Saturday 11 August 2012

Dia Imamku (Bab 4)

Sejak kejadian yang hari tu, aku sudah tidak berjumpa dengan Naufal. Mak ngah ajak pergi pekan, aku tolak. Bagi alasan yang kadang-kadang munasabah, kadang-kadang tidak. Kalau nak kena hantar makanan ke rumah Tok Man, mesti aku suruh Ilham. Tak naklah aku nak ke rumah Tok Man. Kalau nanti terserempak dengan mamat tu, confirm hati aku ni makin sakit.
“Angah!”
“Ye, ma.”
“Sini, tolong mama kejap.”
Terbuntang mata aku tengok makanan yang memenuhi meja makan, “Banyaknya mama. Siapa nak makan banyak-banyak ni?”
Mama senyum, “Nanti angah tahulah.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Ma, siapa datang tu?”
“Pergilah tengok.”
Aku angguk saja lantas aku angkat kaki menuju ke pintu dapur. Terkaku kejap aku bila pintu itu aku buka. Berdiri di depan aku ialah Mak Cik Sakinah iaitu ibu kepada Naufal yakni bakal ibu mertuaku.
“Insyirah? Tak nak jemput ibu masuk ke?” Mak Cik Sakinah senyum pada aku.
Ibu? Mak Cik Sakinah bahasakan diri dia ibu? Terasa seram sejuk pulak.
“Angah,” mama tegur aku.

Tersentak aku. Automatik bibir aku ukir senyum, “Masuklah... er... ibu.”
Mak Cik Sakinah senyum pada aku. Aku nampak senyuman Naufal dalam senyuman Mak Cik Sakinah... eh, ibu. Senyum mereka sama tapi kenapa Naufal tak selembut ibu? Kenapa Naufal dingin dengan aku? Dia masih marahkan aku tentang perkara dulu tu ke?
“Masak apa, kak?” Ibu bertanya pada mama.
Aku ekori saja setiap langkah ibu.
“Mee kari. Naufal kan suka makan mee kari.”
Aku yang baru nak bancuh air terkaku sekejap bila dengar nama Naufal disebut.
“Saya buat puding karamel. Insyirah kan suka makan puding karamel,” aku nampak ibu kerling aku dengan senyuman. Ibu? Lancar je panggil mak si Naufal ibu, ye Insyirah?
“Susahkan Kinah je,” aku dengar mama bersuara. Mesra betul dengan bakal besannya itu. Hehe...
“Ala, kak. Untuk bakal menantu, apa salahnya.”
Tersedak aku dengan penyataan dari ibu. Bakal menantu? Tangan aku terasa sejuk macam ais.
“Insyirah buat air apa?”
“Sarsi, ibu,” jawab aku malu-malu.
“Insyirah suka air sarsi, ye?”
Aku angguk.
“Naufal pun suka.”
Sekali lagi nama Naufal disebut. Memang aku tak boleh lari, kan?

