Tuesday 12 June 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 18)

Ulfah renung telefon bimbit. Tiada pun misscalled atau pun mesej yang ditinggalkan oleh Thaqif. Tipulah kalau tak terasa. Dia bangun dari katil.
Tiba di muka pintu Menjadi Diriku berlagu. Dia segera berlari mendapatkan C3 di atas katil.
Ternyata Adam Thaqif yang menelefon. Dia melambung telefon di tangan, memikirkan ayat apa yang harus dia tuturkan kepada Thaqif. Dia akhirnya menekan butang hijau.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Suara itu kedengaran perlahan.
Ulfah ketap bibir. Dia mati kata.
“Ulfah.” Di talian, lelaki itu memanggil lembut.
“Ye?”
“Saya minta maaf.”
“Untuk?” Sengaja dia bermain tarik tali.
“Sebab saya termarah awak tapi saya tak sengaja nak tinggi suara macam tu. Saya risau, saya takut saya apa-apa terjadi pada awak.”
“Saya pun minta maaf jugak. Saya sepatutnya lebih berhati-hati, kan?”
“We’re even, kan?” Suara lelaki itu kedengaran ceria. “Kita saling memaafkan, okey?
“Okey!” Ulfah bersuara, satu nada dengan lelaki itu.
Kemudian, talian kembali diam.
“Awak.”
“Ye?” Ulfah menjawab.
“Awak tahu tak marah tu tanda apa?”

Ulfah garu kepala. ‘Apa tanya soalan jenis macam ni?’
“Otak saya tak berfungsi dengan baik malam ni. Marah tu tanda apa?”
Terdengar keluhan di talian sebelah. “Marah itu tandanya sayang, awak.”
Erk! Ulfah terdiam. ‘Dia nak cakap dia sayang akulah ni?’
“Awak sayang saya la ni?” Direct Ulfah bertanya.
“Saya tak mahu jawab lagi soalan awak tu. Tunggu saya jadi suami awak yang sah, baru saya cakap saya sayang awak ke tak.”
“Awak tak cakap pun saya dah tahulah.” Gumam Ulfah di talian.
“Apa?”
“Tak ada apa-apa. Dah lewat ni awak.”
Thaqif ketawa. “Awak memang pandai tukar topik kan, Ulfah Syuhada.”
“Mana ada.”
“Yelah, pergilah tidur. Dah lewat ni.”
“Tahu pun.”
“Menjawab!”
“Ye. Tak jawab dah.”
“Good girl.”
“Tell me something I don’t know.”
“Riak! Dah, Ulfah Syuhada. Go to bed now.”
“Ye. Good night. Assalamualaikum.”
“Good night. Sweet dream. Waalaikumsalam.”
“P/S, saya memang tahu marah itu tandanya sayang. Saya saja nak dengar awak yang cakap sendiri. Night Adam.” Dan talian pun dimatikan.

“Aidil, cuti ni tak nak buat part time ke?”
Soalan dari Thaqif buat Aidil yang lepak di depan televisyen termangu. “Aku malas.”
“Boleh cari pengalaman baru.”
Aidil garu kepala. “Aku bukan tak nak tapi aku bukan reti nak bekerja dengan orang ni.”
“Macam tu pulak.”
“I’m a lone ranger. Kalau nak berkepit pun dengan budak Izuan tulah.”
“Jadi freelance photographer macam aku.”
“Tak nak aku.”
“Aku nak bagi satu job untuk kau sebenarnya.” Thaqif bersandar di sofa. “Tapi kalau kau dah tak nak, aku tak boleh buat apa.”
“Sekejap! Job apa sebenarnya?”
“Job untuk satu magazine ni. Pasal Pesta Flora Putrajaya.”
“Tangkap gambar bunga jelah?”
“Something like that. Artikel dia orang akan buat sendiri but they need a photographer.”
“Kenapa kau tak ambil je?”
Thaqif tersengih. “Aku sibuklah. Dengan persiapan wedding lagi. Nak tempah itu, ini. Kerja menimbun lagi dekat ofis. Sabtu dan Ahad aku fully-booked. Kalau tak dengan vespa aku, dengan mama. I’m a very busy man, Aidil.”
“Yelah. Bila?”
“Next week. Hari Sabtu. Are you in, my brother?”
“Payment macam mana?”
“Yang tu, between you and that magazine.”
“Ok. Deal.”
“Aidil.”
“Yup.”
“Take this opportunity to show Malaysian the skilled you have.” Thaqif tersengih. “Mana tau, kalau ada rezeki, kau akan kerja untuk magazine tu nanti lepas graduate.”
“InsyaAllah.” Aidil angguk kepala. Itulah Adam Thaqif. Kuat membuli. Kuat membebel tapi dia seorang abang yang baik. InsyaAllah.

