Tuesday 19 June 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 19)

Aidil ukir sengih bila wajah masam Sara Lilyana menyapa matanya.
“Cuba senyum sikit. Masam je.”
Sara Lilyana buat tidak peduli. Aidil geleng kepala. “Kenapa awak sangat keras dengan saya?”
“Suka hatilah.”
“Mana tudung?”
“Saya tak ada tudung.” Masih dengan nada yang sama dia menuturkan.
Aidil garu kepala. “Jom. Kita pergi cari.”
“No.”
“Lily!”
Sara Lilyana mencerun pada Aidil. “ Siapa bagi awak mandat panggil saya Lily?”
“Sayalah.”
“Sara. Panggil saya Sara.”
Aidil geleng. “Nope, Lily! Muktamad!”
Sara Lilyana mendengus. “Bila nak mulanya?”
“Tak sabar nampaknya.”
“Cepat buat, cepat habis.” Sara Lilyana buang pandang ke luar Kopitiam. Tidak betah dengan lelaki itu. Bukan dengan Aidil, malahan dengan semua lelaki.
“Kenapa awak tak suka saya?”
“None of your business.”
“Okey.” Aidil tarik nafas. “Awak benci saya?”
“Sangat.”
Aidil mengeluh. “Apa salah saya?”

“Sebab awak lelaki!” Sara Lilyana bangun dari duduk.
“Habis tu, awak nak saya tukar jantina baru boleh berkawan dengan awak?”
“Tak payah susah-susah! Saya tak nak kawan dengan awak! Bila awak betul-betul nak buat photoshoot baru panggil saya!” Dan Sara Lilyana terus berlalu pergi meninggalkan Aidil termangu sendiri.

Ulfah capai sos tomato jenama Life lalu diletakkan di dalam troli. Dia menolak troli yang sudah separuh penuh ke depan. Kelibat umi tidak dia jumpai.
“Fafa, mana umi?” Ulfah paling ke kiri. Suhail yang menjadi ‘pak supir’ muncul dengan dua bungkus spaghetti.
“Entah. Tadi Fafa tengok ada je kat depan tu.”
“Adalah tu kat depan.” Suhail menolak troli bagi pihak adiknya.
“Fafa pergi cari umi, kejap.”
Suhail angguk.
Ulfah mencari kelibat umi yang tidak kelihatan di mana-mana namun orang lain yang dia nampak.
“Adam.”
“Ulfah.” Lelaki itu ukir senyum.
“Buat apa dekat sini?” Ulfah bertanya. Perasaan kekok akibat dimarahi hari itu masih terasa namun dia buat biasa.
“Beli barang makanan untuk rumah.”
Ulfah angguk. “Sorang?”
“Taklah. Dengan mama.” Thaqif berpusing ke kiri dan kanan, mencari mama. “Tapi mama dah hilang.”
“Umi pun.” Ujar Ulfah separuh mengeluh.
“Jom.”
“Pergi mana?” Ulfah dah berkerut dahi. ‘Nak ajak aku dating ke?’
“Pergi cari mama dan umilah.”
Ulfah sengih malu. “Jomlah.”
Dan dari jauh, Suhail angkat isyarat bagus dan Thaqif ukir sengih. Mama dan umi di sebelah Suhail turut ukir senyum.

“Kenapa nak cari umi dan mama sampai kena keluar Tesco?”
Thaaqif ukir senyum. “Sebab umi dan mama tak ada kat dalam Tesco.”
“Mana tau?”
“Cuba awak tengok dekat sana.” Thaqif mengunjukkan sebuah kereta Toyota Vios yang baru bergerak.
“Tu kereta angah. So?” Ulfah buat muka tak faham dan seketika kemudian, “Eh, kenapa angah tinggal saya? Umi? Macam mana dengan umi?”
“Ulfah, umi awak dan mama saya dua-dua ada dalam kereta angah awak.”
Ulfah tepuk dahi. “Kiranya saya dah kena tipu dengan awak dan umi sekali?”
“Bukan tipu. Kenakan sikit je kalau tak sampai ke sudah, awak tak nak keluar dengan saya.”
“Tak manis, okey?” Ulfah dah atur langkah meninggalkan Thaqif.
“Tau tapi...”
“Saya tak suka bila awak buat macam ni.”
Thaqif senyum. “Cuba jangan nak angin je, Cik Ulfah Syuhada.”
“Macam mana saya tak angin? Saya tak suka tau tak.”
“Saya tahu tapi bukan kita berdua je hari ni. Aidil ada sekali.”
“Mana Aidilnya?”
“Tu.” Dari jauh Aidil angkat tangan.
Ulfah garu kepala yang dilitupi tudung. “Kita nak pergi mana sebenarnya?”
“Tempah kad kahwin.”
Ulfah diam sebelum angguk kepala.

