Saturday 1 September 2012

Dia Imamku (Bab 7)

Aku garu kepala yang gatal. Jue dan along memerhatikan aku dari atas ke bawah. Aku tidak faham dengan mereka berdua ni. Baju yang tersarung di badan aku buat aku gelisah sebenarnya. Rasa tak berapa selesa.
“Cantik ke along?” Jue pandang along sambil melirik sikit kepada aku.
“Macam ada yang kureng...”
Aku malas nak mendengar budak berdua tu bersembang. Kasi aku bengang je.
“Cepatlah oi... rimaslah pakai baju ni.”
“Amboi, rimas. Esok nak menikah, rimas lagi ke?” Jue buat muka.
“Shush! Diam kau.”
“Veil mana veil?”
“OMG! Lupa nak ambik kat mesin jahit. Tadi ada tambah manik-manik sikit,” along tepuk dahi.
Along dan Jue pandang aku. Aku angkat kening, “Koranglah pergi ambik. Tak naklah keluar bilik macam ni. Macam lawak je.”
“Pergilah ambik. Kami nak hias katil lagi.”
“Ish!” Aku merengus. Asyik aku kena buli.
“Kelopak bunga mawar. Cantik,” Jue dan along berbincang sesama mereka, pura-pura tidak mempedulikan aku.
Ei, geram aku! Terus aku angkat langkah meninggalkan mereka berdua. Bencinya kena buli!Waktu aku turun ke tingkat bawah dengan baju kurung berwarna putih itu, semua mata memandang aku. Aku gigit bibir, terasa hangat wajah.
“Cantiknya anak mama.”
Aku buat tak tahu je. Bukan nak jadi derhaka tapi aku malu. Sumpah aku malu. Ni kerja budak berdua yang kat atas itulah. Dok menyuruh aku pakai baju nikah ni. Esok aku pakai, tengoklah puas-puas. Cakap pasal nak nikah ni, aku teringat tadi si Jue tanya aku pasal borang nikah.
“Borang nikah bukan kena hantar sebulan sebelum tarikh nikah ke, mak cik?”
Aku angkat bahu, “Ye ke?”
“Hari tu, coursemate aku kahwin. Dia cakap macam tu.”
“Tak tahulah pulak aku,” aku menjawab dan persoalan itu mati di situ saja.

“Mama!”
“Ye?”
“Borang nikah siapa hantar?”
“Naufal,” tanpa memandang aku, mama menjawab.
“Siapa isikan?”
“Naufal jugak tapi mama ada bagilah details tentang Insyirah yang perlu dia isi dalam borang tu.”
“Bila dia hantar borang tu?”
“Sebulan lepas.”
“Apa mama?”
Dan mama terus angkat muka. Muka mama ada riak terkejut sikit. Aku ketap bibir, ada rahsia rupanya di sebalik pernikahan aku ni!

