Monday 23 July 2012

Aku Dia Dan Vespa (Bab 25)- Part 2

“Kenapa sebenarnya ni? Terjah pejabat aku macam tu je,” Thaqif bersandar pada meja pejabat.
Nana labuhkan punggung di kerusi empuk, bertentang dengan Thaqif. “Saja. Nak melawat kau.”
“Kan waktu pejabat ni. Kau tak kerja ke?”
“EL. Ala, kau berkira sangat dengan waktu pejabat kau tu. Jom lunch sekali nanti,” Nana tersenyum. Wajah Thaqif direnung. Masih kacak, seperti dulu. Masih sama seperti ketika mereka sama-sama menuntut di UTM.
“Actually, hari ni aku nak lunch dengan tunang aku tapi boleh kot kalau kita lunch ramai-ramai. Fakhrul pun ikut.”
Nana mencebik sikit. “Ala, kita berdua jelah.”
“La, kenapa? Jom jelah sekali.”
Nana buat muka masam. “Kau ni, sejak bertunang dah lain.”
Thaqif angkat kening, pelik. “Bila masanya aku lain? Aku masih lagi Adam Thaqif yang samalah. Apa kau merepek ni?”
“Dulu, kau selalu ada masa untuk lepak dengan aku tapi sejak kau bertunang ni, dah jarang kita lepak sekali.”
Thaqif ketawa kecil. “Aku sibuk, Nana. Kerja kat pejabat menimbun, nak uruskan majlis walimah aku lagi. Bukan senang, tau?”
“Alasan.”
“Fakhrul kan ada? Ajaklah dia lepak. Untuk kau, dia sentiasa free.”
“Kau! Nak mula balik, kan?” Nana memeluk tubuh, tanda protes.

"Mana ada. Aku sekadar meluahkan kata. Apa kurangnya Fakhrul tu? Hensem? Cukup pakej. Muka ada iras Imam Muda Naufal. Kewangan? Kerjaya tetap, mampu tanggung anak isteri dia. Apa lagi kurang?” Thaqif bertanya. Dia tahu, Nana meminati dirinya. Sejak dari awal perkenalan dia lagi tapi sejak dari dulu hatinya tidak mahu terpaut. Dia berpura-pura tidak mengerti pandangan Nana, jelingan Nana, gaya Nana. Semuanya dia buat-buat tak nampak.
“Qif, kau betul ke nak kahwin dengan dia tu?” Tanya Nana, cuba mengubah topik perbualan. Dia rimas bila dikaitkan dengan Fakhrul.
“Betullah. Kenapa?”
“Just asking.” Nana sedikit kecewa. “Qif...”
“Yup?”
“Kau tak nampak ke?”
Thaqif kerut dahi. “Apa?”
“Perasaan aku dekat kau. Kau tak nampak ke?”
“Kau merepek apa ni, Nana?” Thaqif dah rasa semacam. Suara Nana yang lirih tu dah beri petanda yang Nana nak meluahkan perasaan. Nana bangun dan menghampiri Thaqif.
“Aku su...” Tanpa sempat Nana bersuara, pintu terbuka dari luar. Thaqif menarik nafas lega kerana rasa dirinya selamat dari Nana namun nafasnya kembali tersekat apabila melihat gadis yang berada dibelakang Fakhrul yang terlopong.
‘Ulfah!’ Namun itu cuma terluah di dalam hati.

