Friday 21 September 2012

Dia Imamku (Bab 14)

Aku merenung gambar perkahwinanku yang ada di meja study. Sudah dua bulan peristiwa itu berlalu, namun aku masih tidak dapat melupakan apa yang terjadi. Naufal pun tidak pulang mencari aku. Ah, mana mungkin dia kembali ke Malaysia untuk aku! Pasti dia lebih mementingkan pelajarannya berbanding aku.
“Sampai bila kau nak biarkan panggilan tu tak bersambut?”
Tersentak aku saat Nia menegur di pintu bilik. Aku angkat bahu. Sungguh, aku tiada jawapan untuk itu. Aku kerling Blackberry yang ada di atas katil. Ternyata ada panggilan dari orang dari Ireland namun aku biarkan saja. Tadi dia BBM, aku tak balas. Aku on Skype tapi aku buat invisible. Banyak pesanan dari dia, tidak satu pun aku balas.Biarlah... aku lebih senang begini.
Email di Gmail pun dah berlambak. Aku baca semuanya namun satu pun tak berbalas. Cuma sekali saja aku berhubung dengannya iaitu ketika aku menjejakkan kaki ke Malaysia, itu pun melalui mesej saja. Hati aku... dah tawar. Aku berharap dia mengejarku namun itu tidak mungkin terjadi.
Aku usap perutku yang sedikit besar itu. Susah sebenarnya nak bawa perut ke kelas setiap hari tetapi aku tidak pernah rasa penat kerana ini anak aku. Anak kesayanganku.

Sebenarnya bukan niatku mahu membiarkan Naufal tertanya-tanya tentang anaknya ini namun kehadiran Mimi Dendeng buat aku kurang pasti untuk khabarkan berita ini. Berdasarkan dari email yang aku terima dari Naufal, dia sentiasa menyuruh aku menjaga diri dan baby. Dia juga kerap nyatakan kerinduan terhadap kami berdua tapi benarkah itu? Aku sendiri tidak pasti.
“Angkatlah, Insyirah. Sampai bila nak merajuk macam ni?”
Aku angkat bahu. Hari tu, aku mengadu pada Jue namun Jue marahkan aku. Katanya aku buat keputusan bodoh kerana biarkan saja Naufal di Ireland bersama Mimi. Nia juga begitu. Tapi mereka tak faham, hati ini sakit bila Naufal membandingkan aku dengan Mimi. Sakitnya, aku saja yang tahu.
“Kau nak merajuk sampai bila ni?”
“Entah... sampai dia balik Malaysia kot,” aku sengih tawar, “Itu pun kalau dia balik.”
Nia mengeluh, “This is not good for your baby, Insyirah.”
Aku diam, “Apa yang Naufal buat pun tak bagus untuk baby dan aku, Nia!”
“Mungkin dia stress belajar!”
“Dan aku tak stress bila Mimi tu asyik mengendeng dia?”
Dan Nia terus terdiam tanpa jawapan.

