Tuesday 25 September 2012

Dia Imamku (Bab 15)

Aku genggam erat tangan kanan Naufal. Langkah kami seiring. Semalam, Naufal bawa aku tidur di Villa Seri Mayang bukan hotel seperti dia cakap kerana dia tidak larat nak memandu sampai ke tengah bandar Kuala Terengganu. Masih jet lag, katanya. Villa Seri Mayang pun tidaklah jauh mana dari rumah sewaku. Kami juga tidak bersembang panjang semalam kerana Naufal tersangatlah letih sampai tertidur ketika menungguku mandi.
“Sayang...”
Aku pandang dia, “Kenapa?”
“Tengok tu.”
Aku alih mata dari memandang dia, aku melihat ke arah yang ditunjuk olehnya, “Subhanallah! Comelnya baby tu.”
“Ish, bukan baby tulah yang abang tunjuk.”
“Dah tu?”
“Abang suruh tengok family tu. Ibu baby tu muda lagi. Macam Insyirah. Ayah baby tu pun nampak muda lagi, macam abang.”
Aku angkat kening pada dia, “Abang muda? Oh, please! Geli pulak tekak Insyirah dengar.”
Naufal mencerun kepadaku, “Eh, cik puan! Abang ni muda lagi tau.”
“Ish, perasan! Abang dah tualah. Insyirah yang masih muda bergaya.”
Naufal ketawa dengan kata-kataku, “Yelah, umi memang muda bergaya.”
“Tahu tak apa.”
“Tapi abang pun muda bergaya jugak apa? Sebab tu ramai suka dekat abang...” suara Naufal kedengaran sedikit meleret.
“Siapa suka dekat abang? Mimi Dendeng? Tak berjenis betul orang yang suka abang tu!” Genggaman tangannya aku leraikan. Cemburu bersarang dalam hati. Aku melangkah, laju.
“Alalala... umi merajuk dengan abi ya?” Aku dengar suaranya di belakangku namun aku pura-pura tidak mendengar.
“Abi sayang umi je. Tak ada yang lain. Datanglah seribu Mimi Dendeng, takkan sama dengan Puan Insyirah seorang.”
“Mulut manis macam gula!” Aku berpaling kepadanya.
“Pernah rasa ye mulut abang macam mana?” Dia tersengih nakal sambil mendekati aku yang nyata terkaku dengan pandangan matanya.
Ah, sudah! Imamku ini dah mula masuk mode nakal.

Aku mengurut bahu Naufal sambil dia menonton berita.
“Insyirah, kiri sikit. Lenguhlah kat situ.”
“Sini ke?”
“Ye. Lenguh sangat.”
“Kenapa lenguh ni?”
“Entah,” jawab Naufal acuh tak acuh.
Aku diam, tangan aku masih ligat mengurut bahunya.
“Insyirah...”
“Ye? Kenapa?”
“Ada berapa lama lagi sebelum habis semester ni?”
“Ada lagi sebulan lebih.”
“Kiranya... kalau Insyirah bersalin, dalam semester depanlah?”
Aku terkelu lidah tiba-tiba, “Yelah kot.”
“Kiranya kena extend semesterlah kan?”
“Ye... kot.”
“Sayang, apa kata...”
“Apa kata apa?” Aku tarik muka dia menghadap aku.
“Apa kata lepas habis semester ni, Insyirah ikut abang pergi Ireland.”
“Apakah?”
“Abang serius, abang nak jaga Insyirah. Nak jaga baby,” Naufal memandang aku penuh berharap.
“Insyirah stay kat Malaysia sudahlah, tak payah pergi sampai Ireland. Ibu dengan mama ada, boleh jaga Insyirah jugak.”
Naufal menghela nafas, “Siapa suami sayang? Abang ke ibu?”
Aku terdiam terus.
“Abang nak jaga Insyirah. Nak jaga baby sebab itu semua tanggungjawab abang, Insyirah tanggungjawab abang. Abang wajib beri nafkah zahir dan batin pada Insyirah,” Naufal duduk di sebelah aku.
“Tahu tapi nanti kalau Insyirah ada kat sana, tak ke macam kacau abang?”
“Sikit pun tak kacau.”
“Ala, yelah tu. Nanti mesti Insyirah kena marah macam dulu,” aku mencebikkan bibirku.
Tiba-tiba Naufal menarik mukaku menghadap dia, “Ikut abang balik Ireland, please.”
Aku pegang tangannya lalu aku gelengkan kepala, “Tak nak.”
“Ala, kenapa?” Naufal merenung aku.
“Sebab... Insyirah tak suka Mimi Dendeng!”
“Abang pun tak suka.”
“Tapi dia suka abang,” aku buat muka.
“Abang suka Insyirah,” ujar Naufal.
“Tapi abang bela dia,” balas aku.
“Abang tak bela dialah.”
“Eleh,” aku mengejek dia.
“Apa sayang?”
“Eleh!” Aku mengejek lagi.
“Cuba sebut sekali lagi,” Naufal angkat kening.
“El...” dan seperti biasa, kata-kataku mati.