Mama merenung aku sedari tadi namun aku pura-pura tidak mengerti. Nasi yang kukunyah terasa sukar untuk ditelan. Susahnya nak berlakon tiada apa-apa berlaku. Aku tahu, mama serba salah kepada aku tetapi aku tidak mahu tahu dari mulut mama. Aku mahu tahu dari mulut Naufal sendiri. Rahsia sudah terbongkar. Aku harus selidik tapi bukan hari ini. Bukan saat ini. Aku mahu tanya terus pada Naufal esok. Setelah kami selamat diijabkabulkan!
“Sikit makan Insyirah, tak nak tambah?” Mak long menegur saat aku bangun, mengangkat pinggan yang sudah kosong.
Aku geleng sambil senyum tawar. Oh, hilang sudah kemanisan senyuman aku!
Jue pandang aku dengan wajah penuh tanda tanya. Along turut memandang aku dengan pandangan yang serupa. Mama pula pandang aku dengan wajah serba salah, manakala aku, relaks seperti tiada apa-apa walaupun sebenarnya perasaan ingin tahu sedang merasuk jiwa.
Usai basuh pinggan, aku bawa diri ke ruang tamu. Tidak betah berlama di dapur di saat semua merenung aku dengan wajah yang penuh tanda tanya.
“Dia tak ada selera kot. Esok kan dah nak menikah,” aku dengar suara Yana berbisik pada mereka di meja makan. Sepatutnya bukan berbisik sebab aku boleh dengar. Yana kalau berbisik, memang failed!
Aku duduk di depan televisyen, menonton ulangan Jozan Show namun nyata fikiranku bukan pada Zizan dan Johan. Aku sebenarnya terkilan. Aku terasa diperbodohkan. Perkahwinan aku sebenarnya sudah dirancang awal lagi, tanpa aku ketahuinya. Aku, bakal pengantin perempuan tidak tahu! Kesabaran aku sudah semakin tipis namun aku segera beristighfar. Aku akan tunggu sehingga esok. Aku akan tanya terus pada Naufal. Lantaklah! Tak ada malam pertama esok! Aku yakin!
“Angah,” tanpa aku sedar, mama sudah melabuhkan punggung di sisiku.
Aku diam. Perasaan terkilan dengan mama tidak mampu aku tepis.
“Angah, mama panggil ni. Angah tak nak pedulikan mama?”
Aku masih diam.
“Angah, mama tahu angah marah tapi mama boleh terangkan.”
“Don’t! Tak payah mama! Angah tak nak tahu. Angah takut angah batalkan pernikahan ni di saat akhir!”
Mama kelihatan sedikit terkejut dengan ayat aku. Sungguh, aku tidak main-main. Ada sebab  kenapa aku tidak mahu tahu dari mulut mama. Aku takut aku jadi terlampau marah sehingga buat satu keputusan yang terburu-buru.
“Angah...”
“Angah serius, ma. Angah tak main-main.”
Aku rasa bersalah bila lihat wajah mama sedikit berubah. Maafkan angah, mama tapi angah pun ada hati dan perasaan.

“Kau apahal ni? Monyok je? Orang nak kahwin muka bahagia je, tau.”
Aku sengih bila disergah oleh Jue.
“Tak ada apa. Aku okey je.”
“Yelah sangat. Nak share dengan aku?”
Aku geleng.
“Kalau macam tu, jom kita duduk kat luar. Nak letak inai kat jari kau,” Jue tarik tangan aku dan aku ikut saja.
Sesi menempek inai mengambil masa hampir dua jam lebih kerana saudara-maraku asyik bercerita tentang artis itu, artis ini atau perkataan lainnya, bergosip.
Mereka bergosip manakala aku lebih senang mengelamun. Rumah opah riuh-rendah dengan suara saudara-maraku yang jauh dan juga yang dekat. Mereka semua ingin meraikan pernikahan aku manakala aku, tiada rasa untuk meraikan. Rasa suka pada Naufal masih ada tapi aku terasa dipermainkan. Dia nak balas dendam pada aku ke?
“Insyirah.”
Aku pandang mak teh yang memanggil aku. Aku ukir senyum nipis segaris.
“Termenung je, macam ada masalah.”
Aku geleng saja dengan kata-kata mak teh.
“Sejak dari tadi lagi mak teh. Entah apa difikirnya,” along menjeling aku namun aku kekal diam.
Biarlah aku kekal diam. Biarlah aku pendam semua.
“Insyirah.”
“Ye, mak teh.”
“Bila dah bersuami ni, banyak benda yang kena dijaga. Maruah suami kamu. Maruah keluarga suami kamu. Maruah keluarga kamu, semuanya kena jaga. Hormati suami, jaga makan pakai suami. Jangan pernah buat benda yang suami kamu tak suka. Ambil tahu apa yang suami kamu suka. Kena sentiasa senangkan hati suami. Dan jangan pernah ingkar arahan suami, kecuali apa yang dia arahkan itu bertentangan dengan syarak.”
Aku angguk.
“Syurga kamu ada pada suami kamu. Nak buat apa-apa, harus ada keizinan suami. Kalau suami tak izinkan, jangan pernah ingkar. Kalau kamu nak balik rumah mama dan ayah kamu tapi Naufal tak izinkan, ikut cakap Naufal. Nusyuz kamu nanti.”
Aku angguk lagi. Along, Jue dan Yana tersengih-sengih memandang aku. Apa yang seronok sangat, tak tahulah?
“Kalau suami kau ajak kau ‘tidur’, jangan ingkar oi... berdosa. Malaikat laknat!” Kata Jue sebelum mengukir senyum nakal manakala yang lain ketawa bila aku dah terkulat-kulat.
Kureng punya Jue! Benda itu jugak dia nak cakap! Siap kau karang!

