Monday 30 December 2013

[PENGUMUMAN KHAS] Jadi Milikku? Contest

Ehem,

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Kat sini saya nak buat satu pengumuman penting *ceh, penting sangat*


Macam yang anda tahu, mini novel saya, Jadi Milikku? bakal diterbitkan dan insyaAllah akan diterbitkan pada bulan Januari 2014. Oleh itu saya nak buat satu contest yang senang lagi simple. Haha!

Buat peminat Mika-Dhiya-Faris, anda nak buku Jadi Milikku? secara percuma lengkap dengan tandatangan penulis dan hadiah misteri? 
Kalau nak, sila jawab soalan yang senang di dalam gambar bawah ini:


Anda boleh dm jawapan anda ke Twitter saya, https://twitter.com/najwaulfah atau kalau kat kotak search tu cari tweethandle ni @najwaulfah

ATAU

Anda boleh pm saya di Facebook Page saya, 
https://www.facebook.com/NajwaUlfah atau kalau kat kotak search cari nama ni, 'NajwaUlfah'. 

Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat atau yang hampir tepat. 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Januari 2014 *hari last exam, weehoo*. 

Terbuka pada semua peringkat umur dan jantina kecuali dari pihak penerbitan. Haha!

Selamat mencuba :)

p/s: jangan tanya pasal Koji dan Dania tau. Saya tengah final, kekeke. Nanti dah habis baru kita hapdate ek :) And yes, kalau anda kenal Mika, mesti awak boleh jawab :)

Wednesday 18 December 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 5)

Mummy dan papa ukir senyum saat melihat aku melayan Koji makan. Lauk-pauk yang dia pinta, aku isikan ke dalam pinggannya, seolah-olah aku ini isteri mithali padahal ini adalah kali pertama kami duduk semeja untuk menjamah makanan sejak kami berkahwin.
“Ibu nak apa-apa lagi?” aku pandang ibu Koji yang turut tersenyum.
“Tak nak dah, sayang. Dania makanlah, asyik melayan kami je... dari tadi Dania tak makan,” ujar ibu.
Aku senyum lalu mengangguk. Baru aku nak suapkan makanan, pingganku tiba-tiba diisi dengan sayur carrot dan kobis bunga oleh manusia di sebelahku, “Makan,” arahnya.
Aku pantas menggeleng, “Tak nak.”
“Makanlah sikit. Tak cukup vitamin dengan fiber kalau tak makan,” ujar dia, lembut.
Aku buat muka. Dia ni memang sengaja ke apa? Aku tak makan sayurlah!
“Dania ada supplement,” balas aku.

Monday 2 December 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (Part 4)

Koji diam saja sepanjang perjalanan kami pulang ke rumah. Aku pula lebih selesa melihat pemandangan di luar. Sebenarnya aku tak betah ada dalam suasana senyap sunyi seperti ini. Tangan aku pantas menekan butang ‘on’ untuk menghidupkan radio.
Lagu di radio bagai menyindir aku yang sedang menagih perhatian Koji. Aku peluk tubuh lalu aku sandarkan badanku. Mataku terarah terus ke luar. Melihat langit gelap tanpa bintang. Bila agaknya Koji akan sedar kehadiranku di sisinya?
Aku kalih memandang dia yang sedang memandu, dia biasa saja, tak ada yang istimewa tapi sikapnya mampu buat aku jatuh cinta. Aku tertanya sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan Ayu dulu tentang Koji terperangkap dengan perjanjian. Perjanjian apa?
Aku tatap lagi wajahnya. Aku akui, Koji bukanlah masuk dalam kategori handsome gila, dia kacak dengan gayanya sendiri. Banding dengan Mika, Mika menang lagi. Kalau banding dengan Ijad, Koji menang.
“Apa pandang-pandang?”

