Saturday 15 September 2012

Dia Imamku (Bab 12)

Aku melangkah keluar dari balai ketibaan dengan rasa senang hati. Aku sudah sampai di Dublin! Akhirnya. Aku sempat bertukar-tukar contact number dengan Aunty Maya, mana tahu ada kesempatan untuk aku mengajak Naufal melawat Aunty Maya di rumahnya.
Aku mengeluarkan dompetku yang ada di dalam baju sejuk milik mama yang telah kurembat. Sekeping kertas yang berlipat aku tarik keluar. Aku tarik beg lalu aku melangkah mendekati public phone yang ada di dalam kapal terbang itu.
Syiling dalam matawang Ireland aku masukkan di tempat yang disediakan. Nombor Naufal yang tercatit di atas kertas itu aku dail.
Tak sampai beberapa minit panggilanku berangkat.
“Hello?”
Tersenyum aku mendengar suara Naufal, “Hello.”
“Who is this?” Suara Naufal kedengaran seperti teragak-agak.
“Abang!” Aku dah tergelak-gelak.
“Insyirah?!” Suaranya jelas terkejut.
“Boleh tak abang ambik Insyirah kat airport?”
“Where are you, now?”
Entah kenapa, aku dengar suaranya macam marah-marah.
“Kat Dublin Airport.”
“Kenapa tak cakap dengan abang nak datang sini? Dah! Tunggu situ!” Dan talian terus mati. Terkedu aku. Tak pasal-pasal kena marah. Apa ni? Salah ke aku datang Ireland? Lagipun aku dah cakap kat Skype hari tu aku nak datang Ireland, dia yang tak percaya! Aku kena marah! Aku ingatkan dia gembira bila aku buat surprise tapi tak sangka pulak aku yang kena marah!
Gagang telefon aku letak. Terasa sedih, tiba-tiba. Salah ke aku nak buat kejutan untuk dia?
Aku tarik beg aku menuju ke tempat duduk yang sudah disediakan. Aku duduk merenung jari. Haih, sedih pulak bila dengar dia marah-marah macam tu.
Aku membelek brochure pelancongan yang aku bawa dari Malaysia. Pen biru yang ada di dalam beg sandangku, aku keluarkan lalu aku mula menconteng kertas tersebut. Nama Naufal kutulis dalam huruf besar. Kemudian, aku buat pula symbol love di sebelah nama Naufal. Heh, nampak sangat aku tidak punya kerja sekarang!
Aku kerling jam di tangan. Jam yang aku pakai ini sudah aku setkan waktunya mengikut waktu di Ireland. Sudah hampir sejam aku menunggu. Di dalam hati, aku berdebar-debar. Bilalah Naufal akan tiba?
Dari kejauhan, aku dapat lihat Naufal berlari-lari masuk ke dalam airport. Aku tidak tahu sama ada aku patut mengukir senyum kepadanya atau aku patut berlari memeluknya atau pun apa-apa saja. Otakku tidak boleh berfikir secara normal.
“Nur Insyirah!” Suaranya kedengaran kuat.
Aku dah berdiri.
“Why are you here?” Suara Naufal seperti menengking.
Terkedu aku.
“Abang telefon ibu! Ibu cakap Insyirah rancang semua ni. Nak buat apa datang sini? Sini bukan tempat Insyirah tahu! Katakan abang sibuk hari ni, siapa nak jemput Insyirah? Kalau orang culik Insyirah, macam mana? Insyirah buat macam ni susahkan semua orang! Susahkan abang! Cuba fikir dulu sebelum buat sesuatu! Jangan buat sesuka hati je, boleh tak?”
Tiada suara yang mampu keluar. Aku tunduk. Brochure yang aku pegang tadi dah terlepas dari tangan. Tangan aku terketar-ketar. Aku rasa macam nak balik Malaysia tiba-tiba! Ada tak penerbangan dari Dublin yang terus ke Malaysia?
“Hah, kenapa diam? Dah tak boleh nak cakap?!”
“Salah ke kalau Insyirah nak buat kejutan kat suami sendiri?” Aku angkat muka, aku pandang dia!
“Kalau abang tak suka Insyirah datang, cakap je! Insyirah boleh beli tiket balik Malaysia sekarang jugak!”
Hah, sekarang dia terkedu! Padan muka! Ish, tak suka jadi ibu mengandung ni! Sensitif je! Benci!
Tanpa mempedulikan Naufal, aku tarik beg aku lalu aku pergi ke kaunter pembelian tiket kapal terbang. Lebih baik aku balik Malaysia sekarang!

