Wednesday 9 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 6)

“Kenapa Fafa kena kahwin dulu?” Ulfah berdiri.
“Fafa, duduk dulu.”
Ulfah kembali duduk.
“Ada sebab kenapa umi dengan abah nak suruh Fafa kahwin dulu.” Umi mengusap lembut bahu anak bongsunya itu. Sudah dapat diagak yang reaksi Ulfah akan sebegitu.
Ulfah pegang dahi. “Apa sebabnya?”
“Sebab angah nak ada yang boleh menjaga Fafa nanti.” Suhail menjawab. “Kalau along dan angah kahwin dulu, tumpuan kami mesti lebih kepada membina keluarga bahagia, kami dah tak boleh jaga Fafa macam dulu.”
“Membina keluarga bahagia? Skemalah angah ni.” Ulfah ukir sengih. “Fafa boleh jaga diri sendiri. InsyaAllah. Tak akan susahkan along dengan angah.”
“Fafa. Dengan angah cakap betul-betul ni.” Suhail peluk bahu Ulfah. “Kalau angah dah kahwin, along dah kahwin, kami dah tak boleh nak jadi tempat Fafa bersandar. Boleh tu boleh tapi bukan setiap masa macam sekarang ni. Tengok kak chik. Lepas kahwin dengan bang chik, dia dah ada tempat untuk bersandar. Ada tempat untuk meluah rasa tanpa rahsia. Tak perlu nak call, bazir kredit call angah atau along.”

Ulfah diam tak berkutik.
“Abah tahu, Fafa masih tak bersedia tapi kalau nak tunggu sedia tu, bila nak jadi?  Fafa dah masuk 24 tahun pun. Dah boleh fikir baik buruk sesuatu tindakan. Abah dan umi nak suruh Fafa kahwin dulu sebab abah dan umi tak nak orang mengata Fafa di kemudian hari kalau Fafa je yang tak kahwin lagi.” Abah bersuara.
“Fafa tahu kan, fitnah senang jatuh ke atas perempuan muda yang masih belum berkahwin?”
Ulfah angguk dengan pertanyaan umi.
“Itu sebab kenapa umi nak suruh Fafa kahwin.”
“Satu lagi sebab kenapa Fafa kena kahwin dulu.”
Ulfah, Suhail dan umi pandang abah.
“Abah nak bermanja dengan umi, macam muda-muda dulu.” Abah ukir sengih.
Ulfah dan Suhail ketawa manakala umi sudah memerah mukanya.
Bila ketawanya reda, Ulfah mula bersuara. “Tapi...” Ulfah gigit bibir. ‘Nak cakap ke tak?’
‘Tapi apa?”
Ulfah pandang Suhail. “Tapi, Fafa tak ada calon nak dibuat suami.”
Suhail tersengih dengan kata-kata Ulfah. “Umi ada calon untuk Fafa.”
Ulfah pandang umi. Umi mengangguk.
“Dalam dua minggu lagi, ada rombongan merisik nak datang.”
Ulfah telan liur. ‘Dua minggu lagi? Cepatnya.’
“Tak cepat sangat ke, umi?” Ulfah bertanya.
“Cepat? Dah lambat sangat dah tu, Fafa.” Suhail bersuara. “Lagi cepat rombongan sampai, lagi cepat Fafa kahwin, lagi cepat along dengan angah dapat isteri.”
Ulfah mencebirkan bibirnya. “Kahwinlah dulu, kalau macam tu.”
Suhail buat muka.
“Fafa.” Abah panggil. Lembut.
“Ye, bah.”
“Abah nak Fafa kahwin sebelum abah meninggal. Abah nak ada yang jaga Fafa nanti andai abah dah tak mampu nak jaga Fafa.”
Mata Ulfah dah bertakung air. Bicara abah buat dia kelu lidah. “Abah, tak maulah cakap macam tu.”
Umi usap rambut Ulfah. “Fafa, anak umi. Umi tahu Fafa anak yang baik. Umi tahu yang Fafa boleh fikir sendiri kan?”
Ulfah angguk sambil kesat mata yang berair. “Fafa setuju nak kahwin tapi...”
“Ada tapi lagi?” Suhail buat muka.
“Fafa tak reti masak, macam mana nak bagi suami Fafa makan nanti?” Dan ketawa pecah di ruang tamu dengan soalan polos yang keluar dari mulut Ulfah.

