Wednesday, 9 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 5)

“Macam mana boleh accident ni, hah?” Thaqif sinsing lengan baju kemejanya.
Aidil ukir sengih. “Aku nampak awek cun dekat pondok bas, mana aku tau boleh terbabas.”
“Banyaklah kau! Buat mama risau je. Ngek punya adik.” Thaqif ketuk lengan Aidil yang berbalut. Geram pada adiknya tak sudah. Kalau bukan sebab Aidil masuk hospital, mesti dia dapat berkenalan dengan budak perempuan yang gila novel tu.
“Sakitlah, weh!” Aidil buat muka. ‘Ingatkan nak bersimpati, ni tak. Dibebelnya aku!’
“Tau pun sakit. Yang kau ‘terbang’ dari motor tu tak sakit?”
Aidil tersengih lagi. Faham sangat dengan perangai Thaqif yang suka membebel andai apa-apa terjadi pada dia. “Macam mana kau boleh tahu aku accident?”
“Mama telefon aku tadi. Cubalah hati-hati sikit, Aidil. Motor kau tu, kali ni dah masuk lima kali masuk ‘hospital’.”
Aidil mencebik. “Ala, motor aku tu tahan. Aku tak dengar bunyi kereta pun tadi, kau balik naik apa?”
“Teksi.”Jawabnya pendek. Dia mengeluh. Teringat pula peristiwa tadi.
“Hello, assalamualaikum. Ye, ma? Ada apa?” Thaqif angkat telefon yang berbunyi namun matanya masih lekat pada si gadis yang asyik memilih buku.
“Hah? Aidil accident lagi? Dekat mana?” Thaqif dah letak majalah Photography yang sedari tadi ada dalam tangannya. “Ha, yelah. Adam balik sekarang.” Butang merah ditekan. Dia pandang Fakhrul yang sedang pilih komik, dia pandang pula pada si gadis yang pegang novel.
“Rul.”
Fakhrul berpaling dengan kening terjungkit sikit.
“Tolong aku boleh?”
Fakhrul tanpa banyak bunyi, terus mengangguk.
Thaqif keluarkan sekeping gambar dari saku kemejanya dan sebatang pen lalu dicoretkan sesuatu di belakang gambar tersebut.
“Kau nak aku buat apa ni?”
Thaqif tak menjawab sebaliknya menghulurkan gambar yang dipegang tadi kepada Fakhrul.
“Benda apa ni, bhai?”
“Kau tolong bagi dekat budak tu.” Jarinya menuding ke arah si gadis yang sudah mula mengorak langkah.
“Kenapa tak bagi sendiri?”
“Aku kena balik. Aidil accident lagi.”
“Astaghfirullahal a’zim. Biar aku hantar kau.”
“Takpe. Aku naik teksi je. Kau tolong aku, please. Bagi gambar tu dekat budak tu.”
“Hah, yelah. Kirim salam family kau.”
“InsyaAllah. Thanks.” Thaqif sengih. “I owe you one.”
Fakhrul sekadar mengangguk.
“Adam!” Satu tumbukan di bahunya buat dia tersedar dari lamunan.
“Sakitlah!” Thaqif gosok lengan yang terasa sengal.
“Tau pun. Aku punyalah bersembang elok dengan kau, kau boleh buat tak tahu je.”
Thaqif cuma mendengus.
“Sebenarnya...”
“Apa?”
“Kau tak patut balik. Mama ada agenda lain sebenarnya tu.”
Muka Thaqif kelam. “Kau merepek apa ni?”
“Mama sebenarnya nak tunjukkan calon isteri untuk kau.”
“What?” Thaqif berdiri.

“Banyak borong, Fafa.”
Ulfah tersengih bila disergah ibunya. “Buku je, umi.”
Umi menggeleng. “Pergi naik. Solat, mandi. Malam ni umi dan abah nak bincang sesuatu dengan Fafa.”
Dahi Ulfah berkerut. “Nak bincang apa, umi?”
“Adalah. Pergi naik dulu.”
Ulfah angguk tapi hatinya berdetak sesuatu yang aneh namun dia tidak melayan kata hatinya. Dia segera angkat kaki, melangkah pergi meninggalkan umi.

“No, ma! Adam tak nak.” Thaqif membentak.
“Adam Thaqif.” Suara papa, kedengaran. Perlahan tapi tegas.
Thaqif diam. Dia pandang mama.
“Dengar dulu, Adam. Tak payah nak membentak sana sini.” Mama bersuara, tegas.
Thaqif diam lagi.
“Mama tahu, Adam sentiasa nak buat benda ikut kehendak Adam. Dari dulu. Mama tahu, Adam ada cita-cita Adam dan mama tak larang semua tu cuma mama minta kamu, tolong tengok dulu calon mama. Mungkin ada yang kamu terberkenan nanti.”
“Tak nak! Adam tak nak! Adam tak suka semua ni, mama.” Thaqif berdiri.
Mama mengeluh. “Mama yakin, Adam. Dia calon yang sesuai untuk kamu. Mama tak paksa kamu terima dia.”
“Ma, Adam nak cari sendiri permaisuri hati Adam. Lambat atau cepat, Adam akan jumpa dia.” Thaqif bersuara. ‘Mungkin Adam dah jumpa pun, mama.’
“Adam, cuba kenal...”
“Mama, no! Adam tak nak. Serius, ma. Kalau mama asyik cakap pasal ni, Adam tak nak balik rumah.”
Mama mengeluh sebelum. “Memang Adam tak suka balik rumah pun, kan?”
Thaqif hilang kata-kata. Mama dah terasa. Mama cukup sensitif kalau ada anak dia yang liat nak balik rumah. “Ma...”
“Baliklah rumah sewa kamu. Maafkan mama. Mama cuma nak yang terbaik untuk anak mama.” Mama berlalu ke tingkat atas.
“Mama kamu memang macam tu tapi kamu tak patut cakap pasal tak nak balik rumah semua. Mama kamu tu risaukan makan pakai kamu sebab tu dia nak kamu kahwin.. Kamu baliklah, Adam kalau kamu tak selesa dengan desakan mama kamu.” Papa menepuk bahu Thaqif.
Thaqif terduduk. ‘Salah aku ke kalau aku tak nak kahwin dengan pilihan mama?’

