Saturday 6 October 2012

Dia Imamku (Bab 16)


10 Januari 2012

          Hari ni dah mulanya study week. Minggu depan dah exam. Hailah, lelah rasanya! Encik Naufal, kan bagus kalau awak ada untuk orang?Tadi dah mula study untuk subjek-subjek hardcore. Anis dan Nia dah pesan, jangan study hard sangat. Orang jauh tu pun pesan, jangan stress. Takut ada effect kat baby. Baby je awak fikir ye? Orang ni? Sampai hati awak, orang jauh! ;(
       Tadi dia call. Bising-bising sebab aku nak stay up untuk study. Bila bangkang, dia cakap ‘Ini arahan pihak atasan, jangan ingkar!’ Nak tak nak kena ikut jugak cakap dia. Encik Naufal tu memang macam tu, dia je yang betul. Orang ni? Sentiasa salah *ayat emo, sila abaikan. Perempuan mengandung katakan*. Lepas bergaduh pasal stay up dekat sepuluh minit kami bercerita pasal benda lain pulak. Dia cerita bila dia dekat sana, dia selalu rindu aku. Terharu sekejap. Haha... orang pun rindu awak, Muhammad Naufal. Dia takkan marah kan kalau dalam jurnal aku bahasakan diri aku ‘awak’ ‘orang’ macam dulu-dulu? Kalau dia marah, siaplah!

“Insyirah? Tak tidur lagi?”
Tersentak aku saat ditegur oleh Nia, “Belum. Nak tulis jurnal sekejap.”
Nia mengangguk sambil tersenyum, “Jangan tidur lewat sangat, mak buyung! Awak tu kena rehat yang cukup. Susu dah minum?”
“Dah tadi. Kismis dengan kurma pun aku dah makan tadi. Anything else, Miss Dania?”
“Good then. Dah baca surah-surah yang Naufal pesan tu?”
Aku angguk, “Dah, lepas Isya’ tadi.”
“Okey, good! Jangan tidur lewat,” Nia mula melangkah mendekati bilik air bilik kami.
“Nia,” panggil aku.
“Kenapa?”
“Somehow, aku dapat rasa yang Naufal ada dengan aku bila kau pesan macam tu. Kau serius macam Naufal tapi versi perempuanlah!”
“Kureng punya mak buyung!” Nia memuncungkan mulutnya.
“Aku rasakan...”
“Hah, tu nak mengenakan aku lagilah tu!”
“Bukanlah. Bagilah aku habiskan ayat dulu.”
Nia diam, memberi laluan kepadaku untuk menghabiskan ayat tadi.
“Aku rasakan... aku nak kenalkan kau dengan Haris, housemate Naufal. Somehow, aku rasa dia sangat sesuai dengan kau. Dia macam bengong-bengong sikit, kau pulak ala-ala presiden persatuan, serius memanjang. Perfect couple!” Aku tersengih.
Nia dah mengetap bibir, “Kau jangan nak menyengal sangat, aku lesing kau karang!”
Aku ketawa. Wajah putih Nia bertukar kemerah-merahan. Malulah tu aku nak kenen-kenenkan dia dengan si Haris kelolo tu.
“Garang kau ni, sesuai sangat dengan Haris tu.”
“Nur Insyirah binti Adnan!!!” Rumah semi-d itu bergema dengan jeritan Nia, yang nyata geram dengan aku manakala aku, lebih senang ketawa kerana aku tahu, segeram-geram Nia pada aku, dia takkan buat apa-apa pada aku sebab aku sedang mengandung. Terima kasih baby sebab selamatkan nyawa umi dari Aunty Nia!

Aku tekan butang play di MP3 player. Lagu Sebiru Langit Ini dendangan Edcoustic berkumandang di telinga. Buku Food Nutrition aku selak sehingga ke muka surat yang aku kehendaki. Pensel mekanikal jenama Pentel aku putarkan, membuat heli-spin. Sehelai kertas kajang aku ambil. Sesi menelaah pelajaran bermula.