“Nak pergi mana?” Aku terasa tanganku ditarik dari belakang.
“Balik Malaysia!” Sepatah aku membalas. Bajet merajuk. Emo je lebih! Mengada kau, Insyirah!
“Hah, elok! Buat perangai! Abang tak ada masa nak pujuk-pujuk Insyirah! Dah, abang ada test nanti! Jom!” Beg di tanganku dia tarik.
“Nak pergi mana?”
“Balik rumah abanglah! Insyirah nak stay sini sorang-sorang?”
Laju aku menggeleng. Nadanya bukan nada memujuk tapi nada sinis! Huh, geram aku! Ingatkan nak pujuk bila aku dah meleleh-leleh tadi, tapi last-last dia jadi si kelat-kelat masam balik.
“Nak pergi ni naik apa?”
“Naik bas! Abang tak ada duit nak beli kereta dekat sini,” sinis dia menjawab. Sisa amarahnya masih ada, mungkin.
Naufal melangkah, laju. Tak terkejar aku dibuatnya. Nak suruh aku balik rumah dia, tapi jalan macam nak tinggal aku sorang-sorang. Ei, kalau nak benci tak boleh! Suami aku kot.
Tiba-tiba dia berhenti, aku tak sempat nak brek, terus terlanggar belakang badannya.
“Abang ni kenapa berhenti pulak? Sakit hidung, Insyirah!”
“Merungut! Abang tengah marah lagi ni!”
Aku diam, malas nak melayan. Marah je kerjanya. Bukan nak tanya aku sihat ke apa ke. Asyik nak marah je.
“Nah!” Terkejut aku saat dia menghulurkan tangannya.
“Buat apa?”
“Salam tangan abang ni, minta ampun cepat!”
Aku capai tangannya lalu ku tunduk mencium tangannya. Eh, situasi ini pernah berlaku seperti dalam mimpiku. Adakah ini yang dinamakan dejavu?
“Say sorry!”
“I’m sorry!” Balas aku, separuh ikhlas.
“Apology accepted and I’m sorry too. Dah, jom!” Bahu ku dipeluk lalu kami jalan beriringan. Ternyata, dia masih imamku!

“Penat tak naik flight?” Suaranya kedengaran lembut apabila kami berdua sudah berada di dalam Aircoach. Aircoach ini adalah sebuah perkhidmatan bas mewah yang perkhidmatannya khusus untuk ke Lapangan Terbang Dublin. Ia meliputi kawasan Belfast, Cork, Bray dan pusat bandar Dublin hingga ke Lapangan Terbang Dublin.
Aku mengangguk saja.
“Abang tak bermaksud nak marah Insyirah tapi Insyirah tahu tak betapa terkejutnya abang bila Insyirah buat macam ni? Insyirah tak fikir ke keselamatan Insyirah?”
Aku masih diam. Biarlah dia membebel sorang-sorang.
“Insyirah, I’m talking to you.”
Aku diam saja. Aku terasa letih.
“Marah abang lagi ye?”
Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
“Merajuk?”
Tak nak layan! Orang penat ni!
“Abang suka sangat Insyirah datang sini tapi please, beritahu abang dulu! Insyirah buat abang risau.”
Aku angguk, malas. Mata rasa macam payah je nak buka.
“Nak tidur, eh?” Seperti baru tersedar yang aku sudah separuh lelap, buat dia bertanya kepadaku.
Aku angguk, sedikit laju.
“Here, letak kepala atas bahu abang. Tidur. Ada lagi sejam sebelum sampai rumah abang.”
Dan aku terus lentokkan kepala aku di bahunya.

