Saturday 24 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (BAB 8)

Aku lunjurkan kaki ke depan. Majalah yang tadi aku baca, aku letak ke bawah. Sudah dua hari aku berhenti kerja. Kenapa? Bayangan Amir Ayyad sentiasa mengekori aku. Penat aku melayan kerenahnya. Nasib baik Mika itu tidak turut serta kalau tidak, memang aku lagi pening.
“Fira, tengah buat apa? Mari tolong mama. Kejap lagi kawan mama nak datang rumah,” suara mama menjerit dari dapur buat aku terkejut. Lambat-lambat aku berjalan ke dapur.
Aku kerutkan dahi sambil mendekati mama yang ada di sinki, “Kawan mama datang nak buat apa? Ada parti Tupperware ke?”
Bahuku ditepuk mama. Kuat, “Mana ada parti Tupperware. Saja nak buat makan-makan sikit.”
“Manalah tau kot ada parti Tupperware,” gumam aku.
“Fira, kenapa dua tiga hari ni mama tengok Fira macam tak lalu makan?” Aku pandang mama yang sedang membasuh ayam. Aku tahu mama risau. Aku terdengar perbualan mama dengan papa semalam sewaktu aku turun untuk minum air. Mama dan papa risau melihat perubahan aku. Rupanya sudah dua malam mama terdengar aku menangis sewaktu aku tidur.
“Fira okey je, ma! Tengok ni!” Aku melebarkan sengih di depan mama. Tak nak mama susah hati.
“Fira kalau ada masalah, tolong bagitahu mama, sayang. Jangan diam macam dulu. Mama tak nak bila muka anak mama ni dah lebam-lebam baru nak bagi tahu.”
Aku sengih tawar. Faham maksud mama. Dulu waktu aku kena buli, keluargaku orang terakhir yang tahu. Bila balik rumah muka penuh lebam dan darah.
“Fira okeylah mama. Fira tak ada masalah apa-apa. Kalau ada pun, besar habuk je ma. Tak nampak pun,” aku senyum lagi lalu terus berlalu ke meja makan. Duduk di sebelah mama dekat sinki tu mampu buat aku menangis tiba-tiba, “Fira potong bawang-bawang ni ye.”
“Yang tak nampak tu yang mama risau, Fira,” perlahan suara mama namun tetap dapat aku dengar. Mama...
“Mama, ada orang datang!”
Aku kalih ke belakang manakala mama terus keluar ke depan. Muhammad Danish Zafri, abang aku yang nombor dua berdiri di muka pintu dapur dengan rambut yang serabut, “Euw! Angah, pergi mandilah!”
Angah buat muka lalu dia menarik rambutku yang terikat kemas, “Sibuklah adik!”
“Angah!”
“Angah!” Ejek angah padaku sambil duduk di hadapanku. Wajah angah aku tenung. Wajah penuh jambang itu nampak mengingatkan aku pada filem Cast Away, lakonan Tom Hanks.
“When will you shave all those lalang on your face? You look damn ugly, ngah.”
“Language, missy! Lagipun, angah handsome apa macam ni. Baru naik saham.”
Aku ketawa. Angah memang kuat perasan. Aku sebenarnya gembira angah pulang ke rumah kali ini. Sungguh, aku rindukan angah yang sudah dua tahun tidak pulang ke rumah kerana kemahalan tiket kapal terbang dari United Kingdom ke Malaysia.
“Adik, nanti kita keluar nak? Jalan-jalan. Angah rindu nak jalan-jalan dengan adik.”
Aku mengangguk, “Tapi angah belanja adik, okey? Adik tak ada duit.”
“Itulah. Dah kerja elok-elok pergi berhenti. Kalau tak, dapat duit lebih. Boleh buat belanja angah. By the way, result UPU bila keluar?”
“Esok atau lusa kot,” bebelan angah pasal kerja tu aku tak nak layan. Kalaulah dia tahu kenapa aku berhenti kerja, mungkin mati Amir Ayyad dibuat angah.
“Nervous?”
“A lil’ bit.”
“Apa-apa pun, ingat pesan angah ni. Kalau nanti tak dapat universiti yang adik nak, adik kena ingat, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Aku mengangguk, “Sure angah.”

