Monday 3 September 2012

Dia Imamku (Bab 8)

Suasana di luar rumah opah, riuh-rendah dengan kehadiran orang ramai. Kenduri yang dibuat secara kecil-kecilan oleh opah, sempena meraikan perkahwinan aku dan Naufal. Sebut saja nama lelaki yang sudah sah menjadi suamiku itu, buat minda aku kembali pada sesi fotografi di dalam bilik pengantin tadi.
“Pengantin lelaki letak kepala atas riba pengantin perempuan boleh? Dalam keadaan berbaring, nampak macam mesra sikit.”
Aku dan Naufal mengikut saja. Aku mahu sesi ini cepat habis, aku mahu menyeksa Naufal yang nampak serba tidak kena sejak rahsianya terbongkar. Biar dia rasakan sikit! Hahaha...
“Insyirah,” panggil Naufal lembut saat dia letakkan kepalanya di atas ribaku yang sedang bersimpuh.
Aku tunduk memandangnya, keningku jungkit sikit. Biar nampak kerek sikit di depan Naufal.
“Ish, tak comel langsung buat muka macam tu. Cuba buat muka mesra sikit,” bisik Naufal perlahan.
Aku geleng, tidak mahu mengikut kata-katanya.
“Awak marah orang, ye?” Tanya dia lembut.
Aku renung wajahnya tanpa menjawab soalannya. Saja aku bisukan mulut, biar dia bercakap sorang-sorang.
“Pengantin perempuan, belai sikit rambut pengantin lelaki tu,” suara si jurugambar bergema.
Aku turutkan saja. Juntaian rambut di dahi Naufal aku main-mainkan, selamba padahal jantungku sudah seakan-akan mahu pecah.
Naufal pula, selamba pejam mata. Seolah-olah senang dengan gerakkan jariku di juntaian rambutnya.“Naufal,” panggilku.
“Hmm...” sahutnya, perlahan. Dah hanyut agaknya suamiku ini.
“Orang nak awak jawab soalan orang tadi,” bisikku dengan senyuman. Senyuman mesra yang kuukir khas untuk kamera.
Naufal buka mata, dia renung aku sedalam-dalamnya manakala aku lebih senang merenung juntaian rambut di dahinya. Comel!
“Kita cakap malam nanti boleh? Orang akan jawab semua persoalan yang ada dalam minda awak,” ujar Naufal sambil tangannya membelai pipi aku. Mesra pulak si kelat-kelat masam ni, kan? Saja nak buat aku semakin jatuhlah tu.
“Cantik shot yang ini, nampak sweet,” si jurugambar bersuara.
Aku senyum sambil genggam erat tangan Naufal yang ada di pipiku, “Okey, orang tunggu.”
“Another nice shot!” Si jurugambar itu ukir senyum, “Nampak macam betul-betul in love!”
Naufal kembali pejam mata sambil bibir ukir senyum manakala aku sekadar senyum sumbing. Aku je kot yang in love, Naufal tak.
“Yang ni, pengantin perempuannya,” tersentak aku bila mak ngah memperkenalkan aku pada tetamu yang hadir. Hilang semua lamunan tentang Naufal.
“Cantik, sesuai benar dengan pengantin lelaki.”
Aku tunduk tersipu-sipu malu. Kena puji cantik, siapa yang tak rasa malu kan? Hehe...
Aku kembali angkat kepala apabila tetamu itu ke khemah kenduri. Sebenarnya, hari tu aku sangat takut kalau hari perkahwinanku ini menjadi kelam-kabut kerana masa untuk menyediakan semuanya terlalu singkat tapi apabila aku ketahui semuanya, baru aku sedar. Semuanya berjalan lancar hari ini, mungkin kerana perancangan awal tetapi mereka tidak tahu, hati aku sakit dan pedih mengenangkan mereka merancang semuanya di belakang aku seolah-olah aku ini bukan sesiapa padahal, aku pengantin perempuan. Terkilannya...

