Friday 3 August 2012

Dia Imamku (Bab 2)

Selesai saja solat terawih malam itu, aku terus lepak depan televisyen walaupun kaum-kaum ibu dan kaum-kaum Hawa melepak di dapur.
“Insyirah, kenapa kau duduk kat sini?”
Aku angkat kening pada Yana, sepupu aku yang tinggal di Kuantan. “Kenapanya? Tak boleh ke?”
“Bukan tak boleh tapi kau tak nak dengar ke apa kaum-kaum ibu kat dapur tu tengah bersembang pasal orang yang nak datang raya pertama nanti.”
“Buat apa pergi dengar orang tua bersembang? Malaslah!” Ujar aku, bersahaja.
Yana kerut dahi. “Kau nilah. Kau tahu tak, ada orang nak datang meminang raya pertama ni.”
“Meminang siapa? Kau?” Tanya aku acuh tak acuh. Mata aku masih melekat di kaca televisyen. Malas nak ambil tahu sangat. Kalau datang meminang, mesti tak berkaitan dengan aku.
“Ish, bukan aku tapi kau!”
Aku yang sedang elok nak ketawa dengan lawak Johan Raja Lawak terus tersedak. “Kau nak melawak pun, pada-padalah Yana.”

“Aku serius, Insyirah!”
Wajah serius sepupu yang sorang tu buat aku berdebar tiba-tiba. Aku terus angkat punggung dan berlalu ke dapur. Aku menyorok di balik tiang. Dada yang berdebar semakin kuat debarannya.
“Insyirah tak kisah ke kalau dia kena kahwin dulu dari Imanina” Aku terdengar opah bersuara.
Aku rasa nak pitam di balik tiang itu. Rasa seram sejuk satu badan. ‘Kahwin?!’
Aku kemudian terdengar mama bersuara, “InsyaAllah dia boleh terima. Untuk kebaikan dia juga. Kalau Imanina, dia ni dah ada yang punya. Lagipun, Imanina ni tua empat tahun dari Naufal. Insyirahlah yang paling sesuai dengan Naufal.”
“Tapi ma, tak rasa tergesa-gesa sangat ke?”
Aku angguk sendiri dengar bicara along pada mama.
“Terpaksa, Iman. Dulu, arwah atuk kau dah berjanji dengan Tok Man untuk jodohkan cucu mereka. Tahun ni, tahap kesihatan Tok Man tak berapa nak memberangsangkan, jadi dia minta Naufal tunaikan wasiat tu sebab Naufal tu cucu sulung.”
“Naufal tu tak kisah ke, ma? Selalunya budak lelaki, liat sikit benda-benda macam ni.”
‘Naufal?!” Aku terpempan. Sumpah aku terkejut.
“Naufal tu rapat dengan atuknya. Lagipun, dia memang suruh ibunya carikan jodoh untuk dia.”
“Lagi satu, si Naufal tu masih belajar, kan? Macam mana dia nak sara angah?”
“Iman ni, risau betul dengan Insyirah,” aku dengar mak ngah bersuara.
“Adik Iman, mak ngah.”
“Naufal tu dah dalam tahun terakhir. InsyaAllah, balik dari Ireland nanti, terus dia kerja.”
“Ayah kata apa, mama?”
“Ayah tak kisah. Masalah kita sekarang, Insyirah. Macam mana kita nak cakap dekat dia,” aku dengar mama bersuara separuh mengeluh.
Aku keluar dari balik tiang. “Angah ikut mama.”
Aku lihat wajah semua yang ada di dapur itu seperti terlihat hantu pocong.
“Angah…” aku tengok along, aku ukir senyum.
“Kalau mama rasa angah boleh bahagia dengan Naufal tu, angah terima.”
Dan aku terus dengar mama mengucapkan syukur pada Allah.

