Thursday 6 September 2012

Dia Imamku (Bab 10)


Aku duduk di birai katil. Surat yang disampaikan Jue tadi ada dalam genggaman tanganku. Entah kenapa aku teragak-agak untuk membaca surat itu. Ash, kenapalah kau buat aku macam ni?
Perlahan, lipatan surat itu aku buka. Ayat yang pertama di dalam surat itu dah buat aku rasa semacam.

Ke hadapan Insyirah yang aku cintai,
         Aku tahu, kau mungkin tak suka aku hantar surat-surat ni tapi, aku lebih rela macam ni dari dengar suara kau yang bahagia di samping dia. Insyirah, aku sebenarnya masih tak dapat terima hakikat yang kau akan berkahwin. It’s hard for me to accept that. Dah hampir sembilan tahun kita berkawan dan dalam sembilan tahun tu, aku tidak pernah sekali pun berhenti dari menyukai kau. Dan kau sendiri tahu, aku selalu tunjuk perasaan suka aku secara terang-terangan mahupun diam-diam tapi tetap kau pilih dia yang aku tidak tahu siapa.
      Aku tulis surat ni bukan sebab nak bagi kau rasa bersalah pada aku tapi aku nak sampaikan rasa aku yang sebenarnya. Apa pun terjadi, kita tetap kawan kan? Dan sebagai seorang kawan yang baik, aku doakan kau dengan dia. Siapa pun dia, pasti cinta dia tidak sehebat aku, kan? Just kidding... Take care, Insyirah! Apa pun terjadi, kau tetap kawan aku. Selamanya kawan aku.

Yours sincerely,
Ashraf ;)

Aku tidak tahu apa yang aku rasa sekarang. Lega? Mungkin, kerana Ash masih ingin menjadi kawan baikku tapi dia masih tak dapat terima hakikat yang aku sudah berkahwin. Haih, macam-macam!
“Buat apa tu awak?”
“Tak ada apa-apa,” terkejut aku bila Naufal masuk ke bilik, lengkap dengan baju melayu dan kain pelikat. Surat yang tadi aku pegang aku sorokkan di belakangku. Kenapa aku sorokkan? Entah, aku pun tak tahu.
“Awak, orang nak tidur kejaplah. Orang mengantuk,” Naufal meletakkan kepalanya ke atas bahu aku. Hah, mai dah! Mai dah angin gedik-gedik manja dia!
“Awak ni kan...”
“Apa?” Naufal pandang aku.
“Mula-mula jumpa awak dulu, masam-masam kelat je. Sinis memanjang. Lepas tu, jadi manis-manis gula. Sekarang dah pandai gedik-gedik manja. Pelik, tahu?”
Naufal buat muka, “Eh, tak comel ke orang gedik-gedik manja dengan awak ni?”
Aku ketawa, “Comel! Comel sangat, comel-comel Mashimaro.”
Lagi kelat muka suami aku itu bila aku berkata begitu.
“Mashimaro tu bulat! Orang tak,” bertambah kuat ketawa aku bila dia memuncungkan mulutnya.
“Sejak bila awak pandai merajuk ni?”
“Sejak orang kahwin dengan awak.”
“Alalala…manjanya dia. Nah, ambiklah bahu orang ni. Tadi nak tidur kan?”
Dia senyum lalu dia letakkan kepalanya kembali ke bahu aku. Tangan kanan aku dia ambil lalu dia genggam erat.
“Insyirah...”
“Ye?”
“Orang suka kita macam ni.”
“Maksud awak?”
“Orang suka kita yang kurang bergaduh ni.”
Aku senyum, “Eleh, dulu kita banyak gaduh pun sebab awak yang cari pasal dengan orang.”
“Ala, orang nak tarik perhatian awak je. Macam awak buat kat orang dulu.”
Aku pandang dia tapi dia merenung jemari kami yang bertautan, “Awak... tahu?”
Naufal mengangguk, “Orang tahu je tapi kalau awak tak buat semua tu pun, orang memang dah tertarik, tahu?”
“Serius?”
“Yelah.”
“Tapi...”
“Tapi macam mana orang boleh tertarik dekat budak ganas yang suka buli orang?”
Aku angguk.
“Cukup dengan senyuman dia, dah cukup buat hati budak skema macam orang ni terjatuh.”
“Maksudnya... awak dah suka orang sejak kecik lagi?”
“Shush... orang nak tidurlah, sayang. Nanti kita sambung, ye?”
Aku terus diam. Masih nak berteka-teki budak ni tapi nak terus desak dia, tak sampai hati. Wajah putih bersih itu memang nampak penat. Akhirnya, aku biarkan dia tidur saja.

