Thursday 24 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 15)

“Kau tak boleh macam ni. Kesian Fakhrul.” Thaqif renung perempuan di depannya.
“Kau nak aku buat macam mana? Aku tak suka dia, Qif. Dari dulu lagi, kau tak payahlah baik hati sangat nak matchmake aku dengan dia.” Perempuan itu buang pndang ke luar Secret Recipe.
“Dah tu, kau nak terus mengendeng dengan Dato’ yang ada dua isteri tu dan jadi yang ketiga?”
Perempuan itu terpempan. “Kami tak ada apa-apa. He is just a client, okay?”
“Client harus berpegangan tangan ke?!” Thaqif tinggikan suara.
Pap!
Tiba-tiba ada satu paper bag jenama Samsung di letakkan di meja mereka.
Kerusi sebelah Thaqif ditarik dan dia terasa ada orang duduk di sebelah. Dia paling muka. “Ulfah!”
Ulfah angkat tangan kanan. “Hai.” Bibir itu ukir senyum.
“Nana, kenalkan. Ni tunang aku, Ulfah. Ulfah, ni kawan saya sejak universiti, Nana.”
Ulfah hulur tangan. “Ulfah.”
Huluran di sambut namun wajah itu kelat. “Nana.”
Ulfah tidak ambil peduli dengan pandangan wajah Nana. “Saya datang nak bagi ni. Tadi ingatkan nak bagi dekat rumah tapi dah alang-alang saya nampak awak dekat sini, saya bagi dekat sini jelah.”Thaqif rasa serba salah. Beg Samsung di pandang. “Sorry.”
“It’s okay. Saya nak balik dulu.” Ulfah berdiri.

"Saya hantarkan.”
“Tak payahlah, awak selesaikan dulu hal awak dengan Nana.” Ulfah senyum pada Nana. “Nice meeting you.”
Nana balas senyuman Ulfah ala kadar.
Ulfah melangkah tanpa sebarang pamitan namun dia berhenti di depan Secret Recipe saat terasa diri diekori.
“Ulfah.” Suara itu kedengaran lembut.
Ulfah paling ke belakang. Wajahnya tenang tanpa riak. “If you care to explain, later on. She’s waiting for you.”
“Dia kawan saya.”
“Saya baru bertunang dengan awak Adam. Saya tak minta lebih tapi boleh tak awak jaga batas awak sebagai tunang saya? Saya tak tahu apa hubungan awak dengan dia tapi please take note. Nasib baik saya yang nampak, kalau angah saya? Along saya atau umi saya?”
Thaqif diam. “Saya...”
“Bukan saya tak bagi awak jumpa dengan kawan-kawan awak. Boleh je awak nak keluar dengan kawan-kawan awak, tak kiralah perempuan atau lelaki tapi kalau nak keluar dengan kawan perempuan, biarlah beramai-ramai. Awak keluar berdua macam ni, boleh timbul syak wasangka tahu?”
Thaqif angguk kepala. “My bad. Sepatutnya Fakhrul ada sekali tapi dia datang lambat sikit. Sorry.”
Ulfah diam.
“Qif, sorry lambat.” Fakhrul tiba-tiba muncul di situasi tegang Ulfah dan Thaqif. “Eh, Ulfah.”
Ulfah ukir senyum nipis segaris.
“No hal. Kau masuklah dulu, Nana ada kat dalam. I need to settle things with my fiancé right now.”
Fakhrul angguk dan terus berlalu.
“Saya minta maaf, okey?” Thaqif garu kepala.
“Saya tak marah pun tapi saya mengaku saya cemburu.”
“Malam ni, saya call awak.”
“Eh, ada ke telefon nak call saya? Nanti guna telefon Aidil lagi.” Ulfah menyindir dalam kata.  Sudah dua hari mereka berhubung dengan menggunakan telefon Aidil.
“Ada, tunang saya baru hadiahkan tadi.” Thaqif angkat paper bag jenama Samsung itu.
“Jaga elok-elok.”
“Mahal sangatlah awak.”
“Tak apa, nanti hantaran letaklah I-Pad ke, I-Phone ke sebagai gantinya.” Ulfah ukir sengih nakal.
“Demand.” Thaqif tersenyum. “Awak balik dengan siapa ni?”
“Angah. Dia keluar dengan kak Yani, tadi dia dah mesej kata dah nak balik.”
“Okey, kirim salam dekat dia.” Thaqif senyum.
Ulfah angguk.
“Nak saya teman sampai ke kereta?”
“Huh, boleh pergi sendirilah!”
“Sombong.”
“Baru tau, ke?”
“Dah lama dah.” Thaqif ketawa. “Hati-hati, okey?”
Ulfah angguk dan terus berlalu. Dada yang terasa sebu tadi sudah kembali lapang.

