Saturday 5 May 2012

Aku, Dia dan Vespa (Bab 2)


“Adam, mama nak cakap sesuatu ni.”
Thaqif dah buat muka bosan. ‘Ni mesti nak cakap kahwin, nikah, pasangan hidup dan bla bla bla...’
Mama betulkan duduk sebelum terus bersuara. “Mama nak Adam...”
“Stop, ma! Stop right there.” Thaqif angkat tangan suruh mama berhenti bersuara. “Kalau mama nak cakap pasal nikah, kahwin semua, mama berhenti jelah. Adam tak nak dengar.”
Mama tepuk dahi. “Ya Allah, mama bukan nak cakap pasal tu. Mama nak ajak Adam pergi rumah kat hujung taman tu.”
Thaqif ukir sengih malu. “Oh, ye ke ma?”
“Yelah.”
“Nak buat apa pergi sana?”
“Si Hidayah tu nak bertunang. Acik Ana kamu minta kamu jadi jurugambar untuk hari tu.”
Thaqif angguk-angguk kepala. Masyuklah bulan ni. Kerjanya sebagai seorang jurutera tidak menghalangnya untuk bekerja part time sebagai freelance photographer. “Hari apa, ma?”
“Minggu depan. Hari Sabtu.”
‘Sabtu? Alahai, sayang aku tu macam mana?’ Thaqif kerut dahi. Minggu depan hari Sabtu ada konvoi vespa seluruh Malaysia dekat Kuala Kangsar. Takkan nak cancel lagipun dah janji dengan Pit. “Er... kalau Adam kata Adam ada hal, macam mana ma?”
Mama mengeluh. Faham sangat dengan anak keduanya itu. Pasti nak ke mana-mana lagi dengan cik vespa kesayangannya tu. Hujung minggu, cukup payah nak balik. Asyik berkepit dengan vespanya saja. “Tak apalah kalau Adam ada hal. Mama terlupa yang hujung minggu Adam tak pernah tak ada hal. Selalu ada saja hal Adam. Tak apa, Adam. Nanti mama minta Aidil yang jadi photographer Acik Ana.”
Thaqif mama terasa dengannya. “Mama...”
“Makanlah dulu. Mama nak telefon Aidil.” Mama bangun dan terus berlalu dari dapur.
Thaqif renung pinggan yang berisi nasi, ayam goreng berlada dan sup cendawan. Dia mengeluh. ‘Tak salah kalau kau mengalah Adam.’
“Mama, tak payah telefon Aidil. Biar Adam je jadi jurugambar si Hidayah tu.”
Mama di ruang tamu tersenyum. ‘Sayang juga kamu dengan mama, Adam.’

Ulfah membetulkan letak baju kurung biru laut yang tersarung di badan. Pashmina di kepala dikemaskan sedikit. Wajahnya disapu bedak kompak SilkyGirl. Bibirnya pula tercalit pelembab bibir juga dari jenama yang sama. Wangian Hope yang jugak dari jenama SilkyGirl disembur sedikit di badannya. Dia renung wajahnya di cermin. ‘Heh, cantik juga kalau aku pakai macam ni.’
“Ulfah, termenung apa depan cermin tu?”
Ulfah tersengih bila disergah Umairah. “Kak chik ni. Fafa nak perasan cantik sikit hari ni.”
“Eh, adik kak chik ni memang sentiasa cantik.”
Makin lebar sengihan Ulfah bila dipuji oleh kakaknya. Dia duduk di sebelah Umairah yang asyik dengan Blackberry di tangan. “Bang chik, eh?”
Umairah mengangguk. “Dia balik Isnin ni. InsyaAllah.”
“Kak chik, Fafa nak tanya sikit ni.”
“Tanya apa, sayang?”
“Macam mana kak chik boleh terima bang chik padahal kak chik kenal dia tak sampai sebulan?”
“Sebab kak chik tertarik dengan kesungguhan dia. Walaupun ketika itu Idham ada dalam hati kak chik. Dia padamkan nama Idham dan dia sendiri yang ukir nama dia dalam hati kak chik.” Umairah tersenyum. “Kak chik akui, kak chik tak suka bila umi perkenalkan dia kepada kak chik. Bagi kak chik dia cuma akan ganggu kak chik dan Idham. Sebab tu kak chik dengan beraninya bawa Idham balik untuk jumpa umi dengan abah tapi kak chik kagum. Dia tenang. Reaksinya bersahaja. Kak chik ingat dia nak tarik balik pinangan dia tapi sebaliknya dia cuma ukir senyum. Umi je yang marah-marah. Abah pun diam je.”
Ulfah letak kepala atas bagu Umairah. “Lepas tu?”
“Then, Idham left me without any clue. Idham cuma cakap dia tak mampu nak memikul tanggungjawab as a husband dalam usia muda. Kak chik sangat kecewa. Kak chik rasa macam kena tipu. And then, Encik Asfan datang.”
Ulfah tergelak. “Encik Asfan tu buat apa?”
“Setiap hari dia datang jumpa kak chik lepas dapat tahu kak chik kena tinggal dengan Idham. Suprisingly, dia datang berdua bukan sorang-sorang.”
“Siapa yang dia angkut?”
“Adik perempuan dia yang sekolah menengah tu.”
Ulfah ketawa. “Did he tell you why he did that?”
“Sebab dia kata adik dia jadi peneman supaya dia tak buat benda jahat dekat kak chik.”
“Like seriously?”
“Serius. Dia sangat comel bila dia cakap macam tu. Ayat yang buat kak chik jatuh cinta dekat dia.”
“Ayat apa?”
“I once told him, I’m not a good girl. Yelah, kak chik dulu keluar dengan Idham without peneman.”
Ulfah angguk kepala.
“Dia cakap, saya pun tak baik. Saya pun buat dosa tapi insyaAllah, saya akan cuba baikkan awak dan awak pun kena cuba baikkan saya. We’ll help each other, okay? And air mata kak chik terus mengalir.”
Ulfah tersenyum. “Sebab tu kak chik setuju kahwin dengan bang chik.”
“Yup. Kak chik nak dia ‘baikkan’ kak chik.”
“So, love after marriage is sweet, rite?”
“Sangat.” Umairah tersenyum sambil renung Blackberry.


