Thursday 12 July 2012

Aku Dia Dan Vespa (Bab 24)

Cincin yang bersusun di balik cermin kaca itu menarik perhatian Ulfah. Dia bukanlah perempuan yang sukakan aksesori-aksesori seperti ini tapi dia teruja hari ini untuk pilih cincin kahwin.
“Fafa suka cincin macam mana?”
“Fafa pun tak tahu, umi. Fafa tak pandai pilih benda macam ni.”
“Adam?” Mama dan umi pandang Thaqif.
“Bagi Adam, biar simple tapi cantik. Dan haruslah elegan untuk bakal isteri Adam ni.”
Ulfah sudah tersipu-sipu. ‘Elegan? Hailah, bahasa abang ni buat aku berdebar.’
“You want platinum ring, white ring or gold ring?” Gadis yang memakai seragam hitam kuning itu bertanya kepada Ulfah dan Thaqif.
Ulfah pandang Thaqif.
Thaqif pandang Ulfah.
Dua pasang mata saling bertatapan.
Dan mereka serentak mereka larikan pandangan.
Thaqif pegang dada. Sungguh dia berdebar, mata bundar gadis itu buat dia hilang pedoman sekejap tadi. “Platinum ring should be okay, right?” Dia kerling Ulfah.

Ulfah angguk. Debaran di dada terasa begitu kuat. ‘Agak-agak dia dengar tak?’
Mama dan umi geleng saja dengan telatah Ulfah dan Thaqif.
“How about this ring?”
Gadis seragam hitam kuning keluarkan sebentuk cincin berbatu tiga. Batu-batunya pula berwarna light pink, sesuai dengan tema majlis resepsi di sebelah Thaqif.
“Saya suka cincin ni.”
Ulfah pandang lelaki di sebelahnya. Dia tak suka pink, semua tahu. Tapi entah kenapa sejak nak kahwin ni, light pink banyak menjadi pilihan hatinya. “Saya pun suka. Cantik.”
Thaqif senyum. “Can we try it?”
“Sure, you can,” Gadis seragam hitam kuning itu tersenyum.
“Awak sarungkan sendiri, boleh kan?” Thaqif bertanya, nakal.
“Ish, bolehlah!” Ulfah tarik cincin yang diletakkan di dalam kotak baldu berwarna biru. Cincin itu disarungkan.
“Umi. Mama. Cantik tak?” Ulfah mengunjukkan jarinya yang sudah tersarung cincin itu. Sungguh dia suka, apatah lagi bila cincin itu betul-betul muat di jarinya.
“Cantik,” Mama dan umi mengangguk.
Ulfah pandang Thaqif sambil tersenyum.
Thaqif membalas senyum itu lalu dia bersuara pada gadis berbaju seragam hitam kuning. “Cincin ni ada pasangannya tak?”
“Ini.” Gadis berbaju seragam hitam kuning itu mengunjukkan sebentuk lagi cincin yang saiznya lebih besar dari yang tadi dan cuma ada satu batu di atasnya.
Thaqif ambil cincin itu lalu disarungkan ke jarinya. Dia ukir senyum saat cincin itu muat-muat dengan jarinya. “I’ll take both of this.”

Aidil mengibas wajah yang merenik peluh. Sudah masuk jam ketiga dia menunggu. Kesabaran sudah makin menipis. Kalau ada menegur ni, mau kena sembur.
‘Aidil Taufiq, ingat. Marah tu perangai syaitan. Kita bukan kawan syaitan.’ Terngiang-ngiang suara arwah opah yang sering memberi nasihat kepadanya. Keluhan kecil dilepaskan. Kunci LC dikeluarkan dari poket seluar. Enjin dihidupkan. Topi keledar disarungkan. Dua minit kemudian, motor LC laju meluncur meninggalkan kawasan lot-lot kedai tersebut.

Sara Lilyana mundar-mandir di ruang tamu. Mummy masih di tingkat atas. Mereka sebenarnya akan ke Melaka. Ada hal keluarga yang perlu diselesaikan. Dua hari kedai akan ditutup iaitu hari ni dan hari esok. Semalam mummy dah pesan supaya memberitahu Aidil tapi sungguh, dia terlupa. Sara Lilyana tengok jam di dinding. Dah pukul 12.50 tengahari. Telefon di poket di dalam beg tangan diambil. Nombor Aidil dari telefon mummy dihantar kepada telefon bimbitnya
“Sara?”
Sara Lilyana letak kembali telefon mummy ke atas meja kopi. “Ye, mummy?”
“Jom. Mummy dah siap.”
“Jomlah!” Sara Lilyana dah berdiri.
Dan mummy mengangguk.