Ulfah menyuap nasi lambat-lambat. Dia kerling Suhail yang berselera menjamah makanan malam tu.
“Fafa? Tak luak pun nasi dalam pinggan tu.”
“Hah? Nak makanlah ni, bah.”
Umi pandang Ulfah. Abah pandang Ulfah. Suhail juga berhenti dari menyuap makanan, sebaliknya turut memandang Ulfah.
Ulfah yang baru nak menyuap makanan terasa canggung bila tiga pasang mata merenungnya. “Kenapa semua pandang Fafa macam tu?”
Umi dan abah tersenyum menggeleng lalu terus menjamah makanan. Ulfah pandang Suhail yang masih merenungnya. Keningnya terjongket sikit. “Kenapa?”
Suhail geleng. “Tak ada apa-apa.”
Ulfah mendengus namun dia terus menyuap makanan.
“Lepas basuh pinggan, angah dengan Fafa jangan naik atas lagi. Umi dan abah nak cakap sesuatu.”
“Baik, abah.” Serentak Suhail dan Ulfah menjawab.
Pap! Lengan Suhail dipukul Ulfah.
“Eh, apahal pukul angah ni?”
“Kawan Fafa cakap, kalau dua orang bercakap benda sama serentak, kita kena pukul orang yang satu lagi.”
“For what?”
“Kalau kita dapat pukul orang yang seorang lagi tu, kita kahwin dulu daripada dia.”
Suhail angkat kening. Bibirnya terukir senyum nakal. “Kira Fafa sekarang ni nak kahwin dulu sebelum angah la ni?”
Ulfah rasa nak tercekik. “Main-main jelah. Jangan percaya.”
“Eleh, jangan percaya konon. Fafa tetap buat juga.”
“Dahlah tu kamu berdua, makan diam-diam.” Abah menegur.
Mereka berdua terus tutup mulut. Abah memang pantang sikit kalau bergaduh depan rezeki namun sempat Ulfah dan Suhail melawan jelingan.

Ulfah dan Suhail terkekeh ketawa di depan peti televisyen yang menayangkan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah di Astro Citra.
“Fafa.” Abah bersuara.
“Ye, bah.”
“Angah.”
“Ye, mi.”
Abah berdehem sebelum kembali bersuara. “Tutup dulu TV tu, abah nak cakap ni.”
Ulfah angguk kepala lalu diambil remote control dan terus ditekan butang merah.
“Abah nak cakap pasal ‘tu’ ke?” Suhail bertanya.
Abah angguk.
“Pasal tu?” Kening Ulfah bertaut.
“Dengar je nanti.” Suhail berbisik.
Ulfah angguk kepala.
“Fafa tahu kan yang angah dah bertunang hampir setahun.”
Ulfah angguk. “Angah dah nak kahwin ke?”
“Shh...dengar dulu abah nak cakap apa.” Suhail mengetuk kepala Ulfah.
Ulfah diam.
Abah menyambung. “Kalau ikutkan, abah nak kahwinkan angah tahun ni. Yelah, tak baik bertunang lama-lama.”
Ulfah dan Suhail angguk-angguk kepala. Umi pula muncul dari dapur dengan seteko air teh dan sepinggan buah tembikai.
“Kenapa abah tak kahwinkan je angah? Sebab along?” Umpama bertih jagung, Ulfah melontarkan pertanyaan.
“Bukan sebab along. Along dan angah dah sepakat nak menikah serentak nanti tapi angah dan along ada bagi satu syarat sebelum mereka bernikah.”
Ulfah pandang Suhail. Suhail buat tak tahu. Ulfah menala kembali pandangan kepada abah. “Apa syaratnya, abah?” Dalam bertanya, sempat dia mencapai sepotong tembikai lalu dibawa masuk ke dalam mulut.
“Syaratnya, Fafa kena kahwin dulu sebelum angah dan along.”
Erk! Tembikai yang baru dikunyah sedikit terus masuk ke kerongkong akibat terkejut yang amat sangat.

To be continued...

p/s:eksaited tak? eksaited tak? hahaha :D

6 comments:

  1. Alahai Ulfah..dengar pasal kahwin terus tertelan tembikai,nasib baik tak tercekik...
    Siapa yang jadi bakal suami Ulfah nanti???
    Thaqif ke???^_^)Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkejut punya pasal ;)...thaqif ke???hehehehe

      Delete
  2. done,best

    dania

    ReplyDelete
  3. eksaited sangat *tangan kat bahu*

    ReplyDelete