“Angah dah gila ke?” Aku angkat kening bila dipanggil gila oleh along.
“Kenapanya?” Aku duduk atas toto yang dah siap dibentang.
“Kenapa angah setuju? Angah kenal ke Naufal tu?”
Aku geleng.
Along aku lihat mengeluh, “Angah, angah sedar tak angah sedang menggadai kehidupan angah?”
“Kenapa pulak?”
“Macam mana angah nak kahwin dengan lelaki yang langsung angah tak kenal?”
Aku angkat bahu.
“Angah!”
“Along dah tahu kan pasal benda ni?”
“Ye.”
“Kenapa tak beritahu angah? Dan kenapa tiba-tiba along macam marah je bila angah setuju?”
“Bukan along marah, along terkejut sebab angah langsung tak bantah. Terus setuju je. Along expect angah minta masa dekat mama tapi angah terus setuju.”
“Along ingat hari tu?”
“Apa?”
“Mimpi angah.”
“Ha, kenapa?”
“Ingat lagi tak nama lelaki tu?”
Along diam memikir dan kemudian dia terlopong, “Naufal kan?”
Aku angguk.
“Tapi ramai orang nama Naufal, angah. Bukan dia satu-satunya.”
“Ingat tak Naufal dalam mimpi angah belajar kat mana?”
Along diam lagi, memikir.
“Ire…”
“Land,” sambung aku sambil mengangguk.
“Subhanallah! Indahnya percaturan dariNya.” Along senyum. “Semoga dialah Naufal yang muncul dalam mimpi angah tu.”
“InsyaAllah, amin.”

“Assalamualaikum.”
Aku yang sedang melipat baju angkat kening. “Yana, pergi tengok siapa yang datang.”
“Tak nak aku! Kaulah pergi,” Yana bersuara.
Aku mencebikkan bibir. Yana ni susah betul nak menolong. Berat punggung.
Aku bangun lalu aku ke pintu depan rumah opah. Tudung yang tersarung di kepala, aku betulkan sikit.
“Waalaikumsalam.” Aku buka pintu.
Seorang lelaki yang umurnya mungkin baya aku angkat kening pandang aku tapi sekejap je, lepas tu dia pandang tempat lain.
“Ada apa ye?”
“Atuk saya suruh hantar ni dekat Opah Cah.” Sebuah bekas Tupperware dihulur pada aku.
Aku angguk saja, bekas Tupperware itu aku ambil. “Nak cakap siapa bagi ni?”
“Cakap je cucu Tok Man yang datang bagi.”
“Ha, okey. Terima kasih,” aku senyum namun dia tidak membalas sebaliknya terus berlalu.
“Mak aih! Sombong nak mati! Tok Man juga yang baik,” aku geleng kepala lalu aku tutup pintu rumah opah. Aku segera melangkah ke dapur.
Sampai di dapur, aku nampak opah sedang elok mengacau gulai. Aku buat isyarat diam pada kaum-kaum ibu yang menggeleng dengan telatah aku.
Sesampai di belakang opah, aku cuit pinggang opah, “Opah!”
“Oi, hang pi mana berselerak?” Latah opah membuatkan aku ketawa terbahak-bahak di dapur.
Tiba-tiba terasa bahu dicubit. Ni tak lain tak bukan, mamalah ni.
“Jangan dok buat macam tu, Insyirah. Satgi opah hentam dengan sudip ni, berparut kepala kamu,” ujar opah usai melatah.
“Sorry opah. Hehehe...”
“Ya. Opah maafkan.”
Aku tersengih saja lalu aku hulurkan bekas Tupperware yang diberi oleh lelaki kerek tadi, “Ni kuih Tok Man bagi.”
“Siapa yang hantar? Tok Man ke?”
“Taklah. Cucu dia. Muka sombong je. Menyampah!” Ujar aku, separuh geram.
“Cucu dia?”
Aku angguk sambil kacau gulai di dalam periuk.
“Setahu opah, cucu Tok Man yang dah balik ke kampung sorang je.”
Aku buat tidak tahu.
“Siapa yang ambil kuih ni tadi?”
“Insyirahlah.”
Aku nampak opah senyum. “Macam mana?”
“Macam mana apa?”
“Macam mana bakal suami kamu tu?”
Terlepas terus sudip dari tangan aku! “T..tadi tu…Na..Naufal ke?”
Opah angguk. Aku tengok mama, mama angguk. Aku tepuk dahi. Habislah! Aku dahlah serebeh selekeh je tadi.

