Aku
lunjurkan kaki ke depan. Majalah yang tadi aku baca, aku letak ke bawah. Sudah
dua hari aku berhenti kerja. Kenapa? Bayangan Amir Ayyad sentiasa mengekori
aku. Penat aku melayan kerenahnya. Nasib baik Mika itu tidak turut serta kalau
tidak, memang aku lagi pening.
“Fira,
tengah buat apa? Mari tolong mama. Kejap lagi kawan mama nak datang rumah,”
suara mama menjerit dari dapur buat aku terkejut. Lambat-lambat aku berjalan ke
dapur.
Aku
kerutkan dahi sambil mendekati mama yang ada di sinki, “Kawan mama datang nak
buat apa? Ada parti Tupperware ke?”
Bahuku
ditepuk mama. Kuat, “Mana ada parti Tupperware. Saja nak buat makan-makan
sikit.”
“Manalah
tau kot ada parti Tupperware,” gumam aku.
“Fira,
kenapa dua tiga hari ni mama tengok Fira macam tak lalu makan?” Aku pandang
mama yang sedang membasuh ayam. Aku tahu mama risau. Aku terdengar perbualan
mama dengan papa semalam sewaktu aku turun untuk minum air. Mama dan papa risau
melihat perubahan aku. Rupanya sudah dua malam mama terdengar aku menangis
sewaktu aku tidur.
“Fira kalau
ada masalah, tolong bagitahu mama, sayang. Jangan diam macam dulu. Mama tak nak
bila muka anak mama ni dah lebam-lebam baru nak bagi tahu.”
Aku sengih
tawar. Faham maksud mama. Dulu waktu aku kena buli, keluargaku orang terakhir
yang tahu. Bila balik rumah muka penuh lebam dan darah.
“Fira
okeylah mama. Fira tak ada masalah apa-apa. Kalau ada pun, besar habuk je ma.
Tak nampak pun,” aku senyum lagi lalu terus berlalu ke meja makan. Duduk di
sebelah mama dekat sinki tu mampu buat aku menangis tiba-tiba, “Fira potong
bawang-bawang ni ye.”
“Yang tak
nampak tu yang mama risau, Fira,” perlahan suara mama namun tetap dapat aku
dengar. Mama...
“Mama, ada
orang datang!”
Aku kalih
ke belakang manakala mama terus keluar ke depan. Muhammad Danish Zafri, abang
aku yang nombor dua berdiri di muka pintu dapur dengan rambut yang serabut,
“Euw! Angah, pergi mandilah!”
Angah buat
muka lalu dia menarik rambutku yang terikat kemas, “Sibuklah adik!”
“Angah!”
“Angah!”
Ejek angah padaku sambil duduk di hadapanku. Wajah angah aku tenung. Wajah
penuh jambang itu nampak mengingatkan aku pada filem Cast Away, lakonan Tom
Hanks.
“When will
you shave all those lalang on your face? You look damn ugly, ngah.”
“Language,
missy! Lagipun, angah handsome apa macam ni. Baru naik saham.”
Aku ketawa.
Angah memang kuat perasan. Aku sebenarnya gembira angah pulang ke rumah kali
ini. Sungguh, aku rindukan angah yang sudah dua tahun tidak pulang ke rumah
kerana kemahalan tiket kapal terbang dari United Kingdom ke Malaysia.
“Adik,
nanti kita keluar nak? Jalan-jalan. Angah rindu nak jalan-jalan dengan adik.”
Aku
mengangguk, “Tapi angah belanja adik, okey? Adik tak ada duit.”
“Itulah.
Dah kerja elok-elok pergi berhenti. Kalau tak, dapat duit lebih. Boleh buat
belanja angah. By the way, result UPU bila keluar?”
“Esok atau
lusa kot,” bebelan angah pasal kerja tu aku tak nak layan. Kalaulah dia tahu
kenapa aku berhenti kerja, mungkin mati Amir Ayyad dibuat angah.
“Nervous?”
“A lil’
bit.”
“Apa-apa
pun, ingat pesan angah ni. Kalau nanti tak dapat universiti yang adik nak, adik
kena ingat, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Aku
mengangguk, “Sure angah.”
“Kau sampai
awal sangat Nurul. Tak siap masak lagi,” mama melangkah masuk ke dapur dengan
seseorang yang aku kenali. Mama Mika!
“Eh, tak
apalah. Boleh aku tolong-tolong kau,” aunty Nurul memeluk bahu mama. Mesra.