Thaqif gosok rambut yang basah di depan cermin. Dia kemudiannya sangkut tuala di ampaian. Baju t-shirt berwarna biru, disarung ke badan. Dia terasa letih. Letih dengan apa yang berlaku hari ini.  Thaqif baring atas katil dengan kepala atas dahi. Dia capai telefon bimbit lalu didail nombor Fakhrul. Dia perlu teman untuk berbicara.
“Fakhrul? Jom pergi mapley.”
Dia mendail satu nombor lain kemudiannya. "Pit? Kau busy tak?"

Ulfah duduk di birai katil. Terkenang balik perbualan umi dan abah tadi. Ikhlaskah dia terima permintaan umi dan abah? Mampukah dia terima semuanya dengan hati yang terbuka? Ulfah kemudiannya melangkah ke meja study yang terdapat pelbagai barang yang dibeli petang tadi. Beg plastik MPH di buka dan dia capai gambar yang dia terima petang tadi.
Gambar itu ditenung. ‘Dear lelaki gila, I’m sorry. Saya tak mungkin boleh nak berkawan dengan awak.’
Dia letak gambar itu ke atas tilam lalu dia capai laptop. Yahoo! Messenger di log in. Nama Azira_Lutfiya yang tertera ditekan meskipun Azira_Lutfiya itu tidak online.
Fafa Syu: Zira, help me!! Mayday!!
Hanya itu yang ditulis di YM milik Azira. Dia perlukan teman bicara. Nak telefon Azira tapi kreditnya tidak mencukupi. Dia mengeluh lalu diletakkan laptop di kabinet kecil sebelah katil. Gambar tadi dicapai lalu dia bawa rapat ke dada. ‘Maafkan saya, lelaki gila.’

“Cuba kau cerita apa masalah kau. Aku datang sini bukan nak tengok muka pahit kau tu.” Fakhrul renung wajah Thaqif yang mendung.
Pit atau nama sebenarnya Hafiz turut merenung wajah Thaqif.
“Aku serabut.” Itu saja yang terluah di mulut.
Pit pandang Fakhrul, Fakhrul pandang Pit. “Ya, kami tahu!” Serentak mereka bersuara.
Thaqif angkat muka kemudian menunduk balik. “Aku buat mama aku terasa hati.”
Pit yang tengah minum air, berhenti. “Kau buat apa sampai mama kau terasa bagai ni?”
“Aku tolak cadangan mama aku yang nak menjodohkan aku dengan entah siapa.”
Fakhrul diam. Dia faham kenapa Thaqif tolak. Dari awal lagi Thaqif tak percaya pada perkahwinan yang diatur keluarga atau dalam bahasa mudahnya arranged marriage.
“Tolak rezekilah kau ni. Mak aku nak carikan untuk aku? Harapan tinggal impian jelah.” Pit bersuara.
Thaqif diam. “Bukan tolak rezeki cuma aku tak suka benda yang diaturkan. Faham kan maksud aku?”
“Faham.” Pit angguk. Fakhrul angguk.
Thaqif mengeluh. “Lagipun, aku mungkin dah ada pilihan sendiri.”
“Damn! Kau tak cakap pun kat aku. Macam nilah member.” Pit bersuara. “Kenapa kau diam Fakhrul? Confirm kau dah tau kan?”
Fakhrul nak ketawa dengan telatah Pit. Emo tak pasal-pasal. Dia kalih pandangan pada Thaqif. “Budak perempuan petang tadi?”
Thaqif angguk. “Kau tak payah nak damn sangat kat sini. Aku tak kenal pun siapa budak tu.”
Pit angkat kening. “Kau tak kenal tapi kau suka dia?”
“Mungkin ya. Mungkin tidak.”
“Maksudnya?”
“Aku tak kenal pun dia. Aku kenal dia pun time yang aku pergi jadi jurugambar untuk satu majlis pertunangan. Tapi kenal muka jelah. Nama dia pun aku tak tahu.”
“And yet, he met her again today.” Fakhrul bersuara.
“And also the other day in KLIA.” Thaqif menyambung.
“Kejap. Kau jumpa dia time tu?” Fakhrul bertanya. Pit pula dah blur.
“Yup. Sebab tulah aku banyak termenung lepas tu. Dua kali aku terlepas peluang untuk kenal dengan dia.” Thaqif angkat dua jari pada Fakhrul. “Macam mana reaksi budak tu tadi?”
“Dia senyum. Tu je.”
Thaqif angguk sambil tersenyum. ‘Bahagia pulak rasa.’
“Kau cakap kau terlepas dua kali peluang untuk kenal dengan dia kan?” Pit tiba-tiba bersuara.
Thaqif angguk. “Kenapa?”
“Aku rasa...” Pit pandang Thaqif sebelum menyambung. “Aku rasa budak tu bukan jodoh kau. Ada baiknya kau terima cadangan mama kau.”
Dan senyuman Thaqif terus mati.