Aidil keluarkan kamera DSLR yang ada di dalam beg. Dia membuka gambar-gambar yang telah dia ambil sempena Pesta Flora Putrajaya. Gambar Sara Lilyana yang sedang menyusun bunga lili membuat dia tersenyum sendiri. Dia sukakan gadis itu walaupun sikap gadis itu tidak ubah seperti singa.
Dia angkat muka dari DSLR. Wajah tegang Thaqif dan Ulfah dirakam secara senyap-senyap. ‘Tempah kad kahwin pun macam nak berperang.’ Desis hatinya.
Ting!
Pintu kedai kad kahwin itu dibuka dari luar.
Aidil senyum. Dia mahu tangkap gambar orang yang masuk ke kedai tersebut. DSLR yang diangkat ke paras mata tadi jatuh semula ke paras dada. Sara Lilyana!
“Sara. Dari mana ni?” Tuan punya kedai ukir senyum.
“Sara baru balik dari rumah orang kahwin. Delivery bunga.”
“Mummy kamu tak mahu ambil  pekerja baru ke?”
“Tengah mencarilah ni. Kalau ada orang nak bekerja nanti, adalah.”
Thaqif yang sedang meneliti kad kahwin, angkat muka. ‘Eh, budak perempuan ni bukan ke yang dalam DSLR Aidil?’ Thaqif terus berpaling pada Aidil yang lepak duduk di sofa.
Aidil nyata sedang dalam keadaan terkesima. Terkejut mungkin.
“Kenapa awak?” Ulfah angkat kening.
“Saya rasa...” Thaqif tengok Aidil sebelum kembali memandang Ulfah. “Aidil suka budak perempuan ni.”
Ulfah angkat muka. ‘Comel.’ Desis hatinya.
“So?”
“Dia nak cari pekerja untuk kedai dia, dan saya rasa saya tahu siapa calon yang paling sesuai.”
Ulfah geleng kepala. “Awak ni, kalah umi saya.”
“Maksud?” Thaqif buat muka tak faham.
“Pandai mencari jodoh untuk orang. Boleh bergandingan dengan umi saya nanti.”
Thaqif tepuk dahi. ‘Ke situ pulak tunang aku ni.’

Sara Lilyana melangkah laju. Tak diduga dia boleh bertembung dengan si Romeo, Aidil Taufiq di kedai kak Shimah. Dia ke situ untuk menghantar bunga.
“Sara Lilyana!”
“Apa awak nak? Kenapa ikut saya?”
“Awak masih belum tunaikan hutang awak pada saya!” Aidil bersuara keras.
Sara Lilyana bengang. “Biar saya bayar jelah! Tak perlu nak tangkap gambar!”
“Saya cakap...” Aidil mendekat. “Saya tak perlukan duit awak!” Suara Aidil dah separuh menengking.
Sara Lilyana pegang kepala. Rambut yang dibiar lepas diikat. “Awak ni kenapa sebenarnya? Awak tahu tak saya tak suka awak! Ambik jelah duit saya. Sudah. Selesai cerita!”
Aidil raup muka. “Saya tak nak duit awak! Saya ada duit saya sendiri. Saya cuma nak awak bayar hutang saya dengan jadi model untuk saya. Bukan saya suruh awak jual diri awak dekat saya pun! Saya tak berminatlah dengan perempuan macam awak ni!”
Pang!
Aidil pegang pipi yang terasa perit.
“Kau! Jangan muncul lagi kat depan aku. Aku benci kau!” Air mata Sara Lilyana merembes laju. Dia tak tahu kenapa dia sedih dengan kata-kata Aidil.  ‘Saya tak berminatlah dengan perempuan macam awak ni!
Aidil terdiam. Dia terpaku melihat air mata gadis itu. Dia ingin menyeka air mata yang menitis di pipi mulus itu. “Saya...”
“Aku benci lelaki! Tambah-tambah lelaki seperti kau! Romeo!” Dan Sara Lilyana terus berlalu pergi.
Aidil termangu sendiri. “Saya minta maaf.”

Thaqif kerling Aidil yang senyap di sebelahnya. Dia pandang Ulfah yang duduk di tempat duduk belakang.
‘Awak, cakaplah dengan dia.’ Ulfah buat isyarat tangan.
‘Saya nak cakap apa?’ Thaqif kerut dahi.
Ulfah tepuk dahi. ‘Tell him about that job.’
‘He’s not in a good mood.’
‘Then, make some jokes. You love to jokes around what.’ Ulfah buat muka.
Thaqif berdehem. “Aidil.”
“Don’t talk! Tak nak dengar apa-apa.” Sungguh, mood dah hancur.
“Want to share?”
“Not in the mood.”
“Aidil.”
“Adam Thaqif, aku serius tak ada mood. Sorry.” Aidil tarik cap, tutup muka.
Thaqif kerling Ulfah di belakang.
“Talk to him later.” Ujar Ulfah, perlahan dan Thaqif cuma mengangguk.

To be continued...

p/s:entry ni tak tag sapa2 pun -.-"

14 comments:

  1. Ala siannye,,,mesti ada history nape lily benci ngan lelaki, mgkn ex-bf dia jahat kot kankankan

    ReplyDelete
  2. Alahai Aidil x pasal2 makan penampar....

    ReplyDelete
  3. Knp pendek sgt? Baru scroll dah hbs :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek sgt ye??hehe...sorry2...akan cuba dipnjgkan lagi bab2 akn dtg, insyaAllah :)

      Delete
  4. aduhai aidil,. tak psal-psal kna pang. ksianksian.
    bwa brsabar aidil chaiyokchaiyok. thnks for the entry :) .ulfah,eh jdi pkerja nya? *waiting for the next entry

    kDija

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...kesian dia kan...haih...sbarlah menunggu :)

      Delete
  5. aiyo.. kasihan sm itu aidil woo.. tp mmg melampau pun ckp mcm tuh.. memang rasa pendek lah.. x puas..haha.. kalu dlm word ni berapa page yunk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lima kalau tak salah aku...huhu...pendek sgt ke??alalala, mmg kena pnjgkn next2 entry...btw, thnks :)

      Delete
  6. haaaa...tuh mkn dy~~
    x pasal2 kne pnampo kannn.....haha

    ReplyDelete
  7. haha..kuajaqq ngattt ............ :P

    ReplyDelete