma ketawa dengan telatahku.


Bersambung...

p/s: Cinta itu ibarat kopi, kadang pahit kadang manis :)

48 comments:

  1. Waa. Sweetnya. Hehe. Naufal busuk suruh dia jauh2. Hehe

    ReplyDelete
  2. yup...cinta ibarat kopi...kadang pahit..kadang manis..tp kapi yg pahit tu la yg akan buat org ketagih..makin pahit makin besh..hehehe...naufal is sgt sgt suwittt...n gnti name diri "orang" mmbuatkan mrk lg nmpak suwittt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...manis2 gula ;)...kopi yg pahit, di dalamnya ada juga rasa manis...aicewahhhh

      Delete
    2. btol tu nme nyer cinta..walaupown dh tau akan bnyk bnde yg pahit tp org still lg nk cuba n cuba n cuba smpai la jumpa yg btol2 manis.. heheh

      Delete
  3. Suwittttyynyerr naufal & insyirah ni...best...cpt2 nxt n3 yer cik writer ;p

    ReplyDelete
  4. woott..woottt.. pandai gak Inche Naufal nih main sambar2 bibir ehh..ekekekeke
    seronok baca kisah depa berdua nih..
    gud job Najwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambar bibir...hikhik...thank you kak ayu :)

      Delete
  5. Alololo sweet depa ni. Lps ni kena tkr pnggilan bg sdp sikit haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...nak tukar panggilan tu, kena tunggu sampai konflik terbesar dulu...hohoho

      Delete
  6. Best...
    Tersangat - sangatlah sweet...#^_^

    ReplyDelete
  7. Semanis gula.... Aaawwwww......

    ReplyDelete
  8. nak kahwenn jugak..

    ReplyDelete
  9. wah,,,syoknya..baca sambil senyum2 je ni...kalau kawen mcm tu mmg nk kawen skrg jgk la...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...perkahwinan memang manis tambah2 kalau kita pandai mencoraknya *cewah, macam dah kawen*

      Delete
  10. alololo...comey je dorg ni... =)

    ReplyDelete
  11. masa untuk bermanja-manja pulak..hihi.. :)

    ReplyDelete
  12. suka cerita ni.... x pening kepala ..... so sweet insyarah dan naufal ..... bilalah si naufal nak beritahu tentang hati dia yang dah lama jatuh tergolek dengan insyarah .... hehehe
    insyarah surat tu kalau dah baca bagitahu dengan naufal supaya x berlaku perselisihan faham di kemudian hari..... untuk pengatahuan naufal sahaja.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.....lambat lagi kot naufal nak bagitau...surat tu akn mnyebabkan konflik nanti..hehehe...tunggu

      Delete
  13. saya terjumpa blog ni tak sengaja sebab ada kawan asyik like entri awak.saya pon terbukak, terbaca, dan terjatuh cinta. hee. sweet sangat! *baik sy stop sekarang.nanti melarat susah~* :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab sudi jengah blog yang tak seberapa ni :), eh...jgn stop...nanti rindu2 :)

      Delete
  14. amboihhh ekau insyirahh.. siang2 busyuk... malam2 wangi yerkk.. kah kah kah.. alahai.. sweet muet.. bagi lagi sweet plezzz?? kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...malam2 wangi...aiyok...hahahaha....nak sweet lagi? takboleh dah...doktor pesan, kandungan gula dalam darah dah makin tinggi...hehee

      Delete
  15. sweet lpas khwin xpew da halal..

    ReplyDelete
  16. heeeeeeeeeeee...da kawenn...... naufal sweettt!!! x sabo nk tggu nxt entry..... XD
    -song hyun sun-

    ReplyDelete
  17. as salam..
    dok jd silent reader je sblm nie..tp hri nie bru nk komen..
    trma ksih yer sbb Dia Imamku btul2 menambat hati sya yg membcanye..mmg sronok sgt bca DI nie...terbuai jer prasaan bla bca DI..suka sgt dgn watak Naufal...igtkn dia trpksa kwin dgn Insyirah..tp rupa2nya mmg dr kcik dh jd tunang dia..tiap2 hri dok tggu n3 bru jer..msti pnjg lg kisah mrka kn? pe pun thanks yer cik penulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi baca cerita tak seberapa ini :),

      Delete
  18. busuk 2 busuk la tp mlm kang dia jugak yang awak peluk kan insirah ahahaha

    ReplyDelete
  19. alolo. manjanye cik Insyirah ni ye, hehe

    ReplyDelete