Monday, 23 April 2012

Pimpin Aku Ke Jannah


“Amy, malam ni on?”
“On.” Ammelia tersenyum manis. “Which club for tonight?
“Apa kata kalau kita try Forever Young? I dengar tempat tu baru bukak.”
“Tak best. I dah pergi minggu lepas dengan Jay and Honey, that place was so... not our type.” Ammelia menjulingkan matanya ke atas. Rambut panjang yang melepasi bahu itu dibiarkan terbang bebas.
“Like seriously. You tak ajak I pun last week, sampai hati you.” Nita dah memuncungkan mulutnya.
“Hello, you yang busy sangat dengan tunang you tu. Don’t blame me, ya?”
Nita tersenyum saja walaupun telah ditempelak oleh Ammelia. “So, which club? You choose.”
“How about B2X? I dengar tempat tu havoc.”
“Cool! Been there last week with sweet fiancé. You nak ajak sapa lagi?”
“Jay and Honey. Without them, our night will not be completed.” Ammelia tersenyum saat Nita buat isyarat bagus.

“Amy, you nak apa?” Jay bertanya dengan suara yang separuh menjerit. Muzik di sekeliling mereka amat bingit, namun itu yang mereka cari setiap malam.
“Coke, as usual.” Jay mengangguk sebelum berlalu meninggalkan Honey dan Ammelia. Nita macam biasa, lambat.
“Amy, cubalah try benda lain. Asyik coke je. Bosanlah you.”
Ammelia cuma tersengih. Walaupun dia liar tapi untuk meneguk air haram di kelab, dirinya keras menolak. Pernah dia mahu mencuba tapi tak sempat nak masuk mulut, dia sudah rasa nak muntah. Entah kenapa. “I tak reti minum benda lain selain dari cokelah, Honey. You macam tak kenal I.”
Honey tarik muka sebelum kembali tersenyum. “Nah, it’s okay. Jom menari.”
Ammelia mengangguk sebelum membuntuti langkah Honey yang dah masuk ke dalam dunianya sendiri.

“Ammelia, semalam kamu balik pukul berapa?”
 Ammelia yang jelas menahan kantuk sekadar tersenyum pada ayahnya. “Daddy, we’ll talk laterlah. Amy dah lambat.” Ammelia mengikat tinggi rambutnya yang terasa rimas. Kepalanya yang berdenyut, tidak dihiraukan.
“Ammelia, bila kamu nak menutup aurat kamu?”
“Daddy, stop calling me by my full name. Amy tak suka.” Ammelia merengus sebelum melangkah meninggalkan ruang makan yang cuma menempatkan mereka dua beranak. “One more thing, Amy tak suka berkelubung. Panas!”
“Mummy, I don’t know what just happen to our Ammelia. Mungkin daddy yang salah sebab tak didik dia dengan baik.” Tuan Zainal cuma mampu mengeluh dengan perubahan sikap oleh Ammelia.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

“Nita, I’m on my way. You duduk diam-diam dekat situ.” Ammelia mengepit telefon bimbitnya dengan bahu sementara tangannya mengeledah mencari kunci kereta.
“Nita, kalau you terus menangis macam ni. It won’t get any better.” Ujar Ammelia separuh marah.
BUK! Tanpa di sangka Ammelia terlanggar seorang pemuda. Terjatuh habis semua dokumen  yang dipegang oleh pemuda tersebut. “Awak, I’m so sorry. Saya tak sengaja.” Ammelia terus mematikan talian telefon dan dia cuba membantu lelaki yang sudah mengutip semua dokumennya. “Biar saya tolong awak.” Ammelia cuba menolong lelaki di depannya itu.
“Maaf. Saya boleh buat sendiri.” Lelaki itu bersuara namun dia tidak memandang langsung Ammelia di depannya.
‘Sombongnya!’ Ammelia mencebik dalam hati. “Saya cuma nak tolong awak.”
“Kalau awak nak tolong saya, tolong tutup aurat awak. Saya takut saya tak dapat nak jaga pandangan mata saya.” Lelaki itu merenung wajah Ammelia sebelum melarikan pandangannya ke arah lain.
Selalunya, kalau ada orang menegur tentang pakaiannya, ataupun auratnya pasti dia melenting, tetapi tidak kali ni. Kata-kata lelaki itu seolah-olah meresap ke jiwanya. Entah kenapa, saat lelaki itu merenungnya jantungnya berdegup kencang. Sudah jatuh cintakah dia?
“Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Lelaki itu berlalu meninggalkan Ammelia yang tercengang sendiri.
“Who is he?” Ammelia menggeleng sebelum meneruskan langkahnya.

“Kenapa awak lambat?”
“Saya terlanggar oranglah tadi.” Amsyar tersengih pada wajah tunangnya yang tersayang, Nurul Ain..
“Awak okey tak?” Ain bertanya dengan riak yang terkejut.
“Okey. InsyaAllah.” Amsyar sengih lagi. ‘Tapikan awak, hati saya yang tak okey. Kenapa entah berdebar-debar bila teringat wajah perempuan tadi? Mungkin kerana nafsu semata-mata. Astaghfirullahalazim.’ Amsyar meraup wajahnya.
“Mana Iman?” Amsyar bertanya.
“Dia ke tandas tadi.” Ain senyum.
Bergetar lagi jiwa Amsyar. ‘Kenapalah hari ni aku asyik berdebar je tengok perempuan tapi kalau aku berdebar tengok lelaki, lagilah tak patut.’
“Amsyar, awak okey?”
“Saya okey.” Amsyar mengangguk sambil tersenyum.

“Nita, you okay?”
“Do I look okay?” Separuh menjerit Nita bersuara.
Ammelia memandang sekeliling rumah yang kelihatan bersepah itu. “Where is your fiancé?”
“I don’t know! Kenapalah I percaya dengan dia? Kenapa dia buat I macam ni? Lepas I bagi segala-segalanya dekat dia, kenapa dia buat I macam ni? Sampai hati dia bawak pelacur tu masuk dalam rumah ni. Rumah ni rumah kami. Kenapa dia buat I macam ni?” Nita meraung. Luluh hatinya apabila dia menangkap tunangnya sedang berasmara dengan perempuan lain. Tidak disangka langsung lelaki itu menduakan cintanya.
“Janganlah macam ni. You menangis macam ni, benda takkan berpatah balik.” Ammelia mengusap lembut bahu Nita.
Nita kesat matanya. Mekapnya sudah cair dek kerana terkena air matanya. “I nekad, I nak putuskan pertunangan I dengan dia.” Nita menghela nafas, berat. “I nak gugurkan kandungan I.”
“What? You mengandung?” Ammelia terus berdiri. “You... oh my God!”
“Dah dua bulan, Amy. I tak nak anak I tak berbapa.”
“Kenapa you buat benda tu?”
“Benda apa?” Nita bertanya, tak faham.
“You and Haris tak kahwin lagi Nita. Kenapa you dah buat hubungan macam suami isteri dengan dia?” Nada suara Ammelia berbaur kekesalan yang amat sangat.
“I... I cintakan dia, Amy.” Ammelia terduduk dengan jawapan Nita.
“Amy, lagipun dari dulu hidup I macam ni. You pun tahu I macam mana.” Nita bersuara. “Alah, you takkan tak biasa buat macam ni. Kalau ikutkan, you lagi seksi dari I, Amy.”
“No! I tak tahu you macam ni. True, dressing I kadang-kadang kalah Paris Hilton tapi untuk buat benda tu, I takut! I takut jadi perempuan murahan di mata orang ramai! I bukan jenis bertukar lelaki macam you, Nita. Sejak dari zaman sekolah, pernah you nampak I bergendeng dengan lelaki?”
Nita terpempan. “You nak kata I murahanlah ni?”
“No! I tak kata macam tu tapi apa yang jadi sekarang mampu ubah persepsi orang ramai terhadap you.”
“Sebab tu I nak gugurkan kandungan I.”
“And you want to commit another sin?” Ammelia menengking Nita.
“Hei, you tak layak cakap pasal dosa pahala dekat sini! You sendiri tak berapa betul! Tak payah nak nasihat I. Sebelum you nak berceramah, you betulkan diri you tu dulu. You ingat you baik sangat? Entah-entah, you yang masuk neraka dulu sebelum I! Lagipun kubur kita asing-asing, you betulkan diri you sudahlah! Tak payah nak sibuk pasal I!” Nita menengking Ammelia kembali.
Ammelia diam seketika, kepala terasa sakit namun dia membiarkan. Dia capai beg tangan. “Fine! True, I memang jahat. I memang perangai macam setan. Betul you cakap, kubur masing-masing. Heh, kenapalah I interfere hidup you kan? I minta satu je dari you, tolonglah jangan bunuh anak dalam perut you tu. Dia tak berdosa macam kita.” Ammelia berlalu manakala Nita terduduk di sofa panjang. Gambar percutiannya bersama Haris di Bali direnung. ‘Betul. Anak mummy tak berdosa. Mummy and daddy yang salah.’ Dan ada air mata yang menitis di pipinya.
Allah berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.” (Surah Al-Israa’: 32)

Ammelia renung telekung yang sudah lama tidak dia gunakan. Entah kenapa sejak pulang dari rumah Nita hatinya tidak tenteram. Semuanya serba tak kena. Matanya memandang pada senaskhah al-Quran yang terletak elok di rak buku. Al-Quran pertama miliknya. Al-Quran itu dihadiahkan kepadanya oleh mama kerana berjaya memenangi pertandingan hafazan di sekolahnya. Kemudian, dia renung pula almari yang terbuka pintunya. Baju-baju yang tergantung di almari kebanyakannya baju yang tidak cukup kain. Dia mendekati almari itu. Dicapai baju kurung yang sudah lama tidak tersarung di tubuhnya. Teringat sepupunya, Izzati Aisyah yang lebih dikenali sebagai Syah yang juga turut kehilangan ibu sama sepertinya. Gadis itu cukup menjaga auratnya. Walaupun mereka berbeza dari banyak segi namun mereka sangat rapat. Syah sering menasihatinya supaya menutup aurat namun dia cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa.
“Amy.” Ketukan di pintu membuatkan dia tersentak. Suara Mak Som yang memanggilnya kedengaran lagi.
“Kenapa Mak Som?” Wajah tua yang sudah berkedut itu direnung.
“Mak Som dah nak balik. Makanan Mak Som dan Yanti dah sediakan. Tuan keluar pergi dinner kat luar. Amy makan sendiri tak apa, kan?”
“Eh, tak apa. Nanti Amy makanlah. Terima kasih Mak Som.” Ammelia tersenyum pada wajah tua yang sentiasa menjaga makan pakai dia dan ayahnya sejak mama meninggal.
“Esok, Mak Som dengan Pak Samad nak minta cuti boleh, Amy?”
“Mak Som nak ke mana?” Dahi Ammelia dah berkerut seribu.
“Nak pergi hospital. Anak sulung kami dah selamat melahirkan.”
“Oh, kak Sara dah dapat baby? Lelaki atau perempuan?” Ammelia terasa seronok.
“Lelaki.” Mak Som tersenyum dengan telatah Ammelia.
“Esok, Mak Som dengan Pak Samad cutilah. Kirim salam dekat kak Sara sekali. Kalau ada masa, Amy pergi melawat dia.”
“InsyaAllah, Amy. Mak Som balik dulu ye.”
“Yelah. Suruh Pak Samad hati-hati bawa kereta tu, ye.”
“InsyaAllah.”

“Amy, malam ni nak pergi kelab. Macam selalu?”
Ammelia tersenyum tawar. “Tak kot. I ada banyak kerja nak disiapkan.”
Honey angkat kening pada Jay. “You dah lama tak join kami. Just for tonight. C’mon!”
“Nah, I’ll pass.” Ammelia menggeleng. Wajah sugul Nita di depannya direnung. Gadis it sudah berubah. Dia mula berbaju kurung walaupun kepalanya masih tidak ditutup. Nita datang ke rumahnya meminta maaf dan Nita tekad mahu menjaga anak yang dikandungnya dan Ammelialah manusia paling gembira dengan keputusan Nita. “Kenapa you tak makan?”
“I tak nak Blueberry Cheesecake ni. I nak Chocolate Indulgence.”
Jay terkejut. “Hey, I thought you anti-chocolate. Coklat itu menggemukkan. What happen to you?”
“People change, Jay. Just like the weather.” Ammelia menjawab. Nak cover sebenarnya. “You tunggu sini. I ambilkan.” Dan Nita cuma mengangguk.
Jay dan Honey buat muka. Something happen. Nita sudah mula memakai baju kurung. Ammelia pula sudah tidak selincah dulu.
“You guys ni kenapa sebenarnya?” Jay bertanya bila Ammelia kembali dengan piring berisi Chocolate Indulgence.
“Nothing. Kenapanya?”
“You guys seems different.”
Ting! Pintu Secret Recipe terbuka. Ammelia yang baru nak buka mulut menjawab kata-kata Jay terkelu lidah bila terpandang sepasang pasangan lelaki dan perempuan yang baru masuk ke dalam Secret Recipe. ‘Lelaki yang hari tu.’ Bisik hatinya.
“Amy, you kenapa?” Soalan Honey buat dia tersedar dari lamunan.
“Nothing.” Entah kenapa hatinya panas bila lelaki itu sedang bersembang dengan perempuan yang bersamanya tadi.
“Abang Am! Kak Ain! Kenapa tak tunggu Iman?” Seorang lelaki remaja masuk. Topi Nike yang dipakai oleh budak itu ditanggalkan.
“Oh my, he’s cute.”
“Sangat.” Jay bersetuju dengan Honey tetapi bagi Ammelia lelaki yang dipanggil abang Am itu lebih menarik hatinya.
“Amy, you okay?” Ammelia mengangguk pada Nita. Debaran hatinya tidak lagi terkawal. Entah kenapa.
Sekali lagi Ammelia membuang pandang pada lelaki itu dan tanpa disangka lelaki itu turut memandangnya. Dan debaran di hati semakin menggila.