“Awak, surat apa ni?”
Aku yang baru masuk bilik, terkedu. Mana dia jumpa surat tu?
“Kenapa diam?” Suara yang terlebih mesra itu dah jadi dingin macam dulu.
“Surat kawan orang. Mana awak jumpa?”
“Kawan? Cuma kawan?”
“Ya! Cuma kawan, macam orang dan Jue.”
“Ke hadapan Insyirah yang ku cintai, huh?” Wajah itu sinis! Terlampau sinis di mata aku.
“Cuba awak baca surat itu dari awal sampai akhir, Naufal.”
“Eh, orang baca ayat first tu terus tak lalu nak baca sampai habis, tahu!” Naufal terus keluar dari bilik.
Aku terduduk di lantai. Apa dah jadi ni? Apa salah aku? Macam mana Naufal boleh jumpa surat tu? Rasanya tadi aku dah simpan elok-elok.
Yang sebetulnya selepas Naufal tertidur di bahuku, aku kejut dia suruh dia tidur secara berbaring manakala aku mahu ke dapur tapi aku tak sangka begini jadinya. Kenapa Naufal marah sampai macam tu sekali? Aku tiba-tiba rasa sebu. Naufal dah marah! Apa yang patut aku buat?
Aku bingkas bangun dari dudukku. Aku mahu pujuk Naufal! Ini semua salah faham. Aku segera keluar dari bilik dan menapak ke tingkat bawah. Sampai saja di anak tangga yang terakhir, aku dapat lihat Naufal sedang meneguk air, rakus. Nak hilangkan rasa marah agaknya.
“Awak...”
Naufal yang sedang duduk di meja makan buat tidak tahu bila aku menegur. Dia siap bangun, nak menjauhkan diri daripada akulah tu.
“Awak, janganlah macam ni. Ash tu kawan orang je,” lengan Naufal yang terdedah, aku pegang. Kejap.
“Kawan apa macam tu,” suara dia tak sinis macam tadi tapi masih mendatar.
“Awak, kami kawan. Ye, dia suka orang tapi orang tak suka dia!”
“Kenapa tak suka dia? Dia kan pencinta terhebat tak macam orang?”
Wait a minute! Tadi Naufal kata dia tak baca, ni mana tau Ash puji diri sendiri pencinta terhebat, “Awak cemburu ke?”
“Of course, I am! Apa perasaan awak kalau suami awak ni ada simpan surat dari ‘kawan’ perempuan dia?”
Aku terdiam. Mestilah aku pun cemburu, “Tapi awak...”
“Awak ni banyak sungguh alasan, Insyirah! Dahlah, orang nak tidur!” Sekali lagi, Naufal meninggalkan aku sendiri.