Aku melambai Naufal yang menghantar aku ke kelas. Dia sempat hantar flying kiss kepada aku. Haih, nakal! Tadi sebenarnya kereta yang dipandu Naufal ditahan di pintu masuk UMT kerana tiada sticker UMT di kereta. Penat juga nak bersoal jawab dengan si pak guard. Nasib baik suamiku itu steady saja orangnya.
“Wah, untunglah orang tu suaminya hantar.”
Aku sengih bila disergah Nia, “Biarlah.”
“Bahagia orang tu, kan?” Nia menyiku Anis.
Aku sengih lagi.
Anis mengangguk, “Berapa lama dia kat sini?”
Aku angkat bahu, “Cuti seminggu, kot.”
“Rajin dia datang sini.”
“Kejap je. Esok dia balik KL lepas tu, lusa balik ke Ireland balik. Ada hal sikit katanya,” aku menjawab.
“Hal apa?”
Aku angkat bahu. Entahlah, tidak pula aku tanya.
“Kau dengan Naufal dah selesaikan hal yang lepas-lepas?”
Aku pandang Nia lalu aku mengangguk. Aku tidak mahu bercerita apa-apa kepada mereka. Bukan kerana aku hendak jadi perahsia tetapi kerana aku telah ditegur oleh Naufal. Semalam, aku sempat berbual dengan Naufal tentang benda yang lepas-lepas. Aku beritahu kepadanya yang aku ada bercerita tentang perang dingin aku dan dia kepada Jue, terus dia menegurku. Katanya, hal rumah tangga kami tidak elok dihebahkan kepada orang lain. Dan kerana itu, aku lebih selesa mendiamkan diri.
“Insyirah...”
“Ye?”
“Dah fikir nama baby?”
Aku ketawa lalu menggeleng, “Tak. Lagipun, aku tak tahu jantina baby aku. Biar Naufal je bagi nama untuk baby aku.”
“Alahai, aku terasa nak kahwin jugaklah!” Ujar Anis, bersemangat.
“Nanti saya masuk meminang ye?” Balas satu suara tiba-tiba.
Segera kami bertiga berpaling kepada suara itu dan serentak aku dan Nia ketawa manakala Anis sudah menunduk malu. Apa taknya senior kami, Abang Furqan yang mengusik Anis tadi. Habislah kau, Anis!

Aku menyuap nasi goreng cina dengan bersungguh-sungguh. Aku yang sememangnya lapar makan tanpa melihat ke kiri kanan.
“Sayang, lapar sangat ke?”
Aku mengangguk sambil mengukir sengih pada Naufal.
“Abang...”
“Kenapa sayang?”
“Nak mee bandung tu sikit.”
Naufal ketawa, “Eh, mak buyung! Tak cukup ke nasi goreng awak tu sampai nak ambik mee goreng orang?”
“Ala, orang nak rasa sikit je.”
Naufal ketawa lagi saat aku memuncung mulut, “Yelah. Nah, ambik ni.”
Mangkuk yang berisi mee bandung disua kepada aku. Aku ukir sengih, “Thank you, abang. I love you...”
“Amboi, dapat mee bandung baru nak love ye?”
Aku sengih, “Mana ada! Insyirah sentiasa love abang.”
“Tau sayang.”
Aku tersenyum, lega lalu aku segera menyuap makanan dan Naufal turut menyuap mee bandungnya yang masih banyak berbaki.
Di suapan terakhir, aku mendapat satu panggilan dari Jue. Aku pandang Naufal dan Naufal mengisyaratkan aku supaya mengambil panggilan itu.
“Hello. Assalamualaikum.”
“Insyirah!”
Aku ketawa saat Jue menjerit memanggil namaku, “Hello, mak cik! Tolong jawab salam aku dulu boleh?”
Jue di talian menghamburkan ketawa, “Waalaikumsalam. Aku ada story ni.”
Aku kerling Naufal yang nyata memandang aku, “Can’t it wait?”
“Cannot!” Ujar Jue, laju.
Aku hela nafas, “Okey... shoot!”
“Here’s the thing!”
“What?” Aku angkat kening.
“Ash ajak aku bertunang!” Dan Jue menjerit kegembiraan manakala aku mati kata.

