Saturday 11 October 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 11)

“Mummy, masak apa tu?” Jihanna memeluk pinggang Puan Suhana yang sedang memasak.
“Jihan punya favourite, sambal sotong,” balas Puan Suhana, mesra.
Jihanna meleraikan pelukannya lalu dia bersandar di kabinet dapur, “Makanan kegemaran kak long?”
Tangan Puan Suhana yang sedang mengacau sambal sotong di dalam kuali terhenti.
“Kak long would be glad if mummy masakkan untuk dia,” ujar Jihanna, perlahan. Takut mummy terasa.
Puan Suhana tak menjawab sebaliknya dia mencapai pinggan kecil yang ada di rak pinggan lalu sambal sotong yang di dalam kuali dicedok ke dalam pinggan tersebut, “Jihan tolong letak lauk ni ke depan.”
Jihanna hela nafas sebelum mengangguk. Pinggan di tangan Puan Suhana bertukar tangan. Jihan yang baru nak berlalu terkaku bila ternampak Johanna yang bersandar bahu pada pintu dapur, “Kak long...”
Puan Suhana berpaling ke belakang. Johanna betulkan letak sweater pada tubuhnya lalu dia mendekati water dispenser yang ada di atas kabinet dapur. Gelas yang ada di tepi water dispenser dicapai dan terus dia memenuhkan gelas itu dengan air dari mesin itu. Johanna berpaling pada Jihanna, “Jihan ada panadol?”
Tak sempat Jihanna menjawab, Puan Suhana bersuara dulu, “Panadol ada kat dalam rak ubat kat depan. Laci nombor dua. Pia nak makan apa-apa ke? Nak mummy masakkan?”
Johanna angkat bahu, “Masaklah apa pun. Pia makan aje. Kalau Pia minta favourite food Pia, belum tentu mummy ingat, kan?”
Puan Suhana ketap bibir. Terasa seperti disindir walaupun riak wajah Johanna bersahaja, nadanya juga biasa-biasa. Betul, dia tak ingat apa favourite food Johanna. Hanya makanan kegemaran Jihanna dan Jehan saja yang dia ingat.
Jihanna mengeluh. Johanna dipandang. Isyarat mata diberikan pada Johanna. Kenapa cakap macam tu pada mummy?
Johanna jungkit kening. It’s a fact, dear sister.
“Pia rehatlah dulu kat atas. Nanti dah siap masak, mummy panggil.”
Johanna angkat bahu sebelum berlalu dengan gelas di tangan.
Jihanna pula mengeluh. Nak salahkan siapa ya dalam hal ni?

