Tuesday 3 July 2012

Aku Dia Dan Vespa (Bab 22)

Ulfah menekur kaki yang bersarung selipar. Sesekali dia kerling lelaki yang berkemeja biru laut. ‘Dari Ipoh terus ke sini ke?’
“Fafa, apa termenung je tu? Nampak tunang terus diam membisu.” Teguran abah buat dia malu.
“Fafa memang pendiam apa.” Dia jawab tapi perlahan.
Thaqif ukir senyum. Wajah Ulfah yang memerah menambat hatinya. Sungguh dia rasa bersalah kerana memarahi gadis itu tanpa sebab.
“Adam makan kat sini ye malam ni.”
“”Boleh umi.” Thaqif angguk.
Ulfah cebir bibir. ‘Siapa bagi mandat panggil umi orang umi, hah?’
Thaqif ukir senyum. ‘Nanti jadi umi saya jugak.’
‘Whatever.’
“Angah peliklah umi, abah. Ada budak tu diam betul.”
Ulfah angkat kening. “Bising salah. Diam salah.”
“Angah tak cakap pasal Fafa.”
“Tak payah nak berselindung di balik langsir rumah. Dah nampak sangat angah tuju dekat Fafa.”
“Wah, perumpamaan.” Suhail ketawa.
Ulfah buat muka.
“Sudahlah tu. Jomlah masuk. Dah nak masuk waktu Maghrib.” Abah bangun dari duduk. Umi turut angkat punggung. “Adam, jadi imam malam ni ye?”
Thaqif nampak terkedu seketika namun dia ukir senyum. “InsyaAllah.”


Ulfah garu kepala. Kain pelikat dan baju melayu biru milik Suhail dipegang. Entah kenapa dia berdebar. Kehadiran Thaqif pada hari itu tidak dibayangkan langsung. Sudahlah dia kena marah tadi. Tiba-tiba lelaki itu muncul dengan senyuman di rumahnya.
“Termenung apa lagi? Pergilah bagi dekat Adam.”
Ulfah geleng. “Angahlah bagi dekat dia.”
“Lah, bagi jelah.”
“Angah tak faham.” Ulfah merengus. Dia kekok nak bersembang dengan lelaki itu. Entah kenapa.
“Bagi jelah.” Suhail melangkah meninggalkan Ulfah yang berdiri elok di muka pintu biliknya.
Ulfah merengus sekali lagi.
“Bilik aku yang ada tulis Do Not Disturb kat pintu.” Suara Suhail dari tingkat bawah buat Ulfah telan liur.
Derap kaki di tangga buat Ulfah jadi tak keruan. Tahulah dia lelaki itu sudah mendaki ke tingkat atas.
Thaqif terkaku saat mata terpandang Ulfah yang berdiri tegak di muka pintu.
“Awak...” Lembut dia memanggil.
Ulfah pura-pura tak mendengar. “Nah, kain pelikat dengan baju melayu! Ni angah punya, dia suruh saya bagi dekat awak.”
Huluran kain pelikat dan baju melayu itu diambil. Matanya masih lekat memandang tunangnya itu.
“Tu bilik angah. Saya masuk bilik dulu. Ada apa-apa panggil angah.” Ulfah terus berlalu ke biliknya.
Thaqif mengeluh. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Suhail.

Ulfah yang sudah menyarung telekung duduk di atas sejadah. Menanti Suhail dan Thaqif. Umi yang ada di sebelah pegang tangan Ulfah. “Fafa nak tahu sebab utama umi dan abah pilih Adam Thaqif sebagai calon suami Fafa?”
Ulfah angguk. “Kenapa?”
“Tunggu kejap lagi.” Umi tersenyum penuh makna.
Ulfah kerut dahi namun dia tetap mengangguk.
Suhail dan Thaqif melangkah masuk bersama-sama ke ruang solat. Ulfah tunduk wajah. Nyata, wajah lelaki itu yang basah dek kerana wudu’ buat dia berdebar tak semena. Baju melayu biru yang tersarung di tubuh lelaki itu buat jiwa dia tak keruan. Sungguh, kacak sungguh bakal suaminya itu. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah!
Ulfah dan umi sudah berdiri tegak. Thaqif sudah mengambil tempatnya. Suhail dan abah turut mengambil saf masing-masing.
Lafaz takbiratul ihram kedengaran. Solat dimulakan.
Surah Al-Fatihah dibaca oleh Thaqif setelah doa iftitah dibaca. Sungguh, Ulfah terpegun dengan suara lelaki itu yang mendayu membacakan Ummul Kitab itu. Sungguh, dia terasa sayu. Lelaki itu kemudiannya membaca Surah Al-Mulk. Suara lelaki itu buat tubir mata Ulfah bertakung dengan air. Dia faham akhirnya mengapa lelaki itu menjadi pilihan umi dan abah!
Usai solat Maghrib dan bacaan doa, umi tersenyum pada Ulfah. “Fafa dah faham sekarang?”
Ulfah angguk. “Sebab dia mampu jadi pemimpin yang baik untuk Fafa.”
Umi senyum lagi. “InsyaAllah, sayang."
Mata terasa kembali hangat.