“Sayang, bangun. Dah sampai ni!”
Aku buka mata. Aku gosok mata yang sedikit pedih. Mengantukku masih ada. Kepalaku masih di bahunya.
“Mengantuk lagi?”
Aku angguk.
“Sejam tidur, tak cukup lagi?”
“Mana cukup!” Balasku.
“Ini kat Dublin lagi ke?”
“Taklah, ini dah dekat Donnybrook. Sekarang ni kita dah nak sampai ke universiti abang.”
“Ooo... kiranya Belfield dah tak jauhlah?”
Naufal mengangguk sambil tersenyum, “Sayang dah buat research eh?”
“Mestilah tapi agak jauh ye nak ke bandar dari universiti abang.”
“Tak adalah jauh sangat. Naik bas, dalam 20 minit sampai dah.”
Aku mengangguk, “Abang ada test ke hari ni?”
“Tak ada. Abang tipu je tadi, geram dengan Insyirah!”
“Mengada!”
“Abang ingatkan Insyirah main-main,” ujar Naufal.
“Insyirah tak main-main pun,” aku bersuara, perlahan.
“Ye, I’m sorry sebab marah Insyirah tak tentu pasal!”
“Jangan buat lagi tau,” aku memberi amaran kepadanya, “Kesian dekat kami.”
“Kami? Kami siapa?”
“Tak ada apa-apa. Insyirah lapar,” aku tersengih. Tak nak cakap lagi. Biarlah dulu!
“Okey, kita balik rumah sewa abang. Insyirah masak!”
“Eh, abanglah masak!”
“Tak nak! Nak Insyirah masak!” Dia ukir senyum manis.
Haih, tergoda aku! “Yelah!”

“This is my house!” Naufal tersengih pada aku saat aku melangkah masuk ke rumah sewanya. Astaghfirullahal a’zim! Ini rumah ke kedai dobi? Bersepah yang amat. Buku, kertas dan majalah bersepah sana sini di ruang tamu. Dasyat!
“Jangan cakap apa-apa, Insyirah! Kat dalam rumah ni, ada tiga orang bakal doktor dan tiga orang bakal engineer. Jadi benda ini normal!”
Rumah Naufal yang terletak di Roebuck Hills Apartment agak bersepah.
“Ei, bersepahnya! Abang tak rimas ke?”
“Rimas!” Naufal garu kepalanya.
“Hoi, Naufal! Kau pergi mana, bhai?” Tiba-tiba seorang lelaki baya Naufal tidak berbaju keluar dari sebuah bilik di situ.
“Wei, pakai baju! Isteri aku datanglah!” Naufal menarik aku agar menyorok di belakangnya.
“Eh, sorry! Sorry!” Lelaki itu berdesup lari meninggalkan ruang tamu.
“Seksilah kawan abang!” Aku bisik pada Naufal!
“Hish, jaga mata!”
Aku cuma mampu ketawa dengan amaran Naufal.
“Hehe... sorry, bro! Tak sengaja. Aku ingat kau sorang je tadi.”
Naufal tarik aku ke sebelahnya, “Ini wife aku, Insyirah!”
“Hai, Insyirah! Saya Haris,” lelaki yang tadi tersengih memandang aku. “Maaf pasal tadi.”
“No biggie,” aku tersengih.
“Haris ni roommate abang,” Naufal senyum pada aku.
“Bakal doktor jugak?” Aku bertanya pada Haris.
“Sort of,” sekali lagi, lelaki yang bernama Haris itu tersengih.
“Blah! Kau mandi tak lagi ni? Petang karang nak masuk hospital!”
“Hospital tempat abang belajar, jauh tak?”
“Jauh jugak,” Naufal angguk kepala.
“Abang pergi dengan apa?”
“Naik basikal,” Naufal tersenyum. “Insyirah lapar, kan?”
Aku menganggukkan kepala, “Lapar sangat.”
“Haris, kau tolong aku memasak,” aku tengok saja Naufal menarik baju Haris mengikutnya ke dapur.
“Eh, apahal pulak?”
“Jangan banyak tanya, cepat!” Naufal kenyit mata pada aku sebelum berlalu. Hailah suami aku ini, nakal!
Aku tengok keadaan sekeliling ruang tamu. I have to do something!

