Monday, 29 July 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (Bab 5)

Aku merenung koeyteow tomyam di depanku. Panas berasap. Aku tak tahu nak buat apa bila macam ini jadinya. Aku patut lari ke?
“Wei, makanlah!” Faris pandang aku.
Aku jeling dia sedas. Kau ingat aku senang-senang nak makan bila ada orang asing dekat meja ni?
Semalam, lepas sesi luahan hati aku, Faris dan Aireen, aku tak pasti kenapa aku memaafkan Faris tapi aku rasa semuanya kerana aku termakan kata-kata Aireen yang lembut. Aduh, aku ni berhati lembut jugak rupanya.
“Dhiya, kenapa tak makan?”
Aku sengih pada Aireen. Kenapalah Aireen ni baik sangat? Selalunya orang macam Aireen ni jadi heroin novel atau drama Melayu. Aku? Haruslah jadi watak sampingan. Orang pandang pun idak.
“Kenapa tak ajak Jija dengan Mira sekali?” Aireen bertanya sambil menghirup teh o ais limau.
“Jija ada usrah. Mira pergi library,” balas aku, perlahan. Masih segan dengan tiga orang lagi manusia yang ada di meja itu.
“Faris, saya nak pergi toilet kejap,” Aireen berlalu usai Faris mengangguk.
“Mika, kau tak makan kenapa?” Suara Iman buat aku menoleh ke arah manusia yang bertiga itu. Iman. Rendi dan Mika. Mika...
Mika atau Muhammad Afiq Hakim tapi lebih senang dipanggil Mika sejak menganggotai band sekolah pada satu ketika dulu. Kawan baik Amir Ayyad, sepupu rapat Amir Ayyad dan mungkin dah jadi musuh ketat aku.
“Aku tak lapar.”
“Makanlah weh. Bukan senang nak lepak kafe B,” suara Rendi atau nama betulnya Ryzal Affendi. Faris pernah cerita, ada sorang budak kelas dia panggil dia Fendi, kena marah on the spot sebab Rendi tak suka nama Fendi. Dia cakap Fendi tu nama ala-ala Sembilu Kasih, tak sesuai dengan imej dia. Konon!
“Kau tak nak, aku makan!” Iman mengambil mangkuk di depan Mika. Faris sekadar menggeleng dengan Iman.
“Makan banyak, tapi badan kurus,” gumam aku saat aku teringat cerita Faris mengenai Iman yang kuat makan tapi kurus keding.
Aku yang turut merenung mereka tercengang saat mata mereka bertiga tiba-tiba memandang ke arah aku. Faris turut memandang aku dengan pandangan yang tak dapat aku tafsirkan. Eh, kenapa pandang aku ni? “Jemput makan,” aku ukir sengih dan terus mengadap makanan di depan aku. Aireennnnnnnnnnn... cepat datang sini balik!

