Friday 18 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 12)

“Macam mana kau boleh kena macam ni?” Suhail yang memandu mengerling ke sebelah. Bibir Thaqif pecah akibat ditumbuk. Mana taknya, suami Huda tu badan mengalahkan Malek Noor.
“Aku pun tak faham. Bekas girlfriend aku tulah. Terjumpa secara tak sengaja. Dia ajak aku borak-borak. Mana aku tau yang laki dia mengekor dia. Aku tak nak jumpa pun dia tadi tapi member aku yang paksa. Aku relakan jelah.”
Suhail ketawa. “Tulah kau. Lain kali hati-hati. Bukan kau sorang yang terasa pedih. Cik adik yang kat belakang tu pun terasa pedih sekali.”
Thaqif ukir sengih. “Garang.”
Ulfah peluk tubuh. “Biarlah orang nak garang ke tidak. Ada apahal?”
“Ulfah Syuhada.”
“Angah jangan nak membela budak ni. Belum tentu lagi Fafa nak terima pinangan dia.”
Sengih Thaqif mati. Dia buat isyarat mata pada Suhail. ‘Dia jealous ke?’
‘Sangat!’ Suhail kedip mata.
‘Marah benar nampaknya.’
‘Dia memang macam tu kalau marah.’
Thaqif mengeluh. “Tak apalah, Suhail. Orang dah tak sudi dengan aku.”
“Relakslah. Lepas ex-girlfriend kau tu bercerai, pinanglah dia lepas tempoh edah. Budak belakang tu mesti tak kisah punya. Kan, Fafa?”
Reaksi Ulfah berubah sikit namun dia tidak menjawab. Hatinya sakit.
“Cemberutnya muka.”
“Diamlah angah! Drive elok-elok.”
Thaqif ukir senyum. “Aku nak budak tu je, Suhail.” Dia kerling Ulfah di tempat duduk belakang. “Cuma dia.”
Ulfah buang pandang ke luar kereta. Dalam diam, bibirnya mengukir senyum.
“Kenapa korang boleh ada kat kafe tu?”
Suhail senyum. “Ada budak tu nak makan spaghetti. Aku nak bawak pergi Secret Recipe, tak nak, dia nak try dekat kafe tu. Aku bawakkan jelah.”
“No wonder korang ada dekat situ.”
“Instict dia kuat kot. Macam tau-tau je bakal tunang nak kena tumbuk tadi.” Suhail melirik mata pada Thaqif manakala Ulfah dah buat muka di tempat duduk belakang.

Thaqif bersandar di kepala katil. Bibirnya terasa pedih. Nak minum air pun terasa pedih. Jarinya pegang bibir. Telefon tiba-tiba berlagu tanda ada mesej masuk. Dia capai telefon yang ada di atas meja sebelah katil.
I message received-Ulfah Sayang
Assalamualaikum. Bibir dah okey? Lebam lagi ke? Ubat dah sapu?
Thaqif ukir sengih. Jemarinya laju menaip mesej. Jiwa rasa bunga-bunga, hati rasa nak terbang-terbang.
Waalaikummussalam. Bibir pedih lagi :( tapi dah sapu ubat :). Kenapa awak? Risau ye?
Butang send ditekan.
Seminit kemudian, dia dapat balasan. Tawanya meletus dengan kuat. Sakit di bibir tidak dipeduli.
Risau dekat awak?Oh please... saya tanya bagi pihak angah, ok?
Jemarinya menekan balasan mesej itu.
Eh, ye ke? Baru kejap tadi saya mesej Suhail. Dia dah tanya dekat saya sendiri. Jual nama angah sendiri untuk tanya pasal saya ye, Ulfah?
Telefon berlagu, mesej baru masuk.
Fine! Saya risau! So? Sudahlah, nak tidur. Good night. Salam.
Thaqif ukir senyum bahagia. ‘Tak sabarnya nak kahwin dengan budak ni!’