“Nia...”
“Kenapa?” Nia yang sedang berbual dengan Aliaa berpaling kepadaku.
“Aku teringin nak makan donat.”
“Kejap lagi kita cari dekat luar UMT, ye?”
Aku menggeleng, “Nak Big Apple.”
Nia menggaru kepala sikit, “Kita pergi hujung minggu ni, ye?”
“Tapi... baby teringin.”
Nia garu kepala lagi, “Tapi Anis ada perjumpaan lepas ni. Tak sempat kalau nak sampai ke bandar.”
Aku diam lantas aku anggukkan kepala sikit. Tanda faham. Sorry baby, umi tak dapat nak pergi beli Big Apple. Hujung minggu ni, umi belikan untuk baby ye?
“Kau nak sangat-sangat ke, Insyirah?”
Aku pandang Nia lalu aku gelengkan kepala, aku tidak mahu susahkan kawanku. Pasti dia serba salah.
Tiba-tiba Blackberry bergetar dari poket baju kurung yang tersarung di tubuhku. Aku tengok nama di skrin. Aku tersandar terus di kerusi. Nama Ash di skrin buat aku serba salah.
“Tak nak angkat?” Nia angkat kening.
Aku senyum, lalu aku angkat panggilan itu, “Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam! Insyirah!!!”
Terkejut aku saat suara Jue yang menyapa telingaku, bukan suara Ash, “Jue?”
“Hei, mak buyung! Aku dengan Ash ada dekat Terengganu ni.”
“What? How?” Aku bersuara separuh menjerit.
“How? Naik keretalah. Kita orang ada kerja sikit dekat bumi Terengganu ni,” aku dengar Jue ketawa-ketawa.
Bibir terukir senyum nipis, “Wah, berbulan madu dengan Ash ye?”
“Kureng kau, Insyirah!” Jue dah ketawa, “Kau ada kelas ke sekarang?”
“Tak ada, kenapa?”
“Aku dengan Ash nak jemput kau ni. Nak jalan-jalan dengan mak buyung!” Jue ketawa lagi.
“Banyaklah kau punya mak buyung! Kejap, korang nak ambik aku kat UMT ke?”
“Dah tu? Takkan nak ambik kau kat UnisZa.”
Aku tepuk dahi, “UMT strict sikitlah dia punya pak guard.”
“Ala, then how? Kita orang dah on the way ni.”
“Kau tunggu kat Masjid UnisZa, aku minta tolong kawan aku hantar ke situ.”
“Deal!”
“Jumpa nanti, insyaAllah,” dan aku segera matikan talian.
Nia angkat kening, memandang aku. “Siapa?”
“Kawan baik aku.”
“Jue?”
Aku mengangguk.
“Kenapa?”
“Dia ada kat Terengganu. Anis boleh hantarkan aku dekat Masjid UnisZa tak?”
Nia angkat bahu, “Tak pasti.”
“Aku boleh hantarkan.”
Aku pandang Jija yang bersuara, “Boleh ke?”
“Boleh je.”
“Serius?”
“Serius tapi...”
“Tapi apa?”
“Nanti belanja aku bandung cincau.”
“Deal!” Aku tersengih lebar. Rindunya dengan budak berdua tu!

Dari jauh aku sudah nampak Jue sedang bersandar pada sebuah kereta Perodua Myvi. Aku lihat kawanku itu tekun menekan telefon bimbitnya.
Aku menyuruh Jija memberhentikan keretanya jauh sedikit dari kereta Jue. Niat di hati, mahu membuat kejutan kepada Jue.
Usai mengucapkan terima kasih kepada Jija, aku berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Jue.
“Jue!”
“Oh, mak!” Jue termelatah saat aku mengejutkan dia.
Aku sudah tidak mampu menahan tawa saat Jue melatah. Aku ketawa sehingga keluar air mataku.
“Insyirah, kawal gelak tu.”
Terdiam aku saat Ash bersuara. Entah dari mana mamat ni muncul, aku pun tak tahu.
“Itulah kau! Terkejutkan aku lagi, kan dah kena tegur dengan Ash!”
Aku buat muka, “Eleh, mengada!”
“Eh, perut kau macam biasa je! Betul ke ada baby ni?” Jue selamba saja memegang perutku. Darah terus menyerbu wajahku, malu pada Ash yang sedang ketawa.
“Betullah!”
“Kenapa kau nampak kurus ni?”
Aku sengih saja.
“Jom pergi makan,” ajak Ash tiba-tiba.
“Nak Big Apple!”
“Kau mengidam ke?” Jue pandang aku.
“Baby nak!”
Ash dan Jue ketawa, “Jomlah!”
Dan aku mengikut mereka dengan hati yang senang.