Baru aku tahu, hari ni ada majlis berbuka puasa dua keluarga. Keluarga Tok Man dan keluarga opah. Penuh ruang dapur hari ni. Dengan pak lang sekeluarga, mak teh anak-beranak dan juga pak su aku yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Memang meriah. Tak termasuk anak-anak Tok Man lagi tu.
“Hah, duduk semua. Nak masuk waktu berbuka dah ni,” aku dengar suara pak ngah menutur kata.
Aku tuang air di dalam gelas. Aku tak nampak pulak si Naufal tu. Tak datang ke?
“Biar akak simpan sikitlah untuk Naufal tu.”
“Eh, tak apalah kak. Kat rumah pun ada makanan lagi.”
Dua butir ayat dari mama dan ibu itu masuk dalam telingaku. Bukan bermaksud nak curi dengar tapi alang-alang dah dengar, teruskan je.
Tiba-tiba, seruan azan berkumandang dari surau. Masih suara lunak merdu itu. Ilham diarahkan oleh ayah untuk membacakan doa berbuka.
Ruang dapur itu kembali meriah usai membaca doa berbuka. Sebiji kurma aku suapkan ke mulut. Aku kerling ke arah ruang tamu. Masih tak ada kelibat Naufal. Tak sudi berbuka dengan kami, kot. Aku capai segelas air sarsi lalu aku teguk perlahan.
“Insyirah, tolong tuangkan air teh tu untuk Tok Man.”
Aku angguk. Aku tuang secawan air teh panas lalu aku berikan pada Tok Man, “Panas sikit, Tok Man.”
Tok Man angguk sambil tersenyum. Aku turut ukir senyum. Aku lemparkan pandangan pada mereka-mereka yang sedang enak menjamu selera. Selera makan aku malam ini, mati. Tak tahu kenapa.
“Insyirah tak makan?”
Terkejut aku disapa Tok Man, “Kurang selera sikit, Tok Man.”
“Sebab tak ada Naufal, ye?”
Erk! Apakah? Cepat-cepat aku mengeleng.
“Naufal tu memang selalu berbuka di surau. Balik dari surau baru dia makan.”
Berbuka di surau? Maksudnya...
“Tok Man, Naufal ke yang jadi muazzin tadi?”
Aku nampak Tok Man angguk. Aku terkaku, terkelu dan terkedu. Dia muazzin yang bersuara lunak merdu tu? Si masam-masam kelat tu? Sungguh, aku tak percaya!

Malam itu, opah jadi imam untuk solat terawih bagi kaum perempuan di rumah. Ibu Naufal turut berjemaah bersama kami.
Usai menunaikan solat terawih, kaum-kaum ibu bersembang di luar. Gayanya macam berbincang sesuatu yang penting.
“Insyirah, kau buat apa?” Tanya Yana walaupun sudah terang-terang aku tengah buat air.
Aku kerling Yana yang menyibuk di sisi aku, “Tengah berperang. Nak join?”
“Sinis!” Getus Yana.
Aku ketawa saja.
“Insyirah.”
“Apa?”
“Cawan ni nak ambik berapa banyak?”
“Berapa ramai kat luar tu?”
“Kaum-kaum lelaki pun ada kat luar tu.”
“Eh, dia orang dah balik dari terawih ke?”
Yana angguk.
“Ambiklah lebih sikit,” balas aku.
Air yang sudah siap dibancuh aku letak dalam dulang berisi cawan yang sudah disusun Yana.
“Good luck, Insyirah!”
Aku kerut dahi. Aku nak hidang air je pun. Perlu ke ber’good luck’ bagai?
“You’ll need it. Trust me,” Yana tinggalkan aku yang termangu di dapur.
Pelik betul orang rumah ni.
Aku menatang dulang sampai ke ruang luar rumah. Betullah cakap si Yana, aku perlukan ‘luck’ sebab ada si Naufal sekali.
“Hah, datang dah watak utama kita!” Ujar pak su dengan senyum yang tak dapat aku tafsirkan.
Aku buat tak tahu. Aku tuang air teh di dalam cawan penuh hati-hati.
“Angah, bawakkan si Naufal ni ke dapur. Dia tak makan lagi dari tadi.”
“Eh, tak payahlah mama! Naufal makan kat rumah je nanti.”
“Takpelah. Lambat lagi nak habis ni, Naufal. Dah, pergi ikut Insyirah.”
Naufal diam tanda akur. Aku pula, takkan nak membantah.
Tiba-tiba aku terasa kaki aku dicuit. Aku pandang bawah. Insyirah kecil senyum pada aku. Suka betul si kecil ni dengan aku. Dengan along, tak ada pulak dia nak dekat.
Aku dukung si kecil itu. Dia ketawa bila aku cium pipinya bertalu-talu.
“Insyirah, cepat bawa si Naufal ke dapur.”
Aku angguk lalu aku berjalan menuju ke dapur tanpa sebarang kata. Pandai-pandailah dia ikut aku!