Aidil betulkan letak cap di kepala.  DSLR di angkat, beberapa keping gambar bunga, taman bunga, dan lain-lain masuk di dalam memori kad DSLR. Panas terik cuaca di Putrajaya namun dia tidak kisah. Normallah Malaysia panas. Macam tak biasa.
“Aidil.”
Dia berpaling pada Izuan yang setia mengikutnya sampai ke Putrajaya. “Kenapa?”
“Aku nak duduk kat situ. Apa-apa hal, cari aku kat situ. Okey?”
“Kenapa?”
“Aku rasa mengantuk tengok bunga.”
Aidil ketawa. “Hah, pergilah tapi kau jangan nak mengorat awek pulak. Kesian tunang kau dekat Kelantan tu.”
“Aku setia, weh.” Izuan ketawa sebelum berlalu ke bawah sebuah wakaf kecil manakala Aidil terus berjalan.
Dia bukan mat bunga yang jiwa-jiwa karat punya tapi dia suka bunga. Cantik. Ciptaan Allah yang menyejukkan mata, baginya.
Tiba-tiba,
BUK! Dia dilanggar oleh seseorang dan tanpa diduga, bajunya dibasahi air pepsi.
Aidil cepat-cepat masukkan DSLR ke dalam beg. Baju yang basah dikibas. Terasa melekit di bahagian dada. Air pepsi kot.
“Awak, sorry. Tak sengaja.” Suara seorang gadis menyapa telinganya.
Aidil ketap bibir. Nak marah tapi benda dah jadi. Perkara seperti ini pasti berlaku di kawasan sesak. “It’s okay.” Aidil sedaya upaya ukir senyum sebelum angkat muka dan dia terpempan. Gadis itu juga sudah berubah reaksinya. Pertemuan tak diduga oleh dua manusia itu. Sekali lagi, takdir Allah menemukan mereka berdua.

“Awak buat apa dekat sini?” Sara Lilyana bersuara, keras.
Aidil angkat kening. “Eh, suka hatilah saya nak buat apa dekat sini! Saya ada hak apa sebagai warganegara Malaysia.”
Sara Lilyana mendengus. Rasa bersalahnya sudah bertukar. Dia geram apabila asyik bertemu dengan lelaki romeo di depannya itu.
“One more thing, dekat Putrajaya ni tak ada pulak dia cakap Kawasan Larangan bagi Aidil Taufiq.”
“Entah-entah awak stalk saya, tak?”
“Stalk awak?” Aidil buat muka. “Tak ada kerja nak buat benda macam tu. True, I’m attracted to you since the first time I met you but now...” Aidil pandang Sara Lilyana atas bawah. Gadis itu comel. Dengan baju t-shirt lengan panjang dan seluar jean hitam. Gadis itu sangat comel dan pastinya lebih comel andai ada hijab yang menutup rambut gadis itu.
“Apa?” Gadis itu bersuara keras. Dia tak suka cara Aidil memandangnya.
“Awak ni singa dan saya tak suka berkawan dengan singa macam awak!” Suara Aidil dah satu nada dengan gadis itu.
“Aidil Taufiq?” Satu suara menegur Aidil.
Dia berpaling dan bibirnya mengukir senyum manis. “Eh, Ayu! What a coincindence? Awak buat apa dekat sini?”
“Tengok flora lah, dah namanya pun Pesta Flora, kan?”
Aidil mengangguk sambil ketawa.
Sara Lilyana ketap bibir. ‘Dasar romeo!’
“Saya pun tak berminat nak berkawan dengan romeo macam awak!” Bisik gadis itu, keras sebelum berlalu meninggalkan Aidil.
Aidil angkat kening. “Baju saya siapa nak ganti?” Aidil menjerit.
Sara Lilyana berpaling. Wajahnya cemberut. “Romeo, gantilah sendiri. Wekkk!!” Lidahnya dijelir pada Aidil.
“Siapa tu?” Gadis bernama Ayu itu bertanya, pelik.
“Singa!” Aidil ukir senyum namun matanya masih melirik kepada Sara Lilyana. “Husband awak mana?”
“Ada dekat sana.” Ayu tersenyum.
Aidil turut membalas senyuman Ayu. Tidak disangka langsung dia akan berjumpa semula rakan sekolahnya yang sudah melangsungkan perkahwinan dalam usia muda.

Sara Lilyana memuncungkan mulut ketika di gerai mummynya. Mummy bukak gerai di Pesta Flora, jadi dia datang menolong.
“Kenapa ni?”
“I met a romeo on my way here.”
“Romeo?”
Sara Lilyana mengangguk. “Fresh lilies ye, mummy?” Dia capai satu kuntum sebelum menghidu bau segar bunga lili. Bibirnya yang tadi muncung terus terukir senyuman.
Mummy mengangguk. “Of course. Untuk anak mummy.”
Sara Lilyana peluk mummy. “I love you, mummy.”
“I know. Tolong mummy ambilkan bunga tulip tu.”
“Wah, cantiknya! Baru sampai ke, mummy?” Sara Lilyana tersengih. Dia sukakan bunga. Sejak dari kecil, dia membesar dengan bunga.
“Yelah.”
“Excuse me.”
Mummy angkat muka dari menyusun bunga, Sara Lilyana pula terlepas bunga di tangan.
Budak romeo yang bernama Aidil Taufiq berdiri di depan gerai mummy dengan sehelai baju t baru!