Johanna keluar dari bilik dengan dahi bertempek dengan KoolFever. Jehan, adik lelakinya mengamit dia supaya segera. Katanya mummy dah siap masak. Masa untuk makan malam satu keluarga, satu aktiviti keluarga yang tak dapat Johanna elak walaupun dia tak suka dengan aktiviti itu.
Sewaktu tiba di meja makan, Encik Suffian menjeling Johanna yang menarik kerusi bersebelahan Jihanna, “Lambat sangat nak tunggu tuan puteri tu turun makan. Yelah, tuan puteri kan? Nak makan pun kena berjemput bagai.”
Jihanna dah kerutkan dahi. Dah mula dah...
Johanna buat muka biasa.
Puan Suhana memegang tangan Encik Suffian yang ada di atas meja, “Sudahlah tu. Depan rezeki ni.”
“Jehan, baca doa makan.”
Jehan menadah tangan sebelum mula membaca doa makan. Johanna spontan mengukir senyum. Jehan dah besar. Jehan aje yang tak sedar apa yang berlaku di dalam rumah ni.
Usai bacaan doa dari Jehan, Puan Suhana mula mencedok lauk ke dalam pinggan Encik Suffian. Johanna pula pandang Jehan yang terkulat-kulat, tak tahu nak ambil lauk apa. Tiba-tiba Johanna rasa pinggangnya disiku lalu dia berpaling pada Jihanna, “Apa?”
“Makanlah.”
“Kak long tak ada selera.”
Jihanna buat muka sebelum sambal sotong diambil dan terus dia menyudukan lauk itu ke dalam pinggan Johanna, “Kena makan jugak, kak long. Kak long tu demam.”
“Ai, tuan puteri! Lauk pun nak dicedokkan ke? Dah tak ada tangan nak ambik sendiri?” Sindir Encik Suffian, tidak senang melihat Jihanna mencedok lauk ke dalam pinggan Johanna.
Johanna hela nafas lalu dia pandang Encik Suffian, “What about you daddy? Lauk dalam pinggan daddy tu pun mummy yang cedok. So, daddy tak ada tangan nak ambik sendiri?”
“Johanna Sofea!” Encik Suffian berdiri!
Jehan tercengang. Jihanna terkedu. Puan Suhana menggeleng, “Pia, siapa ajar Pia jadi biadap macam ni?!”
Johanna Sofea mencebik lalu mengangkat bahu. Sedikit pun dia tidak takut dengan jerkahan Encik Suffian.
“Biadap!” Ujar Encik Suffian, geram!
Johanna baru nak membalas namun tangan Jihanna kejap memegang lengannya, “Dahlah tu, kak long!”
Johanna mengeleng lalu pinggan yang masih belum bersentuh ditolak sedikit ke hadapan, “Pia tak lapar. Pia naik dulu!” Tanpa menunggu jawapan dari Puan Suhana dan Encik Suffian, Johanna terus berlalu.
Jehan pandang Jihanna. Terkejut! Jihanna hanya menggeleng lalu dia mengisyaratkan Jehan supaya terus makan.