Teringat aku pada Jija.
“Angah, dah
mandi belum ni?” Angah yang tadi duduk dah berdiri saat mama menegurnya.
“Nak pergi
mandilah ni. Jemput duduk, aunty!” Dan sekelip mata bayang angah hilang dari
depan mata. Mama menggeleng dan aunty Nurul ketawa.
“Rajinnya
anak dara ni menolong,” puji aunty Nurul saat aku bersalaman dengannya.
“Rajin
apanya? Kita yang kena memanggil dulu, baru dia datang menolong.”
Aku ketap
bibir, menahan malu, “Maaf aunty, tangan bau bawang.”
“Eh, tak
apalah! Biasalah kalau bau bawang.”
“Fira,
tolong buat air. Hidang dekat laman. Afiq ada dekat depan tu. Mama ajak masuk
tadi tak mahu. Segan katanya.”
Oh, mamat
tu datang jugak ke?Aku sengih pada mama lalu terus mencapai jag di dalam
kabinet. Air sarsi aku bancuh tapi mulut aku mengomel. Mengejek Mika. Ala,
bukan selalu, kan? Kenyataan yang keluar dari mulut mama buat aku nak
termuntah. Mika segan? Oh please! Dia reti segan ke?
“Mengomel
apa tu, Fira?”
Terlepas
sudu dari pegangan aku ditegur mama, “Hehe... mana ada mengomel. Fira
menyanyilah, ma.”
“Yelah tu.
Dah, pergi bubuh ais, hidang dekat Afiq. Panas kat luar tu.”
Aku
mengangguk dan terus menuruti setiap kata-kata mama. Sayang benar mama dekat
Afiq Hakim tu. Tak faham aku.
Aku
menatang dulang berisi sejag air, dua biji gelas dan sepiring chocolate chip
cookies yang aku buat bersama kak yongku, “Mama aku suruh kau masuk dalam.”
“Kau tahu
kan Faris dah nak bertunang dengan Aireen?” Tanpa berpaling dari memandang
taman mini mama, dia bersuara.
Aku letak
dulang itu ke atas meja batu yang terletak di laman rumahku lalu aku melabuhkan
punggung di atas kerusi batu, “Apa motif kau tanya macam tu?”
Mika
berpaling mengadap aku. Tangan kanannya menopang dagu dan matanya tepat menikam
mata aku, “Kau suka Faris, kan?”
“Apa
masalah kau sebenarnya?”
“Aku
harap... kau takkan ganggu hubungan Faris dengan Aireen sebab ini kali pertama
aku nampak Faris betul-betul serius.”
Itu
tanggapan dia terhadap aku? Aku pandang Mika dengan riak tak percaya, “Kau
ingat aku ni perempuan jenis apa, Mika? Jenis yang merosakkan hubungan orang?
Kalaupun aku suka Faris, tak tergamak aku nak rosakkan hubungan dia!”
“So, kau
mengaku kau suka Faris?”
Aku hela
nafas, “Aku sebut KALAUPUN, Mika!”
“Kau ingat
aku percaya?” Dia buat muka mengejek. Urgh, rasa nak pukul je dia ni!
“Kau ingat
aku kisah kau percaya ke tak?”
“Oh,
really?”
“Kenapa aku
duduk sini dengan kau entah? Obviously, I am wasting my precious time!” Aku
bangkit.
“Aku mohon,
berhenti berharap, Dhiya.”
“Apa masalah
kau sebenarnya? Tak cukup lagi kau suruh budak-budak tu belasah aku waktu
sekolah dulu?”
“What makes
you so sure aku suruh budak-budak tu pukul kau?”
“Sebab kau
berdendam dengan aku!”
Mika buat
muka pelik, “Berdendam?”
“Yes,
berdendam! Berdendam dengan aku sejak aku laporkan kesalahan Amir dekat
pengetua.”
“Kenapa aku
nak berdendam dengan kau sedangkan aku yang suruh cikgu disiplin ronda kelas
tingkatan lima?”
“Kau suruh
cikgu...?”
“Dah tu,
kau expect Cikgu Jamilah tu turun dari langit macam tu je ke waktu kau tangkap
Amir?”
Aku
terdiam. Betul ke? Tapi muka Mika... “Kau ingat aku percaya?”
“Up to you,
Dhiya tapi serius aku cakap, aku tak ada sebab untuk suruh budak-budak tu
belasah kau.”
