Tuesday 22 January 2013

Dia Imamku (Bab 20)


“Mama, jawablah. Kenapa dengan Naufal?”
“Angah, mama tak ada jawapan untuk tu.”
“Mama tipu, kan?”
“Angah, pergi masuk toilet dulu. Mama betul tak tahu kenapa dengan Naufal.”
Aku mengeluh, “Kenapa semua orang tak nak cakap? Mana Naufal? Kenapa dengan Naufal?”
“Sayang, apa yang jadi... semua ada hikmah dariNya. Dia lebih mengetahui.”
Terpempan aku dengan kenyataan mama. Apakah maksud mama? Apa yang sudah terjadi?
“Mama...” bibir aku bergetar, meluahkan kata. Air mata mengalir perlahan.
“Maafkan mama, sayang. Maafkan mama.”
Dan aku terus menangis di bahu mama. Terasa kehilangan yang amat sangat. Kenapa mama harus meminta maaf? Kenapa mesti begini akhirnya ceritaku? Tamat di sini sajakah kisah cinta aku dan dia? Ya Allah, kuatkanlah aku.


Kepala aku terasa berat sekali. Aku mahu buka mata namun tidak mampu. Aku tidak sedar bila aku terkulai di bahu mama semalam. Aku dapat dengar suara ibu dan mama bercakap-cakap namun aku tidak dapat tangkap apa butir bicara mereka.
“Sampai bila kita nak rahsiakan, kak? Kesian Insyirah.”
“Tapi kita dah janji. Apa-apa jadi, jangan beritahu dia.”
“Saya rasa bersalah, kak. Insyirah berhak tahu,” ayat ibu itu buat aku terfikir. Apa yang berhak aku tahu sebenarnya?
“Hmm... biarlah dulu. Insyirah pun tak stabil lagi. Sekejap-sekejap pengsan, sekejap-sekejap rebah. Risau akak dibuatnya.”
“Dia terkejut je tu, insyaAllah tak ada apa-apa.”
“Kita cakap kat dia, ye akak?”
Cakap apa ni? Mama dengan ibu cakap apa? Tapi sayang, mataku terasa berat untuk dibuka.
“Tunggulah Insyirah sedar dulu,” aku dengar suara mama, separuh mengeluh.
Suasana selepas itu senyap, senyap dan sunyi tanpa suara. Perlahan-lahan, aku turut dibuai lena.

Aku terasa rambutku dibelai, perlahan. Seketika kemudian, pipi aku pula yang dibelai. Pasti mama. Aku tak nak buka mata, tanda protes kerana tiada sesiapa mahu bercerita tentang Naufal. Tiba-tiba, jari jemari mama mengusap lembut bibirku. Aish, ini sudah pelik! Kenapa mama belai bibir aku pulak?
“Sayang, tak nak bangun ke jumpa abang?”
Eh, ni kan suara... Aku buka mata perlahan-lahan, cahaya lampu kalimantang menerobos masuk ke retina. Sedikit pedih namun aku tahan, aku pandang figura yang ada di depanku. Eh, Naufal?! Jadi betullah Naufal tadi? Yang pegang-pegang bibir aku tadi tapi semalam yang mama... eh, apa ni? “Ab... abang?”
“Assalamualaikum, gula hati saya!” Bibir itu terukis senyum. Senyum manis meski wajah itu ada jambang meliar tumbuh di wajahnya.
Tak menunggu lama, aku peluk Naufal. Erat. Alhamdulillah. Hati aku memanjat syukur kepada Yang Esa kerana aku masih dipertemukan dengannya, Muhammad Naufal.
“Eh, tahulah rindu abang! Jawab dulu salam abang bagi,” sinis suaranya kala itu membuatkan aku tertawa sendiri.
“Ni bukan mimpi, kan?”
“Hah?” Wajahnya bingung.
“Abang takkan angkut beg besar-besar tinggalkan Insyirah kan? Abang selalu ada dengan Insyirah kan?”
Dia ketawa. Naufal aku ketawa, “Abang angkut beg besar untuk teman Insyirah dekat sini, bukan nak tinggalkan Insyirah.”
Aku renung bening mata itu, “Betul?”
“Betul, Nur Insyirah. I’ll be here, temankan Insyirah sampai Insyirah bersalin.”
“Your studies?”
Dia tersenyum, “Malaysia punya sistem pembelajaran pun okey apa? Ada jugak perubatan, kan? UKM ada, UM ada. UniSZA pun ada, kan?”
Aku pandang dia dengan riak tak percaya, “You left Ireland?”
Dia mengangguk sambil tersenyum, “Because I rather be here with my wife and baby.”
“I love you, Muhammad Naufal!” Aku kembali memeluk suamiku itu. Sungguh, aku terharu.
“I love you too, Nur Insyirah.”