Puan Suhana menolak pintu bilik Johanna. Nafasnya dihela melihat Johanna yang sudah terlena di atas katil dengan buku komik di dadanya. Perlahan-lahan dia mendekati Johanna lalu dia menutup buku komik yang terbuka sebelum dia meletakkan buku itu di atas rak sebelah katil.
 Dahi Johanna sudah tidak lagi bertempek dengan KoolFever disentuh. Puan Suhana segera menarik tangannya. Panas sungguh badan Johanna! Plastik KoolFever yang masih belum dibuka diambil lalu dikoyak bahagian atasnya sebelum kepingan KoolFever itu dikeluarkan dan ditempekkan di atas dahi Johanna dengan lembut.
Selimut ditarik lalu dia terus menyelimutkan Johanna sehingga ke paras dada. Dahi Johanna yang bertempek KoolFever dikucup lembut, “Selamat malam, anak mummy!”
Entah kenapa, naluri keibuannya tersentuh melihat Johanna. Dia tahu, dia sudah gagal menjadi seorang ibu selepas melihat gaya Johanna melawan cakap daddynya tadi. Dia tahu dia gagal menjadi ibu bila Johanna sudah jauh daripada dia dan suaminya. Dia sedar, sejak Jihanna dan Jehan lahir, Johanna tidak dipedulikan sangat apatah lagi dengan dia. Sejak kecil Johanna sentiasa bersama daddynya, tidak pernah berenggang dan dia pula memanjakan Jihanna. Namun hubungan rapat Johanna dan daddynya menjadi renggang apabila Jehan lahir.
Johanna yang sudah biasa menjadi lasak, sering membawa masalah kepada mereka dan selalu menjadi mangsa amarahnya. Bergaduh dengan anak jiran, pecahkan pasu jiran, pukul orang, buat kacau dekat sekolah... semuanya Johanna buat. Dulu dia sering marah pada Johanna, kononnya Johanna itu hanya memalukan keluarga tapi dia rasa dia silap. Johanna buat semua benda itu bukan kerana dia nakal tapi kerana dia mahukan perhatian. Perhatian dari mummy dan daddynya.
Sewaktu nak melangkah keluar dari bilik Johanna, kaki Puan Suhana terhenti apabila terlihat sejadah, telekung dilipat elok dan diletakkan di atas kerusi meja solek. Dia kembali berpaling pada Johanna. Dulu dia dan suaminya tidak menitikberatkan sangat pasal hal ehwal agama pada Johanna. Hanya selepas Jehan lahir baru mereka mula berubah namun tidak Johanna. Johanna lebih senang buat gaya tidak peduli bila dulu dia membebel tentang solat kepada Johanna. Tapi hari ni dia rasa tersentuh. Telekung yang dulu sentiasa berada di dalam almari, ada di luar tanda ia digunakan oleh tuannya.
Nafasnya dihela. Matanya ditala pada gitar yang disandarkan pada meja solek. Gitar yang buat hubungan dia dan Johanna semakin jauh. Dia bukan sengaja mahu marah pada Johanna dulu namun ketika majlis kenduri doa selamat sempena hari lahirnya, Johanna selamba saja bawa keluar gitar dengan gaya penyanyi jalanan lengkap berseluar jeans dan bert-shirt hitam. Sungguh dia dan Encik Suffian malu lantas Johanna diberi amaran supaya jangan keluar bilik selagi majlis tak selesai. Selepas majlis selesai, kaw-kaw dia dan Encik Suffian membebel pada Johanna. Tentang pakaiannya yang tak menghormati majlis, tentang gitar yang dibeli entah pakai duit dari mana dan macam-macam lagi. Namun dia tak nafikan... dia rindukan Johanna. Johanna yang sekarang, walaupun dekat terasa terlalu jauh untuk digapai.
Suis lampu bilik Johann ditutup lantas pintu bilik ditarik. Sewaktu dia nak melangkah masuk ke biliknya, dia nampak Jihanna memerhatikan dia dari muka pintu bilik Jihanna, “Jihan? Tak tidur lagi?”
Jihanna menggeleng, “Jihan nak tengok kak long tapi rasanya tak payah dah kot. Mummy dah tengok kak long.”
Puan Suhana rasa wajahnya berbahang, “Mummy nak masuk tidur dulu.”
Jihanna mengangguk, “Okey, mummy!”
Puan Suhana pulas tombol pintu bilik tidurnya namun dia tidak terus tolak pintu sebaliknya dia memandang Jihanna, “Kalau kata nanti kak long terjaga dan lapar, dia cari Jihan. Jihan panaskan aje sup dengan bubur yang mummy buat tadi, okey?”
Jihanna mengangguk. Bila mummy masak sup dengan bubur? “Mummy... er...”
“Hati mummy tak senang bila tengok kak long Jihan tu tidur dengan perut kosong.”
Jihanna hela nafas dan dia mengangguk lagi. Siapa kata mummy tak sayang kak long? Siapa kata mummy tak kisah pada kak long? “Good night, mummy. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam and good night, Jihanna Suhaila.”
“Awak pergi mana?” Tanya Encik Suffian sebaik saja Puan Suhana masuk ke dalam bilik.
Puan Suhana yang baru menutup pintu mendekati katil lalu dilabuhkan punggung di sisi suaminya, “Tengok Pia.”
Encik Suffian menjeling Puan Suhana sekilas lalu dia meneruskan pembacaannya. Puan Suhana menyandarkan badannya pada kepala katil. Nafasnya dihela, “Abang...”
Tiada respon dari Encik Suffian. Puan Suhana menoleh pada suainya.
"Bang..." Puan Suhana mencuit tangan Encik Suffian.
"Hmm...?"
"Naluri saya kata Pia tak menipu, bang."
Encik Suffian mengeluh, keras! "Percaya sangatlah pada Pia tu. Awak dah lupa waktu polis datang rumah kita, hantar Pia. Pia tu sertai gig haram, bergelumang dengan dadah, arak. Awak dah lupa? Malu saya pada jiran-jiran, adik beradik kita. Dia cakap dia nak tidur rumah kawan dia. Kita percaya, kita bagi dia kebebasan tapi dia hancurkan kepercayaan kita. Macam-macam dah dia buat untuk malukan keluarga kita ni! Dan saya percaya, peristiwa lemas tu tak pernah terjadi pun."
Puan Suhana mengeluh, "Tapi abang ingat tak, kita tak cuba dengar penjelasan Pia. Polis balik aje, abang terus pukul dia."
"Nak jelas apa lagi? Dah terang lagi bersuluh dia buat onar pada keluarga kita. Tak cukup dengan yang tu, dia pukul orang, masuk kumpulan entah apa, berkawan dengan manusia tak berjenis. Nama aje perempuan, perangai macam jantan!" Encik Suffian menggeleng kepala, kecewa.
"Abang dah lupa, dulu abang yang nak sangat anak lelaki. Bila Pia lahir, abang kecewa sangat. Abang yang ajar dia jadi lasak. Abang dah lupa? Bila Jehan lahir baru abang berhenti tukar Pia tu jadi lelaki. Abang dah lupa?"
Encik Suffian menjeling Puan Suhana, "Awak nak kata semua yang jadi ni salah saya?"
"Saya tak kata ni semua salah abang tapi saya rasa, kita patut berhenti menghukum Pia pasal benda lalu," luah Puan Suhana.
"Sekali kepercayaan saya hancur, saya takkan mudah nak bagi balik. Tambah bila dia pukul si Amelina tu. Malu saya pada ayah Amelina tu tau?"
"Abang pernah tanya Pia, kenapa dia pukul Amelina?"
Encik Suffian mendengus sebelum menggeleng. Ya, dia tak pernah tanya dan dia tak rasa nak ambil tahu sebab kenapa Johanna pukul Miley. Yang dia tahu, yang memukul itu bersalah, yang dipukul itu mangsa.