Malu... sungguh aku malu mengingat kembali apa yang terjadi tadi. Rupa-rupanya mereka berempat terdengar kata-kata aku. Aduh, Dhiya Zhafira... mulut mengalahkan Mak Jemah!
Berdekah-dekah mereka ketawakan aku kecuali Mika. Mika seorang je tak gelak. Dasar android! Mika dari zaman sekolah memang jenis manusia tak berperasaan. Orang bersorak panggil nama dia, dia buat muka kosong je. Orang bagi bunga, dia ambik tapi lepas tu dia bagi hadiah dekat cikgu disiplin sekolah. Walaupun macam tu masih ramai lagi budak-budak perempuan yang menggilai Mika.
Sebenarnya, Mira pun pernah minat pada Mika tapi entah kenapa, dia terlekat pada Shahril, teman lelakinya yang sekarang.
“Kau termenung apa?” Jija menepuk bahu aku.
“Teringat Mika,” jawab aku dalam luar sedarku.
“You what?!”
Eh, aku jawab apa tadi? “Eh, tak! Aku teringat zaman sekolah aku dulu. Waktu aku satu sekolah dengan Mika.”
“Kau ingat Amir lagi ke?” Tebak Jija, tiba-tiba.
Aku menggeleng. Jija orang yang pertama kisah aku dengan Amir. Dia juga tahu kisah perang dingin aku dengan Mika. Sejak Amir Ayyad digantung persekolahan, satu sekolah memusuhi aku dan dengar kata, ketuanya adalah Mika.
“How’s you dinner?” Jija bertanya lagi.
“Worst!”
“Nak share?” Jija duduk di birai katil aku.
“Nantilah. How’s usrah?”
“Great. Hari ni, ada seorang budak tanya pasal hati dan perasaan. Pasal susah nak melupakan orang yang dia suka semua. Seronok sangat.”
Aku senyum mendengar cerita Jija. Terdetik satu rasa lain macam dalam hati. “Jija...”
“Kenapa?”
“Bila lagi kau usrah?”
“Minggu depan.”
“Aku nak join, boleh?”
Jija pandang aku dengan riak tak percaya, “Betul ke?”
Aku mengangguk, “Aku pun nak masuk dalam bulatan gembira kau.”
“Alhamdulillah!” Aku ketawa bila Jija memelukku, erat. Ya, Alhamdulillah!