“Haris, apa kasar sangat kau potong carrot tu?”
“Naufal, air banyak sangat ni!”
Aku yang ada di ruang tamu hanya mampu mengukir senyum bila dengar kedua-dua lelaki itu memasak. Prung-prang-prung-prang.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam!” Aku berpaling pada pintu utama apartment. Mata aku lekat pada seorang lelaki tinggi lampai, berambut agak serabai, di tangannya ada sebuah buku tebal dan di bahunya ada sebuah beg sandang.
“Er, hai!” Aku menegur dia yang nampak terkaku.
“Wargh!! Siapa awak? Macam mana awak masuk sini? Awak salah rumah ke?”
“Dia tak salah masuk rumah! Ni isteri abang Naufal kita,” Haris keluar dari dapur dengan sengih tak lekang dari bibir, “Ini housemate kami lagi sorang, Achik namanya.”
“Isteri Naufal?”
“Yes, isteri aku! Kenapa?” Naufal pula keluar dari dapur dengan sudip di tangan.
“Mangai! Tak sesuai langsung! Isteri kau kemain cantik, kau muka serabai,” Lelaki yang bernama Achik tu ukir senyum pada aku.
“Kurang asam!” Naufal bercekak pinggang. Sumpah kelakar bila Naufal pegang sudip lepas tu cekak pinggang macam tu. Macam mak Nobita dah aku tengok.
“Wei, serabai-serabai dia pun Insyirah ni nak. Kita? Sampai ke tua tak laku. Tambah-tambah kau, Achik!”
“Sudahlah tu! Cepat tolong aku masak,” Naufal dah mula bising kembali. Macam ni ke hidup dia setiap hari?
“Kami masuk dapur dulu, mem besar!” Haris tersenyum pada aku manakala Achik pula seperti segan-segan nak bercakap. Malu kot!
“Sayang nak tidur dulu ke?” Naufal tak masuk ke dapur sebaliknya lepak duduk di sebelah aku.
“Tak nak! Nak makan, lapar,” rengek aku, manja. Hihi... rindu nak bermanja dengan Naufal.
“Sekejap ye, abang buat sup ayam tapi...”
“Tapi?” Aku angkat kening.
“Tak tahu jadi ke tak,” Naufal sengih kepada aku.
“Nak Insyirah tolong?”
“Tak payah, duduk situ diam-diam!” Naufal dah bangun.
“Abang?”
“Ye, sayang?”
“Nak air!”
“Pepsi? Tea or coffee?”
“Nak susu.”
Dahi Naufal kelihatan berkerut sedikit. “Sekejap, abang tengok kat dapur kalau ada.”
Aku mengangguk.
“Susu tak adalah sayang, jus adalah!” Suara Naufal dari dapur dapat ku dengar dengan jelas dari ruang tamu rumahnya.
Aku mengeluh. Ala, kesian baby tak dapat susu hari ni tapi tak apalah. Jus pun baik untuk kesihatan. “Bolehlah!”
Naufal keluar semula dari dapur dengan segelas jus oren, “Insyirah minum dulu, ye?”
Aku mengangguk dan tersenyum.