Friday 29 November 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 3)

“Aku terima nikahkanya Dania Ezmira binti Luthfi dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit lapan puluh sen, tunai,” lafaz kabul yang diucapkan oleh Khairul Hafizi menyebakkan hatiku. Air mata mengalir di pipi tanpa aku kesat. Bagaimana agaknya nasib aku setelah menjadi isteri kepada lelaki yang tak akan pernah menganggap aku sebagai isterinya?
Papa yang duduk di atas kerusi roda aku pandang. Ya, hanya ini mampu aku berikan kepada papa. Perkahwinan aku bersama Koji adalah permintaannya yang terakhir. Ada air mata mengalir di pipinya. Air mata gembira? Mungkin. Kalau itu yang papa rasa, aku bersyukur kerana aku mampu buat papa gembira akhirnya.
“Sayang, tak nak menangis macam ni. Habis make-up Dania. Dah tak cantik!” Mummy mengesat air mata yang mengalir. Aku tersenyum tawar lalu mengangguk. Buat apa nak jadi cantik kalau si suami sedari tadi hanya memandangku sepi di sini.
Koji menghampiri aku lalu dia duduk berhadapan denganku. Tanganku aku hulur kepadanya dan dia capai.

Tuesday 26 November 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 2)


Aku tunduk merenung kasut. Kata-kata papa masih menghantui diriku. Kembali ke rumah bermakna, aku akan terus hidup dalam memori lama. Kembali ke rumah bermakna, aku akan kembali menjadi Dania Ezmira, nama yang sudah lama mati sejak aku ditinggal mama.
“Dani,” setin air Pepsi dihulur kepada aku. Aku panggung kepala. Koji berdiri di depan aku, wajahnya penuh rasa simpati.
Aku capai air Pepsi yang dihulurkan oleh Koji, “Thanks.”
“No biggie,” balas dia, perlahan.
Aku ketap bibir lalu aku pandang dia, “Tadi... papa aku sembang apa dengan kau?”
Dia ukir senyum tawar, “Adalah.”
“Aku harap papa aku tak buat permintaan yang bukan-bukan dekat kau.”
“Nope, kami cuma sembang benda-benda biasa je,” ujar Koji. Wajahnya biasa, tak terbias apa-apa. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, “Kejap, weh!”
Aku mengangguk. Koji! Nama itu aku seru dalam hati. Aku pandang belakang lelaki itu yang berdiri membelakangi aku. Tadi, tanpa aku pinta, dia menawarkan diri menemani aku ke hospital melawat papa. Aku terharu dengan kebaikan hatinya. Pertama kali aku ada sahabat sebaik Koji. Ijad? Ceh, tak layak pun digelar sahabat.

Sunday 24 November 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 1)

Air berwarna hitam pekat itu di teguk. Mataku masih lekat memandang pentas yang masih penuh dengan sekumpulan penari b-boy sedang bergerak dengan move masing-masing. Cekap dan kemas.
“Dani, jom lepak dekat Pazzi lepas ni!” Jay yang memeluk bahuku aku pandang lalu tolak tangan lelaki itu.
“Nak cakap, cakap je. Tak payah pegang. Rimas,” balas aku.
“Chill, babe! Bukan tak biasa,” Jay ketawa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Aku angkat bahu, “Aku nak blah dulu.”

Tuesday 10 September 2013

From Alor Star to Kuala Terengganu, I Fall In Love (Naqi-Yaya)


Dia mengerling ke dalam isi bas. Masih banyak tempat kosong yang belum berpenghuni. Dia membetulkan hoodie yang tersarung di kepala. Headphone yang berdentum dengan suara Joel Madden disarung ke kepala.
Dia pandang ke luar tingkap. Masih ada ramai orang di terminal. Matanya tepat memandang perlakuan seorang gadis yang memakai kemeja kotak-kotak. Si gadis kelihatan begitu sedih untuk berpisah dengan seorang perempuan yang dia kira sebagai ibu si gadis.
Bibirnya menguntum senyum sinis. Sedih sangat ke berpisah dengan mak dia? Aku? Mama tak sudi pun nak hantar aku ke terminal. Papa apatah lagi. Dia berbisik sendiri. Tergeleng-geleng kepalanya. Matanya dipejam, rapat. Dia mahu tidur.
Bunyi kerusi terhenyak di tempat duduk di sebelahnya buat dia kembali membuka mata. Dikerling orang di sebelahnya. Si gadis berkemeja kotak-kotak!