Aku regangkan otot-otot yang terasa tegang sejak petang tadi. Walaupun kenduri dibuat secara sederhana, tapi penatnya tetap terasa. Aku kerling jam di dinding. Sudah masuk jam 10.00 malam. Encik Naufal kita itu masih tidak masuk ke bilik. Tadi dia masuk bilik, aku duduk kat luar. Bila aku masuk bilik, dia keluar pergi surau. Sekarang bila aku dah masuk bilik, dia tak masuk-masuk pun. Tadi kami cuma berjemaah untuk solat Zohor semata-mata. Untuk solat Asar, dia berjemaah di surau. Maghrib dan Isya’ juga di surau.
Aku ambil sikat dari meja solek lalu aku terus menyikat rambut aku yang aku lepas bebas. Rambut tak cantik, kata Naufal. Huh! Macam rambut dia tu cantik sangat. Tanpa sedar, aku mencebik.
Tiba-tiba pintu terkuak dari luar, segera aku capai pashmina panjang yang ada di ribaku lalu aku letakkan di atas kepalaku. Memang, memang aku sengaja sediakan pashmina itu untuk kututup auratku. Ya, aku tahu Naufal sudah boleh melihat aurat aku tapi masih ragu-ragu. Aku masih malu untuk dedahkan aurat aku kepadanya. Yang dulu tu, tak sengaja. Darurat kata orang.
“Assalamualaikum.”
Berdebar jantung aku dengan salam yang diberikan oleh suamiku itu. Bukan aku tidak pernah dengar dia beri salam tapi malam ini, rasanya lain. Suaranya yang memberi salam, kedengaran romantis. Ah, telinga aku tersumbat agaknya.
“Aik, dalam bilik pun pakai tudung lagi? Tak rimas ke?” Suaranya yang tadinya romantis, kedengaran sinis.
Sengaja aku diamkan diri. Malas nak bercakap selagi rahsia yang itu, tidak dia dedahkan sendiri.
Aku tidak tahu bila dia mendekati aku. Yang aku tahu, dia sudah ada di belakang aku dengan wajah terukir senyum. Sinis, nakal atau mesra senyuman itu. Aku tidak pasti.
“Bila dengan suami, pashmina ni dah tak patut ada,” ujar dia, perlahan. Tanpa sempat aku halang, dia tarik pashmina itu dari kepalaku. Rambut aku yang panjang sudah terdedah di depan matanya. Sekali lagi! Jika dulu, tiada debaran di dada kini sudah ada rasa yang sukar aku gambarkan dengan kata-kata.
Dapat aku lihat dari pantulan cermin, tangannya membelai rambutku. Debaran semakin menggila di jiwa. Tenang, Insyirah! Kau kena tenang!
“Cantik!” Perlahan, dia memuji.
Aku ukir senyum sinis, “Cantik? Dulu bukan awak cakap rambut orang tak cantik ke? Macam benci sangat dengan rambut orang. Hari ni, belai-belai pulak. Dah cantik kot rambut orang ni.”
Naufal terkaku bila aku bersuara. Speechless-lah tu! Heh, dapat aku rasakan kemenangan aku yang pertama.
“Awak suka rambut orang, ye?” Aku bangkit dari duduk lalu aku berdiri di depannya sambil tersenyum, manis.
Naufal ukir senyum segaris lalu dia kembali membelai rambutku yang bebas itu, “Dulu pun cantik tapi orang cakap tak cantik sebab orang takut orang tak kuat iman. Awak tahu tak, orang hampir nak belai rambut awak itu hari?”
Kini, giliran aku pulak yang terkaku dengan kata-katanya.
“Eh, diam pulak awak, kan?” Ujar dia lagi, tapi dalam nada sinis pula.
“Kenapa awak rahsiakan rancangan perkahwinan kita ni? Kenapa perlu buat rombongan meminang kali kedua kalau kita sudah pun bertunang pada sebulan yang lepas?” Aku beranikan diri menentang mata Naufal. Ternyata, matanya terbias perasaan terkejut dek suara aku yang sedikit keras tadi.