Dinihari itu, Naufal masih tidak bercakap dengan aku. Dia cuma cakap dengan aku, bila dia kejut aku untuk subuh sebentar tadi. Aku tak tahu apa lagi yang harus aku buat. Nak biarkan dia, tak boleh sebab aku rindu dia yang gedik-gedik manja dan aku lebih rela dia jadi masam-masam kelat dari jadi dingin-dingin salju macam ni.
“Awak tak nak turun sarapan?” Aku duduk di sebelah dia.
Dia geleng.
“Awak tak lapar?”
Dia geleng lagi.
Alahai, Naufalku... silalah bersuara sedikit.
“Awak tak nak cakap dengan orang?”
Dia diam.Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak.
Aku lepaskan keluhan kecil lalu aku melutut di depan Naufal, “Orang minta maaf sebab sorokkan surat tu dari awak. Kenapa orang sorokkan surat tu? Mungkin sebab orang tak nak dia jadi macam ni tapi nasi dah jadi bubur. Orang tersilap percaturan. Sepatutnya orang lebih jujur pada awak, kan? Suami isteri tak patut ada rahsia, kan? Awak marahlah orang. Jangan diam macam ni. Orang tak suka awak dia macam ni.”
Masih diam.
Aku dah rasa nak menangis. Dia masih kekal begitu. Baru tiga hari kami berkahwin, sudah jadi seperti ini. Aku sudah buntu.
“Orang minta maaf sekali lagi,” aku bangun. Aku tak nak menangis di depan dia. Aku tak tahu kenapa sejak aku berkahwin dengan lelaki ini, aku menjadi lebih sensitif.
Melihatkan dia yang masih diam. Aku terus angkat kaki, lebih baik aku keluar bilik sebelum air mata aku luruh di depannya.
Namun tak sempat aku melangkah lebih jauh, Naufal sudah meraih aku di dalam pelukannya, “Awak nak pergi mana?”
“Nak keluar bilik,” balas aku, perlahan.
“Orang tak izinkan.”
“Kenapa tak izinkan?”
“Sebab orang tak nak awak keluar bilik dengan mata penuh berair macam ni,” dia membalikkan tubuhku menghadapnya.
“Orang dengan Ash memang tak ada apa-apa. Orang suka awak sejak kecik, Naufal! Kenapa awak tak nak percaya apa yang orang cakap? Kenapa awak nak marah orang sampai macam ni sekali?” Nah, sekali lagi aku menangis. Dalam masa tiga hari aku berkahwin dengannya, ketiga-tiga hari aku telah berendam dengan air mata.
Naufal memelukku sekali lagi, “Maafkan orang. Orang terlalu ikutkan cemburu orang semalam. Tadi bukan orang sengaja diam tapi orang tengah merangka ayat, nak minta maaf pada awak.”
“Huh, banyak sungguh alasan awak, Naufal!” Aku memulangkan semula ayatnya semalam.
“Orang minta maaf.”
Aku menangis di bahu Naufal.
“Sayang, jangan menangis dah! Orang minta maaf, ye?”
“Awak sayang orang?” Aku angkat muka, merenung Naufal.
Dia diam sebelum ukir senyum, “Sangat sayang!”
“Jadi, tolong percayakan orang!”
Naufal mengangguk. Matanya masih merenung aku.
“Dalam hati orang cuma ada awak seorang, Muhammad Naufal! Cuma awak.”
“Hati orang pun cuma ada awak, Nur Insyirah.”
Tanpa menunggu lama, aku peluk erat tubuh Naufal. Sungguh, aku sangat sayangkan dia.

“Naufal balik Ireland bila?”
Aku berpaling pada ayah dan Naufal yang duduk di atas kerusi rotan.
“InsyaAllah Ahad depan.”
Ahad depan? Lagi lima hari? Tinggal lagi lima hari waktu untuk aku bersama dengan dia?
“Kenapa macam sekejap je cuti kamu?”
“Sebenarnya lama lagi tapi ada program dengan budak-budak sana. Sebab dah janji, kena balik jugaklah.”
“Program apa?”
“Adalah program dengan pelajar-pelajar Malaysia yang dekat sana. Naufal salah seorang pengarah program, jadi memang wajiblah Naufal balik sana.”
“Baguslah macam tu tapi Insyirah tu, tak tahulah dia boleh ke tidak lepaskan kamu ke sana.”
Aku nampak Naufal pandang aku seketika sebelum kembali memandang ayah, “Dia kena lepaskan jugak, macam mana sekalipun..”
Sedihnya kalau nikah gantung macam ni. Aku baru nak feeling lebih-lebih tapi Naufal dah kena balik sana. Penting sangat ke program tu? Kenapa dia tak habiskan cuti kat sini, dengan aku? Lagipun, aku pun dah nak masuk balik universiti. Tak lama mana dah. Sedihnya!!
Aku bangun dari dudukku lalu aku ke dapur. Apa yang aku nak buat di dapur? Entah, aku cuma tak nak dengar lagi perbualan ayah dan Naufal. Nanti aku sedih, macam mana?
“Awak, cari apa dekat dapur?”
Terkejut aku bila Naufal menegurku dari belakang.
“Cari air. Dahaga,” balas aku tanpa memandangnya.
“Cari air dekat sinki? Awak nak minum air paip ke?”
Aku garu kepala. Baru aku sedar, aku sedang berdiri di depan sinki.
“Oh, ha! Tadi orang basuh tangan.”
“Macam-macam awak ni. Orang nak pergi tali air... nak ikut?”
Aku pandang dia lalu aku anggukkan kepala, “Nak!”