“Ammelia, saya nak kenalkan awak pada ketua jurutera kita yang baru, Amsyar Aizad. And Amsyar, ini anak buah awak, Ammelia Syuhada.” Ammelia terpegun memandang lelaki di depannya. ‘Dia.’
Lelaki itu tersenyum, tawar. ‘Kenapa asyik perempuan ni yang aku jumpa?’
“Ammelia or you can call me Ammelia.” Ammelia menghulur tangan.
Amsyar terkedu. Huluran tangan Ammelia dipandang sepi. “Amsyar.” Dia mengangguk.
Ammelia terasa malu. Pertama kali huluran tangannya tidak bersambut. “Tuan Zainal, saya keluar dulu.”
Tuan Zainal tersenyum dan mengangguk. Wajah anaknya yang sudah memerah, menahan malu barangkali.
Amsyar serba salah. ‘Cik puan tu marah ke aku tak sambut salam dia tadi?’
“Amsyar, no need to worry. Ammelia tak akan ambil hati.”
Amsyar mengangguk. ‘Hope so.’

“Amsyar.” Pintu bilik Amsyar dibuka dari luar.
“Ye, ibu?”
“Tadi umi Ain telefon ibu.”
“Kenapa?”
“Pasal majlis kamulah.” Puan Aminah mengeluh.“Bila kamu dan Ain nak menikah ni? Ibu risaulah.”
Amsyar yang tengah mengadap laptop mendekati ibunya yang duduk di katil. “Ibu nak risau kenapa? InsyaAllah, Amsyar jaga batas pergaulan Amsyar dengan Ain.”
“Amsyar, kamu dah bertunang dekat setahun. Ibu rasa lebih baik kamu menikah secepat mungkin.”
“Ibu, Amsyar baru dapat kerja baru. Amsyar nak kukuhkan kewangan Amsyar dulu.”
Puan Aminah menghela nafas. “Amsyar, kamu dan Ain selalu keluar bersama. Meskipun ada Iman, hati ibu tak senang. Kamu berdua tak ada ikatan.”
Amsyar tersenyum. “Ibu, Amsyar tau apa yang Amsyar buat. Ibu jangan risau ye.”
“Yelah, Amsyar.”

“Nita, you sure tak nak cakap kat Haris pasal baby ni?” Ammelia bertanya.
Nita menggeleng. “I tak rasa dia nak terima I dan baby ni.”
“Mana you tahu, Nita? People change.”
Nita mengeluh. “Yes, people change but not him. Yesterday I went to his office, and again, I got shocked.”
“Dia buat apa kali ni?” Ammelia bertanya sambil dia mengambil susu jenama Anmum.
“Dia tengah berasmara dengan setiausaha dia. We’re officially over.” Nita mengunjukkan jari manisnya yang sudah tidak bercincin.
Ammelia terkejut. “Jadi macam mana sekarang?”
“I tetap akan jaga baby ni. It’s okay kalau dia tak ada ayah. Dia masih ada I sebagai mummynya.”
Ammelia mengangguk. “Dia ada I jugak.”
“Eh, itu bukan Amsyar?” Ammelia segera berpaling pada lelaki yang dipuja dalam diam.
Dan perasaan cemburu mula meresap ke jiwa bila terpandangkan gadis di sisi lelaki itu.
“Jom tegur dia.”
“Eh, tak payahlah.” Ammelia menegah.
“Ala, he’s our colleagues what?”
Ammelia menuruti juga langkah Nita.
“Hi, Amsyar.” Nita menegur. Ceria sahaja suaranya.
“Eh, hai and assalamualaikum.”
Memerah wajah Nita, terasa disindir. Salam Amsyar dijawab dalam hati. “Your wife?”
Amsyar tersenyum sebelum menggeleng. “No, my fiancé. Nurul Ain. Ain, ni semua rakan sekerja saya. Yang ni, Nita dan yang ni, Ammelia.”
“Hi. Ain.” Ain menghulurkan tangan. Nita menyambutnya dulu sebelum Ammelia menyambut tangan Ain.
“Bila majlisnya?”
“InsyaAllah, awal tahu depan, kan awak?” Ain menjawab, laju.
Amsyar kelihatan sedikit terkejut. “Er...ha... awal tahun depan.”
“We’re better get going, Nita. Lepas ni kita nak ke klinik pulak.” Ammelia bersuara.
“Sakit ke?” Amsyar merenung Ammelia yang tidak memandang langsung ke arahnya.
“No. Checkup untuk baby I.” Nita membalas.
“Baby? Awak dah kahwin?” Amsyar bertanya. ‘Gadis ini dah kahwin?’
“Nope. Not married yet but... the story is quite long. Lain kalilah kita bercerita.”
Amsyar terkedu. Ain pula mencebikkan bibirnya.
“Jomlah, Nita.” Ammelia tarik tangan Nita. “Kami pergi dulu. Assalamualaikum.”

“Kawan sekerja awak sangat daring.” Ain bersuara. Ini kali pertama mereka keluar berdua tanpa peneman.
“Maksud?”
“Yelah, mengandung sebelum berkahwin.”
Amsyar menganggukkan kepalanya.
“Tak ada pegangan agamalah tu. Perempuan murahan. Pakai baju kurung nak tutup perut boyot dia tu. Yang kawan dia tu, tak cukup kain betul bajunya.”
Amsyar berpaling pada Ain. “Ain, tak baik cakap macam tu.”
“Betul apa saya cakap. Meluat tengok dia orang.” Ain meluahkan rasanya.
“Dahlah tu. Saya pun bukan kenal sangat dengan dia orang.”
Ain merengus. “Amsyar.”
“Ye?”
“Sebenarnya...”
“Sebenarnya apa?”
“Saya suka keluar berdua dengan awak.”
Amsyar terkejut namun dia mengukir senyum. “Ini kali pertama kita keluar berdua lepas kita bertunang kan?”
Ain mengangguk. “Selalunya si Iman ikut sekali.”
“Amsyar, bila kita nak kahwin?”
“Saya... saya tak mampu lagi nak tanggung makan pakai awak, Ain. Saya baru dapat kerja kat tempat baru. Saya harap awak boleh tunggu saya.”
“Saya boleh tunggu awak tapi... “
“Tapi?”
“Saya tak suka awak kerja kat tempat baru tu.”
Dahi Amsyar dah berkerut. “Kenapa?”
“Saya tak suka Ammelia. Cara dia. Semuanya tentang dia. Saya takut awak beralih hati pada dia.”
“Saya tak mungkin suka perempuan macam Ammelia. Bagi saya, dia susah nak dibentuk. Lagipun, dari dulu hati saya kan ada pada awak. Tak mungkin ia beralih.”
Ain tersenyum saja. Tapi entah kenapa hatinya masih mencurigai Ammelia.

“You kenapa? Cepat-cepat nak lari dari Amsyar.”
“Mana ada. Pandai-pandai je you.”
Nita angkat bahu. “You suka Amsyar?”
“You merepek apa ni, Nita? Kelakarlah you ni.” Ammelia mengesat peluh yang merenik di dahi.
Nita tersengih. “Kenapa you berpeluh ni? Air-cond tak berfungsi ke?”
“Nita, I rasa baik you diam.” Ammelia mengugut Nita yang terkekeh ketawa.
“Tak salah kalau you mengaku, Amy.” Ujar Nita samabil mengusap perutnya. ‘Anak mummy bila dah besar, jangan jadi macam mummy tau.’
“Dia dah ada tunang, Nita.”
“Tunang, bukan isteri.”
“I tak nak jadi perampas.” Kepalanya berdenyut, dia urut perlahan.
“Amy.”
“Nita.” Ammelia menghela nafas. “I nak berubah.”
Nita berpaling pada Ammelia. “Berubah?”
“Berubah. Jadi yang lebih baik dari I sekarang. Sepanjang 27 tahun hidup I, I dah banyak sia-siakan masa I. Lepas mummy meninggal ketika I Form 3, I berubah. I memberontak. I jadi macam I sekarang. Dah dekat 12 tahun I jadi orang yang hilang jati diri. Yang hilang agama. I nak cari seorang pemimpin yang mampu pimpin I ke Jannah.” Ammelia tersenyum tawar. “I harapkan Amsyar untuk jadi pemimpin I tapi sayangnya dia dah berpunya.”
Nita mengangguk. “Tapi kenapa Amsyar? Kenapa bukan Fahmi, anak Datuk Farid yang I assumed boleh juga membimbing you.”
“Fahmi. I pernah tengking dia bila dia tegur cara I berpakaian. Dia nasihatkan I tapi I maki dia. Tapi Amsyar... he’s different.” Ammelia menghela nafas. “I pernah terlanggar dia dulu. Time I bergegas nak ke rumah you. The day you found Haris with other girl. Dia tegur I, sinis tapi meresap ke kalbu I. I tak marah, sebaliknya I rasa... I don’t know. The feelings, I can’t describe it.”
“You dah parah ni, Amy.”
“Sangat.”
“So, you nak pendamkan je?”
“Let it be. I bahagia kalau dia bahagia.”
“Jawapan cliché. C’mon, do something for your own happiness.”
“I nak buat apa Nita? Luahkan perasaan I dekat dia?”
“Yes! That will do.”
“Hell no! Never.”
“Okey, fine. But I ada satu idea lain.”
Ammelia angkat kening. “Apa?’
“Perangkap dia! Buat dia kena tangkap basah dengan you.”
‘What? You dah gila?”
“I’m dead serious! Amy, Amsyar it’s not that kind of guy yang suka lepas tanggungjawab. Bila you kena tangkap basah, family you guys akan tanggung malu. So, untuk jaga maruah family dia dan family you, confirm dia akan memperisterikan you.”
“Ini idea gila. I don’t know why I listened to you.”
“Because you want to have him.”
“Sudahlah. Makan diam-diam. The conversation is over.” Ammelia menghulur pinggan berisi spaghetti kepada Nita yang tersengih.

“Mak Som, hari ni Mak Som balik pukul berapa?”
“Hari ni, macam biasalah Ammelia. Pukul 8.30. Kenapa?”
Ammelia cuma tersenyum. “Saja tanya. Daddy balik esok kan, Mak Som?”
“Kata Tuan Zainal, 16 haribulan. Esoklah gamaknya. Kenapa?”
Ammelia senyum lagi. “Tak ada apa-apa. Mak Som, Amy pergi dulu. Lambat dah ni.”
Mak Som cuma mengangguk saat Ammelia meninggalkan meja makan.

“Amy, you kenapa?”
Ammelia angkat kening pada Nita. “Kenapa dengan I?”
“You nampak happy.”
“Mana ada. Memandai je you ni.” Nescafe yang telah siap dibancuh diletakkan di atas pantry.
Nita angkat bahu. “Senyuman you nampak lain. Dalam otak you macam ada satu agenda, kan?”
“I reconsider cadangan you yang minggu lepas.”
“Meaning?” Muka Nita dah kelam. Dia tak faham.
“I dah tekad. I nak memiliki dia walaupun I kena guna cara kotor. I nak dia jadi pemimpin I. I nak dia. Cuma dia.”
Nita ternganga. “Are you serious?”
“Yelah.”
“Amy, lupakan jelah. I think that is not a very good idea.”
“Why not?”
“You nak berubah jadi baik tapi apa yang you nak buat ni tak mencerminkan kesungguhan you.”
“Nita, I ketandusan kasih sayangNya, I rindukan Dia tapi I tak tahu cara mendekati Dia. Lagipun, cuma kata-kata dari Amsyar yang mampu meresap ke jiwa I. Pilihan apa lagi yang I ada?”
Nita diam. “Terpulang pada you, Amy.”
Tiba-tiba Amsyar masuk ke pantry. Nita dan Ammelia terus diam.
“Amy, I masuk office dululah.” Nita segera angkat kaki tanpa sempat Ammelia berkata apa-apa.
“Kenapa Nita tu tergesa-gesa sangat?”
“I don’t know. Sakit perut agaknya.”
“Ammelia, kalau saya cakap sikit. Jangan marah.”
Ammelia angkat kening. “Kenapa?”
“Bila awak nak tutup aurat awak? Rasanya saya pernah tegur awak dah dulu.” Amsyar berdiri menghadap sinki.
“Saya...” Ammelia hilang kata-kata. Hati terasa sebak. “Saya masuk pejabat dulu.” Dan dia berlalu. Air mata yang mengalir dia kesat perlahan. ‘Dia masih ingat aku. Dia kenal siapa aku. Ya Allah, aku inginkan dirinya menjadi pemimpinku untuk ke Jannah-Mu.’
Amsyar yang di sinki mengeluh. ‘Dia menangis? Kasar sangat ke teguran aku?’