Aku panaskan kuah mee kari di atas dapur. Naufal pula duduk di kerusi sambil memangku Insyirah kecil.
“Awak tahu apa yang parents kita bincang kat luar?”
Aku berpaling kepada dia. Dia sedang bermain tepuk-tepuk dengan Insyirah kecil. Aku nampak Yana dari depan televisyen memandang aku. Aku senyum tipis saja padanya.
“Tak,” balas aku, pendek.
“Pasal majlis kita.”
Aku berpaling kembali padanya. Nyata dia turut memandang aku.
“Awak nak kahwin dengan orang?” Tanya dia.
“Awak... nak ke kahwin dengan orang?” Perlahan, aku bertanya kembali.
“Entah! Kalau ibu saya dah suruh, saya turutkan je,” balasnya acuh tak acuh.
Aku diam. Aku pandang periuk yang isinya sudah menggelegak. Jawapan Naufal yang acuh tak acuh tu buat aku sedih tak semena. Tanpa sedar aku terpegang periuk panas yang masih ada di atas dapur.
“Auch!” Aku terjerit kecil.
“Kenapa ni?” Terkejut aku bila Naufal pegang jari aku. Bila dia datang dekat aku pun aku tak sedar.
Perlahan aku tarik tangan aku yang ada di pegangannya, “Orang okey.”
“Awak ni memang tak pandai jaga diri ke apa?” Aku dengar Naufal hela nafas. Wajahnya sedikit tegang. “Jangan buat orang lain susah hati boleh tak?”
Terkedu aku kena marah tapi aku kekal diam.
“Sakit lagi tak?” Tanya dia. Suaranya yang keras tadi dah kedengaran lembut.
Aku geleng.
“Tolonglah jaga diri tu. Kalau orang balik Ireland nanti macam mana?” Tanya Naufal pada aku.
“Kenapanya kalau awak balik Ireland pun?” Tanya aku kembali.
Aku dengar dia hela nafas panjang, “Orang tak kira. Awak setuju atau tak, orang nak kita kahwin. Biar orang je jaga awak!”
Aku pandang dia. Terkejut!

“Assalamualaikumwarahmatullah,” aku lafazkan salam terakhir sebelum meraup wajahku mengakhiri solat sunat istikharah yang sudah kali kedua aku lakukan. Aku menadah tangan, meminta ampunan dari Yang Esa dan tentunya aku meminta agar diberi petunjuk. Aku teringat kembali apa yang berlaku di dapur selepas dia menuturkan ayat keramat itu. Ayat, ‘Orang tak kira. Awak setuju atau tak, orang nak kita kahwin. Biar orang je jaga awak!’
 “Orang bukan nak kahwin sangat pun dengan awak tapi somehow, He leads me to you. Awak faham kan?”
Aku angguk. Sedikit terasa dengan ayatnya yang sebelum tapi tu.
“Orang still tak boleh lupa apa yang awak buat dekat orang. Tak mungkin orang lupa,” aku dengar dia bersuara perlahan.
Aku angkat muka pandang dia. Baru aku perasan, di sebalik juntaian rambut di dahinya ada parut. Parut yang terjadi angkara aku. Angkara sikap aku yang nakal. Aku teringin nak sentuh parut itu. Rambut dia yang berjuntaian di dahi itu pun aku rasa nak sentuh!
Naufal pandang aku. Wajahnnya nampak sayu, “Orang tak akan lupakan apa yang awak buat dekat orang.”
“Orang minta maaf. Orang... kecik lagi. Orang tak tahu apa yang orang buat dulu. Orang minta maaf,” aku menuturkan, separuh ketar. Melindungi sebak yang meraja di hati.
Dia pandang aku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan, “Kenapa nak minta maaf?”
“Sebab parut tu. Orang buat dahi awak berparut. Orang buat awak berdendam dengan orang.”
Tiba-tiba Naufal ketawa, sinis.
“Kenapa awak ketawa?”
“Awak memang spesies blur, tak tahu apa-apa kan? Orang tak dendam dengan awaklah!”
Aku pandang dia. Dah tu, apa yang dia tak boleh lupakan tu? Apa yang aku buat sampai dia tak boleh nak lupakan benda tu?
“Maksud awak?” Aku bertanya.
“Marry me first and I’ll tell you later,” ujar dia sambil tersenyum. Tapi senyuman dia tu tak nampak sinis macam selalu. Kali ni senyuman dia nampak nakal.
“Tapi...”
“Kahwin dengan orang, Insyirah.”
Aku menunduk, “Bagi orang masa.”
Aku dengar dia hela nafas, “Orang balik dulu.”
“Mee kari ni?”
Aku nampak dia pandang aku, kosong. Ye, kosong macam lagu Najwa Latif tu.
“Orang tak ada selera nak makan. Balik dulu. Assalamualaikum,” dan aku nampak langkah dia menjauh. Merajuk ke Naufal dengan aku?
“Insyirah, tak tidur lagi?”
Aku berpaling ke belakang. Opah yang menegur aku rupanya. Habis hilang semua lamunan tentang Naufal.
“Tak jawab pun, renung opah je?”
Aku ukir senyum, “Insyirah nak baca Yassin dulu, lepas tu baru Insyirah tidur.”
Opah senyum kembali, “Nak opah temankan Insyirah?”
Aku angguk pada opah dengan senyuman. Dalam hati, aku dah berniat. Lepas habis baca Yassin, aku nak tanya opah apa yang aku pernah buat dekat Naufal! Mesti!

