Sunday 16 December 2012

Dia Imamku (Bab 18)

Aku perhati mama yang asyik mengacau kuah soto di dalam periuk. Gaya mama cukup ayu. Nampak keperempuanan. Aku? Hampeh. Potong bawang pun mama cakap dah gaya potong terung. Tapi apa ada hal? Boleh belajar kan?
“Amboi, dah kahwin pun dok termenung lagi?”
Tersentak aku kena tegur dengan Dina. Budak lepasan SPM yang kerjanya mengacau hidup aku. Suruh cari kerja tak nak. Dok menghabiskan beras dalam rumah je. Mengada punya budak.
“Dina baru bangun?” Tegur mama pada Dina.
Aku sengih mengejek pada Dina.
“Ala, semalam Dina tertidur lewat sebab baca e-novel,” Dina buat muka.
“Solat subuh tak pagi tadi?” Aku angkat kening pada Dina.
“Cuti,” balasnya pendek.
“Ibu Naufal nak datang pukul berapa angah?”
“Dalam pukul 11 lebih.”
Ya. Hari ni ibu nak datang ke rumah. Nak melawat menantunya yang comel dan gorgeous ni. Perasan gila aku sekarang. Pembawakkan budak ke apa?
“Hah, sengih sorang-sorang. Angah ni dah teruk ma. Lepas kahwin lagi teruk dari sebelum kahwin.”
“Ala, teruk-teruk angah, tak adalah sampai air liur basi meleleh pun tak lap.”
Sejurus selepas aku berkata sedemikian, terus Dina lap tepi bibirnya. Tak sampai sepuluh saat, aku dengar Dina menjerit.
“ANGAH!!”
Serentak, tawa aku dan mama pecah.

Pashmina berwarna ungu lembut aku belit dengan kemas di kepala. Jarum peniti aku sematkan dengan berhati-hati. Aku pandang wajahku di cermin. Mama kata berseri-seri. Dina cakap nak ceria tapi aku... aku nampak muka aku tembam. Tapi tembam tu comel, kan?
“Angah,  keluarga abang ngah dah sampai.”
Aku paling muka ke pintu. Dina lengkap berbaju kurung biru tersengih padaku. “Coming.”
“Kenapa kena pakai baju kurung ni, angah?”
Aku senyum dengan pertanyaan Dina. Daun pintu aku tarik selepas suis kipas aku tutup, “You’ll know soon.”
Aku menuruni tangga dengan penuh hati-hati. Perut yang memboyot ini menyukarkan pergerakan aku namun aku tidak mahu merungut kerana aku tahu, kesusahan ini pernah dilalui mama ketika mengandungkan aku. Dan kerana kasih mama, aku lahir ke dunia.
“Insyirah,” baru aku nak jejak lantai, ibu sudah menarikku ke pelukannya. Heh, menantu pilihan katanya.
“Kak long!” Baru ibu leraikan pelukan, Naurah pula memelukku. Aduh, terasa disayangi oleh keluarga mentua. Sempat ku kerling along yang baru keluar dari dapur. Bibir along terukir senyum namun kelat. Mungkin cemburu, mungkin terasa. Entah. Aku tak tahu.
“Macam mana cucu ibu? Okey kan semuanya?”
Aku mengangguk, “Alhamdulillah, okey je. Tak ada nak tendang-tendang umi dia. Doktor pun kata baby sihat cuma Insyirah tak boleh nak naik flight dah.”
“Habis tu, rancangan nak ke Ireland tak jadilah?”
“Nampaknya macam gitulah, ibu,” aku tersenyum.
“Tak bolehlah Naufal menyambut anaknya kalau macam tu,” abah bersuara tiba-tiba.
Terkelu kejap lidah aku. Bibir pun terukir senyum kelat. Betul kata abah, Naufal tidak akan dapat menyambut anak sulung kami ini. Aku di Malaysia, dia nun jauh di benua Eropah. Terkilan di hati aku tutup dengan senyuman.
“Tak apa, Naufal duduk dekat celah mana sekalipun, dia mesti sentiasa mendoakan kamu berdua,” ujar ibu, cuba memujuk.
“InsyaAllah, ibu.”
“Along tahu pasal hari ni?” Tanya ibu pada aku, tiba-tiba.
“Mama dah cakap rasanya. Siapa yang ibu nak kenalkan dekat along sebenarnya?”
Ibu tersenyum padaku, “Adalah. Nanti Insyirah tahulah. Dia datang dengan Mak Su Elia.”
Aku mengangguk saja. Sekejap saja rancangan keluarga diatur. Hari ni ada sesi memperkenalkan bakal abang long kami kepada along. Siapa orangnya? Entah. Aku pun tak tahu. Anak kepada kawan ibu kalau tak salah.
“Jom duduk depan dulu, ibu,” ajak aku. Takkan nak biar ibu berdiri dekat tangga ni.
“Jomlah. Hati-hati, Insyirah.”
Aku tersenyum. Terharu aku saat itu. Walaupun tiada Naufal di sisiku, ibu ada di sini. Kasih sayang ibu sudah cukup untuk merasakan kehadiran Naufal kala ini.