Aidil menarik cap yang menutup rambutnya ke depan. Letak cermin mata di hidung dibetulkan. Wajah ‘amoi’ yang sedang menjamu selera itu dipandang. Sony Alpha DSLR-A350 yang tergantung di leher diangkat. Dia curi-curi mengambil gambar ‘amoi’ itu. Mata sepet gadis itu mencuit hatinya. Senyuman yang terukir di bibir gadis itu membuatkan jantungnya berdetak kencang.
“Kalau setakat nak tangkap gambar, baik tak payah.” Izuan yang sedang mengunyah mee goreng bersuara.
“Diamlah. Aku malas nak approach lagi. Nanti nampak gelojoh.”
“Dah memang gelojoh pun.”
“Diamlah!” Aidil buat muka. Telefon bimbit yang berbunyi ditarik dari poket seluar.
Dahinya berkerut saat nombor Thaqif naik di skrin telefon.
“Hoi, beli telefon baru tak cakap.” Tanpa salam, tanpa mukadimah dia terus ‘menyerang’ Thaqif.
“Hoi, salam kau mana?” Terdengar suara Thaqif menjerit.
Aidil garu kepala. “Assalamualaikum, abangku sayang!”
“Waalaikumsalam. Hah, ini baru adik Adam Thaqif.”
“Blah! Kau nak apa ni?”
“Nak minta tolong sikit.” Thaqif bersuara di hujung talian.
Aidil merengus. “Asal nak minta tolong je, aku. Asal ada benda nak kena bantu, aku. Kalau nak buli pun, aku.”
“Nak suruh tolong belikan bunga pun susah. Tak apalah macam tu.”
Aidil terkesima. “Beli bunga? As in bunga macam time kau bertunang itu hari?”
“Yelah. Macam tu tapi tak apalah, dah kau merungut. Tak jadilah.” Suara Thaqif seolah-olah berjauh hati.
“Ala, aku merungut je tapi aku tetap buat. Kau nak bunga apa?”
“Macam hari tu dan dengan teddy bear sekali. Tak nak kecil punya, kasi besar punya. Can you do it for me?”
“Perghh! Duit? Dengan teddy bear lagi, kopaklah aku.”
“Nanti aku bayar balik. Pakai duit kau dulu.”
“Yelah. Hantar dekat mana?”
“Alamat hari tu.”
Aidil jungkit kening. “What have you done this time?”
“Budak kecik tak boleh tahu. Sudah! Assalamualaikum.” Talian mati.
Aidil ukir senyum. “Iz, makan cepat sikit. Nak pergi kedai bunga.”
“Nak jual minyak lagi?”
Topi di kepala dibuka lalu dilibas ke bahu Izuan. “Dey, kichi! Aku nak tolong abang akulah. Tapi...”
“Tapi apa?” Izuan gosok bahu yang terasa sengal selepas dilibas.
Aidil ukir senyum jahat. “Sambil menyelam minum air, tak salah kan?” Matanya melirik lagi pada si gadis yang sudah ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Bunga ros merah hati yang baru diterima itu di letakkan di atas katil. Teddy bear besar yang berwarna seakan-akan cream dipeluk. ‘You are such a romeo, Mr. Adam.’
“Untunglah orang tu dapat bunga dengan bear besar.” Umairah duduk di katil dengan senyuman lebar.
Ulfah mencebik. “Oh, please! Romeolah tunang Fafa tu.”
Umairah geleng kepala. “Dia jadi romeo bila dengan Fafa je. So, it’s a good thing, kan?”
“Maybe.” Ulfah jungkit bahu.
“Kak Chik nak cakap sesuatu ni.”
Ulfah tunduk renung kaki. “Cakaplah.”
“I’m pregnant. You’ll become a mak su in another 6 month.”
Ulfah berpaling ke arah Umairah. “Like seriously?”
Umairah mengangguk.
“Alhamdulillah.” Ulfah peluk Umairah. “I’m happy for you. Inside you tummy, ada my sidekick. Boleh dibuat geng.” Perut Umairah yang masih kempis disentuh.
“Mak su sayang, saya sidekick mummy.” Umairah bersuara kecil. “If you want a sidekick, get yourself married first and then, get pregnant.”
Ulfah buat muka. “Lambat lagi.”
“Percepatkan.”
Tak sempat dia nak membalas, Menjadi Diriku berlagu.
“Your future husband dah call.”
“Kak chik keluar sekarang. Shuhhhh!” Ditarik tangan Umairah sehingga keluar dari biliknya.
“Amboi, mentang-mentang nak bergayut. Sombong dengan kak chik, ye?” Umairah ketawa lalu di tepis tangan Ulfah yang ada di lengannya. “Kak chik boleh keluar sendiri. Pergi angkat call tu.”
Ulfah ukir sengih. “Sorry kak chik.”
Umairah balas sengih lalu dia tutup pintu bilik Ulfah.
Selepas pintu bilik ditutup, Ulfah terus melompat ke atas katil dan terus dia capai C3 yang masih berlagu. Butang hijau ditekan.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Suara Thaqif kedengaran di hujung talian. “Kenapa bunyi macam mengah je ni?”
Ulfah tarik nafas sebelum menghembus perlahan-lahan. “Baru lepas jogging.”
Thaqif ketawa. “Menipu je lebih.”
Ulfah cebik bibir. “Biarlah.”
“So, dah dapat bunga dan bear?”
“Dah, membazir je. Bunga time tunang hari tu pun ada lagi tau?” Ulfah geleng kepala.
“Ala, yang hari tu punya mesti dah nak layu.”
Ulfah mengangguk. “Still, tak payah beli bunga lagi. Teddy bear ni pun, kalau nak bagi, yang saiz sederhana sudahlah.”
Thaqif diam. “Fine, tak beli dah!”
‘Ah, sudah! Merajuk pulak pak cik ni.’ Ulfah ketap bibir. “Bukan saya tak suka tapi...”
“Tapi apa?” Thaqif memotong.
“Ish, cuba dengar dulu! Ni nak potong je orang cakap apa. Lepas tu, emo sorang-sorang!” Ulfah dah membebel.
Thaqif hambur ketawa di talian. “Awak membebel sangat comel, Cik Ulfah. Yelah, tak potong dah. Tapi apa?”
Ulfah termalu seketika bila dipuji comel oleh Thaqif. “Tapi... saya tak nak awak membazir. Harga sedozen bunga sangat mahal bagi saya apatah lagi teddy bear ni tapi itu tak bermaksud saya tak suka. Saya suka, saya terharu sebenarnya tapi saya tak nak awak membazir. Simpan duit untuk benda lain, kan bagus?”
“Simpan benda untuk benda lain? Contoh?”
“Simpanlah untuk belanja kahwin kita nanti.” Ulfah tutup mulut. Wajah terasa panas tiba-tiba. “Maksud saya...erm...erm...”
“Maksud awak, awak dah tak sabar nak kahwin dengan saya? Tak gitu, Cik Ulfah Syuhada?”
Ulfah telan liur. “It’s getting late. Saya nak tidur.”
“Ulfah Syuhada, duit untuk simpanan kahwin tu dah ada. Dah lama saya simpan. Sebenarnya saya tak sangka saya akan guna duit itu untuk tahun ni. Saya ingat duit tu saya akan belanjakan next two years.” Thaqif diam sebelum menyambung. “And then I found you. Dalam hati saya terdetak satu kata untuk menjadikan awak sebagai suri saya. Lagi tiga bulan, Ulfah!
You'll be mine and I'll be yours. InsyaAllah."
Ulfah diam. Jantung berdetak kencang.
“Now, go to bed, sayang!”
Ulfah diam sebelum menjawab. “Apa sayang-sayang?”
“Dah hilang malu?”
“Shut up! Assalamualaikum.”
Thaqif ketawa. “Waalaikumsalam, sayang.” Dan talian pun mati.
‘Sweet talker!’ Ulfah cebir bibir sebelum ukir senyum. ‘But I love it.’