Naufal genggam erat tangan aku, seperti tidak mahu dilepaskan, “Kenapa kuat sangat awak pegang ni?”
“Saja, takut awak lari.”
Aku ketawa dengan jawapannya, “Orang tak akan pernah lari, awak.”
Dia senyum saja. Kami berdua duduk di atas rumput berhampiran tali air.
“Awak...”
“Ye?” Naufal pandang aku.
Aku senyum, “Awak... dah nak balik sana?”
Dia mengangguk, “Orang ada cita-cita orang sendiri, Insyirah.”
“Orang tahu. Orang pun ada cita-cita orang sendiri tapi tak boleh ke awak habiskan cuti awak kat sini? Dengan orang?”
“I’m sorry, I can’t. Orang dah janji dengan kawan-kawan orang yang kat sana untuk turut serta dalam program yang bakal diadakan. Takkan orang nak mungkir janji. Orang tak nak jadi manusia yang tak tepati janji.”
Aku terdiam dengan jawapannya. Nyata, dia memilih untuk pulang ke sana. Meninggalkan aku sendiri di sini. Ayat pasrah saja kan?
“Awak janganlah risau. Tiap-tiap hari kita berhubung, okey?”
“Heh, yelah sangat! Awak tu budak medic, mesti tak ada masa nak berhubung dengan orang dekat sini. Dahlah perbezaan waktu hampir lapan jam.”
“Orang akan cari masa. Sekejap pun jadilah. Kita Skype.”
“Macam mana orang nanti kalau awak tak ada?” Di luar sedar, aku bertanya kepada dia.
“Maksud awak?”
“Cuti kali ni, orang dah terbiasa dengan kehadiran awak. Kenakalan awak, kesinisan awak, kemanjaan awak, kegedikkan awak dan semuanya tentang awak. Nanti kalau awak tak ada, mesti orang sunyi.”
“Ala, setahun je lagi. Lepas tu, orang akan stay dekat sini dengan awak sampai bila-bila.”
“Lagi satu...”
“Apa dia?” Dia pandang aku.
“Siapa nak jadi bantal peluk saya?” Aku tersengih, tawar. Betullah, aku akan rindukan dia.
“Nakal!” Naufal cubit pipi aku.
“Awak...”
“Ye?”
“Orang akan rindu awak.”
“Orang pun,” ujar Naufal, perlahan.

Esok, Naufal akan berangkat pergi meninggalkan aku. Dia akan ke KLIA dengan teksi sahaja. Bila Rizal berura-ura mahu menghantarnya, dia menolak. Katanya, dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.
Aku perhatikan dia yang sedang melipat baju-baju yang akan dia bawa pulang ke sana.
“Awak.”
Naufal angkat muka, memandang aku, “Kenapa?”
“Nak orang tolong?”
Dia mengangguk saja.
Aku duduk di sisinya, aku capai baju-baju miliknya yang masih belum berlipat lalu aku lipat kemas-kemas manakala dia mengemaskan buku-buku yang akan disumbat bersama-sama bajunya di dalam bagasi.
Sepatah kata pun tidak keluar dari mulut kami. Aku dengan duniaku, dia dengan dunianya.
“Kenapa awak jauhkan diri dari orang?”
Aku pandang dia, “Mana ada orang jauhkan diri.”
“Insyirah, orang ke ruang tamu. Awak lari ke dapur. Orang pergi dapur, awak masuk bilik. Orang masuk bilik, awak keluar bilik. Orang dah tidur, baru awak masuk. Itu yang awak cakap awak tak jauhkan diri?”
Aku diam tanpa kata. Dia sedar rupanya.
“Apa salah orang, Insyirah?”
“Awak tak salah apa-apa pun.”
“Jadi, kenapa?”
“Sebab...”
“Sebab apa?”
“Sebab orang takut, orang tak boleh biasakan diri tanpa awak. Orang nak awak selalu dengan orang.”
Aku dengar Naufal mengeluh, “Insyirah...”
“I know. My bad! Awak ada cita-cita sendiri. Of course awak pilih cita-cita awak,” aku berdiri. Nyata aku tak mampu menahan sebak yang mula mengepung jiwa, “Awak kemas sendiri boleh? Orang nak tidur.”
Tanpa menunggu jawapan dari dia, aku berbaring. Membelakangi dia yang duduk di lantai.
Dalam keadaan berbaring itu, aku dengar bunyi derap kaki berjalan menuju ke katil. Aku pejam mata aku rapat-rapat.
“Insyirah, awak tahu kan tak baik tidur membelakangi suami.”
Aku diam. Desah nafas Naufal dapat aku rasakan. Tahulah aku, dia sudah turut berbaring di sebelah aku.
“Insyirah, pusinglah pandang orang.”
Perlahan aku balikkan badan menghadap dia. Wajahnya kabur di pandangan mataku.
“Kenapa menangis ni, sayang?”
“Awak janji dengan orang tau... setiap hari Skype dengan orang,” ujar aku dalam sedu-sedan.
“Orang janji, sayang. Orang janji.”
Dan aku terus memeluknya erat. Naufal, jangan pergi, boleh tak?