Aku berbaring di atas katil sambil membelek buku Panduan Ibu Mengandung. Buku lama mama yang telah diberi padaku semalam. Dalam pada itu, telingaku disumbat dengan earphone yang melagukan ayat-ayat suci Al-Quran. Sedang aku membaca, pintu dibuka dari luar. Aku angkat muka dari buku lalu segera aku ukir senyum pada along.
“Baca buku?”
“Can’t you see?” Sinis aku pada along. Dah nampak lagi mau tanya.
“Oh, okey,” ujar along lalu dia labuhkan punggung di atas katilku. Wajahnya dilarikan dari memandang aku.
“Along ni kenapa sebenarnya?” Aku angkat kening.
“Nothing.”
“Tak payah nak nothing sangat. I know something is wrong.”
Along garu kepala dan tanpa memandang aku, dia bertanya, “Angah rasa Firdaus tu sesuai ke dengan along?”
Aku sengih, “Sesuai sangat. Kacak pun kacak. Walaupun kerjanya tak segah mana tapi angah rasa dia sangat sesuai dengan along. Dia nampak bersederhana.”
“Are you sure? Both of us... macam banyak perbezaan.”
“Perasaan along je tu. Walaupun dia cuma seorang mekanik yang biasa-biasa, ada bengkel yang tak besar mana tapi dia ada pendapatan yang boleh menampung hidup along nanti, insyaAllah.”
Along terdiam, “Dia nampak pendiam kan?”
“Sesuai dengan along yang kuat pok-pek-pok-pek.”
“Angah!”
Dan bilik aku terus bergema dengan tawa yang tak mahu berhenti.

Aku selak album gambar perkahwinan aku dan Naufal. Kadang bibir terukir senyum, kadang bibirku mencebir. Manja sungguh Naufal. Kalau mula-mula kenal, kelat-kelat masam je. Sindiran dengan Naufal macam adik-beradik. Tak boleh berenggang langsung. Menyampah gila dekat dia waktu tu tapi at the same time, rasa tu terus bertanda. Terus aku teringat peristiwa dulu-dulu yang terjadi antara aku dengan dia.
“Atuk saya suruh hantar ni dekat Opah Cah.” Sebuah bekas Tupperware dihulur pada aku.
Aku angguk saja, bekas Tupperware itu aku ambil. “Nak cakap siapa bagi ni?”
“Cakap je cucu Tok Man yang datang bagi.”
Itu kali pertama aku bertemu dua mata dengannya selepas bertahun tidak bertemu.
“Insyirah pernah bergaduh dengan dia sekali time kecik-kecik dulu. Sampai kesudah tak berbaik balik.”
Kata-kata opah yang buat aku kembali mengingati memori itu. Memori yang mendekatkan dia pada aku meski dia jauh.
“Opah Cah.”
Aku berpaling pada suara yang menegur opah.
“Naufal. Sorang je?” Opah dah mula beramah-mesra dengan lelaki berwajah kelat-kelat masam tu.
“Sorang je. Opah Cah sorang je ke?” Aku nampak dia senyum tapi aku cepat-cepat pandang tempat lain. Tergoda nanti, payah.
“Apa pulak sorang? Ni dengan Insyirah ni.”
“Oh,” dia pandang aku sekilas.

