Sunday 27 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 17)


Ulfah mengekor saja langkah umi dan mama yang sudah masuk ke sebuah butik pengantin. Butik ini merupakan butik yang ketiga yang telah mereka masuki. Ulfah berjalan laju, meninggalkan Thaqif di belakang. Memang mereka sering berbalah di talian telefon tetapi bila berjumpa dengan tuan empunya badan. Hati tak keruan, jiwa meroyan.
“Ulfah, laju jalan. Nak kejar siapa?” Tegur mama.
Ulfah kesat dahi yang terasa basah. “Eh, tak ada kejar siapa-siapa pun.”
“Adam mana?”
Ulfah berpaling ke belakang. Dari luar butik pengantin, dapat dilihat Adam Thaqif berjalan perlahan sambil menangkap gambar keadaan di sekeliling. “Tu, baru nak masuk kedai.”
“Yang itu ke pengantin lelakinya?” Suara tuan punya butik memecah saat Thaqif melangkah masuk.
“Yang ini pengantin perempuannya.” Mama menolak sedikit Ulfah yang berdiri kaku.
Tuan punya butik pandang Ulfah atas bawah. “Not bad.” Mulutnya terjuih sikit.
‘Ada apahal mak cik ni? Tak puas hati ke apa aku lagi comel dari dia.’ Ulfah berpeluk tubuh.
“Kenapa?” Terdengar satu suara berbisik di telinganya.
Ulfah buat muka. “Mak cik ni tak puas hati saya jadi pengantin perempuan.”

Thaqif dah berkerut dahi. “Kenapa pulak?”
“Sebab dia teringin nak jadi pengantin perempuan.” Ulfah tahan senyum nakal.
Thaqif geleng-geleng kepala. “Tak naklah kahwin dengan mak cik tu.”
“Ish, awak! Kalau dah jodoh, nak buat macam mana?” Ulfah tersengih.
“Jodoh saya dengan Ulfah Syuhada and no one can’t change that.” Thaqif menjawab, penuh yakin.
“Hah, mempelai. Mari sini, tengok design baju ni.” Mama dan umi yang entah bila duduk di sofa memanggil.
“Coming, ma.” Thaqif bersuara dan terus melangkah namun dia berpaling pada Ulfah yang seolah-olah terkaku. “Saya yakin dengan jodoh kita. Awak yakin?”
Ulfah diam sebelum tersenyum. Langkah kakinya diatur menuju ke arah Thaqif. Jantung terasa seperti nak gugur menatap mata Thaqif namun dia tetap melangkah “Saya yakin dengan takdir Allah dan saya percaya, kerana Allah kita dipertemukan. Jadi, saya percaya dengan jodoh kita. InsyaAllah.” Dan serentak Thaqif turut mengukir senyum.

“Majlis resepsi nak pakai baju macam mana, Adam?”
“Adam rasa something like smart casual, ma sebab resepsi belah kita malam, kan?”
Mama angguk kepala. “Resepsi belah kita memang malam. Belah Ulfah, siang kan?”
Ulfah angguk kepala. “Siang. Ulfah rasa night dress sesuai untuk sebelah mama.”
“Ini koleksi album night dress yang butik ni sediakan. Cuba Ulfah tengok.” Mama hulur sebuah album yang penuh dengan baju pengantin ala barat namun masih sopan untuk dipakai oleh seseorang yang bertudung sepertinya.
Ulfah mengangguk saja. Album itu diselak. “Warna tema pihak lelaki warna apa?” Dia bertanya pada tunangnya yang asyik dengan DSLR-nya. Debaran di dada ditepis.
“Light pink. Awak okey kan? Bukan striking pink.” Thaqif jawab sambil matanya memandang Ulfah.
Ulfah angguk kepala lagi sambil menunduk. “Light pink? I can tolerate with that.”
“Saya nak yang macam ni tapi boleh tak kalau longgarkan sikit? Tak nak ketat sangat, nanti melekat dengan badan.” Ulfah tunjukkan satu gambar kepada tuan punya butik.
Tuan punya butik itu angguk kepala.
“Kain yang kat depan ni, kalau dilabuhkan sikit boleh kan?”
Wanita separuh abad itu mengangguk lagi. Umi dan mama turut mengangguk, ternyata baju pilihan Ulfah menepati citarasa mereka.
“Yang sebelah perempuan warna apa untuk majlis resepsi?” Thaqif pula bertanya.
“Putih.”
“Common.” Sela Thaqif.
“Putih itu suci, okey?”
Thaqif senyum. “Main-main je. I love white.”
Ulfah buat muka. “Umi, untuk majlis resepsi sebelah kita umi tolong pilihkan.”
“Manja!” Thaqif buat muka.
“Biarlah!” Ulfah jelir lidah.
“Amboi, budak berdua ni!” Umi duduk di sebelah Ulfah. “Mana yang Fafa suka?”
“Yang ni. Simple. Kosong, tak ada labuci-labuci yang sarat.”
Umi angguk. “Cantik. Umi suka.”
Tuan punya butik sengih. “Jom ke belakang. Aunty nak ambil ukuran badan kamu.”
Ulfah angguk dan terus mengikut langkah mak cik itu.