“Jue, are you sure?”
“Hei, kenapa suara kau macam tak happy je?”
Aku terdiam sebelum aku kembali menutur kata, “Of course I’m happy... for you.”
Giliran Jue pula terdiam, “Awh, c’mon! What’s wrong? Suara kau jelas kau tak gembira.”
Aku panggung kepala yang terasa berat tiba-tiba. Nyata, aku bukan pelakon yang hebat. “Actually, Jue... I need to tell you something.”
“What?”
“Aku rasa... kau patut take time sebelum bertunang dengan Ash.”
“Kenapa pulak aku kena ambik masa? He loves me and I love him.”
Aku pandang Naufal. Naufal mengangguk kepala. “Ash... masih tak boleh lupakan aku Jue. Dia terima kau sebab kesian je.”
“Kau cakap apa ni, Insyirah?” Tanya Jue, keras.
“Aku cakap serius ni. Hari tu, dia luahkan sendiri pada aku waktu kau tertidur dalam kereta itu hari.”
“Kau jangan cakap yang bukan-bukan boleh? Aku tak sangka kau buat aku macam ni, Insyirah. Apa dosa aku kat kau? Dulu aku sokong kau waktu kau asyik bermimpi benda-benda yang mengarut tu tapi kenapa sekarang kau tak sokong aku? Kenapa kau halang aku cari kebahagiaan aku sendiri? Aku serius terkilan dengan kau! Macam ni ke kawan baik?!” Tempelak Jue pada aku di talian.
Aku terkedu. Lidah aku kelu. Kerana cinta, aku dituduh menjadi penghalang kebahagiaan. Kerana cinta, seorang sahabat aku menempelakku. Terkilannya rasa, terasanya jiwa, hanya aku yang merasa. Kerana cinta, sahabatku menjadi buta.
“Kenapa kau tak nak tengok aku bahagia, Insyirah? Aku tak pernah halang kebahagiaan kau dengan Naufal. Sampai hati kau.”
“Aku tak pernah bermaksud nak halang kebahagiaan kau. Aku cuma tak nak kau buat pilihan yang salah. Ash mengaku pada aku, dia masih sayangkan aku. Aku tak mungkin tipu kau Jue, takkan kau masih tak kenal aku?”
Giliran Jue terdiam namun seketika cuma. Dia kembali bersuara di hujung talian, “Kalau aku tahu kau akan cakap benda macam ni, lebih baik aku tak cakap dengan kau, Insyirah. Sungguh aku kesal.”
“Dan aku jugak kesal bila kawan baik aku, kawan yang sudah aku anggap macam adik-beradik sendiri tuduh aku jadi penghalang kebahagiaan, sungguh aku terkilan. Kerana cinta, kau butakan mata. Terpulang pada kau, Jue untuk buat keputusan. Aku tak nak dituduh macam tu lagi, cukuplah sekali, Juliana. Aku doakan kebahagiaan kau, Jue,” aku diam seketika sebelum menyambung, “Dan kalau kau sendiri anggap aku macam tu, aku rasa...” aku berhenti sekejap dan terus aku pandang Naufal, “Lebih baik aku ikut Naufal pergi Ireland.”
“Kau...” Jue mati kata.
“Maafkan aku, Jue. Assalamualaikum,” terus aku matikan talian dan aku terus-terusan memandang Naufal yang nyata terkejut.
“Insyirah akan ikut abang balik Ireland!” Aku mengangguk. Biarlah orang menuduhku apa pun, aku rela telan asalkan dia sentiasa di sisi, menyokong tanpa rasa jemu.
 