Amsyar memandu perlahan di kawasan perumahan mewah. Matanya mencari rumah Tuan Zainal. Sebentar tadi di pejabat, dia mendapat pesanan daripada Tuan Zainal supaya pergi ke rumahnya untuk mengambil dokumen penting yang berkaitan dengan syarikat. Digagahkan juga ke rumah Tuan Zainal yang bumbungnya masih tidak kelihatan walaupun waktu sudah menginjak ke pukul 10 malam. Akhirnya kereta Toyota Vios miliknya berhenti di sebuah rumah yang baginya mewah.
Loceng ditekan berkali-kali. Kesabarannya menipis. Baru dia nak pergi ke keretanya terdengar bunyi pagar terbuka.
Amsyar berpaling dan dia terkedu. Ammelia yang berdiri di depannya sangat comel pada pandangan matanya. Rambut panjang yang diikat ekor kuda itu kelihatan sangat cantik. Baju tidur satin yang tersarung di tubuh gadis itu sangat seksi. Jantungnya berdegup laju.
“Amsyar?”
Amsyar menunduk. ‘Ya Allah, lekanya aku renung dia sampai aku tak sedar dia panggil aku. Ya Allah, malunya aku padaMu.’
“Amsyar, awak tak apa-apa?”
“Er... saya datang nak ambil dokumen pejabat.”
“Sekejap, saya ambilkan.”
Amsyar mengangguk dan dia larikan pandangannya ke tempat lain. Tak sanggup rasanya nak merenung Ammelia. Mau gugur jantung.
“Aduh!!!” Terdengar suara Ammelia dari dalam besar itu. Amsyar yang terkejut segera masuk ke dalam rumah. Dia sangat terkejut apabila terlihat Ammelia yang sudah terduduk di atas lantai.
“Apa dah jadi ni?” Amsyar mendekati Ammelia
“Sakit...” Rengek Ammelia.
Amsyar telan air liur. “Macam mana boleh jatuh?”
“Tadi lari. Terjatuh. Sakit.” Ammelia menjawab.
“Assalamualaikum.” Serentak Amsyar dan Ammelia berpaling ke pintu besar rumah itu yang sememangnya ternganga luas.

“Amsyar Aizad, ibu tak sangka kamu buat ibu macam ni! Mana ibu nak letak muka ibu, Amsyar? Apa dosa ibu pada kamu? Tak cukup ke didikan agama yang ibu bagi dekat kamu? Ya Allah.” Puan Aisyah meraung di pangkuan suaminya selepas di memukul-mukul dada anak lelakinya.
Amsyar meraup muka. Wajah Ammelia yang tidak beriak dikerling. “Demi Allah, ibu. Amsyar tak buat benda terkutuk tu. Amsyar cuma nak tolong Ammelia.”
“Tolong apa? Ustaz tu tangkap kamu dengan  Ammelia ni dalam keadaan yang mencurigakan. Siap pegang tangan. Ustaz tu kata, kamu seolah-olah nak angkat Ammelia ni. Kamu nak bohong ibu?”
“Tak ibu. Ya Allah, Ammelia tolong terangkan dekat ibu saya tentang apa yang dah berlaku.”
Ammelia yang dengar suara Amsyar merayu sekadar diam. Dia pura-pura tidak mendengar kata-kata Amsyar.
“Ammelia!” Suara Amsyar memetir.
“Nak terangkan apa? Dah terang-terang kita kena tangkap basah. Mengaku jelah.” Ammelia sengaja meninggikan suara namun hatinya terasa nak menangis mengenangkan betapa banyaknya hati yang telah terluka oleh sikapnya yang tamak.
“Puan Aisyah. Encik Bakri. Macam ni jelah. Saya cadangkan mereka berdua dikahwinkan. Ini saja cara untuk kita menutup malu dengan perbuatan mereka berdua.” Tuan Zainal bersuara akhirnya. Dia sebenarnya kecewa. Dia terpaksa menghabiskan kerjanya di Johor lebih awal dari masa yang ditetapkan dek kerana kes tangkap basah antara Amsyar dan Ammelia.
“Amsyar, kamu setuju?” Encik Bakri merenung wajah anaknya yang memerah. Menahan geram ataupun sedih. Dia sendiri tidak tahu.
Amsyar rasa nak meraung. Kalau dia kahwin dengan Ammelia, macam mana dengan Ain? Kalau dia tak kahwin dengan Ammelia, pasti maruah keluarganya tercemar. “Amsyar setuju.”
Ammelia menghela nafas lega.
“Ammelia, kamu setuju?” Tuan Zainal bertanya kepada anak gadisnya itu.
“Amy setuju.” Ammelia mengangguk manakala Amsyar memegang dahinya. ‘Maafkan saya, Ain.”

“Awak tak boleh buat saya macam ni, Amsyar.”
“Ain, saya...”
“Awak taburkan janji palsu dekat saya. Awak kejam.”
Amsyar raup muka. Iman yang dari jauh memerhatikan mereka direnung sebentar sebelum matanya kembali kepada wajah Ain yang sudah basah dengan air mata. “Maafkan saya, Ain. Antara cinta dan keluarga, saya pilih keluarga. Mereka segala-galanya bagi saya.”
“Habis saya? Saya tak ada keluarga? Maruah saya awak nak letak mana? Semua orang mengata saya, tak pandai jaga tunang. Tunang curang. Awak fikir saya ni apa, hah?” Air mata turun dengan lebat.
“Ain. Maafkan saya. Saya...” Amsyar tidak tahu apa lagi harus dia cakap. Meminta maaf seribu kali pun tidak mampu mengembalikan seri wajah Ain.
“Kak Ain, balik jom.” Iman muncul.
“Iman, abang Am...”
“Abang Am, Iman maafkan abang Am tapi jangan sesekali muncul depan kami.” Iman berlalu sambil menarik tangan Ain.
Amsyar terduduk terus di bangku di taman permainan itu. ‘Nurul Ain.’

“I faham perasaan tunang dia.”
Ammelia diam.
“Amy, I think you should stop all this.” Nita memegang bahu Ammelia.
“I tak nak.”
“Amy.”
“Nita, tolong faham I. I need him. Seriously, I need him.” Ammelia menangis di bahu Nita. “I akui, hati I hancur luluh bila dengar ibu Amsyar menangis tapi I tak mampu bersuara. I mahukan dia untuk hidup I. Untuk dia jadi pemimpin I. Yes, I tamak. True, I boleh cari ustaz atau ustazah untuk pimpin I tapi I nak seseorang yang boleh menegur I setiap masa, setiap kali I lakukan kesilapan. I nak seorang lelaki yang boleh menjadi imam I ketika bersolat. Yang menjadi seorang tok guru untuk mengajar I mengaji. I need Amsyar for all that.”
Nita mengeluh. Dia sudah hilang kata-kata. “I faham tapi haruskah sampai macam ni? You sedar tak you dah ambil kebahagiaan orang lain?”
Ammelia diam. Cuma tangis sedunya masih kedengaran. “Can we just stop? I sakit kepala.”

“Aku terima nikahnya Ammelia Syuhada binti  Zainal dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai.” Sekali lafaz, Amsyar akhirnya menjadi suami Ammelia.
Ammelia tunduk menahan tangis. Ibu mertuanya tidak hadir ke majlis perkahwinannya ini. Haruslah kan ibu mertuanya tidak sudi menghadirkan diri. Ibu mertuanya pasti masih tidak dapat menerima kehadirannya sebagai isteri Amsyar.
“Amy, angkat muka. Amsyar nak sarung cincin.” Nita berbisik perlahan.
Ammelia angkat muka. Jelas di depannya Amsyar merenungnya. Kacak! Itu yang terluah di hatinya bila merenung Amsyar walaupun Amsyar memandangnya dengan pandangan kosong. Wajah lelaki itu tidak beriak. Ammelia menghulurkan tangan kanannya dan tangan itu dicapai oleh Amsyar. Cincin yang dipegang Amsyar dilurut masuk ke jari manisnya. Lalu Ammelia tunduk mengucup tangan Amsyar. Amsyar kemudiannya mencium dahi si isteri yang dinikahi tanpa rela.

“Saya nak cakap sikit dengan awak.”
Ammelia yang baru membuka tudung yang tersarung di kepalanya berpaling kepada Amsyar. “Awak nak cakap apa?”
“Duduk dulu.” Lembut suara Amsyar.
Ammelia melabuhkan punggung di sebelah Amsyar. “Cakaplah.” Dia bersuara tenang tetapi hatinya berdebar bagai nak gila.
“Saya nak awak tahu, saya masih tak mampu nak terima awak sebagai isteri saya. Terus-terang saya cakap, saya masih sayangkan Nurul Ain. Saya harap awak dapat tunggu saya.”
Ammelia diam. Dia menekur lantai.
“Saya tahu awak mungkin terasa dengan apa yang saya cakap tapi lebih baik saya berterus-terang. Saya susah nak terima awak sebagai isteri saya. Awak cantik. Betul. Awak seksi. I can see that tapi bukan itu yang saya cari. Saya cari wanita macam Ain. Yang lengkap ilmu agamanya. Yang tahu dosa pahala.” Lembut dia menuturkan namun hati Ammelia seperti sudah dibelah empat belas.
“Baiklah. Saya faham tapi saya nak minta sesuatu dari awak.”
“Apa?” Amsyar bertanya, perlahan.
“Tolong ajar saya cara untuk solat, mengaji. Tolong jadi imam saya, boleh?” Asmyar terpana dengan permintaan Ammelia. Wajah tenang wanita itu direnung.
“Kalau tak boleh, tak apa. Saya tak paksa.” Ammelia bangun dari duduknya. Kakinya laju menuju ke pintu bilik.
“Boleh. InsyaAllah, boleh.” Laju Amsyar menjawab.
Alhamdulillah. Cuma itu yang keluar dari mulut Ammelia ketika itu.

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam, Amsyar.” Tuan Zainal senyum. “Duduk. Makan sekali dengan daddy. Ammelia mana?”
“Ada kat atas.” Amsyar menjawab. Segan sebenarnya, dulu bos sekarang dah jadi bapa mertua.
“Amsyar, jangan segan dengan daddy. Kita dah jadi sekeluarga. Tak kisahlah macam mana sejarah perkahwinan kamu berdua. Daddy sangat bersyukur kamu yang jadi suami Ammelia.”
Amsyar diam. Terlintas di hatinya untuk bertanya sesuatu namun dia tidak jadi bertanya apabila terlihat batang tubuh seorang wanita bertudung duduk di depannya.
“Apa daddy tengok Amy macam tu?”
‘Subhanallah, cantiknya!’ Amsyar pegang dada yang terasa berdebar. ‘Kenapa aku macam ni? Hari tu, masa majlis akad dia pakai tudung jugak tapi kenapa hari ni, terasa lain nampak dia macam ni?’
“Cantik anak daddy macam ni. Kalau macam ni tiap-tiap hari, baru senang daddy nak mengadap Ilahi.”
Ammelia yang baru nak menyuap nasi goreng tak jadi nak menyuap. “Apa daddy ni? Amy tak suka daddy cakap macam tu.”
“Daddy cuma cakap je, Ammelia.”
“Tak mau cakap macam tu. Kalau tak Amy tak nak kawan daddy.” Ammelia memuncungkan mulutnya.
Amsyar yang diam sedari tadi mengukir senyum. ‘Comelnya dia muncung mulut macam tu.’
“Amsyar, kenapa kamu tersenyum-senyum tu?”
Ammelia berpaling kepada Amsyar yang dah memerah mukanya.
“Tak ada apa, daddy.”
Ammelia pula tersengih sendiri. “Daddy, Amy pergi dulu.” Ammelia dah bangun dari kerusi lalu dia menghulurkan tangan kepada ayahnya.
“Nak apa ni?” Tuan Zainal dah berkerut dahi.
“Nak salamlah, daddy.”
Tuan Zainal tersenyum dan dia menyambut terus huluran tangan anak perempuannya itu.
“Amy minta ampun ye, Daddy. Amy selalu ingkar arahan daddy. Selalu buat daddy marah, buat daddy terasa hati. Amy minta maaf ye, daddy?”
Tuan Zainal sayu dengan ucapan maaf dari mulut Ammelia. Dia menganggukkan kepalanya lalu diusap perlahan kepala anaknya yang sudah ditutupi dengan kain tudung.
“Daddy, jangan nangis. Nanti tak handsome.” Entah kenapa, Ammelia rasa lapang sekali. Jiwanya tenang. Dia kemudiannya melangkah mendekati Amsyar. “Awak, saya nak pergi kerja. Nak salam.”
Amsyar senyum. Wajah polos isterinya sangat comel. Tangannya menyambut huluran salam Ammelia lalu dia biarkan Ammelia mencium tangannya.
“Kamu berdua tak pergi sekali ke?”
Ammelia ketap bibir dengan soalan ayahnya. “Daddy, Amsyar nak kena pergi site.”
“Saya kena pergi site hari ni?” Amsyar berbisik pada Ammelia.
“Er...”
“Tak baik menipu, Ammelia.”
“Maaf.”
“Kejap lagi minta maaf pada daddy.”
“Okey.” Ammelia menganggukkan kepalanya.
“Good wife. Saya tunggu awak dalam kereta.” Amsyar usap kepala Ammelia. “Daddy, Ammelia ada benda nak cakap pada daddy.” Dan Amsyar terus berlalu meninggalkan Ammelia yang mengetap bibir.