Aku tutup novel Rooftop Rant. Aku tak boleh fokus dengan bacaan aku. Aku teringat kembali muka kelat-masam-pahit budak lelaki petang tadi. Hati aku tertanya sendiri. Betul ke dia Naufal? Betul ke dia tu bakal suami aku? Kenapa muka dia kelat je nampak aku? Ish, serabut rasanya bila fikir pasal dia tu. Dahlah sesuka hati masuk mimpi aku tapi... betul ke dia dalam mimpi aku tu?
“Angah?”
Aku tengok along yang dah terpisat-pisat memandang aku. Aku senyum segaris. “Kenapa along?”
“Tak tidur lagi? Dah pukul berapa ni.”
“Kejap lagi, insyaAllah. Along tidurlah.”
Aku tengok along angguk dan terus memejam matanya kembali.
Aku bangun dari toto yang terbentang lalu aku berjalan ke tandas. Aku masuk je ke dalam tandas, terus aku pusing kepala paip. Niatku hanya satu, untuk mengambil wudu’.
Usai aku mengambil wudu’, aku keluar dari tandas lalu aku bentangkan sejadah. Buku panduan solat sunat aku capai dari almari. Entah kenapa, aku tergerak hati untuk melakukan istikharah. Mungkin kerana aku tidak yakin dengan keputusan aku yang bersetuju untuk berkahwin dengan Naufal itu kerana mukanya kelat-kelat masam bila nampak aku. Nampak macam dia tak suka dengan aku. Aku teringat perbualan aku dengan opah selepas terawih tadi.
“Opah,” aku panggil opah yang baru selesai berwirid.
“Kenapa Insyirah?”
“Betul ke Naufal tu cucu Tok Man?”
Opah senyum je tengok aku. “Betullah. Kenapa?”
“Kenapa Insyirah tak kenal pun?”
“Insyirah pernah bergaduh dengan dia sekali time kecik-kecik dulu. Sampai kesudah tak berbaik balik.”
Jawapan opah buat aku ternganga. “Dia tu... budak skema yang bajet rajin tu ke?”
“Apa cakap macam tu? Sebab rajinlah dia belajar dekat Ireland, tau?” Mama duduk sebelah aku.
Aku cebik bibir. “Tak suka dia.”
“Yang tak suka tulah bakal jadi suami Insyirah, tahu?”
Aku diam tak berkutik. Dulu aku bergaduh dengan dia sebab berebut buku. Sampai berdarah dahi aku buat dekat dia.
Hilang lamunan aku saat aku terdengar bunyi cicak dekat dinding. Aku geleng kepala. Jauh benar aku mengelamun.
Aku pakai telekung, lalu aku lafazkan niat dan aku terus mengangkat takbiratul ihram.

“Insyirah, kejap lagi teman mak ngah pergi pekan.”
Aku angguk saja. Tu tak lain nak suruh aku drive lah tu. “Siapa lagi ikut?”
“Mak nak ikut?” Mak ngah tanya opah.
“Boleh jugak,” balas opah.
“Mama ikut?” Aku pandang mama dan mama cuma angguk.
“Pergilah mandi, nuh!” Along tolak bahu aku.
Aku masih bermalas-malasan di depan televisyen.
“Insyirah.”
Aku bangun bila mama dah keluar suara ala-ala siren.
“Nak pergi mandilah ni.”