Sunday 25 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (BAB 10)

Aku turun ke bawah dan aku lihat Mika sedang bersembang dengan along. Aku rasa kekok, macam nak pergi date dengan Mika pulak. Haih...
“Fira, termenung kat tangga kenapa? Sinilah,” along gamit aku dari sofa.
Aku dekati mereka berdua along dan Mika.
“Jarang along dapat tengok adik cantik macam ni,” along giat aku saat aku duduk di sebelahnya. Mika langsung tak tengok aku. Heh, aku pun tak nak dia tengok aku!
“Shut up lah you!”
“Afiq, minum ni dulu,” mama keluar dari dapur menatang sedulang air anggur dan diletakkan di atas meja kopi.
“Eh, susahkan aunty je.”
“Tak ada susah pun, tuang kordial, letak air, kacau, bubuh ais, dah siap,” air di dalam gelas mama letakkan di hadapan Mika.
Mika senyum dan terus menyisip air anggur itu.
“Afiq dapat masuk universiti mana? Hari tu aunty lupa nak tanya mama Afiq.”
“Saya dapat UMT, aunty. Dekat Terengganu.”
“La, ye ke? Sekali dengan Firalah ye.”
He what?! Aku pandang dia dan nyata dia juga memandang aku dengan riak tak percaya. Mungkin dia terkejut dengan kenyataan mama. Along pula asyik siku-siku aku. Ceit, ini orang perangai serupa Jija jugak!

[Mini Novel] Jadi Milikku? (BAB 9)

“Let go, Dhiya!” Mika bersuara dengan mata tepat merenung mataku. Kau ingat aku cuaklah?
“Berapa kali aku nak cakap dekat kau, aku takkan ganggu hubungan dia orang! Kenapa kau suka provok aku?! Apa masalah kau dengan aku, hah?” Cekakan aku di kolarnya makin kemas.
“Let. Go. Dhiya.” Nada suaranya, mimik wajahnya tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Jawab soalan aku, Mika!” Tangan aku yang masih di kolar Mika aku ketatkan namun aku tersentak saat tangan Mika memegang lenganku dan dengan sekali rentap, cekakan tanganku di kolar bajunya lepas.
“Kau akan tahu jawapannya satu hari nanti, Dhiya dan sekarang bukan masanya,” dan dia terus berlalu meninggalkan aku dengan rasa marah yang masih menggunung dalam diri.
Aku terus terduduk di lantai. Mulutku tak habis-habis beristighfar. Ya Allah, apa yang aku baru buat tadi? Ya Allah!
Aku turun setelah hampir setengah jam aku menyesali perbuatanku tadi. Di anak tangga, mataku bertembung dengan mata Mika. Aku kawal rasa hati yang tiba-tiba mahu marah. Cukuplah sekali aku cekak kolar baju dia tu. Sumpah aku tak buat dah!

Saturday 24 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (BAB 8)

Aku lunjurkan kaki ke depan. Majalah yang tadi aku baca, aku letak ke bawah. Sudah dua hari aku berhenti kerja. Kenapa? Bayangan Amir Ayyad sentiasa mengekori aku. Penat aku melayan kerenahnya. Nasib baik Mika itu tidak turut serta kalau tidak, memang aku lagi pening.
“Fira, tengah buat apa? Mari tolong mama. Kejap lagi kawan mama nak datang rumah,” suara mama menjerit dari dapur buat aku terkejut. Lambat-lambat aku berjalan ke dapur.
Aku kerutkan dahi sambil mendekati mama yang ada di sinki, “Kawan mama datang nak buat apa? Ada parti Tupperware ke?”
Bahuku ditepuk mama. Kuat, “Mana ada parti Tupperware. Saja nak buat makan-makan sikit.”
“Manalah tau kot ada parti Tupperware,” gumam aku.
“Fira, kenapa dua tiga hari ni mama tengok Fira macam tak lalu makan?” Aku pandang mama yang sedang membasuh ayam. Aku tahu mama risau. Aku terdengar perbualan mama dengan papa semalam sewaktu aku turun untuk minum air. Mama dan papa risau melihat perubahan aku. Rupanya sudah dua malam mama terdengar aku menangis sewaktu aku tidur.