Ulfah membuntuti langkah umi dan mama yang sudah kedepan. Thaqif ditinggalkan beberapa tapak sekali lagi. Dia bukan tak mahu berjalan dengan lelaki itu tapi dia malu, malu dengan pandangan lelaki itu. Pandangan lelaki itu buat dia berdebar. Dia tak suka. Kerana itu dia berjalan laju. Tadi duduk dekat-dekat dalam butik pengantin tu pun buat jiwa dia tak keruan. Ini pulak nak jalan bergandingan.
“Ulfah.”
Ulfah berpaling.
“Kenapa jalan laju sangat? Tak sudi jalan dengan tunang sendiri?”
Ulfah geleng. “Bukan.”
“Dah tu?” Thaqif angkat kening.
“Saya tak mahu jalan dengan awak.”
Thaqif garu kepala. “Apa salah saya?”
“Awak buat jantung saya ni. Berdegup laju. Tak normal tahu?”
Thaqif hambur ketawa dengan jawapan Ulfah. “Itu bukan salah saya, Ulfah.”
“Habis tu? Salah saya ke?”
“Mestilah.”
“Kenapa pulak?”
“Siapa suruh awak jatuh cinta dengan saya?”
Ulfah buat muka. “Jatuh cinta dengan awak? Sheesh! Not in a million years, Encik Adam Thaqif. Mungkin jantung saya ni yang tak berapa betul.”
“Okey, then maybe you can walk with me.” Thaqif senyum.
“Fine!” Ulfah berjalan beriringan dengan Thaqif namun debarnya masih ada.
Di persimpangan jalan besar, Ulfah menonong ke depan, mahu segera melintas jalan namun dia tidak menyedari ada sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.
“Ulfah Syuhada, hati-hati.” Thaqif bersuara separuh menjerit.
Ulfah terus tersedar dengan suara Thaqif yang kuat. Dia laju mengundur. Kereta yang meluncur laju itu sempat memberi hon, tanda marah kepada Ulfah.
“Dia yang laju, marah kita pulak.” Ulfah menggumam rendah.
“Ulfah Syuhada! Awak ni tak reti nak berhati-hati sikit ke? Macam mana kalau kereta tu langgar awak? Awak tahu tak kalau awak tak mengundur tadi mungkin saya dah tarik tangan awak? Cuba tengok kiri kanan dulu sebelum nak melintas. Awak nak saya pegang tangan awak sebelum kita jadi halal?!” Suara Thaqif dah naik beberapa oktaf. Sungguh dia terkejut saat kereta tadi meluncur laju ke arah Ulfah. Risaunya bukan kepalang andai kereta itu melanggar Ulfah.
Ulfah terdiam. Tidak pernah dia nampak Thaqif seperti itu. Thaqif benar-benar marah nampaknya. Dia tak tahu kenapa tapi dia rasa nak menangis bila kena marah macam tu. Ulfah berpusing mengadap jalan besar. Dia toleh kiri kanan, tiada kereta. Tanpa mempedulikan Thaqif dia terus melintas. Bukan dia sengaja nak larikan diri tapi dia takut dia termenangis di depan Thaqif. Dia akui, memang salahnya kerana tak tengok kiri kanan tapi perlu ke Thaqif memarahinya sebegitu rupa? Pandangannya kabur. Air mata yang dah menitik setitik ke pipi, dikesat kasar.
Thaqif pula merenung langkah Ulfah yang sudah laju. Dia melepaskan keluhan. “Aku tak patut marah dia macam tu sekali.”

“Fafa, tadi kenapa Fafa dengan Adam tak bercakap langsung lepas keluar dari butik pengantin tu?”
Ulfah garu kepala. “Mana ada umi.”
“Ye ke? Umi nampak tadi. Waktu makan pun, dua-dua diam je. Kamu berdua gaduh ke?”
“Taklah, umi.” Ulfah geleng. ‘Mana ada gaduh. Fafa je yang terasa sebab kena marah.’
“Angah pun sedar umi.” Suhail yang baru keluar dari dapur bersuara. “Tadi waktu angah datang ambil umi dan Fafa, masing-masing tak bertegur sapa. Nampak sangat tengah bergaduh.”
“Mana ada. Memandai je angah ni.”
Suhail melabuhkan punggungnya di sebelah Ulfah. “Hey, I know lah . Adam texted me just now.” Bisiknya perlahan ke telinga Ulfah.
Ulfah berpaling pada Suhail. “Apa dia cakap?”
“Nah, baca sendiri!” Suhail bagi telefon bimbitnya kepada Ulfah. Umi pula sudah bangun untuk naik ke tingkat atas.
Ulfah buka inbox. Dia buka pula mesej yang ada di dalam inbox itu. Sememangnya, ia mesej dari Adam Thaqif!
Bro, Ulfah okey ke? Did she cry?
“Angah reply apa?” Telefon jenama Sony itu bertukar tangan.
“Angah suruh dia call dan tanya pada Fafa sendiri.” Suhail tengok jam di tangan. “Dan angah pasti dia tengah telefon Fafa sekarang.”
Ulfah baru tersedar telefon bimbitnya ada di bilik. Dia segera bangun dari sofa dan terus berlari ke tingkat atas.