“Kenapa semua tipu Insyirah? Semua orang jahat!” Aku memeluk tubuh, tanda marah pada semua yang ada di dalam wad itu.
“Naufal yang suruh ibu dan mama rahsiakan.”
Naufal tersengih saja saat mama bersuara. Seronok nampaknya dapat mengenakan aku. Sampai masuk hospital aku ni sebab risaukan dia! Tekanan darah rendah! Nak salahkan siapa sekarang?
“Eloklah, elok! Berpakat semua orang pekena angah. Ni dah masuk hospital, sebab darah rendah. Huh!”
“Tak baik marah-marah, sayang.”
“Eloklah pun, biar naik sikit darah Insyirah ni! Pandai semua orang sekarang ni.”
Naufal ketawa, “Doktor cakap esok pagi dah boleh balik.”
“Tak nak balik! Nak duduk je dekat hospital sampai bersalin,” aku menunjukkan protes. Mengada-ngada aku sekarang. Haih!
“Amboi, macam tu pulak!”
Aku jelirkan lidah pada dia, perancang segala kekecohan. Dia kononnya nak buat kejutan pada aku. Hah sekali dah memang ‘terkejut’ betul aku. Dia pun double terkejut bila dapat tau aku masuk hospital. Itulah, padan muka. Nak buat kejutan tak kena tempat.
“Eleh, orang tu marahlah!”
“Abang!”
“Dengar kata orang tu risau dekat kita ni sampai menangis-nangis dekat bahu mama, ingat kita ni jadi apa-apalah dekat Ireland tu.”
“Diam!”
Naufal ketawa, “I’m sorry.”
“Tak nak kawan dengan semua orang.”
Mama dan ibu ketawa saja denganku. Dina dan Naurah menggeleng kepala. Papa dan abah langsung tak ambil peduli.
“Abah, jomlah kita balik dulu. Tinggal je budak berdua ni. Biar bergaduh puas-puas,” perli ibu pada aku dan Naufal.
“Kita sekali, papa. Angah tak nak kawan kita sekarang, suaminya dah balik, kan?”
Heh, mama pun pandai perli memerli sekarang. Siapa ajar mama jadi sinis ni? Mesti Naufal!
Rombongan mama dan ibu balik setelah bersalaman dengan aku. Naufal sengih saja memandang aku.
“Apa sengih-sengih?”
“Saja. Nak buat iklan ubat gigi.”
“Ingat lawalah tu?”
“Lawa jugak, macam Heliza Helmi!”
“Gatal!” Lengannya aku cubit dan dia mengaduh sambil tersengih.
“Insyirah.”
“Apa?”
“Abang rindu...”
“Insyirah rindu jugak.”
Naufal jungkit kening sikit, “Eh, sama pulak rindu kita.”
“Kenapa?” Eh, lain ke aku rindu dia dengan dia rindu aku?
“Abang rindu nak sindir-sindir Insyirah macam dulu! Insyirah rindu abang sindir Insyirah, ye?”
“Abang!” Dia ketawa, ketawa sambil menarik aku dalam pelukannya.