Dan aku tak tanya opah pun malam semalam! Sebab apa aku tak tanya opah? Sebab aku segan. Aku tengok opah yang sedang mengisi beras pulut dalam daun palas. Aku perhatikan setiap gerak tangan opah. Aku renung tangan opah sampai aku tak sedar opah dah tengok aku.
“Insyirah nak cakap apa sebenarnya ni?”
Aku menggeleng sambil tersengih.
“Opah tahu Insyirah nak tanya sesuatu dekat opah, kan?”
Aku tunduk sekejap sebelum kembali merenung opah.
“Opah.”
“Apanya?”
“Dulu kan, selain Insyirah baling batu dekat Naufal. Apa lagi yang pernah Insyirah buat dekat dia?”
Opah diam seketika. Opah menggeleng kemudiannya, “Setahu opah, yang baling batu tu jelah insiden yang paling teruk yang pernah jadi.”
“Lain?”
“Lain? Tak ada rasanya. Kamu kecik-kecik dulu, suka benar kacau si Naufal tu. Pantang tengok Naufal, ada je yang kamu nak kacau dia.”
Insyirah garu kepala, “Ye ke?”
“Ye.”
“Insyirah...”
“Insyirah tak ingat? Biasalah tu, zaman kanak-kanak. Tak semua kenangan yang kita simpan tu akan lekat di memori.”
Aku mengangguk saja. Aku masih buntu. Apa yang aku pernah buat dekat Naufal selain dari baling batu tu?
“Angah,” mama datang membawa sebuah besen lalu duduk di sebelah aku.
“Ye, ma.”
“Semalam kenapa tergesa-gesa je si Naufal tu balik?”
Aku gigit bibir, “Entah.”
“Ada hal gamaknya,” celah opah sambil tersenyum memandang aku.
Aku sengih saja. Sengih serba-salah.
“Naufal ada cakap apa-apa dengan angah?”
Ting! Tiba-tiba aku dapat idea dengan soalan mama tu. Aku segera angguk.
“Dia cakap apa je?”
“Dia... ajak angah kahwin, kot.”
“Kenapa ada kot?” Opah dan mama pandang aku.
“Sebab... er... dia tu kan tak suka angah. Dia nak mengusik angah je, rasanya,” jawab aku. Ya, aku sebenarnya tak yakin dengan Naufal. Dia kan tak suka aku?
“Nur Insyirah, perkahwinan bukan satu bahan gurauan bagi Naufal. If he ever ask you to marry him, itu maksudnya dia serius.”
Aku diam. Aku tahu dia serius tapi aku tak yakin dengan dia. Tambah-tambah bila dia kata yang dia bukan nak sangat kahwin dengan aku. Macam mana aku nak kahwin dengan orang yang tak ikhlas nak kahwin dengan aku? Betul, Allah bawa aku kepada dia tapi kenapa dia macam tak suka je? Satu lagi, apa yang aku dah buat dekat dia sampai dia tak boleh lupakan benda tu? Apa yang lagi besar dari insiden baling batu tu? Ya Allah, banyaknya persoalan bermain di minda! Aku buntu.