Aku biarkan saja Kak Mira menyolek wajahku. Sebenarnya aku geli bila orang lain pegang muka aku, tapi aku tahankan saja. Bila bulu pemerah pipi kena muka aku, aku rasa nak hambur ketawa.
“Hoi, dok diam-diamlah!” Along memarahi aku saat aku melarikan pipi aku dari disolek. Sumpah, geli! Tak faham aku kenapa orang suka pakai mekap tebal-tebal, tak rasa geli ke?
“Gelilah along.”
“Ala, sikit je pun.”
Kak Mira senyum saja dengar aku berbalah dengan along. Saat tangan Kak Mira mahu mencapai gincu bibir, aku menjerit, “Jangan! Tak nak gincu!”
“Astaghfirullahala’zim! Itu geli, ini tak nak! Aku letak lumpur, nak?” Jue mencekak pinggang. Cantik Jue hari ni, berbaju kurung kuning langsat. Macam dia pulak yang nak kahwin.
“Yang kau pakai cantik sangat ni kenapa? Nak ganti aku jadi pengantin?”
“Ish, mulut tu! Kalau nak cantik, pakai gincu ni. Jangan nak membentak sangat!” Tempelak along pada aku.
“Lip gloss tak ada ke?” Aku merenung wajah Kak Mira penuh dengan harapan.
Kak Mira tersengih serba salah, “Insyirah, gincu ni warnanya tak terang mana. Lagipun, bibir Insyirah dah merah merekah. Pakai sikit je, nak tambah seri. Boleh ye?”
Aku angguk lemah. Malas nak bertikam lidah saat along dan Jue dah mencerun. Apalah salahku?
“Kan senang kalau ikut cakap dari awal lagi,” ujar Jue.
Aku diam, malas nak melayan.
Hampir setengah jam wajahku dirias. Awal-awal lagi aku sudah beri amaran pada Kak Mira supaya tidak meriasku dengan terlampau meriah.
“Cuba tengok dekat cermin. Kak Mira harap Insyirah puas hati.”
Aku betulkan duduk aku dari menghadap Kak Mira, terus menghadap cermin dan aku terpaku melihat wajahku sendiri di depan cermin.
“Subhanallah! Cantiknya anak mama ni.”
Aku memandang mama melalui pantulan cermin, “Betul ke... ni angah?”
Along dan Jue dah ketawakan aku. Mama pula aku lihat mengesat air matanya. Terharu mungkin yang anak dia yang tak pandai merias diri ini sudah menjadi puteri hari ini. Puteri? Perasanlah kau, Insyirah oi...
“Yana,” aku pandang along yang memanggil Yana.
“Ye?”
“Tolong ambilkan tudung Insyirah dekat bilik hujung. Sekali dengan veil ye.”
“Okey,” Yana angguk dan sebelum dia keluar bilik, dia berpaling pada aku, “Kau cantik, Insyirah.”
Aku rasa pipiku panas. Malunya!

Pihak pengantin lelaki dah sampai. Aku berdebar. Aku gementar. Aku dapat dengar setiap butir ayat dari mereka di luar. Aku yang berada di dalam bilik bersama dengan Jue, memegang tangan Jue, erat.
“Takut?”
Aku angguk dengan pertanyaan Jue.
“Relaks.”
Aku angguk lagi.
Dan dari dalam bilik, aku dapat dengar suara Naufal, “Aku terima nikahnya Nur Insyirah binti Adnan dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai.”
“Macam mana semua? Sah?”
“Sah.”
“Sah.”
Serentak, air mataku mengalir. Mengalir kerana apa? Aku pun tidak tahu. Mungkin sedih kerana aku bakal berpisah dengan mama dan ayah dan mungkin juga aku gembira kerana aku sudah menjadi seorang lelaki yang kucintai dalam diam.  
“Angah.”
Aku angkat muka pandang mama.
“Naufal nak sembahyang sunat nikah berjemaah dengan angah.”
Aku angguk saja. Air mata yang masih bertakung di kolam mata, aku tahan.
Beberapa minit kemudian, Naufal masuk. Berbaju melayu putih susu, sedondon dengan aku, lengkap bersampin. Nampak wajah kemelayuannya meskipun kulitnya tidak seperti warna kulit orang Melayu.
“Awak dah ada wudu’?” Tanya dia, lembut.
Aku angguk. Dia masih mengekalkan nama panggilan awak kepada aku. Biarlah, mungkin begitu lebih selesa baginya.
“Tak pakai telekung?” Tanya dia.
Aku geleng, “Baju ni dah cukup menutup apa yang patut ditutup.”
Dia mengangguk.
“Jue, mari keluar dulu.”
Jue angguk pada arahan mama manakala aku sudah berdiri di atas tikar sejadah, bersedia untuk menjadi makmum kepada dia, imamku.