“Kau sampai awal sangat Nurul. Tak siap masak lagi,” mama melangkah masuk ke dapur dengan seseorang yang aku kenali. Mama Mika!
“Eh, tak apalah. Boleh aku tolong-tolong kau,” aunty Nurul memeluk bahu mama. Mesra. Teringat aku pada Jija.
“Angah, dah mandi belum ni?” Angah yang tadi duduk dah berdiri saat mama menegurnya.
“Nak pergi mandilah ni. Jemput duduk, aunty!” Dan sekelip mata bayang angah hilang dari depan mata. Mama menggeleng dan aunty Nurul ketawa.
“Rajinnya anak dara ni menolong,” puji aunty Nurul saat aku bersalaman dengannya.
“Rajin apanya? Kita yang kena memanggil dulu, baru dia datang menolong.”
Aku ketap bibir, menahan malu, “Maaf aunty, tangan bau bawang.”
“Eh, tak apalah! Biasalah kalau bau bawang.”
“Fira, tolong buat air. Hidang dekat laman. Afiq ada dekat depan tu. Mama ajak masuk tadi tak mahu. Segan katanya.”
Oh, mamat tu datang jugak ke?Aku sengih pada mama lalu terus mencapai jag di dalam kabinet. Air sarsi aku bancuh tapi mulut aku mengomel. Mengejek Mika. Ala, bukan selalu, kan? Kenyataan yang keluar dari mulut mama buat aku nak termuntah. Mika segan? Oh please! Dia reti segan ke?
“Mengomel apa tu, Fira?”
Terlepas sudu dari pegangan aku ditegur mama, “Hehe... mana ada mengomel. Fira menyanyilah, ma.”
“Yelah tu. Dah, pergi bubuh ais, hidang dekat Afiq. Panas kat luar tu.”
Aku mengangguk dan terus menuruti setiap kata-kata mama. Sayang benar mama dekat Afiq Hakim tu. Tak faham aku.

Aku menatang dulang berisi sejag air, dua biji gelas dan sepiring chocolate chip cookies yang aku buat bersama kak yongku, “Mama aku suruh kau masuk dalam.”
“Kau tahu kan Faris dah nak bertunang dengan Aireen?” Tanpa berpaling dari memandang taman mini mama, dia bersuara.
Aku letak dulang itu ke atas meja batu yang terletak di laman rumahku lalu aku melabuhkan punggung di atas kerusi batu, “Apa motif kau tanya macam tu?”
Mika berpaling mengadap aku. Tangan kanannya menopang dagu dan matanya tepat menikam mata aku, “Kau suka Faris, kan?”
“Apa masalah kau sebenarnya?”
“Aku harap... kau takkan ganggu hubungan Faris dengan Aireen sebab ini kali pertama aku nampak Faris betul-betul serius.”
Itu tanggapan dia terhadap aku? Aku pandang Mika dengan riak tak percaya, “Kau ingat aku ni perempuan jenis apa, Mika? Jenis yang merosakkan hubungan orang? Kalaupun aku suka Faris, tak tergamak aku nak rosakkan hubungan dia!”
“So, kau mengaku kau suka Faris?”
Aku hela nafas, “Aku sebut KALAUPUN, Mika!”
“Kau ingat aku percaya?” Dia buat muka mengejek. Urgh, rasa nak pukul je dia ni!
“Kau ingat aku kisah kau percaya ke tak?”
“Oh, really?”
“Kenapa aku duduk sini dengan kau entah? Obviously, I am wasting my precious time!” Aku bangkit.
“Aku mohon, berhenti berharap, Dhiya.”
“Apa masalah kau sebenarnya? Tak cukup lagi kau suruh budak-budak tu belasah aku waktu sekolah dulu?”
“What makes you so sure aku suruh budak-budak tu pukul kau?”
“Sebab kau berdendam dengan aku!”
Mika buat muka pelik, “Berdendam?”
“Yes, berdendam! Berdendam dengan aku sejak aku laporkan kesalahan Amir dekat pengetua.”
“Kenapa aku nak berdendam dengan kau sedangkan aku yang suruh cikgu disiplin ronda kelas tingkatan lima?”
“Kau suruh cikgu...?”
“Dah tu, kau expect Cikgu Jamilah tu turun dari langit macam tu je ke waktu kau tangkap Amir?”
Aku terdiam. Betul ke? Tapi muka Mika... “Kau ingat aku percaya?”
“Up to you, Dhiya tapi serius aku cakap, aku tak ada sebab untuk suruh budak-budak tu belasah kau.”
Baru aku nak bukak mulut membalas, suara mama kedengaran dari pintu rumah, “Fira! Afiq! Jom masuk dalam. Panas ni.”
Aku angkat dulang yang masih belum luak isinya lalu aku pandang dia, “Kau minum kat dalam jelah. Karang mama aku bising.”
Tanpa menunggu dia membalas aku berlalu mendekati mama.
“Fira sembang apa dengan Afiq tadi? Macam serius je.”
 “Ice breaking, ma!” Jawab aku dengan kuat sebelum berlalu pergi. Ei, tak kuasa aku nak duduk lagi dengan mamat tu. Buat sakit hati je.