Thursday 22 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku (BAB 7)

“Dhiya, janganlah menangis macam ni. Aku susah hati ni,” suara Jija di talian tidak mampu meredakan tangisanku. Air mata masih mengalir. Terlalu lemah diri aku kala ini.
“Ja...” aku menyeru Jija di talian.
“Ye, Dhiya?”
“Aku... aku teruk sangat... ke sampai Faris tak nampak aku langsung?” Dengan tersedu-sedu aku menangis.
“Dhiya, tak naklah macam ni. Kau tak teruk, sayang.”
Air mata aku merambu dengan lebih teruk, “Ja... aku sayang dia, Ja!”
“Aku tahu, Dhiya. Aku tahu tapi kau tak boleh menangis macam ni. Dia dengan Aireen cuma nak bertunang je, bertunang boleh putus, Dhiya. Aku doakan dia orang putus tunang, eh?”
Aku kesat air mata yang mengalir lalu aku ketawa, “Tak baik tau doa macam tu.”
“Kau dah gelak? Syukur, Alhamdulillah!”
“Aku nak menangis lagi boleh?”

Sunday 18 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (BAB 6)

Keputusan matrikulasi yang aku terima buat aku rasa ingin melompat tinggi. 3.89 CGPA! Siapa yang tak gembira. Dalam hati terdetik yang aku ingin mengikut jejak langkah Faris yang ingin ke luar negara.
“Senyum kenapa ni?” Mama menegur aku yang masih merenung skrin komputer ribaku.
“Ma, result dah keluar. CGPA keseluruhan Fira dapat 3.89, ma.”
Aku tengok mama tersenyum, “Alhamdulillah. Kena beritahu papa ni,” mama berlalu meninggalkan aku.
Aku sengih saja. Gembira bila dapat lihat senyuman di bibir mama. Telefon bimbit yang tiba-tiba berbunyi segera aku capai, nama Jija terpampang di skrin, “Mok cik!!”
“Hoi! Tak sempat aku nak bagi salam! Happy semacam ni, kau dapat 3.50 and above, kan?”
“Alhamdulillah Jija! Lega sangat dapat keputusan macam ni. Walaupun tak dapat 4.00, 3.89 dah cukup bagus kot. Kau punya result macam mana?”
“Hoi, tiru! Kenapa result kita sama ni?” Jija ketawa di talian, “Kau cadang nak apply mana untuk first choice?”
Aku ketawa. Sungguh aku gembira, “Aku rasa aku tak tukar dah UPU aku. UM first choice. Kau?”

Monday 29 July 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (Bab 5)

Aku merenung koeyteow tomyam di depanku. Panas berasap. Aku tak tahu nak buat apa bila macam ini jadinya. Aku patut lari ke?
“Wei, makanlah!” Faris pandang aku.
Aku jeling dia sedas. Kau ingat aku senang-senang nak makan bila ada orang asing dekat meja ni?
Semalam, lepas sesi luahan hati aku, Faris dan Aireen, aku tak pasti kenapa aku memaafkan Faris tapi aku rasa semuanya kerana aku termakan kata-kata Aireen yang lembut. Aduh, aku ni berhati lembut jugak rupanya.
“Dhiya, kenapa tak makan?”
Aku sengih pada Aireen. Kenapalah Aireen ni baik sangat? Selalunya orang macam Aireen ni jadi heroin novel atau drama Melayu. Aku? Haruslah jadi watak sampingan. Orang pandang pun idak.
“Kenapa tak ajak Jija dengan Mira sekali?” Aireen bertanya sambil menghirup teh o ais limau.
“Jija ada usrah. Mira pergi library,” balas aku, perlahan. Masih segan dengan tiga orang lagi manusia yang ada di meja itu.