“Kenapa marah sangat ni? Selalu orang sakat, paling teruk awak menangis je. Ni kenapa marah ni?” Tanya Naufal, dengan wajah terukir senyum.
Boleh tanya kenapa aku marah? Astaghfirullahal a’zim. Sabarlah Nur Insyirah.
“Ini bukan sesi sakat-menyakat Encik Naufal! Orang serius. Awak sengaja nak balas dendam kat orang ke apa? Kenapa buat orang macam ni? Orang tak suka, tahu? Rasa macam kena tipu hidup-hidup dengan family sendiri, dengan awak! Awak ingat orang tak ada perasaan ke, hah?” Akhirnya! Akhirnya! Terluah semua apa yang aku simpan dalam hati dari semalam. Rasa lega yang teramat sangat. Ada air mata yang menitis di pipi. Rasa geram, marah, sedih dan pedih sejak semalam akhirnya berjaya aku sampaikan pada dia. Biar dia tahu, aku pun ada rasa sakit. Biar dia tahu, permainan yang sedang dia mainkan ini menyakitkan aku zahir dan batin.
Aku lihat Naufal sedikit gelabah. Mungkin kerana dia tidak pernah lihat aku semarah ini atau mungkin juga kerana air mata yang mengalir di pipi ini.
“Jangan menangis, Insyirah! Orang sakit jugak bila tengok awak menangis,” ujarnya perlahan. Dia cuba mengesat air mata aku namun tangannya aku tepis.
“Kenapa nak sakit pulak tengok orang menangis? Bukan ini awak nak? Buat orang menangis, buat orang marah! Ni motif awak kan? Awak berjaya, Muhammad Naufal! Kejayaan awak ni dah melayakkan awak untuk menang trofi anugerah!” Aku hamburkan lagi kata-kata yang agak kasar sebenarnya. Aku sedar, aku tidak patut meninggikan suara pada Naufal tapi amarah sudah menguasai jiwa. Syaitan pasti bersorak keriangan sekarang ini.
“Awak cakap apa ni? Cuba bawak bertenang sikit, jangan nak marah tak tentu pasal Insyirah! Awak tak tahu perkara sebenar,” ujar Naufal, sedikit tinggi suaranya.
“Then, let me know! Beritahu orang! Supaya orang boleh bertenang, supaya orang boleh berfikir secara rasional. Kalau awak di tempat orang,awak akan sakit jugak Naufal! Kena tipu dengan tunang sendiri. Kena tipu dari awal pertunangan sampai ke hari pernikahan, sekali pun awak tak pernah cuba buka mulut, Naufal! Yang keluar dari mulut awak, cuma kata-kata sindiran semata-mata,” aku terduduk. Kaki aku sudah tidak mampu menampung badanku. Aku terasa lemah. Lemah dengan kesedihan yang aku tanggung, lemah dengan penipuan dari Naufal.
Tiba-tiba Naufal memelukku. Sedaya upaya aku menolak namun dia tetap memelukku, erat.
“Shush... jangan menangis. Jangan menangis, sayang. Orang tak suka awak menangis,” Naufal memujukku, lembut.
Aku diam. Masih tersedu. Teruknya aku, kan? Menangis di malam pertama, macam orang kena paksa kahwin lagaknya.
“Orang bukan nak sangat rahsiakan semua rancangan perkahwinan kita ni. Orang cuma tak nak awak terganggu. Terganggu dengan semua benda ni,” ujar Naufal, perlahan.
“Habis sekarang? Orang tak terganggulah?” Aku membentak.
Dapat aku dengar tawa halus yang terbit dari mulut Naufal. Gelakkan orang pulak!
“Sebenarnya kita dah pun bertunang sejak kecil, Insyirah. Arwah atuk awak, dengan atuk orang pernah berjanji nak nikahkan cucu mereka, supaya ikatan persahabatan yang terjalin dapat dieratkan dengan ikatan kekeluargaan tapi waktu tu kita tak tahu. Orang tak tahu pun kita dah bertunang waktu tu, yang tahu cuma orang-orang dewasa. Kita waktu tu, budak-budak berhingus lagi. Yang kita tahu, cuma bergaduh saja.”