Aku perhatikan saja dia yang sudah lengkap berpakaian. Tinggal beberapa minit saja lagi, dia akan bersamaku di sini.
Situasi ini seperti di dalam mimpi aku. Di mana dia sedang mengemaskan barang-barangnya sendiri. Kalau di dalam mimpi aku, dia merajuk tetapi realitinya, dia tidak merajuk pun denganku.
“Tak tolong Naufal?” Along pandang aku.
Aku geleng kepala.
“Pergilah tolong dia,” along tinggalkan aku dan Naufal yang nyata kelihatan sedikit kalut mengemas barang.
“Meh orang tolong awak.”
Naufal pandang aku lalu dia ukir senyum, “Tak payah. Awak duduk sini je, teman orang.”
Aku membalas senyumannya lalu aku perhatikan saja tangannya yang lincah memasukkan baju-bajunya ke dalam beg.
“Angah, kami nak kait rambutan. Nak ikut tak?”
Aku pandang Irdina dan Ilham yang tersengih merenung aku. Teringat aku pada mimpi aku dulu. Kalau diikutkan, aku ikut mereka tapi biarlah dalam realiti aku menemani suamiku mengemas barang.
“Tak naklah. Korang pergilah. Angah nak teman abang Naufal.”
Ilham dan Irdina mengangguk dan terus meninggalkan kami berdua.
“Kenapa tak nak ikut dia orang?”
“Sebab orang nak teman suami orang ni.”
“Alala, baiknya isteri orang ni.”
Aku senyum, nipis segaris.
“Sayang...”
“Ye?”
“Kalau nak mintak sesuatu boleh tak?”
“Mintak apa?”
“Panggil orang, abang,” dia pandang aku, penuh harapan.
Aku angguk kepala, “Abang.”
Dan bibir itu terukir senyum bahagia.

“Dah letak semua beg dalam bonet?” Ibu Naufal bersuara.
“Dah, ibu.”
“Ada apa-apa lagi tinggal?” Mama pula bertanya.
“Ada,” Naufal mengangguk.
“Apa?” Serentak ibu dan mama bertanya manakala aku pandang wajah Naufal yang nampak nakal itu.
“Isteri Naufal.”
“Ya Allah, budak inilah! Orang serius, dia buat main,” Ibu geleng kepala manakala mama dah ketawa.
“Naufal sure tak nak Rizal hantarkan?”
Dia mengangguk, “Susahkan abang Rizal je nanti.”
Ibu senyum lalu dia hulurkan tangan pada Naufal, “Jaga diri baik-baik kat sana. Ingat sama, awak tu dah ada isteri kat sini.”
“Ingatlah, bu. Halalkan makan minum, Naufal sepanjang Naufal di rumah ye?” Ibu mengangguk.
Selepas ibu, Naufal bersalaman dengan orang lain dan yang orang yang terakhir dia berjumpa, haruslah aku.
“Salam!” Naufal hulurkan tangannya padaku.
Aku senyum lalu aku capai tangannya, kukucup lama belakang tangan itu, “Ampunkan dosa Insyirah sepanjang Insyirah jadi isteri abang. Walaupun sekejap, Insyirah rasa bahagia sangat-sangat.”
“Insyirah tak pernah ada salah dan silap pada abang. Sikit pun tak ada. Abang sayang Insyirah sangat-sangat,” tanpa segan-silu, dia memelukku di depan saudara-mara kami.
“Insyirah pun sayang abang. Sangat-sangat,” dan air mata merembes lagi. Sungguh, berat hatiku untuk berpisah dengannya.
“Shush…jangan menangis. Belajar rajin-rajin. Bagi dapat 3.5 and above. Abang bagi hadiah.”
Aku ketawa lalu aku anggukkan kepala.
“Jaga diri. Tak nak main mata dengan lelaki lain, tak nak main balas-balas surat dengan Ash.”
Aku angguk lagi. Air mata yang mengalir aku kesat.
“Jangan tinggal solat.”
Angguk.
“Last sekali...”
Aku pandang Naufal.
“Jangan pernah lupakan abang. Sentiasa sematkan nama abang dalam hati Insyirah. Sentiasa sayangkan abang.”
“Bukan sentiasa, tapi memang sudah tersemat nama abang dalam hati Insyirah.” Aku senyum, “Insyirah nak pesan pada abang, jangan menggatal dengan orang Ireland.  Jangan lupa janji kita. Jaga diri baik-baik kat sana dan jangan lupakan isteri abang ni”
Dia mengangguk sambil tersenyum lalu dia kucup dahiku sebelum masuk ke dalam teksi yang sedari menunggunya. Dia buka cermin teksi lalu dia menjerit, “I love you, Insyirah!”
Saudara-mara kami sudah tersengih-sengih memandang aku manakala aku cuma tersenyum pada dia. Teksi itu berlalu meninggalkan pekarangan rumah. Semua saudara-maraku sudah mula masuk ke dalam rumah. Cuma tinggal aku, menghantarnya dari jauh. Sungguh, aku sudah rindu pada kamu wahai suami!