Sebulan selepas kejadian pengsan-pitam-menangis tu, Naufal sudah tak berani nak buat kejutan pada aku. Tambah-tambah doktor telah memberikan amaran. Aku sengih saja saat itu. Terasa berdaulat sekejap.
Hari ini aku keluar berjalan-jalan dengan Naufal setelah Naufal menyelesaikan urusannya di Universiti Malaya. Katanya, dia akan menyambung pelajarannya yang tergendala di situ saja. Dekat dengan aku, dekat dengan baby.
Sehelai baju bayi berwarna pink aku tunjukkan pada Naufal, “Kalau baby pakai ni mesti comel, kan?”
“Pink? Tak comel. Biru baru comel.”
“Biru? Tak nak! Nak pink.”
Naufal geleng kepala, “Biru maskulin.”
“Pink feminin.”
“Baby nak warna apa?” Naufal menunduk sedikit, berbicara dengan perutku yang sudah memboyot.
“Baby nak warna pink sebab baby ni girl bukan boy.”
“Eh, dah scan?”
“No,” aku menggeleng lalu aku ukir senyum, “Naluri seorang ibu.”
Aku dan Naufal dah bersetuju untuk tidak scan jantina bayi di dalam kandunganku. Mahu surprise. Surprise lagi.
“Kuat naluri, ye? Abang pun rasa baby girl.”
“Kenapa?”
“Uminya manja, cengeng, mengada-ngada, kuat merajuk... apa lagi, eh?”
“Abang!”
“Hah, baru cakap macam tu dah tarik muncung! Sangkut coat abang nanti, taulah!”
Aku diam. Menyampah jugak asyik kena bahan je dengan orang tua ni.
“Merajuklah tu.”
Aku berjalan meninggalkan dia lalu aku pergi ke bahagian kasut bayi.
Subhanallah! Sumpah comel kasut-kasut bayi yang ada di rak. Kecil molek je. Geram pulak aku tengok.
“Comel kan?”
Aku malas nak melayan, kejap lagi mesti aku kena bahan lagi. Aku terus angkat kaki, nak berlalu namun tangannya lebih cekap menangkap lenganku, “Umi marah abi ke?
“Fikir sendirilah.”
Naufal tersenyum, “I’m sorry. Pretty please! Jangan merajuk.”
Aku tak dapat menahan senyuman dari menguntum di bibir, “Forgiven.”
Bahu aku terus dia peluk, kemas. “By the way, abang rasa teori abang betullah.”
“Teori apa?”
“Sayang ni tengah mengandungkan baby girl, sebab tu kuat merajuk.”
“Nak start lagi?”
Naufal ketawa, “Gurau, sayang.”
Aku tersenyum lalu kami beriringan berjalan di dalam kedai barangan bayi itu.

“Abang, tak siap lagi?”
Naufal memandang aku, sekilas lalu dia kembali menatap buku di tangannya.
“Muhammad Naufal!”
“Malaslah nak pergi.”
“Jomlah! Takkan tak nak pergi! Jue bertunang kot.”
“Jue yang bertunang, bukan abang.”
Jue akhirnya bersetuju untuk kembali bersama Ash. Bagaimana dan kenapa, jangan tanya aku sebab aku dah pun diberi amaran oleh Naufal agar tidak mencampuri urusan hidup Ash dan Jue. Dia suruh aku duduk diam-diam dan mendoakan yang terbaik untuk mereka. Dan nyata, Allah temukan hati mereka dan peluang kepada Ash membuktikan apa yang dia kata pada aku tempoh hari. Alhamdulillah. Tapi sekarang ni, aku pening. Kenapa Naufal tak nak pergi pulak majlis pertunangan Jue?
“Abang, jomlah!”
Naufal menggeleng. Buku tentang kematian di tangannya masih dia tatap.
“Sayang ni kenapa? Bukan sayang yang nak bertunang, kan?”
Erk! Apa ni? Terdiam aku bila dia memarahi aku. Aku dah lengkap berbaju kurung dan bertudung, dia boleh kata macam tu.
“Tak nak pergi tak apa, tak payah nak marah-marah,” ujar aku, perlahan lalu aku melangkah ke meja solek. Blackberry aku capai dan terus aku dail nombor Jue.
“Hello, Jue? Sorry, aku tak dapat nak pergi majlis pertunangan kau tapi nanti wedding kau, aku janji aku pergi.”
Jue di talian dah membebel, panjang. Merajuk mak cik tu aku tak dapat nak pergi majlis dia.
“Ye, aku tahu tapi aku tak dapat nak pergi. Janganlah macam ni. Mampus Ash mengamuk dekat aku kalau kau tak nak teruskan pertunangan sebab tak ada aku.”
Dan Jue masih membebel. Haih.
“Jue, kau yang bertunang. Bukan aku,” sinis aku pada Jue tapi aku tuju pada si suami.
Tiba-tiba telefon bimbitku dirampas oleh si suami yang entah bila muncul di sisi, “We’re on our way. Bagi masa sepuluh minit. Jangan batalkan pertunangan. I don’t want that Ash kacau my Insyirah.”
Nak tergelak aku tengok muka Naufal kala itu, serius je. Cemburu cakap cemburu, abang.
“Jom pergi!” Ujar dia, garang sebelum berlalu ke bilik air. Apa kena entah Naufal hari ni?