Monday 24 June 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (Bab 4)

Benarlah telahanku, Faris dan Aireen sudah menjadi pasangan namun bukan dari Faris aku ketahuinya tetapi dari teman sebilik Aireen yang berbual-bual ketika membasuh baju. Semuanya aku secara tak sengaja. Waktu itu aku sedang menyidai pakaian di ampaian, manakala mereka sedang membasuh baju. Yang tidak enak aku dengar, namaku disebut sebagai penghalang hubungan mereka. Mengapa dikaitkan aku dengan hal mereka berdua? Aku sendiri tidak tahu mereka sebenarnya pasangan bercinta.
“Dhiya!”
Sungguh, aku terkilan. Kalau itu telahan mereka terhadap aku, aku tidak hingin lagi dekat dengan Aireen mahupun Faris.
“Dhiya Zhafira!”

Tuesday 11 June 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (Bab 3)

Skrin besar di dalam panggung wayang terpampang filem I’m Not Single namun fikiran aku bukan di situ. Mata aku juga bukan di situ. Kedua-dua belah tangan di atas ribaku, aku genggam erat. Rasa itu sudah tidak bertanda namun pertemuan aku dengan Amir Ayyad buat diri ini tidak keruan. Air mata menitis di pipi, tidak aku kesat. Kala penonton-penonton lain tersenyum-senyum sendirian, aku tenggelam dengan tangisan aku sendiri.
“Lady, kenapa ni?” Perlahan soalan itu keluar dari bibir Faris.
Sungguh aku terlupa yang duduk di tengah-tengah antara Aireen dan Faris.
“Shush... focus,” balas aku, perlahan.
“How can I focus when you are crying like this?”
Entah kenapa, ada rasa lain yang bertamu saat suaranya menyapa telinga. Lembut dan mendamaikan. Inikan Faris Irfhan yang aku kenali?
“Jom keluar dari sini,” suara Aireen pula menyapa telinga aku.
Aku menggeleng, “Nak tengok cerita ni. Farid Kamil yang berlakon.”
“Since when kau minat Farid Kamil?”
Hampir ketawa aku mendengar soalan Faris. Betul jugak katanya. Sejak bila aku minat Farid Kamil?
“You need fresh air,” Aireen berbisik padaku.
“You know what, you guys were meant to be together,” bisik aku kembali kepadanya.
“Let just get moving,” Faris bersuara pula.

Sunday 5 May 2013

(Mini Novel) Jadi Milikku? (Bab 2)

“Aireen, saya tak fahamlah soalan ni. Complicated sangat,” aku yang sedang buat tutorial Kimia angkat muka. Soalan mana dia tak faham ni. Aku kerling buku tutorial Matematik yang dihulur pada Aireen. Biar betik dia ni! Soalan ni bukan dia ke ajar aku hari tu?
“Eh, soalan ni kan...” tak sempat aku nak bersuara, kaki aku ditendang di bawah meja. Aku angkat kening pada Faris. Faris buat muka pada aku.
‘Taktik mengorat basilah!’ Mata aku cerunkan pada Faris.
‘Ah, sibuk je kau! Ni cara aku, tau?’ Faris berpeluk tubuh memandang aku.
Aku jungkit kening, ‘Cara kau ni lapuk tau! Corny!’
“Eh, kenapa dengan awak dua? Macam tengah lawan pandang je.”
Terpempan aku kejap ditegur Aireen. Aku pandang Faris, dia pun dah tersengih-sengih.

