Friday 29 November 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 3)

“Aku terima nikahkanya Dania Ezmira binti Luthfi dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit lapan puluh sen, tunai,” lafaz kabul yang diucapkan oleh Khairul Hafizi menyebakkan hatiku. Air mata mengalir di pipi tanpa aku kesat. Bagaimana agaknya nasib aku setelah menjadi isteri kepada lelaki yang tak akan pernah menganggap aku sebagai isterinya?
Papa yang duduk di atas kerusi roda aku pandang. Ya, hanya ini mampu aku berikan kepada papa. Perkahwinan aku bersama Koji adalah permintaannya yang terakhir. Ada air mata mengalir di pipinya. Air mata gembira? Mungkin. Kalau itu yang papa rasa, aku bersyukur kerana aku mampu buat papa gembira akhirnya.
“Sayang, tak nak menangis macam ni. Habis make-up Dania. Dah tak cantik!” Mummy mengesat air mata yang mengalir. Aku tersenyum tawar lalu mengangguk. Buat apa nak jadi cantik kalau si suami sedari tadi hanya memandangku sepi di sini.
Koji menghampiri aku lalu dia duduk berhadapan denganku. Tanganku aku hulur kepadanya dan dia capai.

Tuesday 26 November 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 2)


Aku tunduk merenung kasut. Kata-kata papa masih menghantui diriku. Kembali ke rumah bermakna, aku akan terus hidup dalam memori lama. Kembali ke rumah bermakna, aku akan kembali menjadi Dania Ezmira, nama yang sudah lama mati sejak aku ditinggal mama.
“Dani,” setin air Pepsi dihulur kepada aku. Aku panggung kepala. Koji berdiri di depan aku, wajahnya penuh rasa simpati.
Aku capai air Pepsi yang dihulurkan oleh Koji, “Thanks.”
“No biggie,” balas dia, perlahan.
Aku ketap bibir lalu aku pandang dia, “Tadi... papa aku sembang apa dengan kau?”
Dia ukir senyum tawar, “Adalah.”
“Aku harap papa aku tak buat permintaan yang bukan-bukan dekat kau.”
“Nope, kami cuma sembang benda-benda biasa je,” ujar Koji. Wajahnya biasa, tak terbias apa-apa. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, “Kejap, weh!”
Aku mengangguk. Koji! Nama itu aku seru dalam hati. Aku pandang belakang lelaki itu yang berdiri membelakangi aku. Tadi, tanpa aku pinta, dia menawarkan diri menemani aku ke hospital melawat papa. Aku terharu dengan kebaikan hatinya. Pertama kali aku ada sahabat sebaik Koji. Ijad? Ceh, tak layak pun digelar sahabat.

Sunday 24 November 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 1)

Air berwarna hitam pekat itu di teguk. Mataku masih lekat memandang pentas yang masih penuh dengan sekumpulan penari b-boy sedang bergerak dengan move masing-masing. Cekap dan kemas.
“Dani, jom lepak dekat Pazzi lepas ni!” Jay yang memeluk bahuku aku pandang lalu tolak tangan lelaki itu.
“Nak cakap, cakap je. Tak payah pegang. Rimas,” balas aku.
“Chill, babe! Bukan tak biasa,” Jay ketawa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Aku angkat bahu, “Aku nak blah dulu.”