“Cantiknya dia.”
“Lawalah.”
“Kenapa dia bertudung tiba-tiba?”
“Dah dapat hidayah ke?”
Ammelia pura-pura tidak mendengar apa yang dikata oleh mereka semua. Berita perkahwinan kilatnya dengan Amsyar seolah-olah tenggelam dengan penghijrahan dirinya. Dia bertudung kerana Allah. Dia mahu memelihara auratnya dari dipandang lelaki lain. Satu-satunya lelaki yang berhak memandang rambutnya adalah Amsyar meskipun lelaki itu masih tidak dapat menerima dirinya sebagai seorang isteri. Semalam Amsyar mengajarnya mengaji. Mengajarnya solat. Alhamdulillah, dia terasa tenang.
“Amy.” Nita buka pintu bilik dan dia tergamam. “Wow, you look different.”
“Assalamualaikum, Nita.” Ammelia mengukir senyum segaris.
“You nampak...erm... cantik?”
“I know.” Ammelia bersuara dalam nada gurauan.
“You busy?”
“Not really. Why?”
“Can we have a little chit chat? I really need your opinion.”
“Boleh je. Kenapa?”
“Syafiq, budak IT. Ajak I kahwin.”
Ammelia angkat muka dari drawing. “Like seriously?”
“I’m dead serious.”
“Jawapan you?” Ammelia renung Nita yang nampak gelisah.
“I don’t know. Sebab itu I datang cari you.”
Ammelia tersenyum. “Apa masalahnya sekarang?”
“I... I dah tak suci, Amy. Dalam rahim I ada anak luar nikah. Mungkin sekarang dia boleh terima, tapi nanti macam mana? Macam mana kalau dia ungkit?”
Ammelia mengeluh. Kepalanya terasa berdenyut tiba-tiba. “Nita, I yakin Syafiq tak macam tu. He can accept you for what you are now and then.”
“I tak yakin dengan diri I. Boleh ke I jadi a good wife for him? I tak ada asas didikan agama. I kosong, Amy.”
“InsyaAllah, Syafiq boleh isi kekosongan tu. You jangan risau, okey. I percaya you boleh.”
Nita mengangguk. “So, kiranya I patut  terima lamaran dia?”
“Bukan patut, dear. Wajib terima.” Ammelia berseloroh.
“So, how your wedding?”
Ammelia tersenyum tapi tawar. “Macam tulah.”
“Amsyar?”
“Dia masih tak dapat terima I sebagai isteri dia. I faham.”
“Did he know, semua ni... erm...part of your plans?”
Ammelia menggeleng dengan pertanyaan Nita. “I don’t think he need to know it.”
Dan Nita cuma mengangguk.

Sudah hampir empat bulan usia perkahwinan mereka. Dia masih mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk Amsyar dan Amsyar mula menunjukkan reaksi positif kepadanya.
“Buat apa tu?”
Ammelia ukir senyum. “Baca buku ni. Tadi beli dekat Popular.” Buku yang bertajuk ‘Berubat dengan Solat’ karya Fahrur Muis diunjukkan pada Amsyar.
“Malam ni nak tadarus dengan Amsyar tak?”
“Amy...er... cutilah.” Ammelia menjawab, malu-malu.
Amsyar tersenyum. “Takpelah kalau macam tu.” Amsyar senyum. ‘Alhamdulillah, dia sudah berubah dari hari ke hari. Semoga dia kekal begini hingga ke akhirnya.’
“Amsyar ingat Ain lagi?” Tercetus soalan itu dari mulut Ammelia.
Mati senyuman di bibir lelaki itu. “Ingat. Sentiasa.”
Ammelia menganggukkan kepala. Pedihnya hati dia saja tahu tapi wajahnya memaparkan riak tenang. “Oooo...”
“Kenapa Ammelia tanya?”
Ammelia geleng kepala sambil tersenyum. Kepala terasa sakit tiba-tiba, mungkin sebab luahan hati Amsyar yang begitu tulus. “Saja nak tanya. Amy nak mandilah. Sakit kepala.”
“Ammelia sihat tak? Selalu je sakit kepala.” Wajah Amsyar beriak kerisauan.
Ammelia sengih. “Okey. InsyaAllah. Kerja banyak sangat kot.”
“Nak pergi klinik tak esok? Amsyar teman.”
“Tak payahlah.” Ammelia geleng sambil mengukir senyum. “Amsyar, kita jadi nak ke rumah ibu hujung minggu ni?”
Amsyar mengangguk. “Jadi kot. InsyaAllah. Kenapa?”
“Amy takut. Takut ibu marah Amy lagi.”
Amsyar tersenyum. “InsyaAllah, tak ada apa-apa kot.” Padahal dia sendiri risau penerimaan Puan Aminah. Dia teringat kembsli peristiwa seminggu selepas perkahwinannya. Dia bertandang ke rumah ibunya namun ibunya tidak keluar bilik langsung. Yang melayan mereka ketika itu cuma Encik Bakri.
“Hmm, okey.” Ammelia angguk kepala sebelum berlalu ke bilik air.

“Assalamualaikum.” Ammelia pegang lengan Amsyar saat Amsyar memberi salam.
“Waalaikumussalam.” Encik Bakri buka pintu rumah dan wajahnya terpancar seri kegembiraan. “Amsyar! Ammelia! Masuklah.”
“Ibu mana, abah?”
“Tengah memasak.” Encik Bakri peluk bahu anak lelakinya itu.
“Siapa datang abah?”” Wajah Puan Aminah tejegul di muka pintu rumah sederhana besar itu. Namun senyumannya mati saat terlihat wajah anak menantunya.
“Anak kita ni.” Encik Bakri pura-pura ceria meskipun wajah isterinya penuh dengan kekeruhan.
Puan Aminah terus berlalu saat Ammelia dan Amsyar mendekati.
“Jangan dihiraukan ibu kamu tu.” Encik Bakri tepuk bahu Amsyar dan dia masuk ke dalam.
“Amsyar.” Amsyar kalih muka pada Ammelia yang nampak sedih.
“Kenapa ni?”
“Ibu... dia tak suka Amy.”
“Bukan macam tu. Ibu marah lagi agaknya. Tak ada apalah.”
Ammelia mengeluh.
“Jom masuk.” Amsyar berlalu meninggalkan Ammelia termangu di luar rumah.

“Ibu, Amy tolong ye.”
Wanita separuh abad itu berpura-pura tidak peduli.
“Ibu, Amy siang ikan keli ni ye?”
Masih diam.
Ammelia tak menunggu lama, dia mula menyiang ikan keli yang ada di dalam sinki dapur.
Puan Aminah mengerling pada Ammelia yang asyik menyiang ikan. Dia kagum dengan kecekapan Ammelia menggunakan peralatan dapur. Tidak kekok langsung. “Mana kamu belajar siang ikan ni?” Terpacul soalan dari mulut Puan Aminah.
“Arwah mummy sempat ajar. Lagipun sebelum Amy masuk universiti dulu, Amy banyak belajar dengan Mak Som.” Dia ukir senyum pada ikan keli yang dah mati. ‘Nasib baik kau ada, nak ibu cakap dengan aku.’
“Siapa Mak Som?”
“Orang gaji kat rumah Amy tapi dia dah macam mak Amy sejak mummy meninggal.”
“Dulu mummy kamu tu meninggal sebab apa?” Puan Aminah mengacau kari ayam yang sudah mula mengeluarkan aroma lazat.
Ammelia diam seketika sebelum menjawab. “Kanser.” Namun dia ukir senyum. “Ikan keli dah siap siang. Nak masak apa ni, ibu?”
“Kamu tahu buat keli goreng berlada?”
“Tahu.” Laju dia menjawab.
“Hah, kamu masakkan untuk ibu.” Suara Puan Aminah yang lembut itu menyentuh hati Ammelia.
“Baik, ibu.” Ceria wajah Ammelia menuturkan. Amsyar yang ada di pintu dapur tersenyum. ‘Ibu tak benci awak, Ammelia.’

“Amsyar nak ke mana? Bersiap semua.” Encik Bakri dah berkerut dahi apabila anaknya itu sudah siap dengan baju t-shirt tanpa kolar dan seluar jean.
“Nak keluar kejap, abah.”
“Ibu kamu mana?”
“Ada kat atas dengan Ammelia.”
Encik Bakri angkat kening. Sejak mereka makan tengah hari semeja, isterinya itu sudah boleh bersembang dengan menantu ekspressnya itu walaupun mukanya masih ketat.
“Amsyar pun tak faham, abah.” Amsyar tersengih. Sedikit sebanyak dia lega. Ibunya sudah boleh menerima Ammelia. Persoalannya sekarang, bila dia boleh terima Ammelia?

“Amsyar.”
Amsyar berpaling. Gadis yang sentiasa bertamu di hatinya. “Ain.”
“Buat apa kat sini?”
“Balik rumah ibu.”
“Sorang?” Ain bertanya.
Amsyar gigit bibir. “Tak, dengan Ammelia.”
Ain angguk. Menyesal tanya. “Ingat tak saya pernah cakap?”
“Cakap apa?” Muka Amsyar kelam.
“Saya tak suka Ammelia. Dan betul kata hati saya, awak dah berubah hati pada Ammelia.”
“Saya tak pernah berubah hati Ain.”
Ain ukir senyum sinis. “Sudahlah Amsyar.” Ain terus berlalu.
“Ain, saya masih sayangkan awak.” Hanya itu terluah. Pedihnya hati, cuma Dia tahu.

“Amsyar, awak pergi mana? Saya ada masakkan bubur jagung. Ibu kata awak suka makan.”
Amsyar yang baru nak masuk tidak mempedulikan celoteh Ammelia, dia terus naik ke atas. Huluran tangan Ammelia langsung dia tak peduli.
“Ammelia, mana Amsyar?”
Ammelia yang masih terkesan dengan kebisuan perangai Amsyar cuma ukir senyum segaris lalu menggeleng pada ibu mertuanya. “Amsyar penat kot. Dia naik atas tadi.”
“Yelah. Jom makan dulu.” Puan Aminah dah berlalu ke dapur manakala Ammelia cuma mengangguk. ‘Kenapa dengan Amsyar?’

Amsyar memandu dengan tenang. Wajah Ammelia di sebelah dikerling. Wanita itu membisu seribu bahasa sedari semalam. Dia akui salahnya juga namun Ammelia langsung diam. Di meja makan juga, dia membisu. Dia cuma bercakap dengan ibu sahaja. “Ammelia?”
Ammelia berpaling  pada Amsyar. “Ye, kenapa?”
“Kenapa diam?”
“Amsyar pun diam.” Jawab Ammelia.
“Tadi dekat meja makan pun diam. Selalu banyak je benda yang nak dicakap.”
“Tak ada apa yang nak dicakap. Kita diam jelah.” Ammelia menjawab sambil tangannya menyelongkar beg tangannya.
“Ammelia okey?”
“Okey!” Laju dia mengangguk.
Amsyar mengeluh. “Terasa hati dengan Amsyar?”
“Tak.”
“Ammelia.”
“Amsyar, Amy nak tidur. Pening kepala.” Sungguh, sememangnya kepala dia berdenyut-denyut.
Amsyar diam. Dalam diam hatinya terdetik kerisauan. Sudah  acapkali Ammelia sakit kepala, kadang-kadang dari pagi sampai ke petang.
‘Ah, tak ada apa-apa kot. Migrain maybe.’

“Monyok semacam je. Kenapa you?” Nita tersengih pada Ammelia yang berwajah kurang ceria.
“Entah. Perasaan I bercampur-baur. I rasa perkahwinan I dengan Amsyar macam tergantung. I nak tahu, bila dia dapat terima I sebagai isteri dia.”
Mati sengihan Nita. “You, you kena sabar. You perangkap dia dengan perkahwinan ni di saat dia sudah bertunang, Amy. So, you kena bersabar.”
“I tahu. Memang I perangkap dia, tapi sampai bila kami kena macam ni? I rasa kami berdua jauh.”
“Amy, mungkin you rasa macam ni sebab you tak jujur dengan dia. Mungkin sebab you tak ceritakan hal yang sebenar pada dia.”
“You nak I cerita pasal I perangkap dia? I bet he will hate me if I tell him the truth.”
“Cerita apa? Perangkap apa ni?!” Jelas batang tubuh Amsyar di pintu pejabat Ammelia. Wajahnya merah, menahan marah mungkin. Dia sudah tidak mampu bersabar. Dia mahu mengajak Ammelia makan bersama namun hasrat hatinya terbantut dengan perbualan Nita dan Ammelia. ‘Ammelia rancang semua ni? Ammelia perangkap aku?’
“Amy, I keluar dulu.” Nita cepat-cepat berlalu meninggalkan Ammelia dan Amsyar.
“Cakaplah! Perangkap apa yang Ammelia maksudkan!” Suara itu menengking. Tidak langsung dia hiraukan pekerja lain yang tertinjau-tinjau dari luar.
Ammelia dah pucat. Kepala terasa berat. “Amy...”
“Kenapa kau perangkap aku?” Bahu wanita itu dicengkam, kuat. Hilang sudah panggilan Amsyar dan Ammelia. Yang ada cuma kau dan aku.
“Amsyar, sakit!” Kepala semakin berdenyut. Bahu yang dicengkam terasa pedih
“Hati aku lagi sakit, tahu tak? Sampai hati kau buat aku macam ni! Apa salah aku kat kau? Kau sakit hati sangat ke aku tegur kau supaya pakai tudung? Kau memang perosak kebahagiaan aku dengan Ain! Kenapa kau perangkap aku, hah?” Digoncang kuat bahu wanita itu. Wajah pucat itu dia buat tak peduli.
“Amsyar, Amy...” Sakitnya kepala dia. Badan dah rasa ringan. “Sakit.”
“Aku benci kau, perempuan!” Dan Amsyar menolak Ammelia lalu dia terus angkat kaki. Tidak mahu berlama di situ.
“Am...” Ammelia terasa dunianya gelap dan dia terus rebah mencium lantai.