Aku ingat lagi macam mana senyumannya mati kala terlihat aku. Sombong benar dia dengan aku. Terasa nak luku-luku je kepala dia waktu tu.
“Opah awak bergurau je tadi. Jangan nak merajuk sangat.”
Kata-kata dari Naufal ketika aku merajuk dengan opah dan lari ke tali air. Kata-kata itu yang buat hati terasa berbunga-bunga.
Banyak lagi kenangan ‘pahit’ aku dengan dia tapi itulah yang menghubungkan kami. Cara dia. Perilaku dia. Kata-kata dia meski sinis tapi tetap menambat hati. Si kelat-kelat masam, pujaan hati aku.
Muhasabah Cinta berlagu dari Blackberry aku. Panggilan dari dia. Yes, akhirnya!
“Assalamualaikum, suami penyejuk hati saya.”
Aku dengar dia ketawa sebelum menjawab, “Waalaikumsalam, isteri pengarang jantung saya. Apa khabar gula hati saya?”
Aku pula tertawa dengan soalannya yang ‘manis’ itu, “Isteri awak yang comel ini sihat-sihat saja. Si kelat-kelat masam saya apa khabar?”
Naufal ketawa dengan lebih kuat, “Kelat-kelat masam, huh?”
“Yelah, dulu kan abang menyombong dengan Insyirah. Kelat je muka, senyum sinis sentiasa. Muka kerek tak ingat.”
“Amboi, sedap mengata abang!”
“Sedap jugaklah. Rasa macam macam cekodok.”
“Majlis hari tu macam mana? Okey?”
“Alhamdulillah berjalan lancar cuma along risau dia dengan abang Firdaus tu tak serasi.”
“Kenapa tak serasi pulak? Sebab abang Firdaus tu mekanik and along pensyarah?”
“Abang, jangan prejudis dengan along boleh?”
Naufal ketawa, “Sorry. Bukan prejudis cuma bertanya.”
“Along takut, abang Firdaus rasa rendah diri dengan along. Dia rasa banyak beza dia dengan abang Firdaus. Along cakap, abang Firdaus terlalu sempurna untuk dia. Along banyak kekurangan, dia rasa malu untuk bergandingan dengan abang Firdaus.”
“Along malu nak bergandingan dengan abang Firdaus ke dia rasa malu bila bergandingan dengan abang Firdaus?”
“Abang!” Suara aku dah keluar aura naga.
“Just kidding. Let me tell you something.”
“Apa?”
“Abang Firdaus turut rasakan benda yang serupa.”
“Maksud abang?”
“Dia sanggup call abang dari jauh untuk tanya pasal along, dia rasa segan bergandingan dengan along. Dia mekanik, along pensyarah. Dia rasa dia dengan along banyak beza.”
“Lepas tu abang kata apa?”
“Abang cakap, yang banyak bezanya itulah yang saling melengkapi. Kekurangan dalam diri along, abang Firdaus yang lengkapkan. Kekurangan abang Firdaus, pasti along akan lengkapkan. Abang suruh abang Firdaus banyakkan berdoa dan buat solat istikharah. Minta petunjuk Allah. Mana tahu, memang along tu bidadari syurga yang tercipta untuk dia.”
Aku tersenyum dengan kata-kata Naufal, “Kiranya Insyirah ni bidadari syurga yang Allah ciptakan untuk jadi pelengkap hidup abang?”
“Mestilah. You’re my wife. Sampai ke syurga, hanya seorang perempuan bernama Insyirah akan bertakhta di hati Naufal, tahu?”
“Kalau macam tu, abang mesti balik time Insyirah nak bersalin nanti. Boleh?”
Naufal terdiam. Lama tanpa suara.
“Abang?”
“Here.”
“Kenapa diam?”
Aku dengar dia hela nafas panjang, “Insyirah...”
“Ye?”
“We’ve talked about this, right?”
Giliran aku terdiam.
“Sayang...”
“Here.”
“Kita dah bincang pasal ni kan?”
“Ha...” aku membalas, lemah. Aku jadi malas mahu berbicara dengannya.
“Insyirah.”
“Ye?”
“Abang tak boleh balik Malaysia.”
“Okey.”
“Okey je?”
“Then, what do you expect me to say? Merengek minta abang balik?”
“Sayang...”
“Insyirah tak minta lebih. Insyirah nak abang balik, sambut baby. Azankan baby.”
“Tapi masa dan jarak...”
“Menghalang kita, kan?” Aku menyambung ayatnya.
Naufal terdiam sebelum kembali bersuara, “Insyirah, kalau Ireland ni dekat dengan Malaysia macam Singapura dekat dengan Malaysia, tiap-tiap minggu abang balik untuk Insyirah.”
Aku hela nafas. Kalau dengan dia, aku sentiasa kalah. Aku sentiasa harus mengalah, “Yelah. Maaf sebab tak faham. Betullah, masa dan jarak menghalang kita.”
“Insyirah...”
“I’m okay. Serious, I’m okay. Cuma Insyirah nak abang tahu yang Insyirah perlukan abang. Baby perlukan abang. Insyirah kalau boleh, nak abang ada di sisi Insyirah waktu Insyirah melahirkan but yeah, masa dan jarak menjadi penghalang,” ada sebak yang cuba aku tahan. Ada tangis yang cuba aku bendung. Sedihnya hati kala ini tiada siapa yang tahu kecuali aku dan Dia.
“Insyirah...” Lembut suaranya memanggil. Memujuk.
“It’s getting late. Insyirah dah nak tidur. Good night abang, Insyirah minta maaf ye kalau ada salah dan silap Insyirah malam ni. I love you, kelat-kelat masam. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, isteriku...” balasnya lemah dan segera aku matikan talian. Bukan sengaja begitu tetapi air mata dah mula menitis. Aku peluk gambar Naufal, dengan harapan air mataku segera berhenti.