Aku duduk di sebelah mama. Aunty Nurul duduk sebelah Mika. Mulut mereka pok-pek-pok-pek tapi aku dan Mika, saling memandang dengan mata berapi.
“Afiq, makan tau. Entah sedap ke tidak. Lauk yang ini Fira masak,” mama menunjukkan lauk sambal udang petai kepada Mika.
Dia senyum segaris lalu menggeleng, “Saya...”
“Dia tak makan petai, Nina. Entah lidah dia lain sikit dengan anak-anak aku yang lain.”
“La, ye ke? Alihkan lauk tu dari depan Afiq, Fira.”
“Tak apa, aunty. Boleh je kalau nak rasa.”
Aku buat muka lalu aku pandang mama, “Angah mana, ma?”’
“Tadi dia keluar waktu Fira kat dapur. Nak jumpa kawan sekolah katanya.”
“Ala...” rengekku perlahan. Aku jelah kena hadap muka Mika ni?
“Apa merengek ni? Tak malu ke dekat Afiq,” tegur mama padaku.
Aku buat muka lalu aku pandang Mika. Nyata Mika sedang mengejekku. Kureng punya manusia!
“Afiq, baca doa makan.”
Mika tersentak lalu dia mula menadah tangan dan kami mengikuti. Saat dia berdoa, mata kami bertembung dan nyata, ada sesuatu dari dia yang buat aku rasa semacam.
Aku dan dia, serentak melarikan mata. Betullah cakap Mira dulu, dia ada satu aura yang mampu buat orang jatuh tergolek hanya dengan pandangan matanya. Bukanlah aku cakap aku ni dah terpikat dengan Mika. Not in a million years, people. Aku kebal dengan panahan mata Muhammad Afiq Hakim.
“Fira, termenung kenapa? Orang dah mula makan pun.”
Aku terus ukir sengih, “Teringat Jija, ma...”
Aunty Nurul ketawa dan mama menggeleng. Aku senyum saja. Menipu sekali sekala, tak apa, kan?
Aku mencapai lauk ayam masak lemak dan serentak, tangan Mika turut ingin mencapai lauk itu.
“Ai, sama-sama nak makan ayam masak lemak pulak?” Mama bersuara mengejek.
Aku tarik tangan dan terus mengambil sambal udang dengan petai. Aku rela makan yang ni saja dari dengar mama mengusik macam tu. Tolonglah mama, fix me with somebody else and not him. It will never be him. Not even in the other universe, mama!