Aku, Jue dan Ash menjamu selera di Big Apple yang terletak di tingkat atas Pasaraya Giant Kuala Terengganu. Sebenarnya cuma aku yang menjamu selera manakala dua sahabatku itu lebih senang melihatku makan.
“Tak nak ke?” Aku angkat kening kepada mereka.
Dua-dua menggeleng, serentak. Hailah, sehati sejiwa betul.
“Susah tak kahwin jarak jauh, Insyirah?”
Uhuk! Tersedak aku bila Ash bertanya. Aku meneguk sedikit air mineral yang ada di atas meja. Soalan Ash itu buat aku terkenang pada si suami yang ada di Benua Eropah. Serentak aku teringat kenangan lalu, sungguh sakit itu masih ada.
“Apa punya soalanlah! Mestilah susah sebab cinta hati jauh dari dia.”
“Eh? Tak macam kita ni?”
Aku yang baru nak menyuap Moonraker terus terhenti. Bicara Ash terasa ada kelainannya.
“Korang ni... couple ke?”
Jue pandang aku. Ash pun pandang aku dan kemudian mereka memandang satu sama lain.
“Insyirah, tak mainlah couple ni. Aku nak jadi macam kau, kahwin terus je.”
Aku jeling Jue sedas sebelum memandang Ash dengan kening terangkat.
“Aku baru nampak, Insyirah. Siapa yang selalu sokong aku.”
“Kira aku tak pernah sokong kaulah?” Tanya aku pada Ash, sekadar mengusik.
“Bukan macam tu maksud aku. Aku tau kau pun selalu sokong aku tapi... dia ni sentiasa menyokong aku, lebih,” aku dapat lihat Ash melirik pada Jue yang buat muka selamba.
“Aku gurau je,” aku berbalas senyum dengan mereka berdua.
Seketika, keadaan jadi diam tanpa sebarang bicara. Seolah-olah ruang untuk berkata-kata sudah tertutup.
“So...” Aku bersuara sambil ukir senyum, “Bila nak kahwin?”
Ash menggaru kepalanya, “Habis belajarlah, wei. Sekarang aku tak mampu lagi.”
Jue pula dah tersipu-sipu malu. Alhamdulillah, Jue akhirnya dapat juga cintanya. Aku? Entahlah... aku pun tak tahu.

Jam di pergelangan tanganku sudah menunjukkan pukul 8.45 malam. Punya lama aku bertemu janji dengan sahabatku ini. Dalam perjalanan ke rumah sewaku, Jue terlentok di tempat duduk hadapan. Yang tinggal cuma aku dan Ash. Aku terpaksa akui, ada rasa kekok di hati saat tinggal aku dan dia saja dalam keadaan sedar.
“Kau bahagia?”
“Of course, I am.”
“Baguslah,” Ash bersuara, perlahan.
Aku angguk saja. Aku buang pandang ke pemandangan di luar.
“Insyirah?”
Aku kalih mata ke hadapan.
“Kalau... kalau kau tak bahagia, aku sedia membahagiakan kau.”
Tersentak aku dengan kata-kata Ash, “Kau mengarut apa ni?”
“Aku masih sukakan kau, tetap sukakan kau dan akan sentiasa sukakan kau,” ucap Ash, sedikit tegas.
Aku menggeleng kepala perlahan, “Habis tu, Jue?”
“Aku terima Jue kerana kesian. Tak ada secebis pun rasa sayang pada Jue. Aku sayangkan dia cuma sebagai kawan,” aku nampak Ash mengerling Jue yang masih lena di sebelahnya.
“Kau kejam!”
“Kau tak boleh paksa aku sukakan Jue bila hati aku dah terukir nama kau,” Ash bersuara.
Aku diam, tak mahu membalas apa-apa. Aku tak sangka, Ash masih menginginkan aku sebagai suri hidupnya. Bagaimana dengan Jue? Ya Allah, saat ini aku mengharapkan Naufal ada di sisiku.