“Angah, kenapa termenung je ni? Makanlah mee goreng tu,” mama memandangku pelik.
Sebenarnya aku segan nak cakap dekat mama yang aku yang aku teringin nak makan laksa. Tapi bukan laksa Penang yang selalu mama buat, kali ini aku nak laksa Johor. Ni semua pengaruh televisyenlah pergi buat siaran masak-memasak, lepas tu buat aku teringin laksa Johor. Jadi nak salahkan siapa? Aku atau syarikat penyiaran?
“Angah, mama tanya ni dia boleh termenung.”
Aku ukir sengih, “Angah... teringin nak makan laksa.”
“Laksa Penang? Nanti mama buatkan.”
“Bukan...” jawab aku, meleret.
“Dah tu?”
“Angah teringin laksa Johor.”
“Apa?!” Bergema suara mama dekat rumah pagi tu. Yang aku pulak sekadar senyum menyenget.

Aku perhati saja mama merebus spaghetti. Nak tolong, mama tak bagi. Mama suruh aku duduk diam-diam. Hehe... sayang anak cucu, kan?
“Naufal macam mana kat sana?”
Baru aku nak rasa seronok mama buatkan laksa Johor, terus rasa seronok mati. Berbicara tentang Naufal kala ini cuma akan buat aku sedih.
“Angah, mama tanya ni...” meleret saja mama bersuara.
“Ye, kenapa?”
“Mama tanya tadi.”
“Oh, ha! Alhamdulillah, dia okey dekat sana.”
“Dia selalu contact Insyirah?”
Aku mengangguk sambil tersenyum, “Selalu. Tiap-tiap hari. Kalau tak Skype, call.”
“Dia balik Malaysia nanti?”
Aku senyum segaris lalu menggeleng, “Tak boleh balik, ma.”
“Angah bersalin nanti, dia tak baliklah?”
“A’ah.”
“Angah tak cakap apa-apa?”
“Nak cakap apa? Itu tanggungjawab dia sebagai pelajar, ma.”
“Baguslah macam tu. Kiranya angah faham dia. Mama tahu, angah mesti kecewa bila dia tidak boleh balik kan?”
Aku senyum, tak membalas. Kalaulah mama tahu...
“Angah tahu kan Juliana dengan Ashraf tak jadi bertunang?”
“Maksud mama?”
Mama berkerut dahi, “Jue batalkan majlis saat akhir. Mama tak tahu apa jadi. Angah tak contact dia orang ke?”
Aku pantas menggeleng. Nak contact apa, dah jadi macam-macam hari tu.
“Aik, kenapa?”
“Adalah...” jawab aku, meleret.
“Gaduh?”
Aku angkat bahu sambil tersenyum.
“Kenapa?”
“Hal budak-budak, ma. Biasalah.”
Mama menggeleng, “Angah bukan budak-budak lagi. Dah nak jadi mak budak pun.”
Aku tersengih saja dengan kata-kata mama, “Mama...”
“Ye?”
“Kenapa Naufal?”
“Maksud angah?”
“Kenapa Naufal yang mama pilih untuk angah? Betul ke sebab wasiat atuk semata-mata?”
Mama ukir senyum nipis segaris, “Angah rasa?”
“Ala, mama! Angah tanya mama, kenapa mama tanya angah balik?”
Mama ketawa dengan rengekkan aku. Manja, kan aku?
“Tujuh belas tahun dulu, ada seorang budak laki datang dekat mama. Dia cakap, dia tak suka anak mama yang nombor dua tapi dia kata nak kahwin dengan anak mama yang nakal tu. Dia kata walaupun dahi dia terluka berpuluh kali sekalipun dia tetap nak kahwin dengan anak mama yang nombor dua sebab dia sayang anak mama. Dia cakap, bila dia dah jadi doktor nanti dia nak pinang anak mama secara rasmi.”
“Tujuh belas tahun dulu?”
“Sehari sebelum Muhammad Naufal pergi ke London, dia berjumpa dengan mama ‘melamar’ anak mama yang bernama Nur Insyirah.”
Sungguh aku terkejut dengan pernyataan mama. Naufal, ‘melamar’ aku sebelum dia ke London? Betulkah ini?