Aidil kerling wajah Sara Lilyana yang sudah memerah. Air mata yang tak henti-henti mengalir dari mata si gadis buat dia serba salah.
‘Nak cakap apa ni? Sudahlah tu, usah dikenang lelaki durjana tu. Ceit, macam skrip drama la!’ Aidil merengus, geram dengan diri sendiri.
“Awak tak payahlah duduk sini, tengok saya menangis. Saya okey, saya tak akan buat benda bukan-bukan. Awak pergilah mana-mana. Maaf kalau awak rimas dengar saya menangis,” Sara Lilyana bersuara perlahan.
Aidil angkat kening. Dia terus keluar dari kedai. Sara Lilyana cuma memerhati saja. Dia kembali tersedu. Wajah disembamkan di meja kaunter.
Pintu dibuka dari luar. Sara Lilyana kesat air mata sebelum kembali mengangkat wajah dan dia terpaku.
“Nak chocolate? Orang cakap, ni comfort food kalau tengah sedih.”
Sara Lilyana renung wajah polos Aidil yang menghulurkan chocolate bar Snickers kepadanya. Air mata kembali mengaburi mata.
“Eh, saya beli ni bukan nak buat awak menangis balik!” Aidil dah gelabah. Penat berkejar ke 7-Eleven masih tidak hilang, tiba-tiba jadi semput balik tengok si Sara Lilyana menangis balik..
Sara Lilyana terharu, sebenarnya. Aidil masih di situ menghulur choc bar. Sudah beberapa kali dia memandang lelaki itu seperti angin lalu. Dia sentiasa melempiaskan amarahnya kepada lelaki itu tapi ternyata cuma lelaki itu yang berdiri di depannya. Memujuk dia menangis. Sedikit sebanyak hatinya tersentuh tapi dia cepat-cepat sedar diri. ‘Aidil lelaki romeo! Sama seperti Afiq dan daddy.’ Jerit hatinya.
“Nah, awak makan ni. Slurpee pun saya beli. Saya duduk kat luar, ye,” Ujar Aidil sebelum dia berlalu meninggalkan Sara Lilyana.
Sara Lilyana memandang kosong langkah Aidil yang sudah duduk di kaki lima luar kedai. Dia capai Slurpee dan Snickers lalu dia melangkah ke luar kedai. Dia kemudiannya duduk di sebelah Aidil.
“Saya tak suka Slurpee,”
“Maksud?” Aidil angkat kening. Peluh yang merenik turun di dahi dikesat.
“Minumlah Slurpee ni,” Slurpee yang bersaiz giant itu diletakkan di sebelah Aidil sebelum dia bangun. “Lagipun, mesti penat berlari ke 7-Eleven kan?”
“Saya tak suka tengok awak menangis. Biarlah muka awak semasam lemon, sepahit kopi, sepayau ubat asalkan awak tak menangis. Air mata awak tu, somehow menyakitkan... dekat sini,” Aidil meletakkan tangannya di dada.
“You’re such a...”
“Romeo? I got that a lot especially from you.”
Sara Lilyana ketap bibir. “Thanks.”
“No biggie, just don’t cry. Kalau nak menangis pun, mesti ada saya. At least ada orang boleh lari pergi 7-Eleven nak cari coklat untuk awak.”
“Apa-apa jelah.” Sara Lilyana segera masuk ke dalam kedai.
Aidil ukir senyum. Slurpee dicapai. ‘Awak dah cair ke, Cik Lily?’

