Wednesday 16 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 11)

“Ma, cincin mana yang sesuai ni? Adam tengok semua cantik, ma.”
“Mama rasa yang simple pun dah cukup. Untuk bertunang je kan? Biar simple, asal nampak cantik.”
Thaqif angguk-angguk kepala. “Miss, I nak tengok yang ni.”
Gadis berbangsa Cina yang sedari tadi menunggu Thaqif membuat pilihan menganggukkan kepalanya. “Yang ni memang cantik. Design baru.” Gadis itu mengeluarkan cincin yang diminta oleh Thaqif.
Cincin itu bertukar tangan. “Cantik tak, ma?”
Mama angguk kepala. “Cantik. Simple tapi nampak anggun.”
“So, yang nilah kan?” Adam senyum tengok cincin berbatu satu itu.
“Ikut Adamlah. Mama tukang sarung je nanti.”
Thaqif angguk-angguk. “Miss, I want this one.” Cincin itu diberi semula pada gadis Cina yang sudah bersinar matanya saat Thaqif menyatakan hasrat untuk membeli cincin itu.
“Encik tunggu sekejap, ye?” Gadis itu berlalu.

Thaqif mengangguk. Dalam menunggu si gadis itu membungkus cincin tadi, matanya terpandang seutas gelang tangan yang mempunyai juntaian-juntaian berbentuk hati. Tiba-tiba dia tersenyum.
“Encik, ini cincin tadi.” Gadis Cina itu datang semula dengan sebuah beg kertas.
“Miss, I nak tengok gelang tu.” Jarinya menunjukkan gelang yang ada di bawah cermin.
Gadis itu tersenyum lalu dia mengangguk.
“Yang ni gelang limited edition punya. Cuma ada seratus utas sahaja.” Gadis itu mengunjukkan gelang tangan itu.
“Ma, what do you think of this one?”
Mama jungkit kening. “Untuk siapa pulak ni?”
“Bakal menantu mamalah. Takkan Adam pulak nak pakai?”
“Tadikan dah beli cincin tu.”
Thaqif ukir senyum. “Yang tu cincin tunang. Yang ni, tanda cinta dan sayang Adam untuk Ulfah.”
“Amboi, sejak bila mat vespa dah jadi mat bunga ni?” Mama geleng kepala.
“Sejak Adam jatuh hati dengan Ulfah Syuhada.” Thaqif ukir sengih. “Miss, I’ll take this one also.”

1 message received-Adam Thaqif
Awak suka warna apa?
Ulfah jungkit kening.
Saya tak suka pink yang pastinya. Purple should be fine, why?
1 message sent.
Menjadi Diriku berlagu, nama Adam Thaqif naik di skrin. Ulfah berdehem sebelum mengangkat panggilan itu. “Hello. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Suara lelaki itu menyahut. “Saya ingat orang perempuan suka warna merah jambu.”
Ulfah cebir bibir. “Eh, cik abang. Bukan semua perempuan ye.”
Lelaki itu ketawa besar. “Saya suka dengar awak panggil saya abang.”
“Hello brother, tak payah nak menggatal sangat, okey?” Ujarnya namun bibir tetap ukir senyum.
“Hello Brother? Cerita Salman Khan tu? Saya kureng sikit Salman Khan tapi kalau Shah Rukh Khan, saya layan.”
Ulfah hambur ketawa. Lelaki itu sangat kelakar baginya. “Awak ni memang gilalah.”
“Gila saya cuma dengan awak.” Dan kata-kata itu buat tawa Ulfah mati.
“Kenapa awak telefon ni?”
Thaqif ketawa. “Awak takut ye dengan saya?”
“Diamlah! Jawab soalan saya. Kalau tak, saya letak telefon.”
Thaqif hambur ketawa yang lebih kuat dari tadi. “Saya nak tanya, bunga apa awak suka?”
Ulfah diam sejenak. “Bunga tulip.”
“Mak oi, saya kena pergi Holland lah kalau macam tu.”
“Kenapanya?”
“Mana nak cari tulip kat Malaysia ni?”
“La, buat apa beli kat saya?”
“Saya nak awak pegang bunga tu time majlis pertunangan kita nanti. Saya mungkin tak nampak tapi at least Aidil boleh tolong tangkapkan gambar untuk saya.”
Ulfah senyum. “Cari bunga dalam Malaysia ni pun boleh, awak.”
“Macam tu pulak.” Thaqif diam seketika di talian sebelum ketawa. “Saya dah tahu bunga apa.”
“Bunga apa?” Ulfah bertanya.
“Bunga-bunga cinta Adam Thaqif dan Ulfah Syuhada.” Dan lelaki itu terus matikan talian.
1 message received-Adam Thaqif
Dear awak, saya bukan sengaja nak letak telefon macam tu tapi saya takut, saya takut awak membebel dekat saya. Hehe... pergi tidur, Ulfah Syuhada. Assalamualaikum :)
Dan Ulfah turut tersenyum. ‘Umi, Fafa nak terbang-terbang.’