Selepas beberapa ketika, aku angkat muka dari kertas kajang yang sudah penuh bertulis. Ada dua tiga lagi helaian yang sudah siap bertulis, bertaburan di atas meja itu. Ada dengan pen merah. Ada juga dengan pen berwarna purple. Heh, cantik kot! Bibir terukir sengih, hati sudah memuji diri sendiri. Perasanlah kau, Insyirah!
Aku kerling jam di tangan. Ya Allah! Sudah pukul 1.30 petang. Aku tak sedar yang aku sudah terlalu lama bertapa di dalam Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah. Aku mula mengemas barang-barangku yang bertaburan. Aku harus pulang kerana hari ini giliranku untuk memasak. Blackberry aku keluarkan dari poket seluar. Nombor Anis aku dail.
“Hello, assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam. Kenapa Insyirah?”
“Kau dah siap ke? Aku dah siap ni.”
“Dah, aku ada dekat Book Garden ni.”
“Oh! Kalau gitu, aku jalan pergi Kompleks Siswalah.”
“Don’t! Aku ambik kau nanti,” Anis bersuara, keras.
“Tapi...”
“Insyirah, you are a pregnant mummy! Bahaya! Aku jemput kau je.”
Aku garu kepala yang tak gatal, “Anis sayang, Naufal cakap ibu mengandung kena banyak berjalan. Senang nak bersalin nanti.”
“No! Insyirah, kawasan kampus bahaya. Dengan orang lalu lalang. Student UMT ni kalau berjalan bukan tengok kiri kanan dah. Main redah je. Kalau dia orang terlanggar kau lepas tu kau jatuh tergolek, macam mana? Lagipun, cuaca kat luar tengah panas terik. Aku jemput kau kat depan PSNZ. Titik!” Anis terus matikan talian.
Terkedu aku namun aku tetap ukir senyum. Ramainya orang yang sayangkan aku dengan baby.

Aku masuk ke bilik usai mengemas dapur yang bersepah selepas kami serumah ‘berperang’ tadi. Aku mengurut bahuku yang sedikit sengal. Gambar Naufal yang ada di bawah bantal aku tarik lalu aku renung. Gambar yang aku curi dari rumah Tok Man aku usap perlahan. Umi rindu abi... sangat. Aku rasa tubir mataku panas. Haih, teruk dah aku ni, kan?

“Insyirah. Telefon berbunyi tu.”
Sedikit tersentak bila aku disergah Nia. Aku capai Blackberry yang berlagu riang. Nyata panggilan dari sana. Orang jauh.
“Abang!!”
“Hui, tak sempat nak bagi salam terus kena serang,” suara orang jauh itu kedengaran ceria.
“Hehe... sorry. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Hah, lain kali kalau jawab telefon kena...”
“Kena bagi salam,” sambungku. Aku melangkah ke birai katil lalu aku berbaring di atas katil. Lebih selesa begitu.
“Pandai!”
“Heh, baru tau ke Insyirah ni pandai?”
Aku dengar dia ketawa. Tenang dan mendamaikan. “Ye, isteri Muhammad Naufal ni memang pandai. Pandai sangat.”
“Abang sihat?” Tanyaku.
“Alhamdulillah. Sihat sangat.”
“Sihatlah sebab ada Mimi Dendeng kat situ kan?”
“Tahu tak apa,” balas dia sebelum ketawa di talian.
Aku ketap bibir. Geram dengan jawapannya, “Benci!”
“Alalala... merajuk ye?”
“Tahu tak apa!”
“Ala, I’m sorry. I love you.”
“Love you too...” aku pekup bantal ke mukaku. Malu walau pada hakikatnya tiada orang di dalam bilikku kala itu.
“How’s my baby? Sihat tak? Umi ada buli dia tak?”
Terdiam aku. Betul ke apa yang aku dengar ni? Sebenarnya, setiap hari dia tanyakan soalan yang sama padaku tetapi tidak pernah pula dia tanya pasal aku. Sihat ke tidak. Namun aku diamkan saja tapi malam ini aku rasa geram dengannya. Sampainya hati dia tidak peduli tentang aku! Ah, aku tak kira, aku nak cakap jugak apa yang aku rasa! “Baby je abang tanya? Insyirah ni? Abang tak ambik tau pun. Tiap-tiap malam pesan suruh jaga baby! Tapi tak pernah suruh Insyirah jaga diri! Sampai hati abang. Semalam pun, abang tanya pasal baby je tapi Insyirah diamkan je. Abang memang tak peduli pasal Insyirah ke apa?”
“Hah?!” Suara dia jelas terkejut.
“Apa hah? Hah je tau!” Aku bersuara dengan nada tersinggung.
“Insyirah cakap apa ni?!” Suara Naufal kedengaran tegas.
Tiba-tiba kolam mataku terasa hangat. Suara Naufal tadi buat aku rasa nak meraung. Sampai hati dia marah kepadaku.
“Insyirah cakap apa tadi? Ulang sekali lagi!” Suara Naufal masih seperti tadi. Tegas.
“Kenapa abang asyik tanya pasal baby kat Insyirah tapi abang tak pernah tanya pasal Insyirah?”
Aku dengar dia ketawa. Eh, dah tak marah?
“Mestilah abang tanya pasal baby kat Insyirah sebab baby tak ada telefon. Kalau baby ada telefon, abang tak akan call Insyirahlah,” ujar dia, separuh kerek.
Terus meleleh air mataku dengan kata-katanya itu, “Baby sihat. Sihat sangat. Tak apalah abang. Insyirah nak study. Good night, assalamualaikum,” tanpa menunggu balasan dari dia, talian aku matikan dan aku terus tersedu-sedu. Alahai, kenapa aku sensitif sangat hari ni?
Blackberry yang aku matikan tadi berlagu kembali. Aku terus campak Blackberry itu di bawah bantal. Telefonlah sampai esok pagi sekalipun, aku tak nak angkat!