“Kak long!” Jihanna melompat naik atas katil Johanna sambil tersengih.
“Amboi, happy sangat nampak?!” Johanna yang sedang mengelap rambutnya yang separa basah menjeling.
“Lepaklah, kak long.”
Johanna sidai tuala yang dia gunakan tadi ke penyidai, “Mummy daddy dah keluar?”
Jihanna mengangguk, “Kak long nak keluar ke?”
Johanna mengangguk, “Kejap-kejap lagi. Bukan sekarang. Nak lepak dengan Cap.”
“Kak long ni dah baik sungguh ke?”
Johanna jungkit bahu lalu dia duduk di sisi Jihanna, “Dahlah kot!”
“Macam mana kak long boleh demam? Kak long Jihanna ni kan susah nak sakit."
"Dah nak demam..." balas Johanna, bersahaja.
"Kak long, best tak duduk sekolah berasrama?"
Johanna buat muka lalu menggeleng, "Dah namanya sekolah, haruslah tak best! Tapi best jugaklah sebab ada member yang sempoi. Kak long still tak boleh percaya yang kak long boleh berkawan dengan perempuan."
Jihanna mencebik, "Siapa lagi sempoi? Jihan ke member kak long tu?"
Johanna memandang Jihanna lalu dia buat muka, "Jihan tak best, anak mummy dengan daddy!"
"Jahatlah, kak long!" Bantal kecil milik Johanna dicampak. Geram!
"Bila masanya kak long jadi baik, Jihan?"
Jihanna senyum lalu dia memeluk bahu Johanna, "Kakak Jihanna Suhaila baiklah, baik gila walaupun dia kasar, kadang-kadang degil, hati macam batu tapi kak long sangat baik."
"Yelah tu..."
"Ye..." Jihanna senyum lalu dia kembali berbaring, "Kalau bukan sebab Jihan, kak long mesti takkan kena tukar sekolah, kan?"
"Jihan..." suara Johanna bergetar. 
"Kak long belasah Miley sebab dia cakap benda buruk pasal kita, cuba buat benda tak elok pada Jihan..."
"Jihan..."
"Mummy daddy should know about this."
"They need to know nothing, Jihan. Lagipun benda dah lepas, they won't remember."
"Kak long..."
Johanna senyum tawar, "Kalau birthday kak long pun dia orang tak ingat, takkanlah peristiwa kak long menconteng arang kat muka dia orang macam tu dia orang nak ingat?"
"Kak long..."
"End of discussion, dear Jihanna..."
Jihanna mengeluh. If only our parents know, kak long...
"Kak long! Kak ngah!" 
Serentak Jihanna dan Johanna kalih memandang pintu bilik yang terbuka. Jehan Putra memuncungkan mulutnya.
"Kenapa budak kecik?" Johanna turun dari katil lalu mendekati Jehan.
"Kata nak main playstation dengan Jehan. Jomlah!"
Johanna sengih keji, "Kalau Jehan kalah?"
"Jehan belanja kak long makan ais krim dekat kedai depan."
"Kalau kak long kalah?"
"Kak long kena belanja Jehan KFC."
Johanna ketawa, "Mana aci! Tak adil kot."
"Ala, Jehan mana ada duit lagi nak beli makanan mahal-mahal."
Johanna ketawa lagi. Pipi Jehan yang berusia sebelas tahun itu ditarik, "Yelah!"
Jihanna bingkas turun dari katil Johanna, "Dah, kak ngah nak buat apa?"
Jehan dan Johanna sama-sama berpaling ke belakang, "Jadi pengadil, please!"
Jihanna mencebik! Asyik-asyik dia aje jadi pengadil. Diskriminasi! Jihanna merungut di dalam hati namun dia tetap melangkah mengikut langkah Jehan dan Johanna.