“Adam!”
Thaqif berpaling pada orang yang memanggil namanya. Adik si Hidayah rupanya, Hilal.
“Hilal, lama tak jumpa kau. Apa khabar?” Tangan dihulur.
Tangan bersambut. “Alhamdulillah, sihat. Kau macam mana?”
“Aku macam ni je. Tak ada perubahan. Kakak kau bertunang dengan siapa?”
Hilal sengih. “Anak kawan mama aku.”
“Arranged la ni?”
“Yup.”
Thaqif tersenyum tawar.
“Kau kenapa? Macam tak suka je.”
“Aku... tak berapa nak boleh kompromi dengan arranged marriage ni.” Thaqif garu belakang kepala. Nikon D7000 yang tergantung elok di leher di angkat dan dia mula mengambil gambar suasana di rumah sederhana besar itu. Majlis pertunangan yang meriah.
“Aku faham tapi one thing you should know, love after marriage itu lebih manis berbanding love before marriage.” Hilal tersenyum sebelum dia pandang pintu pagar. “Mama, rombongan dah sampai.”
Thaqif hala lens kamera pada pintu pagar dan dia terkaku di situ. Shutter tidak ditekan. Dia terpaku tengok budak perempuan yang berbaju kurung biru laut. ‘Subhanallah, cantiknya dia.’
“Jangan renung lama-lama. Terjatuh nanti, belum tentu boleh bangkit balik. Aku masuk dulu. By the way, dia adik bakal tunang kakak aku.” Hilal berlalu dengan ketawa.
Thaqif telan air liur. ‘Aku rasa aku dah terjatuh, tersembab. Aku dah patah riuk, Hilal.’ Shutter ditekan. Gambar gadis berbaju kurung biru itu ditangkap. Bibir merah jambunya mengukir senyum nipis. ‘Aku ada obsesi lain selain vespa and that is, the girl with blue baju kurung.’

“Fafa, kenapa resah gelisah je ni?” Suhail pandang Ulfah yang macam ayam berak kapur.
Ulfah diam. Dia melirik matanya ke arah seorang lelaki yang memakai seluar slack dan baju jenama Polo tersarung di tubuh. ‘Kacak tapi...’
“Tengok apa, Fafa?”
Ulfah geleng.
Majlis dimulakan dengan sesi berbalas pantun.  *maaf, saya tak reti berpantun.*
Ulfah makin tak tenang. Dia sedar, si lelaki yang pegang Nikon D7000 tu tengan tangkap gambar dia semenjak dia jejak kaki ke rumah kak Hidayah lagi. ‘Bukan akulah yang bertunang, kak Hidayah tu, hah.’ Bibirnya diketap geram.
“Adam, kau tangkap gambar siapa weh? Orang yang diraikan ada atas pelaminlah.” Aidil berbisik pada abangnya yang lensanya langsung tidak berubah dari wajah si gadis berbaju kurung biru.
“Shush...diam! Jangan bagi tahu mama. Kau tolong Adam ambik gambar si pengantin.”
Aidil ukir sengih. “Kau dah terpikat dekat siapa ni?”
“Diamlah. Kau pergi buat cepat. Nanti Adam bayar.”
Mata Aidil bersinar bila dengar ayat ‘Nanti Adam bayar.’ Heaven! “Arahan diterima.” Aidil mengorak langkah meninggalkan Thaqif. “Make sure kau bayar, okey?”
Thaqif angguk kepala sebelum matanya ditala kembali ke wajah si gadis berbaju kurung biru dan dia terpana. Si gadis turut memandang dia. ‘Mama! Adam nak terbang-terbang, boleh?”



to be continued...

p/s: sorry, entry saya memang pendek-pendek...terima jelah ye :)

8 comments:

  1. Adam dah jatuh cinta pandang pertama dekat Ulfah ke?????-_-#

    ReplyDelete
  2. adam?? thaqif?? kompius sudah...

    ReplyDelete
  3. "Jatuh cinta pd pndgn pertama" yer thaqif??
    suka dgn nma watak2 ADDV..nmpk islamik jer nma2 mrka..

    ReplyDelete
  4. adam thaqif..jom kita terbang-terbang sama2 ek :D

    ReplyDelete
  5. cute laa cite ni.. iloike :))))

    ReplyDelete