Sara Lilyana tengok lelaki di depannya itu. Baju Harimau Malaya yang tersarung di tubuh lelaki itu nampak sangat padan dengan lelaki itu. Seolah-olah dia salah seorang pemain bola sepak Malaysia namun Sara Lilyana cepat menggeleng. Tak sangka dia boleh membayangkan lelaki ini sebagai pemain bola sepak Malaysia. Teringat balik peristiwa di gerai mummy tadi.
“Ye. Boleh saya bantu?” Mummy bertanya.
“Saya nak jumpa cik adik manis tu. Dia ada hutang dengan saya.”
Sara Lilyana jungkit kening. “Hello, Mr. Romeo! Saya tak ada hutang dengan awak, okey?”
“Hello, Cik Singa! Obviously awak dah tumpahkan pepsi atas baju saya!”
“Lily, pergi berbincang dengan this young man dekat luar. Mummy nak buat bisnes.”
Suara mummy tegas.
“Outside!” Sara Lilyana keluar dari gerai dan di kawasan penuh bunga ini menjadi tempat untuk mereka berbincang.
“Awak nak cakap apa sebenarnya? Cepat sikit, saya nak tolong mummy saya.” Sara Lilyana dah bersuara. Tak tahan dengan kebisuan Aidil yang asyik menangkap gambar.
“Saya nak awak bayar balik duit baju tu.”
“Berapa awak nak?” Dompet di poket kiri dicapai.
“Saya tak nak duit. Pay me with...” Aidil mendekat dengan Sara Lilyana dan dia cuma berhenti beberapa inci saja dari Sara Lilyana.
Sara Lilyana telan liur. ‘Ya Allah, gila ke apa lelaki ni?’ Dia paling wajah ke kiri. Dia menyambung ayat yang dituturkan Aidil di kepalanya sendiri. ‘Pay me with your kiss! Arghhh!! Damn you, Mr. Romeo!’
“Kenapa awak paling muka.?” Hembusan nafas Aidil begitu dekat di pipi Sara Lilyana.
Sara Lilyana pejam mata. Dalam diam, jantungnya berdebar kencang.
“Pay me by being my model.” Suara Aidil dah menjauh. Sara Lilyana buka mata dan dia terkedu saat Aidil sedang mengambil gambarnya.
“Awak!” Sara Lilyana tuding jari ke arah Aidil.
Aidil ukir senyum nakal. “Jadi model saya atau saya betul-betul cium awak nanti.”
“Ergh!! Pervert!” Sara Lilyana laju meninggalkan Aidil.
“Sara Lilyana, saya serius ni!”
Sara Lilyana berpaling kepada Aidil. “Fine. Bila?”
“I’ll tell you later. Cuma bila jadi model saya nanti, please wear a hijab. You’ll look awesome in hijab.” Aidil senyum dan terus berlalu.

To be continued....

p/s:cerita tentang aidil ^^

12 comments:

  1. Mula benci lps tu syg la ek hihi. sikit sgt citer thaqif n ulfah.x puas bc

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...entry kali ni khas untuk sara dan aidil...thaqif dan ulfah skit je ^^

      Delete
  2. Mula benci lps tu syg la ek hihi. sikit sgt citer thaqif n ulfah.x puas bc

    ReplyDelete
  3. Mula benci lps tu syg la ek hihi. sikit sgt citer thaqif n ulfah.x puas bc

    ReplyDelete
  4. Aidil memang nakal erk...#^_^
    Nape rasa macam pendek je...-_-#

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek ke???rasa macam biasa je...hahaha...takpe2, next week saya up bab baru, mungkin panjang sikit dari yang ni :D

      Delete
  5. Good job najwa.. mmg sweet :D

    ReplyDelete
  6. comelcomel :) aidil and adam duadua ada cara tersendiri utk express their love. tpi duadua sweet :) cik writer. jjang!

    kDija

    ReplyDelete
  7. oh... sweet Aidil nih.. tp nakal kemain.. x suka lelaki mcm nih.. hmm, cite best najwa.. tp kalu boleh lebihkan ayat.. bukan dialog tp ayat penerangan.. baru feel lebih.. tp tetap okay.. cuma nnti leh kasi panjang sikit kan... =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, okey...will do, insyaAllah...thank you thank you :)

      p/s:aidil nakal yang comel :)

      Delete