Setengah jam aku menunggu baru selesai mereka bertiga memasak. Haris keluar dengan masakannya, sayur kobis goreng bersama telur. Achik keluar bawa nasi dan pinggan. Suamiku pula, menatang sebuah periuk penuh dengan sup ayam.
“Sayang, jom makan!”
Aku mengangguk saja lalu aku mendekati ruang makan apartment itu, “Sedap baunya.”
“Mestilah! Abang yang masak!” Naufal tersenyum manakala Haris dan Achik buat muka menyampah.
“Eh, Insyirah kemaskan ruang tamu kitalah!” Achik tiba-tiba bersuara, separa terkejut.
“Sorry! Saya bosan tunggu awak semua memasak. Saya kemaslah sikit!”
“Eh, tak payah minta maaf bagai! Kami yang patut minta maaf sebab bagi keadaan tak selesa untuk Insyirah!” Haris tersengih, malu.
“Eh, tak adalah! Saya selesa je.”
“Isteri aku baik, kan?” Naufal tiba-tiba mencelah.
Achik dan Haris mengangguk.
“Jadi, kahwinlah cepat-cepat!” Naufal ketawa.
“Sudahlah kau!” Haris mencerun pada Naufal.
“Kau bolehlah kahwin cepat-cepat. Kau hot stuff. Tak macam kami, awek tak pandang!”
“Banyak kau punya hot stuff!” Naufal senyum.
“Tapi kau kira setia gila dengan Insyirah. Sejak dari kau kecil lagi kan?” Achik tiba-tiba bersuara.
Aku dah berkerut dahi. Setia dengan aku sejak dari kecil? Aku pandang Naufal, ada sesuatu yang terlakar di wajanhya,
“Eh, jom makan!” Haris senyum. Wajah mereka bertiga kelihatan kompleks. Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan.
“Insyirah, duduklah! Makan, jom!”
“Nasi banyak ni cukup?” Naufal mencedok nasi ke dalam pingganku. Aku mengangguk saja.
“Nak sup ayam?”
Aku angguk lagi.
“Nak...”
Tak sempat Naufal habiskan ayatnya, telefon miliknya berbunyi, “Sekejap ye, sayang.”
“Hello, assalamualaikum!”
“Yes, I ada kat rumah. Kenapa? Oh, you nak ikut I dengan Haris pergi kelas. Boleh. Boleh sangat!” Bibir Naufal terukir senyum, manis. Semanis gula.
Siapa agaknya yang menelefon suamiku itu? Dengan ber’I’ ‘U’ bagai. Hati aku rasa sesuatu. Rasa semacam.
“Mesti Mimi tu,” aku dengan Achik bersuara. Lebih kepada berbisik sebenarnya.
“Confirm! Dia tak tahu ke Naufal dah kahwin?” Haris pula berbisik. Mereka berdua ni, kalau berbisik memang kuat eh? Tak pun, aku yang telinga lintah.
“Sorry, guys! Jom, makan!” Naufal dah ke meja makan.
Aku cuma diam. Seleraku mati. Siapa yang menelefon tadi? Kenapa suara Naufal kedengaran begitu mesra ataupun aku yang cemburu buta? Haih...
“Tadi siapa, Naufal?”
“Dendeng!” Jawab Naufal sebelum ketawa mereka semua bersatu. Dendeng? Tadi bukan dia orang kata Mimi ke? Argh!! Serabut!