Aku diam, memberi laluan kepadanya menyambung bicara.
“Sampailah satu hari, orang dapat call dari ibu dari Malaysia. Ibu suruh balik cuti kali ni. Orang pelik. Orang tanya ibu macam-macam soalan sampailah orang dapat satu jawapan yang betul-betul memuaskan hati orang. Ibu kata ibu nak nikahkan orang dengan tunang orang tapi orang tak ada tunang. Orang tanya atuk kemudiannya atas arahan ibu, atuk kata kita dah bertunang dan tandanya ada di leher awak ni. Rantai yang awak pakai ni walaupun rantai biasa, ia yang memberi ikatan kepada kita berdua.”
Aku terkejut. Rantai di leherku ini rantai tanda? Bukan rantai pusaka?
“Bila orang dapat tahu awaklah tunang orang, orang rasa macam-macam. Nak gelak ada, nak menangis ada, nak senyum sampai ke langit pun ada. Ibu tunjuk gambar awak pada orang melalui Skype. Tanpa sedar, orang tersenyum sendiri waktu tu. Budak berhingus yang suka kacau orang waktu kecik-kecik dulu dah jadi seorang gadis manis. Yang mampu buat lelaki gila bayang,” Naufal ketawa saat dia menghabiskan ayat dia yang terakhir.
“Tak pernah terniat pun dalam hati orang nak tipu awak, Insyirah. Orang rahsiakan semuanya sebab orang tak nak awak tertekan. Orang tahu, awak stress dengan keputusan peperiksaan awak sebulan lepas. Orang tahu, Insyirah. Sebab itu, orang suruh mama rahsiakan semuanya dari awak. Orang rancang semuanya, majlis hari ni. Peminangan hari tu, semuanya orang yang rancang. Mama tak salah apa pun, mama cuma ikut permintaan orang. Untuk jauhkan awak dari tekanan perasaan. Tambah-tambah lagi, awak kan benci orang waktu tu.”
“Orang tak benci awaklah!” Luahku tanpa sedar.
Serentak, bibir Naufal mengukir senyum, “Orang tahu. Orang dapat rasakan. Orang memang dah berniat nak ceritakan pada awak malam ni, tak nak ada rahsia antara kita tapi tak sangka awak dah tahu dulu. Orang minta maaf, ya? Jangan menangis lagi.”
Aku diam seketika, “Kenapa buat peminangan kali kedua?”
“Mana ada peminangan kali kedua, sayang. Yang rombongan itu hari, adalah satu-satunya rombongan peminangan yang orang hantar. Walaupun waktu tu kita sudah pun bertunang, tapi orang rasa lebih baik buat secara beradat sebab pertunangan kita sebelum ni tiada hitam putih. Bila-bila saja boleh terputus.”
Aku angguk, maksudnya dia hantar rombongan itu hari adalah untuk renew balik pertunangan yang dulu tu.
“Maksudnya, kita bukan bertunang sebulan lepas?”
Naufal angguk, senyum terukir di bibirnya, “Kita dah bertunang dari dulu lagi. Sebelum dahi orang berparut lagi.”
Aku kesat sisa air mata yang bertakung di kolam mata, “Orang dah salah fahamlah ni?”
Dia angguk lagi.
“Jadi, awak tak pernah tipu oranglah?”
Dia angguk, “Orang tak pernah tipu. Orang cuma rahsiakan dari awak je. Orang minta maaf, ye?”
Aku angguk, “Orang minta maaf jugak sebab orang tinggikan suara dekat awak, orang marah-marah awak.”
Dia ukir sengih, “Tak apa, salah orang jugak.”
Aku dapat rasakan tangan Naufal yang ada di pinggangku, menjadi lebih erat dari tadi namun aku segera bangun dari duduk tadi.
“Eh, kenapa?” Wajah itu terlakar kehampaan.
“Orang nak minta maaf dengan mama,” segera aku angkat kaki meninggalkan Naufal yang seperti merelakan saja.
Di luar bilik, aku pegang dada yang berdebar bagai nak gila. Dalam sedar, aku ukir senyum nakal. Orang buli awak kali ni je. Promise! Aku atur langkah menuju ke bilik mama.