Ammelia terasa tangannya dipegang, erat. “Nita?” Sedikit serak suara yang keluar.
“Amy, you dah sedar?” Mata Nita merah. Pipi Nita basah. Ammelia terasa pelik.
“You kenapa? I kat mana ni?”
“You kat hospital. You pengsan lepas Amsyar...” Nita sebak tiba-tiba.
Ammelia diam. “Hei, jangan sedih macam ni. I okey.”
“Amy, I harap you tabah hadapi dugaan ni.”
“Kenapa ni?” Ammelia tidak sedap hati.
“Puan Ammelia, awak dah sedar?” Seorang lelaki berkot putih tersenyum memandangnya.
Tag nama yang ada di baju lelaki itu dipandang sekilas. “Kenapa dengan saya, Doktor Firdaus?”
“Macam ni, kami dapati ada puan menghidap kanser otak, peringkat yang terakhir. Maafkan kami puan dengan berita ni. Kami sarankan puan jalani kemoterapi.” Kata-kata Doktor Firdaus itu umpama halilintar bagi Ammelia.
“Barah otak?” Sungguh, dia tidak menyangka langsung sakit kepala yang ditanggung selama ini membawanya kepada penyakit yang telah meragut nyawa mummynya.
“Amy, sabar.” Nita pegang erat jemari Ammelia.
“Saya nak balik.” Suara itu perlahan namun tegas.
“Puan, kami...”
“Saya nak balik!” Ammelia bersuara keras. Air mata yang ditahan mengalir.
“Amy.”
“Rawatan puan...” Sekali lagi, suara doktor itu dipotong Ammelia. “Saya tak nak dengar apa-apa. Saya nak balik!”
Doktor itu terdiam. Dia kemudiannya mengangguk. “Baiklah. Nanti saya bagi preskrepsi ubat pada nurse. Puan boleh ambil ubat di kaunter farmasi.”
“Amy, nak I call Amsyar?”
“No! Jangan call sesiapa dan jangan bagi tahu sesiapa. Biar kita berdua saja tahu.”
“Amy.”
“Please, Nita. I merayu kat you.”
Nita gigit bibir. “Baiklah. Come, I hantar you balik.”
“Thank you, Nita.”

“Ammelia Syuhada!” Suara Tuan Zainal memetir saat dia melangkah masuk ke rumah besar itu.
Ammelia pegang kepala yang masih terasa berat. “Daddy, Amy...”
Pang! Ammelia pegang pipi kanan yang terasa pedih.
“Daddy tak sangka kamu macam ni! Perbuatan kamu sangat memalukan daddy! Mana daddy nak letak muka, Ammelia? Kamu cakap pada daddy!”
Ammelia diam. Mungkin ini kifarah dosa yang pernah dia lakukan dulu.
“Kenapa kamu diam?” Tuan Zainal menengking Ammelia. Malunya dia pada pekerja Bina Engineering Corp. apabila dia dapat tahu, kes khalwat sebelum ini sebenarnya dirancang oleh Ammelia.
“Amy minta maaf, daddy.” Perlahan suaranya meminta maaf.
“Bukan pada daddy, Ammelia! Pada Amsyar! Sebab kamu, dia putus tunang! Malu daddy pada family dia, pada keluarga tunang dia. Semua cakap daddy tak pandai jaga anak. Ya Allah!” Tuan Zainal terduduk di sofa. Kesalnya dengan perbuatan Ammelia.
Ammelia diam tidak berkutik. Kedengaran bunyi kenderaan dari luar. Ammelia tahu, Amsyar sudah pulang.
“Assalamualaikum.” Amsyar masuk ke dalam rumah dan dia terus melangkah ke tingkat atas tanpa bertegur sapa dengan sesiapa pun.
Ammelia melangkah menuruti langkah Amsyar. Namun dia berhenti melangkah saat namanya dipanggil.
“Amsyar pasti lebih marah dengan apa yang terjadi. Pandai-pandailah kamu.”
‘Amy tahu daddy. Amsyar sangat marah.’ Ammelia melangkah ke tingkat atas.

Ammelia memberi salam terakhir. Wajahnya diraup. Dia kemudiannya menadah tangan. “Ya Allah Ya Tuhanku, aku meminta kepada-Mu, ampunkan dosa-dosaku, dosa bapaku, dosa arwah ibuku, dosa kedua ibu bapa mertuaku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa suamiku. Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah aku kekuatan untuk aku meneruskan hidup aku yang penuh cabaran ini, Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, kau lembutkanlah hati suamiku kembali supaya dia kembali menerimaku sebagai isterinya. Kau bukakanlah pintu hatinya untukku supaya aku sempat kecapi sedikit kebahagiaan sebelum aku pergi menghadapMu, Ya Allah. Amin. Amin Ya Rabbal a’lamin.” Ammelia mengakhiri doanya dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan zikrullah.
Dia berpaling ke belakang. Amsyar sudah tidur di sofa panjang. Sejak kejadian sebulan lepas, Amsyar tidak lagi tidur sekatil dengannya. Nak bersuara, jauh sekali. Hubungan yang dulu rapat jadi renggang dan jauh. Diakui juga akhirnya, semua yang terjadi adalah salahnya. Namun, apa yang paling di kesalkan ialah solatnya kini tidak berimam, tiada lagi tadarus di malam hari, tiada lagi suara menegur kesilapannya, tiada lagi tok guru yang mengajarnya mengaji. Ammelia mengeluh, perlahan
 Dia tarik telekung yang tersarung di badan lalu di sangkut di ampaian. Dia kemudiannya mendekati Amsyar yang sudah lelap. Di renung wajah suaminya itu.
“Amsyar, bila Amsyar akan maafkan Amy? Bila Amsyar nak kembali jadi pemimpin Amy?” Rambut di dahi Amsyar diusap perlahan.
“Amy sayang Amsyar. Amy sayang Amsyar sangat-sangat. Andai Dia tarik nyawa Amy nanti, Amy nak Amsyar tahu yang cinta Amy pada Amsyar tak akan mati. Selamanya tak akan mati. InsyaAllah.” Air mata gugur setitik demi setitik. Kepalanya diletakkan di lengan Amsyar.
Amsyar yang tersedar daripada tidur terkedu saat terasa lengannya terasa basah dengan air mata Ammelia. ‘Kenapa dia menangis?’
Namun dia tarik lengannya yang menjadi alas kepala Ammelia lalu dia membelakangi Ammelia.
Ammelia yang sedar dengan pergerakkan Amsyar mengesat air mata yang mengalir. Dia sedar Amsyar tidak sudi bersentuhan dengannya. Dia segera bangun lalu dia merebahkan badannya di atas katil. Malam itu, lenanya bertemankan air mata.

“Amy.”
Ammelia panggung kepala, memandang Mak Som yang merenungnya dengan satu pandangan yang tidak dapat dia tafsirkan. “Kenapa Mak Som?”
“Mak Som nak Amy jujur dengan Mak Som.”
Ammelia diam seketika sebelum mengangguk. “Apa yang Mak Som nak Amy jujur?”
“Laporan kesihatan ini benar ke?” Ammelia terkedu melihat kertas yang telah dia simpan di balik lipatan baju dalam almari berada di tangan Mak Som.
“Ma... mana Mak Som dapat tu?” Tergagap Ammelia bertanya.
“Mak Som jumpa ni semalam. Waktu Mak Som nak letak baju bersih dalam almari Amy. Jujur pada Mak Som, Amy. Ni laporan yang benar atau hanya satu laporan yang Amy palsukan untuk raih perhatian Amsyar dan Tuan Zainal?”
Ammelia terasa tubir matanya panas. Hatinya tersayat. “Amy tahu Amy jahat, Mak Som tapi Amy tak akan main-main dengan benda ni. Amy tahu Amy banyak menipu semua orang dalam rumah ni tapi Amy tak mungkin menipu tentang benda macam ni. Mak Som, kalau Amy nak tipu, Amy akan canangkan pada satu dunia yang Amy ada barah otak. Amy tak akan sorok laporan tu dalam almari. Mak Som kenal Ammelia Syuhada sejak dari kecil, kan? Pernah Amy tipu Mak Som bila Amy sakit?”
Terduduk orang tua tu apabila Ammelia bersuara. “Laporan ni?”
“Demi Allah, laporan itu benar.” Ammelia mendekati Mak Som lalu dipeluk orang tua itu.. “Memang Amy ada barah otak peringkat terakhir, Mak Som.”
“Ya Allah, anak Mak Som.” Mengongoi orang tua itu di pelukan Ammelia. “Kenapa kamu diam, Amy? Kenapa kamu tak beritahu ayah kamu? Kenapa kamu sorokkan benda ni, Ammelia?”
“Amy tak nak sesiapa tahu. Amy tak nak daddy, Amsyar tahu. Kalau mereka tahu, Mak Som ingat mereka akan percaya pada Amy? Kepercayaan daddy pada Amy dah jadi sifar, Mak Som. Mungkin mereka akan anggap Amy palsukan laporan itu, macam Mak Som cakap tadi.”
“Ya Allah, Ammelia! Biar Mak Som cakap. Biar Mak Som bagi tahu Tuan Zainal.” Orang tua segera bangun, dia mahu berjumpa dengan majikannya walaupun majikannya sudah ke tempat kerja.
Ammelia tarik tangan Mak Som lalu dia gelengkan kepala. “Jangan beritahu daddy. Jangan beritahu Amsyar. Biar Amy tanggung seorang diri. Amy tak nak susahkan sesiapa, Mak Som.”
“Ammelia, anak Mak Som.” Orang tua separuh abad itu memeluk kembali Ammelia yang sudah tersedu. “Mak Som ada dengan Amy. Walaupun semua orang benci Amy, Mak Som sentiasa ada di sini untuk Amy. Biar Mak Som tanggung dengan Amy.”
“Terima kasih Mak Som. Amy sayang Mak Som sangat-sangat.” Dia peluk wanita tua itu lalu dia kembali tersedu di bahu Mak Som.

“Ain.”
“Amsyar, apa awak buat kat sini?”
Amsyar tunduk sebelum kembali mengangkat muka.“Saya nak jumpa awak, Ain. Saya rindu awak.”
“Amsyar Aizad!” Wajah Ain memerah. ‘Tidak sedarkah dia yang dia tu suami orang?’
“Kita kahwin, Ain.”
“Awak mengarut apa ni? Ammelia tu awak nak campak mana?”
“Saya bencikan dia! Dia perosak kebahagiaan kita! Kerana dia, kita terpisah jauh.” Amsyar bersuara keras.
“A.. pa maksud awak?” Ain terkedu. Tidak pernah dia nampak Amsyar bersuara seperti itu.
“Kejadian khalwat itu rancangan dia! Dia perangkap saya, Ain.”
Ain rasa nak menangis. “Amsyar, saya...”
“Saya kecewa, Ain. Teramat kecewa.” Amsyar meraup wajahnya. Sebenarnya dia sudah mulai sayangkan Ammelia namun apabila dia dapat tahu semua yang terjadi adalah rancangan Ammelia, dia kecewa. Sangat kecewa.
“Amsyar.”
“Kenapa bila saya dah mula sayangkan dia, dia kecewakan saya Ain?” Keluh Amsyar tanpa sedar manakala Ain terkaku tanpa suara.

“Amy, thank you sebab sudi teman I cari barang untuk majlis walimah I.”
“Nita, it’s the least I could do before I die.”
“Ammelia, I tak suka you cakap macam ni.” Nita mula nak menangis.
Ammelia ketawa. “Okey, sorry. Jangan menangislah. Kesian baby ni.” Perut Nita yang sudah besar itu diusap perlahan. Teringat kembali cerita Nita tentang penerimaan keluarga Syafiq terhadap dirinya. Nita sangat terharu apabila kedua ibu bapa Syafiq tidak sedikit pun memandang dia dengan pandangan jijik. Mereka juga tidak pernah bertanya tentang kisah silam Nita. Dan yang lebih membuat Nita terharu, Syafiq berjaya buat ibu bapa Nita memaafkan semua kesalahan Nita dan menerima kembali Nita sebagai anak mereka.
“You tu, jangan cakap macam tu lagi.” Nita tersenyum.
“Yelah. Jom, pergi beli barang.” Ujar Ammelia dengan senyuman namun senyumannya mati apabila matanya menangkap batang tubuh suaminya dengan Nurul Ain, bekas tunang suaminya.
“Amy? Kenapa ni?” Nita memandang ke arah pandangan Ammelia dan dia sendiri tidak percaya dengan apa di depan matanya.
“Nita, I rasa...” Ammelia memandan Nita sebelum menyambung. “I rasa patut kembalikan semula kebahagiaan Amsyar yang telah I ragut dulu.”
“Amy... you?” Nita terkedu saat Ammelia mengangguk.

Kepalanya sakit. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Kelibat Amsyar masih tidak kelihatan. Dia pandang kertas di tangannya. Walaupun Nita menentang keras tindakannya, dia redha. Dia perlu beri kembali kebahagiaan Amsyar yang telah di rampas.
Bunyi enjin kereta dari luar buat dia menghela nafas lega. Dia menunggu Amsyar sampai ke bilik dengan penuh debar.
Pintu bilik terkuak dari luar. Amsyar yang baru nak melangkah masuk terkejut saat matanya menangkap pandangan mata Ammelia pada dirinya namun dia berpura-pura tidak nampak pandangan Ammelia itu. Dia terus melangkah masuk sambil tangannya melonggarkan ikatan tali leher.
“Amsyar.” Suara Ammelia menghentikan semua kelakuan Amsyar. “Amy nak cakap sikit.” Amsyar pura-pura tidak mendengar. Dia terus berbaring di atas sofa tanpa menghiraukan Ammelia.
Ammelia ketap bibir. “Amsyar.”
“Kau nak apa?” Amsyar bersuara, keras. Mata dipejam. Tiba-tiba dia terasa ada tangan lembut menyentuh tangannya. Dia buka kembali mata.
“Amy nak bagi ni dekat Amsyar.” Kertas berwarna putih itu diunjukkan pada Amsyar.
Amsyar mendengus. “Apa lagi kau ni?” Dia bangun dari baringnya. Kertas yang dihulur Ammelia dibaca. Dia kaku dengan apa yang tertulis. Borang keizinan poligami yang sudah lengkap berisi itu dibaca sekali lagi. Dia tengok Ammelia. “Apa ni?”
Ammelia cuba mengukir senyum semanis mungkin. “Amy pulangkan kembali kebahagiaan Amsyar yang pernah Amy rampas tapi satu je Amy mintak, pimpin Amy ke Jannah?”
Amsyar terpempan. Hatinya dipagut kesayuan yang teramat sangat. Dia sedar, dia terlalu mengikut kemarahannya. Dia sudah lupa janjinya yang ingin memimpin Ammelia ke Jannah. Berdosanya dia pada Ammelia. “A... aku...”
“Amy tak paksa tapi Amy harap sangat Amsyar dapat pimpin Amy semula.” Wajah Amsyar yang tadi jelas di matanya menjadi kabur. Tubir matanya sudah ditakungi air. “Amy dah mengantuk. Amy tidur dulu, ye?” Dia angkat kaki, meninggalkan Amsyar yang termangu-mangu.
Ammelia merebahkan badannya di atas katil. ‘Amsyar, ini saja yang Amy mampu bagi pada Amsyar.’ Air mata yang ditahan, akhirnya jatuh juga ke pipinya.