 

“Abang, kenapa abang jauhkan diri dari Insyirah? Apa salah Insyirah pada abang?” Wajah kusut Naufal aku renung.
“Pergi Insyirah! Jangan kacau abang. Abang nak bersendirian.”
“Abang...” lengannya aku pegang namun segera dia tepis.
“Kan aku dah kata, jangan kacau aku! Kenapa tak nak faham?” Naufal merenungku dengan penuh amarah.
Aku? Dia bahasakan diri dia sebagai aku. Ya Allah, dugaan apa yang kau beri kepadaku kali ini?
“Abang!”
“Serabutlah!” Jerit Naufal dan terus berlalu. Pintu bilik dia hempas kuat. Kenapa mesti cerita ini berakhir seperti ini? Mana kebahagiaanku yang dulu. Air mata merembes keluar tanpa dapat kutahan lagi.
“Insyirah.”
Aku dengar ada orang memanggilku namun bukan Naufal.
“Insyirah! Bangun. Dah subuh ni.”
Aku segera buka mata. Astaghfirullah hal’ azim. Mimpi itu... mimpi paling ngeri sekali yang pernah aku lalui.
“Kenapa Insyirah? Kau menangis tadi. Risau aku. Kenapa ni?”
Aku pandang Nia. Aku menangis? Aku raba pipiku, terasa basah.
“Bad dreams?”
Aku mengangguk, “Aku mimpi... Naufal... dia benci aku. Dia... macam dah tak sayang aku,” entah bila, air mata kembali mengalir.
“Ish, jangan fikir sangat. Mimpi tu kan mainan tidur. Jangan menangis macam ni,” Nia peluk bahuku. Air mata yang mengalir dia kesatkan.
“Aku takut... aku takut mimpi tu jadi kenyataan, Nia. Aku tak sanggup kehilangan dia.”
“Dah. Jangan menangis. Mimpi je tu. InsyaAllah ia cuma mainan tidur. Okey?”
Aku mengangguk tapi entah kenapa, aku masih rasa mimpi itu benar-benar berlaku. Blackberry di bawah bantal aku tarik. Ada sepuluh misscalled dari dia. Ya Allah, terasa bersalah pula aku membiarkan dia semalam. Nur Insyirah, what are you thinking?


“Insyirah, kau okey?”
Aku senyum lalu mengangguk, “Aku okey.”
“Tapi muka kau, nampak macam ada banyak masalah. Kau betul okey?”
Aku angguk.
“Nia kata kau ada bermimpi sesuatu yang ‘ngeri’ pagi tadi.”
Aku ukir senyum, “Salah aku kot. Ni, nak belajar pun tak tenang. Dok teringat mimpi tu, Naufal lagi. Semalam aku merajuk dengan dia. Aku takut kalau dia berubah lepas aku merajuk dengan dia.”
“Awh, c’mon! He’s not like that, right? Normallah kalau ibu mengandung merajuk. Kalau dia nak jadi abi yang baik, he should know that.”
“I wish you can tell him that.”
“Ei. Tak kuasa aku! Kau yang kena beritahu dia sebab kau tu isteri dia. Not me.”
Aku ketawa dengan kata-kata Anis.
“Anis...”
“Ye?”
“Aku... rindu dia.”
Anis senyum, “Lain kali merajuk lagi ye.”
“Ish, biarlah nak merajuk sikit.”
Anis menggeleng dan terus berlalu meninggalkan aku yang termangu di atas katil.
Blackberry aku tiba-tiba berbunyi. Ada mesej dari dia.
‘On skype sekejap. Please!’
Aku tengok jam di dinding. Baru pukul 9.00 malam. Dengan malas, aku capai laptop yang sudah sedia terpasang lalu icon Skype aku tekan.