“Qif, kau termenung apa ni?” Pit tarik kerusi.
Fakhrul buat muka. “Kau jangan tanya, dia tengah angau.”
Pit angguk faham. Dia pandang sekeliling. Kafe Vespa dan Aku miliknya penuh dihujani pelanggan yang tak pernah bosan untuk bertandang. “Korang nak makan apa ni?”
“Aku nak Grilled Chicken with Mushroom Sauce. Budak menung tu, kau tanya sendiri.”
“Bro, nak makan apa?” Bahu Thaqif ditolak selepas pesanan Fakhrul dicatit.
Thaqif tersentak lalu dia ukir sengih. “Kau tanya apa?”
“Kau nak makan apa?”
Thaqif belek menu. “Spaghetti Meatball. Extra meatballs please.”
Dia catit lagi menu yang dipesan. “Beverage?”
“Lemonade Crusher.”
“Make it two.” Fakhrul menambah.
“Okey. “ Pit angguk. “Carl, take this order to the kitchen.”
“Okey boss.” Waiter yang bernama angkat kening dan terus berlalu ke dapur.
“Untunglah jadi bos.” Fakhrul berkata, selamba.
“Untunglah jadi engineer.” Pit ketawa.
Thaqif angkat kening. “Untunglah aku dah nak bertunang.”
Pit dan Fakhrul sama-sama buat muka. “Sudahlah, kau!”
Thaqif hambur ketawa. “Cemburu nampaknya.”
“Eh, macam aku kenal perempuan tu.” Pit menunjuk ke pintu masuk Kafe Vespa dan Aku.
Thaqif tidak berpaling. “Sajalah tu, nak tukar topik.”
“Damn! It’s Huda. Qif, kau jangan pusing.” Serentak dengan kata-kata Fakhrul, Thaqif berpaling.
Dan mata bertentang mata, seperti ketika pertama kali mereka bertemu.

“Lama tak jumpa. Qif nampak makin... bergaya.”
Thaqif ukir senyum. Entah kenapa dia tidak senang berjumpa dengan Huda. “Biasa je. The same old me.”
“You’ve changed. Dulu Qif tak sinis macam ni. Dulu tutur bicara Qif lembut je kalau bercakap dengan Huda.”
“People changed Huda. Where’s your husband?”
Huda senyum lalu menggeleng. “Huda dalam proses penceraian.”
Thaqif tersentak namun dia buat biasa.
“Huda masih sayangkan Qif.” Huda capai tangan Thaqif yang ada di atas meja namun dia segera tarik.
“Huda, Qif bukan muhrim Huda. Lagipun, Huda baru dalam proses penceraian kan? Belum bercerai kan? Huda patut selamatkan rumahtangga Huda, bukan flirting around macam ni!” Thaqif berdiri.
“I’m not flirting around. Huda cuma nak expresskan rasa cinta Huda pada Qif. The feelings. It has always been there. Never for my husband.”
“Jadi, kaulah lelaki simpanan perempuan ni?” Satu suara di belakang Thaqif buat Thaqif berpaling dan...
Dush! Satu tumbukan padu melekat tepat di muka Thaqif sehingga Thaqif terjatuh.
“Imran, awak buat apa ni?” Huda ingin mendekati Thaqif namun langkahnya terhenti bila ada seorang gadis mendekati Thaqif.
“Awak ni, lembiklah. Baru kena pukul dah jatuh.”
Thaqif buka mata dan bibirnya ukir senyum walaupun bibir terasa sakit. “Awak ni, saya mana tau nak kena serang dari belakang.”
Ulfah berdiri. “Brother! Kenapa pukul bakal suami saya? Suka hati je! Isteri awak tu yang menggatal dengan Thaqif. Kenapa awak tak debik je isteri awak tu?” Ulfah cekak pinggang. “Hah! Awak, cik kak! Dah ada laki pun nak menggatal dengan bakal suami saya. Sedarlah sikit. Syurga awak ada pada suami awak. Tak belajar ke time Form Five dulu? Nusyuz tau? Lantaklah dia first love awak ke, second love awak ke, cinta terakhir awak tu, hah! Suami awak tu!” Ulfah tuding jari pada lelaki yang bernama Imran itu. “Awak tahu tak berapa ramai anak-anak menderita sebab ibu bapa bercerai. Awak tak kesian ke pada anak awak? Malulah sikit sebagai kaum perempuan.” Ulfah kembali duduk di sisi Thaqif.
“Awak buat ceramah agama ke, sayang?” Thaqif sengih.
“Tak payah nak menggedik panggil saya sayang. Jom, saya hantar awak pergi klinik.”
Pit dan Fakhrul yang ada di dalam kafe terkedu di sebalik cermin. Mereka tak sangka pertemuan antara Huda dan Thaqif boleh menyebabkan Thaqif tersungkur. Dan paling mereka tak sangka, seorang perempuan begitu garang memarahi Huda dan suaminya kerana menggatal dan mencederakan Thaqif.
“Tu, bakal tunang Qif ke?” Fakhrul bertanya tanpa pandang Pit sebaliknya dia cuma memandang kelibat Thaqif yang dipapah seorang lelaki manakala Ulfah mengekor dari belakang.
“Nampak gayanya memang dia tunang Thaqif.” Pandangan mata Pit juga ke tempat yang sama.
“Garang kot.” Baru Fakrul pandang Pit.
Sangat.” Pit turut memandang Fakhrul sambil angguk kepala.

To be continued...

p/s:garangkan Ulfah? ;)

8 comments:

  1. boleh tahan Ulfah bg ceramah umum...bagus..mempertahankan hak milik tetap...

    ReplyDelete
  2. Hebat betul Ulfah siap bagi ceramah agama lagi....

    ReplyDelete
  3. wa.... better ko update cpt skit entri yg baru.... syok gile thap gaban...

    ReplyDelete
  4. ulfah2... kuat membebel nih..
    thaqif kena tahan telingalah gayannya.. hehe

    ReplyDelete
  5. memang wataknya kuat membebel...hahaah ;)

    ReplyDelete