“Kak long, lama ke kak long keluar?”
“Tak lama,” Johanna menggeleng, “Kak long nak lepak dekat skate park dekat sana tu je, dengan Cap.”
“Kalau mummy dengan daddy tanya?”
Johanna pandang Jihanna, “Cakap aje kak long keluar.”
“Mak Mah!” Johanna menjerit apabila kasut Converse miliknya tiada di rak kasut.
“Ya, Johanna?”
“Mak Mah ada nampak kasut Jo tak dekat sini?”
Mak Mah kerutkan dahi, “Kasut Jo yang mana satu?”
“Yang warna merah hitam tu, ada nampak?”
“Oh, ada! Tuan suruh letak kasut tu dalam stor.”
Johanna terdiam. Jihanna ketap bibir. Oh man!
“Oh, Mak Mah tolong ambilkan boleh?”
Mak Mah menganggukkan kepalanya, “Kejap ya, Johanna?”
Johanna senyum lalu mengangguk, “Okey!”
“Kak long...” seru Jihanna selepas Mak Mah berlalu pergi.
“Daddy tu...” Johanna pandang Jihanna dengan mata yang berkaca, “Memang benci kak long kan?”

Bersambung...

p/s: Sedih sikit ya bab ni? :(

34 comments:

  1. Sian nye johanna... :'(
    **rse cam nk kick je daddy Jo tu..huh!

    ReplyDelete
  2. Sian jo-pia! :'( kalo lah daddy tau.. Huhuhu.. Pdhl dlu jo lah ank kesygn..tp jo still baik ngn adk2 sia.. Sobs!! T.T

    ReplyDelete
  3. Sedih nya.. bila parent jo nk tau hal yg sebenarnya ek.. sian jo...

    ReplyDelete
  4. Menitis bila baca bab 11 ni najwa.... tersentuh hati cheq ni..😭😭😭😭😭 johanna... oh johanna....

    ReplyDelete
  5. Kesian Johanna.

