Monday 25 June 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 21)

Ulfah bergolek ke kiri dan kanan. QiQi yang ada dihujung katil, ditarik dengan kaki. Masuk hari ni, dah hari ketiga Thaqif tidak menghubunginya. Nak telefon sendiri, segan. QiQi diletakkan di atas perut. “QiQi yang kucinta, mana Encik Adam kita ye? Sombong dia sekarang, kan? Baru pergi kursus dah menyombong dengan kita, kan?”
Kepala QiQi ditolak sendiri dengan tangan. “Betul. Betul. Betul.” Suaranya dikecilkan.
Ulfah kemudiannya mengeluh. Cincin di jari, direnung. “Lagi dua bulan, aku akan jadi milik dia. Dia boleh ke terima kekurangan aku?”
Menjadi Diriku berlagu. Ulfah terus bangkit dari baring. Rambut panjangnya diikat kemas. Dia berdehem beberapa kali. C3 dicapai dan terus dia tekan butang hijau tanpa lihat siapa pemanggilnya. “Hello. Assalamualaikum.”
“Budak Kambing!”
Mati senyuman Ulfah. “Zira Toek.”
“Kenapa suara kau macam lemah tak bermaya ni?”
“Tak ada apa-apa. Aku biasa je.”
“Budak Kambing, nak share apa-apa?”
“Tak ada apa-apa.” Ulfah menggeleng namun dia tahu Azira tidak nampak gelengannya. “Macam mana kerja?”
“Best. Bos okey, kawan-kawan kerja pun okey. Setakat ni, Alhamdulillah.”
“Baguslah macam tu.”
“Kau tak nak kerja, Ulfah?”

Thursday 21 June 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 20)

“Aidil Taufiq, makan dulu. Mama dah masak ni.”
Aidil pura-pura tidak mendengar sebaliknya dia terus naik ke biliknya.
Mama pandang Thaqif.
“Mood dia tak berapa baik, ma.”
“Kenapa?”
Thaqif angkat bahu. “Entahlah.”
Mama angguk. Aidil jarang nak bad mood. Dia marah macam mana sekalipun, dia akan ukir senyum. Kalau Thaqif marah, satu dunia dia nak sembur.
“Ma, Adam balik malam ni. Esok kena pergi Ipoh. Kursus.”
“Dah beritahu Ulfah?”
“Ya Allah, Adam terlupa. Nanti Adam beritahu dia.”
Mama geleng kepala. “Memang betul pergi kursus kan?”
“Maksud?”
“Manalah tau, Adam konvoi vespa.”
Thaqif ukir sengih. “Kalau Adam konvoi, mesti Adam beritahu mama.”
“Yelah tu.”
“Papa mana, ma?”
“Surau. Hari ni ada ceramah dekat surau. Saja papa kamu pergi.”
Thaqif angguk kepala. “Adam nak mandi dulu. Nanti Adam turun, makan.”

Tuesday 19 June 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 19)

Aidil ukir sengih bila wajah masam Sara Lilyana menyapa matanya.
“Cuba senyum sikit. Masam je.”
Sara Lilyana buat tidak peduli. Aidil geleng kepala. “Kenapa awak sangat keras dengan saya?”
“Suka hatilah.”
“Mana tudung?”
“Saya tak ada tudung.” Masih dengan nada yang sama dia menuturkan.
Aidil garu kepala. “Jom. Kita pergi cari.”
“No.”
“Lily!”
Sara Lilyana mencerun pada Aidil. “ Siapa bagi awak mandat panggil saya Lily?”
“Sayalah.”
“Sara. Panggil saya Sara.”
Aidil geleng. “Nope, Lily! Muktamad!”
Sara Lilyana mendengus. “Bila nak mulanya?”
“Tak sabar nampaknya.”
“Cepat buat, cepat habis.” Sara Lilyana buang pandang ke luar Kopitiam. Tidak betah dengan lelaki itu. Bukan dengan Aidil, malahan dengan semua lelaki.
“Kenapa awak tak suka saya?”
“None of your business.”
“Okey.” Aidil tarik nafas. “Awak benci saya?”
“Sangat.”
Aidil mengeluh. “Apa salah saya?”

Tuesday 12 June 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 18)

Ulfah renung telefon bimbit. Tiada pun misscalled atau pun mesej yang ditinggalkan oleh Thaqif. Tipulah kalau tak terasa. Dia bangun dari katil.
Tiba di muka pintu Menjadi Diriku berlagu. Dia segera berlari mendapatkan C3 di atas katil.
Ternyata Adam Thaqif yang menelefon. Dia melambung telefon di tangan, memikirkan ayat apa yang harus dia tuturkan kepada Thaqif. Dia akhirnya menekan butang hijau.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Suara itu kedengaran perlahan.
Ulfah ketap bibir. Dia mati kata.
“Ulfah.” Di talian, lelaki itu memanggil lembut.
“Ye?”
“Saya minta maaf.”
“Untuk?” Sengaja dia bermain tarik tali.
“Sebab saya termarah awak tapi saya tak sengaja nak tinggi suara macam tu. Saya risau, saya takut saya apa-apa terjadi pada awak.”
“Saya pun minta maaf jugak. Saya sepatutnya lebih berhati-hati, kan?”
“We’re even, kan?” Suara lelaki itu kedengaran ceria. “Kita saling memaafkan, okey?
“Okey!” Ulfah bersuara, satu nada dengan lelaki itu.
Kemudian, talian kembali diam.
“Awak.”
“Ye?” Ulfah menjawab.
“Awak tahu tak marah tu tanda apa?”

Friday 8 June 2012

Lagu Untuk Kamu ;)

Setiap kali aku buka blogmu
Aku mencari entry baru
Sungguh aku rindu
Walaupun aku tidak tahu siapa kamu

Setiap hari aku buka facebook page-mu

Aku mencari post darimu
Gembira rasa hatiku
Bila kau buat status baru

Petikan gitarmu buat aku terharu

Alunan suaramu buat aku haru biru
Sungguh aku tidak tahu apa terjadi padaku
Adakah aku sudah jatuh hati padamu?

Debaran di dada

Cuba aku tepis
Getaran di jiwa
Cuba aku hapus
Namun aku tidak berjaya
Namamu aku sebut setiap masa

Orang kata aku gila

Suka pada kamu
Yang aku tidak tahu siapa
Namun apa dayaku
Gerak jarimu memetik gitar
Memikat hatiku

Petikan gitarmu buat aku terharu

Alunan suaramu buat aku haru biru
Sungguh aku tidak tahu apa terjadi padaku
Adakah aku sudah jatuh hati padamu?


p/s: puisi yang saya buat secara suka-suka  :)