m_naufal: sayang!
insyi_love:...
m_naufal: I’m sorry for yesterday.
insyi_love: *crying*
m_naufal: *worried* jangan menangis umi. Abi jauh nak pujuk umi.
insyi_love: Umi tahu abi sayang baby lebih dari umi.
m_naufal: I love you both. How can you say something like that? *sad*
insyi_love: Abang telefon Insyirah setiap hari tapi kenapa abang tak pernah tanya pasal kesihatan Insyirah. Macam mana study Insyirah, macam mana hidup Insyirah, Insyirah rindu abang ke tak. Abang tak ada tanya. Macam mana Insyirah tak sedih? Macam mana Insyirah tak merajuk?
Tiba-tiba ada request dari Naufal untuk video call. Aku hela nafas. Wayar headphone aku cucukkan di tempatnya lalu headphone aku sarung ke kepala. Request dari Naufal aku terima dan... nah! Itu dia, wajah suamiku terpampang di skrin.
“Insyirah,” panggilnya lembut tapi penuh ketegasan.
“Ye.”
“I’m sorry. Abang tak sengaja buat Insyirah sedih macam ni. Nak tau kenapa abang tak pernah tanya tentang kesihatan Insyirah? Tak ambil berat pasal Insyirah?”
Aku hela nafas, “Kenapa?”
“Sebab abang tahu Nia dan Anis jaga sayang dengan baik sekali dan abang tahu yang Insyirah boleh jaga diri, lebih baik dari abang jaga diri abang sendiri. Abang tak pernah tanya yang Insyirah rindu ke tak dekat abang, sebabnya abang dah dapat rasa kerinduan Insyirah pada abang. Tak perlu abang tanya, tak perlu jawapan dari mulut Insyirah. Semuanya dapat abang rasakan sendiri.”
Aku terharu dengan jawapannya namun aku cuma mendiamkan diri. Entah kenapa, aku hilang kata-kata.
“Pasal study, abang tak nak tanya sebab abang takut soalan abang boleh buat Insyirah stress. A pregnant mummy tak boleh stress.”
Aku rasa nak menangis dah di depan skrin.
“Sayang...”
“I’m sorry. I’m a bad wife.”
“No, you’re not! Abang yang silap. Abang terlupa yang umi baby ni perlukan lebih perhatian dari abi. I’m sorry, sayang.”
Suaranya memohon maaf meruntun kalbuku. Terus aku tekup muka dengan tangan. Menangis.
“Sayang, jangan menangis please.”
Aku tak angkat muka walaupun dia memujukku. Aku sungguh rasa bersalah kepada dia. Suamiku.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi petikan gitar di telingaku. Aku angkat muka. Naufal terkial-kial memetik gitar. Jemarinya yang sebelum ini jarang aku teliti aku perhatikan dengan penuh minat. Cantik. Jari-jemari suamiku cantik. Sangat cantik. Lebih cantik dari jariku sendiri. Air mata yang sudah hampir berhenti, kembali mengalir saat dia mengalunkan suaranya menyanyikan lagu Baik-baik Sayang yang pernah dipopularkan oleh Wali Band.
 
Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi airmata darimu
Yang aku ingin
Arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu
Sayang...
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan... Dengarkan aku


Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik Sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik-baik Sayang
Karna aku untukmu


Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku Sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan... Dengarkan aku


Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik Sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik-baik Sayang
Karna aku untukmu


“Ish, sayang! Kenapa menangis lagi ni?”
“Abanglah!”
“Abang buat apa?” Dia letak gitar yang ada diribanya ketepi.
“Siapa suruh menyanyi lagu tu? Sedih tau tak?”
“Ala, lagu tu untuk sayanglah!”
“Yelah! Terima kasih.”
“Sayang...”
“Ye?”
“Hanya satu pintaku, disiang dan malammu. Baik-baik sayang kerana abang ada untuk sayang.”
Dan sekali lagi aku menangis.
“Sayang!!” Aku ketawa saat dia menjerit panik apabila aku menangis lagi.