Malam itu, aku menggendang meja study di dalam bilik aku. Masih memikirkan pernyataan mama. Betul ke Naufal melamar aku dulu?
Tiba-tiba telefon aku berlagu Muhasabah Cinta. Jemariku yang ingin menekan butang hijau terus berhenti kala nama di skrin bukan orang yang aku tunggu sedari tadi.
Nama Ash tertera di skrin. Hati terasa lain macam. Risau pulak aku nak angkat panggilan dari dia. Ada sesuatu yang buat aku takut.
Panggilan itu mati namun tak sempat aku tarik nafas lega, telefon itu berbunyi sekali lagi. Masih dari orang yang sama. Aku tarik nafas lalu terus aku angkat panggilan itu.
“Assalamualaikum.”
“Insyirah, tolong aku!” Tanpa sempat dia jawab salam aku berikan, terus dia serang aku dengan meminta pertolongan.
“Ash, jawab salam aku dulu.”
“Waalaikumsalam. Tolong aku, Insyirah.”
“Tolong apa ni?”
“Tolong pujuk Jue kembali pada aku. Aku betul tak boleh hidup tanpa dia. Sumpah, demi Allah.”
Terkedu terus aku dalam talian. Apa yang dah jadi antara mereka ni?


Bersambung...

p/s: maaf lama menghilang...awak-awak semua rindu saya tak? :)


53 comments:

  1. hehehe dina bangun lmbt sbb bca e-novel tjuk dia imam kt blog spa ntah...
    msti naufal blik jgk...
    mkn lma mkn ummpppp dh crta ni...
    dh sweet dh jln crta dia...
    smbg lg...xnk bku kn ke?
    blh kmi2 y ska bca bt knangan...
    akak rsa baik adik selit skit2 psl cramah ke agma ke..bru best...nmpk crta ni mcm jln crta islamik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...naufal balik ke? macam tak je :P...insyaAllah akan dibukukan, tunggulah kalau ada rezeki, akan dibuat pengumumannya. insyaAllah kak, akan diimprovise lagi :)

      Delete
  2. Best sangat. sambung lagi ye. ;)

    ReplyDelete
  3. Naufal anda sgt charming okey..kecik2 dah pandai 'melamar' anak dara org..hihihi
    Insyirah tolong jgn msk campur hal ash n jue.. :

    Najwa..best okey!! ^_^

    ReplyDelete
  4. akhirnya^^
    sedih naufal x balik smbut baby..
    sian insyirah, msti sedihh..

    ReplyDelete
  5. Kelat2 mas dh btukar jd semanis gula kabung kehkeh. Sian insyirah kena bjauhan ngn kaki. Hope naufal bole blik time insyirah bsalin nnti.mn tau surprise yg pling istimewa hihi.
    Muncul blik si ashh ni karang kelam kelibut hidup insyirah.

    ReplyDelete
  6. Siannn lak bab insyirah nk bsalin nnti xda naufal..
    Awattt ashhh come back ni...