Ulfah dan Thaqif jalan beriringan. Mama dan umi dah ke jalan ke depan. Mereka sedang mencari barang-barang untuk hantaran nanti.
“Ulfah.”
“Ye?”
“Awak dah sedia ke nak jadi isteri saya?”
Ulfah angkat kening. “Kenapa tanya macam tu?”
“Manalah nak tahu kan? Masih banyak lagi benda yang kita tak tahu tentang satu sama lain.”
Ulfah terdiam. “Tapi kan...”
“Tapi kan?” Thaqif diam, memberi ruang untuk Ulfah menyambung bicara
“Tapi kan, kita ada banyak waktu untuk saling mengenali.”
“Bila waktunya? Saya ajak keluar, awak tak nak.”
“Maksud saya, bila kita kahwin nanti. Kita ada selamanya untuk saling mengenali.”
Thaqif terkedu seketika dengan jawapan Ulfah. Jawapannya itu buat hati Thaqif berbunga-bunga.
“True. Kita memang ada selamanya untuk saling mengenali,” Thaqif bersuara sendiri saat Ulfah sudah berjalan ke hadapan.

Sara Lilyana menekan keypad telefon dengan laju.
‘Aidil, hari ni dan esok kedai tutup- Sara’
Mesej itu dibaca berkali-kali sebelum butang send ditekan.
“Sara sayang, mesej siapa tu?”
“Kawan universiti, mummy,” Sara Lilyana ketap bibir. Rasa bersalah kerana menipu mummy.
Lagu Bedroom Sanctuary berlagu menandakan ada mesej masuk.
Sara mengeluh apabila dia terbaca balasan mesej Aidil.
‘Kenapa awak tak cakap esok je dekat saya? Tiga jam bukan waktu yang sekejap, tahu?  Dahlah Malaysia tercinta ni cuaca sejuk je.’
Sara Lilyana gigit bibir, tak tahu nak balas apa lalu dia campakkan telefon bimbit itu ke dalam beg tangan.
“Sara, kenapa? Bergaduh dengan boy friend ye?”
“Mummy, Sara mana ada boy friend lah,”
“Ye ke?”
“Ye.” Sara angguk kepala lalu dia memusingkan kepalanya menghadap tingkap. ‘Mummy tak pernah tahu yang anak mummy ni bencikan lelaki.’ Serentak, matanya berair. Kenangan lalu terus mengasak pemikirannya.
“Lily.”
Gadis itu tersenyum memandang lelaki kacak di depannya itu. “Kenapa berpeluh-peluh ni?”
“Saya larilah. Nak jumpa awak.”
“Jomlah. Wayang dah nak mula,” Sara Lilyana dah berdiri. Si lelaki kacak hulurkan tangan. Huluran tangan itu bersambut.
Si lelaki dan si gadis berpimpinan tangan masuk ke panggung wayang.
Dua jam kemudian, si lelaki dan si gadis keluar beriringan. “Best kan cerita tadi awak?”
“Bolehlah. Heroin dia tak cantik.”
“Awak cakap Yana Samsuddin tu tak cantik?”
“Yelah.”
“Dia cantiklah.”
“Sara Lilyana saya lagi cantik,” Si lelaki berkata sambil tersenyum manis.
Sara Lilyana dah tersipu-sipu. Siapa tak suka kalau dipuji cantik oleh insan tersayang?
“Ada-ada je awak ni,”
“Betullah sayang.”
“Lepas ni, kita nak ke mana?”
“Makan jom.”
Sara Lilyana mengangguk laju. Dia tidak sangka akan terjadi sesuatu yang meragut terus kepercayaannya terhadap kaum Adam.
“Sara?”
Suara mummy menghilangkan terus memori lamanya. “Ye, mummy.”
“Aidil tu baik, kan?”
Sara Lilyana angkat bahu. “Dia romeo.”
“He’s nice.”
Sara Lilyana mencebik. Telefon yang dicampak masuk ke dalam beg tangan tadi diambil keluar. Jari jemarinya menaip sesuatu sebelum dia kembali mencampak telefon bimbit itu ke dalam beg tangan.