    ReplyDelete
  6. Aduhaii..klu bab seblm ni leh gelak2 senyum2& sengih2..tp bab 11ni
    mmg sentap giler..
    sampai hati daddy buat jo mcm musuh...wlpn mummy cam nak berubah..tp kenapa dia xberusaha sgt nak rapat dgn jo..

    Best! ♡♡♡ tq najwa..

    ReplyDelete
  7. Bergenang ayaq mata dik oii, cian kat pia, sabaq no...

    ReplyDelete
  8. Ya Allah .. tak kuat rasenye kalau sye kt tmpat jo .. kesian sangtt .. tp mmng sifat seorg ayah mcm tu . hati keras tp sebenanye die sayang .. one day daddy jo pasti akan tau jgk kebenaran tu .. sabar ye jo .. sedih aihh . akak da buat hati ni sedih pilu tau takk . hihi .. best :D

    ReplyDelete
  9. Apakah punya bapak??? Sekali dia dah tahu siapa salah, baru tau langit tu tinggi ke rendah. Haih bapak bapak...

    ReplyDelete
  10. Aduhai!!!! Sentap giler kot.. buat diri sendri rasa nak marah kaw kaw.. uhuks

    ReplyDelete
  11. Adehh la jihan...nape nye nk simpan lg...sian le ke kak long tu....btau je mummy daddy..

    ReplyDelete
  12. sedih sgt nih..sobsob
    -nadhira-

    ReplyDelete
  13. Mengapa terlalu membenci anak yg membuat kesalahan sedangkan mereka perlukan bimbingan dan panduan agar tidak ulangi kesilapan itu lagi... jgn pilih kasih.... setiap anak ada keistimewaannya tersendiri

    ReplyDelete
  14. Nangis..xsdr kot mata brgenang..napa daddy dia x siasat dulu, ni tau nk mghukum je

    ReplyDelete
  15. Pehal daddy jo ni --'

    ReplyDelete
  16. Bukan sikit dah,ini banyak punya sedih T.T

    ReplyDelete
  17. Bukan sikit dah,ini banyak punya sedih T.T

    ReplyDelete
  18. Eiiiii kesiannya kat jo. Awat bapak dia wat lagu tu. Hadi penyembuh luka itu hahahaa -inas-

    ReplyDelete
  19. Sangat sedih.. Sya pun turut terasa tempiasnya. warghh, T_T

    ReplyDelete
  20. Sdehnyaa..huhu.. Kesian pia.. InsyaAllah one day daddy pia akn sdr jgk.. Tp seronok tgk pia rapat ngn adk2 dia.. Nice sister.. Dia x brdendam pun dgn adk2 dia kan.. Love it! <3
    tq najwa :-)

    ReplyDelete
  21. sian kat johanna .....ntah apa2 parent dia tu....tak sabarnyer .....nunggu n3 seterusnya......tabahlah hati...

    ReplyDelete
  22. Kesian johanna...byk pengetahuan dlm mendidik anak2 kat sini....

    ReplyDelete
  23. Alahaiiii lagi2 jo yg kena
    Smpi bila airmata jo nk kering ni
    siannnn dia

    ReplyDelete
  24. How i wish i hve your telent sis...atleast u cn express ur feeling in writing...keep it up...pedih mata sbb mnangis baca this n3...huhuhu

    ReplyDelete
  25. ayah jo tak sedar lagi betapa silapnya dia mengabaikan anak nya tu...sabar jo

    ReplyDelete
  26. Lagi...lagi. ..sedih tapi nak baca citer ni lagi...sambung cepat please. ..

    ReplyDelete
  27. Kak cepat sambung entry baru..dah tak sabaq ni -jemey-

    ReplyDelete
  28. da lame tgu bab 12...huhu..lambatnya.... tiap ari check tgk ade tak...

    ReplyDelete
  29. bila nak sambung ....x sabar ni..

    ReplyDelete
  30. Betullah... Najwa bila nak sambung FLY ni ya? Dah tak sabar nak baca cerita seterusnya.

    K.mid

    ReplyDelete