    ReplyDelete
  7. Kesian Insyirah......Ï€_Ï€
    Ash ni pula apa kes?????
    Kenapa Ash tak jadi tunang dengan Jue???? o_O

    ReplyDelete
  8. harap sgt naufal blik.. :'( kesian insyirah ..

    -athirah-

    ReplyDelete
  9. mesti la rindu tap2 hari usha bila nak update ni... Wat saspen je ASh ni kan... Naufal mesti balik nya t kan?? sambut bb dia

    ReplyDelete
  10. Ahaks.. Chumel la naufal nii..
    Ai hope naufal blk ms insyirah beesalin nti...

    Dear writer~ rindulaaaa.. Nak n3 lagikkk ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. naufal comel mcm sy *jejungkit kening*...hehehe sabar ye

      Delete
  11. wallaweiiii.....kecik2 dah pandai propose owang weyhhh....ngan bakal mak mertua terus 2....giler gentleman 2...terbaik ahhh....okiesss sambung3

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, comel kan naufal? kes nak balas dendam ni :P

      Delete
  12. naufal sila balik sambut baby

    ReplyDelete
  13. kak najwa,..naufal mmg x blk ke time insyirah nk bersalin??kesiannya kt insyirah...huhuhu...kak cpt la smbng...hehe...

    ReplyDelete
  14. Ash sibuk! Menyampah..huhu
    Hope keajaiban b'laku..naufal blik malaysia bila insyirah nk bersalin nnt.. :)

    ReplyDelete
  15. alorh!!! knapa naufal x blek mse insyirah nk deliver... kang tetiba jdi smthing dkt insyirah mse nk deliver kang...nyesal naufal....... abg naufal blek la.... ( ceh ayat x bleh blah :D )
    thanks kak najwa.. lme saya tggu... hehehhehe i will always support u kak najwa ku sayam :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboii...hehehe...no problem, thanks adik <3

      Delete
  16. Mohon naufal balik msia naik rakit... Hahaa... Ash ni, bile ssh baru nak cari insyirah.. Kesian ibu mengandung...

    ReplyDelete
  17. hoho pdn muke si ash kan jue dah merajuk..
    mintak2 si naufal boleh balik malaysia..

    ReplyDelete
  18. Naufal ni seorang yang pegang pada janji....
    harap sangat Naufal dapat balik Malaysia masa Insyirah dah nak bersalin.....
    BIarlah Ash yang pujuk Jue sendiri.... Sendiri yang buat sendiri yang tanggung.... kalau Insyirah masauk campur takut ada yang salah faham lagi.... lain lah kalau Naufal ada bersama dengan Insyirah sekali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...kita tgk insyirah masuk campur ke tak :P

      Delete
  19. wah best dek ur n3 akk br jer meyinggah ke blog u dek n the result..best sesangat..

    ReplyDelete
  20. Amboih gatal jugak Naufal eh dulu, hehe. Anyway, please Naufal balik please. Sian Insyirah. Apapun, goodjob writer, sila sambung cepat ya. Hikhik thanks :)
    -ika

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya tak busy, saya sambung secepat mungkin...insyaAllah

      Delete
  21. Awwww......k macam nak sedih sedih nie..tapi entahlah..kesian Insyirah.. taksangka Naufal cam gitu pulak.haha...anyways harap dapat sambung cepat cepat.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihlah..naufal kenalah mcm tu, dia mestilah kena fokus pelajaran jugak :(

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. miss writer...mst la rindu kot...lama xada n3...best je...gentleman la si naufal tu...kecil2 dah pandai...(hehehe..ada la berangan juga, sy dilamar ketika kecil mcm tu,,,wuahahahahaha ;) ) thanx...bole sambung lagi????

    ReplyDelete
  24. Rindu la weh. Lama dah tak update cita nih. Makin best nih. Cepat sikit update entry baru. Before aku final. Eh, hang pon nak final kan? Focus final dulu. Good luck!

    -akuZan-

    ReplyDelete
  25. best laaaa...ase2 bile blh smbung ekk???

    ReplyDelete
  26. best sngt2...smbung cepat ye akak...seriously best..n tahniah akak!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..terima kasih afiey :) btw, tahniah utk apa? :D

      Delete
  27. sian syirah, naufal blk laa... moral support tu ptg... cepat2 smbg yea, byk curios ni....

    ReplyDelete
  28. bila nk ad yg baru??
    hehehe

    ReplyDelete