Bersambung...

p/s: Dia Imamku akan berhenti buat sementara waktu kerana saya nak menyiapkan manuskrip ADDV yang sudah tertangguh dan Dia Imamku insyaAllah akan habis di blog. Teruskan menyokong ADDV dan DI ya kawan-kawan ^^

35 comments:

  1. terbaik #salsabella#

    ReplyDelete
    Replies
    1. Why tak habiskan je sampai habis dia punya novel. Serious tak dapat move on. Jalan cerita dia best and I boleh imagine cerita di ada dalam drama.

      Delete
  2. waaaa........ Naufal da g Ireland...... HUHUUH T__________T
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  3. Terbaek!!
    ;)
    Errr.. I lev u too naufal??? ;p

    ReplyDelete
  4. dia berhenti tang begini begini begini... membuatkan aku (insyirah) kekalutan mencari arah.. wah wha wahh.. dah panggil abang.. manisnyaaaa... sure rindu pada naufal.. sob sob sob.. !_!

    ReplyDelete
  5. wuwuwuuuu T-T sedihnyer perpisan...
    sakitnya perpisahan...

    insyirah be strong ea...jgn sedeyh2

    ReplyDelete
  6. sedihnya Insyarah.... x pa demi masa depan kan Naufal.... sekurang-kurangnya sama-sama dah meluahkan perasaan hati .....
    SKYPE selalu boleh lepas rindu sikit....
    jangan lama sangat ya .... KAK SUE FOLLOW.....

    ReplyDelete
  7. alaaa.jgn la berhenti.nti orang rindu kat insyirah ngan naufal cane? hukhuk. T__T

    ReplyDelete
  8. akhirna perkataan keramat yg di nanti 'abang' ekekeke. sedeynya naufal dh blik ireland. nak sakat sapa la lps ni huhuhuhu. bertabahlah insyirah kita senasib hahahaha

    ReplyDelete
  9. lepas ni bermulalah dugaan P.J.J. @ perkahwinan jarak jauh naufal dgn insyirah....jgn yg heavy sgt yer, just sweet2 sour dah la yer cik penulis. hehehe....

    ReplyDelete
  10. ohsemm... Suke naufal ngan insyirah..

    ReplyDelete
  11. Awwwwww, sweetnya Naufal and Insyirah!!

    ReplyDelete
  12. So sweet...#^_^
    Tapi sayang....Naufal & Insyirah akan berjauhan...T_T (Sedihnya...)
    Harap tak ada benda buruk yang berlaku sepanjang diorang berjauhan...

    ReplyDelete
  13. alololo...sian insyirah kne tgal... =)

    to cik writer, slamat menyiapkan manuskrip ADDV..smoga idea dtg mencurah2...hehehe

    ReplyDelete
  14. wah...bhgianye rsa bla Insyirah pggl Naufal "abang"..
    perinya perpisahan slps brgelar suami istri...
    cepat2 Naufal grad n blik ke pgkuan Insyirah..
    msti lps nie byk dugaan n cbran srta konflik kn??
    tk sbrnya nk bca kish strusnya..
    pe pun chaiyok cik writer bt mskrip ADDV....
    sbb leh la cpt2 adakn n3 bru DI nnt..hehehe..

    ReplyDelete
  15. Sedey laa bc yg nie. Huhu. Berpisah suda akhirnye. Msti byk dugaan2 yg dtg pas nie kan. Semoga insyirah dan naufal kuat dlm mngejar cita2 masing2.

    'maksu muda'

    ReplyDelete
  16. rase macam nak kahwin cepat2 je, ngee

    ReplyDelete