“Comel kan Jue hari ni?”
Naufal angguk saja, tidak bersuara.
“Abang ni kenapa?”
Naufal pandang aku, jungkit kening sikit tapi sekejap je lepas tu dia pandang ke arah Jue yang sedang menangkap gambar dengan Ash di pelamin. Oh, yes! Jue bertunang memang macam orang nak kahwin. Nak komen lebih, tak boleh sebab mama Jue yang nak macam ni. Jue kan anak tunggal, bukan macam aku, anak tunggul. Tunang pun ekspres je dulu. Hehe...
“Abang tak suka Ash!”
Ha, dah agak dah! “Abang, dia dah bertunang dengan Jue kan?”
“Bertunang boleh putus, Insyirah.”
“Tak baik doakan.”
“Bukan doakan, sekadar mengatakan sebuah kebenaran.”
“Abang takut Ash kacau Insyirah lagi?”
Perlahan, dia mengangguk.
“Sebab tu marah-marah tadi?”
“Marah tadi tu sebab tak suka sayang desak-desak abang.
“Abang tak nak pergi majlis pertunangan Jue ni kenapa?”
Naufal diam seketika sebelum bersuara, “Sebab tak nak Ash tu jumpa Insyirah.”
“Abang, dia dah tak suka Insyirah. Percayalah.”
Naufal pandang aku lalu dia pegang pipi aku, kejap. “Was-was tu masih ada.”
Aku pegang erat tangannya yang ada di pipiku, “Walaupun dia sukakan Insyirah, Insyirah cuma cintakan Muhammad Naufal seorang.”
“Mak oi, romantisnya pasangan ni. Kalah aku!” Teguran Jue mengejutkan kami berdua.
“Jangan main sergah je boleh?” Aku menjeling Jue.
“Tahniah, Ashraf!” Naufal menghulurkan tangan pada Ash yang berdiri di sebelah Jue.
“Thank you, and tahniah jugak sebab bakal timang baby tak lama lagi, “ dan huluran tangan Naufal disambut baik oleh Ash. Alhamdulillah.

“Esok kena masuk hospital?”
Naufal mengangguk.
“Mana baju abang? Insyirah nak gosokkan.”
“Sayang duduk diam-diam, perut dah besar pun nak bergerak ke sana ke mari.”
Aku tersengih saja bila Naufal menarik tanganku agar berbaring bersamanya di atas katil. Aku sudah berada di fasa sarat, jadi Naufal tidak membenarkan aku berjalan dengan aktif ke mana-mana pun. Buat kerja pun dia dah tak bagi. Dia asyik suruh aku baring je.
“Baju abang, macam mana?”
“Naurah boleh tolong gosokkan. Sayang rehat. Meh abang dodoikan sayang.”
“Tapi...”
“No tapi-tapi! Mama pun dah pesan, perut dah besar tak boleh lasak-lasak. Ibu pun dah pesan, kan?”
“Tidur, abang dodoikan.”
Aku geleng kepala, “Abang tidur, Insyirah dodoikan.”
Dia ketawa namun dia ikutkan saja. Tangannya melingkari pinggangku.
“Orang sayang awak, Muhammad Naufal.”
Naufal senyum merenungku, “Orang pun sayang awak.”
“Abang...”
“Betul ke mama cakap yang abang pernah cakap dekat mama yang abang nak kahwin dengan Insyirah, kecik-kecik dulu? Sebelum abang ke London?”
Naufal ketawa lalu pinggangku ditarik merapatinya meski jarak kami sudah pun rapat, “Waktu tu. Abang marah sungguh dengan Insyirah sebab baling batu dekat abang. Rasa nak tarik je rambut Insyirah time tu tapi abang sabar je.”
Aku tersengih saja saat dia berbicara tentang peristiwa baling batu. Peristiwa bersejarah tu...
“Waktu abang cakap dekat mama, abang sebenarnya memang beritahu hasrat hati abang sebenar-benarnya sebab abang dah janji pada diri abang. Abang nak kahwin dengan Insyirah, nak ubah Insyirah jadi perempuan sikit sebab Insyirah waktu tu, rambut dengan cara pakaian je macam perempuan tapi perangai, mengalahkan lelaki.”
Aku ketawa namun ketawa aku terhenti bila Naufal mengucup lembut pipiku, “Dan bila dah besar, Insyirah dah jadi perempuan dalam erti kata sebenar buat abang berbunga-bunga cinta dalam hati tapi terpaksa tutup semua tu dengan...”
“Dengan kesinisan dan kepedasan dalam bicara, kan?”
Dia mengangguk.
“Sejujurnya, hati abang ni dah lama jadi milik Insyirah.”
“Dan sebenarnya, hati ini dah lama terukir nama abang.”
Dia tersenyum lalu dia peluk aku, erat. Dia si kelat-kelat masam, si manis-manis gula, si manja-manja mengada, penyejuk hati, pendamai jiwa dan yang pasti, Muhammad Naufal ini, imamku selamanya.