Friday 26 April 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (Bab 1)

Telefon bimbit berbunyi, tanda ada pesanan ringkas masuk. Segera aku gapai telefon bimbit yang ada di atas katil.
Inbox dibuka, sebaris nama yang tertera menguntum senyum di bibir. 'Wei, online Facebook kejap. Aku nak mintak tolong.'
Pesanan dibalas, 'Give me five minutes.'
Laptop dipasang. Aku capai telefon bimbit yang berbunyi. Inbox dibuka, 'Cepat sikit!'
Aku tersenyum sendiri. Dia ni, kalau tak mengarah orang sehari tak sah.
Tetingkap Google Chrome aku buka dan terus aku menaip laman web Facebook di kotak carian. Apabila skrin laptopku bertukar warna biru, segera aku isikan alamat mel dan password untuk akaunku. Seminit menunggu, di skrin terpampang news feed akaunku. Tak sempat aku tekan notifications yang berlambak, ada seseorang menegur aku di chat.
'Lambat!!' Itu katanya.
Aku tersengih, 'Kau nak apa ni? Kalut sangat.'
'Kau kenal Aireen Sue?'
'Kenal gitu-gitu je. Kenapa?' Hati berdetak irama lain macam. Aku ni dah kenapa?
'Aku nak kenal dia. Aku rasa... aku SUKA dia.'
Terus tersandar aku di kerusi. Sekali lagi, Faris? You have to be kidding me!

Tuesday 22 January 2013

Dia Imamku (Bab 20)


“Mama, jawablah. Kenapa dengan Naufal?”
“Angah, mama tak ada jawapan untuk tu.”
“Mama tipu, kan?”
“Angah, pergi masuk toilet dulu. Mama betul tak tahu kenapa dengan Naufal.”
Aku mengeluh, “Kenapa semua orang tak nak cakap? Mana Naufal? Kenapa dengan Naufal?”
“Sayang, apa yang jadi... semua ada hikmah dariNya. Dia lebih mengetahui.”
Terpempan aku dengan kenyataan mama. Apakah maksud mama? Apa yang sudah terjadi?
“Mama...” bibir aku bergetar, meluahkan kata. Air mata mengalir perlahan.
“Maafkan mama, sayang. Maafkan mama.”
Dan aku terus menangis di bahu mama. Terasa kehilangan yang amat sangat. Kenapa mama harus meminta maaf? Kenapa mesti begini akhirnya ceritaku? Tamat di sini sajakah kisah cinta aku dan dia? Ya Allah, kuatkanlah aku.

Sunday 20 January 2013

Dia Imamku (Bab 19)


Aku mengiring ke kiri. Hati aku masih tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan. Haih, kusutnya jiwa Puan Insyirah hari ini. Blackberry di bawah bantal aku tarik. Wajah senyuman Naufal yang menghiasi skrin telefon pintar itu aku usap. Rindu pada Naufal, pertolongan yang Ash pinta dari aku, semuanya menyerabutkan kepala.
Muhasabah Cinta berlagu tiba-tiba. Serentak, bibirku terukir senyum. Dia mai dah! Butang hijau aku tekan dengan laju.
“Assalamualaikum cinta hati saya.”
“Waalaikumsalam penyejuk jiwa saya.”
“Tengah buat apa tu?”
“Tengan bergolek-golek nak tidur.”
“Baby sihat? Umi sihat? Susu dah minum? Supplement dah makan?”
“Amboi, tanya soalan macam machine gun,” aku ketawa kecil sebelum menyambung, “Alhamdulillah, baby dengan umi sihat. Susu dengan supplement pun dah masuk dalam perut, insyaAllah.”
“Good. Hari ni buat apa je?”
“Hari ni mama buatkan laksa Johor untuk Insyirah.”
Aku terdengar Naufal ketawa, “Mengidam?”