Thaqif melangkah masuk ke pejabat dengan wajah bersahaja walau ada mata-mata memandang bibirnya yang kebiruan akibat ditumbuk.
“Kenapa mulut Encik Adam tu?”
“Kena samun kot?”
“Ala, kacau awek oranglah tu.”
“Lebam-lebam pun, handsome jugak Encik Adam ni.”
Kata-kata yang keluar dari mulut pekerja-pekerja yang ada di situ tidak dia peduli. Yang penting baginya, dia bahagia.
“Kau okey?”
Thaqif angkat muka. Fakhrul bersandar di pintu pejabat Thaqif.
“Okey je. Kenapa? Aku nampak tak okey ke?”
“Aku tengok bibir kau biru tapi muka kau, ceria lain macam.”
“Aku biasa je! Sudahlah, kau.” Thaqif keluarkan drawing.
“Semalam tu bakal tunang kau, ye?” Fakhrul melabuhkan punggung di atas kerusi.
“Yup. She’s the one.”
“Garang.”
“Haruslah garang.” Thaqif ketawa.
“By the way, kau nak join tak aku dengan Pit? Konvoi ramai-ramai gi Johor.”
Thaqif ketuk dagu. “Tak rasanya. Nak uruskan hal peminangan tu.”
Fakhrul mengangguk.
“Tapi...”
Fakhrul angkat muka, pandang Thaqif. “Hah, tapi apanya?”
“Dah lama tak lepak sekali dengan budak-budak vespa.”
“Kau sibuk sangat nak bertunang.”
Thaqif buat muka. “Jodoh dah sampai, bro.”
“Ala, kau tu, bukan main lagi tak nak kahwinlah, apalah. Tak nak mak kau pilihlah. Macam-macam.”
“Tu dulu. Sebelum aku kenal apa itu erti sayang.”
“Blahlah weh! Jijik aku dengar.” Fakhrul berdiri. “Kejap lagi kau jangan lupa jumpa Encik Hasnan. Dah bising orang tua tu.”
Thaqif pegang dahi. “InsyaAllah, aku tak lupa.”
“Aku keluar dulu. Nanti meeting dengan arkitek lepas lunch, kau join tak?”
“Tak kot. Aku kena turun site.”
“Okey. See you later.”
Thaqif angguk kepala sebelum kembali mengadap drawing namun fikirannya dah menerawang ke Johor.

“Fafa.”
“Ye, umi.” Ulfah berlari anak turun dari tingkat atas rumahnya.
“Tolong umi kejap.”
Ulfah duduk di lantai. Umi tengah jahit baju kurung guna mesih jahit. “Nak tolong apa ni?”
“Tolong ambilkan air masak untuk umi. Umi dahaga, sayang.”
“Boleh, umi.” Laju dia berdiri dan segera angkat kaki ke dapur.
Tak sampai seminit, dia muncul kembali dengan segelas air di tangan.
“Nah, umi.” Gelas itu di tangan dihulurkan pada umi.
Umi segera menyambut lalu umi teguk air itu perlahan-lahan.
“Umi jahit baju siapa ni? Umi ambil upah menjahit lagi ye?” Baju kurung yang separuh siap itu disentuh. Cantik, warna ungu lembut menjadi warna latar untuk kain baju kurung itu.
“Eh, bukanlah. Umi ambil upah menjahit dekat nak raya je.”
Ulfah garu kepala. “Dah tu? Baju umi, ye?”
“Bukan, sayang. Ini baju Fafa. Baju untuk hari meminang nanti. Kain ni, Adam yang pilih. Mak cik Amnah yang bagi itu hari.”
Ulfah teringat kembali mesej yang pernah dihantar oleh Thaqif.
Awak suka warna apa?
Ternyata lelaki itu ambil serius setiap kata-katanya walaupun lelaki itu nampak nakal dalam tutur bicaranya.
“Fafa, termenung apa ni?”
Ulfah pandang umi. “Umi, betul ke ni? Fafa tak yakin dengan diri Fafa sendiri.”
Umi senyum. Pipi Ulfah diusap lembut. “Fafa tak yakin pada diri Fafa atau Adam.”
“Fafa tak yakin dengan diri Fafa sendiri. Fafa tak rasa Fafa mampu jadi isteri yang baik untuk Adam. Fafa banyak kekurangan, umi.”
“Semua orang ada kekurangan, Fafa. Umi sendiri. Dulu, umi pun tak pandai masak. Nasib baik abah pandai masak, dia yang tolong ibu memasak dulu.”
Fafa diam. “Fafa tak pandai masak. Kerja rumah pun Fafa terkial-kial lagi nak buat. Fafa ni suka ikut kepala sendiri. Fafa tak rasa Fafa mampu jadi macam umi.”
“Fafa, umi tahu perasaan tu. Umi faham. Umi pernah rasa macam tu tapi insyaAllah, tak ada apa-apa. Adam akan lengkapkan kekurangan Fafa dan Fafa akan lengkapkan kekurangan Adam.” Umi belai rambut Ulfah. “Suami isteri akan saling melengkapi dan insyaAllah, Fafa dan Adam akan saling melengkapi.”
Ulfah diam kemudian dia tersenyum. “Terima kasih, umi.”
“Kasih diterima.” Umi kembali menjahit. Ulfah pula mula mengorak langkah untuk naik ke tingkat atas semula.
“Fafa.”
“Ye, umi.”
“Fafa tau kan rombongan meminang datang minggu ni?”
Ulfah terlopong. “Maksud umi...”
“Maksud umi, Fafa akan jadi tunangan orang hujung minggu ni.”
Gulp! Ulfah telan liur.