Ash memberhentikan keretanya di depan rumah sewaku. Aku segera turun. Tidak betah untuk berlama di dalam kereta itu. Mata Ash sentiasa menjamah wajahku. Aku jadi takut. Aku jadi gerun. Beginikah sikap Ash sebenarnya?
“Insyirah, tunggu!”
“Kau nak apa lagi Ash?”
“Aku tak bermaksud nak buat kau takut dengan aku.”
“But you did! Kau tak kesian ke kat Jue?” Aku tunjuk ke arah Jue yang masih lena.
“Susah untuk aku cintakan orang lain, Insyirah!”
“Kau...” tak sempat aku menghabiskan kata-kata, ada satu suara menyampuk.
“Jangan kacau isteri aku.”
Ya, itulah suara yang aku rindui selama dua bulan. Aku terkaku tanpa suara, dia ada di situ. Tubuh itu tampak bergaya dengan t-shirt jenama Quicksilver dan seluar jeans berwarna biru gelap, “Abang...”
“Kau buat apa kat sini?” Ash bersuara, sedikit kasar pada Naufal yang nyata berwajah tenang, “Berani kau balik lepas apa kau buat kat Insyirah! Kau tak layak duduk di sisi dia!”
Aku terkejut bila Ash bersuara seperti itu. Bagaimana dia tahu? Adakah Jue yang menjadi penyampainya?
Aku suami dia! Di sini tempat aku, di sisi dia! Bukan kau!” Naufal memeluk bahuku, “She’s my wife. Insyirah is my wife!”
Aku lihat Ash mengetap bibir. Geram mungkin.
“Baliklah, Ash! Kesian Jue tu,” aku bersuara akhirnya, “Dan aku harap ini kali terakhir kau buat macam ni. Aku tak perlukan kasih sayang kau, Ash. Aku cuma perlukan Naufal dalam hidup aku.”
Ash terdiam dan terus berlalu tanpa kata. Marah benar nampaknya denganku.
Saat kereta Ash berlalu pergi dari depan rumahku, tangan Naufal yang ada di bahuku, aku tepis.
“Buat apa kat sini?” Tanya aku dengan nada keras. Ya, aku masih marah pada dia!

“Abang datang sini, nak jumpa Insyirah!”
“Sekarang dah jumpa kan? Sila balik ke Ireland!” Aku segera berlalu meninggalkan dia.
“Abang tunggu Insyirah dari petang tadi. Abang sampai dekat airport, abang terus pergi UMT. Abang sampai pergi fakulti Insyirah, sebab abang nak jumpa Insyirah. Don’t you miss me?”
“No, I don’t.”
“Tipu. I know you miss me!”
Aku jeling dia, “Eh, tak ada masa nak rindu abang!”
“Nia cakap, sebelum tidur Insyirah selalu renung gambar kahwin kita.”
Aku ketap bibir. Rahsiaku sudah pecah. Dania Imani, siap kau nanti!
“Abang terjumpa dengan Nia di fakulti Insyirah tadi. Nasib baik dia cam abang. Abang call nombor Insyirah tapi tak bersambung.”
“Bateri kong,” balasku malas.
Naufal merenungku, “Abang rindu Insyirah.”
“Heh, kalau lepas dua bulan baru nak mengaku rindu Insyirah. Tak payahlah abang! Simpan je rindu abang tu untuk si Dendeng senget tu!”
Naufal senyum, “Cemburu?”
“Never!”
“Dina told me everything. Patutlah Insyirah marah sangat pada abang.”
“What did she told you?”
“Dia cerita apa yang jadi kat St. Stephen’s Green. Abang tak sangka yang Mimi buat macam tu kat Insyirah.”
“Mestilah tak sangka, kan? Dia kan baik, matang unlike me!” Sengaja, aku pulangkan paku buah keras kepadanya.
“Insyirah memang tak matang!” Ujar Naufal tiba-tiba.
Ah, rasa nak terbakar pulak sekarang! “Pergi balik Irelandlah!!”
Baru satu langkah aku berjalan, aku dipeluk dari belakang.
“Insyirah memang tak matang tapi... hati dia baik. Dia sentiasa bersabar dengan suami dia yang selalu sakitkan hati dia. Dia telan hidup-hidup. Sanggup bergadai nyawa naik flight hanya untuk beritahu suaminya berita gembira tentang kandungan dia tapi suami dia tak pernah nampak semua tu. Yang dia tahu cuma marah, marah dan marah. Lepas tu, membela orang yang tak penting dalam hidup dia.”
Aku diam, tak membalas pelukannya.
“I’m sorry for not being a good husband for you.”
“Insyirah nak masuk. Dah lewat,” aku rungkaikan tangan yang melingkari pinggangku dan aku terus melangkah tanpa memandang dia.