Aidil renung gambar yang ada di dalam DSLR-nya. Mata gadis itu sepet. Sangat comel baginya. ‘Wahai Sara Lilyana, aku dah terjatuh tangga dengan kau ni.’
DSLR di letak ke tepi. Fikirannya terus menerawang ke peristiwa di kedai bunga tadi.
“Hai, awak!”
Gadis itu angkat muka, kening kanannya dijungkit. “Awak lagi? Kalau awak nak mengorat saya, maaf saya tak layan.”
Aidil senyum. “Saya nak tempah bunga lagi.”
“Bunga apa?”
“Awak suka bunga apa?”
Gadis itu buat muka menyampah. “Boleh tak jangan nak menggatal kat sini?”
Aidil masih tersenyum. “Saya cuma nak tanya pendapat awak, okey?”
Gadis itu merengus. “Saya suka bunga lili.”
“Okey, then. A dozen of lilys and a dozen of roses, please.”
“Romeo!”
“What?”
“Saya cakap awak romeo.”
“Eh, apahal pulak?”
“Beli two bouquets of flowers. Mesti ada dua girlfriends.”
“So?” Aidil buat muka.
“So?” Gadis itu masam. “Saya tak suka lelaki macam awak, romeo!”
“Say anything girl, I don’t mind.” Aidil seluk poket. “Bunga ros tu awak hantar dekat alamat hari tu dengan teddy bear yang warna beige tu.” Aidil mengunjuk pada sebuah teddy bear besar.
“Okey. Bunga lili tu?”
“Saya nak sekarang.” Aidil buat muka serius.
“Sara Lilyana?” Satu suara dari belakang kedai kedengaran.
“Yes, mummy!” Gadis itu menjawab.
“Nanti tolong mummy check stok, okey?”
“Okey, mummy.”
Aidil senyum. “No wonder awak suka bunga lili.”
“Awak tunggu sekejap, saya nak gubah bunga tu.” Gadis yang bernama Sara Lilyana itu ke belakang.
Hampir lima belas minit dia menunggu, Sara Lilyana muncul kembali dengan sejambak bunga lili putih yang sudah digubah cantik.
“Nak tulis apa-apa ke?” Sekeping kad kecil di tangan diunjukkan pada Aidil.
“Biar saya tulis sendiri.” Kad itu diambil lalu dia mencoretkan sesuatu di atas kad kecil itu. “Done! Berapa semuanya?”
“Dua ratus dua puluh ringgit.” Gadis itu menjawab.
“Saya beli.” Aidil kenyit mata selepas membayar harga bunga-bunga dan teddy bear yang telah dibeli.
“Gatal!” Sara Lilyana buat muka manakala Aidil terus berlalu.
Seketika kemudian, loceng di pintu berbunyi tanda ada pelanggan masuk.
“Selamat datang.” Sara Lilyana angkat muka dari buku akaun yang ada di atas meja kaunter.
“Saya nak buat delivery untuk Cik Sara Lilyana.” Sejambak bunga lili dihulurkan oleh lelaki itu dan pada kad yang terselit di jambangan bunga itu ada tertulis,
Hey, I think I’ve fallen for you, Miss Sara Lilyana.
p/s: I’m not romeo. I’m Aidil Taufiq and it is nice meeting you too ;)
Dan di luar kedai itu Aidil mengukir sengih.
Pap! Sebiji bantal terkena di mukanya. Hilang terus lamunan tentang gadis bermata sepet. “Wei, apa ni? Main baling-baling pulak!”
“Marahlah tu. Ni, aku nak bayar balik duit tadi.” Thaqif ketawa dengan wajah cemberut Aidil.
“Okey, dengan duit minyak semua dua ratus tujuh puluh ringgit.” Tangan kanan dihulur.
“Cekik darah! Nah, tiga ratus.” Enam keeping not lima puluh diletakkan di tapak tangan Aidil.
Thaqif duduk di birai katil. DSLR Aidil diambil. “Comel budak ni, bakal adik ipar aku ke?”
Aidil yang tengah asyik tersengih dengan duit di tangan terus mati sengihannya. ‘Matilah aku!’