“Ammelia, bangun.” Amsyar mengoncangkan bahu Ammelia yang nyenyak tidur. “Ammelia, bangun.”
Ammelia mencelikkan mata. ‘Amsyar kejut aku?’ Dia bingkas bangkit. “Dah pukul berapa ni?”
“Dah nak subuh. Pergi mandi, ambil air sembahyang. Amsyar tunggu Ammelia. Kita jemaah sekali.”
Ammelia cubit pehanya. “Aduh, sakit.”
“Kenapa cubit peha?”
“Ni bukan mimpi kan?”
Amsyar tersenyum. “Ni bukan mimpi, sayang. Bangun cepat.”
‘Sayang? Amsyar panggil aku sayang?’ Ammelia terasa bahagia namun dia cantas perasaan bahagia yan ada di hati. ‘Mungkin dia berubah sebab aku dah pulangkan kebahagiaan dia agaknya.’
“Kenapa ni?”
“Tak ada apa-apa.” Ammelia tersengih. Dia bangun dari katil, di saat dia ingin menapak pergi meninggalkan Amsyar dia terasa lengannya ditarik dan dalam sekelip mata, dia berada dalam dakapan Amsyar.
“Amsyar?” Ammelia semakin pelik dengan perangai Amsyar.
Amsyar mengetatkan pelukannya. “Amsyar minta maaf. Amsyar tak sepatutnya layan Ammelia macam tu. Amsyar tak patut layan amarah Amsyar. Amsyar mungkir janji Amsyar. I’m really sorry.”
Mata Ammelia dah bergenang. Terharu, sayu semua jadi satu. “Amy maafkan Amsyar.” Dan tangannya turut membalas pelukan Amsyar.
“Ammelia! Ammelia!”
Ammelia tiba-tiba tersedar. ‘Astaghfirullahal’azim. Aku mimpi rupanya.’
“Dah bangun?” Ammelia terus berpaling pada tuan punya suara yang sudah memakai baju melayu warna ungu gelap.
“Hah? A’ah.” Laju dia mengangguk. Rasa gugup sebenarnya kerana Amsyar tiba-tiba baik hati kejut dia dari tidur.
“Pergilah mandi dulu. Aku tunggu kau. Kita jemaah sekali.”
Ammelia mengangguk dan terus berlalu ke bilik air. Perasaannya bercampur baur.

“You dah bagi borang tu kat Amsyar? Serius?”
Ammelia mengangguk. “I serius. It’s the least I could do for him.”
“Dia kata apa?”
“Nothing. Mungkin terlalu gembira sampai terdiam tak bersuara.” Ammelia ketawa, hambar.
“Amy, benda tak kelakar.”
“I never said it was funny.”
“Amy.”
“I redha. Ini kifarah dosa I agaknya.”
Nita angguk. “Tapi kenapa sampai you kena harus korbankan kebahagiaan you?”
“Bahagia ke I bila suami I sendiri masih mencintai bekas tunang dia? Bahagia ke I bila dia membenci I? Kalau ini mampu buat dia bahagia, I redha.”
“Ammelia!”
“I... “ Ammelia terdiam. “I akan mati, Nita. I tak mampu nak terus hidup di sisi Amsyar. Sekurang-kurangnya bila I mati, dia dapat balik kebahagiaan yang tak pernah dia kecapi ketika bersama dengan I.”
“You serius tak mahu buat rawatan?”
“Nita, kanser I dah di peringkat terakhir. I tak mahu buat rawatan bukan sebab I nak berputus asa tapi I rasa masa yang tinggal ni baik I habiskan untuk mendekati Dia.”
“You memang nekad, kan?” Sebuah pertanyaan ditanya oleh Nita kepada dirinya sendiri.
“Memang I nekad.”

Jam di dinding dah tepat pukul 8.00 malam. Ammelia mencapai al-Quran pemberian mummynya yang berada di atas rak buku lalu di duduk di atas sejadah yang sudah sedia terbentang. Sebentar tadi, selepas solat maghrib, dia menunaikan solat sunat taubat dengan bantuan dari Mak Som. Dia mulakan bacaan dengan basmallah dan Surah Al-Fatihah sebelum suaranya terus mengalunkan ayat-ayat dari Surah An-Nur, surah untuk kaum Hawa.
Ketika di pertengahan pembacaannya, matanya terasa berpinar-pinar. Entah kenapa, pandangannya semakin kabur. Kepala terasa sakit tiba-tiba. Ditahan juga rasa sakit yang dirasa itu, dia meneruskan bacaannya.
Pintu bilik dibuka dari luar. Amsyar yang baru pulang dari kerja memandang Ammelia yang khusyuk dengan ayat Quran yang dibacanya. Suara Ammelia yang sedang mengalunkan ayat suci itu kedengaran begitu merdu di telinganya. Wajah Ammelia yang lengkap bertelekung kelihatan begitu menawan di matanya. Entah kenapa, ada debar di dada. Wajah polos wanita itu begitu menarik hatinya. Sedikit sebanyak, hilang penat dan lelah akibat bekerja seharian saat memandang isterinya itu.
“Amsyar dah balik?” Suara itu kedengaran begitu lembut sekali. Entah bila Ammelia mengakhiri bacaaannya, dia pun tidak tahu. Begitu asyik dia merenung Ammelia.
Langkah Ammelia yang mendekati rak buku dipandang, tidak lepas.
“Amy nak salam Amsyar tapi Amy ada wudu’. Lepas solat Isya’ nanti, Amy salam Amsyar ye?”
Amsyar mengangguk. “Dah siap mengaji?”
“Dah tapi kepala pening sikit. Berhenti sekejap.” Ammelia menjawab, gugup. “Amsyar pergilah mandi dulu. Amy tunggu. Kita solat Isya’ sekali.”
“Yelah.” Amsyar terus berlalu ke bilik air manakala Ammelia mula menyediakan pakaian untuk Amsyar pakai usai dia mandi.
Dia ambil sehelai kain pelikat yang telah dia beli senyap-senyap untuk Amsyar dan sehelai baju melayu berwarna hijau. Dia kemudiannya duduk kembali di atas sejadah sambil lidahnya mengalunkan zikrullah.
Sepuluh minit kemudian, Amsyar keluar dari bilik air. Matanya masih merenung Ammelia yang tunduk sambil memegang tasbih. Dia segera mencapai kain pelikat dan baju melayu yang sudah tersedia di atas katil.
Usai berpakaian, dia terus berdiri di atas sejadah yang telah dibentangkan oleh Ammelia. Dia berpaling ke belakang. “Ammelia, jom.”
Ammelia mengangguk sebelum mengambil safnya. Amsyar melafazkan niat solat fardhu Isya’ sebelum mengangkat takbiratul ihram.
Masuk rakaat keempat, pandangan Ammelia kembali berpinar-pinar. Kepalanya pula terasa seperti dicucuk-cucuk namun dia tetap meneruskan solatnya. Rasa sakit itu ditahan sehabis daya. Ketika duduk di tahiyat akhir, sakit di kepala semakin mencucuk. Air mata Ammelia bergenang, menahan sakit yang dirasa.
“Assalamualaikumwarahmatullah.” Amsyar meraup wajahnya usai memberi salam terakhir. Dia kemudiannya menadah tangan. Ucapan doa yang terlafaz dari mulut Amsyar tidak didengar langsung oleh Ammelia. Dalam keadaan yang menahan kesakitan itu, dia nampak Amsyar berpaling ke belakang dan menghulurkan tangannya.
“Ammelia?” Panggil Amsyar. Pelik rasanya bila Ammelia tidak menyambut huluran tangannya itu. Wajah wanita itu agak pucat di matanya.
Dengan tangan yang sedikit terketar, Ammelia capai tangan suaminya. Lalu dia tunduk mencium tangan Amsyar. “Am... Amsyar, Amy minta maaf... dengan apa yang Amy buat kat Amsyar. Amy perangkap Amsyar sebab Amy nak... nak Amsyar... pimpin Amy ke Jannah. Amy... nak dekat dengan Dia. Amy tahu... Amy tamak. Maafkan Amy, ye?” Air mata mengalir perlahan. “Amy nak jadi... bidadari Amsyar kat syurga nanti. Amy... dah tak tahu macam mana... nak bagi balik kebahagiaan Amsyar. Yang Amy tahu... borang keizinan poligami tu, mungkin akan... jadi kebahagiaan Amsyar kelak. Amy sayang... Amsyar.” Dia rasa ada cecair yang keluar dari hidungnya. Dia sudah tidak mampu bersuara. Dia terkulai di pangkuan Amsyar.
Amsyar pula terkaku dengan ucapan dari Ammelia. Sebaknya dada, cuma Allah saja tahu. Dia terasa ada benda panas mengalir di belakang tangannya. “Ammelia, Amsyar maafkan Ammelia. Dah, jangan menangis macam ni.” Di sentuh bahu Ammelia namun dia pelik. Ammelia tidak bergerak langsung.
“Ya Allah!” Hanya itu yang terucap apabila dia mengangkat wajah Ammelia yang sudah terpejam matanya. Darah yang mengalir dari hidung Ammelia dikesat laju lalu di terus mencempung isterinya yang tidak bergerak itu.

“Maafkan Mak Som, Amsyar. Tuan Zainal, maafkan saya. Amy yang minta saya rahsiakan semuanya dari tuan dan Amsyar. Maafkan saya.” Suara Mak Som tidak kedengaran langsung di telinga Amsyar. Hanya Allah saja yang tahu betapa hancurnya hati diaa saat dikhabarkan mengenai penyakit Ammelia oleh doktor yang bertugas. Menambah luluh di hatinya apabila Ammelia merahsiakan semuanya dari dia. ‘Ya Allah, apa aku dah buat? Di saat dia perlukan sokongan aku, aku tinggalkan dia. Ya Allah, suami jenis apa aku ini? Ya Allah.’
“Amsyar.”
“Daddy? Ni semua salah Amsyar. Kalau Amsyar tahu dari awal, Ammelia mesti tak sakit macam ni. Amsyar tak bagi sokongan langsung pada dia.” Amsyar meraup wajahnya, tanda kekesalan yang amat sangat.
“Daddy lebih bersalah, Amsyar. Daddy terus-terusan salahkan Ammelia. Daddy dingin dengan anak perempuan daddy sendiri. Ya Allah, bersalahnya daddy pada arwah mummy Ammelia.”
Amsyar diam tak terkata. Dia suaminya. Ammelia di bawah tanggungannya namun dia tidak sesekali cuba mendekati isterinya itu. Beratnya ujian Allah padanya kali ini. Kalau dulu dia rasa, perkahwinannya dengan Ammelia adalah ujian terberat dari Allah, kini sudah berubah. Andai dia kehilangan Ammelia, itulah ujian yang paling berat yang pernah dia terima. Dia tidak pernah membenci Ammelia walaupun mulutnya pernah mengatakan benci pada Ammelia.
“Amsyar? Mana menantu ibu?” Puan Aminah datang dengan wajah yang sarat dengan kebimbangan.
Amsyar angkat muka. Matanya sudah bergenang dengan air. “Ada kat dalam ibu.”
“Ibu tak sangka yang Ammelia ada penyakit. Selama ni, dia melawat ibu. Ceria sentiasa, tak pernah sekali pun dia tunjuk yang dia sedang kesakitan. Semalam, dia peluk ibu lama sangat. Dia siap cakap dia sayangkan ibu sangat-sangat. Ibu tak sangka sekali hari ini...” Puan Aminah menelan kata-katanya. Sebak sudah mengepung dada. “Ibu sayang Ammelia, Amsyar. Dia memang menantu terbaik ibu.” Encik Bakri menggosok belakang isterinya. Menenangkan isterinya yang emosinya sudah tidak stabil.
“Ammelia datang melawat ibu?” Amsyar bertanya. Hatinya berdetik dengan pelbagai persoalan.
“Setiap hari dia datang. Awal-awal pagi dah sampai dengan barang dapur. Sebelum dia balik mesti dia pesan pada ibu, andai dia pergi dulu sebelum Amsyar. Dia minta ibu kahwinkan Amsyar dengan Ain. Ibu tak faham, Amsyar.”
Amsyar mengesat air mata yang sudah mengalir.. ‘Ya Allah, betapa berusahanya dia untuk membahagiakan aku. Kenapa aku tidak pernah nampak semua itu? Ya Allah, mulianya hati isteri aku.’
“Amsyar, doktor dah keluar.”
Amsyar terus berdiri.
“Encik Amsyar, maafkan kami. Keadaan Puan Ammelia sangat kritikal. Kami dapati badan Puan Ammelia sangat lemah. Sudah tiada apa yang dapat kami usahakan. Sekarang ni, kita cuma mampu berdoa dan tawakal sahaja pada Allah.” Doktor muda itu menepuk bahu Amsyar sebelum berlalu.
Amsyar pula terduduk kembali. Air mata mengalir tanpa dipinta. Jiwanya sudah tidak keruan. Penyesalan mula merajai hati. Dia tidak sanggup melangkah masuk ke dalam wad. Dia tidak mampu untuk berhadapan dengan Ammelia yang lemah. Dia sungguh tidak mampu. Dia bangun kemudiannya.
“Amsyar, kamu nak ke mana?” Tuan Zainal bertanya saat Amsyar melangkah ke arah bertentangan dari wad yang menempatkan jasad Ammelia.
“Saya nak ke surau.” Lemah suara yang keluar. Dia ingin bertemu dengan Penciptanya. Dia ingin berdoa kepada Dia.