“Insyirah, abang pergi dulu. Kunci pintu semua lepas tu, duduk dalam bilik abang, kunci. Ada orang ketuk, jangan buka. Housemates abang yang lagi tiga orang tu, kejap lagi baru balik agaknya.”
Aku mengangguk. Achik dah lama keluar, ke library katanya.
“Boleh ke awak duduk sorang, Insyirah?” Haris pula bertanya.
Aku mengangguk lagi.
“Boleh punya. Kalau dia berani datang Ireland sorang-sorang, mesti boleh duduk rumah sorang-sorang!” Naufal bersuara, sedikit sinis. Perli akulah tu!
“Apalah kau, bro! Tak sayang isteri ke apa?”
“Sayanglah! Kau pergi turun dulu, kejap lagi aku datang. Dendeng dah tunggu kat bawah agaknya.”
“Siapa Dendeng?”
“Adalah!” Naufal tergelak-gelak, “Abang pergi dulu, ye?”
Aku mengangguk. Aku sebenarnya tak suka bila Naufal berahsia dengan aku.
“Tak nak salam abang?” Tanya dia.
Aku angguk saja lalu aku capai tangannya. Tangan itu aku cium seperti biasa. Angkat saja kepala, satu kucupan darinya singgah ke bibirku, “I love you, sayang!”
Dup-dap-dup-dap! Jantungku berdegup laju. Selamba saja dia menciumku! Aduhai, malunya!
“Abang pergi ye?”
Aku mengangguk. Maluku masih terasa. Abang ni! Suka buat Insyirah jadi angau!
Pintu apartment kututup lalu aku kunci. Aku segera berlari ke balkoni untuk melihat Naufal.
Dari atas, kelihatan seorang gadis bertudung sedang bersembang dengan Haris. Naufal muncul kemudiannya. Gadis itu kelihatan tersenyum-senyum pada Naufal manakal Naufal kelihatan gembira bersama gadis itu. Itukah Dendeng yang dimaksudkan Naufal?
Selepas mereka bertiga berlalu, aku segera tutup pintu balkoni lalu aku atur langkah ke bilik Naufal dan Haris. Aku labuhkan punggung di atas katil bujang milik Naufal. Bibir aku terukir senyum saat terlihat gambar perkahwinan kami ada di atas meja belajarnya. Aku atur langkah ke meja Naufal. Aku capai sebuah buku tebal yang pasti tidak kufaham isinya. Aku belek sebelum aku tutup kembali buku tersebut.
Aku belek pula buku-buku lain dan tiba-tiba, ada sekeping kertas bewarna merah jambu jatuh dari celah buku-buku tersebut.
Hati aku berdebar tiba-tiba. Ayat yang tercoret di atas kertas itu, aku baca.

Dear Naufal,
I like you and I know you like me too...

Yours sincerely,
Syamimi
J


Terus, aku keronyokkan kertas di tanganku. Apa ini? Siapa Syamimi? Naufal suka dia? Aku buka sebuah buku nota di atas meja Naufal dan aku terkedu. Ada sekeping gambar. Seorang gadis berbaju kurung biru berdiri di sebelah Naufal yang turut memakai baju melayu berwarna biru. Di bawah gambar itu, ada tertulis sesuatu,
‘ She’s a Dendeng but she’s pretty!’
Dan tanpa dapat ditahan, air mata tiba-tiba mengalir. Naufal ada perempuan lain?

Bersambung...

p/s; apa itu dendeng? hahahaha...:P

52 comments:

  1. Kak wawa.bila insyirah nak kasi tau dia pregnant ni.?alahai.mesti sweett kalau naufal tahu.nanak DI13..haha. =p..

    @nurul jannah@

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia takkan beritahu...ahahaha...

      Delete
    2. Najwa.. kijam wehh xkasi tau daddy-to-be wifey dia mengandung. dah le dia yg kene berBFF ngan toilet Bowl. ;)

      Delete
    3. xnak ckp kat naufal...hahaha

      Delete
  2. Btw,thanks bebanyak kak wawa for this entry... :-D

    @nurul jannah@

    ReplyDelete
  3. walawehhhhhhh.. so sweet muett kiuteeeee.. x menahan... mmg mcm dlm mimpi.. seperti y ku agak.. mujur naufal marah kejap jeh.. tapi... tapi... tapiiiiiiiiiiiiiiiiii.. ada pulak konflik hal ehwal dalaman perasaannnn.. haihhhh.. lemah semangat gini.. msti time naufal pujuk nnti insyirah akn bg tau dia mengandunggg... aummm.... suka suka suka.. lebiulah najwa wehhh

    sarah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...naufal sempat ke pujuk?hahahah...lebiu tooo weh :P hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. uish...sediakan tisu sebelum menangis...aicehhhh