Bersambung...

p/s: pendek sikit  kan? maaf semuanya. busy sikit ^^. agak-agak apa yang Insyirah pernah buat dekat Naufal ye?

37 comments:

  1. ehehe sgt suke ayt naufal time dia ajk insyirah kawen tuh..
    dia ckp dia na brtggungjwb kot..so dia jnji na kwen ngan naufl kot..or or dia ad momen2 romentis ngan naufl kot..ouchh hehe..
    thanks writer..

    ~adda~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sinis dalam romantis :), mungkin :D...thnk you sudi baca

      Delete
  2. apa ye yg Insyirah wat kat Naufal??best sgt..next n3 please miss writer...terbaik dari ladang lah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tau??kita kena tunggu bab 5 laa..hihihi...terima kasih :)

      Delete
  3. Err.. Sbb pe ek??? Musykil jugak ni..mcm insyirah.. Hehehhe

    ReplyDelete
  4. Kedekut tul cik penulis Ni, syg sgt kat naufal spi 'hidang ' citer ni sikit ja hihi.
    Apalah sbb tu ye, mesti sbb insyirah sll buli dia kot sbb tu dia tersuka kot hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh...mestilah kita sayang naufal kita...hehehe...teka jangan tak teka...hikhik

      Delete
  5. nice...=)
    ape insyirah dah buat sampai naufal tak bole lupe ni??
    insyirah da curik ati naufal ye...hehehe

    naufal merajuk ke, sampai tanak mkn mee kari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you :)
      kena teka sebab apa...hihihi, naufal merajuklah tu ;)

      Delete
  6. Dia. Pernah. Country insyirah kot..ha..ha..ke..pernah janji nak kahwin

    ReplyDelete
  7. Country pulak ..cium. derr

    ReplyDelete
  8. ohh...sangat sweet...
    nk dapat lelaki macam naufal jugak..
    hehe~~

    ReplyDelete
  9. best citer ni..
    sweet sgt naufal..
    suka ayat He leads me to you..
    like3x..

    ReplyDelete
  10. kak..best nyer..huhu..nk cpt2 dia kawen ngan naufal..xsbr tgg next n3..pe ye y insyirah wt 2..mst dia ckp janji nk kawen ngan naufal kan time kecik2 dlu..

    ReplyDelete
  11. die pnah kne cium kot ngn insyirah ms kecik2. hahaha. mkin lme mkin best n mkin xsabar nk tgu yg next chpter.

    - Gud Lark -

    Maksu ~_<

    ReplyDelete
  12. insyirah ajak naufal kahwin! proposed him masa kecikkecik. huhu. tpi kalau insyirah popo aka kiss naufal pun mungkin. sbb insyirah nmpak sesangat nakalll masa kecikkecik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mungkin...tunggu entry seterusnya kalau nnk tahu ;)

      Delete
  13. Mayb insyirah pernah terconfess nk kawen ngan naufal time kecik2 dulu kot keke
    Cpt2 smbg keke

    ReplyDelete
  14. entah kenapa... aku mmg terbayangkan naufal imam muda tuh.. gila handsome kot.. walwehhh.. suka lah naufal nih...bila depa nak khwin?? x sabar nihh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kan???shush...jgn gitau org, tak lama lagi kawenlah depa ni ;)

      Delete
  15. hehehe..terbang rama-rama masa baca naufal ajak insyirah kawin..sweet

    ReplyDelete
  16. Cepatlah bab 5... teruja nak tahu momen BESAR tu! hihi..

    ReplyDelete
  17. hah?! tau msti ayat die.... Insyirah dah buat sesuatu iaitu buatkn Naufal jtuh aty dkt Insyirah tu la kesalahan Insyirah..... hihihh >_<
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  18. Slh stu jnis lki yg x bleh blah....syg ckp jer x yh belit2...ape pn luv both of them....ngeeeeee

    ReplyDelete
  19. Nurul Syazwani12 July 2014 at 11:31

    Teringin sgt nk beli novel ni.. tp tk tw nk beli kt mne.. hmmm :'(

    ReplyDelete