“Eh, mana Naufal?” Soalan pertama dari Nia saat aku melangkah masuk ke rumah sewa.
“Kau ke bawak dia ke sini?”
Nia mengangguk, “Dia cari kau dari petang tadi, Insyirah. Luckily aku terjumpa dia di fakulti.”
“Lain kali, buat-buat tak kenal je.”
Nia terkejut dengan kata-kataku, “Tak baik kau cakap macam tu, Insyirah.”
Aku diam.
“He came to you! Dia datang nak pujuk kau, nak pujuk wife dia balik. Waktu aku bawak dia datang rumah ni, he insisted nak tunggu dekat luar pagar. Aku suruh dia duduk dekat tangga depan rumah pun tak mahu. Masuk waktu solat, dia pergi surau kat hujung taman sana. Dia tunggu kau dekat luar tu dari Asar tadi, Insyirah.”
Aku masih mendiamkan diri.
“He learned his lesson, Insyirah. C’mon. Sampai bila nak jadi macam ni? Tiket dari Ireland ke Malaysia bukan murah.”
Masih tiada kata yang keluar.
“Sudah-sudahlah merajuk tu, tak bawak kau ke mana pun! Jangan sampai Naufal tawar hati dengan kau,” ucap Nia sekali lagi sebelum berlalu ke bilik kami.
Aku terkesan dengan setiap kata-kata Nia. Betul, aku tidak sepatutnya melayan rajukku. Aku bingkas berdiri lalu aku atur langkah ke luar rumah.
Aku nampak Naufal duduk di tembok parit sambil belakang badannya bersandar pada pagar rumah sewaku. Dia ralit merenung sesuatu di tangannya. Bila aku dekati dirinya, sebak merajai diriku. Ternyata, dia merenung gambar anakku dan dirinya.
Aku jalan mendekatinya, “Abang...”
“Insyirah!” Dia bingkas bangun dan terus mendekatiku. “Kenapa keluar ni, sayang? Sejuk ni, ibu mengandung tak boleh keluar malam-malam, sayang.”
Tanpa menunggu lama, tubuh itu kupeluk, erat, “Insyirah minta maaf.”
“Kenapa ni?”
“Insyirah banyak salah pada abang,” luah aku di pelukannya.
“Nope... Insyirah tak ada salah pun pada abang. Abang yang banyak buat salah pada Insyirah. Pada baby. Forgive me, sayang,” ucap Naufal sambil menyentuh pipiku.
“You are forgiven,” aku mengangguk sambil aku pegang erat tangannya yang ada di pipiku.
“I love you, Insyirah. I really do!”
“And I love you too, Naufal,” dan kami kembali berpelukan.

“Sayang...”
“Ye?”
“Kita tak patut buat drama kat sini, sayang. It’s quite inappropriate.”
Aku ketawa dengan kata-katanya, “Memang pun.”
“So, how’s our baby?” Tanya dia sambil memegang perutku.
“He’s been a good boy, tak macam abi dia.”
“Amboi!” Naufal mencerun padaku. “Insyirah...”
“Yes?”
“Pergi kemas baju dua tiga helai.”
“Nak pergi mana?” Tanya aku dengan penuh tanda tanya.
“Kita tidur hotel,” Naufal sudah tersenyum dan senyuman itu nampak nakal. Hailah, imamku ini!