Bersambung....

p/s: Naufal dah jadi Andika -.- *masih terbawa-bawa dengan kehadiran Andika Isyraf*

25 comments:

  1. Hehe cinta halal jarak jauh,. Rse cam mimpi insyirah tu cam bakal jdi kenyataan je huhu

    ReplyDelete
  2. Hahaha Naufal dah jadi Andika pulak.Pandai main gitar...Wahhh best best....Thanks Cerpen tuh pun best yg pasal Andika dgn Adinda..Hehe

    ReplyDelete
  3. Eh mcm knl lagu tu hahaha.Bab main gitar tu dpt ilham en. Mimpi ek hihi. Pe pun like la ngn naufal. Pndai pujuk terus sejuk umi ye.moga diorg terus sweet n jgnla jd apa2 dok jauh2 byk dugaan tu

    ReplyDelete
  4. ohh tidak!!mimpi apakah itu??

    ReplyDelete
  5. sweeeettttttttttttttt

    ReplyDelete
  6. Faradina Azlin Azahar6 October 2012 at 21:04

    suk3 sangat... ilang sat seteressss... ingatkan realiti... huhuhu.. berbaloi tunggu lama tuk baca part naufal m3nyanyi.. heeeheee

    ReplyDelete
  7. jngan la jdi bnda xelok kat rumah tangga dorang...

    ReplyDelete
  8. mimpi itu mainan tidur je kan?

    ReplyDelete
  9. woa tak sangka Doktor to be ni pandai nyanyi lak.... Harap2 jgn la mimpi tu jd kenyataan... tapi mcm best jugak la baru la thrill skt... asyik merajuk biasa2 je lama2 boring gak nak baca... hihi hanya pendapat saya

    ReplyDelete
  10. bestnya adik najwa..akak like berjuta lemon.. ;)
    ( kak fida)

    ReplyDelete
  11. Sangat sweetttttt.....
    Baik-baik sayang..
    Well done sis.....

    ReplyDelete
  12. udah ku agak y semua itu mimpi... wohohoh... stress nyer kahwin jarak jauhhh.. adeihhh.. aku pulak y stresss.. ishh..

    ReplyDelete
  13. so touching,bru je habis nangis lepas baca.. automatik mate berair bace td

    ReplyDelete
  14. alaaa.camtu je? hmm, penat tunggu episod ni tau. :(

    ReplyDelete
  15. oh please...hrp mimpi tu mainan tdur Insyirah jer....jgn jdkn ianya kenyataan..please najwa syg...nyway thanks for this n3....busy2 study pun smpt karang utk kitorang bca..thanks again syg....

    ReplyDelete
  16. ermmm... pandai naufal pujuk insyirah..... memanglah ibu mangandung ni sgt sensitif.... so encik hubby kenalah bersabar... lagipun tak salah apa yg insyirah katakan....asyik tanya baby je... umi baby tak plak ditanya...isteri mana yg tak terasa... seolah2 suami hanya sayangkan baby dia je....
    moga mimpi insyirah tu hanyalah mainan tidur... tak mahulah jadi kenyataan...kesian insyirah nanti... tak habis2 diduga semenjak mereka bertunang lagi....

    ReplyDelete
  17. Naufal dah x jadi mamat muka ketat... dah jadi mat Jiwang pulakkk.... kerana Insyirah ...
    so sweet.... ibu mengandung kadang-kadang mudah tersentuh hatinya... sedihhh..

    ReplyDelete
  18. mujo mimpi je...hahahaha...
    naufal ni tak alert la..haisyy...kan umi dah touching..

    ReplyDelete
  19. Insecure lah cerita ni, it makes me feel really insecure with the story line. That dream and Naufal's attitude somehow. But, this story is so sweet. They're so loving couple. Anyway goodjob writer, and just asking, cerita ni akan dibukukan or what? Thanks :)

    ReplyDelete
  20. thuuuuuuuuuu..... naufal comel >__<...........tapi kenapa instinct ku kuat mengatakan bahawa.... ap yg die mimpi tu nnti jdi jugak.... hahahhah xcited nk tau next entry... <3

    ReplyDelete
  21. eh..bila nak sambung nih??? xsabar nak ciumnaufallajulaju eh, x sabar nak tau apa nak jadi lps nih :D

    ReplyDelete
  22. so sweet.. :-) Ummi dan Abi ni...

    ReplyDelete
  23. semakn baca cite nie...semakin suke n menarik...
    tapi makin x faham ngan diri naufal 2....
    kadang2 wat org rse menyampah ngan watak die y sentiasa berubah-ubah...

    ReplyDelete