Kotak yang berisi buku-buku pelajaran aku masukkan ke dalam kereta along, “Along, this is the last one!”
“Adik duduk kat sini setahun je kan?”
“Aha, why?”
“Kenapa barang macam dah duduk sepuluh tahun kat sini?” Along sengih, menyindir.
“Tak baiklah perli macam tu!” Along aku jeling, tajam.
“Dah jumpa kawan-kawan semua? Nak balik dah ni. Lepas ni, bukan senang nak jumpa.”
Aku berfikir sejenak sebelum mengeluarkan telefon bimbit di dalam poket. Nombor Faris aku dail, “Kau kat mana?” Tanya aku saat panggilan aku padanya disambung.
“Kafe. Makan dengan Aireen. Kenapa?”
Oh, makan dengan Aireen... hati aku bersuara sendiri.
“Lady, why?”
“Oh, tak ada apa-apa. Aku dah nak balik ni,” beritahu aku padanya. Pada perkiraan aku, dia tak kisah pun aku nak balik bila.
“Kau kat mana ni?” Suara dia bertukar keras sikit. Pelik aku.
“Dekat jalan antara Blok B dengan Blok A. Kenapa?”
“Tunggu situ! Jangan balik lagi!”
Pap! Talian mati. Aku tercengang.
“Adik kenapa? Jomlah! Along nak jumpa kak Iera lagi.”
“Tunggu sekejap, please!”
Along angkat kening tapi tak pula dia komen apa-apa sebaliknya dia menyandarkan badannya di pintu kereta.
Jam di telefon bimbit aku pandang. Sudah hampir sepuluh minit aku dan along menunggu. Lama yang amat Faris ni.
“Dhiya!” Aku yang sedang duduk di tembok longkang terus bangkit.
“Lambat! Kau kata sekejap! Dari dulu sampai sekarang tak berubah, cubalah belajar tepati masa sikit.”
“Eleh! Kau pun sama. Kuat membebel. Aku lari naik bilik kejap. Nah, hadiah untuk kau!”
Bungkusan yang berbalut kemas itu aku ambil lalu aku ukir senyum sinis, “Kau demam ke apa nak bagi hadiah dekat aku ni?”
“Aku bagi tu kau patut bersyukur kot!”
“Yelah! Alhamdulillah!”
“Ehem...” suara berdehem dari arah kereta along buat aku dengan Faris berpaling kepada suara yang berdehem. Eh, alonglah!
“Amboi, jumpa marka terus lupa along!” Along buat muka serius.
“Eh, saya bukan...” Faris bersuara laju. Takutlah tu along buat muka serius.
“Dia kawan adiklah!” Aku keraskan suara. Along ni pun.
“Hai! Daniel Ziyad, along Dhiya,” tangan kanan along hulur pada Faris yang nampak teragak-agak.
“Faris. Faris Irfan,” huluran tangan along Faris capai.
“Bakal adik ipar along ke ni?”
“Ish, bukanlah! Orang dah ada aweklah along.”
Faris tersipu-sipu.
“La, ye ke? Ingatkan pakwe adik,” gumam along perlahan namun dia masih tidak berganjak dari tempatnya.
Aduh! Aku tepuk dahi, “Along, do you mind?”
“Eh, sorry! Sembanglah!” Along berlalu ke dalam kereta Toyota Vios miliknya.
“Sorry weh! Along aku tu memang lepas laku sikit.”
“Tak apa. Tengok adik pun aku dah tau,” balas Faris sedikit angkuh.
“Cinabeng! Nah, ni hadiah untuk kau! Keychain biasa je.”
“Terharu aku. Ingat jugak kau kat aku walaupun aku banyak sakitkan hati kau.”
Aku sengih. Nak kata apa lagi, memang dia tidak pernah lari dari ingatan aku, “Sudahlah. Lupakan benda dulu. Asalkan kau terus jadi kawan aku.”
“Thanks weh,” keychain yang sudah bertukar tangan dibelek Faris. Lama. “Cantik walaupun nampak girly.”
Aku senyum hambar, “I have to go. Along dah tunggu lama.”
Faris mengangguk. Wajahnya turut kelihatan suram.
“Kirim salam Aireen.”
“InsyaAllah.”
“So, this is goodbye, huh?” Aku cuba ukir senyum tapi tak kelihatan. Ada rasa sebak bertamu di dada.
“Dhiya, sebelum kita berpisah ni, I would like to say sorry for everything that I did that hurts you.”
“Me too. We’re even, no?”
“Sure!” Faris senyum tapi nampak hambar. “Awh, Dhiya! Don’t cry!”
Aku kesat air mata yang menitis, “I did not! Ninja baling pasir kat mata akulah!”
Faris ketawa. Tawar, “I’m gonna miss you, Lady.”
“Back at you mister.”
“Take care.”
“You too.”
“Keep in touch, ‘kay?” Ujar dia.
“Sure buddy!” Aku melangkah ke kereta along. Aku buka pintu kereta dan sebelum melangkah masuk ke dalam kereta along, aku berpaling ke belakang, “Faris, kau takkan lupakan aku kan?”
“Never!” Balasnya. Aku dapat lihat mata itu berkaca. Kalaulah Faris itu perempuan, sudah pasti aku akan peluk dia seperti mana aku memeluk Jija dan Mira.
Tanpa sebarang pamitan, aku masuk ke dalam kereta.
“Seriously, he is not your boy?” Along angkat kening.
“He just a friend, along.”
“Okay then,” dan Vios terus meluncur laju meninggalkan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Aku pejam mata. Setitis air mata keluar dari mata kiri. He is just a friend and will always be a friend...