Keadaan di pasar tani sesak. Mama dan mak ngah asyik memilih ikan manakala aku menemani opah membeli sayur.
“Opah Cah.”
Aku berpaling pada suara yang menegur opah.
“Naufal. Sorang je?” Opah dah mula beramah-mesra dengan lelaki berwajah kelat-kelat masam tu.
“Sorang je. Opah Cah sorang je ke?” Aku nampak dia senyum tapi aku cepat-cepat pandang tempat lain. Tergoda nanti, payah.
“Apa pulak sorang? Ni dengan Insyirah ni.”
“Oh,” dia pandang aku sekilas.
Aku tengok senyuman dia mati. Kan aku dah cakap. Dia tak suka aku! Dengan muka kelat masam tu aku tau. Aku yang nak senyum terus tak jadi senyum. Menyampahlah!
“Atuk sihat?”
“Bolehlah. Sekejap elok, sekejap tak berapa nak elok,” bibir merah jambu tu mula tersenyum balik.
Hipokrit! Aku tak suka kau, mamat!
“Naufal bila balik dari Ireland?”
“Dah dekat dua minggu, Opah Cah. Alang-alang dah balik, Naufal balik kampung, teman atuk.”
“Bagus. Jangan jadi macam Insyirah ni. Opah sakit ke, tak sakit ke malas benar nak balik kampung.”
Aku tengok opah. Apakah? Kenapa aku tiba-tiba dibandingkan dengan mamat ni? “Mana ada, opah. Bukan Insyirah tak nak balik, mama yang tak bagi Insyirah balik kampung sorang-sorang.” Ni aku nak touching dengan opah ni.
“Yelah. Opah gurau je.”
Sentap sekejap. Aku tengok mamat kelat-kelat masam tu. Cis, dia senyum sinis! Menyampah aku dengan dia ni.
“Opah Cah, Naufal balik dulu. Nanti atuk tertunggu-tunggu pulak dekat rumah.”
“Baik-baik balik. Kirim salam dekat atuk kamu.”
Aku diam je. Malas nak cakap apa. Sentap dengan opah. Sentap dengan mamat tu. Arghhh!! Kenapalah aku boleh mimpi pasal dia? Entah-entah bukan dia yang aku mimpikan tu.
“Hah, kenapa tercegat je ni? Jomlah.”
Aku masih diam. Aku ikut saja opah melangkah.

“Angah?”
Aku tengok along sekilas pandang kemudian terus bukak Rooftop Rant.
“Kenapa diam je ni?”
Aku geleng.
“Angah.”
Jari telunjuk aku letak di mulut tanda tak mahu berbicara.
Along tinggalkan aku sorang-sorang. Mood aku rosak!
“Kenapa angah tu ma?” Aku dengar along berbicara dengan mama. Along ni, bersembang tak pernah nak perlahan sikit suara tu.
“Entah, sejak balik dari pasar tani lagi dah diam membisu.”
“Merajuk dengan mak kot. Mak bandingkan dia dengan si Naufal.”
“Habislah. Budak tu memang tak suka orang bandingkan dia dengan sesiapa pun.”
“Mak bergurau.”
“Takpelah. Nanti dia okeylah tu.”
Aku mengeluh. Memang aku tak suka dibandingkan. Tak kisahlah dengan sesiapa pun. Mungkin sebab itu jugak aku tak berbaik dengan si Naufal. Sebab dulu arwah atuk suka bandingkan kami berdua.
Aku tutup Rooftop Rant lalu aku turun ke bawah.
“Mama, angah nak pergi tali air,” dan tanpa tunggu balasan dari mama, aku terus keluar.