Usai menunaikan solat sunat nikah. Majlis diteruskan dengan sesi menyarung cincin. Sanak saudara aku dan Naufal memenuhi ruang bilik yang kecil itu. Semua pakat nak ambil gambar. Ada yang pegang DSLR. Ada yang pegang video cam. Ada yang bawa kamera lomo. Ada jugak yang tangkap gambar pakai Samsung Galaxy Tab. Aku duduk di birai katil manakala Naufal, melutut di depan aku. Dia keluarkan sebuah bekas kecil berwarna merah lalu dia buka bekas itu di depan aku.
Aku melihat saja Naufal menarik keluar cincin itu dari bekasnya lalu dia hulurkan tangan kanannya, meminta tangan kanan aku. Jue menyiku aku agar menghulurkan tangan kepada Naufal.
Ketika aku letakkan tangan aku di atas tangannya, aku terasa seperti ada arus eletrik mengalir dari tangannya. Aku tak suka getaran itu, lalu aku cuba menarik balik tanganku dari tangannya namun Naufal lebih cekap menggenggam tanganku.
“Nervous ke?” Tanya Naufal pada aku. Masih sinis. Masih nada menyakitkan hati seperti selalu.
Aku mencerun kepada dia dan dia mengukir senyum, manis. Senyuman yang dia beri pada Irah dua hari lepas. Aku terpana melihat senyumannya itu. Menusuk ke kalbu. Betul ni. Tak tipu.
Dalam aku terpana itu, Naufal menyarung cincin di jari manisku dengan matanya masih merenung aku. Orang kata, dari mata turun ke hati kan? Aku dah turun ke kaki dah ni. Terasa lembik semacam kaki aku. Nasib baik tengah duduk.
Aku terus-terusan merenung Naufal. Kenapa dia kacak sangat hari ni? Namun renungan aku mati saat aku disiku oleh Jue, sekali lagi.
“Salamlah suami kau ni,” bisik Jue.
Dan baru aku tersedar, aku tak cium lagi tangan suami aku ini lalu aku tundukkan wajah, menyalaminya dan mencium tangannya.
“Orang tahu orang kacak, jangan renung lama-lama. Nanti awak jatuh cinta teruk dengan orang,” bisiknya perlahan sebelum dia kucup pipi kanan aku.
Bila dia tarik kembali mukanya, aku terasa wajahku berbahang. Perasaan malu menjalar ke dalam sanubari.
“Pengantin lelaki, sampai bila nak melutut kat bawah tu? Naik atas katil, duduk sebelah pengantin perempuan. Boleh saya tangkap gambar,” seorang jurugambar wanita yang telah diupah oleh along bersuara.
Naufal menurut saja. Dia mengambil tempat di sebelah aku. Saat dia melingkarkan tangannya di bahu aku, degupan jantung aku seakan-akan terhenti.
“Kenapa menggigil ni? Nervous sangat ke orang peluk bahu awak?” Sinis saja soalan Naufal pada aku.
Aku ketap bibir. Geram betul aku dengan dia. Hilang terus rasa malu, terharu dan semuanya. Yang ada cuma geram. Rasa macam nak gigit je tangan Naufal yang ada di atas bahu aku.
“Diam je, ada emas dalam mulut, eh?” Tanya Naufal, masih sinis namun dia sempat memberikan pose terbaik untuk diambil gambar.
“Orang nak tanya sesuatu ni.”
“Apa dia?” Tanya Naufal tanpa memandang aku.
“Sebenarnya kita dah bertunang lebih sebulan, kan? Awak dah lama rancang majlis kita ni kan? Awak buat orang seperti di perbodohkan, Muhammad Naufal!” ujar aku, bersahaja.
Dan aku dapat rasa Naufal berpaling padaku, dengan wajah terkejut manakala aku tersenyum memandang kamera yang menyalakan flash.
“Nice shot!” Ujar si jurugambar tanpa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi antara aku dan Naufal.