Aku duduk di sebelah Naufal. Hari ini, dia akan pulang ke Kuala Lumpur dan esok, dia akan terus pulang ke Ireland.
“Ni kenapa monyok ni?”
Aku menggeleng. Sengih ku ukir tapi tetap rasa tawar.
“Susah nak lepaskan abang pergi?”
Aku angguk, “Nanti abang balik Ireland, mesti si Dendeng tu sentiasa menyendeng.”
Naufal senyum lalu bahuku dipeluk, “What if I said... Mimi tu takkan menyendeng pada abang.”
“Yelah sangat.”
“I’ve warned her.”
Aku terus berpaling kepadanya, “Serius?”
“Seriuslah. Bila Dina beritahu abang perkara sebenar, abang marah dia kaw-kaw punya. Abang tak sangka dia cakap macam tu dekat Insyirah.”
“Abang bagi amaran dekat dia supaya jangan menyendeng dengan abang?”
Naufal mengangguk.
“Masa tu, abang rasa bersalah sangat sebab cakap Insyirah tak matang. Abang rasa bodoh sangat bila abang lepaskan Insyirah pergi. Tambah-tambah bila abang dapat tahu, ada baby dalam rahim sayang.”
Aku sengih, “Insyirah datang bawak berita gembira untuk abang tapi tak sangka lain jadinya bila dah sampai sana.”
“Sebenarnya, abang yang tak matang dalam perhubungan kita ni. Abang masih tak pandai menilai yang mana kaca, mana permata. Abang sepatutnya lebih memahami Insyirah, sebagai isteri abang. Abang tak patut bandingkan Mimi dengan Insyirah sebab seribu Mimi tetap tak sama dengan seorang Insyirah. Insyirah yang buat abang jadi gila bayang, yang buat abang rindu separuh mati, yang buat abang teringat setiap masa dan ketika. Cuma Nur Insyirah sorang yang mampu buat semua tu.”
Aku terharu dengan kata-katanya. Terasa sayu tiba-tiba, terasa sukar untuk aku lepaskan dia. Air mata yang entah bila bertakung di kolam mata, menitis tanpa dapat ditahan lagi.
“Kenapa menangis ni, sayang?”
“Jangan balik Ireland, boleh tak? Stay sini dengan Insyirah, boleh tak? Jaga Insyirah dekat sini, boleh tak? Tolong cakap boleh... please!”
Aku terasa pipiku yang basah dibelai lembut oleh Naufal, “I can’t, Insyirah. I wish I can say ‘boleh’ in everything you ask me but I just can’t.”
Aku rasa pandanganku makin kabur. Air mata terus mengalir. Bukan aku kecewa dia tidak mampu penuhi permintaanku namun aku kecewa kerana aku membuatkannya susah hati di saat dia harus meninggalkan aku demi cita-citanya.
“Sayang, please stop crying...”
“I can’t! Air mata ni asyik turun je padahal Insyirah dah larang,” rungutku sambil mengesat air mata yang masih mengalir.
Naufal ketawa dengan kata-kataku, “Insyirah janji dengan abang, boleh?”
“Apa?”
“Jaga diri elok-elok. Jaga baby jugak. I don’t want anything bad happen to both of you.”
“InsyaAllah, I will.”
“Abang nak minta sesuatu, boleh?”
Aku mengangguk.
“Write a journal a day on a book. Kept that thing, then give it to me bila Insyirah datang Ireland nanti.”
“Kenapa nak kena tulis jurnal?”
“Sebab abang nak rasa macam abang ada di sisi sayang bila sayang tulis jurnal tu nanti. Macam apa yang sayang buat hari-hari, abang ada sekali.”
Sekali lagi, air mataku menitis. Hailah suami, kamu memang lelaki itu yang sentiasa aku dambakan di dalam mimpi-mimpiku. Yang sentiasa menjadi kawan baikku, pengusikku, pelindungku dan imamku...

Bersambung...

p/s: hui...lamanya terperap. maaf lambat. sy busy dengan kerja sekolah, minggu depan pun mungkin sy busy... tapi sy tetap akan update DI utk anda semua :)


31 comments:

  1. dia org da kawin ke?
    ??????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. naufal ngan insyirah mmg dah kawen...hiks

      Delete
    2. td akak bc'warned' tu jd 'married'
      tu yg akak tanya da kawin ke..
      mata kelabu da...sory ye

      Delete
  2. sory mata blurrrr
    warned...tp bc cm married
    huh....lega

    ReplyDelete
  3. cian insyirah, awatla si jue tu. krn cinta dia jd rabun. harap2 lps ni hubngan diorg blik semula. hal apa yg naufal nk buat tu ek. ntah2 dia nk blik mesia x teman si insyirah bpantang keh keh.

    ReplyDelete
  4. so romantik smpai tulis journal yooo.. like naufal smpai lebammm.. insyirah.. nsib hanglah kena berkongsi suami dengan kami2 ini.. kih kih kih.. lebiulah najwaaa

    ReplyDelete
  5. ha....sedar pun Naufal betapa tak matangnya dia menangani masalah dgn si dendeng tu. tapi rasanya lepas ni mesti ada konflik lain pulak. Kesian kat Jue, najwa kenalkan la kawan Naufal pada Jue tapi sebelum tu tunjukkan perangai sebenar Ash pada Jue, biar dia tahu.