Baru aku
nak bukak mulut membalas, suara mama kedengaran dari pintu rumah, “Fira! Afiq!
Jom masuk dalam. Panas ni.”
Aku angkat
dulang yang masih belum luak isinya lalu aku pandang dia, “Kau minum kat dalam
jelah. Karang mama aku bising.”
Tanpa
menunggu dia membalas aku berlalu mendekati mama.
“Fira
sembang apa dengan Afiq tadi? Macam serius je.”
“Ice breaking, ma!” Jawab aku dengan kuat
sebelum berlalu pergi. Ei, tak kuasa aku nak duduk lagi dengan mamat tu. Buat
sakit hati je.
Aku duduk
di sebelah mama. Aunty Nurul duduk sebelah Mika. Mulut mereka pok-pek-pok-pek tapi
aku dan Mika, saling memandang dengan mata berapi.
“Afiq,
makan tau. Entah sedap ke tidak. Lauk yang ini Fira masak,” mama menunjukkan
lauk sambal udang petai kepada Mika.
Dia senyum
segaris lalu menggeleng, “Saya...”
“Dia tak
makan petai, Nina. Entah lidah dia lain sikit dengan anak-anak aku yang lain.”
“La, ye ke?
Alihkan lauk tu dari depan Afiq, Fira.”
“Tak apa,
aunty. Boleh je kalau nak rasa.”
Aku buat
muka lalu aku pandang mama, “Angah mana, ma?”’
“Tadi dia
keluar waktu Fira kat dapur. Nak jumpa kawan sekolah katanya.”
“Ala...”
rengekku perlahan. Aku jelah kena hadap muka Mika ni?
“Apa
merengek ni? Tak malu ke dekat Afiq,” tegur mama padaku.
Aku buat
muka lalu aku pandang Mika. Nyata Mika sedang mengejekku. Kureng punya manusia!
“Afiq, baca
doa makan.”
Mika
tersentak lalu dia mula menadah tangan dan kami mengikuti. Saat dia berdoa,
mata kami bertembung dan nyata, ada sesuatu dari dia yang buat aku rasa
semacam.
Aku dan
dia, serentak melarikan mata. Betullah cakap Mira dulu, dia ada satu aura yang
mampu buat orang jatuh tergolek hanya dengan pandangan matanya. Bukanlah aku
cakap aku ni dah terpikat dengan Mika. Not in a million years, people. Aku
kebal dengan panahan mata Muhammad Afiq Hakim.
“Fira,
termenung kenapa? Orang dah mula makan pun.”
Aku terus
ukir sengih, “Teringat Jija, ma...”
Aunty Nurul
ketawa dan mama menggeleng. Aku senyum saja. Menipu sekali sekala, tak apa,
kan?
Aku
mencapai lauk ayam masak lemak dan serentak, tangan Mika turut ingin mencapai
lauk itu.
“Ai,
sama-sama nak makan ayam masak lemak pulak?” Mama bersuara mengejek.
Aku tarik
tangan dan terus mengambil sambal udang dengan petai. Aku rela makan yang ni
saja dari dengar mama mengusik macam tu. Tolonglah mama, fix me with somebody
else and not him. It will never be him. Not even in the other universe, mama!
Salam
terakhir aku beri, mengikut sang imam di depan. Usai berdoa, masing-masing
bersalaman. Pipiku dikucup kiri dan kanan oleh Aunty Nurul. Perasaanku ketika
itu seolah-olah aku dicium oleh ibu mertuaku. Kelakar tapi itu yang aku
rasakan.
Sewaktu
Aunty Nurul mahu melipat sejadah yang tadi kami gunakan, segera aku tegah, “Eh,
Aunty Nurul tak payahlah lipat. Biar Fira je kemas sejadah-sejadah ni.”
“Nurul,
biar je si Fira buat. Memang itu kerja dia pun bila kami sekeluarga berjemaah.
Jomlah kita keluar dulu, ada benda aku nak cakap.”
Selepas
mama dan Aunty Nurul keluar, aku segera melipat sejadah yang tadi kami gunakan.
Mika pula sedari tadi tak bersuara, melipat sejadah yang dia gunakan. Sewaktu
aku bangkit untuk menyimpan sejadah dia menghulurkan sejadah yang dia gunakan.
“Kita tak
habis cakap lagi tadi,” ujar Mika saat sejadah yang dihulurkan bertukar tangan.