Tali air ni tempat permainan aku sejak kecil. Aku main lompat-lompat semua dekat sini. Aku bergaduh dengan Naufal dulu pun dekat sini. Ish, senang betul otak aku ni sebut nama dia. Nama dia macam dah melekat dalam otak aku.
“Anak dara tak elok duduk dekat tali air ni.”
Aku berpaling ke tepi. Terkejut aku nampak si Naufal sedang elok menyinsing seluar. Nak masuk ke dalam tali air agaknya.
“Dengar tak orang cakap apa tadi?”
Aku jungkit kening. Dia bercakap tak pandang aku pun.
“Cakap apa?”
“Tak elok duduk dekat sini.”
“Eh, suka hati oranglah! Bukan kacau awak pun.”
“Sebab awak kacaulah, orang cakap macam tu.”
“Apa awak mengarut ni?”
“Pergi baliklah.”
Aku merengus. Aku buang pandang ke depan. Malas nak melayan dia.
“Nur Insyirah, pergi balik.”
“Awak siapa nak arah-arah orang?”
Dia pandang aku dan dia buang pandang ke pokok pisang yang tak jauh dari kami.
“Orang bakal suami awak. Tak elok awak dekat sini, bahaya. Lagipun, kita tak ada ikatan apa-apa. Kat sini kampung, bukan bandar. Orang kampung suka bercerita.”
Aku bangun. Sedikit sebanyak aku terkejut bila dia kata dia tu bakal suami aku. Entah kenapa, hati aku berbunga-bunga.
“Orang balik dulu.”
 Untuk apa aku beritahu dia? Entah. Aku pun tak tahu.
“Jalan elok-elok, Insyirah. Jaga diri baik-baik.”
Aku jalan je. Malas nak paling ke belakang.
“Insyirah.”
Aku pusing.
“Opah awak bergurau je tadi. Jangan nak merajuk sangat.”
Aku pusing ke depan balik. Senyuman terukir di bibir aku. Entah kenapa, aku terasa tenang dengan kata-kata dia.

Aku buka mata. Pedih mata aku. Balik dari tali air tadi, terus aku tidur. Aku tengok jam. Alamak, dah pukul 3.30. Zohor tak lagi. Aku bingkas bangun dan berlalu ke bilik air.
Usai solat zohor, aku turun ke bawah. Aku tengok kaum-kaum ibu dah mula memasak untuk juadah berbuka petang nanti. Aku turut ringankan tulang untuk membantu menghiris bawang tetapi mulutku masih terkunci rapat. Sebenarnnya, tadi aku bermimpi lagi. Bermimpi tentang lelaki kelat-kelat masam. Tetapi dalam mimpiku, wajahnya manis tersenyum. Tak ada kelat-kelat masam. Dalam mengelamun, aku tak sedar yang aku terhiris jari aku sendiri.
“Insyirah!” Aku tersentak bila opah menjerit namaku.
“Ya Allah, angah! Mengelamun apa ni?”
Aku tak terkata apa. Darah menitik-nitik turun dari jari aku.
“Meh sini, opah basuh.”
Aku ikut opah yang menarik tangan aku ke sinki. Saat air mengalir di jari aku, pedih mencengkam hingga ke tulang. “Opah! Sakit!”
“Ada first aid tak kat rumah ni, mak?”
“Tak ada.”
Luka di jari aku dalam. Kena jahit gamaknya. Nak drive, memang aku tak mampu. Along ke rumah tok ngah. Ayah pergi memancing di kebun dengan Ilham. Pak Ngah dan Rizal ke kebun juga. Dan kalau dah ke kebun, memang takdelah nak bawak handphone.
“Assalamualaikum.”
Ada suara bagi salam dari pintu dapur. Mama buka pintu tu dan wajah Naufal terpampang di situ. Aku larikan muka. Tak nak bagi dia tengok muka aku yang nak menangis ni.
“Kenapa tu?” Aku dengar dia tanya mama sambil memberi sebuah bungkusan kepada mama.
“Terhiris jari. Dalam lukanya.”
“Biar Naufal tengok.”
“Hah, eloklah tu. Naufal ni kan bakal doktor,” aku dengar mak ngah bersuara.
Dan di saat jarinya menyentuh jari aku, aku terkaku. Hangatnya jemari itu memegang jemari aku. Saat itu aku terlupa yang kami masih tidak ada hubungan yang sah.
‘Ah, c’mon Insyirah! Dia bakal doktor. Ni darurat ni,” bisik hati aku.
“Macam mana boleh terhiris ni?” Dan matanya menikam mata aku.
“Mengelamun,” Aku dengar mama menjawab. Lidah aku memang kelu, tak boleh nak menjawab langsung.
“Dalam luka ni. Kena pergi klinik. Kena jahit.” Dia renung mata aku lagi.
Aku lari mata ke tempat lain.
 “Mama, tolong ambilkan kapas dan minyak gamat.”
Wait a minute! Dia panggil mama aku mama?
Mama datang dengan kapas dan minyak gamat.
Kapas diambil lalu dia kesat jari aku yang terluka itu.
“Sakit,” gumam aku, perlahan.
“Tahan sikit,” suaranya kedengaran tegas. “Lain kali, mengelamunlah lagi.”
Aku ketap bibir. Sempat dia sindir aku.
Dia ambil sekeping lagi kapas. Diletak minyak gamat di atas kapas itu lalu ditekap ke jari aku. Dia ambil gelang getah lalu dia ikat jari aku yang berbalut kapas itu.
“Kena ke klinik ni.”
“Mama tak reti bawak kereta, Naufal,” ujar mama.
“Mak ngah pun tak reti.”
“Biar Naufal je bawak Insyirah tapi mama ikut sekali ye?” Mama angguk dan terus ke atas.
Naufal pandang aku sekilas. “Pergi pakai tudung, Insyirah. Rambut awak tak lawa mana nak tayang dekat orang.”
Zup! Aku pegang kepala yang tidak bertudung. Habislah, dia nampak rambut aku!