Aidil capai gitar akustik miliknya. Dia sebenarnya sangat terasa dengan Sara Lilyana. Dia terasa yang Sara Lilyana memang sengaja tidak memberitahunya yang kedai tutup hari ini. Dia mengeluh kasar. Yang membuatkannya bertambah sebal, Sara Lilyana tidak langsung meminta maaf. Benci sangat ke Sara Lilyana dengannya? Teruk sangat ke dia ni di mata Sara Lilyana? Sara Lilyana tak nampak ke usaha dia untuk memenangi hati sekeras batu itu?
Dia beristighfar dalam hati. Dia tak mahu fikirkan hal itu lagi. Jari jemarinya terus memetik gitar. Perlahan, dia melagukan lagu Twinkle Away dendangan Brainstewz.

Jauh minda ku melayang
Terkenangkan dirimu syg
Kau pergi ku sendiri

Kini kau kembali

Terpaku melihat wajahmu
Wajahmu melodrama hatiku
Kau putuskan untuk pergi dulu
Terganggu siaran radio ku

Ku tepis melodi hatiku
Yang hadir setiap waktu
Ku benci ilusi dari mu
Kau diam membisu

Jangan biarkan ku sendiri lagi
Oh kasih dengarlah rayuan ku ini
Kasih ku terhadap dirimu
Kasihku~
Bintang-bintang di angkasa

Tidakkah kau tahu
Isi hatiku
 Usahlah tinggalkan aku
Seperti dahulu
Jangan biarkan ku sendiri lagi
Oh kasih dengarlah rayuan ku ini

Kasih ku terhadap dirimu
Kasihku~~
Twinkle, twinkle away
Twinkle away

Telefon bimbit berlagu tanda ada mesej masuk. Dengan malas dia capai telefon bimbit yang terletak elok di atas almari mini di sebelah katilnya.
‘I’m sorry. Saya terlupa nak cakap semalam. Nak maafkan ke tak, up to you.’
Serentak, bibir ukir senyum. Hilang terus amarah yang mengepung jiwa tadi. ‘Hailah si Hati Batu, apa aku nak buat ni? Aku dah angau dengan kau.’

To be continued...

p/s: ada lagi satu bab sebelum cerita ini berakhir di blog ;)

12 comments:

  1. Sekarang baru tau...
    Patutlah Sara Lilyana anti sangat dengan lelaki...#^_^

    ReplyDelete
  2. arghhh..aq anti btol entry pendek2 nih weh!hahaha..tp okeyh,,buat aq ternanti2 bab 25!eh eh aq dpt bayangkan betapa cnteknye cincin tuh..ade batu2 kaler pink! ^^
    *ttibe terminat pink plak ann..puii~ haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kau memang...bab 25, ada dua part..pergh...punya susah nak habiskan cerita nie dalam blog -.-" cntik kan?? :P

      Delete
  3. haila, adat orang tengah merasa cinta, benci pun tetiba boleh jadi senyum dan hilang terus rasa benci berubah sayang, hehe. sweet je baca n3 kali ni, hehe. thanks Najwa ^_^.

    muda13

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaha...biasalah tu ;), terima kasih jugak sebab sudi baca ;)

      Delete
  4. huargh huargh huargh... suka dua2 partner nih.. sara liyana, sila layan garang2 pada aidil ya... barulah rock.. kih kih kih.. macam manalah time thaqif n ulfah khwin nnti.. ngeeee... compem x sempat nk tahu kan... weh.. letak kat blog smpai bab 30 lah.. barulah ngam2.. baik ko pertimbangkan permintaan aku nihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab 30?akan dipertimbangkan sebab aku rasa tak syiok berenti kat bab 25 tapi tengok dulu camno ;)

      Delete
  5. abistu pasni nak kena baca kat mana pulok? huwaaaaa.

    -akuZan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tatau la weh,,hikhikhik :D

      Delete
    2. Alahai. Makin suspen la camni. Hihi. Nak dijadikan novel kah?

      -akuZan-

      Delete