Pernikahan along dengan kak Iera sangat meriah. Sudah hampir dua minggu aku menjejakkan kaki ke rumah namun suasana rumah yang meriah dengan pernikahan along tak mampu menutup kesunyian hati. Along nampak bahagia. Selepas ini, along akan bina keluarganya sendiri dan meninggalkan aku, ayah dan mama.
“Termenung jauh nampak,” tersentak aku bila bahuku dipeluk orang.
Aku berpaling, sepupuku Haslia tersengih panjang, “Kau memang spesies tak reti bagi salam ke apa?”
“Sorry. Assalamualaikum...”
Aku sengih, “Waalaikumsalam.”
“Kau termenung kenapa?”
“Saja. Nak termenung.”
“Main-main!”
“Betullah!”
“Fira!” Suara mama dari dalam rumah memanggil aku buatkan aku terus berdiri, “Ye, ma?”
Mama tiba-tiba keluar dan menggamit aku mendekatinya, “Kenapa ma?”
“Mama nak kenalkan kawan mama. Anak dia satu matrikulasi dengan Fira dulu.”
“Oh, ye ke?”
“Jom...” mama tarik tangan aku mengikuti langkahnya. Sempat aku berpaling pada Haslia yang merapatkan jari telunjuk tangan kirinya dan jari telunjuk tangan kanannya. Aku faham maksudnya.
Maksudnya... tak sempat aku nak cari maksudnya. Aku terlopong. You have to be kidding me!
“Ini kawan mama, Aunty Nurul. Ni anak dia, Afiq Hakim. Kenal tak?”
Afiq Hakim a.k.a Mika? Gila kalau tak kenal, “Er... kenal gitu-gitu je.”
“Afiq kenal Dhiya?” Aunty Sakinah bertanya pada anaknya yang sangat aku kenal.
“Tak. Tak kenal. Tak pernah nampak muka,” balasnya selamba tanpa memandang aku.
Darah menyerbu ke muka! Malunya aku.
“Eh, sorang kata kenal, sorang lagi kata tak kenal. Yang mana satu yang betul ni?” Tanya mama, bingung.
“Fira tak kenal dia pun. Kenal gitu-gitu sebab pernah dengar pasal dia,” ujar aku. Mika paling muka memandang aku.
“Fira tolong ambikkan dulang lauk kat luar. Hidang kat aunty Sakinah.”
Aku mengangguk, “Baik, mama.”
Sebelum aku keluar sempat aku kerling Mika yang duduk membelek telefon. Seolah-olah sedar dia diperhatikan, dia angkat muka memandang aku.
Entah dari mana aku dapat keberanian, aku menjelirkan lidah padanya dan terus aku berlalu keluar. Sudah gila agaknya aku ini!

“Jom makan! Lapar.”
“Kau pergilah makan dulu. Aku tak lapar lagi.”
“Fira... jomlah!”
Aduh, rasa tak tenteram dengan perangai Has yang semuanya nak berteman, “Kau tak reti makan sendiri ke?”
“Aku tak suka makan sendiri.”
“Yelah, jom!” Aku bangkit dari dudukku lalu aku mengikuti langkah Has yang laju.
Di meja bufet di luar, sambil mengisi lauk di pinggan, pinggangku disiku Has.
“Ada apa lagi?”
“Siapa pengapit lelaki tu? Kacak membunuh!”
“Dah mati ke?”
“Apa yang dah mati?”
“Kaulah.”
“Apa kau ni, sembang mati-mati pulak.”
“Dah tadi kata kacak membunuh. Kotlah kau dah terbunuh,” balas aku, bersahaja.
“Choi! Mintak jauhlah!” Haslia menggeleng kepala, “By the way, kau kenal tak mamat tu?”
Aku pandang pasangan pengantin yang elok diapit oleh pengapit mereka, “Tak.”
“Kalau tanya along, dia nak jawab tak?”
“Kau ni kan! Kau nak makan ke nak usha pengapit tu?”
“Yelah. Nak makanlah ni!” Has menolak aku agar bergerak meninggalkan meja bufet.
Di meja makan, baru aku nak menyuap makanan, suara Has buat aku hilang selera makan.
“Serius dia handsome gila, Fira!”
Aku mengeluh, “Seriously, Has?”
“Kenapa?”
“Kau buat aku hilang selera makan.”
“Dhiya Zhafira, kan?”
Serentak aku dan Has angkat muka. Aku terus bangkit dari dudukku.
“Faris!”
“Hi, my Lady!” Bibir merah jambu itu terus mengukir senyum.