Azira_Lutfiya: Anything?
Fafa Syu: Tak payah nak anything sangat.
Azira_Lutfiya: Kau kenapa sebenarnya wahai sahabatku Ulfah Syuhada?
Fafa Syu: Can’t tell you in YM. Call me, can ah?
Azira_Lutfiya: Kredit tak adalah, weh. Kaulah call aku.
Fafa Syu: Hah, memang cantiklah kau jadi kawan baik aku. Aku pun tak ada kredit ni -.-“
Azira_Lutfiya: Sahabat selamanya, gitu.
Fafa Syu: Yelah -.-“
Azira_Lutfiya: Budak kambing, macam ni jelah. Kita lepak nak?
Fafa Syu: On. Dekat mana?
Azira_Lutfiya: Secret Recipe Seksyen 18.
Fafa Syu: Time and date.
Azira_Lutfiya: 11 am but this Sabtu tau. Aku ada interview esok and lusa.
Fafa Syu: *sigh* Okey. Bolehlah dari tak jumpa langsung.
Azira_Lutfiya: Cool. Oklah, Cik Ulfah sayang. Nanti chat lagi. Nak prepare for tomorrow.
Fafa Syu: Good luck my dear, Zira Toek.
Azira_Lutfiya: *big grin* Thank you my dear, Budak Kambing, Love you. Nite. Salam

“Waalaikummussalam.” Ulfah menjawab, perlahan.
YM di log out. Laptop di shut down. Plug laptop ditarik. Buku novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia diambil lalu dia berbaring atas katil. Namun, Ulfah tidak membaca novel tersebut sebaliknya dia cuma merenung dinding. Entah kenapa, ‘lelaki gila’ yang dibenci itu muncul tiba-tiba dalam benaknya. Gambaran wajah si lelaki itu tersengih bermain di mindanya. ‘Haih, dah gila aku ni!’ Dia ambil bantal lalu dia tekup ke muka dengan harapan wajah si dia hilang dari minda.

Balik dari mapley, dia duduk atas katil. Termenung. Teringat balik kata-kata Pit kepadanya,
“Aku rasa budak tu bukan jodoh kau. Ada baiknya kau terima cadangan mama kau.”
Kata-kata itu seolah-olah menghantui mindanya sekarang. Dia capai satu album di bawah bantal. Bibirnya mengukir nipis bila wajah si gadis terpampang di mata. Wajah gadis itu tersenyum. Wajah gadis itu ketawa. Wajah gadis itu yang marah. Semuanya ada.
Dia pegang dada. Terasa ada debaran disitu. “Hailah, Adam Thaqif. First time kau jatuh cinta ke apa?”
Dulu, dia pernah bercinta. Time belajar kat UTM dulu. Dia sayang sangat dekat Huda time tu tapi sayangnya, Huda tinggalkan dia sebab keluarga Huda dah aturkan jodoh untuk Huda. Itu menjadi salah satu sebab kenapa dia tak suka arranged marriage. Huda pernah call dia dua bulan lepas berkahwin dan Huda mengadu yang dia tidak bahagia namun apalah dayanya, dia bukan sesiapa di sisi Huda. Setelah dua tahun berlalu, dia dengar cerita yang Huda dah pun ada seorang anak. “Tak bahagia tapi ada anak? Pelik bin ajaib.” Itu yang dituturkan Thaqif saat terima perkhabaran itu dari Pit.
Thaqif baring. Dia pejam mata. ‘Mungkin aku perlu buat solat istikharah.’ Hatinya berbisik.

To be continued...

p/s: betul ke apa yang pit cakap tu?hmmm

8 comments:

  1. Best....Harap Thaqif terima je arranged married yang family dia aturkan tu...#^_^

    ReplyDelete
  2. insyaAllah dia terima...heee

    ReplyDelete
  3. Wah...best laa...tak sabar nk tunggu... :-)

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak menunggu majlis merisik tu...hehe...Thaqif dtg skali ke tak ek...hehe

    ReplyDelete
  5. done.best

    dania

    ReplyDelete
  6. oh lelaki gila...aku cinta kamu :D

    ReplyDelete