Bersambung...

p/s: maaf kelewatan :)

41 comments:

  1. terbaek lah..best2..nk lg wak..hehe..
    padan muka mimi..tp geram lg kt naufal 2..pujuk la tol2..cian insyirah taw...

    ReplyDelete
  2. igtkn insyirah nk merajuk pnjg ckit lg,,bg naufal pnt ckit nk pujuk..huhu...bia padan dgn muke naufal...sape suh melayan si dendeng 2...

    ReplyDelete
  3. seronok.. nasib baik dah berbaik semula.. amaran utk naufal agar jauhi DENDENG !!

    ReplyDelete
  4. naufal is back..plz plz plz..jgn wt insyirah mcm ari tu plz..sian die peknen...be good ye incik naufal..or else..hmmm

    ReplyDelete
  5. Chapter 13 yg lepas, marah dan benci kat Naufal.... Chapter 14 ni, baru nak reda sikit kemarahan tetapi kenapa lah cepat sgt Insyirah memaafkan... isyyyyy...... still geram kat si Dendeng tu.....

    ReplyDelete
  6. kali ni xde rse nk marah lagi kt naufal sbb dia dh prgi pujuk insyirah..
    good job akak..
    i really like it.. :)

    p/s: tetibe menyampah pulak dgn si ash tu.. kesian jue..

    ReplyDelete
  7. his learned his lesson... tapi kalu ade part naufal marah dendeng kan best...kesian jue mangsa keadaan..bagus juga x merajuk panjang2..kesian baby rindu kat papa dia..

    ReplyDelete
  8. Yeayyy dendeng kalah keke
    Jenuh ko naufal kne mogok 2bln ngan insyirah keke

    ReplyDelete
  9. so sweet <3 <3 <3 xyah la majuk lama2....hurmmm tpkan naufal lom bis stdy lg ...ala mimi dendeng tu mst kacau lg ...eeeee

    ReplyDelete
  10. ha...baru la si Naufal tu tahu apa yg Dendeng tu buat. yg Ash tu pulak, apahal? tak boleh nak terima kenyataan agaknya. apa kata cik writer temukan je 2 org yg sengal ni - si dendeng & ash, menjadi tak combination tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??bagus jgk klw dendeng ngn ash tu..tp mcm streotaip la plak..apa pun cik writer,gud luck..we waiting your next en3=)

      Delete
  11. waaaaaaaaaaaaa...... naufal sweeeeeeettttt!!! >< bleh kne kencing manis nie... XD
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  12. Erks.. Gitu je?? Mmmg btl naufal ckp.. Hati insyirah ni baik.. ;)
    Ok, dendeng bleh cmpakk laut dh. Wat the heck la si ash ni.. Hrp jue dgr apa ash ckp.. Eii.. Bongek la lelaki cmtu

    ReplyDelete
  13. hehe, nak senyuuummmm, suke la ngan couple berdua ni, marah2 tu ade tapi tak nak ego dengan emosi masing2, kata maaf sedia terucap, sweet

    ReplyDelete
  14. Tak sangka Ash still lagi menunggu Insyirah,kesian dekat Jue.... π_π
    Ash memang kejam.... nasib baik Naufal sampai tepat pada waktunya... #^_^

    ReplyDelete
  15. Alah ash nie, x baek tau uat jue cam tu...
    Yeeeee naufal balik m'sia gak...
    jom ..... hahahaaa

    ReplyDelete
  16. adeehhhh...meleleh airmata lak, mase Naufal luahkan kata2 dia 'Insyirah mmg tak matang tapi hati dia baik.........'

    ape la teruk sgt perangai Ash tu, kesian Jue...