    ReplyDelete
  6. nak tahu apa yg sy suka tentang novel ni????jln cerita sgtlah smooth... x berbelit...yg penting cara diorang selesaikan masalah nmpak matang....kalau lelain novel x kan ada si heroin nk bagitahu kt kwan yg pakwe dorang suka lg kat heroin,,,tp insyrah lain dia trus bgitahu jue psal asyraf....walaupun jue marah sekurang2nya kita tahu lpas ni x kan ada konflik sebab rahsiakan hal ni...memang terbaiklahhh

    ReplyDelete
  7. Huuwaaa... Stp ari tgk blog ni.. Dah update lom.. Akhirnye...

    Susahnye perkahwinan jarak jauh kan.. Agak2 si ash tu btl2 ke dah suka kat jue? Kesian jue..

    ReplyDelete
  8. sangat terkesima ngan cara naufal membenarkan Ins ckp ngan juliana perkara sebenar..

    sungguh cinta leh uat kawan jd musuh, huhhh...

    tp demi cinta gak, jiwa sentiasa bahagia...

    besttt.....

    ReplyDelete
  9. sweet...smpt bc p0st yg nie je.InsyaAllah ade masa t sy bc dr awal.sem0ga sukses dik.

    ReplyDelete
  10. haisyyy..tak jd la nak sian kt jue...hahaha...sbb lelaki je die bole ckp camtu kt besfriend die...tak ptut!!

    alamak...cair 18 ratus kali ngn naufal ni...hahahaha...

    ReplyDelete
  11. aaaahhhhhhhhhh...... naufal as usual sweeeeeetttt..... bleh kne diabetes bce DI nie....tulis jurnal n bgi dkt naufal ble insyirah dkt ireland.... hahahahhaaha klau nk jdi insyirah aci x?? luv u kak najwa >_<
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  12. alahaii sweet nye naufal,.bertuah ko insyirah keke

    ReplyDelete
  13. Awat la nnaufal ni sweet sgt?? Tulis journal.. Bbeshnyaaa.. ;)
    ~mizz acu~

    ReplyDelete
  14. So sweet.... #^_^
    Memang patut pun si Mimi Dendeng tu kena warning dengan Naufal.... XD

    ReplyDelete
  15. Best nyer..xsbr tgg insyirah g ireland...naufal so sweet..luv it...

    ReplyDelete
  16. Kali ni dah bestie balik dgn naufal... Pandai gak dia memujuk insyirah... Harap2 naufal dpt mengemudikan rumahtangganya dgn lebih baik pd masa yg akan dtg....

    ReplyDelete
  17. cintaku sudah berpaling tadah,ohhhh naufal..really2 love your character...(^____^)

    ReplyDelete
  18. Sekurang-kurangnya Naufal dan Insyirah berlajar dari kesilapan yang lepas... jangan bagi orang lain ambil kesempatan atas perselihan faham antara mereka.....
    Insyirah ikut Naufal balik sana dan bersalin di sana..... biar Naufal belajar menjadi seorang Abi yang bertanggungjawab dan dapat merasa susahnya bila hendak melahirkan baby dengan itu Naufal akan lebih menghargai Insyirah dan baby mereka...... Insyallah....
    Biarlah Jue selesaikan masalah dia yang penting Insyirah dan Naufal dah beritahu dan beri peringatan Ok....

    ReplyDelete
  19. Awwww....harap Mimi Dendeng tuh dah taksebok ngan Naufal lgi dah...haha Sian Insyirah dituduh penghalang kebahagiaan Jue pulak..suka hati dia lah..Asalkan cerita nie best...keep it up ek..! ^^

    ReplyDelete
  20. abislahh.sume duk jatuh suka kat naufal dah nampaknya.nasib baik tak real, cite je kan. hiks. :p

    ReplyDelete
  21. ok...wat jurnal...wahhhh...beznya...

    ReplyDelete
  22. entry yang menarik :D

    ReplyDelete
  23. CikNajwa! best best. terasa kemanisannya. hehe. nanti dah tak banyak keja sekolah update entry baru tau. hikhik.

    -akuZan-

    ReplyDelete
  24. repeat baca lagi dan lagi...,bila nak ada bab 16 ni cik najwa?

    ReplyDelete
  25. on my!!!! naufal dambaan semua :D

    ReplyDelete
  26. bila nk smbg lg citer ni???wat abis kt blog je la...ska sgt bca....:)sweeet sgt....

    ReplyDelete