-TAMAT-


p/s: Jangan tanya pasal baby, insyaAllah dalam versi cetak adalah kot babynya. hahaha...harap terhibur dengan entry last Dia Imamku ini *hui sebak tiba-tiba*. Terima kasih kerana baca karya tak seberapa saya, terima kasih kerana terima Naufal dan Insyirah seadanya dan maaf dan ampun jua andai entry ini tak sebest yang diharapkan, tak mantap seperti yang didambakan. Saya manusia biasa, tak sempurna :'). Doakan Dia Imamku. Doakan saya untuk terus berkarya. Saya sayang semua <3 <3

63 comments:

  1. kan?? kan dah ckp naufal nk bagi kejutan yg membahayakan kesihatan...naufal..naufal..

    ReplyDelete
  2. ya allah indahnye...best sgt2...thumbs up 4 u:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...doakan sy dpt siapkan DI secepat mgkn ye :)

      Delete
  3. Warghhhhhh....truja gila.....best2...x sbr nk dptkn vrsi ctak nti

    ReplyDelete
  4. yes!! Tahniah Najwa berjaya m'nebess kan akak.. gud job n gud luck with naufal n insyirah versi cetak nanti..lev u lil sista!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...terima kasih kak ayu...doakan sy, love u too big sista :) <3 <3

      Delete
  5. good job kak najwa!X sbr nk 2ggu DI dlm versi cetak...teruskan usaha!love u sis:)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :), love u too...pray for me and DI :)

      Delete
  6. Tamat jugak akhirnya..yeayy! Saaaaayang Najwa! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, habis jugak :), sayang kamu juga <3 <3

      Delete
  7. nasib baik x terberanak terus. HAHA..
    thumbs up ^^Y

    ReplyDelete
  8. Hahahhaaaa, mmg suspen je parents insyirah ni.. sgt menjadi suprise tu smpai kak ep pon terasa tanjat nyer...
    Best lah wawa walaupun tamat sebenar dlm versi cetak..
    Ai likeeee

    ReplyDelete
  9. Tq...so sweet insyirah ngan naufal...sempat juga sesak nafas dekat bab 19 tu...but satu pengakhiran yang sangat cantik. Sukeee sangat. Good luck for the next level k...semoga di permudahkan segala urusan , di berikan sumber ilham supaya dpt terus berkarya. Harap2 akan ada versi cetak utk DI ...good luck najwa.. N tq utk DI chap 20...
    RAINZ-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome, sila pakai inhaler...betulkan balik pernafasan...hihihi...insyaAllah ada, doa2kan :) terima kasih sudi baca cerita yang tak seberapa ni :)

      Delete
  10. Naufal memang nakal suka buat kejutan....nasib Insyirah tu tak terberanak.....#^_^
    Best dan sangat-sangat sweet.... #^_^

    ReplyDelete
  11. naufalllllllllllllllll............kite pun sayang awak jugak!!! :D :D :D

    ReplyDelete
  12. saya sukaaaaa..... kih kih kih.. DI ada keistimewaan yang tersendiri.. walaupun dah baca full... ttp nk beli versi cetak nnti.. tahniah yunk.. lebiu alwayz

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tenkiu tenkiu...doakan doakan :) lebiu too :)