“Ya Allah, bantulah aku. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Ya Allah, baru aku sedar betapa berharganya kehadiran Ammelia Syuhada dalam hidupku. Aku takut, Ya Allah, aku takut untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku, Ya Allah. Sesungguhnya, aku mencintai dia. Sesungguhnya, aku menyayangi dia. Tiada siapa yang mampu gantikan tempat dia sebagai isteriku. Dialah bidadari syurgaku, Ya Allah.Ya Allah, terima kasih kerana sudi mengurniakan aku isteri sebaik-baiknya. Ya Allah, berikan aku sedikit lagi waktu untuk aku membahagiakan dia walaupun seketika cuma. Cuma ini yang aku inginkan dari-Mu. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui.” Amsyar meraup muka. Dia bangkit lalu dia segera pergi ke rak yang ada di surau itu. Di capai pula Surah Yasin yang tersusun elok di atas rak lalu dia duduk kembali dan terus memulakan bacaan Yasin.

“Ammelia, kenapa kamu tak bagi tahu daddy tentang penyakit kamu? Kenapa kamu diamkan? Kamu nak jadi seperti mummy? Tinggalkan daddy tanpa sebarang pesan?” Tuan Zainal merintih sedih. Tangan kanan anaknya itu digenggam kuat.
“Daddy...” Tuan Zainal mendongak. Ammelia sudah sedar!
“Ammelia.”
“Amy minta... maaf. Amy... tak nak... susahkan daddy. Amy... dah banyak menyusahkan... daddy.”
Tuan Zainal menangis. “Maafkan daddy, sayang. Daddy tak sepatutnya bersikap dingin dengan Ammelia. Maafkan daddy, sayang.”
“Daddy... tak nak menangis. Dah.. tak hensem...daddy Ammelia Syuhada.” Butir bicaranya, meskipun perlahan namun cukup kuat di pendengaran Tuan Zainal.
“Daddy.” Suara Amsyar menganggu perbualan Ammelia dan Tuan Zainal.
Mata Ammelia menyoroti lelaki itu. Matanya merah. Hidungnya juga merah. ‘Adakah keadaan aku seperti ini mengundang tangismu?’
“Amsyar, sini.”
“Ibu dengan abah saya ada kat mana, daddy?” Amsyar memandang Tuan Zainal. Dia sedikitpun tidak menoleh ke arah Ammelia.
Ammelia rasa nak menangis. ‘Sampai hati. Aku yang dah tinggal separuh nyawa ni pun, dia tetap tak nak pandang.’
“Mereka dah balik dulu. Ibu Amsyar tak sudah-sudah menangis, jadi lebih baik bawak dia balik dulu.”
Amsyar mengangguk. “Daddy tak nak balik? Biar Amsyar yang jaga Ammelia malam ni.”
Tuan Zainal perlahan-lahan mengangguk. “Ikut daddy memang daddy nak duduk kat sini je malam ni tapi sebab kamu ada kat sini, daddy rasa baik daddy balik.” Tuan Zainal pandang Ammelia. “Daddy balik ye, sayang? Biar Amsyar teman Ammelia.”
Ammelia mengangguk. “Daddy, Amy nak... salam daddy.”
Tuan Zainal terus memegang tangan Ammelia lalu dia sendiri menolak tangannya untuk dicium Ammelia. Dia kemudiannya mengucup dahi anak perempuannya itu. “Daddy balik dulu, sayang.”
Ammelia mengangguk dan dia terus memandang ayahnya sampailah ayahnya keluar dari wad itu.
Buat seketika Amsyar diam. Ammelia pun diam.
“Amsyar... duduklah. Takkan nak... berdiri sampai esok?” Ammelia cuba untuk bersandar di kepala katil namun dia tidak berdaya.
Melihat keadaan itu, Amsyar terus membantu Ammelia. “Biar abang tolong.”
Ammelia renung Amsyar dengan pandangan tidak percaya. “A.. abang?”
“Abang suami sayang. Dari dulu, itu yang patut jadi nama panggilan kita.”
Ammelia geleng kepala. “Kalau... cuma sebab simpati, tak payah, Amsyar. Amy... takut... Amy tak boleh lepaskan... Amsyar.”
Amsyar tarik Ammelia dalam pelukannya. “Abang tak bersimpati pada sayang tapi abang bersimpati pada diri abang sendiri. Abang tak pernah hargai permata yang begitu berharga depan abang. Abang tak pernah hargai sayang sebagai isteri abang. Maafkan abang, sayang. Bila abang dapat tahu abang bakal kehilangan sayang, baru abang sedar. Hati abang ada pada sayang. Sentiasa jadi milik sayang.” Amsyar tarik nafas sebelum menyambung. “Dalam banyak-banyak kurniaan Allah pada abang, sayanglah kurniaan terhebat dari Dia. Pemilik tulang rusuk abang.”
Ammelia dah menangis di bahu Amsyar. Dia tak sangka langsung, doanya setiap hari pada Allah dimakbulkan jua akhirnya. Amsyar sudah mula menerima dirinya sebagai seorang isteri. “Tapi... Amy... sakit...”
“Sayang, sakit itu Allah berikan kepada hamba-Nya supaya mereka mengingati Dia, tidak lupa pada Dia. Lagipun, setiap kesakitan yang sayang rasa ni insyaAllah akan menghapuskan dosa-dosa sayang dulu,”
“Amy...”
Amsyar mengeratkan pelukannya. “Abang sayang Ammelia Syuhada sangat-sangat. Izinkan abang bahagiakan sayang?”
“Itu... yang paling sayang tunggu daripada abang.” Suara Ammelia kedengaran begitu perlahan namun cukup meruntun perasaan Amsyar.

“Sayang.”
Ammelia senyum pada suaminya yang datang dengan membawa mangkuk tingkat.
“Mangkuk tingkat? Old school lah abang ni.”
“Baru tau ke? Dah makan ubat?”
Ammelia angguk. “Ibu masak ke ni?”
“Ye sayang.”
“Abang tak masak untuk sayang?”
Amsyar mencebik. “Tak. Tapi, abang boleh suap sayang. Okey?”
“Okey.” Ceria sahaja suaranya. ‘Terima kasih, Ya Allah kerana kurniakan aku kebahagiaan sebelum akhir hayatku.’
“Cepat bukak mulut.”
“Aaaaaa...” Manja suara itu kedengaran.
Suapan demi suapan masuk ke dalam mulut Ammelia. Sungguh, dia sangat bahagia. Namun ada sesuatu bermain di benaknya.
“Abang.”
Amsyar tersenyum memandang Ammelia. “Kenapa sayang?”
“Borang poligami tu...”
“Kenapa?” Suara Amsyar kedengaran tegas.
“Abang... dah hantar?”
“Tak.” Nasi di dalam mangkuk tingkat itu dikuis-kuis.
“Abang! Macam mana abang nak menikah dengan Ain kalau macam tu? Abang...” Kata-kata Ammelia dipotong.
“Sayang, listen here! Dalam hayat abang ni, abang cuma ada seorang isteri yang bernama Ammelia Syuhada.  Tiada yang lain. Ni sayang tengok borang poligami ni.” Dikeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
“Abang nak buat apa tu?” Ammelia bertanya, pelik.
“Nak buat magik.” Sejurus selepas itu, Amsyar terus mengoyakkan kertas putih itu.
“Abang!”
Amsyar cuma mengenyitkan mata pada Ammelia. Dia kemudiannya mengeluarkan kad akuan nikah miliknya. “Abang tak perlukan kertas putih tu, abang cuma perlukan ni.”
“Abang ni, sekarang suka buat sayang terharu kan?” Ammelia mengesat air mata yang menitik di pipi.
“Janganlah menangis. Senyum sayang. Abang sayang sayang.” Amsyar raih Ammelia dalam pelukannya.
“Sayang pun sayang abang. Sangat-sangat.”

“Ammelia, esok ibu bawakkan lagi makanan, ya?”
“Tak payahlah ibu. Takut membazir je.” Ammelia membalas.
Amsyar kerut dahi. “Kenapa membazir pulak?”
“Percayalah cakap sayang.” Ammelia menjawab dengan senyuman. “Ibu, nak peluk ibu boleh?”
Puan Aminah senyum sebelum memeluk Ammelia kejap.
“Ibu, terima kasih sudi terima Ammelia sebagai menantu ibu walaupun Ammelia tak sempurna. Terima kasih sebab lahirkan lelaki seperti Amsyar untuk Ammelia. Ammelia sayang ibu, ibu jaga diri kalau Ammelia dah tak ada nanti. Jangan selalu gaduh dengan abah ye, ibu?”
Puan Aminah menangis dengan ucapan kudus menantunya itu. “Ibu pun sayang Ammelia.” Pelukan dirungkai. Puan Aminah tidak tahu kenapa dia begitu sedih dengan ucapan menantunya itu. Dia biarkan sahaja suaminya memeluk dia. “Amsyar. Ammelia. Zainal. Kami balik dululah.”
“Ibu, jangan menangis.” Ammelia bersuara perlahan saat dia nampak bahu ibu mertuanya itu terhincut-hincut menahan tangis.
“Daddy.” Lembut suaranya memanggil ayahnya. Saat Tuan Zainal menghampiri, dia peluk erat lelaki separuh abad itu. “Ammelia nak minta maaf atas semua dosa yang pernah Ammelia buat pada daddy dulu. Ammelia tau Ammelia bukan anak yang baik, terutamanya selepas mummy pergi. Ammelia conteng arang kat muka daddy. Maafkan Ammelia, ya daddy.”
“Kenapa ni sayang?” Tuan Zainal pandang Amsyar yang turut pelik dengan kelakuan Ammelia.
“Daddy, kalau... kalau Ammelia ikut mummy, daddy jangan sedih, tau? Nanti Ammelia tak nak kawan daddy. I love you so much daddy.” Air matanya menitik di bahu ayahnya. Dia tidak pasti mengapa dia begitu sedih sekali untuk berpisah dengan ayahnya. “Daddy, balik nanti. Kirim salam Mak Som. Cakap Ammelia rindu Mak Som.” Dan dia terus meraung di bahu ayahnya itu. Manakala Amsyar gusar melihat perubahan sikap Ammelia.

“Sayang.”
“Hmm?” Dia pandang Amsyar yang ada di sebelah kanannya.
“Kenapa sayang peluk semua orang tadi?” Amsyar elus pipi Ammelia.
Ammelia senyum. “Entah, sayang rasa nak peluk semua orang je dari tadi.”
“Abang?”
“Ni sayang nak peluk la ni.” Ammelia betulkan duduknya. “Abang sini. Duduk atas ni. Senang sikit nak peluk.”
Amsyar duduk di atas katil lalu terus memeluk Ammelia. “I love you, sayang.”
“I love you too, abang. Terima kasih sebab masih sudi jadi suami sayang.” Sungguh, dia sangat bahagia dengan Amsyar. “Abang.”
“Ye sayang.”
“Nyanyikan lagu Muhasabah Cinta yang Edcoustic nyanyi tu. Sayang nak dengar.”
Amsyar mengetatkan pelukannya lalu dia mula mengalunkan lagu kesukaan isterinya itu.

Wahai...
Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan...
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Amsyar renung Ammelia yang sudah terlena. Dia kemudiannya merungkai pelukannya lalu  dia letakkan kepala Ammelia sebelum dia kembali duduk di kerusi sambil dia mengelus pipi Ammelia. Dia tidak tahu bagaimana hidupnya nanti andai Ammelia pergi menghadap Ilahi. Walaupun masa mereka berdua bersama, bergurau senda sangat singkat, namun dia masih dapat merasai nikmat kebahagiaan dalam rumah tangganya bersama Ammelia. Dalam dia asyik merenung wajah isterinya, dia tidak sedar dia turut tertidur di situ.
Tepat pukul 5.30 pagi, Ammelia terjaga dari tidurnya. Dia memandang wajah Amsyar. Dia capai tangan Amsyar. Lalu dia bermain-main dengan jari jemari Amsyar. Dia kucup lembut tangan lelaki itu. Dielus pula anak rambut yang menutupi dahi Amsyar. Lalu dia dekatkan kepalanya denga dahi Amsyar lalu dikucup lembut dahi lelaki tersebut. “Abang, terima kasih sudi bahagiakan sayang sampai akhir hayat sayang. Sayang cintakan abang. Terima kasih kerana sudi pimpin sayang. Ajar sayang tentang Islam. Terima kasih sebab abang sudi bagi tulang rusuk abang pada sayang dulu. Terima kasih abang.” Ammelia capai tangan Amsyar lalu dia genggam erat. Sebelum dia tutup mata, sempat dia melafazkan dua kalimah syahadah sambil tangannya masih menggenggam erat tangan Amsyar.

Amsyar terjaga. Dia pandang tangannya yang tergenggam kemas di genggaman tangan Ammelia. Dia tersenyum sendiri. Tangan itu terasa hangat. Sehangat cinta dan sayang di dalam hatinya. “Sayang, bangun. Jom, subuh sekali.”
Ammelia diam.
“Sayang? Sudahlah tidur tu, bangun ye?” Diusap rambut Ammelia yang mengurai itu.
Ammelia masih kaku.
Amsyar tidak sedap hati. Dia goncangkan sikit bahu Ammelia. “Sayang, bangun.”
Masih diam lalu Amsyar periksa nadi Ammelia di pergelangan tangan Ammelia. Dia menunduk seketika. Air matanya menitis. “ Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Sungguh dia sedih tapi dia redha. Ammelia Syuhada Zainal sudah kembali kepada Penciptanya dalam tidurnya.