Bersambung...

p/s: sudah sampai masanya Naufal pulak kena buli, tak gitu?

43 comments:

  1. yaa betoii..kita gulaikan eehh silap buli lak naufal.

    hahaha..syoik baca kisah naufal n insyirah ni.. nice story :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...berusaha untuk membuli naufal *muka yakin*

      Delete
  2. Ya saya stuju.. ;)
    Benda baik2 ni nape nak rahsia2.. Lain la kalau insyirah tu nakal ke apa.. Ni baikk je bdk nyer.. Cewahahh ;p
    Tp sejujurnya, kalo ai pon bengang !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??kenapa nak rahsia...aiceh...xpe2, kita tunggu jawapan naufal nanti ye. :D

      Delete
  3. whoooaahhh~ hebat! hebat! Tak sabo nak tahu reaksi Naufal seterusnya..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...ahaha, tunggu apa jwpn naufal nanti ;)

      Delete
  4. dah selamat pun.... ooooo.... episod membuli naufal lak.... Ok.... setuju..... cepat2 update entry... hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. malaslah nak update entry...hahaha *saja buat org tertunggu*

      Delete
  5. best..............................cpt smbung ye

    ReplyDelete
  6. rasa mcm pendek.sangat2 best.

    dania

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek ke...hahaha...:p, ingt dh pnjg tadi...:)

      Delete
  7. cepat smbung. esok jgak! kalau tak, siaplahh!! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai, tak sempat nak sambung hari ni...hehehe, bz sikit ini hari :)...tgk esok lusa ye :)

      Delete
  8. Hbsla naufal lps ni, giliran insyirah lps grm lak hihi.jgn perang dingin lama2 sgt tau sian naufal haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...gulaikan naufal :D, nak buat lama-lamalah

      Delete
  9. Selalu Naufal yang cari pasal dengan Insyirah...
    Sekarang biar Naufal pula yang kena buli...#^_^

    ReplyDelete
  10. yeaaa...x saba nk tggu Naufal kne buli...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...semua orang suka naufal kena buli :P

      Delete
  11. best!!cepat-cepat sambung ye

    ReplyDelete
  12. Kasi buli sama naufal.. hehe, best...teruskan.

    ReplyDelete
  13. sambung cepat.
    cepat
    cepat










    cepat

































    cepat.
    saya yang menunggu































    makin terseksa jika tunggu lama










    huwarghhh!!!
    :):):):)










    sorry, komen ni annoying sket. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...tak annoying pun...suka baca...saspen je...hihihi

      Delete
  14. bestttt
    besttt
    bestttt








    bestttttttttttt!!

    ReplyDelete
  15. okey....gaduh2!
    hahaha... gaduh lepas nikah ni best scene. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...semangat betul suruh diorang gaduh...hihihih

      Delete
  16. wah..cepat2 tulis part gaduh dyorg..nak tau gak cmne reaksi naufal pas ni..godd job!(=

    ReplyDelete
  17. yea..... masa utk buli naufal plak..... i like...

    ReplyDelete
  18. Terbaik le...buli jgn x buli...hehe
    -ieja-

    ReplyDelete
  19. bezzz...sungguh x sbr nk tggu smbungan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq...sambungan dah ada...silalah jenguk2 kr entry terbaru :)

      Delete
  20. x sabar pulak nak tunggu si Naufal kena buli ---- hehehe... cepat sambunggg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sambungan dah ada.. sila jenguk entry baru :)

      Delete
  21. dari mata turun ke hati.. tpi ni memang sungguh2 dah smpai ke kaki nih.. walawehhhh... suka2... lain benar DI dengan ADDV.. suka naufal lg lah... kih kih kih..

    p/s; kalu nak upload gmbar insyirah, guna gmbar aku ya.. nak jadi insyirahhhh.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh...angau dah ni...ADDV dengan DI tak boleh sama, nanti org bosan...hukhuk...syg ADDV, syg DI...hehehe...betul ni? aku culik betul gambar kau karang...hehehe

      Delete
  22. kite kasi akikah ini budak muahahhahahaha

    ReplyDelete
  23. haaaa, padan muke naufal, asyik buli Insyirah je,

    ReplyDelete