    Tak sabar nak bace bab seterusnya, hehehe...

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Insyirah sayangggg.... Naufal lambat pujuk bukan sebab dengdeng tu... tapi sebab mengejar cita-cita .... kalau dia terus ikut Insyirah masa tu siapa yang susah???.... Naufal dan Insyirah juga yang susah sebab Naufal kena lama lagi kt sana...... sekurang-kurangnya Naufal balik juga pujuk si jantung hati dia....hehehe.... terbaikkk....
    Ash tu x baik buat Jue macam tu..... entah-entah Jue dengar apa yang Ash cakap pada Insyirah .... padan muka Ash....

    ReplyDelete
  20. oh tidak... best yunk... masalah dendeng hampir selesai.. skrang tiba masalah ash pulak.. oh.. kesian pada jue kot... okeyhh... lepas ni apa pulak jadi?? thanks 4 the best entry...

    hati jatuh bergolek semula pd naufal.. yuhuhuhu

    ReplyDelete
  21. Insyirah belum matang tp penulisnya makin matang! Good job Najwa. No doubt KN offered DI for publication.

    ReplyDelete
  22. waaa i like it......

    ReplyDelete
  23. yeayyyyy...naufal dh tahu pe yg dendeng tu kta kt insyirah msa kt ireland tempoh hari...nsib nia story kn smua tu kt naufal..syg kamu najwa...

    ReplyDelete
  24. sweet.... nk lg leh... esok ade n3 lg x?

    ReplyDelete
  25. haaa....blk pun naufal...hehehe...sweet je dia pujuk insyirah...bes2...
    sian plak ngn jue, jahat la ash tu...

    ReplyDelete
  26. sweet nya naufal...
    sila jauh kan Dendeng dari naufal...
    x suka dendeng kacau naufal...
    bg la dendeng tu kat sapa2 yg patut...

    Ash melampau betul.. kesian jue...
    suruh je la jue tu carik lain.. lupa kan ash...
    mencik.. x suka...

    ReplyDelete
  27. Adeh dendeng yg senget ek haha.akhirnya si kelat2 manis blik pujuk gak. Tp x suka ngn ash, cian jue. Ntah2 dia dgr kan time ash ckp mcm tu.
    Naufal nk stay htl mn,mehla blue wave shah alam nnti leh lepak skali haha

    ReplyDelete
  28. hmm..taw pon naufal..kalo buat hal lagi x taw laa cm ne insyirah marah..hehe...

    hesy..ash ni..propa je lbey..tahu sape yg mnyokong lbey laa..eei..cam nak sekeh je..sian jue..

    o.k writer..tgu ur next n3!!..hehehe..:)

    ReplyDelete
  29. Nak lagiiii

    besssttttt

    ReplyDelete
  30. setelah seminggu tgu.. good job najwa... minta2 la dilembutkan hati ash tu bagi ikhlas suka kt jue sian jue tu... Alolo sweetnya naufal... ^_^

    ReplyDelete
  31. Serius tak sbr nak tggu next bab.. Hehee...

    ReplyDelete
  32. kesian insyirah mengidam nak makan donat ye.. harap2 pipi Naufal Jr nanti comel macam donat.. hehehe ;)

    ReplyDelete
  33. Oh mai Ohmai walaupun baru aje start baca cerita nie masa pukul 10 lebih malam semalam..Saya terus terpaut hati nak baca sampailah ke bab ini...And bagi saya it was wonderful..Best sangat baca tentang gelagat dieorang but sometimes ada juga rasa geram nak marah sebab si Mimi Dendeng tulah..haha anyways goodluck akak..! ^^

    ReplyDelete
  34. wau..naufal sanggup dtg utk insyirah..bgus2x..

    ReplyDelete
  35. bestt..lepas rindu :D plislah terbit...

    -deeda-

    ReplyDelete
  36. so sweet............i love u mr daddy!! <3

    ReplyDelete