“Amsyar, Amy ada suruh I bagi surat ni untuk you sebelum dia meninggal.” Nita yang menghulurkan sepucuk surat kepada Amsyar. Amsyar menyambut huluran surat itu dengan tangan yang sedikit terketar. Hari ni dah genap seminggu Ammelia meninggalkan dia. Dia amat merindui isterinya itu. Sungguh, setiap masa wajah Ammelia sentiasa bermain di mindanya.
Surat yang di pegang tadi diletakkan di dalam poket baju melayunya. “Masuklah. Tahlil dah nak mula.” Dia bersuara dengan bibir yang terukir dengan senyuman.

Amsyar duduk di birai katil.Matanya lekat pada telekung Ammelia yang ada di ampaian. ‘Ya Allah, rindunya aku pada isteriku itu. Tabahkan hati aku, Ya Allah.’ Amsyar kemudiannya mengeluarkan surat yang diberi Nita tadi. Dia buka perlahan-lahan lipatan surat itu. Di ayat pertama surat itu, air matanya sudah menitis.

Assalamualaikum suamiku yang tercinta Amsyar Aizad,

Abang, kesat air mata tu. Jangan menangis, nanti abang dah tak handsome, nanti sayang tak mahu kawan dengan abang. Abang, saat abang baca surat ni sayang sudah pun pergi tinggalkan abang. Jangan bersedih atas kepergian sayang. Abang redha, ye?

Amsyar mengesat air matanya. ‘Abang redha, sayang.’ Dia menyambung bacaannya.

Abang, sayang nak minta maaf atas apa yang pernah sayang lakukan abang. Sayang tak pernah minta maaf dengan abang, kan? Sayang perangkap abang. Sayang rampas kebahagiaan abang. Maafkan sayang, ye? Saya terlalu tamak, terlalu tamak mencari seorang pemimpin untuk sayang. Kali pertama kita bertemu, abang tegur sayang tentang rambut sayang. Abang ingat lagi, kan? Itu kali pertama degupan jantung sayang menjadi sangat laju kerana abang. Abang lelaki pertama yang berjaya menegur sayang tanpa kena maki dengan sayang. Lepas kejadian tu, kita sering dipertemukan. Mulanya sayang fikir itu semua kebetulan tetapi sekarang sayang tahu, itu takdir Allah untuk sayang dan abang. Dan apabila abang menjadi pekerja syarikat daddy, sayanglah manusia yang paling gembira tapi kegembiraan itu cuma sementara. Abang dah berpunya tapi, sebab sayang mencintai abang, sebab sayang nak abang jadi pemimpin sayang, sayang sanggup buat rancangan supaya kita berdua ditangkap khalwat. Maafkan sayang ye, abang?

Mengalir lagi air mata Amsyar. ‘Dah lama abang maafkan sayang.’

Saat kali pertama abang jadi imam sayang, debaran di hati sayang makin menggila. Sungguh, sayang sangat cintakan abang. Abang, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab sudi membahagiakan sayang sebelum nyawa sayang ditarik oleh malaikat maut. Sayang bahagia. Sesungguhnya, Allah dah makbulkan doa sayang. Sayang berjaya raih cinta abang walaupun hanya sekejap. Tapi detik waktu yang sekejap itu yang membahagiakan sayang. Terima kasih abang. Sayang tahu abang cintakan sayang tapi Dia lebih menyayangi sayang. Biar sayang pergi dulu, ye? Redhakan pemergian sayang, ikhlaskan hati abang. Teruskan hidup abang. Amsyar Aizad kena kuat, tau? Ammelia Syuhada tunggu Amsyar Aizad di sana, insyaAllah. Akhir kata dari sayang buat abang, terima kasih kerana mencintai sayang. Sayang tunggu abang dekat sana. Terima kasih kerana sudi pimpin sayang ke Jannah. Assalamualaikum, suamiku yang tercinta.

Yang mencintaimu,
Ammelia Syuhada Zainal.

Surat tulisan tangan itu dipeluk erat. ‘Ya Allah, aku rindukan dia. Senyumannya, tawanya. Segala-galanya tentang dia, Ya Allah. Tempatkan dia di sisi-Mu di syurga nanti, Ya Allah. Sesungguhnya, aku mencintai dia. Kau panjangkanlah jodohku dan dia di akhirat nanti, Ya ALLAH.’ Amsyar kesat air mata lalu dia rebahkan diri di atas katil. Memikirkan kehidupan sehariannya tanpa Ammelia Syuhada.


83 comments:

  1. touch. bagus cerita ini. :')

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. terima kasih sudi baca :) masih belajar lagi :)

      Delete
  3. najwa... hehe..bila bc nih, nmpak sngat ko t8 note dgn ap yang aku ckp waktu lepas2.. hehe.. (mcm bgus kan.. ngee.. tolonglah rasa bagus.. haha) ok.. fokus2... mmg matang.. bnyak peningkatan... lain dari type sweet n mendarat di daerah serius..
    kiranya ko dah naik satu tapak baru di dalam penulisan..hehe..
    emosi, marah, touching, sedih... semuanya sebati...
    good luck untuk next karya ya... teruskan menulis sebab tu je cara untuk perbaiki mutu penulis.. apa2 pun, akau akan terus sokong..=)

    ReplyDelete
  4. sara,terharu aku :')...sebenarnya aku tak yakin dengan cerita nie...aku takut dengan penerimaan orang dengan cerita ni,sebab aku lari terus dari cerita lovey dovey yang karat...thnk u sebab tegur aku,kalau kau tak tegur aku dlu,maybe aku masih sesat dalam bercerita (over tak ayat)...thnk you sgt2,insyaAllah aku akan terus menulis...doakan ak...

    p/s:kau nanges tak? :-P

    ReplyDelete
  5. karya awak buat saya menangis
    teruskan berkarya ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi membaca karya saya...insyaAllah, doakan saya :)

      Delete
  6. ~mula dgn rse xpuas hati dgn cara ammelia..tp akhirnye dia menunaikan janji yg die nk berubah dan semakin baik..sdey ending cter nie...huhu.. Tahniah..anda telah dpt menyentuh jiwa2 yg membaca..=)

    ReplyDelete
  7. terima kasih nurul asmaa...cara ammelia memang salah pada awalnya...terima kasih sudi baca cerita ni :)

    ReplyDelete
  8. ya Allah.. mmg nanges bce cerita nie.. byk2 input2 yg baik yg bole kita ambek kn.. it is a good story.. i love it.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..terima kasih ye.masih banyak lagi kekurangan saya :)...doakan saya agar terus boleh berkarya...insyaAllah :)

      Delete
  9. giler sedih...akak siap nangis plus meleleh hingus kluar...haha...klu suamiku nmpk ni harus jd bahan seumur hidup...haha

    ReplyDelete
  10. hahaha...thank you kak sudi baca cerita ni :)...

    ReplyDelete
  11. jalan cerita yang bagus & touching...kalu wat cerekarama pon besh nih...keep it up beb!

    ReplyDelete
  12. sedey sgt....thumbs up najwa ^_^

    ReplyDelete
  13. adoi....daa menangis nih...
    touching habes...
    best...cerita yg menimbulkan kesedaran...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...sama2 ambik iktibar dia ya :)

      Delete
  14. aku suka citer nie..sedih rasanya..cinta sejati membawa kita ke syurga :)

    ReplyDelete
  15. wow u blh bt i nangis baca cerpen ni...
    good job writer...
    good luck utk cerpen2 yg seterusnya..

    ReplyDelete
  16. tahniah NajwaUlfa kerana berjaya menghasilkan satu karya yang sangat baik,,,,sampai menangis-nangis saya baca cerpen nie,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jugak sebab sudi baca cerita saya :)

      Delete
    2. wlcome..:)
      i love to read your karya..keep it up!!!

      Delete
    3. thnk you :), glad that you love it :)

      Delete
  17. Cerpen awak membuatkn mata saya keluarkan air mata .. sedihh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :) saya tak sangka cerpen ni sedih sgt..hehehe...thnx ye :)

      Delete
  18. wah.. sangat nice lah... dari awal sampai akhir sangat teratur n semua emosi bercampur baur.. rasa marah geram sedih happy.. semua ada.. best sangat baca... keep it up... suka sangat... gud luck for next karya yep.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ^^..insyaAllah, doakan saya dapat hasilkan karya yang lebih baik dari ini ye :)

      Delete
  19. sedih baca ,mata dh bengkak..esok nk keje,camane nk buat ni????????????

    ReplyDelete
  20. thumb up..sgt menyentuh pasaan..da r bce kt opis smpe meleleh air mate,..penat nk cover..heee:)

    ReplyDelete
  21. sdihnya crita nie mnyntuh prasaan tul la,truskan bkarya ag

    ReplyDelete
  22. huhu...best la cerpen ni...sob sob...penat aww sye menangis hehe..sngt2 touching cite ni..good job najwa...keep it up!!!

    ReplyDelete
  23. terbaekkkk!!!
    best citer ni... mnyntuh perasaan.. sampai menngis meleleh2 ni...
    sob3...

    ReplyDelete
  24. This story makes me cry :'( Nice one writer! Good job! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you...dah2...jgn nanges dah...hehe

      Delete
  25. hwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!! sedih.... huhuhuhu kesian Amsyar.... huhuhu T___________T lagu tu best.... XD
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  26. kamu sngt kijam...kijam...sebab buat sya nanges d ofis...
    nyway thanks n thumbs up kat awk...
    puas hati bebonar dpt bca cerpen mcm nie..
    klu tk asyik jiwang karat jer...hehehe (byk songeh kan sya nie??)
    mmg sya btul2 suka dgn cerpen nie...mcm2 rsa dok ada time dok bca..
    good job n truskn brkarya...

    ReplyDelete
  27. - sangat menyentuh perasaan tahap kritikal .

    ReplyDelete
  28. penulis nie ske wat crite sedih :'(

    ReplyDelete
  29. Nangis untuk kali ke-2. Sobb sobbb

    ReplyDelete
  30. uwah!!! best habis...habis basah baju pakai lap air mata baca cerita nie! teruskan berkarya! beat sgt2!!!

    ReplyDelete
  31. sedihhh..dan terase nak pelangkong amysar tapi try to be in his shoes n i think i will be like that too..bila marah menguasai diri kebenaran pon dah xnampak lagi..huhu..sedihhh..haha..sis good job u make me cry dear..huu

    ReplyDelete
  32. Sungguh mnyentuh hati, lama dah x nangis bc cite...sedihnyer....dh mcm air paip

    ReplyDelete
  33. menangis aku seorg2 depan pc..
    sgt best~!!! teruskan usaha yer (^_~)

    ReplyDelete
  34. Alhmdlh. seronok baca cerpen ni. pengajarannya.. tak perlu kita mghukum kesilapan seseorang. kerana blh jd yg buruk dimata manusia itu adalah yang trbaik allah susun dlm hidupnya. allah sgt mncintai org2 yg brtaubat

    ReplyDelete
  35. Sedih ni Najwa, sangat2 ... dulu pun tulisan najwa yang berjaya buat kita nangis, Dia Imamku, Naufal ler tu yg punya pasal... rupanya ada lagi yg lebih meruntunjiwa raga kita waaaaa ... JANGAN AMALKAN iyer tulis-tulis mcm ni. mau bertapa dlm gua 18 purnama kita nanti untuk mengubat kesedihan.

    ReplyDelete
  36. eik lupa tah ucap ... VERY BERY MERY good punya cerita, tahniah, berjaya tumpahkan airmata kita hehehe

    ReplyDelete
  37. Cerpen yg menyentuh perasaan.. tahniah writer.. teringt cerpen yg ditulis ezza mysara.. mesej tu yg penting.. dan penulisan dalam menimbulkan emosi.. thumbs up.. ;)

    ReplyDelete
  38. kak wa!!!!!!!! kenape buat saya menangis tengah malam ni!

    ReplyDelete
  39. Waaaaaa. Sungguh menyentuh hati. :')

    ReplyDelete
  40. Sedih sgt! Alangkah bgs nya kalau Amy dpt dselamatkn :'(

    ReplyDelete
  41. Buatlah special entry utk cerpen ni. Best l. Nk tau juga kehidupan amsyar

    ReplyDelete
  42. Sampai menangis....air mata tak berhenti mengalir
    Sedih cerita die..kesian amy.....anyway.....good joob...saya sokong dari belakang..harap2.....writer teruskan perjuangan sebagai penulis......

    ReplyDelete
  43. Hilang macho sebab meleleh jugak sikit hahahaha

    ReplyDelete
  44. gila betul cite ni. air mata aq keluar dah macam paip bocor. best sesangat. thumb up writer

    ReplyDelete
  45. Seriously... cerita ni tgalkn kesan yg amat dlm.. tahniah dik..

    ReplyDelete
  46. Seriously... cerita ni tgalkn kesan yg amat dlm.. tahniah dik..

    ReplyDelete
  47. saya rasa terharu sangat... x pernah saya nangis masa baca cerpen :< tapi mmg terbaik☆

    ReplyDelete
  48. best sangat².. mata saya taknak berhenti nangis.. teratur sangat jalan cerita nie.. dah rasa macam baca novel lak.. gud luck untuk new cerpen.

    ReplyDelete
  49. Best sgt cite ni..sedih,x brhnti nangis..hrp dpt bce cerpen yg strusnye..

    ReplyDelete
  50. Nyesel x bcanya,buat orag sdih,mngis tak cukup tisu dh.ngerasa mcam btol2 kna tggl sma orag trsygg

    ReplyDelete
  51. Seronok baca smpai tak sdar air mata mngalir. Sya suka cerita ni.

    ReplyDelete
  52. Seronok baca smpai tak sdar air mata mngalir. Sya suka cerita ni.

    ReplyDelete