Tuesday 15 January 2013

Sahabat Sampai Syurga


Hari ini kita bergaduh

Berebut permainan
Esoknya kita berbaik
Berkongsi pensel warna
Kita bergaduh lagi
Sebab kita berbeza pendapat
Kau kata kau betul
Aku kata aku betul
Tapi esok kita berbaik semula
Kau tak boleh kalau tak ada aku
Aku tak boleh kalau tak ada kau
Bicara kita
Kadang kasar
Buat orang fikir kita bertegang urat
Tapi itu memang cara kita berbicara
Maaf
Selalu meniti di bibir
Saat kita sedar kita sudah terlanjur bicara
Aku sayang kau
Ayat yang selalu kita ucap
Saat mahu berbaik
Bagaimana aku harus hidup tanpa kau?
Aku lumpuh tanpa kau
Aku rebah tanpa kau
Kadang-kadang kau menjatuhkan aku
Tapi
Kau akan tarik tangan aku
Bantu aku berdiri semula
Berjalan dengan aku
Berlari bersama aku
Tanpa kau
Aku tak mungkin jadi aku yang sekarang
Tanpa kau
Aku mungkin sudah mati
Kau musuh utama aku
Dan yang pasti
Kau,
Sahabat aku sampai Syurga nanti

Thursday 10 January 2013

Puisi Untuk Encik Mimpi


Puisi ini kucoretkan untukmu
Untuk kamu
Yang sentiasa menceriakan hari-hariku
Dengan lagu-lagumu

Sehari tidak mendengar suaramu
Aku jadi gila
Hidup ini bagai kosong
Tanpa kamu

Suaramu menawan hatiku
Namun kutahu
Bukan hanya diriku yang jatuh hati padamu
Ada insan lain yang diluar sana
Yang meminati kamu
Seperti diriku

Puisi ini kutulis untuk kamu
Encik Mimpi
Meski tidak pernah bertemu
Ingin kuberitahu kepadamu

Teruskan mengukir senyum
Di bibir kami
Dengan lagu-lagumu
Wahai Encik Mimpi
Dari kami
Peminatmu

Wednesday 2 January 2013

Duhai Arjuna


















Duhai Arjuna
Dengarkan suara hatiku
Suara hati yang mendambakan kamu
Dalam hidupku

Duhai Arjuna
Jangan pernah tanya mengapa kau yang kucinta
Jangan pernah tanya kenapa kau yang kudamba
Kerana aku tiada jawapannya
Aku tidak tahu bila rasa ini bertanda
Yang cuma aku tahu
Aku mencintai kamu

Duhai Arjuna
Aku tahu
Kau sudah berpunya
Kau tidak mungkin jadi milikku
Tapi tetap aku ingin meminta
Pandanglah aku di sini
Yang tak pernah jemu mencinta
Meski hanya dari jauh saja
Cuma seketika duhai Arjuna
Pandanglah aku di sini

Duhai Arjuna
Dengarkan suara hatiku
Suara hatiku yang menginginkanmu
Meski kau bukan milikku...

Duhai Arjuna

Cinta ini
Hanya milikmu
Sehingga tiba satu saat ada adiwira lain dalam hidupku
Menyelamatkan aku
Dari cintamu...

Tuesday 1 January 2013

Bangkit Semula




















Merenung ke depan
Ombak menghempas pantai
Bibir keluarkan keluhan berat
Hati galau
Jiwa kacau
Rasa ingin menangis
Tapi dia malu
Dia rasa
Masa depannya kabur
Tiada jalan
Hambar
Kosong
Kertas di tangan
Renyuk
Serenyuk hatinya kala itu
Namun dia tidak tahu
Ada hikmah di sebalik kejadian
Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk dia
Tapi kenapa begitu senang dia berputus asa?
Dia pegang hati
Dia istighfar
Dia ucap syukur
Dia baru gagal sekali
Tak bermaksud esok dia akan gagal lagi
Kan?
Bibir perlahan ukir senyum
Tak manis mana
Namun tetap ada keikhlasan
Dia mengangguk, perlahan
Allah ada perancangan yang lebih baik untuknya
InsyaAllah...


p/s: Saya pernah berputus asa tapi saya bangkit semula. Saya tahu, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Tak semua yang kita impikan itu baik untuk kita, kadang-kadang apa yang tak pernah terlintas difikiran kita itulah yang terbaik untuk kita. Jangan cepat putus asa, jangan cepat lemah semangat. Ini semua ujian dari Dia untuk kita. Dia takkan uji kita kalau kita tak kuat menghadapinya. Ini nasihat dari saya, orang yang pernah berputus asa tapi dah bangkit semula :)