Aku
mengeluh lalu mendekati kabinet yang menempatkan al-Quran, Yasin dan sejadah,
“Aku rasa dah habis apa yang kita cakap tadi. Tak payah diulang-ulang rasanya.”
“Kau pergi
majlis pertunangan Faris?”
Tangan yang
sedang menyusun sejadah terhenti sendiri, “Kenapa kau nak sibuk sangat ni?”
“Prove it
to me yang kau memang tak suka Faris.”
“Apa
masalah kau?” Aku bangkit dan mengadap dia.
“Aku nak
pastikan orang yang aku sayang tak terluka.”
Aku
terlopong, “OH! MY! GOD! Kau suka Aireen? That is why you keep giving me
warning and stuff. Ya Allah, aku tak pernah terfikir langsung!”
“Kau
merepek apa ni?”
Aku senyum
sinis, “Game over!”
“Kau pergi
atau tidak majlis pertunangan dia orang?” Mika menukar topik. Heh, malulah tu
rahsia kantoi!
“Kenapa?”
“Aku nak
pastikan kau tak rosakkan majlis dia orang,” ujarnya, sinis.
“The hell?”
Tanpa dapat aku kawal diriku, aku menarik kolar baju Mika walaupun aku masih
berselubung dengan telekung.
Bersambung...
p/s: Jangan dijolok sarang tebuan, Mika :)
p/s: Jangan dijolok sarang tebuan, Mika :)
Hehehehe...kalau ikut fahaman,mika suka fira... Org yg dia sayang tu fira lerrrr
ReplyDeleteye ke? mana tau sayang fira? huiii...hahaha :D
Deletemika pon ok...hmmm,tp nk faris jgk dgn dhiya...hehe...kak najwa nk faris dgn dhiya ea...haha..
ReplyDeletegive me a reason kenapa nak faris ngan dhiya?hehehehehe...
Deletemika is just.... cool!!!! iceberg but he seriously cool. :) nk Dhiya dgn Mika plessssssss!!!
ReplyDeletehehehe...cuba bagi satu sebab kenapa nak mika dengan dhiya? :D
Deletemika and faris dua2 sy suke . tp lg suke mika kot .
ReplyDelete-nur-
hehehehe....mika mika mika :P
Delete"aku nak pastikan org yg aku sayang tak terluka"..... walaweh... ayt mika sweeeetttt gilos... :) Dhiya biar je dkt Faris tu.. dia da bhagia.... go with the flow la Dhiya... nmpk mcm aunty nurul da berkenan je :) heheh <<< memandai je....
ReplyDeletesweet tapi...dhiya cakap ayat tu utk aireen :P hehehe...aunty nurul mmg berkenan tu :P hahaha
Deletenak mika!!!
ReplyDeleteamboiii :D
Deleteahaks xD,, gila suka mika dgn dhiya <3 .. suka watak mika... macho.. ahaks >_<
ReplyDeletehahahaha...tp saya suka faris...mcm mana ni? :P
Deletestill x nak fira g majlis 2..huhu
ReplyDeletefira akan pergi. with mika :D
Deletemika!!!!!!!!!!!!!!!!! biar faris jlez or rasa tercabar ble tgk dhiya dgn Mika... wlupon mayb faris x de rs suka dhiya more than frend, tp msti dia rasa tercabar jgk kan ble org yg die rs pling rapat dgn dia ttbe ade org lain?? but still i want mika to be the HERO!
ReplyDeleteeh lupa, tq cik penulis yg bauk hati ;) cant wait for Dia Imamku.
faris jeles ke? ntah-ntah lagi dia suka kalau mika dengan dhiya. hehehe....terima kasih cik pembaca :)
DeleteMika suka dhiya kan??kan??
ReplyDeleteDah boleh agak...suka..suka..suka..hahaha
make sure mika is the hero okey!!
Btw cepat smbung tau..rasa mcm lame sangat tunggu..hehe
hahaha...saya pun tak tahu mika suka siapa :P haha...tak boleh nak cakap mika tu hero ke tak...hehehe...dah lama tunggu? serius? hehehe
DeleteWahh.nk mika dgn dhiya....biar kn aje faris tu..hihi..cik writer, nk tnya ctr ni tmt dkt.blog @x??
ReplyDelete-Miss nina-
yup, jadi milikku akan tamat dalam di dalam blog je :) hehehe
Deletemana sambungan? dpt baca smpi bab 8 je?
ReplyDelete