Salam terakhir aku beri, mengikut sang imam di depan. Usai berdoa, masing-masing bersalaman. Pipiku dikucup kiri dan kanan oleh Aunty Nurul. Perasaanku ketika itu seolah-olah aku dicium oleh ibu mertuaku. Kelakar tapi itu yang aku rasakan.
Sewaktu Aunty Nurul mahu melipat sejadah yang tadi kami gunakan, segera aku tegah, “Eh, Aunty Nurul tak payahlah lipat. Biar Fira je kemas sejadah-sejadah ni.”
“Nurul, biar je si Fira buat. Memang itu kerja dia pun bila kami sekeluarga berjemaah. Jomlah kita keluar dulu, ada benda aku nak cakap.”
Selepas mama dan Aunty Nurul keluar, aku segera melipat sejadah yang tadi kami gunakan. Mika pula sedari tadi tak bersuara, melipat sejadah yang dia gunakan. Sewaktu aku bangkit untuk menyimpan sejadah dia menghulurkan sejadah yang dia gunakan.
“Kita tak habis cakap lagi tadi,” ujar Mika saat sejadah yang dihulurkan bertukar tangan.
Aku mengeluh lalu mendekati kabinet yang menempatkan al-Quran, Yasin dan sejadah, “Aku rasa dah habis apa yang kita cakap tadi. Tak payah diulang-ulang rasanya.”
“Kau pergi majlis pertunangan Faris?”
Tangan yang sedang menyusun sejadah terhenti sendiri, “Kenapa kau nak sibuk sangat ni?”
“Prove it to me yang kau memang tak suka Faris.”
“Apa masalah kau?” Aku bangkit dan mengadap dia.
“Aku nak pastikan orang yang aku sayang tak terluka.”
Aku terlopong, “OH! MY! GOD! Kau suka Aireen? That is why you keep giving me warning and stuff. Ya Allah, aku tak pernah terfikir langsung!”
“Kau merepek apa ni?”
Aku senyum sinis, “Game over!”
“Kau pergi atau tidak majlis pertunangan dia orang?” Mika menukar topik. Heh, malulah tu rahsia kantoi!
“Kenapa?”
“Aku nak pastikan kau tak rosakkan majlis dia orang,” ujarnya, sinis.
“The hell?” Tanpa dapat aku kawal diriku, aku menarik kolar baju Mika walaupun aku masih berselubung dengan telekung.

Bersambung...

p/s: Jangan dijolok sarang tebuan, Mika :)

23 comments:

  1. Hehehehe...kalau ikut fahaman,mika suka fira... Org yg dia sayang tu fira lerrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? mana tau sayang fira? huiii...hahaha :D

      Delete
  2. mika pon ok...hmmm,tp nk faris jgk dgn dhiya...hehe...kak najwa nk faris dgn dhiya ea...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. give me a reason kenapa nak faris ngan dhiya?hehehehehe...

      Delete
  3. mika is just.... cool!!!! iceberg but he seriously cool. :) nk Dhiya dgn Mika plessssssss!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...cuba bagi satu sebab kenapa nak mika dengan dhiya? :D

      Delete
  4. mika and faris dua2 sy suke . tp lg suke mika kot .
    -nur-

    ReplyDelete
  5. "aku nak pastikan org yg aku sayang tak terluka"..... walaweh... ayt mika sweeeetttt gilos... :) Dhiya biar je dkt Faris tu.. dia da bhagia.... go with the flow la Dhiya... nmpk mcm aunty nurul da berkenan je :) heheh <<< memandai je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweet tapi...dhiya cakap ayat tu utk aireen :P hehehe...aunty nurul mmg berkenan tu :P hahaha

      Delete
  6. ahaks xD,, gila suka mika dgn dhiya <3 .. suka watak mika... macho.. ahaks >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...tp saya suka faris...mcm mana ni? :P

      Delete
  7. still x nak fira g majlis 2..huhu

    ReplyDelete
  8. mika!!!!!!!!!!!!!!!!! biar faris jlez or rasa tercabar ble tgk dhiya dgn Mika... wlupon mayb faris x de rs suka dhiya more than frend, tp msti dia rasa tercabar jgk kan ble org yg die rs pling rapat dgn dia ttbe ade org lain?? but still i want mika to be the HERO!

    eh lupa, tq cik penulis yg bauk hati ;) cant wait for Dia Imamku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. faris jeles ke? ntah-ntah lagi dia suka kalau mika dengan dhiya. hehehe....terima kasih cik pembaca :)

      Delete
  9. Mika suka dhiya kan??kan??
    Dah boleh agak...suka..suka..suka..hahaha
    make sure mika is the hero okey!!
    Btw cepat smbung tau..rasa mcm lame sangat tunggu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...saya pun tak tahu mika suka siapa :P haha...tak boleh nak cakap mika tu hero ke tak...hehehe...dah lama tunggu? serius? hehehe

      Delete
  10. Wahh.nk mika dgn dhiya....biar kn aje faris tu..hihi..cik writer, nk tnya ctr ni tmt dkt.blog @x??

    -Miss nina-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, jadi milikku akan tamat dalam di dalam blog je :) hehehe

      Delete
  11. mana sambungan? dpt baca smpi bab 8 je?

    ReplyDelete