Aidil mencampakkan beg Nike ke atas katil. Bangle di tangan kiri dibuka. Dia keluarkan dompet dan telefon bimbit yang ada di poket seluar. Jam jenama G-Shock di tangan kanan ditanggalkan. Cermin mata berbingkai hitam turut dibuka. Tuala yang tersidai dicapai lalu disangkut di bahu. Dia renung wajahnya di cermin. “Tak macam manusia ke rupa aku ni?”
Dia sentuh dagu, hidung, pipi dan rambutnya. Dia teringat kembali peristiwa yang terjadi petang tadi.
“Awak tak nak tengok buku-buku novel?” Aidil bertanya bila Sara Lilyana sekadar merenung kosong rak-rak buku di depannya.
“Novel? Ada apa dengan novel tu? Full of fantasy! Tak mungkin cerita-cerita macam tu wujud dalam dunia ni.” Gadis membalas, keras.
“Saya tanya je. I thought semua budak perempuan minat novel.”
“Not me!” Sara Lilyana menonong ke bahagian majalah dan Aidil mengikut langkah gadis itu.
“Kenapa awak tak suka novel?”
Sara Lilyana merengus. ‘Haih, tak boleh tengok orang senang langsung!’
“Awak boleh pergi tempat lain tak?” Sara Lilyana capai Majalah Ujang yang tersusun elok di atas rak.
“Eh, saya memang nak cari majalah pun.”
Sara Lilyana buat muka sebelum kembali membelek majalah lawak itu.
“Kenapa awak tak suka novel?”
“Kenapa awak nak tahu?”
“Just curious!”
“Don’t you know? Curiosity kills the cat.”
“And I’m obviously not a cat!”
Sara Lilyana ukir senyum sinis. “You look like one. Not the cute one but the stray cat. Penuh dengan kurap.”
Dan Aidil terus terdiam. Sedikit sebanyak dia terasa tapi dia diamkan saja sampailah mereka pulang ke kedai De’ Lily Florist.
Dan kini, dia renung wajahnya di cermin. ‘Kucing liar yang penuh dengan kurap?’
Aidil mengeluh. Dia terus angkat kaki ke bilik air, dengan harapan dapat membuang perkataan ‘kurap’ dari mindanya.

Thaqif garu kepala. Dia sudah mahu pulang tapi Ulfah saja yang tidak menghantarnya. Abah dan umi, awal-awal lagi dah keluar bersamanya. Suhail pula datang kemudian.
“Bawa kereta hati-hati, bro.”
“InsyaAllah.” Thaqif angguk sambil tersenyum. Cuba sembunyikan resah yang bertamu di hati.
“Tunggu sekejap. Lambat benar anak dara sorang ni.” Ujar umi separuh merungut sambil berjalan masuk semula ke dalam rumah.
“Kenapa?” Suhail tanya abah.
“Adalah tu umi suruh Fafa bekalkan apa-apa untuk si Adam ni.” Abah jawab.
Thaqif senyum saja. Tak tahu nak menyampuk apa.
Umi keluar dengan plastik berisi Tupperware.
“Apa tu umi?”
“Puding cocktail. Yang tengah hari tadi punya.” Umi senyum pada Thaqif. “Ambillah ni. Umi buat tengah hari tadi.”
“Ingatkan si Fafa yang buat.”
“Fafa satu hari berkurung dalam bilik. Entah apa dibuatnya. Sekejap dia renung telefon. Sekejap dia tekan keypad. Entah apa dalam kepalanya.”
Thaqif diam. Dia rasa dia tahu apa punca Ulfah berkurung dalam bilik seharian. Semuanya kerana dia.  Plastik Tupperware yang diberi umi tadi dipegang kuat. “Saya balik dulu.”
“Hati-hati di jalan, Adam.”
“InsyaAllah.” Thaqif bersalaman dengan abah. Dia kemudiannya berjabat tangan pula dengan Suhail.
“Take care, bro. Nanti ada masa, datanglah lagi.”
“InsyaAllah.” Dia pandang ke balkoni. Dia nampak Ulfah yang merenung ke arahnya.
Ulfah lambai perlahan.
Dia senyum saja. Nak mati ke lambai dekat Ulfah balik?
Sebaik sahaja dia menerobos masuk ke kereta, dia ternampak sekeping Post-it-Note di atas Tupperware itu.
‘Hei, bakal imam saya! Makan tau puding ni. Hati-hati di jalanraya ;)’
Dan Thaqif pulang ke rumah malam itu dengan senyuman meniti dibibir.

To be continued....

p/s:keyboard laptop bermasalah, semua kerja jadi lambat :(


20 comments:

  1. hei bkl imam sy......Amboiiiiii bhs cnta sweet sgt hihihi. Gaduh2 mnja nmpknya tp x lama. Kejap ja cool.yg x cool si aidil lum dpt jinakkn singa betina nmpknya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe...kita kasi sweet2 sikit ja ;), aidil tu kena banyak bersabar

      Delete
  2. beznya ulfah n adam nie..

    ReplyDelete
  3. heii bakal imam saye!
    haha..stylo abes ulfah..nice story najwa..x bsor nk tggu psl aidil n lily plak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... terima kasih, tunggu kisah mereka ye :)

      Delete
  4. cpt ckt weh upload yg laen!aq da lupe daa bab yg dlu2.haha..

    ReplyDelete
  5. nape pendek je n3 kali ni? tapi sweet je, hehe, sebab terselit pesanan bahwa orang tua inginkan yang terbaik untuk anaknya, hehe.

    muda13

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, pendek ye?hehe...igtkan dah cukup panjang...btw, terima kasih :)

      Delete
  6. thanks for the entryy .dpat lepaskan rndu pada mereka ini. untung ulfah dpat adamm :)

    kDija

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :) untung dia...untung ke?? :P

      Delete
    2. untunggg sesngatt. hehe. nak adam boleh ulfah? xD


      kDija

      Delete
  7. hmm... ada peningkatan olahan bahasa sikit.. n suka note y last tu.. sweet mueet.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...rasa macam banyak lagi kekurangan cerita ni ;)

      Delete
  8. Tahniah...
    Sangat menarik.. X sabar nak tunggu buku terbit...
    Hope taqif with ulfah...
    Gud luck & all the best...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. sweet!! :) gigih ai marathon episod 1-22 :)

    ReplyDelete