“Ma, Adam nak cakap sikit ni.”
Mama yang tengah siapkan gubahan coklat berpaling pada Thaqif yang sedang bersila.
“Cakaplah.”
“Minggu ni Adam nak ke Johor.”
Mama diam.
Thaqif garu kepala. “Ma, Adam...”
“Adam nak ke Johor untuk apa? Kerja ke?”
Thaqif laju menggeleng. “Konvoi vespa. Macam biasa.”
“Mama bukan tak nak bagi tapi Adam tahu kan, Adam akan jadi tunangan orang Sabtu ni.”
“Adam tahu tapi ma, Adam dah lama tak join aktiviti kelab. Adam rindu geng vespa Adam.”
Mama menggeleng. “Ikut Adamlah.”
“Lagipun, kalau ikutkan Adam tak datang pun tak apa kan?”
“Yelah, Adam Thaqif. Nak menang saja kalau mama cakap.”
“Sayang mama.” Pipi mama dikucup.
“Yelah. Pergi naik. Balik kerja bukan reti nak mandi. Bila nak pergi Johor?”
“Hari Sabtu tengah hari. Lepas Zohor, insyaAllah.”
“Ha, yelah. Pergi mandi.”
“Yes, mam!” Tangan kanan diangkat ke dahi, seolah-olah dia sedang membuat tabik hormat.
“Naik!” Suara mama naik satu oktaf.
Thaqif cepat-cepat berlalu sebelum suara mama naik lagi satu oktaf.

“Aidil, kau buat apa ajak kami datang kedai ni?”
“Diamlah. Aku nak tempah bunga untuk abang aku. Dia nak bagi dekat tunang dia.” Aidil letak jari di mulut. Dia malu sebenarnya kena masuk kedai bunga dengan kawan-kawannya. Kalau dengan awek, tak apalah jugak. Tak adalah nak malu sangat.
Izuan angkat kening. “Kau bila nak tempah bunga untuk tunang kau?”
“Perli nampak?”
“Amoi, I nak tempah bunga.”
“Siapa amoi? Tak pandai nak bagi salam ke, hah?” Gadis itu yang sedang menggubah bunga itu angkat kening.
‘Erk, Melayu ke? Aku ingat Cina.’ Aidil angkat tangan, gesture orang minta maaf. “Sorry, I thought you were Chinese.”
Gadis itu angguk kepala. “Dah selalu kena.”
“Awak nak tempah bunga apa?”
“Roses. 12 kuntum.”
“Ros warna apa?”
“Nak bagi dekat tunang, warna merah hatilah kot.”
Gadis itu angguk kepala.
“Nak sekarang ke?”
“Nope, hari Sabtu pagi. Pukul 10 pagi, awak hantar dekat alamat ni boleh?” Sehelai kertas kecil dihulur diletak atas meja kaunter.
Gadis itu angguk lalu dia capai kertas kecil itu.
“Gubah macam orang yang kahwin pegang tau.”
“Okey. Bertuahlah bakal tunang awak tu.”
Aidil ukir sengih. “Bukan saya yang bertunang. In fact, saya single lagi. Kalau awak nak berkenalan dengan saya pun boleh.”
Uhuk! Gadis itu tersedak manakala Aidil ukir sengih gatal.

To be continued...

p/s:jom kita bertunang ;)

19 comments:

  1. kui3,abg n adik dua2 sweet..

    ReplyDelete
  2. ALahai Aidil sempat lagi nak ngorat awek kedai bunga tu.... XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah...ikut perangai abang dia...hehehe

      Delete
  3. Comel... :-)

    ReplyDelete
  4. abg and adik dua2 gatal ye...
    haha

    ReplyDelete
  5. adik dengan abg, sm je kepala..
    senget benget n suka kena kan owg..haha

    ReplyDelete
  6. hahaha...haruslah...mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi :P

    ReplyDelete
  7. najwa u student mana eh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. universiti malaysia terengganu *tanpa segan silu saya mengakui sebab saya bangga dengan u saya :)

      Delete
    2. ohw,,,x kesah la blaja kt mana2 pum,,,yang penting hati kene ikhlas n niat krn allah taala..:)
      P/S: gud luck tuk final exam,,,hehe
      ikhlas dr saya,,peminat karya anda,,(^_^)Y

      Delete
    3. betul tu...terima kasih ye :), doakan saya...sayang kamu :D

      Delete
    4. sama2..wish me luck too..sy pum student cam kamu gak,,hehe :)

      Delete
    5. insyaAllah...sama2 kita berusaha ye :)

      Delete