Bersambung...

p/s: Dia Imamku~~ :P

30 comments:

  1. hehehehe. insyirah2. mengelamun memg dh jd kje tetp ye. hahaha. lam bab nie ok laa. cma situasi nye byk kt umh laa.

    <3 All the best 4 the next chapter <3
    - Maksu -

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak kt rumah sebab tak ada reason nak keluar rumah...hahaha :D

      Delete
  2. Erkss.... Sinis benor mamat ni!
    Sian insyirah.. Dh dia yg msk umah tu.. Kata xlawa plak tyg rmbut.. Hohohooh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sinis kan???isk isk isk...sentap jiwa raga...hahaha...

      Delete
  3. papp. haha kna sbijik ngn naufal ye insyirah. wooo, naufal sngat lain drrii thaqif. thaqif takdak laaa srius sngat. tpi lum tngok naufal romantik ngn insyirah lagii. dah strt romantik,melt laa daku nanti. hehe nice story

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sinis kan?hahaha...naufal memang lain dari thaqif, insyirah juga lain dari ulfah, insyaAllah...hehehe...:D

      Delete
  4. Alahai Insyirah boleh pula mengelamun time buat kerja dekat dapur...

    ReplyDelete
  5. argghhh.. kenapa macam best sangat ni najwa.. dah lah panjang.. seronok je bc.. cepat smbungg... sukalah... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...terima kasih...nak siapkan dua tiga bab ADDV. baru sambung yang ni ;)

      Delete
  6. like!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. suke2...tibe2 plak trjatuh ati dgn imam muda naufal..hehehe..nice job..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaha....jatuh hati dengan imam muda naufal???erkkkkkkkk.....thaannk you :)

      Delete
  8. best nyer..xsbr la nk tgg next n3..hehe..nk part da kawen..best sgt2..

    ReplyDelete
  9. waaa...so suwittt.!!.
    lain dari thaqif..haha..straight gler ckp rmbut owg x lawo!btw nice story..cepattt laa bab 3 woiii... :P

    p/s:imam muda naufal mang macho.. *tetibe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha....naufal memang camtu *aiceh...terima kasih :), sila tunggu utk bab 3 ;)

      p/s; tak boleh blah pernyataan yang last tu

      Delete
  10. woohoo tak sabar tunggu next entry ni! hehehe nice job!

    ReplyDelete
  11. argh,..... lupe pakai tudung... tpi x pe da nk kawen hihihi... best nk lagi.... ^_^
    -Song Hyun Sun

    ReplyDelete