Usai meminta maaf pada mama, aku kembali atur langkah ke kamar tidurku. Menangis-nangis aku pada mama tadi. Mama pun meminta maaf dari aku, kerana rahsiakan semuanya. Akhirnya, terungkai persoalan. Aku yang salah faham sebenarnya.
Aku buka pintu kamar tidurku, memerhatikan kelibat Naufal dan aku terkedu saat aku ternampak suamiku itu mengerekot kesejukan di atas katil. Dah tidur dah rupanya. Aku atur langkah mendekati Naufal lalu aku labuhkan punggung di atas lantai. Aku sangkut dagu di atas tilam, kurenung wajah dia yang kugelar suami itu. Tidurnya nyenyak, seperti bayi.
Aku sentuh sikit hidungnya. Tidaklah mancung mana tapi tetap menarik untuk ditatap. Dari hidung, jariku beralih pula pada keningnya. Tidak terlalu lebat, tidak terlalu nipis. Sedang-sedang molek. Bulu mata Naufal agak lentik tapi tidak berani untuk aku sentuh, takut dia terjaga. Dari kening, aku sentuh bibirnya. Bibir merah jambu yang menandakan dia bukan seorang perokok. Comel! Bukan kacak tapi comel! Naufal ketika tidur, memang comel.
Aku belai pula pipinya. Ada lesung pipit di pipi kanannya. Lekuk itu, membuatkan dia bertambah tampan andai dia tersenyum. Dari pipi, aku bergerak ke juntaian rambutnya. Juntaian rambut yang aku belai tadi, kubelai sekali lagi. Ah, sempurna sungguh ciptaan Allah ini! Sempurna di mata aku. Tiba-tiba rasa bertuah kerana menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Muhammad Naufal ini. Walaupun perangainya kadang-kadang masam kadang-kadang manis, itulah daya tarikan dia yang sebenarnya.
Tiba-tiba aku lihat Naufal menggeliat sedikit. Aku terkaku di tempatku. Aku renung Naufal dengan mata tidak berkedip. Tolong jangan bangun! Tolong jangan bangun!
Dan nyata, doaku tidak termakbul. Naufal buka mata. Di saat matanya menikam mataku, dia tiba-tiba terjerit kecil, “Astaghfirullahal a’zim!”
“Kenapa?” Terkejut aku, bila dia kelihatan sedikit takut melihat aku.
“Kau siapa?” Bertambah terkejut aku bila ayat yang keluar dari mulutnya kasar sekali.
“Awak ni kenapa? Ni oranglah, Insyirah!” Aku pandang dia pelik.
“Insyirah!” Aku nampak dia raup muka.
“Awak ni kenapa?”
“Boleh tak lain kali, ikat rambut awak tu? Awak bagi orang terkejut, tahu? Dengan baju putih semua. Ish!” Naufal membebel sambil tangannya mengurut dada. Terkejut sangatlah tu.
Tanpa dapat ditahan, aku ketawa. Aku ketawa sampai mengalir air mata. Naufal ingat aku hantu ke? Hahaha! Lawaklah suami aku ni.
“Jangan gelak, Insyirah! This is not funny!”
Bila dia kata macam tu, lagi kuat tawaku! “Awak patut tengok muka awak tadi Naufal, serius kelakar!”
“Insyirah! I’ve warned you!”
Aku masih galak ketawa dan tawaku mati saat aku terasa ada sesuatu di bibirku.
“Hah, diam pun isteri orang ni!” Naufal kulihat senyum sinis.
Aku ketap bibir. Dia ni! “Awak kenakan orang!”
“Mana ada!”
“Ada!”
“Tak ada!”
“Ada!”
“Nak kena cium lagi?”
Laju aku geleng kepala. Jantung dah keluar irama yang entah apa-apa.
“Good girl. Meh sini, baring sebelah orang,” Naufal tepuk tempat baring di sebelahnya.
Aku buat muka tak percaya. Apa dia tak ada rasa malu ke apa?
“Tu buat muka pelik apa? Jomlah, dah lewat ni. Orang mengantuk, tidurlah. Orang tak buat apa-apalah kat awak.”
Aku akur. Aku baring di sebelah Naufal tapi jauh sedikit, hingga ada ruang luas di antara kami.
“Ni apa tidur jauh sangat ni? Cuba dekat sikit,” Naufal selambat memeluk pinggangku dan menarik aku dekat padanya.
“Eh, awak! Tadi kata tak buat apa-apa kat orang!” Aku bersuara, takut-takut.
“Insyirah sayang, orang tarik awak sebab orang tak nak awak jatuh nanti. Awak dah baring hujung sangat. Jatuh nanti, orang yang rasa sakitnya tahu? Kalau orang buat apa-apa kat awak sekalipun, ia tak jadi satu dosa pun. Berganda pahala kita, tahu?”
Aku diam, malas nak cakap apa.
“Lawa je muncung tu. Cium lagi karang.”
“Ei, gatal!”
Naufal senyum nipis, “Ish, nak bergurau pun tak boleh ye Puan Insyirah? Yelah, tidur ye. Good night. Assalamualaikum.”
Dahiku terasa hangat saat Naufal mengucup dahiku sebelum dia kembali menutup mata. Pinggang aku yang dia peluk, tidak dia lepaskan sebaliknya menarik aku lebih dekat padanya dan ketika ini, aku rasa bahagia. Sungguh bahagia! Aku harap ia bukan lagi sebuah mimpi.