Ulfah senyum pada Nana namun Nana ukir senyum terpaksa. Azira angkat kening. Thaqif renung Ulfah yang nampak bersahaja. Fakhrul lipat lengan baju. Dia rimas, dia rasa sangat kekok di meja makan itu. “Korang tak nak bersembang ke?”
Thaqif berdehem. “Kau diam. By the way Fakhrul, ini Azira.”
“Azira.” Azira angkat tangan tanda hormat.
Fakhrul angguk sikit. “Fakhrul. Single, solo and available.”
Ulfah senyum. “Azira pun single, solo and available.”
“Hoi!” Azira siku Ulfah. Semua ketawa kecuali Nana.
“Nana, what are you doing in Thaqif’s office actually?”
Nana tersentak dengan soalan Fakhrul. “You know, melawat kawan lama.”
“Sure,” Fakhrul menekankan perkataan ‘sure’ dengan nada menyindir.
“Nak makan apa ni? Ulfah?” Thaqif pandang tunangnya yang nampak terpinga-pinga. Dia gamit tangan memanggil pelayan.
“Awak nak order apa?” Ulfah belek menu.
“Black pepper chicken with rice. Awak?”
“Chicken with mushroom. Kau?” Ulfah pandang Azira.
“Cream sauce spaghetti.”
“Make it two. Kau, Nana?” Fakhrul mencelah.
Nana senyum tawar. “I’ve got to go. Ada hal. Sorry.”
Mereka semua tercengang apabila Nana terus berlalu tanpa pamitan.
“Kau orderkan untuk aku,” Fakhrul pandang Thaqif dan terus berlalu mengejar langkah Nana.
“Okay, this is awkward!” Azira bersuara.
Thaqif mengeluh dan Ulfah cuma mampu ukir senyum tanpa gula pada si pelayan yang masih menunggu pesanan.
“I’m sorry untuk apa yang jadi.”
“Nah, never mind. Hal kecik je.” Ulfah senyum.
“Ulfah, Adam tahu tak nama panggilan kau dekat UPM dulu?”
Ulfah letak jari di mulut. “Shush! Jangan nak membocorkan rahsia aku.”
“Apa kata awak cerita dekat saya, Azira. Dia ni kalau nak bercerita susah semacam.”
Ulfah jeling Thaqif.
“Nama panggilan dia, Budak Kambing,” Azira senyum jahat.
“Budak Kambing? Kenapa Budak Kambing?” Thaqif angkat kening pada Ulfah yang sudah memerah mukanya. Malulah tu rahsia pecah.
Azira ketawa. “Kami pernah ke kilang memproses susu kambing. Lawatan sambil belajar. Kami belajar macam mana susu diproses. Then, kami masuk kandang kambing. Kambing-kambing lari bila nampak kami tapi dengan Ulfah seorang je, kambing-kambing tu berani dekat. Sebab tu kami panggil dia budak kambing.”
“Unik,” Thaqif dah ketawa.
“Tapi bukan dengan kambing je, banyak binatang lain yang suka Ulfah. Hamster, kucing, lintah, pacat. Pendek kata, macam-macamlah.”
“Dah, cukup malukan aku.”
Thaqif dan Azira ketawa bila Ulfah mula memuncungkan mulutnya.
“Eh, tu Fakhrul,” Ulfah menuding jari ke arah seorang lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam restoran itu.
“Sorry lambat,” Fakhrul senyum nipis segaris.
“Mana Nana?” Bisik Thaqif saat Fakhrul melabuhkan punggung.
“Entah. She’s gone. She cried and she just left,”
Thaqif tersentak. “Betul ke?”
“Kenapa aku nak menipu? Let her be. Bagi dia sedar, cinta itu tak boleh dipaksa. Kalau aku boleh terima hakikat tu, kenapa dia tak boleh?” Fakhrul bersuara biasa. “We’ll talk later. Aku cuak tengok Ulfah.”
Dan Thaqif mengangguk.

“Apa saja yang jadi tadi jangan bagitahu mummy, okey?”
Aidil yang baru nak pergi buat penghantaran angkat kening. “Boleh but on one condition.”
“Apa?”
“Jadi model saya.”
Sara Lilyana buat muka. “Kalau tak nak?”
“Well, Puan Haleeda should know about ‘that’ don’t you think?”
“Okey, fine!”
“With a hijab.”
“Saya bukan reti lilit selendang macam Maria Elena atau Hana Tajima.”
“Saya tak pernah suruh awak lilit selendang. Saya pun tak suka tengok. Saya lebih suka perempuan yang menutup aurat kerana Allah, bukan kerana fesyen. Pakai tudung bawal warna hitam pun dah cukup. Tak perlu lilit sana sini. Awak bukan Maria Elena, awak Sara Lilyana. Yang paling penting, awak tutup rambut awak.” Aidil buka cap yang tersarung di kepala lalu dia sarungkan cap itu di kepala Sara Lilyana. “Yang lain, saya tengok tertutup elok tapi tidak yang ini. Awak lebih manis macam ni.”
Sara Lilyana terkedu dengan perbuatan Aidil yang selamba.
“Saya tahu awak akan marah, bebel-bebel tapi percayalah, awak lebih cantik seperti ini.” Dan Aidil terus melangkah keluar dengan senyuman.
Sara Lilyana tanggalkan cap Nike itu, dia renung seketika. ‘Afiq dulu, tak pernah kisah aku pakai tudung ke tak tapi Aidil, dia lebih suka kalau aku bertudung.’
Sara Lilyana ukir senyum, cap Nike itu disarung kembali ke kepala.