Thaqif garu kepala tak gatal. Sekejap dia capai Samsung sekejap dia letak balik. Sekejap dia dail nombor Ulfah, sekejap dia matikan pula. Sungguh dia rasa bersalah. Buat Ulfah sedih tak termasuk dalam senarai untuk memenangi hati Ulfah. Dia raup muka.
“Adam, mama panggil makan.” Aidil buka pintu bilik Thaqif yang tidak berkunci.
“Kenyang!” Sepatah dia menjawab.
“Kau ada masalah apa, bhai?”
“Budak kecik tak boleh tahu!”
Aidil buat muka. “Aku dah berusia 24 tahun bukan 14 tahun.”
“Kau tetap kecik di mata aku.”
“Ceritalah. Mana tahu aku, Aidil Taufiq si doktor cinta bisa membantu kamu Adam Thaqif.” Aidil berseloroh.
“I give you a situation.”
“Okey.” Aidil angguk.
“Kau termarah tunang kau sebab dia tak berhati-hati time lintas jalan. What you’ll do?”
“Kau marah Ulfah? Tunang kau yang garang tu?”
Thaqif angguk.
“Bhai, you’re in big trouble.”
“Apahal pulak?”
“Kau tau tak, perempuan yang garang ni sebenarnya akan sedih bila kena marah dengan orang dia sayang.” Aidil diam sebelum kembali bersuara. “True, dia garang tapi bila orang yang dia sayang tinggi suara dekat dia. Mesti dia jadi sedih punya. Garang macam mana pun dia, dia tetap seorang perempuan yang hatinya selembut sutera.”
“Mana kau tahu?”
Aidil sengih. “Izuan cakap. Tunang dia garang, lagi garang dengan Ulfah tapi baru kena marah sikit dengan Izuan terus off telefon. Merajuk.”
Thaqif garu kepala. “Tapi...”
“Apa?”
“Marah kan tandanya sayang?”
“Kalau sayang, baik kau call dia. Pujuk elok-elok. Minta maaf. Tak hilang apa-apa kalau kau turunkan ego dengan minta maaf.”
Thaqif angguk. “Betullah!”
“Apa yang betul?” Aidil dah bangun.
“Kau memang doktor cinta.”
Pap! Seketul bantal tepat mengenai muka Thaqif yang sudah ketawa.

To be continued...

p/s: maaf kalau bab 16 dan bab 17 ni kurang memuaskan hati semua, insyaAllah saya akan edit semula nanti :)

17 comments:

  1. haha..1st nk komen..lagu cik mimpi ann,,ohsem larh! hee..then,time ulfah nk kne langgar tuh,asal aq ase cm bdebar2 yep?.aq igt ulfah mang kne langgar n msok spital ke..hmm,,tp x pon..haha..btw najwa,,great job!karya kau mkin lme mkin hebat..x sbor nk tggu bab yg strusnye..3 mggu ag.oh my... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, lagu inche mimpi kesayangan aku...hakhakhak...tak ada apalah...hahaha...cuma dia kena marah je...fokus exam dulu...FOOD TECH can do it!! hahaha, tak berkaitan ^^

      Delete
  2. -.-" gud luck la weh.all d best~ 4 rata 4 rata... :)

    ReplyDelete
  3. bez..xsbr nk tgu next bab..fokus dlm exam dlu ek..chaiyok2..food tech blh..

    ReplyDelete
  4. Perempuan garang memang cepat terasa yang tu betul...(terasa pulak i)
    Aidil memang doktor cinta....hahaha...XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah....dia garang, konon tunjuk hati keras padahal hati lembut :D

      Delete
  5. Sangat best...well done..

    ReplyDelete
  6. yeayyy! best best. hihi. nak lagi. =P

    -akuZan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohoi...sabaq...biaq aku final exam dulu :D

      Delete
  7. aku rasa, penceria dlm cite ni ialah Aidil.. ohsem guys tuh.. x sbar nk bc dia ngora sara lilyana.. =p.. alalala ulfah... so touching tuh.. tp kalu aku pun, aku touching jugak.. sbb aku pun adik beradik perangai cm kau ulfah.. wahai thaqif, nasib badannlah..haha..

    p/s: tp kalu aku kena marah, for sure aku balas blik.. habit buruk y x leh tinggal... ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sememangnya aidil ^^...watak kesayangan aku...hehehe...xbanyak masalah...touchinglah weh, kena marah...hahaha...nasib baiklah ulfah tak balas balik, kalau tak...-.-"

      Delete
  8. 1st time komen. kat sini. hehe. sweet crita. n suka cara yang meletakkan cara sesuatu hubungan itu diaadakan. *kalau nak jmpa kna berteman! :) tak ramai writer yang menitikberatkan bndabnda mcm ni
    *terlbeh suda sya *. hehe btw nice story. masammasammanis gtuu orng kkata :)

    kDija

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi baca ADDV :)

      Delete
    2. smasma kasih . hehe :)

      kDija

      Delete