      Delete
  13. Najwa,

    Tahniah untuk masterpiece yg sgt2x mengujakan.. Semoga segalanya berjalan lancar & teruskan berkarya.. akak suka semua karya2x awak..
    Thumbs up..! Keep on writing.. :) Nanti war2xkan la bila DI utk versi cetak pula ya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak yatie, insyaAllah...doakan sy dan doakan DI dapat diterbitkan secepat mungkin :)

      Delete
  14. Tu lah Naufal nak terkejutkan orang ... hahaha.... sendiri yang terkejut bila Insyirah masuk hospital ....
    X sabar nak tunggu versi cetak ni..... besttt

    ReplyDelete
  15. huhu..seronok tak sabar nak lihat hasil versi cetak..teruskan berkarya sbb hasil nya sgt membanggakan..sentiasa doakan yang terbaik <3

    ReplyDelete
  16. hee suwit betul cerita ni. cik penulis, nak request boleh? buat cerita along & firdaus plak. cerpen pun jadi la *kelip2 mata* pretty please ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem...hahaha, insyaAllah...nanti kita buat cerita along dengan firdaus eh :)

      Delete
    2. yaaaaaaaaaaaay! sayang cik penulis sangat2! <3

      Delete
  17. Best sgt2. Duk senyum sorang2. Klu org lain tgk mau dikata dah x betul. Hehe..tima kasih najwa...teruskan bkarya... X sabar nak tggu DI versi cetak lak..;-)

    ReplyDelete
  18. best...... hidup berumahtangga pasti ada manis, masam, pahit dan masin.... cukup rencah..... barulah rumahtangga lebih dihargai.... pengalaman hidup pasti mematangkan diri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...terima kasih atas sokongan kepada sy :)

      Delete
  19. kak najwa, sambung la lagi 1 bab .. nak tau baby tu boy or girl .. please kak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak tak kawan ngan akak eh kat fb?? hihi...nama anak naufal Isyraf :)agak2 boy or girl? :)

      Delete
  20. Wah !!! best ~ suke sangat2 !!!!

    ReplyDelete
  21. best !! ~ seronok sangat baca !! ~

    ReplyDelete
  22. rindu dengan naufal dan insyirah Y__Y
    *sambung lagi maybe?? kekekeke :-p *

    ReplyDelete
  23. Setelah sekian lama baru akak sambung baca... tahniah wawa.. novel dah ade ke?

    ReplyDelete
  24. Sy baru start baca dia imamku ni dear cik writer. Best sangat. Menyesal tak baca dari awal. Manis aje. Keep it up untuk terus menulis karya yang lebih mantap

    ReplyDelete
  25. Baru jumpe novel ny. Seyesly best sgt. Da jatoh cinta dgn naufal dan insyirah. Ad lg versi cetak? Sy nx 1...!!!

    ReplyDelete
  26. mse bce yg naufal pgang bku psl kmatian tu sye dh pkir len dh...nsb baik happy ending...fuh =/

    anyway best3...bila keluar versi cetak?

    ReplyDelete
  27. Best. Nak tanya nanti dlm versi cetak akan sama mcm dlm blog ke atau akan dipanjangkan lg penceritaannya.

    ReplyDelete
  28. bestnya awk... t'sgtlah best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih. jangan lupa dapatkan DI versi cetak ya :)

      Delete
  29. homaiiiii. gile best. tak sabar nak tau cite sampai habis.
    arrghh, cannot wait !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tau endingnya, boleh beli buku Dia Imamku di kedai berhampiran :)

      versi cetak dah keluar :)

      Delete
  30. best sgt2...tahniah....x puas n mmbosnkan langsung bce dia imamku...
    smpai aty btl naufal buat kjutan mcm 2 kt insyrah...nsb baek x terberanak insyrah dpt kejutan mcm 2....hahahaha

    ReplyDelete
  31. Tq for the best n3.. I wish the best for you SIS najwa.. n Tq cause choose naufal as the main character.. tp kalo insyirah tuka jd wany LG best kot.*erk perasan pulak..
    _wanyna. Ixora_

    ReplyDelete
  32. best sangattt. sukaa. hehe. naufal dah jenis memujuk. doktor pulak tuu. hihihi. i likee. pape pon tahniahh. bestt :) sy baru je baca blog awk nii. hee

    ReplyDelete
  33. akak, novel dia imamku masih ade ke? nak beli tp, semua dah habis.

    ReplyDelete