Thaqif pandang Ulfah. Ulfah pula tengok tempat lain. Azira dan Fakhrul tengah rancak berbual.
“Adam, kalau awak nak cakap apa-apa, cakaplah,” Ulfah bersuara.
Thaqif garu kepala. “Apa yang jadi awak nampak kat pejabat tadi antara saya dan Nana, it was nothing. Yes, saya tahu Nana suka saya tapi saya tak suka dia.”
Ulfah ukir senyum segaris. “Saya faham.”
“Awak tak marah?”
“Nope, tak ada apa nak dimarahkan. Dia suka awak. Biarlah. Lagipun, hati dan perasaan ni bukan boleh dipaksa, kan?”
Thaqif angguk. “So, kenapa awak tak nak approve relationship status yang saya request tu.”
“Sebab...” Dan Ulfah terus memberitahu semua sebab yang dirasakan penting kepada Thaqif.
“Saya tengok dia orang tu sweet je,” Fakhrul tertawa kecil saat melemparkan pandangan pada pasangan dua sejoli yang bersembang jauh sikit dari mereka.
Azira senyum nipis. “Adam bertuah. Bukan calang-calang orang yang dapat mendekati Ulfah. Lagipun, Ulfah bukan jenis yang melayan lelaki.”
“I can see that.”
“Awak sebaya dengan Adam?”
“Yup. Kenapa?”
“Now you should get married too, you know?”
Fakhrul ketawa besar. “Give me your parents address.”
“Kenapa pulak?”
“Senang saya nak masuk meminang.”
Azira pandang Fakhrul dengan wajah tak percaya.
“Saya gurau jelah,” Fakhrul dah terkekeh ketawa.
“Awak, jangan. Saya bagi betul karang, awak yang terkejut,” Azira bangun dari duduknya lalu meninggalkan Fakhrul yang masih ketawa.
“Awak faham kan, maksud saya?” Ulfah angkat kening.
Thaqif angguk. “Faham. Okey. Saya terima alasan awak.”
“Good boy. Saya balik dulu, ye? Zira dah tunggu tu.”
“Okey, hati-hati.”
Ulfah angguk dan terus naik ke kereta yang sudah hidup enjinnya.

“Awak nak bawak saya ke mana ni, Afiq?”
Afiq senyum. “Syurga.”
“Mengarutlah awak ni. Afiq, dah lewat ni. Jom balik,” Sara Lilyana terasa pelik dengan suasana di sekeliling jalan yang dilalui Afiq.
Kereta yang tengah bergerak tiba-tiba berhenti di bahu jalan.
“Lily, awak sayangkan saya kan?”Tangan Afiq membelai wajah Sara Lilyana.
“Apa awak ni?” Sara Lilyana tepis tangan Afiq.
“Saya sayang awak!” Tiba-tiba Afiq bertindak ganas dengan mencium kasar wajah Sara Lilyana.
“Afiq!” Satu tendangan dilepaskan di bahagian penting Afiq lalu dia berlari keluar dari kereta.
“Lily!”
Zup! Matanya terus dibuka. Sara Lilyana terketar-ketar menahan ketakutan. Sungguh, peristiwa itu masih ada di ingatannya. Tiada siapa tahu. Mummy sendiri tidak tahu. Selimut ditarik menutup wajah, tangisan dilepaskan perlahan. Sungguh, dia masih takut!