      Delete
  5. baru nak bergumbira honalulu dah jd cerita air mate plak kat Insyrah nih...Abang Naufal ni ape la...kite tau mesti ade salah faham nih cepat la tolong rungkaikan kesian kat Insyirah 2 dah la pegnen agi....karang dia lari kt Ireland 2 mn u nak cari ha? tempat owang 2 hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...dia sedih...ada gambar org lain kot...:(...sian dia...huhu...dia lari pi umah aunty maya je :)

      Delete
  6. hish naufal ni.. xsensetif lansung!!!
    dendeng tu suka menyendeng kah? hhihihi..
    alahai.. sian insyirah.. pegi sana ingat nak lepas rindu kt suami..lain plak jdnyaa.. haishh

    mesti nti insyirah xjd ckp dia pregnant

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes...you got it rite for dendeng!hehehe...mungkin...mungkin naufal takkan tahu insyirah mengandung

      Delete
  7. Warrghhh.... I wld cut Naufal into pieces if he breaks Insyirah's heart.... Kalau dah terpikat kat Dendeng, tak payahlah pegi kawin dgn Insyirah... Warrghhh...

    ReplyDelete
  8. Hish Naufal curang ke???? o_O
    Ni yang tak suka ni.... :(

    ReplyDelete
  9. dendeng??? I hope si dendeng tu pondan!! Hahahaha! :ppp

    ReplyDelete
  10. insyirah! lari!!! arghh .. geram la naufal ni... !! :'(

    ReplyDelete
  11. Alahai br seronok bc dh stop. Dendeng si pengacau haha. Sian insyirah harus lari bw diri. Hampeh punya naufal x pndai jg ati bini. Kt syg. Haishhhh. Meh sini nk ketuk kpala

    ReplyDelete
  12. aaaaaaaaa....tatau nk komen hape!
    dendeng dendeng dendeng!menatang hape tuh?.ahahahha..sweet je~~

    ReplyDelete
  13. ha3...klaka la sume org...ha3

    ReplyDelete
  14. kan dah kne marah...haisyy..garang btol naufal ni...tp mujur marah kjap je...
    tak sempat la naufal nk tau insyirah pregnent gamak nye...merajuk je insyirah..biakan je naufal tu..hahahaha..

    ReplyDelete
  15. hwaaaa... tpi msti Naufal x de affair dgn MIMI a.k.a Dendeng tu kan??? tpi ble la Insyirah nk gtau Naufal nie? ke nnti ad jdi smething Insyirah gugur ke??hahahhahaha... mcm best plak mcm tu.....
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  16. xsuka yg mengendeng tuuuuuuuuuuu
    get to hell to her

    ReplyDelete
  17. Alahhhh sape lak dendeng ni....
    Nyibuk jer, baru nak gumbira sikit..
    Nak lagi.....

    ReplyDelete
  18. dream come true, kan? Insyirah pernah mimpi bnda ni kan? chap 1?
    nice entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dejavu kak :), yup dalam chapter 1...thank you ^^

      Delete
  19. Salam.. Haha cite ni mmg dh jd feveret sy dh skang nih.. Aduyai suke sgt.. Xsangke cpt je ade n3 br.. Harap2 arini ade lg..
    Sy suke kalo insyirah lari merajuk..sy mmg suke cite cenggitu..dptlah tgk hero jd gelabah!!i loike~~
    Keep up the good work!! I love u!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...hehehe...terima kasih...hari ni punya dah ada awak...boleh pergi baca dah...thank you ;), love u too

      Delete
  20. Aaaaaaaaa! sedih2! kenapa naufal? kenapaaaa?! sobs..sobs.. kak najwa, sedih moon baca bab kali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa....bab ni tak sedih lagi moon...bab 13 lagi sedih...sobs sobs

      Delete
  21. ala..cian kt insyirah...nakal la naufal ni..huhu..nk cpt2 n3 br ek..xsbr nk th sp dendeng ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...dah masuk dah bab baru...pi terjah ;)

      Delete
  22. aduhhh....hatiku bagi dirobek2 oleh "dendeng" huwaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete