Saturday, 29 December 2012

Kapal Terbang Kertas untuk Dia


















Pena mula menari
Bibir mula menyanyi
Mengalunkan lagu cinta
Yang terngiang di telinga

Ini cerita tentang rasa
Rasa yang bertamu tiba-tiba
Pabila aku terlihat dia
Dia yang datang entah dari mana

Bibir membeku
Lidah terkelu
Mata terpaku
Pada dia
Pencuri hati ratu

Dia tidak tahu
Dan tak akan mungkin dia tahu
Untuk kukhabarkan rasa ini kepadanya
Aku bimbang dipanggil gila
Gila kerana jatuh cinta pada dia
Dia yang tidak pernah aku kenali peribadinya

Hanya pada kertas aku coretkan rasa
Hanya dengan pena mindaku berbicara
Hanya dari jauh aku berani memandangnya
Untuk menegurnya,
Heh, tidak mungkin sampai bila-bila

Kertas ini akan kulipat diakhirnya
Untuk dijadikan kapal terbang kertas
Yang akan disimpan dalam balang kaca
Sebagai satu tanda yang rasa itu pernah ada

3 comments:

  1. Best...

    ~Athirah~

    ReplyDelete
  2. Akan datang bilur pelangi warnai setiap keping hatimu
    Walau terasa perih dan pedih terlalu menghimpit
    Tapi pasti
    Bahagia kan datang menjengah
    Bersama cinta yang kau dambakan

    ReplyDelete