Bersambung...

p/s: Naufal kena buli sekejap je ;P

37 comments:

  1. sweet ja depa ni, tp dh kawen rsnya ptt dh tkr panggilan tu. x sesuai dh kot dok sebut 'org' 'awak' lg dh kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...tak reti lagi kak ton...haha, tak expert lagi ni...:D

      Delete
    2. Kena bljr ye naufal n insyirah ekeke

      Delete
  2. Iskkh balik2 insyirah lg tekena.... Xpuas ati cheq ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...relaks dulu...kita dera mental naufal sikit2. :D

      Delete
  3. huhuhuhuu.. awatlah naufal ni charming sgt!!

    ReplyDelete
  4. hahaha...comel je, bole plak naufal egt insyirah antu...
    jgn la kali ni je bulu naufal..buli la byk2 kali...hehehe

    ReplyDelete
  5. waddduuhhhhh.. tahap lebur dah cair nihhh.. perghh.. ehem2.. x rasmi lagi first night depa.. kih kih kih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah....dah jadi insyirah ke apa?hahaha...ehem2...itulah pasai...bila nak rasmi tatau :P

      Delete
  6. aloo sikitnye die buli naufal..
    Hadooiii sakit jiwa la bace citer ni..
    Rase2 cam teringin nak kahwin pulak..
    Ahaks..
    Nak lagi n3..kasi banyak2 sikit.. X puas la bace..hohohoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...ala, kita buli naufal sikit2 la :D...jgn sakit jiwa, bahaya..hehehe

      Delete
  7. So sweet....#^_^
    Cancel rasa nak menangis semalam,sekarang dah senyum lebar-lebar...hehehe

    ReplyDelete
  8. ala sweetnya husband and wife ni....'orang' + 'kita'. lain dari yg lain. hihihihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? biar lain dari yang lain...hihi, baru sweet :)

      Delete
  9. Naufal ni Sweet juga.... tentu dah lama Naufal jatuh hati dengan Insyirah.... dari kecil juga.... mana boleh buli suami lebih-lebih .... x baik tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...nanti kita selongkar hati naufal ye :)

      Delete
  10. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa






















    cair ngan naufal....hehe..:)

    ReplyDelete
  11. Mcm budak2 berkawin jer..... Mmg budak2 pun, tak abis belajar lagi....

    ReplyDelete
  12. awwwwwwwwww....so sweet....really2 love dis story huhu...sukenye kat naufal hehe (bajet dri sndiri ni insyirah haha =p)
    ni rase cam nk kawen nih hehe...gatal plak...
    najwa, fighting!!!!!!! waiting for ur next n3 plak huhu :)~azila~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha.... pening dah dgn ganti nama diri 'orang, orang, orang...' Ada lagi ke mcm tu? tapi sweet jer couple ni.

      Delete
    2. thank you miss anon :)
      hahaha...ada kot...tapi tataulah sapa :P

      Delete
  13. da kawen so kene tkar panggilan yer dak??? hihihi..... anyway best so far x de boring lg.... *thumbs up*
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  14. owh..terair sket ngn si naufal ni..rupenye x de la suam2 kuku sgt..lomantika jugakkan..hehhe tp die tnggu halal dulu la..bru nk sweet2 ngn insyirah...like like like like..byk2 kali..hahhaha

    ReplyDelete
  15. nak ikut bahagia boleh tak, hehe.

    ReplyDelete
  16. best laaa...nie cerpen ke...mini novel???nape x buat novel je..crite die nice sngt..nnt buat bnyk2 lg ekk...hihihi.. =)

    ReplyDelete
  17. Jln citer ni sngt best.. Saya suka..

    ReplyDelete