To be continued...



p/s: this is the last entry for ADDV. doakan cerita ni berjaya diterbitkan. doakan juga karya-karya saya yang lain. terima kasih sudi baca ADDV yang biasa-biasa ni. Sayang semua <3 And yes, sila jangan rindu Thaqif dan Ulfah sangat ye :)

26 comments:

  1. sob3...da last entry..aq doakan kauu bjye kwn! :D

    yg benar,
    -LIA-

    *perghh xley blaa..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kawan, yang sokong aku dari awal ADDV...kau terbaik :)

      Delete
  2. ala...dh last..xbleh bla nye,mke cam imam muda naufal..mmg ensem la..haha..xsbr nk tggu addv dterbitkan..insyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...saja guna nama imam muda naufal...tettt...hihi...doakan ADDV ye :)

      Delete
  3. Best...#^_^
    Good Luck!!!
    I Wish &Hope this story dapat diterbitkan...#^_^

    ReplyDelete
  4. GOOD Luck cik writer dlm siapkan manuskrip :) hope crita ni diterbitkan sesangat :) plus Salam mnyambut Bulan Ramadhan ^_^

    kDija

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kaasih... doakan ye :), selamat menyambut ramadhan juga :)

      Delete
  5. gud luck sayang Najwa..harap sgt akn dibukukan n publish 6t...aja2 fighting =D

    ReplyDelete
  6. Alamakk. Dah last entry ka? Huhu. Sedih la camni. Btw gud luck untuk hang. Aku sentiasa support hang dari tepi. Hihi.

    -akuZan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup2...hikhik...jgn sedih2 ya...tenkiu zan :P

      Delete
  7. pasti akan menanti dengan sabar.. heh.. thaqif n ulfah sweet.. aidil n sara pulak cute.. selamat maju jaya menyiapkan manuskrip penuh ya.. =)

    ReplyDelete
  8. last entry dh????alalaaa...gudluck k

    ReplyDelete
  9. ala. dh last ker ? sori br abes bc. xdan nk bc awl2. huhu. ape2 pn gud lark tau. selamat menulis n berkarya. semoga murah rezki dlm penulisan. insyaallah. do the best among the best. d mne ade kemahuan d situ ade jln. Allah sentiase ngn kte. semoga segala ape yg kte bt berjln lancar dan disusuli kejayaan. amin. mekasih tuk semua cter yg best2 lam blog nie. byk pengajaran n teladan yg org dpt tau. insyaallh akn ku jadikan teladan tuk kehidupn sehari2. selamat maju jaya.


    p/s : jgn mudah ptus asa tau. ingt bahawa rmai yg sokong najwa. Allah sentiase ade selagi kte ingt Dia.
    <3 Maksu <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih maksu sayang...hihihi...terkezut sat maksu komen kat sini...hahaha...insyaAllah takkan mudah putus asa...doakan ADDV jadi diterbitkan :) sayang maksu <3

      Delete
  10. ei, afiq ni, gatal. sebab tu ke Lily jadi tak suke ngan 'romeo', sian kat lily.
    hehe, dan makin sweet couple berdua ni, thaqif n ulfah, saling mengerti, tak mudah melenting, hehe. sayang cik Najwa, hope dapat terbit novel ni, aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...gatal2...terima kasih makhmuda :), doakan ye :)

      Delete
  11. najwa,ta sbr la..nak sambungannya..hehe

    *salsabella*

    ReplyDelete
  12. salam...bile novel ni nak keluar???xsbar nak beli...

    ReplyDelete
  13. bile nak update cik wawa??

    ReplyDelete
  14. slm..cik najwa..dah publish ek cite ni..novel terbitan sape ye..sy nk beli..xsbarr nk tahu ending

    ReplyDelete