“Aku mati-mati ingat kau tak nak datang hari ni.”
“Walaupun Kuala Lumpur dengan Perak ni jauh, aku gagahkan diri demi sahabat baik aku tau!”
“Yelah tu!”
“Dua minggu aku tak nampak muka kau, makin tembam kan kau, mak cik?”
“Baik sikit! Aku makin kurus, kot,” aku ketawa, “Kau datang sorang je? Aireen tak datang?”
Perlahan dia menggeleng, “Aireen busy tolong mummy dia dekat bakeri. By the way, dia ada bagi ni. Suruh bagi dekat along kau.” Sekotak cupcakes dihulur kepada aku.
“Cupcakes?” Kotak itu aku buka dan aku tersenyum, nama along dan kak Iera tertulis elok dengan butter cream sebagai topping cupcakes tersebut. Manis!
“Jomlah makan dulu.”
“Aku ingat kau tak nak pelawa aku.”
“Sudahlah kau!” Kami ketawa.
Sambil menemani Faris makan, aku dan dia sempat berbual mengenai perkembangan masing-masing. Faris turut memberitahu padaku tentang rancangannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, bersama Aireen dan mengajak aku untuk turut serta bersama mereka berdua.
“Aku tak taulah mama dengan ayah aku nak bagi ke tak.”
“Meaning?”
“Aku anak bongsu. Mama dengan ayah susah sikit kalau nak lepas ke mana. Angah pun ayah tak lepas tapi nasib angah lelaki je. Kalau tak, memang tak lepas jugak.”
“Kau dah tau nak apply mana?”
Aku geleng, “Kau memang nak pergi oversea ke?”
“Kalau ada rezekilah, kalau tak... aku sambung dekat UM je.”
“Aku rasa nak masuk UPM, kot. Dekat dengan along.”
“Are you sure?”
“Kenapa?”
“Nak tidur bawah ketiak along lagi?”
“Diamlah kau!”
Faris ketawa, “Kau tau tak Mika orang Ipoh jugak?”
Aku yang baru nak minum air terhenti pergerakkan tangan aku, cepat-cepat aku menggeleng, “Tak tau.”
“Aku maybe stay rumah dia malam ni. Esok baru balik.”
“Oh, baguslah,” aku segera menyisip air sirap di dalam gelas.
“Kau kenapa? Sebut nama Mika, muka kau merah semacam. Kau minat Mika ke?”
Burr! Tersembur keluar air sirap dari mulut aku. Nasib baik tak kena muka Faris, “Agak-agaklah hoi!”
Faris ketawa, “Betullah. Aku rasa kau ni memang minat Faris. Hipotesis aku betul.”
“Sekali lagi kau cakap, aku simbah kau dengan sirap!”
Faris terus ketawa manakala aku ketap bibir. Andai kau tahu siapa yang aku minat, kau akan ketawa macam ni ke, Faris?

Bersambung...

p/s: Saya masih dalam proses recovery. Harap semua doakan ayah saya di sana. Allah lebih sayangkan dia. InsyaAllah saya redha.

13 comments:

  1. takpe.. take ur time k...

    tadi kat fb tia de komen, kat sini pun tia nak komen lagi...

    memang org tak akn faham apa yg kita rasa, sebab kita je tahu rasa kehilangan tu mcm mana... InsyaAllah, sentiasa doakan untuk arwah k.. doa seorang anak , Insya Allah.Allah tu Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha penyayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...maaf baru reply di sini :)...

      Delete
  2. cantik kasut tuhhhh......suke ^_^

    ReplyDelete
  3. Best... Banyakkan doa untuk arwah awak najwa....

    ReplyDelete
  4. Salam takziah. Moga rohnya di tempatkan kalangan org beriman. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  5. salam takziah akak.... sedihnya... tpi dia ttp layan Faris mcm kawan dia jugak at leastdia x la dengki tgok Aireen n Faris... Mika tu msti dia da suka dkt Dhiya sjak skolah lg tu yg suka buat jht dkt Dhiya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...mungkinlah Mika tu sebenarnya dah lama suka dhiya :P

      Delete
  6. Apa kata biar mika jer yg msuk line .. Sweet aper klau dhiya ngn mika ..

    ReplyDelete