To be continued...

p/s:perghhhhhhhhhhhh....jatuh cinta tak dengan Aidil? ^^

nilah teddy bear dan bunga pemberian Thaqif pada Ulfah ^^
ni pulak bunga Aidil pada Sara Lilyana ^^


18 comments:

  1. Ala sweetnya Adam Thaqif & Ulfah......#^_^

    ReplyDelete
  2. shuhada rajihan24 May 2012 at 20:56

    kencing manis agy ak hak3

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk...esok gi hospital tau...hahaha :D

      Delete
  3. nk teddy bear n bunga tu jgk..sweet sgt..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...nanti kita pi kedai bunga ye ^^

      Delete
  4. Suka dgn Ulfah yg tidak "melatah" bila ternpk tunang dgn perempuan lain... good job

    < kak N >

    ReplyDelete
  5. aaaaa...aq nk teddy bear cenggitu!
    tuh je nk komen..kbaii~~ :P
    *eh eh ttbe aq ase cm nk suh ko tuko jln cter nih..bg aidil n lilyana jdk hero n heroin!hahaha..btw gud job cik najwa rahman..hoho

    ReplyDelete
  6. kau bagi aku teddy bear tu, aku bagi bunga...buleh???huahuahua...erk...aidil and lilyana hero heroin???-.-"...terima kasih wahai coursemateku, Ammelia Syuhada ^^

    ReplyDelete
  7. bunge?.xsey aq! hmmm,,bole kann laen kli wt cter sal aidil n lilyana plak?.heee

    ReplyDelete
  8. Wah..adek beradik romeo..haha..
    Pape pon best + sweet sangat..

    ReplyDelete
  9. alaaaa...comel la thaqif ni bg teddy bear dgn ulfah

    ReplyDelete
  10. i love vespa.. cinta pndang prtama sy ialah vespa..skrang sy dh ade vespa sndiri. vespa 2 adelah bini prtama sy.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...thank you...saya pun suka vespa tapi tak mampu nak ada vespa sendiri...jgn asyik dgn vespa je tau, hati orang ppuan kena jaga jugak ;)

      Delete